Nuffnang

ROSMAH MANSOR : BUKU BIOGRAFI WADAH MENANGKIS FITNAH

Buku biografi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang bakal berada di pasaran dalam waktu terdekat, merupakan wadah yang betul untuk isteri Perdana Menteri menangkis tohmahan yang dilemparkan terhadapnya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 
 
Beliau berkata, Rosmah berhak untuk membuat pembetulan terhadap semua isu-isu negatif mengenai dirinya yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
 
 
“Beliau (Rosmah) bukannya berprofil tinggi. Hanya orang-orang tertentu menjadikan beliau seorang individu berprofil tinggi dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan beliau berhak untuk menjawab.
 
 
 
 
 
 
“Walaupun beliau adalah isteri Perdana Menteri, ini tidak bermakna yang beliau perlu berdiam diri terhadap pelbagai tuduhan,” kata Tun Mahathir selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Pemerolehan Teknologi dan Aset bernilai RM63 juta antara Proton Holdings Bhd dan Petronas Bhd, di Kuala Lumpur.
 
Pada Isnin, Majlis Pra - Pelancaran biografi itu disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang diiringi Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak.
 
Ia akan dilancarkan dan diedar untuk jualan bulan depan - UMNO ONLINE
 
read more...

PEMECAH BERITA!!! VIDEO KETUA PEMUDA PAS TIBAI KEPIMPINAN PAS

 
 
 
 
VIDEO... KETUA PEMUDA PAS BAHAGIAN KELUAR PARTI BERSAMA 320 PENGIKUT... INILAH AKIBATNYA BERDOA BURUKKAN UMNO. JANJI KAN TERUS TINGGAL JANJI.
 
 
 
 
 
 
 
Jom kita lihat pulak apa yang #UFB kata isu kafir-mengkafirkan umat ISLAM
 
 
 
 
read more...

JAWATAN DALAM SPR, KETUA PEMUDA DIDESAK LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan, Aksyah Nasrah meletakkan jawatan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu berkata, sebagai orang penting dalam Umno, Aksyah tidak sepatutnya memegang jawatan Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Sabah.

"Pemuda minta Aksyah memilih salah satu daripadanya. Sama ada terus pegang jawatan dalam Pemuda Umno dan tinggalkan SPR atau sebaliknya.

"Tapi kalau boleh kita desak dia letak jawatan dalam SPR," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
 
 
 
 

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengeluarkan kenyataan bahawa tidak salah pegawai-pegawai SPR menyertai parti politik tetapi tidak boleh memihak kepada mana-mana parti semasa menjalankan tugas.

Mengulas perkara tersebut, Ahli jawatankuasa DPPM, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, Perlembagaan Persekutuan melalui artikel 114(2) menyatakan harapan agar SPR dapat menjayakan keyakinan orang awam.

Tambah beliau, hal ini bermaksud SPR sepatutnya menjalankan pilihan raya dengan telus dan tidak berpihak kepada mana-mana parti dalam memastikan hak-hak pengundi sejagat, persaingan yang adil bagi kesemua parti politik dan calon-calonnya.

"Ini bukan isu dia pernah melakukan kesalahan sewaktu bertugas dalam SPR tapi isunya dia seorang ahli parti dan memegang jawatan penting.

"Bagaimana SPR boleh bagi jaminan dia boleh melakukan tugas secara profesional?

"Sebagai contoh, dalam perlawanan bola sepak, pengadil itu menyokong salah satu pasukan. Bagaimana penonton nak percayakan pengadil tersebut?" katanya yang merupakan seorang peguam.

Beliau juga berkata, tindakan lanjut akan diambil sekiranya Aksyah masih memegang kedua-dua jawatan dalam Umno dan SPR.

"Kalau SPR berdiam diri dan Aksyah meneruskan tugasnya seperti biasa, kita akan buat pendedahan seterusnya.

"Sekarang kita tunggu apa tindakan SPR dan Aksyah dulu," katanya.
 
Baca lagi  mengenai komen SPR di Celah Gelegar
read more...

WOW!!! BIG SCREEN AFF SUZUKI CUP DI RESTORAN SEKINCHAN IKAN BAKAR

WOW!!!! Sempena pertandingan bola sepak Piala Suzuki AFF 2012 peringkat separuh akhir kedua di antara Malaysia menentang Thailand pada 13 Disember 2012, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyediakan “BIG SCREEN” bagi peminat-peminat bertempat di Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Setiawangsa, Kuala Lumpur mulai jam 7.30 malam.
 
 
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Sekretariat di talian 03-8871 3313 (u.p.:En. Nor Azam bin Muhd. Noh) dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Sehubungan itu, wakil-wakil media dijemput hadir untuk membuat liputan.
Kenyataan Media KBS
 
 
 
 
So, sape2 yang berada di sekitar Setiawangsa, anda dijemput untuk merasai detik-detik bersejarah ini. Jommmmm.....
read more...

#FIZOOMAR JALANI PEMBEDAHAN, KARIER SEBAGAI ARTIS BERAKHIR???

Apa dah jadi bro? Siapa yang tidak kenal FIZO OMAR??? atau lebih dikenali dengan Super FIZO ini. Aktor kacak yang menjadi kegilaan peminat wanita ini memang terkenal dengan kegigihan beliau mengembangkan karier bukan sahaja di bidang seni, tetapi juga di bidang perniagaan. Namun, baru-baru ini Fizo dikhabarkan telah dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang pada Isnin lalu dan dibenarkan keluar sehari kemudian selepas menerima tujuh jahitan akibat ketumbuhan.
 
 
 
 
 
 
Fizo Omar dinasihatkan tidak melakukan kerja-kerja berat buat sementara waktu selepas doktor melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan ketumbuhan pada bahagian tangan kirinya.
 
Kata Fizo, 27, dia dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang dekat sini pada Isnin lalu dan dibenarkan keluar sehari kemudian selepas menerima tujuh jahitan akibat ketumbuhan itu.
 
“Saya pun tidak sedar sejak bila ada ketumbuhan ini. Tiba-tiba ada satu benda bulat pada bahagian tangan kiri saya. Sebelum ia merebak menjadi penyakit yang lebih serius, doktor menasihati saya supaya menjalani pembedahan,” katanya kepada mStar Online pada sidang media kedua pementasan teater muzikal Ali Baba di Istana Budaya di sini pada Selasa.
 
Ujar Fizo, ketumbuhan itu bukanlah penyakit yang serius dan para peminat tidak perlu risau mengenainya.
 
Dalam pada itu bercerita mengenai teater muzikal berkenaan yang turut dilakonkannya Fizo berkata, setakat ini latihan untuk pementasan itu berjalan lancar namun dia perlu memberikan tumpuan yang lebih kepada aspek tarian.
 
Baca lagi di SUARAGENERASIBARU
read more...

PR HALALKAN POLITIK SAMSENG JALANAN DEMI TAMAKKAN KUASA

Keghairahan untuk mendapatkan sokongan menyebabkan ada di kalangan pemimpin politik yang sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesan serta akibat daripada tindakan dan perbuatan mereka yang kadangkala menimbulkan perbalahan antara satu pihak dengan pihak yang lain.
 
Suasana politik yang semakin panas apabila tempoh pilihan raya yang semakin hampir, tanpa disedari tindakan serta perbuatan yang dilakukan pihak-pihak tertentu boleh menimbulkan ketegangan.
 
Bagi Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan menyifatkan budaya politik samseng sudah menular di kalangan rakyat negara ini yang dipelopori parti pembangkang yang cuba mendapatkan sokongan dengan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang.
 
“Kita lihat apa yang berlaku kepada Himpunan Bersih, pembangkang dengan sengaja melanggar arahan pihak berkuasa supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, mereka tidak mempedulikan arahan pihak berkuasa sehingga menimbulkan kekacauan di Kuala Lumpur.
 
 
 
 
 
“Apa yang berlaku itu, pembangkang sememang-memannya merancang untuk melakukan himpunan itu, selain cuba membangkitkan perasaan benci segelintir rakyat kepada kerajaan yang kononnya tidak bebas, mereka juga ingin mengambil perhatian negara lain daripada apa yang berlaku untuk menunjukkan tanda tidak puas hati rakyat.
 
“Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku adalah ramai rakyat yang tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang kerana lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan,” katanya ketika diminta mengulas berhubung tindakan pembangkang yang dilihat cuba membudayakan politik samseng di negara ini.
 
Jika dahulu budaya politik samseng itu lebih menjurus kepada perhimpunan seperti Himpunan Bersih, namun peristiwa terbaru yang berlaku di Gombak, baru-baru ini menunjukkan ada segelintir rakyat yang tidak dapat mengawal emosi apabila menyetuh perkara yang membabitkan politik.
 
Kamalanathan berkata, rakyat negara ini tidak harus terpengaruh dengan apa yang cuba dibawa oleh pembangkang seperti apa yang berlaku di Timur Tengah kerana kejadian itu tidak ada penghujungnya seperti apa yang berlaku sekarang.
 
“Apakah negara kita ingin menjadi seperti apa yang berlaku di Mesir, jika dahulu mereka memperjuangkan untuk mendapat pemerintahan baru, kini mereka melakukan perkara yang sama kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan baru.
 
“Nampaknya apa yang berlaku di sana tidak ada kesudahannya, akhirnya rakyat sendiri yang rugi dengan keadaan yang bergolak sehingga berlaku pertumpahan darah dan huru-hara,” katanya.
Beliau mengingatkan supaya rakyat negara ini tidak terpengaruh dengan apa yang cuba dicetuskan oleh pembangkang yang sebenarnya merasa tertekan terhadap sokongan rakyat kepada pemerintahan Barisan Nasional. - MediaUMNO
read more...

KEMALANGAN DI TAIWAN, 10 WARGA MALAYSIA TERLIBAT, 4 PARAH

Empat rakyat Malaysia parah manakala 10 penumpang lain cedera ringan selepas bas pelancong dinaiki mereka terbabit kemalangan di Lebuh raya Alishan, Chiayi County di selatan Taiwan, kelmarin.
 
 
Kemalangan terbabit berlaku di Kilometer 39.5 Lebuhraya Alishan yang juga dikenali sebagai Lebuhraya Persekutuan No 18 yang menghala Alishan iaitu kawasan pergunungan yang menjadi tarikan pelancong.
 

Bas itu dipercayai hilang kawalan selepas mengalami masalah brek menyebabkan kenderaan terbabit merempuh pembahagi jalan sebelum terbabas.
 
 
Difahamkan, pemandu bas terbabit yang cedera ringan di tangan dan kaki cuba memperlahankan kenderaannya untuk memberi laluan kepada sebuah kereta untuk memotong namun gagal akibat brek tidak berfungsi.
 

Pemandu terbabit menarik brek tangan menyebabkan bas terbabit hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan kemudian membelok ke dinding batu di sebelah kiri dan terbalik.
 
 
 
 
 
Gambar Hiasan
 

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay berkata, kemalangan itu membabitkan bas pelancong yang membawa 14 penumpang terdiri 10 warga Malaysia, tiga Singapura dan seorang Filipina.
 
Menurutnya, hasil pemeriksaan polis Taiwan mendapati bas terbabit melanggar tembok penahan di lebuh raya berkenaan, tetapi tidak terjatuh dalam gaung.

“Polis belum mengetahui punca sebenar kejadian namun tiada kehilangan jiwa berlaku. “Semua mereka yang tercedera dihantar ke St Martin De Porres Hospital dan Chiayi Christian Hospital, Chiayi,” katanya.

Mangsa yang terbabit kemalangan itu ialah Thien Yum Sang, 60, Ng Chiow Kion, 60, Thien Yun Ping, 57, (parah), Ching Bit Ha, 53, (parah), Thien Yun The, 63, Catherine Hiew Vui Fong, 38, (parah), Wong Chi Khyun, 37, (parah), Lee Geok Tian, 38, Thien Jack How, 39, dan Thien Yu Xuan, sembilan tahun.

Beliau berkata, wakil Malaysia di Taiwan kini cuba mengesan keluarga mangsa melalui syarikat pelancongan yang mengendalikan pelancongan berkenaan untuk memaklumkan kejadian itu.
 
 
Sumber : My Metro
read more...

ANAK MUDA DAH MUAK DGN PAS, NEKAD SERTAI UMNO



KUALA NERANG - Sekumpulan anak muda adalah antara 16 anggota Pas Kampung Genting Palas dan Bendang Hilir di sini, yang bertindak keluar parti dan menyertai UMNO selePas kecewa dengan hala tuju Pas sekarang.

Mohd Shukri Che Dam, 23, berkata beliau menyertai Pas tiga tahun lePas, namun kecewa selePas mendapati perjuangan parti itu dipengaruhi pemimpin tertentu, bukan kehendak majoriti.

"Mereka (pemimpin pertengahan) takut sangat hendak kritik pemimpin atasan khususnya dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang disanggah DAP.

"Kami golongan muda sangat kecewa dengan perkembangan ini dan sebab itu memilih UMNO yang lebih konsisten memperjuangkan Islam untuk meneruskan agenda memartabatkan agama dan bangsa Melayu," katanya yang ditemui ketika menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di sini malam tadi.

Bagi Zakiah Arshad, 32, beliau kecewa kerana pemimpin Pas di kawasannya tidak mengendahkan kebajikan anggota, terutama yang memerlukan bantuan.

Beliau yang menyertai UMNO bersama ibunya, Zainab Ahmad, 58, berkata tidak ada seorang pun pemimpin Pas menziarahi bapanya Arshad Husin, 78, yang sedang sakit.

Zakiah juga berkata lima lagi adik beradiknya akan menyusul keluar parti itu dan menyertai UMNO.

Sementara itu, Mahdzir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu, berkata walaupun bilangan anggota Pas yang menyertai UMNO tidak ramai, beliau yakin perkembangan itu mengukuhkan lagi UMNO dan Barisan Nasional khususnya di Padang Terap.

"Saya dapat tahu ramai lagi bakal keluar Pas untuk menyertai kita. Saya mengalu-alukan mereka kerana UMNO tidak sekali-kali menutup pintu atau menghalang sesiapa sahaja yang mahu berjuang bersama-sama kita," katanya.

Mahdzir berkata penyertaan ramai orang muda ke dalam UMNO menyerlahkan kesedaran generasi hari ini bahawa mereka memahami perjuangan parti itu.

Beliau turut berterima kasih kepada anggota Pas yang menyokong perjuangan UMNO.- Bernama

read more...

AFF SUZUKI CUP : KBS DAN AIR ASIA KERJASAMA SEDIAKAN PENERBANGAN KHAS KE BANGKOK

SELAMANYA...SELAMANYA....SELAMANYA #HARIMAUMALAYA

 
 
Berita baik untuk penyokong tegar #HarimauMalaya!!! KBS dan Air Asia telah menyediakan penerbangan khas dengan pakej istimewa khusus untuk para penyokong kita ke Ibu Kota Bangkok. Bayaran RM500 dikenakan dengan konsep siapa cepat dia dapat!!! Tiket Grand Stand beb!!!


Ayuh Cepat!!! Auuummmm..


Kenyataam Media oleh KBS
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Nota : Penerbangan ini akan bertolak pada pukul 12.55 tengah hari dari LCCT Sepang pada 13 Disember 2012 dan balik ke Kuala Lumpur pada pukul 11.55 malam selepas perlawanan selesai. Berkumpul di LCCT Jam 10.00 pg.
 
 
Terima Kasih KBS, Terima Kasih Kerajaan Malaysia.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top