Nuffnang

Perang Siber PR VS BN : Satu Analisis!!!


Kegagalan menguasai dunia siber pada 2008 dikatakan antara faktor kekalahan teruk BN sehingga tumbang lima negeri. 

Berbanding PRU12, BN kini lebih bersedia menghadapi “perang siber” PRU13 dengan penyokong-penyokong muda BN dan netizens bersama-sama bergerak menghadapi serangan pembangkang.

BN kini sudah sedar pengaruh yang dimainkan media sosial sangat besar untuk menjadi penentu dalam pilihan raya umum akan datang. 


Kajian yang dibuat oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) menunjukkan, 90 peratus orang muda menggunakan media-media sosial baru untuk mendapatkan maklumat berkaitan politik tanahair.




Manakala 60 peratus memperolehi maklumat daripada media alternatif, 25 peratus daripada media arus perdana seperti tv dan hanya 15 yang menggunakan akhbar untuk mencari maklumat politik. 

Jelas di sini betapa pentingnya media alternatif sebagai platform untuk meraih undi pengundi muda. Isi kandungan media tersebut bakal menjadi penentu kejayaan mana-mana parti yang bertanding. 

Dalam hal ini terdapat perbezaan besar yang jelas diantara hebahan internet BN dan Pakatan di mana BN lebih banyak menyebarkan fakta dan bukannya fitnah.

Kekuatan cybertrooper BN ini sudah mula dirasai pemimpin tertinggi Pakatan Haram seperti Lim Kit Siang. 

Lim Kit Siang sangat takut sehingga menuduh agensi kerajaan yang kononnya menghabiskan wang rakyat dengan menganjurkan program-program yang membabitkan para pengamal media baru. 

Kerisauan Lim Kit Siang ini ada asasnya apabila melihat puluhan ribu penyokong BN terus menyerang mendedahkan pembohongan yang dilakukan oleh pembangkang. 

Oleh hal yang demikian, wajarlah cybertrooper BN terus berkempen dengan dan adil serta mengelakkan dari mencerca dan memaki hamun.

Cybertroopers Pakatan lebih gemar guna bahasa kesat dan berdebat ikut emosi. Mereka telah menyalahgunakan kebebasan bersuara yang diamalkan dinegara ini dengan menyebarkan spekulasi, khabar angin dan fitnah. 

Bukan mereka sahaja, pemimpin Pakatan seperti Nizar juga tidak ketingalan dalam menabur fitnah di pentas media sosial ini untuk berlaku biadap, kurang hajar dan derhaka kepada sultan. 

Yang anehnya, segala pembohongan ini tetap diterima dan dipercayai secara membuta-tuli oleh penyokong-penyokong taksub mereka.
read more...

OPS DAULAT : Pingat PKN Kepada Semua Yang Terlibat. Syabas!!!


Pengorbananmu Dan Perjuanganmu Tidak Ternilai


"Ia sebagai penghargaan kepada anggota pasukan keselamatan atas jasa, keberanian, kebaktian dan pengorbanan mereka, dan semua anggota kakitangan awam yang terlibat dalam Ops Daulat.

"Maka, hari ini saya akan sampaikan secara simbolik kepada beberapa anggota kita yang terlibat dalam ops itu," kata Najib sempena majlis Penghargaan Ops Daulat di sini hari ini.




Kerajaan bersetuju mewujudkan pingat penghargaan khas yang dinamakan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) bagi menghargai anggota pasukan keselamatan dan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam Ops Daulat.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PKN boleh diberikan kepada mana-mana individu yang berkhidmat dan terlibat secara langsung dalam Ops Daulat yang bertujuan menentang pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Mengenai anggota yang cedera dalam Ops Daulat itu, Najib berkata, mereka ditawarkan membeli 50,000 unit saham Bank Rakyat seorang. - Bernama

read more...

OPS DAULAT : SENJATA DALAM PAYA DAN DITANAM PENGGANAS





“Walaupun jumlah barangan yang ditemui termasuk senjata api tidak banyak, operasi penggeledahan tetap dilakukan berterusan.

“Saya yakin saki-baki pengganas yang jumlahnya kurang dari 10 orang itu semakin berkurangan. Justeru, pasukan keselamatan meningkatkan risikan bagi mengesan pengganas yang masih ada,” katanya di sini, semalam.

Satu persatu helah pengganas termasuk menyembunyikan senjata api yang digunakan ketika menceroboh di pantai timur Sabah dapat ‘dibaca’ oleh pasukan keselamatan negara.

Terbaru, pasukan tentera yang melakukan operasi pembersihan dan fasa penstabilan menemui sejumlah senjata api yang disembunyikan di dalam paya dan ditanam di sekitar Kampung Tanduo serta kampung berhampiran.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, selain senjata api (senjata berat dan ringan), pasukan keselamatan turut menemui pakaian seragam, pakaian awam serta beberapa barang lain milik pengganas.

read more...

ISU Video Seks : Muhasabah Diri Jalan Terbaik Buat Mustafa Ali


Gila apakah manusia bernama Mustafa Ali ini. Semalam beliau membuat kenyataan bahawa penyebaran video klip hubungan seks seorang individu menyerupai beliau merupakan kerja UMNO.

Ketika beliau dan seluruh pimpinan Pas membelasah pengedar vcd tersebut sebagai tidak bertanggungjawab, fitnah dan berniat jahat, apakah menuduh UMNO terbabit dalam terbabit dalam pengedarannya bukan merupakan fitnah?

“That’s normal for Umno. They are willing to employ dirty tactics to spread lies… I am their latest victim,” kata Mustapha Ali, Setiausaha Agung Pas.

Sekarang kita ingin bertanya Mustapha, apa bukti UMNO terbabit dengan pengedaran tersebut? Jika tiada bukti bukankah kedudukan Mustapha sama sahaja seperti pengedar VCD lucah tersebut?

Mustapha perlu sedar bahawa UMNO tidak mendapat sebarang faedah daripada pengedaran video tersebut. Malahan UMNO mengalami kerugian kerana Mustapha Ali merupakan antara orang yang boleh berbincang perpaduan Melayu dan Islam. Beliau adalah antara individu yang kehadapan mempelopori idea kerajaan perpaduan.

Musuh utama Mustapha sebenarnya ialah kumpulan Anwarinas dalam Pas dan PKR Terengganu. Hakikat bahawa pengedaran VCD tersebut berlaku di negeri Terengganu menunjukkan ada usaha untuk melemahkan kedudukan Mustapha dalam berurusan dengan PKR Terengganu.

Mustapha sendiri tahu bahawa PKR sedang menuntut tiga kawasan Parlimen di Terengganu iaitu Dungun, Kuala Terengganu dan Kemaman. Mustapha sendiri tahu beliau antara orang yang menentang keras pemberian tiga kawasan Parlimen ini kepada PKR. Malahan Mustapha pergi lebih jauh dengan mengumumkan calon Pas Kuala Terengganu tanpa menunggu persetujuan pembahagian kerusi dalam Pakatan.






Khabarnya, ini menimbulkan ketidakpuasan hati Pengerusi PKR Azan Ismail yang merancang untuk bertanding di kerusi tersebut. Akibatnya Azan dalam nada merajuk mengumumkan beliau hanya akan bertanding jika ada kerusi yang kosong.

Namun yag menjadi syak wasangka kita, hanya selepas perbalahan ini, tiba-tiba sahaja VCD individu menyerupai Mustpha Ali tersebar di Besut, Terengganu. Walaupun kita tidak berniat menuduh pembabitan Azan dan PKR Terengganu, namun merekalah yang paling mendapat keuntungan daripada masalah yang menimpa Mustapha ini.

Mustapha berada dalam keadaan lemah sekarang tentulah menguntungkan PKR dan merugikan Pas. Pengaruh dan kekuatan Mustapha sebagai perunding Pas menjadi lemah dengan pengedaran VCD ini.

Jadi Mustapha perlu sedar bahawa yang ingin melihat kejatuhan beliau ialah rakan-rakan sekutunya, bukannya UMNO atau Barisan Nasional.

read more...

APA NAK JADI : Parah Ditetak Kerana Pasang Bendera Parti

"Akibat tetakan itu mangsa mengelami kecederaan parah di bahagian hadapan dan belakang badan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ampuan Afzan, Kuantan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.







Seorang lelaki parah akibat ditetak ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik di Kemaman malam tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam itu dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan untuk memasang bendera parti.

Katanya mangsa berusia 40-an bersama empat lagi rakannya sedang memasang bendera parti apabila dihampiri sekumpulan lelaki yang kemudiannya bertindak di luar kawalan dengan menetak mangsa menggunakan parang.

Menurutnya polis sedang memburu kumpulan suspek yang dipercayai dianggotai 10 orang berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Tiam berkata sehingga kini sebanyak tujuh laporan polis dibuat berhubung kes pergaduhan melibatkan parti politik dan ini merupakan kes pertama yang mendatangkan kecederaan.

Beliau mengingatkan penyokong parti politik supaya jangan bertindak di luar batasan dan sebaliknya membuat laporan polis sekiranya bendera dan poster parti mereka dirosakkan.

BERNAMA
read more...

OPS DAULAT : PENGGANAS DITAHAN KETIKA MERAYU DAPATKAN MAKANAN DENGAN PENDUDUK




"Dua hari lepas seorang pengganas tiba-tiba masuk ke sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu untuk meminta makanan. Sementara ibu bapa memasak makanan, anak pasangan itu keluar memaklumkan perkara tersebut kepada anggota tentera kita - PAT


"Serta-merta lelaki itu ditangkap dalam keadaan amat lemah sehingga menggigil akibat kekurangan makanan. Justeru tiada apa lagi perlu dirisaukan dan saya yakin proses pilihan raya tidak lama lagi akan berjalan lancar," katanya.

Tiada apa lagi yang perlu dirisaukan mengenai situasi keselamatan di zon merah Operasi Daulat kerana keadaan musuh ketika ini cukup lemah dan tertekan selain jumlah mereka dianggarkan tidak sampai 10 orang.

Panglima Angkatan Tentera, Panglima Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md. Zin berkata, kerjasama penduduk kampung yang pantas memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka terserempak dengan saki-baki pengganas tersebut turut memudahkan pergerakan mereka diawasi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan di sekitar Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian bagi merangsang semangat anak buahnya yang terlibat dalam operasi tersebut.

Menurut Zulkifeli, rata-rata anggota pasukan keselamatan masih bersemangat dan ceria meskipun ada antara mereka sudah hampir dua bulan berada di kawasan operasi termasuk di ladang kelapa sawit dan hutan.

"Sekarang kita telah memasuki fasa ketiga iaitu menstabilkan keadaan. Disebabkan itu, saya telah bercakap kepada pegawai memerintah yang terlibat supaya lebih kerap membuat penggiliran di barisan hadapan bagi membolehkan anggota ini berehat.

"Sebagai contoh, apabila mereka sudah dua minggu berada di kawasan operasi, mereka diberi rehat dua hari untuk 'bercuti' dengan tinggal di Bandar Cenderawasih yang terletak berhampiran," katanya.

Sementara itu, Zulkifeli berkata, pihaknya tidak keberatan untuk menghulurkan bantuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membantu melicinkan proses pembuangan undi di kawasan operasi sekiranya diminta.

"Sebagai contoh, jika mereka mahu kami membantu membawa pengundi ke pusat pengundian, kami tiada masalah," ujarnya
read more...

KINGSTON : PM Ucap Tahniah Atas Kelahiran Insan Baru Chong Wei dan Mew Choo


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dan isteri, Datin Wong Mew Choo atas kelahiran bayi lelaki mereka se malam.
"Tahniah kepada Lee Chong Wei dan isteri yang mendapat anak lelaki yang sihat,” kata Najib dalam Tweeternya malam tadi.
Mew Choo melahirkan bayi lelaki yang dinamakan Kings ton Lee seberat 3.5 kg di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, di sini pada pukul 1.30 petang.
Nama Kingston Dipilih Sendiri Oleh Mew Choo



Wong Mew Choo telah selamat melahirkan anak sulungnya dan Lee Chong Wei di sebuah hospital swasta di ibu negara hari ini dan diberi nama Kingston Lee. 

Ketika menjelaskan mengapa nama Kingston menjadi pilihannya, Chong Wei mengakui, dia sebenarnya tidak tahu apakah makna di sebalik nama tersebut. 

“Saya serahkan kepada isteri untuk memilih nama anak sulung kami. Dia ada senaraikan dua, tiga nama, tetapi daripada semua nama yang disebut, Kingston terus melekat di hati kami. Nama itu sedap didengar. 

“Saya tidak tahu apakah makna Kingston tetapi saya dan isteri suka sangat dengan nama itu,” ujar Chong Wei lagi, yang turut melupakan aksi Piala Axiata demi mahu menemani isteri di hospital. 

Bagaimanapun Chong Wei berkata, dia dan isteri masih belum memilih nama Cina untuk anak sulung mereka kerana menurut kepercayaan kaum Tionghua tidak elok memberi nama kepada anak yang belum lahir. 



read more...

VIDEO : MALAYSIAKU, PR JANGAN JEALOUS YE!!







Steven Wong, Pengarah Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS Malaysia) telah mengemukakan idea mengenai penggunaan satu senarai semak untuk menilai dasar ekonomi yang akan dibentangkan Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang (PR) menjelang berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Nampaknya, idea itu agak mendapat sambutan jika diambil kira maklum balas yang diterima, termasuk undangan untuk saya muncul dalam satu program terbitan sebuah stesen radio popular.

Kini, BN sudah mengumumkan manifestonya dan tentu ramai yang bertanya sejauh manakah ia menepati senarai semak yang saya maksudkan? Berikut adalah penilaian saya.

Kriteria pertama ialah praktikaliti. Praktikaliti boleh membawa maksud berbeza, tetapi di sini ia bermaksud sama ada dasar yang dikemukakan itu berupaya untuk dilaksanakan atau hanya sekadar satu kenyataan yang indah untuk didengar.

Dalam aspek ini, manifesto BN mempunyai kelebihan. Dalam kesemua 17 bidang yang diliputinya, terdapat penjelasan secara khusus tentang perkara yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lepas dan yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang. Tiada masalah di sini.

Tidak dapat dinafikan, orang boleh mempersoalkan sama ada ia merupakan langkah yang patut dilaksanakan atau sebaliknya, tetapi itu perkara lain. Secara umumnya, apa yang perlu dilakukan ialah mengadakan lebih banyak dialog secara serius tentang apa, bag bila dan kenapa berkaitan projek dan program berkenaan.

Kriteria kedua ialah perakuan berkaitan aspek kesalingbergantungan. Kelemahan yang terdapat dalam penggubalan dasar di mana-mana jua ialah ia sering dibuat secara "di dalam silo", yang bererti ia tidak mengambil kira tentang apa yang berlaku dan keperluan di tempat lain.


Sebagai contoh, memang tidak dapat dinafikan bahawa perkhidmatan awam merupakan institusi yang amat penting, tetapi bagaimanakah begitu banyak sumber yang dijuruskan kepadanya, memberi kesan terhadap sektor swasta, terutama dari segi kebolehsediaan dan kos yang terlibat bagi jumlah tenaga manusia yang terhad sifatnya itu?


Juga, apakah kesan yang diperoleh daripada pelaburan yang begitu besar jumlahnya dalam sektor pengangkutan awam serta infrastruktur lain, kemudahan perumahan mampu milik dan perkhidmatan kesihatan terhadap kredit pasaran? Apakah kesannya terhadap imbangan bayaran luar semasa negara?


Persoalan tersebut dan beberapa perkara lain tidak dijelaskan dan oleh itu penilaian mengenainya tidak dapat dilakukan, bukan sahaja terhadap Manifesto BN, tetapi juga manifesto PR.


Kriteria ketiga mempunyai kaitan dengan insentif iaitu dasar yang dikemukakan perlulah tidak memberi ganjaran kepada perilaku yang tidak produktif dan menghukum perilaku yang produktif.


Banyak dasar yang berlandaskan niat yang baik akhirnya mewujudkan masalah kerana ia mewujudkan amalan merentir dan mencari habuan.


Jika Malaysia benar-benar ingin melaksanakan transformasi, maka tidak boleh mewujudkan halangan untuk bekerja keras dan mencari kekayaan.


Walaupun pelbagai pihak heboh memperkatakan tentang pemberian wang oleh kerajaan, namun jumlah bantuan kewangan yang ditawarkan itu agak munasabah. Bagi 40 peratus isi rumah bawahan, jumlah yang mereka terima hanya lebih kurang bersamaan dengan pendapatan tambahan untuk satu bulan bagi mereka.


Hakikat bahawa ia diberi dalam bentuk wang kepada kumpulan sasaran tertentu juga adalah sesuatu yang baik. Ia tidak sama dengan pemberian bukan berbentuk wang seperti subsidi tenaga dan makanan, yang boleh membawa kepada berlakunya penyelewengan dan pembaziran dalam skala besar.


Perlu juga disebut bahawa insentif lain yang ditawarkan oleh manifesto itu menunjukkan sesetengah rakyat negara ini akan mendapat pelbagai bentuk bantuan. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa dari segi pemberian geran wang, manifesto BN tidaklah bersifat keterlaluan dan layak diberi markah yang baik.


Kriteria keempat ialah kelestarian kewangan. Seseorang itu tidak boleh dianggap sebagai pakar ekonomi sekiranya dia tidak menyebut tentang kekangan belanjawan. Berikutan masalah hutang yang dihadapi banyak negara, maka perkara ini tidak boleh dipandang ringan.


Banyak pihak berbahas tentang manifesto siapakah yang lebih memiliki ciri-ciri kelestarian kewangan, tetapi saya tidak berhajat untuk menyiarkannya di sini.


Pada pendapat saya, manifesto BN dan PR perlu lebih terperinci untuk menunjukkan dengan lebih yakin bahawa ia tidak akan mengakibatkan berlakunya kehancuran belanjawan dan keperluan membuat pinjaman.


Kriteria kelima ialah inovasi. Einstein mentakrifkan ketidakwarasan sebagai melakukan sesuatu perkara secara berulang kali dengan harapan akan mencapai hasil yang berlainan. Bolehkah manifesto BN dianggap melakukan perkara yang sama secara berulang kali?


Saya berpendapat intipati manifesto itu serta kunci untuk memenuhi semua aspeknya ialah pembinaan sebuah ekonomi yang berdaya tahan, dinamik serta inovatif, kerana tanpa asas ekonomi yang kukuh, semua sasaran lain hanya merupakan impian semata-mata.


Sekiranya terdapat perbezaan ketara antara manifesto BN dan manifesto PR, ia adalah berkaitan aspek pro pertumbuhan dan pro perniagaan.


Kita sudah tahu tentang pro dan kontra Program Transformasi Ekonomi (ETP), tetapi kita tidak pasti tentang strategi pertumbuhan PR.


Kriteria keenam ialah orientasi luaran. Jika Malaysia benar-benar ingin memiliki daya saing dan menjadi dinamik, negara ini perlu meliberalkan pasarannya dan meningkatkan interaksi rentas sempadan.


Dasar yang boleh menghalang atau melambatkan tekanan luar, begitu jelas masih diragui kewujudannya.


Manifesto BN secara jelas menyebut bahawa ia menyokong penubuhan Komuniti Ekonomi Asean serta usaha meningkatkan kepentingan ekonomi dan kepentingan dua hala (Anehnya, hal ini diletakkan di bawah Pergerakan Kesederhanaan Global).


Dalam hal ini, ia layak diberi markah tinggi. Namun demikian, perlu juga ditegaskan bahawa banyak negara turut meliberalkan ekonomi masing-masing untuk memiliki daya saing, dan perkara ini perlu diambil kira.


Kriteria terakhir ialah modal sosial dan keterangkuman. Sesuai dengan sifatnya sebagai manifesto pilihan raya, BN dan PR sama-sama menawarkannya. Oleh itu, pada pendapat saya, kedua-dua pihak boleh diberi markah mengenainya.


Menyedari peri pentingnya langkah diambil untuk menangani isu ketidakadilan sosial, maka saya amat berharap kita tidak bersikap terlalu pemurah, yang akhirnya boleh menyebabkan lahirnya sebuah negara kebajikan yang bukan seperti yang diinginkan.


-- BERNAMA



read more...

OPS DAULAT : Tiada Kaitan Pengganas, 32 Dibebaskan

KOTA KINABALU - Polis membebaskan 32 rakyat Filipina yang ditahan di perairan Sabah, kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu selepas dirujuk Jabatan Peguam Negara setelah mendapati tiada elemen pengganas dengan kumpulan pengganas bersenjata Sulu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kesemua mereka dihantar pulang menaiki bot yang dikenali sebagai 'kumpit' diiringi anggota polis sehingga ke perairan negara jiran itu, pada kira-kira 5 petang semalam.





"Setelah disoal siasat mereka tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pengganas," katanya pada sidang media selepas majlis pemakaian pangkat beliau yang dinaikkan pangkat kepada Komisioner Polis berkuat kuasa Jumaat.

Hamza yang kini memegang jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah kekal dengan jawatan sekarang memakai pangkat Komisioner Polis.

Beliau berkata pasukan keselamatan juga mengembalikan kesemua senjata yang dirampas seperti senjata api, barong dan kapak serta beberapa dokumen yang dibawa kumpulan lelaki itu.

Sebelum ini dilaporkan kesemua lelaki yang berumur dalam lingkungan 17 hingga 72 tahun itu menaiki sebuah bot ditahan di perairan Sabah, kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu awal pagi Isnin lepas.

Hamza turut memberi jaminan keadaan di Sabah terkawal dengan usaha penekanan mengekang pergerakan keluar masuk pihak luar ke negeri ini.

"Tiada juga berlaku pertempuran antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi di semua daerah dan kita berjaya menyekat kawalan keselamatan masuk ke negeri ini daripada pihak-pihak luar yang boleh menganggu-gugat ketenteraman awam," katanya.

Terdahulu, ketika berucap Hamza berkata penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) merupakan satu cabaran yang realiti kepada pasukan polis.

"Dari segi jangka masa pendek pembukaan balai polis baharu dibuat di kawasan ESSCOM seperti Pulau Bum-Bum, Semporna; Pulau Gaya, Kota Kinabalu dan Felda Sahabat sementara jangka masa panjang kita memerlukan sokongan rakyat dalam semangat keharmonian untuk mengembalikan keamanan di negeri ini," katanya.

Pada majlis itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada 12 pegawai kanan polis yang bertukar atau dinaikkan pangkat menerajui pegawai utama ESSCOM termasuk Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman DCP Datuk Abd Rashid Harun dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perlindungan Keselamatan (E6) Cawangan Khas Bukit Aman DCP Datuk Ahmad Nadzer Nordin.

Abdul Rashid dilantik Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam manakala Ahmad Nadzer dilantik Pengarah Bahagian Perisikan 1.

- BERNAMA
read more...

VIDEO : SEKOLAH PONDOK MAHU DIROBOH, TAPI PUSAT KARAOKE MASIH KUKUH!!!

Sebuah sekolah pondok agama Annajmiyah di Pengkalan Kubor, Kelantan telah disita oleh Majlis Daerah Tumpat minggu lalu. Pusat mendidik agama Islam disita tetapi pusat karaoke haram dibiarkan begitu sahaja.





Di zaman pemerintahan PAS di bawah Dato’ Asri Haji Muda dan beberapa Menteri Besar lain, Jalan Hamzah memang sudah terkenal dengan aktiviti pelacuran dan apa yang di panggil Kopi & Korek.

Tetapi apabila BN mengambil alih Kelantan pada 1978, Tan Sri Mohammed Yaccob telah menutup tempat berkenaan tetapi BN membenarkan operasi pusat hiburan berlesen, yang antara lain turut menawarkan perkhidmatan seks secara ‘underground’.






Apabila Nik Aziz menerajui pemerintahan ulama di Kelantan, beliau berbangga dengan mendakwa PAS berjaya menghapuskan aktiviti pelacuran di dalam manifesto-manifestonya.

APAKAH betul dan benar dakwaan Mursyidul AM PAS itu ???

ADAKAH Kelantan yang terkenal dengan jolokan "SERAMBI MEKAH" bersih dari maksiat dan tiada langsung wujud pusat2 maksiat seperti PELANCURAN, PERJUDIAN ???

APAKAH Nik aziz sebagai Menteri Besar Kelantan pasti dan yakin EXCO2, YB2 PAS dan PBT telah menjalankan amanah dengan telus dan jujur dalam menangani gejala maksiat PELACURAN dan PERJUDIAN di Kelantan ???


read more...

KENAPA SPR PERLU IKUT MODEL CEC DAP, MEMANG TERBAIK!!



DAP terkenal dengan kelantangan dan kelancangan mulutnya menghentam kerajaan atas apa saja yang dilihat korup, kotor atau salah di mata mereka. Di masa yang sama, mereka mempromosi PR, khasnya DAP sendiri sebagai sebuah parti yang menjunjung segala nilai murni yang tidak diamalkan oleh kerajaan BN. 

Justeru, slogan Cekap, Amanah dan Telus dijadikan simbol pentadbiran parti itu di Pulau Pinang. Kononnya, pentadbiran kaum Cina lebih bersih dan professional berbanding pemerintahan kaum Melayu. Dan kononnya kaum Cina lebih bijak dan bermaruah dari kaum Melayu. Itulah yang dimomokkan dan diterap ke dalam jiwa anak-anak DAP sejak dahulu kala lagi. 

Bagi DAP, jika ada segelintir Melayu yang berjaya atau kaya, ia adalah kerana dia atau ibubapanya atau nenek moyangnya pernah memakan rasuah. Sama ada itu, ataupun kerana mempunyai pertalian dengan kerabat diRaja atau orang-orang penting dalam negara. Kononnya juga, anak-anak Melayu di Pusat Pengajian Tinggi Awam bukannya benar-benar bijak tetapi berpeluang melanjutkan pelajaran hanya kerana sistem kuota. 

Namun, pengalaman berpuluh tahun di sektor swasta menyatakan sebaliknya iaitu kebanyakan kaum Cina yang berjaya adalah kerana kroni. Secara umumnya, sektor swasta di Malaysia menggunapakai sistem rasis iaitu menghadkan jumlah dan jawatan tertinggi kaum bukan Cina, terutama Melayu, setakat tahap tertentu dan jabatan yang perlu sahaja. Manakala bagi kaum mereka, walaupun tidak punya kredibiliti akan tetap diberikan peluang yang luas untuk naik pangkat ataupun gaji. 

Buktinya boleh dilihat di dalam DAP sendiri di mana seorang yang hanya lulus SPM diberikan tugas sebagai Pengarah Strategik Pilihanraya sehingga menyebabkan kecelaruan undi. Malah, dalam pentadbiran negeri pula, kita dapati DAP gagal menyediakan pembentangan yang tepat mengenai projek mega yang dicadangkan di Pulau Pinang yang mana menunjukkan kesilapan pengiraan yang tidak boleh diterima akal. Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh beberapa pihak juga menyaksikan pemberian projek juga dilakukan dengan cara tidak telus di negeri itu sehingga ada di antaranya membawa kepada perletakan jawatan. 

Malah pembahagian kerusi bagi parti sendiri juga menyaksikan ketidakcekapan yang parah dalam parti Cina kiasu itu. Kerana kerusi juga, kita melihat beberapa pemimpin DAP meletakkan jawatan walaupun pilihanraya semakin hampir. 

Semua ini membuktikan yang DAP bukanlah sebijak mana. Lebih dari itu, DAP bukanlah parti yang telus, cekap mahupun amanah. Sikap kukubesi DAP cukup terserlah, terutama di saat-saat genting menuju pilihanraya ini. Tidak cukup dengan menolak demokrasi dengan memboikot media, DAP juga menafikan hak ahli-ahli sendiri untuk bersuara. 

Apa yang menarik sekali mengenai perkembangan ini ialah, DAP langsung tidak membela diri atau tidak mampu membela diri apabila ketidaktelusan dan ketidakcekapan mereka itu terbukti melalui pemilihan CEC. Dalam dilema antara mengaku tidak telus, atau mengaku bodoh, DAP telah memilih untuk mengaku bodoh atas alasan tidak tahu mengira undi menggunakan komputer. 

Tindakan tersebut membuktikan kedua-duanya iaitu DAP itu adalah bodoh dan tidak telus sekali gus. 

Isu ini akhirnya dibawa kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) oleh ahli-ahli DAP sendiri. 

Oleh kerana licik tetapi bodoh, akhirnya DAP tidak boleh lari lagi. Hari ini, dilaporkan bahawa Lim Guan Eng tidak berani menyerahkan senarai 753 perwakilan yang tidak menerima surat untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 bagi membolehkan mereka mengundi kepada ROS. 

DAP cukup sedar bahawa mereka tidak boleh terlepas dari tuduhan tidak telus dan tidak cekap ini. Oleh itu, mereka terlebih dahulu membayangkan akan bertanding menggunakan lambang sekutu mereka jika parti itu dibatalkan oleh ROS. 

Bagi memperbetulkan keadaan, pembatalan tersebut, jika benar-benar berlaku, bolehlah dijadikan peluru untuk menembak BN pula iaitu kononnya takut dengan DAP. 

Namun, kita pasti rakyat tidak semudah itu untuk diperdaya lagi oleh DAP. Kita sudah cukup masak dengan sikap DAP iaitu, setiap kali terkantoi, DAP akan mengalih cerita ke lain agar kesalahan mereka dilupakan. Contohnya, isu mendiang Teoh Beng Hock di mana kesnya adalah kes rasuah DAP, tetapi dialihkan sehingga menjadi kes SPRM tidak cekap melindungi saksi. 

Kita pasti, DAP akan berbuat yang sama dalam isu CEC ini iaitu menjadikan ia sebagai isu BN takutkan DAP sehingga memaksa ROS membatalkan pertubuhan parti itu. Sedangkan kes sebenarnya ialah DAP tidak telus, tidak cekap dan bodoh kerana menipu, memanipulasi dan menafikan hak ahli-ahli sendiri. 

Segala perkembangan ini wajar dijadikan pengajaran dan diambilkira dalam memilih kerajaan. Tanyalah kepada diri sendiri, sanggupkah kita mempunyai kerajaan seperti DAP? Bayangkan, jika ahli-ahli sendiri pun boleh dipijak-pijak dan disepak-sepak, apatah lagi rakyat? Dan apatah lagi kaum lain, terutamanya kaum Melayu? 

Dalam keadaan ini, di manakah kredibiliti DAP, mahupun PR untuk mempersoal integriti sesiapa terutama, SPR? Jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh dikira dengan tepat dan telus, di manakah letaknya maruah dan kelayakan PR untuk mempertikai SPR? 

Berdasarkan apa yang berlaku, terbuktilah bahawa segala demonstrasi BERSIH yang dipromosi PR sehingga menyebabkan kecederaan, kemusnahan dan kerugian sebenarnya tidak mempunyai makna sama sekali. 

read more...

OPS DAULAT : EKSKLUSIF!!! GAMBAR-GAMBAR DIVIDEOKAN UNTUK TATAPAN UMUM


 



EKSKLUSIF BUAT ANDA :

Ada di antara gambar yang disiarkan ini tidak pernah dikeluarkan di mana-mana akhbar dan media sosial.

Melalui gambar berikut, kita boleh lihat kesungguhan mereka membebaskan negara tercinta ini daripada ancaman pengganas militan Sulu dari Selatan Filipina.






Semoga Allah saja yang membalas setiap titisan keringat dan darah yang mengalir di tubuh para pejuang tanah air tersebut.


read more...

TERKINI!!! MUSTAFA ALI TELAH BERSUMPAH BERKENAAN VIDEO YANG TERSEBAR!!!






Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada awal hari ini enggan mengulas berhubung dakwaan beliau terlibat dalam aksi lucah bersama seorang wanita tidak dikenali, yang disebarkan dalam bentuk video di blog-blog pro-Umno.

"DENGAN NAMA ALLAH SAYA BERSUMPAH, BAHAWA LELAKI DI DALAM VIDEO ITU YANG MENUNJUKKAN HUBUNGAN INTIM DENGAN SEORANG WANITA DI ATAS KATIL DI SEBUAH HOTEL ADALAH SEBENARNYA BUKAN SAYA"




Hmm... Itu Yang Dijangka dan Dimahukan Oleh Seluruh Umat Islam Yang Ada Di Malaysia Ketika Ini. Namun, jawapan yang diberikan amat-amat mengecewakan. Akhirnya seorang "pejuang" pelaksanaan undang2 ISLAM memilih untuk menggunakan perundangan Sivil di dalam kesnya.


Korang tengok sendiri jawapan yang AMAT-AMAT MENGECEWAKAN dari seorang pemimpin kanan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Kalau perkara ini berlaku ke atas individu-individu lain seperti Papa Homo dan Ask Min Aiskrim, BB tak kisah. Tapi, Setiausaha Agung Parti Islam Semalaysia!!!!

Semakin menjunam rasa hormat BB pada parti ini...

HAMPAS

"Saya tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu yang diperkatakan.

"Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," katanya dalam kenyataan satu perenggan yang disiarkan dalam akhbar web PAS Harakahdaily sebentar tadi.


Berikut adalah kenyataan ringkas Mustafa.


KENYATAAN MEDIA

Saya tidak akan menjawab sebarang petanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan.


Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung.
read more...

VIDEO : KURANG AJAR!!! Polis Trafik Dipermainkan!!!

Ni aper citer ni?? Ntahlah... Tapi nampak gaya memang sengaja dirancang untuk "MEMPERBODOHKAN" Polis Trafik. Itu Pandangan Peribadi BB.


Korang Yang Bijak Pandai Boleh Tafsir Sendiri Perlakuan 2 Mamat Yang "Terpelajar" lagi "Bijaksana" Ini.



Gambar Hiasan


Lihat Video Ini :






Bagi BB, Video ini jelas menunjukkan 2 perkara :

1. Tohmahan Mengatakan Anggota Keselamatan Kita Khususnya PDRM Tidak Berperikemanusian Dalam Mengendalaikan Kes Atau Tugasan Mereka Adalah Tidak Benar Sama Sekali.

2. Amat Kurang Ajar Bagi Golongan "TERPELAJAR" Menggunakan Apa Yang Dia "BELAJAR" Untuk Melepaskan Diri Apabila Melakukan Kesalahan.


INI PANDANGAN PERIBADI BB.

Korang?????


Video Kedua Lihat Di Sini : VIDEO 2 Polis Trafik Dipermainkan!!!
read more...

KURANG AJAR!!! ISLAM DIHINA KERANA UNDI!!!



UNDI ITU HAK MASING2. TAPI AGAMA JANGAN DIHINA DAN DIKEJI!!!


KEPADA DANIEL KHOO, ADMIN MINTA YOU BUAT PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA ATAU U NANTIKAN KESANNYA!!!!






Adakah ini yang kita mahukan? Adakah Ini yang dinamakan kebebasan bersuara?
Woi Daniel Khoo!!! SPR buka pendaftaran pengundi sepanjang tahun beb!!!

Bukan alasan pendaftaran ditutup.
Lu mau kempen saper wa takde hal!!
Tapi lu hina agama GUA BEB!!!
Lu kena Ingat, 
ISLAM BUKAN AGAMA HANYA UNTUK UMNO BN
ISLAM AGAMA UNIVERSAL
UNTUK SEMUA!!!

Lu Jangan Cari Pasal!!


read more...

OPS DAULAT : TAHNIAH KEPADA DATO HAMZA TAIB


Anak kelahiran Jasin, Melaka ini pernah memegang jawatan Ketua Trafik Pasukan selain Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak selama dua tahun sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah bermula tahun 2010 sehingga kini.





Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Dato’ Pahlawan Hj Hamza bin Taib dinaikkan pangkat ke Komisioner Polis (CP) berkuatkuasa hari ini.


Beliau yang kini memegang jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah kekal dengan jawatan sekarang memakai pangkat Komisioner Polis.






read more...

PAT BERANG DAKWAAN KE ATAS KOR RISIK ATM!!


“Pasukan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) ditugaskan menjaga keamanan bukan untuk menghuru-harakan negara,” katanya.

“Ia tidak betul. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mereka. Mereka sengaja mewujudkan kenyataan itu dan saya pasti ia rancangan mereka untuk menyalahkan kita (ATM).

“Perkara itu hanya strategi pihak berkenaan untuk menyalahkan ATM sekiranya ada huru-hara yang sebenarnya dirancang mereka,” katanya.





Ramai yang mengucap panjang apabila baca berita pemimpin PKR Datuk Johari Abdul yang dakwa dapat maklumat kononnya Kor Risik ATM melatih Pemuda UMNO dan orang awam buat huru-hara masa PRU. Johari 'lontar bom asap' itu dalam satu sidang media di ibu pejabar PKR baru-baru ini.

Bagi Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dakwaan itu bukan sahaja tidak berasas bahkan menganggap ia merupakan strategi pembangkang untuk menyalahkan pihak tertentu khususnya ATM apabila berlaku huru-hara.

read more...

AWAS!! Ini Akibat Berbaju Ketat Dan Nipis Dalam Pesawat!!!

Dulu, setiap kali menaiki kapal terbang, ia ibarat sesuatu yang cukup menggembirakan dan amat teruja. Justeru, pakaian dan apa saja yang dibawa haruslah yang terbaik.

Namun, dengan tawaran harga murah dari syarikat penerbangan, sesiapa saja kini boleh menaiki kapal terbang. Justeru, peraturan pemakaian juga tidak dikenakan sekali gus menyebabkan ada penumpang memakai sesuatu yang tidak sesuai terutama pakaian. 



Gambar Hiasan



Demi keselesaan dan kesenangan ketika menaiki pesawat, tip kali ini menyenaraikan beberapa perkara yang tidak harus dipakai ketika menaiki kapal terbang. 

Pakaian kulit yang ketat. Tidak hanya bahan kulit, usah menggunakan pakaian nilon kerana ia membuatkan kulit anda tidak bernafas seperti jaket kalis air.

Di dalam pesawat, udara kering dengan tingkat kelembapan rendah sehingga boleh mencapai 10 peratus. Jenis pakaian daripada kulit membuatkan anda tidak boleh bernafas dan kulit kering.

Jaga kelembapan tubuh anda dengan mengenakan pakaian sesuai yang diperbuat daripada bahan kapas. Selain membuatkan kulit anda lebih mudah bernafas, bahan kapas mudah menyerap peluh.

Pakaian yang ketat juga boleh menyebabkan ‘deep vein thrombosis (DVT) atau pembekuan pembuluh darah. Kesan DVT amat berbahaya kerana boleh memberi kesan kepada paru-paru. 

Biasanya DVT terjadi akibat duduk dalam dalam waktu yang lama. 

Pakaian tipis dan terlalu terbuka. Di dalam pesawat, suhu menjadi sejuk dan ada kalanya tubuh tidak dapat menahan keadaan itu terutama ketika penerbangan yang panjang. 

Jangan terlalu mengharapkan selimut di pesawat kerana tidak semua syarikat penerbangan menyediakannya. 

Justeru, jika ada jaket, ia sudah boleh menghangatkan anda. Jika anda tidak sejuk, cukup sekadar membuka jaket anda. 

Kenakan seluar panjang agar kaki tidak kedinginan. Pakaian terbuka membuatkan anda kesejukan. Selain itu, tidak semua penumpang selesa melihat orang lain mengenakan pakaian yang terlalu terbuka. 

Kasut yang tidak selesa. Mungkin ini saranan yang sudah biasa terutama membabitkan kasut tumit tinggi. 

Kasut sedemikian pastinya menyusahkan anda jika terpaksa berlari kerana terlewat daftar masuk atau bertukar ke pesawat berikutnya. 

Kabin pesawat juga bukanlah pentas peragaan untuk model. Justeru, anda tidak perlulah mengenakan kasut bertumit tinggi yang runcing. Gunakan kasut yang selesa dan memudahkan anda berjalan. 

Jangan gunakan kasut yang banyak tali atau kasut but yang memakan masa untuk dibuka kerana di beberapa lapangan terbang, anda perlu membuka kasut ketika melintas di mesin pengimbas logam. 

Kasut kadang membuatkan penggera berbunyi sehingga perlu dimasukkan ke mesin X-ray. 

Kanta lekap. Dalam penerbangan yang mengambil masa yang panjang iaitu melebihi 8 jam, ada baiknya anda menggunakan kaca mata daripada kanta lekap. 

Turunnya kelembapan di dalam pesawat membuatkan mata anda tidak selesa dengan kanta lekap. Jika dibiarkan, ia boleh mengakibatkan mata kering dan gatal. 

Di penerbangan yang pendek, titiskan cairan khas untuk pengguna kanta lekap secara berkala pada mata anda. 

Minyak wangi dengan aroma berlebihan. Tidak semua orang tahan dengan aroma minyak wangi yang menyengat. Bahkan, ada sesetengah orang alahan terhadap minyak wangi. Anda mungkin tidak mahu orang di sebelah anda bersin tidak berhenti-henti. 

Justeru, kenakan minyak wangi selepas turun dari pesawat. Sedikit cologne bayi ataupun ‘body mist’ dengan aroma yang lembut sudah memadai. 

Perhatikan juga sebaliknya di mana anda boleh mengenakan deadorant sebelum naik pesawat. Bau badan hanya membuat penumpang lain menderita. - sumber Google.

read more...

VIDEO : TERBAIK DARI NAJIB!!! TENGOK DULU BARU KOMEN #ManifestoBukanJanji #KhalidGagap #TolakPR





TERBAIKKKK..... 




KORANG RASA???




Dalam pada itu ada pula orang yang berangan dan bermimpi hebat.



Semasa berceramah di majlis pengumuman calon di Bandar Tun Razak semalam, Khalid Ibrahim telah berkata: “berdasarkan kajian yang dibuat oleh beberapa universiti, Pakatan akan menang 215 kerusi.”

215 KERUSI BEB!!


BB cabar Khalid!!! Sila Buktikan Kajian dari mana!!! 

Bayangkan,... Majlis pengumuman calon di Bandar Tun Razak pun hanya ada 100-200 orang yang hadir takkan boleh menang 215 federal seats?

Bro, kot ye pun kau nak kencing... tak kan lah BN menang 7 kerusi je? Agak-agak lah sikit.

Sawan habis dah si Khalid ni, kem Azmin mesti tengah bersorak sakan.

BB Cabar Lu @Khalid_Ibrahim samada di Twitter, Facebook atau blog, sila namakan universiti yang menjalankan penyelidikan tersebut. Sekiranya Lu gagal berbuat demikian, BB akan anggap Lu ni Khalid sebagai pembohong besar.

#ManifestoBukanJanji #KhalidGagap #TolakPR

read more...

PR BERGOLAK !!! Kit Siang Naik Angin Dengan Anwar

Kecelaruan di dalam Pakatan Rakyat nampaknya semakin hari semakin parah dan bukannya semakin pulih. Jika sebelum ini PR dilihat sebagai sebuah kapal dengan tiga nakhoda, tetapi kini parti itu seolah-olah tidak mempunyai nakhoda langsung. DAP yang begitu dominan juga nampaknya semakin buntu apabila pemerintahan cara kuku besi dan kilas tangan mereka sudah tidak lagi menjadi. Hari ini, kita tidak tahu lagi siapa yang sebenarnya menerajui PR. 




Masing-masing pemimpin tertinggi parti dilihat suka-suka menukar dan mengumumkan calon masing-masing tanpa berunding dan tanpa mengambil kira sentimen akar umbi. Tindakan menukar-nukar kerusi kerana terlebih yakin kini mula memakan diri apabila keyakinan yang dirasai itu terbukti tidak berasas sama sekali. Kehadiran yang dingin di ceramah-ceramah dan kunjungan yang tidak bersambut membuktikan bahawa PR tidak diterima di kawasan terbabit. 

Jika ceramah mendapat sambutan pula, kita tetap menyaksikan perebutan kerusi antara ketiga-tiga parti atau penolakan calon oleh akar umbi. Lim Kit Siang adalah antara yang membuat keputusan untuk menukar kawasan iaitu dari Ipoh Timur, Perak ke Gelang Patah, Johor. Tujuannya ialah untuk mencabar MCA serta menggerunkan BN, sekali gus merampas Johor. Anwar pula pada awalnya dilaporkan akan bertanding di Perak. Dengan cara ini kedua-dua negeri akan dapat dirampas, di samping mengekalkan Pulau Pinang, congak mereka. 

Walaubagaimanapun, perkembangan semasa di kedua-dua negeri menyedarkan mereka bahawa mereka tidaklah begitu bijak dalam mengatur strategi. Malah, lebih malang lagi apabila sesama pemimpin tertinggi, termasuk bakal Perdana Menteri mereka juga tidak boleh dipercayai. Kit Siang kini tersedar bahawa beliau sebenarnya berhadapan dengan ‘dirinya’ sendiri apabila berhadapan dengan Anwar. Sikap putar belit dan kukubesi kedua-duanya tidak memungkinkan mereka bekerjasama dengan baik. 




Oleh itu, walaupun, keputusan untuk Anwar bertanding di Perak adalah keputusan bersama antara para pemimpin tertinggi PR, namun apa yang terjadi ialah Anwar dengan sesuka hati menukar fikiran untuk bertanding di Permatang Pauh, kawasan selamatnya. Sedangkan keputusan awal untuk ‘lari’ dari Permatang Pauh adalah kerana kurang yakin dapat menang besar di sana. 

Namun, memandangkan keadaan adalah jauh lebih bahaya di Perak, maka Anwar memilih untuk kembali ke tempat asal pula tanpa berunding dengan sesiapa. Inilah yang membuatkan Kit Siang mengamuk sehingga mengeluarkan kata-kata, “biar kalah, biar mati!” Jelas, ia adalah luahan kemarahan yang tidak dapat dibendung lagi. Seolah-olah sudah putus asa, itulah saja yang dapat dilihat dari riak wajah diktator DAP ini. 

Mungkin kita wajar memuji Anwar kerana mampu menjatuhkan moral seorang kiasu sehingga begitu sekali. Setelah berdekad-dekad berpolitik, jarang sekali atau hampir tidak pernah kita melihat Kit Siang gagal mengawal diri. Kit Siang bagaikan sudah mengaku kalah setelah menyedari yang beliau gagal sama sekali untuk mengawal Anwar, mahupun PAS di saat-saat akhir. 

Kedua-dua parti sekutu DAP itu nampaknya membawa hal sendiri dalam menentukan calon dan kerusi dan tiada siapa lagi yang merujuk kelulusan DAP. Lebih malang bagi Kit Siang apabila pemimpin DAP sendiri ada yang meletakkan jawatan akibat tidak puas hati dengannya. Nampaknya, kelicikan Anwar dan kebodohan PAS benar-benar membuat seorang kiasu menjadi bingung. 

Oleh itu, pesan kita pada Kit Siang, jangan sekali-kali percaya kepada penipu seperti Anwar dan jangan sekali-kali merendah-rendahkan kebodohan PAS. Orang bodoh dan penipu sememangnya sukar untuk dijangka kerana mereka mampu berbuat apa saja.
read more...

OPS DAULAT : Perlekeh Pasukan Keselamatan Sebab Buta Peranan Tentera Dan Polis!!

"Baru mereka tahu betapa pentingnya pertahanan yang dilakukan tentera dan polis. Saya tidak mahu masyarakat kita terlalu selesa, kita hendaklah mempunyai kesiapsiagaan pada peringkat optimum sesuai dengan konsep Hanruh iaitu pertahanan menyeluruh, rakyat keseluruhannya tanpa mengira latar belakang politik, kita hendaklah bersama-sama dengan tentera dan polis," katanya. 

Buta terhadap peranan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia menyebabkan segelitir pihak memperlekeh, memberi komen negatif serta menghina pasukan keselamatan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.




Beliau berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu juga kerana mereka dibutakan oleh matlamat politik sehingga tidak lagi menghargai pengorbanan serta jasa pasukan keselamatan dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan negara. 


"Pada hemat saya, soal pertahanan dan keselamatan jangan dipolitikkan, dalam soal keselamatan dan pertahanan, semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang harus bersatu hati untuk membantu angkatan tentera kita, polis kita, bukannya memperlekeh, memberi komen yang negatif dan menghina mereka. 

"Mereka juga adalah manusia biasa seperti kita, mereka harus diberi semangat untuk mempertahankan negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama warga Kem Briged Kelapan Infantri Pengkalan Chepa Khamis. 

Sebagai contoh, Ahmad Zahid berkata dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah, ketika permulaan operasi awal Mac lepas, keadaan adalah seperti biasa namun apabila berlaku pembunuhan oleh penceroboh, maka banyak kedai yang ditutup serta ramai tidak boleh berniaga. 

Mengulas beberapa pegawai kanan tentera, termasuk yang berpangkat jeneral menjadi calon mewakili pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini, Ahmad Zahid berkata mereka hanya kumpulan kecil, bermasalah semasa dalam perkhidmatan dan kini cuba memburukkan ATM. 

"Ini masalah politik yang harus diselesaikan secara politik, kita tidak mahu ambil tindakan undang-undang walaupun kita boleh. Masalah politik, kita selesaikan secara politik... pengundi tolak mereka ini," katanya. 

Ditanya kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kebelakangan ini yang dilihat boleh memesongkan akidah umat Islam, termasuk solat orang Umno tidak mendapat pahala, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata 'fatwa' nyanyuk yang dikeluarkan Mursyidul Am PAS itu merugikan PAS. 

"Lebih banyak Nik Abdul Aziz mengeluarkan fatwa, maka lebih baik untuk Barisan Nasional, saya harap beliau akan terus nyanyuk dan memberi fatwa yang pelbagai, tetapi jangan ambil peranan Allah SWT, soal dosa dan pahala bergantung kepada amal dan niat kita. Beliau beri pendapat mungkin kerana ilmu mantik tetapi tidak semua orang yang akan faham apa yang disebutkan. Cukuplah," katanya. 


- BERNAMA
read more...

Tian Chua Hilang Sokongan Di Tempat Sendiri Gara-Gara...

Kebodohan demi kebodohan yang ditunjukkan Naib Presiden PKR ini akhirnya sudah menampakkan kesan dan menghakis keyakinan rakyat. Terbaru, penduduk-penduduk Parlimen Batu mula sedar siapa sebenarnya Tian Chua sehinggakan ceramah beliau di kawasan parlimen sendiri tidak mendapat sambutan seperti PRU12. 




Tian Chua seharusnya mengambil jalan mudah dengan memohon maaf terhadap kenyataannya bahawa pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara. Maka tidak perlu pembangkang mengeluarkan segala jurus untuk menyelamatkan Tian Chua sambil menepis persepsi rakyat bahawa Pakatoon tidak sensitif dan Patriotik. Bukan pemimpin utama pembangkang sahaja yang bersilat, pemimpin Melayu DAP, Aspan Alias turut berkungfu mengutuk sesiapa sahaja yang mengkritik Tian Chua termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor. 



Diungkit kembali kes Rahim tumbuk Anwar sampai lebam dulu. Rasanya bukan Rahim sahaja, 1 Malaysia kalau diberi ruang dan peluang akan melakukan perkara yang sama terhadap petualang negara. Selepas hampir 2 bulan menyatakan insiden Lahad Datu adalah sandiwara, Tian Chua cuba kembali ke Sabah untuk memberi ceramah untuk terus menabur fitnah-fitnah terhadap pengawal keselamatan. 

Rakyat Sabah sudah sedar dan matang, kehadiran yang tidak diundang itu hanya mampu sampai setakat di lapangan terbang sahaja. Tian ditahan dan terus dihantar balik ke parlimen Batu. Niat hati hendak mengadu dengan pengundi sendiri tapi malang kali kedua Tian Chua hanya mampu meluahkan perasaan pada kerusi-kerusi kosong yang disusun cantik di parlimen Batu. 

Adakah ceramah tak dapat sambutan juga sandiwara UMNO, YB Tian Chua? Hahahaa... Tian sebelum ini telah terlibat dengan pelbagai skandal diantaranya kemalangan yang mengakibatkan kematian anggota keselamatan di Kota Tinggi. 




Kematian pun Tian Chua spin. "Ketika tiba dilokasi kejadian, motosikal dan Mercedes Benz bertembung selepas kereta Mercedes dinaiki Tian Chua itu dipercayai masuk ke laluan bertentangan" - Kenyataan Polis "Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal dipercayai seorang anggota tentera memotong sebuah bas yang menghala ke Kota Tinggi lalu bertembung dengan kereta Tian Chua" - Kenyataan Suara Keadilan. 

Hebat betul diorang ni spin. Itu baru sedikit. Ada macam-macam lagi pengkhianat negara ini telah lakukan kerosakan di bumi Malaysia ini. Gigit telinga polis, cetus kekecohan, persenda perjuangan wira negara. Inilah Tian Chua. 

#BetterNation kalau Malaysia takde rakyat macam @TianChua
read more...

CALON BN : PM Perlu Umum Calon Awal

Penamaan Calon telah dijadualkan pada 20hb April dan pilihanraya pada 5hb Mei. Walaupun tarikh ini baru saja diumumkan, pembangkang telah lebih awal lagi mengumumkan calon-calon mereka di beberapa kawasan yang mana menyaksikan perbalahan dan kecelaruan yang parah dalam pakatan itu. 




Tentulah bohong jika dikatakan Barisan Nasional tidak turut mengalami demam pilihanraya tetapi, berbanding dengan pembangkang, BN nampaknya jauh lebih tenang dan menyerahkan bulat-bulat kepada kepimpinan dalam soal pencalonan. Biarpun usaha untuk menonjolkan diri, membodek dan mencantas tetap wujud, tetapi sebagai sebuah parti yang rasional dan matang, semua pihak di dalam BN akur akan kedudukan, peranan dan keutamaan dalam memastikan kemenangan. 

Pendek kata, BN adalah parti yang berhemah dan professional serta ikhlas menjulang amalan demokrasi. Perbezaan yang paling jelas antara BN dan PR dalam menghadapi pilihanraya ialah sikap kuku-besi yang langsung tidak wujud dalam diri pemimpin BN. Dato’ Seri Najib tidak pernah meminggirkan pandangan akar umbi atau mana-mana pihak jua, dalam menentukan calon. 

Justeru, tidak hairan beliau mengambil masa yang lama untuk membubarkan parlimen, dan seterusnya mengumumkan nama calon. Kita sedar bahawa bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak, tetapi mahu tidak mahu, keputusan perlu dibuat dan satu pihak mungkin akan kecewa. Pun begitu, ia bukanlah alasan untuk penyokong-penyokong mengejek pilihan Perdana Menteri sepertimana yang dilakukan oleh penyokong PR terhadap Anwar. 

Selain itu, tiada ruang di dalam BN bagi mana-mana pihak untuk memanipulasi atau bermuslihat mengumumkan nama orang lain selain dari yang dipilih oleh kepimpinan tertinggi sepertimana yang belaku antara PKR dan PAS di Perlis. Kita juga tidak mungkin menyaksikan PM selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO mengenepikan parti-parti komponen secara paksaan, kasar dan biadap sepertimana yang dilakukan oleh DAP di Johor. 

Sebaliknya, semua permasalahan dibawa berunding bagi mencari penyelesaian paling praktikal dan tepat untuk kebaikan parti secara keseluruhan. Ini mudah dilakukan oleh BN kerana semangat setiakawan di dalam BN adalah asli, ikhlas iaitu bukan lakonan atau kepura-puraan. BN tahu menghormati ketua dan sentiasa mengambil sikap beradab sopan. Kerana itu, tiada kecelaruan di dalam BN melainkan terus bergerak lancar menuju pilihanraya. 

Meskipun mungkin ada beberapa perkara yang belum selesai, semua pihak cukup maklum bahawa ia pasti akan selesai sebaik saja penamaan calon. Perlu difahamkan bahawa kelancaran gerak kerja ini bukan sahaja disebabkan BN cekap dan berpengalaman, tetapi yang lebih penting ialah sikap masing-masing di dalam parti yang mana tidak mampu disaingi oleh pakatan. 

Dengan segala kekecohan dan kecelaruan yang berlaku, jalan PR untuk ke pilihanraya kelihatannya terlalu sukar, sekali gus menyebabkan jalan untuk ke Putrajaya menjadi semakin kabur bagi mereka. Dalam keadaan ini, kita merasakan bahawa Perdana Menteri boleh saja mengumumkan nama-nama calon BN pada bila-bila masa. 

Kita pasti ia tidak akan membawa apa-apa kesan buruk kepada BN, sebaliknya akan membantu menyediakan jentera parti, dari segi mental dan fizikal dengan lebih awal
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top