Nuffnang

"MEET ANWAR" DISAMBUT HEBAT ANAK MUDA





KUALA LUMPUR, 10 Mac - Sesi Dialog Anak Muda Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diadakan oleh 'Anwar Ibrahim Club' atau singkatan AIC ini dijalankan di ibu negara siang tadi.

Majlis turut disertai Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah yang mengupas serba sedikit mengenai latar belakang beliau dalam dunia politik serta isu-isu semasa.

"Saya anggota Keadilan bukan kerana ayah saya", tegas Nurul Izzah.

Beliau begitu mengharapkan Malaysia mengamalkan politik yang bukan berdasarkan perkauman. Dan menyentuh soal ekonomi, beliau begitu kesal kerana ada penglibatan politik dalam bidang tersebut.

AIC sebelum ini mengadakan sesi Dialog dan ianya ternyata mendekatkan anak muda bersama pemimpin selain dapat memperjelaskan isu-isu semasa.

Dalam penganjuran Dialog hari ini, Dato' Seri Anwar Ibrahim diajukan soalan oleh anak-anak muda dari pelbagai peringkat, baik mahasiswa mahupun profesional. Antara soalan yang diajukan antaranya berkenaan Hudud, Buku Jingga, Pluralisme dan ekonomi - KL Pos


Hmm... Memang dah lama Anwar buat kerja ni. Sebab ape? Sebab orang muda macam BB punyai semangat dan aura terpendam yang bisa menggegarkan dunia sekiranya di"bakar" dengan amarah dan nafsu. Cuma BB ni masih bertahan dengan pesanan orang dulu-dulu.

Tapi kalau BB boleh tafsirkan apa yang tersirat melalui gambar ini ialah mereka ini majoritinya di"datang"kan khas bagi perjumpaan ini. Kenapa? Sebab.....kalau betul2 sendiri datang, confirm tak kan tidur punya. Tapi ini baru di baris kedua dah bantai tidur depan Mr Idol.

Yang Mak Cik tu sape pula? Anak muda mana plak ni? Nampak macam sangat terhibur dengan lawak yang DSaI sedang buat di depan tu. Siap dengan muncungnye lagi. Sebijik macam......

Dan aura DSAI yang selama ini dikatakan begitu mempengaruhi anak muda memang dapat dilihat dari gambar ini. Masing-2 asyik melayan hp atau gajet masing-masing kecuali yang berada betul-betul di depan DSAI. AURA SANGAT LE TU.

Dimaklumkan ini adalah siri perjumpaan ke 5 anjuran AIC dan perjumpaan petang tadi bertempat di Hotel De Palma, Ampang.



BB : Membantu mangsa banjir, mereka lebih memerlukan perhatian dan pertolongan.
read more...

GAJI..GAJI.... JADUAL GAJI BARU SSM

Selepas pengumuman DS Najib bahawa perlaksanaan SBPA dibatalkan dengan mengguna kembali SSM yang ditambahbaik, para penjawat awam pasti tercari-cari jadual gaji terbaru mengikut kadar kenaikan yang ditetapkan.


Jadi di bawah ini disertakan jadual gaji bagi gred 41 hingga 54










Untuk gred 41, sabar ye. Nanti BB carikan.
read more...

TERKINI : NAJIB UMUMKAN KEPUTUSAN SBPA

SSM DITAMBAHBAIK




Bukan sahaja penjawat awam, tetapi ramai juga rakyat Malaysia yang menantikan keputusan atau pengumuman daripada Dato Sri Najib di PICC mengenai SBPA ini.


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.


Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.


Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.


Intipati yang sempat BB kongsi di sini ialah :

- Skim SBPA dibatalkan, SSM dikemaskini..

- Kenaikan gaji gred 1-54 sebanyak 13%, gred JUSA C dan ke atas kenaikan gaji sebanyak 7%.

- lain-lain :

1. SBPA dibatalkan dan kembali kepada SSM seperti sebelumnya.
2. Penubuhan Suruhanjaya Khas.
3. Pelaksanaak gaji kembali kepada sistem gaji matrik dalam SSM.
4. Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 setahun.
5. COLA dinaikkan, RM200 kepada RM250, RM100 kepada RM150.
6. Insentif lain dikekalkan-insentif wilayah, pendalaman.
7. Kenaikkan gred untuk guru-guru berdasarkan ‘time-based’.


BB: Dengarlah suara Rakyat
read more...

ARTIS POPULAR UNTUK BELIA TERENGGANU

Kepada warga Terengganu Darul Iman, bermula pada hari ini 6 Mac 2012 telah diadakan Karnival Generasi Belia Gemilang. Karnival ini dimulakan di daerah Kemaman dan Gong Badak pada 6 dan 7 Mac, Kuala Nerang dan Besut 14 Mac.




Karnival ini menghimpunkan persembahan konsert artis-artis terkenal seperti Hattan, Azlan & The Typewriter  dan Wali band untuk menghiburkan penduduk di seluruh Terengganu. Pelbagai aktiviti menarik juga dijalankan seperti cyber game, futsal, Karnival jualan dan Taklimat pekerjaan. Oleh itu semua warga belia di seluruh Terengganu dijemput memeriahkan karnival ini. sebarang maklumat sila nyatakan di facebook vyrec.

Sumber : Vyrec
read more...

GAMBAR BANJIR KILAT DI KL DAN SELANGOR TERKINI 7 MAC 2012

GAMBAR-GAMBAR TERKINI BANJIR DI SEKITAR KL PADA 7 MAC 2012



Sekitar Masjid Jamek



Sekitar LRT Masjid Jamek



Lebuhraya Persekutuan Menghala KL



Kg Lembah Jaya Utara, Ampang




Kg Baru



Parking Menara OUA



Dataran Merdeka



Ampang, Selangor



Low Yat
read more...

NAJIB UMUM SBPA ESOK?

KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam menunggu dengan penuh debaran pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), esok.







Najib dijadual berucap pada perhimpunan khas yang dihadiri ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun serta pegawai kanan perkhidmatan awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kenyataan bahawa Datuk Omar Osman, Presiden Cuepacs, badan yang menjadi payung kepada kesatuan-kesatuan sektor awam, yang akan berucap pada majlis itu, memberi petunjuk jelas bahawa ia mungkin memberi tumpuan kepada skim SBPA yang disemak semula.

Walaupun beberapa penganalisis melihat skim SBPA sebagai "durian runtuh" untuk penjawat awam, pelaksanaannya merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk mentransformasikan perkhidmatan awam negara menjadi sesuatu yang dinamik dengan budaya berpretasi tinggi yang cekap dan mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada masyarakat moden.

Skim itu, yang bermatlamat menyediakan ganjaran yang lebih baik dan berdaya saing kepada penjawat awam serta mengurus tarikan bakat, pengekalan dan pemacu dalam perkhidmatan awam, merupakan sebahagian daripada pelan transformasi Najib bagi meletakkan asas ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.

Pada mulanya, Najib telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk melaksanakan skim gaji yang lebih baik bagi penjawat awam ketika beliau membentangkan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober tahun lepas.

Kerajaan telah memperuntukkan RM64.1 bilion untuk gaji dan pencen kakitangan kerajaan di bawah Belanjawan 2012 tetapi semakan boleh bermakna gaji yang lebih tinggi.

Skim itu, yang dijadual dilaksanakan pada 1 Januari tahun ini, ditangguhkan selepas CUEPACS membantah terhadap kewujudan perbezaan gaji yang begitu ketara antara mereka yang menduduki gred JUSA dan Premier berjumlah kira-kira 2,600 pegawai dan mereka yang berada dalam Gred 54 dan ke bawah.

Berikutan keadaan yang tidak seimbang, Perdana Menteri mengambil tindakan tepat pada 12 Januari apabila beliau meminta supaya skim itu disemak semula.

Satu pasukan petugas khas diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, dibentuk bagi mengkaji kelemahan yang dikatakan wujud dalam skim yang dicadangkan itu.

Walaupun, pasukan petugas diberi tempoh sehingga 16 April untuk menyelesaikan tugasnya, tetapi ia telah dapat membereskannya lebih awal daripada yang diduga.

Penyelesaian bagi isu yang hangat ini memberi kelegaan kepada kakitangan yang terjejas, yang mana, seterusnya ia mungkin memberikan kesan positif berganda di mana empat juta orang lagi akan mendapat manfaat jika anggaran kasar empat tanggungan bagi setiap pekerja digunakan.

Sesungguhnya, ia akan menjadi durian runtuh jika mereka juga mendapat bayaran tunggakan kerana Cuepacs meminta supaya pakej gaji SBPA yang disemak semula berkuatkuasa daripada tarikh pelaksanaan asal iaitu 1 Januari walaupun ia ditangguhkan.

Bagaimanapun, bukan hanya penjawat awam yang mendapat faedah di bawah program transformasi Perdana Menteri ke arah mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi pada akhir dekad ini. Pada akhirnya, mereka yang berada dalam sektor swasta, terutama yang berada di peringkat rendah, juga akan menikmati faedah kerana kerajaan juga sedang menumpukan usaha bagi melaksanakan dasar gaji minimum.

Dasar yang dicadangkan itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 3.2 juta kakitangan sektor swasta. Sementara begitu banyak perdebatan mengenai kebaikan dan keburukan bagi dasar sedemikian, perlu diingatkan bahawa teras utama ialah bagi menyediakan gaji yang memuaskan dan membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan.

Kesimpulannya, semua ini adalah sebahagian usaha di bawah orientasi kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" di bawah pentadbiran Najib bagi meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia untuk masa depan yang lebih baik. - Bernama
read more...

RANKING TERKINI BLOGGER PRO BN

Kredit kepada Jendela Maya




HMMM...masih jauh nak kejar nih!
read more...

BONGKAR : RAHSIA AARON AZIZ YANG PEMINAT PERLU TAHU

Anda peminat Aaron Aziz? Pelakon tampan dari negara jiran Singapura ini mempunyai beberapa perkara yang perlu anda tahu sebagai peminatnya.





Antaranya :

1. Stage fright. Aaron seorang yang takut bila berada di atas pentas.

2. Sebelum makan, Aaron akan suapkan dulu kucing peliharaannya dengan sudu.

3. Suka tengok binatang sehingga dipanggil Animal Planet oleh rakan-rakannya.

4. Pelakon Ombak Rindu ini mengakui seorang yang sangat pemalu dan berat mulut.

5. Orang selalu ingat Aaron seorang yang moden kerana berasal dari Singapura, namun sebenarnya beliau seorang yang konservatif. Aaron mengakui dia ‘old fashion’ dan masih mengikut adat.

6. Tidak gemar makan sayur bunga seperti brokoli dan kobis. Beliau mengakui hanya makan sayuran hijau sahaja.

7. Aaron gemar muzik yang universal dan tidak hanya pada satu genre sahaja.

8. Pelakon Nora Elena ini benci membeli-belah. Semua kelengkapan Aaron akan dibeli oleh isterinya, Diana.

9. Seorang yang protektif. Pantang jika ada orang marah anaknya walaupun isterinya sendiri. Jika berlaku, Aaron akan memarahi balik isterinya. Difahamkan, hanya Aaron seorang sahaja yang boleh marah anak-anaknya.

10. Pelakon KL Gangster ini susah nak mempercayai orang lain.

11. Ketika di Singapura, Aaron selalu bertukar-tukar kerja. Aaron pernah menjadi aircond technician, bowling specialist, agen insurans, agen rumah, penjual kereta dan pelayan restoran.

12. Tidak suka Sushi
read more...

SEBAB MUSABAB 2 EXCO MENOLAK PELANTIKAN SEMULA





Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno. Perkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.

Ketika ditemui semalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya.

Sumber sebelum ini memberitahu, projek yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh menteri besar kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah.

Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit".

"Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco.

Projek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam.

Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai exco selepas PAS membentuk jawatankuasa pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri.

Ketika laporan ini ditulis, masih belum mendapatkan respons daripada pejabat menteri besar.

Seorang pembantu Azizan memberitahu, Azizan mahu berehat dan tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
read more...

72 SYARIKAT TANDATANGAN MOU DENGAN KBS

KEMAMAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan 72 syarikat yang bersetuju menerima pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) menjalani latihan amali di syarikat mereka.





Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan KBS, Sa’ari Salleh, berkata jumlah itu menepati sasaran kementerian iaitu sekurang-kurangnya dua syarikat bagi setiap IKBN.

“Pelajar di semua 21 IKBN di seluruh negara perlu mengambil peluang melakukan latihan amali dengan kualiti terbaik kerana syarikat ini akan mengambil mereka bekerja jika memenuhi piawaian yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di IKBN Kemasik di sini, baru-baru ini.





IKBN yang kini mempunyai 4,400 pelajar menawarkan 12 jenis kursus kemahiran antaranya kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, teknologi makanan, perhotelan dan perkhidmatan berkaitan pelancongan.





Sa’ari berkata, lebih 85 peratus pelajar yang menamatkan kursus di IKBN seluruh negara berjaya mendapat kerja, dengan kebanyakannya bekerja di syarikat industri yang sebelum ini mengambil mereka menjalani latihan amali.- BERNAMA



BB : Inilah yang rakyat khususnya orang muda nak. Dengan latihan amali ini, ia akan membuka peluang yang lebih luas untuk mereka memperoleh pekerjaan selepas tamat pengajian nanti
read more...

HANGAT!! JEJAI SAH LAMAR FASHA



KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik,” kata pelakon popular, Fasha Sandha kepada Harian Metro, semalam, sekali gus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai bakal berakhir di jenjang pelamin tidak lama lagi.




Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru itu berkata demikian mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet.
“Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,” kata Fasha mengenai status terkini hubungannya dengan Jejai atau nama sebenarnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli.




Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.
Mengulas perkara itu, Fasha berkata: “Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya.

“Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.”

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan.




BB : Harap-harap menjadi la kali ini
read more...

MERDEKA CENTER : ANAK MUDA MAHU DEBAT NAJIB DAN ANUAR





BANGI, 5 Mac : Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan pengundi muda negara ini mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataannya, agensi kaji selidik itu mendapati 54 peratus daripada mereka menyokong debat itu diadakan. Kajian tersebut dibuat terhadap 1022 pengundi berdaftar di Semenanjung Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas. Golongan paling tinggi yang menyokong menurut kajian itu adalah golongan muda yang berumur 21 hingga 30 tahun iaitu sebayak 67 peratus.

Mereka masing-masing mahu melihat kedua-dua tokoh politik tanah air itu mengutarakan 'idea dan dasar' masing-masing kepada rakyat. Hasil kajian yang dibuat dari 10 Februari hingga 21 Februari itu juga mendapati, topik pilihan paling tinggi untuk diperdebatkan oleh kedua-dua pemimpin itu adalah berkaitan isu ekonomi negara iaitu sebanyak 17 peratus. Isu semasa negara pula menduduki tempat kedua dengan 9 peratus, kebajikan rakyat dan pembangunan masing-masing (7%) dan memerangi rasuah (5%).

Dalam perkembangan berkaitan, Najib dalam entri terbarunya di blog www.1malaysia.com.my berkata, beliau sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa saja yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara. Beliau berkata, sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, beliau tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri beliau.

"Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah," katanya tanpa merujuk secara spesifik kepada sesiapa. Sebelum ini Anwar mencabar Najib berdebat berhubung isu ekonomi negara. Cabaran itu juga turut diulangi beberapa kali dalam siri ceramahnya.

Selain isu ekonomi, Anwar juga turut mencabar Najib berdebat berhubung isu Israel-Palestin.
read more...

ANAK MUDA TERUJA DENGAN BN YOUTH MUSIC

BN YOUTH MUSIC telah melabuhkan tirainya. Tahniah kepada para pemenang.  Namun di sebalik kejayaan penganjurannya, secara tidak langsung ia menunjukkan usaha Pemuda BN untuk kembali mendekatkan mereka dengan anak muda kita amat berhasil.






Penganjuran di The Curve yang dihadiri 3,000 orang anak muda itu mencetuskan fenomena yang agak luar biasa di tambah pula dengan kehadiran para pemimpin tertinggi negara termasuk PM kita, DS Najib Razak, Khairy Jamaluddin dan lain.





Seperti pandangan sebelum ini, pendekatan politainment ternyata berjaya membawa kembali "sokongan" anak muda terhadap program-program anjuran parti politik. Kalau sebelum ini, agak sukar mendapat penyertaan yang ramai atau perlu "diangkut", ternyata kejayaan ini sedikit sebanyak boleh membuatkan KJ tersenyum.


Kredit gambar-gambar ini kepada Pejuang Bangsa


BB : Buat di mana tu? Di Selangor la bro...lebih 600 ribu pengundi muda ada di Selangor beb. Hehehe
read more...

INOVASI PEMUDA DEKATI ORANG MUDA MELALUI BN YOUTH MUSIC




Petaling Jaya – BN Youth Music 2011 anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) menutup tirai dengan penuh meriah dan paling manis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara santai turut menyaksikan selain menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

 


Berlangsung di The Curve, para peserta telah berentap pada Sabtu di peringkat separuh akhir dan Ahad mereka yang terpilih ke peringkat akhir mempersembahkan secara “live” hasil karya mereka yang dimuatnaik menerusi Youtube sebelum ini.




 
Kategori band dimenangi oleh Skudap Skudip yang menerima hadiah wang tunai RM20,000, trofi dan sijil penghargaan manakala kategori vokal berkumpulan dimenangi Floorythm yang memenangi hadiah RM15,000, trofi dan sijil penghargaan.

Kategori solo dimenangi oleh Zarina Zahrain yang menerima RM10,000, trofi dan sijil penghargaan.

Juara keseluruhan yang menerima RM30,000, trofi dan sijil penghargaan diraih oleh Skudap Skudip.




 
Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin, serta Timbalannya, Datuk Razali Ibrahim serta pimpinan pemuda parti komponen BN yang lain.

Najib turut menyampaikan hadiah kepada pemenang setiap kategori yang dipertandingkan iaitu band, vokal berkumpulan dan solo.




 
Khairy ketika ditemui pemberita berkata Perdana Menteri amat tertarik dengan pendekatan Pemuda BN untuk mendekati golongan muda melalui muzik berbanding secara tradisi sebelum ini, iaitu melalui persatuan belia.

“Selama ini, kita hanya buat job fair dan housing expo, kita perluaskan lagi engagement itu dengan satu program yang menyentuh kepada generasi muda yang suka kepada seni,” katanya.

Khairy berkata beliau berpuas hati dengan sambutan yang diberikan dan bercadang untuk memperluaskan festival itu ke seluruh negara.

Sementara itu, peserta-peserta pertandingan Festival Muzik Belia Barisan Nasional (BN) 2011 gembira diberi peluang menonjolkan bakat muzik masing-masing menerusi pertandingan anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) itu.

Adri Iskandar Mohd Noor, 27, anggota kumpulan Skudap Skudip berkata pertandingan itu memberi peluang kepada mereka untuk mengetengahkan pelbagai aliran muzik ke peringkat lebih tinggi.

“Pertandingan ini juga boleh dijadikan sebagai platform kepada generasi muda untuk menyuarakan pandangan dan mendekati pemimpin negara,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Lebih 3,000 orang menyaksikan pertandingan julung kali itu di The Curve, Mutiara Damansara di sini, malam ini.

Acara itu turut diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluangkan masa kira-kira sejam menyaksikan pertandingan itu.

Pada pertandingan itu, kumpulan Skudap Skudip muncul juara keseluruhan dan turut memenangi kategori band yang membawa pulang wang tunai keseluruhan berjumlah RM50,000, trofil dan sijil penghargaan.

Anggota Floorythm, yang menjuarai kategori vokal berkumpulan, Mohd Faiz Mohd Noh, 20, berkata pertandingan itu boleh dijadikan sebagai batu loncatan bagi golongan muda menerima pendedahan awal dalam industri muzik.

Pertandingan seumpama itu juga dapat mengelak golongan muda daripada terjebak dengan aktiviti kurang sihat, katanya.

Kumpulan itu memenangi hadiah RM15,000, trofil dan sijil penghargaan.

Guru sekolah menengah, Zarina Shahrin, 26, pula menggondol dua kategori iaitu kategori solo dan vokal terbaik dengan memenangi hadiah RM10,000, trofil dan sijil penghargaan.

“Usaha menganjurkan pertandingan ini amat baik dalam mendekati golongan belia,” katanya.





read more...

CHELSEA "PARTED COMPANY" WITH ANDRE VILLAS-BOAS



Kesabaran Chelsea kepada Andre Villas-Boas sudah tidak dapat ditahan lagi. Kekalahan 1-0 semalam kepada West Bromwich Albion menjadi perlawanan terakhir kepadanya.

Dengan perkhabaran terbaru ini, Chelsea telah melantik Di Matteo yang merupakan pembantu Villas-Boas sebagai pengendali sementara sehingga hujung musim ini.


Petikan daripada Goal.com


"Andre Villas-Boas has parted company with Chelsea Football Club today.

"The board would like to record our gratitude for his work and express our disappointment that the relationship has ended so early.

"Unfortunately the results and performances of the team have not been good enough and were showing no signs of improving at a key time in the season.

"The club is still competing in the latter stages of the Uefa Champions League and the FA Cup, as well as challenging for a top-four spot in the Premier League, and we aim to remain as competitive as possible on all fronts.

"With that in mind we felt our only option was to make a change at this time.

"With immediate effect Roberto Di Matteo has been appointed first team coach on an interim basis until the end of the season."



BB : Keegooan pemain senior juga merupakan antara punca kegagalan AVB.
read more...

ANAK MUDA UMNO BN WAJIB TENGOK GAMBAR NI!!!




Serius ni! Semua Anak Muda perlu lihat gambar ini. Ia bakal menentukan masa depan anda. Jangan ragu-ragu lagi.


Kah...kah....kah.....

BB dalam dok kusyuk melayari blog dan FB tiba-tiba tergerak hati untuk melihat posting ini. Tak perlu pikir panjang dah tahu maksud yang hendak disampaikan. Syabas dan tahniah la kepada pencetus idea gila babeng ni.


Kah kah kah...... memang kelakar betul lawak oleh   SUARA ANAK MUDA Pakatan ini..

Nak lebih advance lagi , pemberian duit BR1M adalah perjuangan utama Pakatan !

Dalam masa pemimpin-pemimpin mereka dok  sibuk  fatwa  duit BR1M ini haram , tetapi ada juga yang pencacai mereka seperti di atas angkat bakul sendiri puji Pakatan . Menurut rakan facebooker yang share gambar ini , ramai orang pakat maki banner bodoh ini ...hahaha

Kesian betul psywar pembangkang yang memang cukup bangang la ....hahaha

Kredit tu Pejuang Bangsa

BB : 8B - Bangang, Bebal, Bodoh, Bahalol, Bengong, Benak, Bingai, Bengap
read more...

PRU 13 : RAMALAN TUN DAIM DI CHINA PRESS

Sebelum kita membaca ramalan Tun Daim Zainuddin yang dibuat melalui wawancara khas dengan akhbar China Press, adalah amat penting untuk kita mengingati bahawa Daim adalah satu-satunya pemimpin yang secara terbuka meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan beberapa negeri dan mencatatkan keputusan terburuk dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 lalu.





Justeru, bersandarkan pengalaman sebelum ini, maka ramalan yang dibuat Daim pastinya memiliki nilai politik yang tinggi dan perlu diberikan perhatian.

Antara ramalan beliau untuk PRU ke-13 seperti yang disiarkan di muka satu akhbar China Press ialah :-

Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan ‘Parlimen Tergantung’ atau Hung Parliament. Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas. Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor.

Dapatkah anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soalan yang dilontarkan oleh Daim)-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13. Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.

PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah. BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak.

Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN. BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor. Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda.

**Parlimen tergantung juga adakalanya dikenali sebagai Parlimen seimbang. Ia biasanya wujud dalam negara demokrasi dengan sistem dua parti di mana keputusan sesuatu pilihan raya memperlihatkan tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak.

**Tun Daim adalah Menteri Kewangan negara antara tahun 1984 hingga 1991. Beliau juga merupakan seorang usahawan dan ahli ekonomi yang amat disegani bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dalam dunia perniagaan peringkat global.


Oleh: Arshad Khan


BB : Orang Muda Undi Penentu...
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top