Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

SUKAN DAN BELIA : BAJET PAKATAN TIDAK DAPAT DITANDINGI BN!!!

Perbandingan sering dibuat bagi menilai komitmen serta tanggungjawab parti yang akan mentadbir negara khususnya mereka yang tidak cenderung memihak kepada mana-mana parti (atas pagar). Setiap parti pasti akan menjaja dan mengetengahkan tindakan serta perancangan masing-masing sekiranya memenangi pilihan raya khususnya PRU 13 yang semakin hampir ketika ini.
 
 
Dalam membuat tafsiran dan rasional bajet yang dibentangkan oleh kedua-dua pihak, BB dapat membuat rumusan seperti berikut:
 
 
 
BAJET BARISAN NASIONAL
 

-     Pemberian BR1M 2.0 melalui Bajet 2013 ini diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah sebanyak 250 ringgit.

-     Kerajaan juga memperuntukkan 440 juta ringgit kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memberi pinjaman kepada pelatih untuk menjalani latihan kemahiran.

-     Di samping itu, Petronas akan menggunakan kemudahan Institut Kemahiran Belia Negara di Pengerang, Johor untuk melatih seramai 300 orang belia menjelang akhir tahun ini dalam bidang minyak dan gas bagi memenuhi keperluan projek RAPID.

-     Kerajaan turut melancarkan program Y-Creative yang melibatkan persatuan belia di seluruh negara. Kerajaan juga akan menganjurkan Festival Belia Putrajaya yang merupakan perhimpunan belia terbesar negara bersempena dengan perisytiharan tahun 2013 sebagai tahun kesukarelaan nasional.

-     Bagi membantu usahawan muda dalam bidang ICT, sebuah yayasan dengan nama New Enterpreneur Foundation akan ditubuhkan dengan peruntukan permulaan sebanyak 50 juta ringgit. NEF akan menjadi platform bagi program latihan dan bimbingan. Selain itu, Young Entrepreneur Fund juga diwujudkan dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit akan disediakan oleh SME Bank.

-     Kerajaan akan melancarkan Pertandingan Lautan Biru  1Malaysia For Youth atau 1M4U sebagai pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia untuk mereka mempersembahkan idea-idea kreatif dan inovatif.

-     Melalui Pakej Komunikasi Belia, belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah berpeluang memperolehi rebat 200 ringgit bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G.



 
BAJET PAKATAN RAKYAT
 
-       Bajet 2013 PAKATAN RAKYAT telah disemak, tiada insentif kepada belia dan sukan.


BB : Terpulang kepada individu untuk menilainya. Ada otak PAKAI....
read more...

SISWI MENDOMINASI UNIVERSITI, SISWA KE MANA???

JIKA dulu, dunia wanita hanya terhad di rumah atau ceruk dapur dan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah dianggap melanggar norma tradisi.
 
 
Peluang pendidikan terhad dan pandangan skeptikal dilemparkan masyarakat menjadi batu penghalang kepada wanita memperoleh pekerjaan baik atau menerajui sesebuah organisasi.
 
 
Hari ini, wanita sudah membuktikan kemampuan apabila berdiri sama tinggi bersama lelaki selain mendominasi pelbagai sektor pekerjaan.


Malangnya, di tengah pengiktirafan itu masih terselit pertikaian dan pandangan skeptikal seperti tidak yakin dengan kebolehan wanita dalam melaksanakan mandat diberi.

 
 
 
 
 

Adakah gender menjadi penentu terhadap kemampuan wanita dalam melaksanakan tanggungjawabnya atau itu hanyalah spekulasi kosong semata-mata?

Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin berkata, melunaskan tanggungjawab dan kepercayaan diberi lebih penting daripada membuat perbandingan bagi menguji kemampuan individu.


Menurutnya, alaf baru menyaksikan wanita mempunyai peluang sama rata untuk menerajui organisasi atau memegang jawatan tinggi dalam pelbagai bidang tidak terkecuali dunia pendidikan tinggi.


“Isu gender hari ini sudah tidak relevan lagi untuk mengukur kemampuan individu dalam melaksanakan tanggungjawabnya.


“Jika dulu, gender mungkin menjadi syarat dalam sesuatu pemilihan, kini banyak lagi aspek ditekankan.


“Malah masyarakat kini melihat kebangkitan dan kemampuan golongan ini dalam melaksanakan tugasannya. Mereka memang berkelayakan,” katanya.


Beliau yang dilantik menerajui UIAM pada Ogos 2011 adalah Naib Canselor wanita ketiga memegang jawatan berkenaan selepas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Rafiah Salim.


Ditanya pandangan mengenai dominasi wanita sebagai ketua di institusi pengajian tinggi pula, beliau berkata, pencapaian itu amat membanggakan kerana memperoleh kepercayaan mengemudi sebuah institusi pendidikan.


“Umum mengetahui pendidikan adalah aspek penting dalam pembangunan jangka panjang negara bagi melahirkan generasi berpendidikan masa depan. Justeru, apabila wanita diberi mandat untuk melaksanakan proses itu, ia menunjukkan bahawa kemampuan wanita memang diiktiraf dan mendapat kepercayaan pihak yang memilih.

 
“Malah boleh dikatakan seperti penanda aras atau contoh bagi generasi berikutnya berusaha gigih dan menjadikan peluang membina masa depan yang baik,” katanya mengakui tiada batas sempadan bagi sesiapa yang mahu merebut kehidupan dengan nilai kejayaan.


“Hari ini kita lihat dan perlu mengakui mahasiswa wanita sudah banyak mendominasi tempat di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Bukankah pencapaian seperti ini amat hebat?


“Ia bagaikan isyarat dalam proses menuntut ilmu, nilai kemampuan berdasarkan gender bukan lagi ukuran. Inti pati kejayaan sebenar sebaliknya diukur berdasarkan semangat, usaha, kerja keras dan kemahuan untuk berjaya. Tidak mustahil langkah kejayaan seterusnya bakal menyusul,” katanya.


Malah, kejayaan ramai mahasiswa wanita yang mampu memperoleh pencapaian cemerlang saban tahun juga menjadi petunjuk bahawa sistem pendidikan negara berjaya merealisasikan sasarannya.


“Melaluinya, dapat disimpulkan bahawa negara kita memang serius mahu memartabatkan nilai sistem pendidikan dengan sentiasa membuka peluang kepada sesiapa saja. Tiada diskriminasi.


“Mereka dapat mengoptimumkan pencapaian diri dengan akses pendidikan menyeluruh tanpa halangan. Menerusi pencapaian mahasiswa wanita, kita yakin mereka juga dapat membantu negara melahirkan pewaris generasi disegani untuk meneruskan kesinambungan ilmu,” katanya.

 
Baca lagi di Harian Metro Online


Apa yang sebenarnya berlaku? Adakah golongan ADAM ini semakin tidak berminat untuk belajar? Tidak bekerja keras, berusaha dan tiada lagi kemahuan untuk berjaya?

Bukan untuk menidakkan keupayaan kaum HAWA, namun sekiranya fenomena ini berterusan maka tidak hairanlah nanti wanita akan menguasai di mana-mana sektor dan lelaki hanya menguruskan hal-hal di rumah.....
 
read more...

RAJAGOPAL APA YANG KAU BUAT - VIDEO ULTRAS MALAYA BUAT RAJAGOPAL MENYEMBUNYIKAN DIRI

Hmm... baru satu perlawanan Piala AFF Suzuki diharungi oleh Harimau Malaya, namun kekecewaan dan ketidakpuasan hati kumpulan penyokong "ULTRAS MALAYA" seolah-olah tidak dapat dibendung lagi. Kekalahan yang TIDAK MASUK AKAL kepada pasukan Singapura semalam amat perit untuk diterima oleh ribuan peminat yang hadir.
 
 
 
 
 
 
 
Walaupun tidak adil meletakkan sepenuh kesalahan kepada Ketua Jurulatih Kebangsan itu, namun rentetan keputusan yang MENGHAMPAKAN sepanjang siri persahabatan menjelang Piala AFF ini serta sikap BERDOLAK-DALIK beliau sendiri menyebabkan SKUAD ULTRAS MALAYA sukar menerima kekalahan kepada Skuad Singa itu.
 
 
BB yang turut hadir ke Stadium Nasional semalam dapat merasai kekecewaan seluruh peminat Harimau Malaya yang berada dalam stadium. Mutu permainan khususnya APEK (Khairul Fahmi) amat-amat mengecewakan. Peminat-peminat di rumah dan warong-warong MAMAK juga pasti KECEWA dengan mutu permainan yang ditunjukkan oleh skuad Kebangsaan.
 
 
Mereka seolah-olah hilang ilham, tiada fokus dan yang paling utama adalah TIDAK BERSEMANGAT!!!!!
 
 
Kekecewaan ULTRAS MALAYA dapat kita lihat apabila kesemua mereka berkumpul di Bas Pemain bagi menyataka protes mereka.
 
 
 
 
 
 
Sementara itu, artis terkenal dan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Fizo Omar  antara golongan artis yang hadir ke stadium turut kecewa dengan kekalahan Skuad Harimau Malaya.
 
 
 
read more...

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top