Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Bloggers Seks : Alvin Dan Vivian Buat Hal Lagi!!!!




Hubungan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee kini ibarat rentak menanti belah apabila masing-masing curang antara satu sama lain.

Alvin bersedia memutuskan hubungan mereka apabila Lee mempunyai hubungan seks dengan orang lain di belakangnya sekaligus melanggar peraturan mereka untuk ‘bertukar pasangan’ hanya di hadapan satu sama lain.

“Saya telah berkira-kira menamatkan semua ini, kerana ia telah berlaku sekali lagi. Jika pembohongan yang berlaku, pendedahan adalah perlu. Sudah tentu, itu lebih mudah berkata daripada melakukannya,” tambah pemuda berusia 25 tahun itu.

Alvin dan Vivian yang dikenali dengan gelaran Alvivi telah bertukar pasangan seks sepanjang hampir dua tahun hubungan mereka namun Alvin berkata, mereka kekal memiiki emosi yang eksklusif antara satu sama lain. Bagaimanapun dia mengaku komplikasi terhadap hubungan terbuka mereka itu.

“Saya sentiasa menolak untuk hubungan yang sama sekali terbuka tetapi dia tidak akan mengambilnya. Itulah yang merunsingkan saya. Dia bertindak seperti jenis eksklusif yang setia namun bukan di belakang saya,” katanya.

Entri terbaru pasangan itu “Alvin dan Vivian – Alvivi” Facebook baru-baru ini berbunyi: “Alvivi akan datang untuk berpecah tidak lama lagi. Terima kasih kerana mengikuti kami, tetapi ini adalah akhir. # ThatsIt “.

Namun Vivian pula memberitahu portal yang sama bahawa dia cuba untuk menyelamatkan hubungan mereka.

“Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan hubungan ini. Saya benar-benar inginkan dia. Kami telah bersama selama hampir tempoh dua tahun,” katanya.

“Saya rasa usaha saya adalah sia-sia. Beliau nampaknya tidak mahu lagi menyelamatkan hubungan kami, ” katanya sambil menambah bahawa bekas pasangannya itu juga telah menipunya pada bulan September lalu.




Pasangan itu menjadi terkenal pada tahun 2012 apabila memiliki blog, Sumptuous Erotica yang memaparkan siri gambar-gambar dan video seksual mereka.

Blog itu kini tidak berfungsi lagi tetapi mereka mempunyai laman Facebook bersama dan saluran YouTube bertajuk “Alvin Vivian”.

Pada Julai lalu, selepas memuat naik gambar sedang menikmati hidangan sup tulang babi di laman Facebook pada bulan Ramadan, pasangan kontroversi Alvin dan Vivian Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan.
read more...

BUGHAH : Akhirnya Mufti Bersuara, Persilakan Laporan Polis!!!




Kuala Lumpur: “Saya berkata yang benar, bukan mencari publisiti murahan dan tidak akan berganjak daripada pendirian,” tegas Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Sambil menegaskan tanggungjawabnya mengingatkan umat Islam, Harussani berkata, istilah ‘bughah’ tidak terhad hanya penentangan terhadap kerajaan yang adil, sebaliknya merangkumi kerajaan yang sah dipilih melalui sistem demokrasi berperlembagaan.

Beliau tidak gentar jika ada pihak yang mengecam kenyataannya itu, malah tetap istiqamah dalam pendiriannya meskipun berdepan kemarahan segelintir kelompok.

“Jika ada yang hendak buat laporan polis, itu hak mereka. Apa yang dikatakan itu adalah fahaman saya terhadap Islam. Saya bukan hendak mencari publisiti.
read more...

VIDEO : Imej "JIN" Muncul Dalam Rakaman CCTV!!!




Tak dapat dipastikan apakah objek hitam yang berterbangan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ini yang kini menjadi viral di laman Facebook.

Menerusi video berdurasi 40 saat itu dapat dilihat objek itu pergi ke arah meja makan dan kemudiannya menjilat makanan yang terdedah di situ.

Memetik komen yang ada di status itu, memang terdapat kebenaran daripada ulama yang makanan dibiarkan terdedah akan dijilat oleh jin.

Sebab itulah, segala makanan harus disimpan dengan sebaik mungkin dalam bekas tertutup atau pun ditutupi dengan tudung saji.

Ini sekali gus menghindarkan lalat dan serangga daripada menghinggapi makanan dan mengelakkan makanan itu daripada tercemar.


read more...

FITNAH KAHWIN MUTA'AH!!! Bapa Mertua Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang!!!



Kebenaran akan terbongkar jua akhirnya. Kita digemparkan pada hari demontrasi jalanan #TURUN #RPDM31D yang di anjurkan pembangkang di Dataran Merdeka lalu mengenai sebaran seorang FBkers mengenai keinginan individu berkenaan ingin melepaskan pasangan mutaahnya.





Ternyata posting berkenaan bersifat populis dan PBR lihat inilah fitnah yang berat yang dilakukan individu berkenaan. PBR harapkan individu berkenaan segera bertaubat dan meminta maaf pada pihak yang teraniaya.

Di bawah PBR lampirkan comment dari ayah mertua perempuan berkenaan yang ingin disampaikan kepada individu berkenaan.


Assalamualaikum..

Berkenaan posting tuan yang di ambil dari wall Ali Hanifah Al Qadahi



FB Penfitnah kahwin mutaah



Assalamualaikum...

Tuan Ali Hanifah Al Qadahi,

https://www.facebook.com/alihanifah.alqadahi?fref=ts

Dengan nama Allah Tuhan Penyeru Alam..yang menjadikan lagi dan Bumi, yang mana dengan peluh dan keringat kedua ibu bapa ku Hajah Hasnah dan bapa ku Haji Ibrahim juga dengan keringat dan peluh ku...sesungguhnya aku bersumpah bahawa tuan telah melanggari batas Akhlak dan syariat seorang mukmin...

Sesungguhnya Tuan telah menjaduhkan Maruah saya sebagai seorang bapa, photo yang Tuan fitnah adalah merupakan anak menantu perempuan saya yang mana ianya adalah isteri kepada anak lelaki sulung saya.

Tuan telah menggunakan photo keluarga kami sambil menfitnah mengatakan anak perempuan saya adalah perempuan Mutaah, sedangkan kami sekeluarga adalah merupakan orang awam yang beragama Islam dan Ahlul Sunnah Waljamaah.

Anak perempuan saya dan anak lelaki saya juga merupakan seorang Islam Ahlul Sunnah Waljamaah yang mana kedua mereka masih lagi sedang belajar menyambung Ijazah masing masing di Pusat Pengajian Tinggi Malaysia.

Disini saya ingin memaklumkan yang tuan telah menfitnah kami serta mengaibkan kami sekeluarga dengan menggunakan photo anak perempuan kami sebagai bahan Propaganda Mutaah Syiah tuan.

Kami tidak HALAL kan perbuatan ini dan kami akan mengambil tindakan undang undang dengan membuat lapuran kepada pihak berkuasa.

Bersama ini juga saya sertakan gambar perkahwinan anak anak kami.

sekian.

Ali Zaik aka Ali Russia





read more...

GILIRAN RAFIZI BANTAI DAN "PERBODOHKAN" GUAN ENG!!!




Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilihat tidak memilih masa tepat untuk membeli kereta mewah Mercedes Benz S300L ekoran ianya memberi imej buruk kepada Pakatan Rakyat (PR).

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, Guan Eng harus lebih peka kepada sensitiviti rakyat yang kini menanggung beban kenaikan harga barang dan penarikan semula subsidi.

"Saya rasa semua pengamal politik harus mempunyai sensitiviti yang sama sama ada dari pihak barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan kerana rakyat kini sedang menempuhi kesukaran dan 2014 akan menjadi lebih sukar," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Rafizi berkata demikian bagi mengulas tindakan Guan Eng menggantikan kereta rasminya dari Toyota Camry 2.5V kepada Mercedes-Benz S300L yang bernilai setengah juta ringgit.


read more...

GAMBAR : Ikan Matahari GERGASI Terdampar Di Sandakan, SABAH



Gambar Ikan Matahari Gergasi Yang Terdampar Di Kg Forest Sandakan


Ikan ini dipanggil Ikan Matahari kerana berbentuk bulat seperti matahari dan tidak memiliki ekor. Dalam bahasa Inggeris ikan ini disebut nama sunfish (ikan matahari) karena bentuknya dan kegemarannya “berjemur” diterik matahari. Ikan yang suka makan ubur-ubur ini banyak menghabiskan waktunya di kedalaman lebih dari 600 meter di bawah permukaan laut yang dingin, dan “berjemur” menjadi kegiatan yang disukainya untuk mengembalikan suhu tubuh.


.





Maaf, TIDAK DAPAT PULA DISAHKAN BILA KEJADIAN INI BERLAKU
read more...

Kalimah ALLAH: Pengarang Herald Akan Dipanggil Segera - PDRM



KLANG - Polis Selangor akan memanggil pengarang Herald-The Catholic Weekly, Lawrence Andrew dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya mengenai penggunaan kalimah ALLAH di gereja Selangor.


Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata polis juga sedang berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengenai isu penggunaan kalimah ALLAH di sidang gereja seperti yang dikatakan Andrew, minggu lalu. 

Menurut Mohd Shukri lagi, pengarang itu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi memberi keterangan. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, hari ini.

Paderi Lawrence dalam kenyataannya di laman sebuah portal pada 27 Disember lalu menyatakan pihaknya akan tetap menggunakan kalimah ALLAH di semua gereja di Selangor.







Sementara itu TPM pertahan tindakan UMNO Selangor,serta NGO, bantah Kristian guna kalimah Allah.

UMNO Selangor dan NGO-NGO di Selangor khususnya membantah kenyataan 'biadap' Pengarang Herald-The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew dipertahankan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Munurut Muhyiddin tindakan itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam saja.

"Saya fikir tindakan itu tidak bercanggah tapi selari dengan titah ketua negeri (Sultan). Tindakan UMNO Selangor itu adalah keputusan mereka sendiri," katanya pada sidang media selepas meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa Setapak sebentar tadi.

Sabtu lepas, Pengarang mingguan Katolik, Herald,Paderi Lawrence Andrew berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Melayu meskipun JAIS akan menghantar notis peringatan kepada mereka berhubung enakmen negeri melarang bukan Islam menggunakan kalimah itu.

Dalam temubual yang disiarkan oleh The Malaysian Insider, Lawrence berkata Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri.

“Agama kami tidak boleh diuruskan oleh sebarang kumpulan agama Islam. Ia bertentangan dengan Perlembagaan. Kami akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan kami,”ujarnya.

Semalam UMNO Bahagian Shah Alam, Klang, Kapar, Kota Raja, Tanjung Karang dan Sabak Bernam membuat laporan terhadap beliau, menuntutnya memohon maaf selain mahu tindakan dikenakan terhadapnya.

Sebelum ini, pelbagai pihak mahu Paderi Lawrence Andrew diambil tindakan undang-undang kerana menghina mahkamah apabila mengeluarkan kenyataan gereja Katolik di Selangor tetap akan menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan bahasa Melayu.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, kenyataan biadab Pengarang The Herald itu juga menghina titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris yang mahu rakyat negeri itu akur kepada larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Mahkamah sebelum ini telah memutuskan kalimah tersebut eksklusif hanya untuk kegunaan umat Islam.




"Kenyataan Andrew mahu menggunakan kalimah berkenaan adalah bertentangan dan menghina keputusan mahkamah, jadi tindakan undang-undang perlu diambil terhadapnya," katanya.

Ismail berpendapat, pihak istana juga boleh menilai kenyataan tersebut agar tindakan sewajarnya diambil bagi mempertahankan titah sultan dan institusi raja di negara ini.

Katanya, jika tindakan tegas tidak diambil dalam kadar segera, kenyataan paderi berkenaan boleh memberi impak lebih besar termasuk menjadi contoh ikutan kepada gereja lain untuk turut menggunakan kalimah Allah.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu mendakwa paderi berkenaan di mahkamah.

Beliau berkata, tindakan tersebut amat wajar untuk menghentikan kegelisahan umat Islam selain mengekalkan keharmonian hubungan masyarakat majmuk negara ini.

"Kenyataan tersebut jelas tidak menghormati mahkamah, titah sultan dan menunjukkan paderi itu seolah-olah tiada perasaan yang baik terhadap persefahaman serta keharmonian antara kaum dan agama.

"Umat Islam seperti dihimpit ke dinding dan saya bimbang ada pula pihak yang akan memberi reaksi balas terhadap kenyataan itu dengan melakukan tindakan sendiri hingga tercetus sesuatu yang buruk pada masa depan," katanya yang mengesahkan menerima banyak aduan daripada umat Islam yang marah dengan kenyataan tersebut.

Nadzim memberitahu, jika reaksi berlaku, negara akan menjadi huru-hara dan punah malah tiada sesiapa pun yang mendapat untung.

"Justeru kita minta semua pihak lebih bertanggungjawab dalam hal ini, saya percaya Kristian juga mengajar penganutnya menghormati serta menjaga keharmonian negara," katanya.



read more...

KEBAKARAN : 5 Rakyat Malaysia Cedera Di Yesinn Hostel, Hong Kong



KUALA LUMPUR - Kementerian Luar hari ini mengesahkan lima pelancong Malaysia adalah antara 25 orang yang dilapor cedera dalam kebakaran di Yesinn Hostel, Hong Kong Ahad lepas.

Mereka ialah Wong Kang Chi, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Queen Mary Hospital, Pok Lam Road; Phuah Kien Sing dan Lee Chiang Choon (dimasukkan ke Ruttonjee Hospital, Daerah Wanchai), dan Kung Shin Tyan dan Tin Kam Mei (dimasukkan ke Pamela Youde Nethersole Eastern Hospital).

Dalam kenyataannya, Wisma Putra berkata Konsul Jeneral Malaysia di Hong Kong telah memaklumkan kepada keluarga mangsa tentang kejadian itu dan bersiap sedia untuk memberi bantuan yang diperlukan kepada mereka.

Pihak konsulat berhubung dengan pihak berkuasa Hong Kong dan hospital terbabit untuk memantau keadaan semua mangsa dari semasa ke semasa.

Kebanyakan yang cedera itu adalah pelancong dari Malaysia dan Singapura yang menginap di unit kediaman dan rumah tumpangan hotel bajet berkenaan di Cheung Hong Street, North Point District. - Bernama
read more...

BIAR BETUL!!! "Sultan" Melaka Diiktiraf Antarabangsa?



Seorang individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka berjaya mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Agong Antarabangsa (ICJ) mengenai tuntutannya menduduki takhta raja di negeri Hang Tuah itu.

Dalam satu kenyataannya hari ini, individu yang mahu dirinya digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah itu memaparkan surat daripada mahkamah tersebut di laman Facebooknya. Dalam statusnya menyebut;

”Adalah dengan ini, Beta DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah Shah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya beta telah berjaya mendapat pengiktirafan dari Mahkamah Agong Antarabangsa tentang tuntutan Beta sebagai Sultan Melaka,”

Menurutnya, beliau akan mengadakan sidang media khas untuk memaklumkan perkara itu kepada umum tidak lama lagi.




Beberapa tahun lepas, Raja Noor Jan telah menggemparkan negara apabila menuntut untuk menjadi Sultan Melaka kerana mendakwa beliau merupakan keturunan sultan di negeri itu yang sah berdasarkan salasilah yang dimilikinya.

Menetap di Gombak, beliau dan pengikut-pengikutnya juga telah ‘mendapatkan semula’ beberapa peralatan kebesaran negeri Melaka termasuk Keris Taming Sari melalui upacara di pesisir Sungai Melaka.




Salinan surat daripada mahkamah antarabangsa (gambar bawah) itu diterima pada 25 Disember lalu. 

Tuntutannya bagaimanapun tidak diiktiraf oleh pihak kerajaan kerana salasilah keturunan yang didakwanya itu sudah terputus kira-kira 600 tahun dan sukar dibuktikan kesahihannya.

Melaka pada zaman dahulu merupakan Empayar Kerajaan Melayu tetapi kesinambungannya terputus selepas ditakluki penjajah dan kini mempunyai Yang Dipertua Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob. -MalaysiaGazette

Sumber
read more...

DERHAKA DAN ENGKAR SULTAN!!! Paderi Selangor Tetap Guna Kalimah Allah!!



Di mana PAS Selangor? Di mana Nik Aziz? Di mana Khalid Samad? Di mana Abby Abdi? Di mana pejuang-pejuang Islam SEMUA yang sanggup "BERJIHAD" Di Dataran Merdeka malam tadi, tetapi LAYU dan LESU dalam isu yang mencabar KESUCIAN AGAMA ini?

Pengarang mingguan Katolik Herald Father Lawrence didesak memohon maaf kepada umat Islam berhubung kenyataannya yang bertegas mahu terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan gereja di Selangor.

Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Ir Kamaruzzaman Johari berkata, kenyataan Herald pada 27 Disember lalu ibarat mencabar undang-undang negara ini selain mengingkari titah Sultan Selangor, sekali gus mencabar sensitiviti umat Islam.




Beliau berkata, tindakan paderi berkenaan jelas memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab dan memperlekehkan kedudukan undang-undang negara ini sedangkan ia sudah jelas termaktub dalam peruntukan Enakmen Agama Islam Selangor dan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Berikutan itu, kami mendesak supaya paderi berkenaan tampil dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini kerana tindakannya itu yang mencabar sensitiviti orang Islam.

“Sekiranya dalam masa seminggu ini beliau tidak membuat permohonan maaf secara terbuka, kami akan membuat laporan polis supaya tindakan lanjut boleh diambil terhadapnya,” katanya.

Menurutnya, kenyataan paderi berkenaan seperti menderhaka kepada titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai penggunaan kalimah Allah di negeri ini selain bertentangan dengan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran kepada Orang Islam) 1988.








read more...

MESTI TONTON : 2 Video Di Himpunan Guling Kerajaan #AMBANG 2014 #TURUN#RPDM31D

Tak Perlu la BB Nak ulas panjang-panjang lagi bila ada video ini. Terima kasih Ambiga kerana memberi ‘definisi baru’ tentang apa itu hak asasi, apa itu kekacauan….dan paling tidak pun rakyat kini dah tahu, membaling botol pada orang ramai itu tak salah sebenarnya!

Kita sangat ‘BANGGA’ dengan peguam bernama S. Ambiga ini! - SUMBER

VIDEO: Sambutan Ambang Tahun Baru Huru-Hara…Tapi Ambiga Kata Dia KAGUM!http://mynewshub.my/wp-content/uploads/HHalem-Ambiga-Sree-Bersih-2-.pnghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/HHalem-Ambiga-Sree-Bersih-2--150x150.pngMyNewsHubUtama


Yang Ini Pula, kalau orang buat dekat bapa kita macam mana? Budaya biadap, kurang ajar seperti inikah akan kita wariskan kepada anak-anak kita?  - SUMBER



read more...

FATWA BARU? CERAMAH UAI "PALING HINA" BERBANDING DEMO HIMPUN!!!



ASTAGHFIRULLAH AL AZIM....hinalah sapa pi ceramah UAI...bukan admin kata KHALID ISMATH yang kata...

UAI pada ambang Tahun 2014 telah mengadakan ceramah / kuliah di Pulau Pinang yang turut disertai oleh Shamsul Yusuf dan Piere Andre





read more...

VIDEO : KRONOLOGI Perarakan Himpunan TURUN 31.12.2013 Dari Sogo Ke Dataran!!!





Himpunan TURUN 31.12.13 - Perarakan Dari Sogo ke Dataran Merdeka 1 Ini adalah rakaman LIVE detik-detik para peserta Himpunan TURUN mula berkumpul di hadapan Sogo Shopping Complex. Ribuan orang mula memenuhi sekitar ruang legar Sogo seawal jam 8 malam. Ikuti rakaman video ringkas ini. 


  

Para peserta demonstran dihiburkan dengan busker-busker setia yang membuat persembahan di hadapan Sogo. Malam ni Genji Busker tak ada kat depan Sogo. So kami layan busker dari group lain. Sekitar jam 10 malam, para peserta mula bergerak meninggalkan ruang legar Sogo menuju Dataran Merdeka. Ikuti rakaman video ringkas ini.

  

Himpunan TURUN 31.12.13 - Perarakan Dari Sogo ke Dataran Merdeka 2 Ini adalah sambungan video sebelum ini. Rakaman video perarakan peserta Himpunan TURUN daripada Sogo menuju ke Dataran Merdeka.





Himpunan TURUN 31.12.2013 - Detik-detik Bersejarah Di Dataran Merdeka ! Ini adalah rakaman LIVE detik-detik para peserta Himpunan TURUN memasuki Padang Merdeka, Dataran Merdeka. Ketika ini acara Sambutan Tahun Baru Anjuran DBKL sedang berlangsung.



  

Himpunan TURUN 31.12.13 - Ucapan Dato Bandar Kuala Lumpur & CheguBard setelah berlakunya 'rampasan kuasa' di Dataran Merdeka pada malam ambang Tahun Baru. Kelihatan Dato Bandar naik ke pentas memulakan ucapan dengan memberi Salam 1 Malaysia lantas di booo oleh seluruh peserta Himpunan TURUN.
read more...

APA KES? Perang Antara Bekas Pegawai Polis Dengan Pendakwaraya Anwar!!




Selepas kantoi apabila dikesan menipu dalam akuan bersumpah (SD), Datuk Mat Zain Ibrahim masih berusaha untuk membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyingkirkan pendakwa raya Tan Sri Shafee Abdullah bagi kes liwat Ketua Pembangkang itu.

Mat Zain bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur pada Isnin membuat satu laporan polis terhadap Shafee kononnya pendakwaraya itu melakukan kesalahan memberikan bukti palsu yang bertentangan dengan Seksyen 195 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, dalam kenyataan beliau yang diedarkan bersama salinan laporan polis, Mat Zain tidak menyatakan apakah jenis kesalahan yang dilakukan Shafee.

Beliau juga cuba menimbulkan perkara lain termasuk meminta pihak polis ataupun Peguam Negara membuka semula kes berkenaan insiden ‘mata lebam Anwar’ yang berlaku pada 29 eptember 2008 yang lalu.

Desakan itu bertujuan membabitkan Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr Abdul Rahman Yusof dan dirinya sendiri untuk disiasat semula.

“Laporan polis ini berkait dengan afidavit Shafee pada 18 Disember, yang mana beliau didakwa memberikan bukti palsu dengan niat untuk menjatuhkan kesalahan dengan penjara seperti ditakrifkan dalam Seksyen 195 Kanun Keseksaan.

“Saya juga ingin pihak Peguam Negara atau polis membuka semula siasatan kes Anwar yang mendakwa Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr Abdul Rahman Yusof dan diri saya sendiri Mat Zain Ibrahim telah menipu bukti ketika siasatan insiden mata hitam Anwar pada 2008,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tindakan Mat Zain ini dipercayai usaha terdesak bagi membantu Anwar menyingkirkan Shafee apabila cubaan ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengenepikan Shafee dalam kes liwat beliau ditolak Mahkamah Rayuan pada 20 Disember

Hakim tiga panel yang diketuai Datuk Aziah Ali dalam penghakimannya di Putrajaya memutuskan permohonan kedua menggunakan SD Mat Zain tidak berasas.

Anwar pada 6 Disember memfailkan permohonan kedua untuk mengetepikan Shafee daripada pasukan pendakwa menggunakan maklumat yang terkandung di dalam SD bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu sebagai asas.

Mahkamah Rayuan sebelum ini menolak permohonan pertama beliau pada 17 September tahun ini termasuk rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan.

Dalam penghakimannya, Aziah berkata, SD Mat Zain yang digunakan Anwar sebagai asas penghujahannya tidak boleh dijadikan bukti.

“Kami berpendapat afidavit Shafee ada asasnya bahawa kandungan SD adalah sekadar bukti khabar angin dan Mat Zain tidak dipanggil ke mahkamah,” katanya.

Mahkamah turut bersetuju dengan hujah Shafee bahawa SD Mat Zain tidak lengkap kerana maklumat peribadi beliau dalam SD berkenaan mengandungi kesilapan.

“Kad pengenalan dan alamat di dalam SD dihitamkan. Tidak pasti mengapa Mat Zain enggan mendedahkan maklumat itu jika beliau percaya dengan dakwaan berkenaan,” katanya.

“Kami sebulat suara berpendapat SD itu tidak boleh diterima sebagai bukti,” katanya.

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusuf dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Permohonan pertama Anwar untuk mengetepikan Shafee adalah berdasarkan kesahan pelantikan beliau dan atas alasan wujud percanggahan kepentingan kerana Shafee dikatakan menjadi saksi penting dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar. -bnbbc.my
read more...

GAMBAR, VIDEO DAN INFO : LIVE UPDATE PDRM - #AMBANG 2014 #TURUN#RPDM31D

1.30 am Keadaan di Dataran Merdeka semakin lengang dengan orang ramai beransur pulang



1.00 pagi - Sebahagian daripada orang ramai dan peserta perhimpunan mula bersurai



Polis menemui kanak-kanak yang terpisah daripada penjaganya di sekitar sambutan Ambang 2014 Taman Tasik Titiwangsa.




10.05 pm - Peserta perhimpunan berarak menuju ke Dataran Merdeka





9.49pm - Anggota PDRM membuat kawalan di Dataran Merdeka.



9.33 pm - Peserta perhimpunan berdiri di sepanjang laluan menghala ke Dataran Merdeka



9.31pm - Anggota Trafik bertugas memastikan keadaan lalu lintas terkawal di sekitar Sogo.



9.29 pm - Kawalan anggota polis di persimpangan jalan hadapan Sogo



AMBANG 2014: 9.01 pm - Rondaan polis di hadapan Pertama Complex. 



8.26pm - Keadaan semasa di kawasan sekitar Sogo, KL. 







- SUMBER

Himpunan Gambar / Video Dan Info Ringkas Dari Dataran Merdeka #TURUN#RPDM31D

PART 1 : KLIK SINI

read more...

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR HIMPUNAN GULING KERAJAAN #3112 - PART 2

Akhir SEKALI, APA Pandangan Korang Semua Para Pembaca Yang BUDIMAN, TERCAPAIKAH "OBJEKTIF" Himpunan Guling Kerajaan Ini?


Inikah KLIMAKS atau PUNCAK Kejayaan Yang Dilaung-Laungkan?







Mcm ni ka dipanggil Perhimpunan aman...pirahhh!! Kalau x baling batu dan pukul penguatkuasa tak sah kan?





Baling Botol Bukan Keganasan. REMPUH Lagi TIDAK...






11.40 malam 31/12/2013 mengesahkan para peserta demonstrasi ‪#‎gulingkerajaan‬ berjaya menawan Dataran Merdeka. Pihak Polis terpaksa berundur ekoran pendemo Pakatan Rakyat lebih agresif menawan Dataran Medeka.

Sekarang ini polis mengambil alih pentas dan menghalang sebarang persembahan mahu pun cubaan ambil alih daripada peserta demontrasi.



KENAL TAK?


11.35 pm - Dataran Merdeka telah "DITAWAN" peserta DEMO. Artis-Artis bertempiaran lari termasuk pengunjung dan pelancong asing.

11.15 pm, Dataran Merdeka – Selepas 15 minit berdiri berdepan dengan pegawai polis dan DBKL di depan Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan, peserta himpunan cuba memecahkan hadangan sekali lagi. 

Diketuai dua individu dengan bendera Malaysia, mereka dilihat melepas kepungan polis ke Dataran Merdeka. Pihak berkuasa bagaimanapun tidak melakukan apa-apa untuk menghalangnya. 

Perserta perhimpunan haram merempuh masuk penghadang yang dibuat pasukan keselamatan di Dataran Merdeka untuk sambutan ambang Tahun Batu, jam 11.03 malam ini. 

Mereka berarak sambil melaung slogan 'Turun' sehingga mengganggu perjalanan sambutan ambang tahun baru. 

Pengunjung yang hadir juga terpaksa memberi laluan selain bertempiaran lari terutama yang membawa anak kerana khuatir dengan keselamatan diri.


10.55 MLM - SMS bertaburan untuk REMPUH ke Dataran


Mungkin ini SEBABNYA...


 

Technically gagal .. tak sampai 5,000 arnarkis yg hadir... fotos can't lie.



BEBUDAK SEKOLAH (ORANG MELAYU) DIASUH MINDANYA UNTUK MERUSUH - VIDEO DI BAWAH





VIDEO JELAS MEREKA (SISWA YANG BELUM GRADUATE) mahu mengguling - gulingkan kerajaan...



PART 1 : KLIK SINI

LIVE UPDATE PDRM : KLIK SINI
read more...

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top