
APA NAK JADI? Persatuan Mahasiswa Pula Ajak TURUN BERDEMO!!!!

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menggesa seluruh rakyat tanpa mengira agama dan bangsa agar turun menyertai Himpunan Bantah Kos Sara Hidup pada malam tahun baru malam ini, samnil menegaskan ia bukan untuk mengguling kerajaan sebagaimana didakwa.
Presiden PMUM, Muhammad Kamarul Setapa dalam kenyataan medianya berkata, himpunan ini adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap kenaikan barang keperluan rakyat atas alasan ‘memperkukuhkan ekonomi’.
Bagi beliau, respon pihak kerajaan berkenaan isu kenaikan harga barang cukup mengecewakan dan dilihat seperti memperbodoh-bodohkan rakyat yang dalam kesusahan.
"Oleh itu, sekali lagi saya menyeru mahasiswa, anak muda, dan rakyat Malaysia supaya turun bersama-sama rakyat ke Himpunan Bantah Kos Sara Hidup pada hari ini," katanya.
Ini adalah kenyataan terbuka yang kedua dari persatuan pelajar universiti tempatan, selepas kenyataan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SRC-UIAM).
Sebelum ini, pemimpin pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga Presiden Gabungan Pelajar Islam Malaysia (Gamis), Nor Azan Safar, ditahan polis kerana didakwa mendalangi perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan.
- TMI, 31 Disember, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



finding the right divorce attorney near you

buasir otak tv buasir otak the muzik raya dulu ray...

the crucial role of an immigration lawyer in achie...

deputy minister defends jalur gemilang badge amid ...

pdrm tangkap pendakwah zamri vinoth atas komen did...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
Bawa anak muda yang berani ini, Presiden PMUM, Muhammad Kamarul Setapa, untuk diberi kefahaman secara tertutup di Pejabat Kementerian Kewangan... Semoga beliau faham... Tak perlu jadi hero jaguhan ayam kampong.
BalasPadamMungkin kerajaan ada masa untuk beliau... Insyaallah... Aamiin3x. Mksih. Salam.