Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

VIDEO : SAYA AHLI PAS!!! Pendedahan Mengejutkan Ustaz Kazim Elias!!




Allahu Akhbar!!!

Luangkanlah sedikit masa anda untuk mengikuti pendedahan yang boleh "MENGUBAH" tanggapan kita kepada UKE, HUDUD, PAS dan ISLAM....



Fikir-Fikirkanlah......

read more...

HASUTAN!!! Amaran KPN Kepada Wartawan Freemalaysiatoday.com


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada kolumnis freemalaysiatoday.com Mariam Mokhtar supaya tidak menulis artikel yang boleh disifatkan sebagai berbaur hasutan.




Beliau tidak senang dengan artikel tulisan Mariam bertajuk ’One Ideology, Two Reactions’, dalam portal berita itu semalam yang mempertikai layanan berbeza kerajaan berhubung kepulangan dua anggota radikal komunis kelahiran Malaysia - abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dari Bangkok, Thailand dan Siti Aishah Abdul Wahab, yang terpengaruh dengan ideologi politik komunis serta didakwa dijadikan hamba di London selama 30 tahun.

"Lebih baik dia (Mariam) berhati-hati, jika tidak kami akan mengambil tindakan terhadapnya.

"(Artikel) Ini amat berbaur hasutan. Jangan siarkan semata-mata kerana hendak menarik orang melawat laman web kamu. Ia juga boleh mengundang kami (polis) untuk datang menangkap kamu,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di sini hari ini.

Khalid kecewa kerana kolumnis itu tidak dapat membezakan tahap kesalahan yang dilakukan Siti Aishah dan Chin Peng.

"Orang yang tak ada pelajaran pun faham kenapa kerajaan membenarkan Siti Aishah pulang ke tanah air dan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa balik. Ini bukan kerana seorang Melayu dan seorang lagi Cina.

"Chin Peng terlibat dengan perjuangan bersenjata, manakala Siti Aishah hanya menganut ideologi berhaluan kiri. Beritahu saya berapa ramai orang yang telah dibunuhnya (Siti Aishah)?” tanya beliau. 



read more...

CULIK : PDRM Jamin Keselamatan Warga Taiwan


“Kami beri jaminan yang mangsa berada dalam keadaan selamat. Kami juga membantu keluarganya tatkala kami berusaha membebaskannya dengan kerjasama pihak berkuasa negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di sini Sabtu.




Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kes sedang diuruskan oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina.

Menurut Khalid, pasukan keselamatan dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sedang mengkaji semula langkah-langkah keselamatan susulan insiden itu yang turut meragut nyawa seorang lagi pelancong warga Taiwan.

Beliau berkata, polis juga meningkatkan aktiviti kepolisian komuniti di pulau-pulau dan telah meminta pengusaha resort di pulau-pulau memberikan kerjasama penuh kepada anggota keselamatan.

Dalam kejadian pukul 1 pagi 15 November lepas, pelancong lelaki warga Taiwan berusia 57 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

- BERNAMA
read more...

Teruskan Perjuanganmu Demi Agama UKE!!!

Astaghfirullah al Azim.....

Pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Mohd Kazim Elias melahirkan rasa kesal terhadap tindakan orang ramai mencemuhnya dilaman sosial Facebook, setelah beliau dilantik menjadi seorang dari ahli Majlis Tertinggi Umno, secara lantikan.

Kazim yang masih terkejut dengan pengumuman itu bagaimanapun berkata beliau menerima pelantikan itu bagi meneruskan perjuangan dakwahnya.




"Saya pun terkejut saya dilantik, belum apa-apa dah kena maki.. Alhamdulillah, salah ke kalau orang lain minta nasihat? Saya ni sentiasa berlapang dada, janganlah tuduh tanpa melihat secara halus,

"Apa tuan-tuan ingat saya kemaruk wang, kuasa pangkat? Apa salahnya doakan yg terbaik, bila tidak ada orang agama dikata teruk, bila orang agama dijemput pun dikata teruk.

"Saya tak faham. Kalau tak tahu apa-apa alangkah baik kalau diam..," katanya yang dipetik daripada status di akaun miliknya di laman sosial Facebook. 

Antara tuduhan yang dilemparkan terhadapnya adalah 'tanda-tanda akhir zaman, orang berilmu yang mengetahui kemungkaran sanggup mengiyakan kemungkaran demi kedudukan dan wang ringgit' selain dituduh sebagai ustaz Umno.

Kazim juga dicemuh sebagai kaki temberang apabila sebelum ini beliau berkali-kali menafikan bahawa dirinya adalah ahlu Umno.




Kazim juga disaran pelayar internet agar menolak pelantikan itu dan hanya menumpukan usaha kepada menjadi pendakwah yang disegani dan bebas daripada apa-apa ikatan.

Semalam, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan pelantikan tambahan sembilan lagi Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Antaranya adalah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan), Datuk Hamzah Zainuddin (Timbalan Menteri Luar), Datuk Johari Abdul Ghani (Ahli Parlimen Titiwangsa), Datuk Irmohizam Ibrahim (Ahli Parlimen Kuala Selangor), Datuk Mohd Sharkar Shamsudin (Adun) Lanchang, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah Abu Shah (Bekas Naib Canselor UiTM), Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Yang Dipertua YADIM) serta Ustaz Mohammad Kazim Elias (pendakwah).

Tengku Adnan berkata, pengumuman pelantikan berkenaan dibuat bagi melengkapkan 13 ahli tambahan MT parti itu sebagaimana yang terkandung dalam fasal 9.2.8 Perlembagaan Umno. 

Terdahulu, Naib Ketua Wanita, Datuk Azizah Mohd Dun, Penolong Setiausaha Wanita, Datuk Rosni Sohar, Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan dilantik pada mesyuarat pertama MT, 22 November lalu.

Mengulas lanjut Kazim berkata beliau akan mengadakan satu sidang media di PPR Setapak pada jam 9 malam ini bagi menjelaskan kepada orang ramai berhubung perkara ini.

"Saya akan adakan sidang akhbar khas di PPR Setapak, dengar penjelasan saya. Dalam hal ini sepatutnya bagi pandangan atau nasihat, bukan maki hamun, fitnah dan cacian.

"Bab lantikan MT UMNO ni baru sangat saya dijemput, diminta bantu apa yang patut untuk Islam. Itu pun jadi masalah, jadi isu? Saya ada prinsip saya. Tak pernah dengar ceramah saya, tapi nak komen lebih-lebih,, Esok saya akan dapatkan apa bentuk lantikan yang diberi pada saya dan saya jugak kena jaga banyak perkara dari keluarga, sekolah, kuliah-kuliah saya, anak murid saya, pengikut kuliah saya dan lain lain.

"Bagi anda yang betul ikhlas dalam memperjuangkan Islam boleh dengar apa saya cakap selepas saya berbincang seperti yang saya sebutkan tadi," tegasnya - ANTARAPOS.
read more...

"MANGSA PUKUL" Mati Setibanya Di Balai Polis - Bantu PDRM!!


Seorang lelaki disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Balai Polis Daerah Sentul pada malam hari Khamis. Kumpulan Lawyers for Liberty (LFL) telah didatangi keluarga mangsa dan kini sedang cuba untuk mendapatkan fakta-fakta di sebalik kejadian itu.

Menurut kenyataan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa, lelaki itu didakwa dipukul oleh orang ramai sebelum dileraikan oleh polis.



Gambar Hiasan


Menurut Khairi, lelaki itu dalam perjalanan di dalam kereta yang dilaporkan dicuri pada hari Rabu di Puchong, Selangor.

Sehubungan itu, polis menahan empat lelaki berusia antara 22 dan 37 tahun, jam 10 pagi semalam ketika mereka datang ke Balai Polis Sentul untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu, yang berlaku di jalan susur ke Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Sentul.

Khairi berkata berdasarkan laporan yang diterima pihaknya, dalam kejadian pukul 7.50 petang itu, kira-kira 15 orang awam mengelilingi serta memukul mangsa yang berumur 32 tahun dan anggota polis yang tiba di tempat kejadian meleraikan keadaan sebelum membawa lelaki berkenaan ke Balai Polis Sentul dengan kereta peronda.

Khairi berkata siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku berikutan kes kecurian kereta Honda Civic dari tempat letak kereta Taman Putra Perdana, Puchong pada Rabu lepas.

Rakan pemilik kereta itu yang bermotosikal berjaya mengesan kenderaan berkenaan terperangkap dalam kesesakan lalulintas di Lebuhraya DUKE menghala ke Jalan Duta petang semalam.

Beliau berkata mereka cuba menahan dua lelaki, termasuk mangsa yang berada dalam kereta yang dilaporkan dicuri itu.

Katanya, seorang daripada mereka berjaya meloloskan diri manakala mangsa dibelasah.

Menurutnya lagi, lelaki yang dipukul itu kemudiannya dibawa ke balai polis Sentul dengan sebuah kereta peronda.

"Sebaik tiba di perkarangan balai polis Sentul, anggota kereta peronda mendapati lelaki berkenaan telah tidak sedarkan diri. 

"Pihak polis kemudiannya menghubungi hospital bagi memberi bantuan kecemasan kepada lelaki terbabit.

"Sebaik pihak ambulans tiba bersama pegawai perubatan memberi bantuan kecemasan, mendapati lelaki berkenaan telah meninggal dunia," kata Khairi. 

Polis juga mendakwa bahawa pemeriksaan awal mendapati lelaki berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Mayat lelaki berkenaan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut dan bedahsiasat.Kenyataan itu tidak menyebut hasil bedahsiasat ke atas lelaki terbabit.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian itu tampil memberi maklumat kepada Pegawai Penyiasat ASP Wan Abdullah Wan Said di talian 03-6256 2280 atau 03-6256 2307.

Sementara itu, anggota keluarga si mati telah mengenalpasti mangsa sebagai Mohd Nazri Nusi .
read more...

SYABAS!! PDRM Selesai Kes Pembunuhan Pegawai Kanan JAIP!!



"Tahniah Tim Cantas Khas Bukit Aman berjaya merungkai kes bunuh Penguat Kuasa JAIP. Tangkap 13 orang dan pistol dirampas.

Selepas 19 hari kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik pada 10 November lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya berjaya menyelesaikan kes itu selepas menahan 13 ahli kumpulan Tuhan Harun termasuk dua wanita, hari ini.



DI dalam kereta inilah ditemui pistol semi-auto dan peluru yang digunakan untuk menembak mangsa semasa kenderaan itu dirampas di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, semalam.


Kejayaan itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitter beliau pada pukul 7.30 malam ini.

Katanya, susulan penahanan itu, pihaknya turut merampas sepucuk pistol daripada kumpulan terbabit.

Beliau ketika dihubungi malam ini bagaimanapun enggan menyatakan sama ada senjata itu digunakan dalam kejadian tersebut.

"Kejayaan membanggakan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc), PDRM. Tahniah sekali lagi. Antara 13 tangkapan, dua wanita ahli kumpulan Tuhan Harun Durjana," ujarnya seperti di dalam laman sosial berkenaan.

Sementara itu menurut sumber, pistol yang dirampas diperoleh daripada seorang suspek, Mohd. Rizairi Khamis @ Harry, 27, yang ditangkap di Taman Setiawangsa di sini pada pukul 6 petang.

Suspek dipercayai menjadi pembekal senjata itu, sementara seorang lagi yang merupakan bekas polis dipercayai adalah penembak dalam kes tersebut.

Bekas polis yang berasal dari Sabah berusia 39 tahun itu ditahan di Klang.

Pistol semi-auto berkenaan ditemui di dalam sebuah kereta jenis Honda Jazz berserta sejumlah peluru.

Pada 20 November lalu, polis memberkas ketua Tuhan Harun iaitu Harun Mat Saat dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Baru Tangkak, Johor.

Turut diberkas dalam serbuan itu ialah seorang pengikut Tuhan Harun iaitu Nor Hairi Harun, 41, dan isteri ketiga Harun iaitu Azida Mohd. Zol, 30.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, Ahmad Raffli maut ditembak seorang daripada tiga lelaki berjubah hitam dan berkopiah di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan.

Mangsa mati selepas terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh suspek dari jarak dekat. - Utusan
read more...

HADOI!!! PA Khalid "MENSARKASKAN" Azmin!!!





Hebat!! Memang Hebat!!

Hari nie sesama mereka pulak bergaduh pasal Gaji, Eloklah tue BADUT TIDO lawan Monyet SARKAS. Nampak sangat depa nie mai dari kem yang berlainan walaupun didalam satu PARTI PARTI KELENTONG RAKYAT. 

Kepada para peminat tegar ceramah politik pembangkang khususnya Anwar Ibrahim pasti sudah menghafal kalimah-kalimah retorik seperti ‘Pakatan Harapan Rakyat’, ‘Demi Kesejahteraan Rakyat’, ‘Kerajaan Rakyat’ dan pelbagai lagi yang mempunyai perkataan rakyat.

Boleh dikatakan hampir semua slogan yang digunakan pasti perkataan rakyat akan ditonjolkan, kononnya untuk memberikan gambaran hanya makhluk bernama Anwar sahaja yang mampu membela dan menjaga rakyat. Sehingga ramai di kalangan mereka akhirnya tertipu dengan ‘janji manis’ dan ‘sandiwara’ mereka khususnya rakyat di Selangor.

Namun di sebalik perkataan rakyat itu, majoriti rakyat Selangor dikejutkan dengan kenaikan mendadak gaji dan elaun bulanan semua 56 Adun yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013. Ia ekoran dari usul yang dibawa oleh kerajaan PKR Selangor ketika persidangan DUN petang semalam yang kemudiannya diluluskan.

Mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).

Paling menarik, minggu lalu Khalid Ibrahim menegaskan peruntukan perbelanjaan mengurus pada Belanjawan 2014 meningkat, adalah disebabkan peningkatan bayaran gaji untuk kakitangan awam.

Sejumlah RM1.23 bilion atau 66.2 peratus daripada Belanjawan Negeri tahun depan yang berjumlah RM1.85 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus sementara RM624.9 juta atau 33.8 peratus adalah bagi perbelanjaan pembangunan. 

Pada mulanya ramai di kalangan kakitangan awam Selangor menjangkakan ia bermaksud kerajaan negeri berhasrat untuk memberikan kenaikan gaji dan elaun kepada mereka, namun rupa-rupanya ia adalah sebaliknya. Peningkatan jumlah belanjawan yang dimaksudkan oleh Khalid sebenarnya adalah untuk semua wakil-wakil rakyat di Selangor.

Namun untuk berlaku adil, Khalid tetap tidak mengecewakan rakyat Selangor, apabila mengumpan kakitangan awan di Selangor dengan memberikan ‘gula-gula’ berupa bonus setengah bulan gaji SAHAJA.

Menurut rakan-rakan di Selangor, kenaikan kadar gaji dan elaun ini ada kaitan dengan kenyataan Anwar Ibrahim sebelum ini, yang dilihat mengkritik pentadbiran Khalid secara terbuka sambil menyifatkannya GAGAL mengurus dengan baik sumber kewangan negeri.

Anwar sebelum ini dilaporkan telah membuat kritikan tersebut di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya, Selangor.

Anwar meminta Abdul Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperoleh," katanya.

Malah ekoran kritikan itu juga, ramai merasakan ia adalah merupakan ‘signal’ agar Khalid segera meletakkan jawatan, sekaligus memberi laluan mudah kepada anak emasnya, Azmin Ali yang telah lama mengidamkan jawatan tersebut.

Umum mengetahui, bagaimana Azmin sebelum ini yang pernah ‘merajuk’ untuk keluar PKR bersama pengikutnya sekiranya Anwar MENGINGKARI janji berhubung jawatan Menteri Besar. Namun ia dibatalkan di saat akhir apabila ‘pergelutan’tersebut berjaya diselesaikan secara ‘kompromi’.

Sehinggakan ada bisik-bisik yang mengatakan Azmin kembali sejuk apabila dimaklumkan bahawa Khalid bersetuju untuk memegang jawatan tersebut untuk tempoh setahun sahaja. BACA LAGI DI SINI......
read more...

TU DIA!!! Solidariti Anak Muda TIBAI Kelab Penyokong Kerajaan Selangor






"Cukuplah bermain wayang. Rakyat tidak buta. Rakyat tidak pekak. Rejim Pakatan Rakyat jangan mengikut telatah rejim Barisan Nasional yang sering menghina akal rakyat. Apa yang boleh kita simpulkan BBC Selangor telah menjadi Kelab Kongkalikong. Apa yang sedang anda persembahkan ini jelas menghina intelektual rakyat".


Kenyataan media (penuh) oleh SAMM seperti di bawah :


Kenyataan Media
28 November 2013

Kelab Penyokong Kerajaan Selangor Jadi Kelab Kongkalikong

Semalam SAMM Johor menjadi antara yang pertama menyuarakan rasa tidak bersetuju terhadap kenaikan gaji yang terlalu tinggi DUN Selangor di kala rakyat masih terbeban dengan kesan kenaikan kos sara hidup yang semakin mendesak.

Hari ini, setelah pelbagai pihak menyatakan bantahan termasuklah komentar Ketua Pembangkang yang menyatakan kenaikan itu terlalu tinggi, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor membuat pusingan 180 darjah apabila Pengerusinya, YB Azmin Ali membuat kenyataan meminta pentadbiran Kerajaan Negeri mengkaji semula keputusan yang telah diluluskan semalam.

Persoalan yang ingin SAMM Johor lontarkan adalah mengapa semalam sewaktu usul pindaan dibentangkan di Dewan DUN, BBC Selangor tidak menyatakan bantahan atau menolak usul ini daripada diluluskan? Adakah BBC berpandangan bahawa Dewan DUN itu adalah seperti sebuah set penggambaran drama? Di dalam Dewan DUN, mereka mengundi untuk meluluskan usul kenaikan namun apabila berhadapan dengan media BBC membuat pusingan 180 darjah dan meletakkan semua beban kesalahan kepada Menteri Besar seorang.

Kelulusan kenaikan gaji ini bukanlah keputusan eksekutif semata-mata. Ia adalah keputusan kolektif kesemua ahli Dewan Negeri Selangor. Ia dibahaskan dan diundi untuk kelulusan. Maka, adalah tidak patut setelah pelbagai lapisan rakyat menyatakan bantahan termasuklah Ketua Pembangkang yang menyatakan bahawa kenaikan ini terlalu tinggi, barulah BBC tersedar daripada lenanya.

Atau apakah kenyataan Pengerusi BBC ini hanya untuk mengampu Ketua Pembangkang yang juga merupakan Ketua Umum PKR semata-mata? Setelah Dato' Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan tersebut barulah BBC tersedar ataupun semasa usul ini dibahaskan semalam Pengerusi BBC tidak berada di dalam Dewan DUN sehinggakan beliau tidak menyedari usul kenaikan gaji ini dibahaskan?

Rasional perbandingan gaji Menteri Besar, Exco, ADUN, Speaker dan Timbalan Speaker dengan swasta bukan satu justifikasi yang boleh diterima pakai. Swasta atau korporat adalah merupakan organisasi yang berorientasikan keuntungan sedangkan pentadbiran Kerajaan lebih berorientasikan khidmat kepada rakyat. Jika rasional ini digunapakai, maka seharusnya seluruh penjawat awam Negeri Selangor perlu menerima gaji yang setara dengan sektor swasta.

Cukuplah bermain wayang. Rakyat tidak buta. Rakyat tidak pekak. Rejim Pakatan Rakyat jangan mengikut telatah rejim Barisan Nasional yang sering menghina akal rakyat. Apa yang boleh kita simpulkan BBC Selangor telah menjadi Kelab Kongkalikong. Apa yang sedang anda persembahkan ini jelas menghina intelektual rakyat.


Roslee Mohd Shariff
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor
SAMM Johor
read more...

RAKYAT BANGKIT!!! Kerana 1 Sen, Bekalan Elektrik Hendak Dipotong!!




Woi... come on la....

Slogan "Saya yang menurut perintah" rasanya tidak sesuai untuk dipraktiskan dalam kes ini. Agak-agak la...Tak tahu nak kata apa dah....hutang 1 sen pun elektrik kena potong dah!!!!

Seorang pengguna di Kuantan, Pahang, telah menerima notis arahan pemotongan bekalan elektrik dari Tenaga Nasinal Berhad (TNB) kerana berhutang dengan TNB sebanyak 1 sen sahaja.

TNB ini nak bankrap ke ape? 1 sen pun cari hingga ke lubang cacing.

Tapi cerita seiap tahun bukan main gempak lagi untung ratusan juta ringgit..atau citer nak kelentong rakyat aje..

Tak paham sungguh!!!
read more...

BANGSAT!!! Kalau Nak Sembahyang, Pergi BERAMBUS Ke Syarikat MELAYU!!!




Menyirap BEB!!!! 

Walau apa pun alasan, adakah ini caranya majikan "MELAYAN" pekerjanya apatah lagi perihal ibadat agama masing-masing!! Pendedahan yang dibuat oleh Blogger PANEH MIANG ini amat-amat MEMBAKAR darah yang mengalir dalam diri.


___________________________________________


1. Asas Dunia Berhad adalah syarikat property developer yang turut tersenarai di papan utama Bursa Saham Malaysia. Syarikat yang beralamat di Lebuh Chulia, Penang ini dimiliki sepenuhnya oleh kaum Cina.

2. Khabarnya Asas Dunia Berhad merupakan syarikat proxy DAPig dan antara penyumbang dana terbesar DAPig dalam pilihanraya 2008 dan 2013.

3. Syarikat ini juga dikatakan sering mengALIBABAkan lesen Melayu untuk membida projek kerajaan negeri dan pusat. Tipikal.

4. Isunya bermula apabila tengahari semalam sekumpulan pekerja Melayu syarikat itu telah membuat laporan di Pejabat Buruh rentetan pihak pengurusan syarikat Asas Dunia Berhad MELARANG PEKERJA ISLAM MENUNAIKAN SOLAT.

5. Big Boss syarikat itu khabarnya telah mengeluarkan kata berbaur racist, "KALAU NAK SEMBAHYANG, PERGI BERAMBUS KE SYARIKAT MELAYU!!"

6. Pekerja-pekerja Melayu syarikat itu turut diugut akan diberhentikan serta tidak diberikan bonus sekiranya engkar dengan arahan larangan solat.

7. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan, "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan."

8. Kebelakangan ini agama lain terlalu aman dan damai dalam negara KECUALI Islam yang sering diganggu-gugat walaupun diiktiraf perlembagaan sebagai agama Persekutuan Malaysia.

9. Pemimpin Melayu di Malaysia ni, baik UMNO, baik Pas, semuanya lemah dok sembah Cina. Agaknya nak tunggu panglima dan hulubalang Melayu mengAMUK, baru pemimpin Melayu nak bangkit dari tidur gamaknya.

10. Mungkin dah sampai masanya Penang diambil semula oleh Sultan Kedah. Setakat bayar pajakan RM10,000 mana cukup di zaman negara hampir 'bankrupt' bak kata Najib.

11. Kedaulatan Islam dan Ketuanan Melayu dicabar-dihina sejak 2008; agaknya sampai bila Bangsa Melayu di bawah ini mampu bersabar?!

______________________________________

Apa gunanya kita berbangga dengan TANAH MELAYU dan ISLAM sebagai agama rasmi negara sekiranya kita seolah-olah "pelarian?" Merempat dan mengemis di tanah air sendiri? 

Tak perlu menuding jari kepada bangsa dan agama lain. Perlu kita muhasabah di kalangan kita mengapa perkara seperti ini berlaku? 

BANGKITLAH WAHAI BANGSAKU!! BERSATULAH KITA DI ATAS NAMA ISLAM YANG TERCINTA!!!



read more...

Menteri Besar Tergesa-Gesa!! Ini Jawapan KJ



Sehari dua ini kita disajikan dengan beberapa kenyataan yang "kontra" di antara Menteri Belia Dan Sukan dengan Menteri Besar Terengganu yang sedikit sebanyak akan memberikan kesan yang negatif kepada pembangunan sukan negara sekiranya apa yang dikatakan akan dilaksanakan.

Hari ini Khairy Jamaluddin tampil memberikan kenyataan berhubung isu tersebut.


Saya terkejut dengan pengumuman Menteri Besar Terengganu, YAB Datuk Seri Ahmad Said, untuk menarik tajaan RM2 juta bagi perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 serta menarik diri daripada menjadi tuan rumah bagi sebarang peringkat pada perlumbaan itu.

Saya difahamkan pengumuman tersebut dibuat berdasarkan andaian beliau bahawa acara perlumbaan basikal jalan raya pada Sukan SEA 2017 akan diadakan di Johor dan kejohanan pelayaran Piala Monsoon juga akan dipindah dari Pulau Duyong bermula tahun depan.

Saya ingin menerangkan bahawa Jemaah Menteri serta Kementerian Belia dan Sukan setakat ini belum menetapkan sebarang keputusan mengenai lokasi atau 'venue' acara-acara untuk Sukan SEA 2017. Walaupun Jemaah Menteri sudah memutuskan bagi Malaysia untuk menawarkan diri sebagai tuan rumah untuk temasya tersebut pada tahun 2017, Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) akan hanya membuat keputusan rasmi pada 10 Disember. Sebarang kenyataan mengenai lokasi atau 'venue' bagi acara-acara adalah hanya cadangan buat masa ini.

Kerajaan juga belum membuat sebarang keputusan tentang Piala Monsun akan datang. Walaupun perjanjian antara KBS dan bekas penganjur T-Best Events Sdn Bhd untuk mengadakan kejohanan ini di Terengganu sudah tamat pada tahun 2012, masih belum ada apa-apa keputusan muktamad tentang lokasi kejohanan itu untuk tahun depan dan seterusnya.

Saya telahpun menjelaskan mengenai perkara ini kepada Ahli Exco Sukan Terengganu, YB Rozi Mamat, yang juga pernah menjadi rakan seperjuangan saya dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dan ingin menasihatkan semua pihak agar tidak tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan berdasarkan andaian yang tidak tepat.

Saya amat berharap bahawa YAB Menteri Besar Terengganu akan mengkaji semula keputusan beliau semalam tentang LTdL. Walaupun terdapat salah faham mengenai dua perkara yang saya telah jelaskan di sini, sukan basikal tidak seharusnya dijadikan mangsa terutamanya dalam acara antarabangsa sebegini. Memang tepat pun, kenyataan MB bahawa kebanyakan pelumba basikal terunggul berasal dari negeri Terengganu dan saya rasa mereka amat mengharapkan penglibatan Terengganu dalam LTdL.

Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan
28 November 2013
read more...

Isu 40 Ribu Bangla - RBA Gelabah!!!!




Hahahaha..amik kau lahabau pengikut pakatan..padan muka korang..kan dah kena tipu..dah tau pakatan tu penipu masih juga bak percaya..nak juga kena tipu? Sekarang???.
read more...

TU DIA!!! DENDA RM15,200 KRITIK KERAJAAN DI LAMAN SOSIAL





Denda sebanyak RM15,200 kepada sesiapa yang mengkritik kerajaan di laman sosial, di bawah undang-undang baharu yang diumumkan minggu ini.

Denda tersebut dikenakan sebagai hukuman terkini dalam usaha mempertingkatkan tindakan keras kerana perbezaan pendapat di negara ini.

Kritikan yang dilontarkan akan dikenakan denda jika dilihat sebagai "propaganda menentang kerajaan", atau menyebarkan "reaksi ideologi", mengikut undang-undang yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung. - REUTERS

** RM15,200 = AS$4,740 

Kalau kat MALAYSIA? Penindasan... Pelanggaran Hak Asasi...Bla...bla...bla....
read more...

TERBABAS!!! 13 Penumpang MASWings Terselamat!!!



Roda utama kanan pesawat terbabit yang terlajak ke kawasan lembut di hujung Landasan 11.


MIRI: Sebuah pesawat Twin-Otter MASwings terbabas selepas mendarat di lapangan terbang kecil Bario pagi Rabu.

Kesemua 13 penumpang dan dua juruterbang penerbangan MH3434 itu dilapor selamat, manakala operasi penerbangan kembali seperti biasa selepas kejadian pada kira-kira 9.20 pagi itu.

Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Miri pada 8.30 pagi.

Eksekutif komunikasi korporat MASwings Rozanah Robert memberitahu Bernama: “Ketika bergerak di landasan menuju ke terminal, roda utama kanan pesawat terbabit terlajak ke kawasan lembut di hujung Landasan 11, sebelum pasukan kejuruteraan kami dihantar membuat pemeriksaan terhadap pesawat itu.

“Pesawat berkenaan tidak mengalami kerosakan serius.”

Kejadian pada Rabu adalah yang kedua melibatkan pesawat serupa.

Pada 10 Oktober, pesawat penerbangan MH3002 MASwings dari Kota Kinabalu ke Kudat terhempas di atas sebuah rumah di Kampung Sinsan, Kudat pada 2.50 petang, menyebabkan seorang penumpang, Tan Ah Chai, 96, dan pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, terbunuh. - BERNAMA
read more...

DIKEHENDAKI!!! KPN Sahkan Siti Aishah "DIKEHENDAKI" Polis!!!




"Siti Aishah ketika itu ialah aktivis mahasiswa berhaluan kiri dan dipercayai ke London untuk melanjutkan pelajaran. Dia seorang daripada penuntut pelampau berhaluan kiri masa zaman 70-an dahulu dan kegiatan mereka berpusat di London. 

Rakyat Malaysia yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London ialah individu yang dikehendaki pada tahun 70-an di negara ini kerana aktiviti berhaluan kiri, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

Mengesahkan identiti wanita itu, yang diselamatkan pada 25 Oktober lepas di London sebagai Siti Aishah Abdul Wahab, Khalid berkata wanita itu terlibat dalam aktiviti pelampau komunis berhaluan kiri. 

"Pada masa tu London bebas, bebas bersuara, bebas segala-galanya, so dia berpusat di sana. Jadi masa 70-an kita memang nak dia tapi dia dah pergi ke sana," katanya pada sidang media di sini hari ini selepas majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 156 anggota polis yang terlibat dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, Februari lepas. 




Khalid berkata setakat ini tiada keperluan untuk menangkap Siti Aishah sekiranya dia pulang ke negara ini. 

Bagaimanapun, katanya, polis akan sentiasa memantau sekiranya terdapat sebarang kegiatan komunis selepas ini. 

Sabtu lalu, akhbar melaporkan wanita 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan 25 Oktober lepas di London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain. 

Siti Aishah berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dikatakan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics (LSE) di United Kingdom. 

Namun, ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pengajiannya. 

Berikutan pendedahan itu, kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum diterbangkan ke London malam tadi bagi membuat pengecaman dengan membawa barang milik adiknya. 

Ketika dalam kurungan, Siti Aishah dan dua wanita itu dilaporkan hanya dibenarkan keluar seketika untuk menjemur pakaian atau menemani suspek membeli barang. - Bernama




Kes Siti Aishah Abdul Wahab yg kononnya dijadikan hamba selama 30 tahun di Lamberth, London adalah aktivis komunis pada era tahun 1970an..lagi menghairankan yang pergi ke London bersama dengan kakak Siti Aishah untuk menjejaki beliau adalah si Hishamudin Rais..penyangak besar ...apakah ada muslihat semua ni?
read more...

VIDEO : SEDIH!! Peniaga Perempuan Melayu Pengsan Dengan Tindakan MPSP!!!



Percaya atau tidak, INILAH REALITI yang terpaksa kita TELAN walaupun pahit. Gua pun tak tahu di mana silap dan puncanya.

Pendedahan video ini dari SAHABAT BLOGGER sebenarnya bukan isu baru dalam penguatkuasaan undang-undang oleh pihak PBT. Nak salahkan pegawai-pegawai ini pun tidak adil sepenuhnya kerana mereka terikat kepada "SAYA YANG MENURUT PERINTAH".

Bukan setakat di Penang, tetapi gua percaya hampir di seluruh negara. Pergilah lihat di bandar-bandar atau pekan yang majoritinya Cina sebagai pengusaha utama di kawasan tersebut. Habis jalan-jalan dan kawasan letak kereta dipenuhi meja2 makan atau gerai-gerai jualan oleh peniaga-peniaga "TANPA SEBARANG TINDAKAN". Rasanya tak perlulah gua nak zoom satu-satu gambar atau kawasan yang berkaitan, rasanya perkara ini dah "TERANG LAGI BERSULUH".




Berbalik kepada posting ini, gua amat yakin dan percaya bahawa Guan Eng dan Jeff Ooi kucing kurap lahanat yang biadap sudah tentu senyum sahaja melihat drama ini. Penguatkuasa melayu yang menurut arahan ini hanya menjalankan tugas merampas barangan peniaga yang dikatakan berniaga di kaki lima serta dikatakan tiada lesen.

Insiden ini berlaku baru baru ini di bandar Perda, Bukit Mertajam Pulau Pinang dimana pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah bertindak dengan mengambil tindakan terhadap peniaga terbabit. Insiden ini menyebabkan peniaga wanita tersebut terus pitam kemungkinan akibat tertekan dan panik dengan yang diambil tersebut.

Seperti video dibawah, peniaga tersebut mempertikai mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang sama terhadap penjaja kaum cina yg turut melakukan kesalahan serupa seperti di Jalan Raja Uda (Parlimen Guan Eng, Bagan) dan Pekan Lama Bukit Mertajam.

Anda sudaj tentu tahu jawapannya kan?


read more...

BONGKAR!!! Ahli PAS BONGKAR Mereka DIPAKSA Hadiri Perhimpunan!!


Pendedahan Dari Sahabat Blogger ini memang MENGGEMPARKAN!!! Cakap Tak Serupa Bikin Betul La Parti Yang Kononnya Memperjuangkan ISLAM Dan KEBENARAN!! Jom kita lihat pembongkran ini.


Terperanjat TWH apabila membuka email hari ini , apabila ada seorang pengirim yang membuat pengakuan bahawa mereka dipaksa untuk menghadiri Program Himpunan Hijau ke Putrajaya pada 1 jun 2012 lalu . 

Di dalam surat tersebut secara terang menyatakan bahawa program tersebut adalah program gantian kepada Muktamar Tahunan PAS ke-58. Ini juga menimbulkan syak wasangka kepada Ahli. Mengapa ditangguhkan Muktamar Tahunan Pas tersebut? Bukankah seharusnya Muktamar tersebut baik untuk membincangkan strategik PRU-13 yang akan datang? 

Akhirnya terjawap lah sudah persoalan mereka , bahawa perjuangan PAS sudah tidak lagi untuk mewujudkan Malaysia Negara Islam dan berasaskan hukum HUDUD. Malah kini PAS telah mengikut tulunjuk DAP yang hanya mengikat tengkok PAS tidak ubah seperti ANJING SURUHANNYA. Malah disuap pula dengan wang saku sebanyak RM200 seorang , serta tidak tahu darimana datangnya Duit tersebut. 




PAS memperuntukan sebanyak 4 Buah BUS bagi memastikan Ahlinya berada didalam keadaan Selesa sewaktu menghadiri Himpunan Hijau 2012


Dikhabarkan peruntukan 4 buah bus yang disediakan adalah sumbangan dari DAP bagi mengaburi mata mereka yang hadir. Tetapi yang hadir dan menaiki bus tersebut adalah ....(lihat gambr di bawah):- 





AHAHAHAHAHAHAAH ....kantoi sudah ...
read more...

GAMBAR : NGERI!!! Pemuda Jatuh Bangunan Tinggi Di Pulau Pinang!!!




Kejadian berlaku sekitar 8.00 - 8.30 pagi tadi di bangunan Suntech, Bayan Baru, Pulau Pinang.

Khabar angin dari orang ramai mengatakan bahawa lelaki cina ini terjun dari tingkat 5 bangunan Suntech, namun mengikut satu sumber lain, ada jugak yang mengatakan individu ini terjatuh dari tingkat 12.







read more...

BANGSAT!!! Angola Haramkan Islam, Runtuhkan Masjid!!




LUANDA - ANGOLA. Agama Islam kini diharamkan di Angola kerana dikatakan bertentangan dengan adat dan budaya negara itu.

Media melaporkan, masjid akan ditutup dan diruntuhkan pada bila-bila masa.

Menteri Kebudayaan Rosa Cruz Silva menyifatkan, Islam sebagai mazhab dan amalannya tidak diluluskan Kementerian Kehakiman serta hak asasi manusia.

"Selepas ini pengaruh Islam di Angola akan berakhir dan lenyap," katanya dipetik DailyMail.

DI MANA OIC? DI MANA COMANGO? DI MANA PBB? 
DI MANA PAS?



Membaca Qunut Nazilah

Qunut Nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.

Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi dengan cubaan-cubaan seperti ini.


Bacaan Qunut Nazilah di zaman Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam


Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis yang bermaksud :


"Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabatsahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran".

-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-


Bacaan Qunut Nazilah Dan Cara-Caranya  KLIK SINI

read more...

Persembahan Underground : Komen "TERBAIK" Dari Ustazah Abby!!





Biarlah Gambar Berbicara....



Metallica? Ini Komen Dari Pemuda PAS sebelum ini :

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) membantah penganjuran konsert kumpulan rock Amerika Syarikat, Metallica di Stadium Merdeka yang dijadual berlangsung esok kerana dianggap tidak mencerminkan budaya masyarakat Malaysia.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata bantahan mereka tidak bermakna dewan itu menghalang hiburan, sebaliknya mereka menyokongnya "namun biarlah ia sesuai dengan budaya dan norma masyarakat" di negara ini. 





"Budaya rock atau thrash metal yang membawa lagu-lagu keras dilihat agak keterlaluan kepada masyarakat khususnya umat Islam. Budaya apakah yang ingin kita terapkan kepada anak-anak muda dengan lagu-lagu rock yang keras seperti Metallica?

"Apakah nilai dan budaya positif yang ingin dipupuk hasil dari penganjuran konsert ini. Sebaiknya kerajaan prihatin terhadap penganjuran sesuatu konsert itu," katanya dalam satu kenyataan.


Jadi, Apa sebenarnya PEGANGAN PAS ni? HAIRAN DAN MUSYKIL!!!
read more...

MISTERI!! "Kehilangan" Anggota PDRM Akhirnya Terjawab!!




Tanda tanya mengenai ketidakhadiran bertugas seorang anggota polis wanita sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan berulat dan hampir reput di dalam rumahnya di Perumahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, kelmarin

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa Koperal Rukiyah Talib, 57, ditemui beberapa rakan sekerja yang datang untuk menjenguknya selepas dikatakan tidak datang kerja beberapa hari lalu. Difahamkan, mangsa bekerja di Jabatan Logistik (Unit Komunikasi) IPK Sabah dan dipercayai tinggal di perumahan polis sendiri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Deputi Superintendan A Sahak Rahmat berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian, rakan sekerja mangsa curiga selepas mangsa tidak datang kerja beberapa hari lalu.

“Selepas itu, rakan mangsa kemudian pergi ke rumah mangsa dan mengetuk beberapa kali namun tiada jawapan.

“Rakan sekerja mangsa kemudian memanggil beberapa jiran sebelum berjaya membuka pintu hadapan.

“Sebaik pintu berjaya dibuka, mereka terkejut apabila menemui mayat mangsa dalam keadaan berbau lalu bertindak menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal dipercayai mangsa sudah meninggal dunia sejak empat hari sebelum itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, tiada sebarang unsur jenayah, namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya

read more...

GAMBAR : Media Britain Dedah Wajah Mangsa "HAMBA" dan "TUANNYA"!!!





ITV News London menyiarkan imej wanita dipercayai Siti Aishah Abdul Wahab, 69 (gambar) dan seorang lagi wanita, Josephine iaitu wanita yang dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri sejak 30 tahun di Brixton.

Imej berkenaan dirakamkan ketika Aishah dan Josephine bersama dengan suspek, Aravindan Balakrishnan menghadiri inkues di mahkamah pada 1997.

Inkues itu diadakan susulan kematian seorang wanita, Sian Davies, selepas terjatuh dari tingkap sebuah rumah pada Oktober 1997.

Dalam imej berkenaan Aishah memakai cermin mata serta kemeja dan dia serta Josephine berada di belakang Balakrishnan.

Menurut media tempatan, Siti Aishah bersama-sama enam wanita lain pernah dibicarakan pada 1978 selepas ibu pejabat Maoist di sebuah kedai buku di Brixton diserbu polis.




Siti Aishah paling kiri dan suspek Aravindan Balakrishnan kanan sekali.


Sepanjang perbicaraan ketika itu, semua wanita tersebut melaungkan slogan komunis dan enggan mengemukakan rayuan terhadap 13 tuduhan yang dikenakan ke atas mereka termasuk menyerang polis.

Ini kerana mereka tidak mengiktiraf mahkamah, hakim dan sistem kehakiman.

Malah Aishah yang ketika itu berusia 34 tahun, telah membacakan satu kenyataan bahawa British adalah suruhan kepada Amerika Syarikat.

Jelasnya, mereka semua merupakan tahanan politik yang berdepan dengan tuduhan yang sengaja direka-reka.

Semalam, seorang pesara guru, Kamar Mahtum Abdul Wahab menyatakan bahawa Siti Aisyah adalah adiknya yang hilang dalam tempoh sama selepas menyertai fahaman komunis Maoist.

Kamar Mahtum memberitahu, Siti Aishah ditahan oleh pasangan suami isteri, Aravindan Balakrishnan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis pada 1970-an.

Siti Aishah pernah belajar di Kolej Tunku Kursiah di Seremban, Negeri Sembilan sebelum menyambung pengajian dalam bidang juru ukur bahan di London dengan biasiswa Komanwel.

Jelasnya, Siti Aishah berpindah ke Britain pada 1968 bersama tunangnya, Omar Munir dengan impian untuk memulakan kerjaya di negara tersebut bersama keluarga.


Kakak Siti Aishah berlepas ke London buat pengecaman...





Kakak kepada Siti Aishah Abdul Wahab (gambar) , 69, yang menjadi hamba selama 30 tahun di London, berlepas ke England malam ini untuk membuat pengecaman dan membawa pulang adiknya ke tanah air.

Abang ipar mangsa, Md. Noh Md Dom, 67, memberitahu, isterinya, Kamar Mahtum Abdul Wahab, 73, diiringi aktivis, Hishamuddin Rais bersama seorang wartawan The Telegraph yang beribu pejabat di London bertolak ke England menaiki pesawat Malaysia Airlines kira-kira pukul 11.55 malam tadi.

read more...

THAILAND DARURAT!!!!!



Anggota polis berkawal selepas kumpulan Baju Kuning merempuh pengadang bangunan kementerian.



BANGKOK - THAILAND. Kerajaan Thailand mengisytiharkan perintah darurat di sini, semalam susulan rusuhan penunjuk perasaan anti kerajaan dan polis, sejak Ahad lalu.

Pengisytiharan dilakukan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra selepas penunjuk perasaan terdiri daripada kumpulan Baju Kuning ‘menawan’ Kementerian Luar dan Kementerian Kewangan serta mengepung bangunan Jabatan Perhubungan Awam.

“Pencerobohan premis kerajaan boleh mengancam keselamatan negara. Tindakan ini menyebabkan kakitangan awam tidak boleh melaksanakan tugasan," katanya.

Menurutnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikuatkuasakan di wilayah Samut Prakarn di mana terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok.

Media tempatan melaporkan, sehingga malam tadi, ribuan penyokong Baju Kuning terus berkubu di sekitar pejabat kerajaan sebagai mendesak pemimpin itu supaya berundur. 


Yingluck enggan bubar Parlimen

Semalam, Yingluck sekali lagi menegaskan, beliau tidak akan meletak jawatan atau membubarkan Parlimen walaupun didesak melalui demonstrasi mega.

“Saya tidak berniat meletakkan jawatan atau membubarkan Parlimen. Kabinet masih boleh berfungsi, walaupun kita menghadapi kesukaran,” katanya.

Sementara itu, Persekutuan Industri Thai (FTI) dan Jawatankuasa Perdagangan Swasta, Industri dan Perbankan (JCCIB) mengadakan mesyuarat tergempar mencari jalan meredakan keadaan termasuk menggesa kerajaan supaya menimbangkan semula keputusan pembubaran Parlimen.

Menurut Agensi, pengerusi FTI Payungsak Chartsuthipol berkata, pihaknya mahu sektor perniagaan kerajaan turut sama campur tangan dalam menyelesaikan konflik ini.

“Kami percaya, pembubaran Parlimen dapat meredakan ketegangan tetapi keputusan adalah terletak kepada kerajaan,” katanya.

Ketegangan di Bangkok tercetus selepas kumpulan Baju Kuning mendakwa, Yingluck cuba membawa pulang abangnya, Taksin juga bekas Perdana Menteri ke tanah air melalui usul undang-undang pengampunan.

read more...

AMEKKAU!! Maki Dan Ancam Polis Trafik Di FB : Remaja Bakal Dipenjara 2 Tahun!!




Ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu, ikut hati MATI!!!

Seorang anggota Polis Trafik IPD K.Pilah semasa bertugas kawalan kesesakan lalu lintas di Jalan Dato Ulu Muar Kuala Pilah pada 25/11/13 jam 10.30 pagi telah mengambil tindakan saman ke atas sebuah kenderaan yang menghalang lalu lintas,

Pemilik kereta seorang lelaki Melayu umur 20an mempersoalkan tindakan saman dan pada masa sama lelaki tersebut bertindak mencabar dan mencekak baju serta merakam gambar anggota Polis Trafik tersebut menggunakan handphone.

Anggota Polis Trafik itu dgn tenang "TIDAK MELAYAN" provokasi pemilik kereta tersebut & beredar dari tempat kejadian.

Disebabkan TIDAK PUAS HATI dgn KETENANGAN Polis Trafik itu, dia telah muat naik gambar tindakannya ke Facebook dgn kata2 makian & UGUTAN.

Menurut sumber, Satu lapuran Polis dibuat selepas kejadian berlaku.

Tindakan:

1) Bertindak diatas kejadian Polis Kuala Pilah menyiasat kes dibawah sek. 353 kanun keseksaan kesalahan menggunakan kekerasan bagi menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

2) Lelaki disyaki telah ditangkap untuk siasatan lanjut dan akan didakwa di Mahkamah Kuala Pilah.

3) Sek.352 KK membawa hukuman 2 tahun penjara atau denda atau kedua duanya sekali.

read more...

SAMAN!!! RM48 Juta Nilai Difailkan Kepada PEGUAM NEGARA!!!



Tiga minggu selepas bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ramli Yusuff memfailkan saman, peguamnya Rosli Dahlan juga mengambil tindakan sama hari ini.

Rosli menamakan Peguam Negara Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Musa Hassa dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed atas kapasiti peribadi masing-masing.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. 

Dalam salinannya yang dilihat, Gani digambarkan memainkan peranan di belakang pendakwaan berniat jahat.

Rosli juga menamakan 11 defendan, termasuk ketua bahagian pendakwaan SPRM Abdul Razak Musa, bekas ketua pendakwaan Nordin Hassan dan timbalannya Anthony Kevin Morais, SPRM dan polis.
read more...

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top