Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

5 Strategi Pembangunan Belia Menjelang 2018 - @KhairyKJ @KBSMalaysia


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggariskan lima strategi utama dalam kerangka pelaksanaan perubahan takrifan umur belia yang akan dikurangkan kepada 30 tahun menjelang pelaksanaannya pada tahun 2018.

Selain membesarkan tapak bakat, Menterinya, Khairy Jamaluddin memberi tahu Dewan Rakyat bahawa KBS juga akan memfokuskan pembangunan belia di kalangan umur 16 hingga 24 tahun seperti memberi latihan yang mampu melahirkan pelapis pemimpin muda.

"KBS juga mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk meluaskan tapak bakat selain penguatkuasaan Akta kepada badan penasihat kepimpinan belia.

"Langkah ini juga mampu untuk meramaikan lagi pemimpin muda sekaligus untuk kita pastikan bahawa perubahan ini mengikut piawaian antarabangsa," katanya. 

Khairy berkata demikian sebagai menjawab soalan yang dikemukakan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) di sini hari ini.

Selain itu, Khairy berpandangan pengurangan takrifan umur belia kepada 30 tahun di dalam organisasi politik dilihat sebagai salah satu usaha meremajakan sistem politik di negara ini.

"KBS tidak boleh melakukan penguatkuasaan dalam parti-parti politk. Saya percaya dan yakin bahawa pindaan ini hanya terpakai kepada Pertubuhan Belia (ROY).

"Namun, kepada parti-parti politik, ini salah satu langkah kepada peremajaan dan sekaligus memberi ruang yang lebih besar kepada belia (aktif berpolitik). Ia terpulang kepada parti politik," katanya.

Khairy yang menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS - Kota Bharu) turut berpandangan supaya parti-parti politik mengambil langkah sama yang diambil KBS.

Sementara itu, Khairy berkata tidak wujud sebarang permasalah kepada kerajaan bagi golongan mahasiswa untuk berpolitik, selagi mana mereka tidak melanggar undang-undang atau peraturan universiti masing-masing

Katanya, keputusan kerajaan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) pada 2012, agar mahasiswa diberi lebih kebebasan untuk berpolitik, sudah cukup membuktikan keterbukaan kerajaan terhadap golongan itu.

"..dan Seksyen 15 AUKU kini berbeza dengan seksyen lepas (sebelum pindaan)... dulu tak dibenarkan langsung mahasiswa untuk sertai parti politik atau tunjukkan sokongan, tetapi kini sudah boleh.

"...sekiranya ada tindakan terhadap mahasiswa, ia sudah pasti sebab mereka melanggar undang-undang lain, atau peraturan universiti, dan tak ada kaitan dengan niat mereka untuk berpolitik," katanya menjawab soalan tambahan Takiyuddin.

Takiyuddin ingin mengetahui mengapa tindakan diambil ke atas segelintir mahasiswa yang berpolitik, sedangkan kerajaan, melalui KBS telah mengambil dasar untuk memberi peluang lebih kepada golongan muda sebagai pelapis pemimpin masa hadapan.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top