My Nuffnang

DIKEMASKINI : TRAGEDI BOT KARAM DI BELAGA, KAPIT, SARAWAK


DIKEMASKINI


8:00pm



Penduduk Sekitar Rumah panjang membantu mencari dan menyelamat.


Beliau berkata pihak berkuasa percaya kira-kira 20 penumpang masih hilang, selepas temu bual dengan ahli keluarga dan mangsa.

Menurut beliau, bot ekspres, yang mempunyai kapasiti 74 penumpang, mungkin telah memukul batu sebelum ia tenggelam. Satu lagi pasukan polis dan paramedik dari Kapit dijangka tiba di Belaga sekitar pukul 7 malam.



Kelihatan Bangkai Bot Ekspress yang tengelam.


7:15PM : 2 Mayat dijumpai termasuk seorang wanita mengandung sebentar tadi .


Gerakkan carian besar-besaran dan operasi menyelamat yang melibatkan Jabatan dan sukarelawan dari Belaga, Kapit dan Bintulu dan Sibu polis, Bomba dan Penyelamat telah dilancarkan.

"Yang terselamat berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari kawasan hulu Sungai Balui, tidak jauh dari Empangan Bakun, di Kapit. Mereka adalah kira-kira sejam dari bandar Belaga apabila bot mereka karam."Ia tidak jelas berapa ramai orang yang berada di atas kapal. 

Menurut mangsa, terdapat sekurang-kurangnya seratus penumpang di atas kapal dengan ramai daripada mereka duduk di atas bumbung bot.

Anggota Parlimen Hulu Rajang Wilson Ugak Kumbong dan anggota Dewan Undangan Negeri Belaga Liwan Lagang dalam perjalanan ke tempat kejadian.


6:10pm

Pihak polis mengesahkan bahawa 181 penumpang telah terselamat dalam insiden sebuah bot ekspres karam dalam perjalanan dari Belaga menuju ke Kapit pagi tadi.

Pada pukul 5 petang, ketua polis daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata 23 lagi masih hilang.

"Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan,"

Semua mangsa yang diselamatkan ditempatkan di dua rumah panjang berhampiran, Uma Panjang Tanjung dan Uma Panjang Dari.

Beliau berkata siasatan awal menunjukkan punca kemalangan tersebut adalah akibat terlebih muatan dan terlanggar batu di bahagian belakang.

Laporan lain menyebut usaha mencari dan menyelamat diteruskan dengan bantuan penduduk dari dua buah rumah panjang berhampiran.

Pasukan polis bersama-sama anggota paramedik juga dilaporkan mula bergerak ke tempat kejadian dan dijangka akan tiba kira-kira jam tujuh petang nanti.




4:00pm





Antara mangsa yang selamat berenang ke tebingan sungai. Kini usaha mencari mangsa yang hilang masih giat diusahakan. Laporan tak rasmi seramai 181 orang terselamat, 21 orang meninggal dan salah seorang daripadanya adalah seorang perempuan yang mengandung.



3:04 pm

Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan negeri, Liwan Lagang merupakan antara saksi terawal tragedi bot ekspres yang karam di Belaga, Sarawak pagi ini.

Liwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga berkata, bot yang karam dipercayai terlanggar batu itu dikesan beliau pada pukul 9.47 pagi ini.

"Sewaktu itu saya berada dalam helikopter untuk ke Kuching dan nampak ada bot yang karam, saya arahkan juruterbang untuk mendarat di kawasan berhampiran.

"Saya minta bantuan penduduk setempat untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat dan semua mangsa yang selamat ditempatkan di sebuah rumah panjang berhampiran," katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan angka mangsa yang terselamat dalam kejadian berkenaan.





Difahamkan satu tragedi berlaku melibatkan bot ekspres yang karam di Belaga. Menurut sumber, bot malang berkenaan membawa penumpang yang melebihi sehingga mengakibatkan bot tersebut terbalik.

Jumlah mangsa belum ditentukan dan belum ada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Difahamkan YB Liwan berada di tempat kejadian masa ini.

BB akan membawa perkembangan terbaru dari semasa ke semasa.

Pegawai Daerah Belaga mengesahkan bot ekspress itu karam 1 jam selepas berlepas dari Jeti Belaga pada jam 8.00 pagi.

Ketika ini dilaporkan sekitar 100 penumpangang menggunakan bot ekspress tersebut.




TRAGIC: The overloaded express boat is seen at the Belaga jetty moments before its departure.

51 ulasan:

  1. Ouh. Sedihnya :( Org pulang nak bergawai, tapi.. Haiz.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerajaan negeri patut segerakan pembinaan jalan.. Sarawak dapat mengeluarkan hasil hampir RM1,500juta pendapatan..Tapi rakyat masih belum mendapat 3 kemudahan paling asas terutamanya di kawasan luar bandar seperti bekalan air, elektrik dan jalan.

      Padam
    2. saya tak nak komen banyak, cuma minta bn buat jalanraya yg bagus dari kapit ke belaga dgn kadar segera. dah lama dah mcm ni. cukup, ini kalilah, ubah.

      Padam
    3. projek jalan darat yg x pernah siap antara satu sebab kejadian ini. projek yg mengambil masa yg lama untuk siap dengan bermacam alasan. para pengusaha bot bukan sengaja mengabaikan langkah keselamatan kerana penumpang pun patut memikirkan tentang keselamatan diri sendiri. bila masalah sebegini timbul tidak perlu menyalahkan satu pihak untuk bertggjwb. keghairahan utk pulang bila hari perayaan sehingga lupa akan keselamatan. takziah buat semua keluarga mangsa yg tlibat

      Padam
    4. Tragedi bot karam di Belaga menjadi ikhtibar kepada semua pihak agar x mengabaikan aspek keselamatan sblm pulang ke kampung menjelang musim perayaan. Kurang disiplin ptt diambil kira kerana ada sesetgh pihak kadang2 x mengendahkan larangan yg tlh dikeluarkan. Rasanya ini kali pertama berita buruk yg berlaku di Belaga.

      Padam
  2. Aduh.. ade buaye x kat sg tu.. hrp2 mereka selamat..

    BalasPadam
  3. aku pernh melalui kawasan jeram di antara belaga dan kapit...memang menakutkan...ucapan simpati aku kpd semua ahli keluarga mangsa....harap2 mereka ditemui selamat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy sbgi anakswrk sedih dgn k'jadian ni,sy doakan agr pihak ni buat k'mudahan kpd rakyat d dahulukan pecapai d utamakan.....aq hrp sy doa agar p'mandu jgn ambk lebih muatan and anda yg ingin blk kena sabar krn penuh utamakan nyawa sbb xde ganti.tp soal mati hdp semua ni b'gantung kpd tuhan nd b'kati doa anda sdri....x adalah yg slh klu d bezakan..

      Padam
  4. SEKARANG NI HAL DA BERLAKU, KERAJAAN SARAWAK BUAT LA APA YANG PATUT... KESIAN MEREKA2 YG TINGGAL DI KAWASAN PEDALAMAN SEPERTI ITU. TAKZIAH KEPADA KELUARGA MEREKA YG TERKORBAN...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini bukan kejadian pertama yang terjadi, harap pihak yg berkenaan mengambil tindakan yg sewajarnya, terutama di musim perayaan. Salam takziah buat keluarga yg terkorban.

      Padam
    2. Kerajaan perlu ambil tindakan yg sewajarnya...rakyat amat memerlukan kemudahan dan keselamatan...masa ini lah kerajaan berbakti untuk rakyat

      Padam
    3. UCAPAN TAKZIAH BUAT MANGSA.bwa byk2 bersabar,harap kali ini kerajaan akan buka mata la.bila da melibatkan nyawa bru nk terburu2 buat itu la,ini la..

      Padam
  5. Kalau ada jalan darat x kan ada jadi mcm ni..takziah buat keluarga yg kehilangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalahnya ialah apabila soal keselamatan diabaikan.. bot ekspress tersebut cuma boleh memuatkan sebanyak 67 penumpang je.. itulah jadinya bila syarikat tersebut cuba meraih keuntungan dgn memuatkan penumpang berlebihan.. takziah buat keluarga mangsa yg terkorban..

      Padam
    2. Kdg2 bukan masalah sri pihak syarikat..kesukaran utk penduduk utk mendapatkan pengangkutan yg akan menyebabkan penumpamg berlebihan.lebih2 lagi musim perayaan.ada yg nak balik ke tpt asal, ada yg nak pergi ke bandar.Perkhidmatan express pulak limited..Dah la xda jalan darat..Kesian penduduk kat sini.Kalu boleh harap2 la kerajaan dapat buat kemudahan jalan raya yang baik dan bukan hanya "jalan lori balak" kat area belaga, kapit.

      Padam
    3. Pihak yang berkenaan pastikan pemandu bot express atau speed bot yg beroperasi di sarawak ni adalah pemandu bot yg berhemah dan berdisiplin.Jangan main bagi je lesen bot tsbt.Kalau dah berlaku karam mcm ni nak disalahkan penumpang atau pemandu bot..??

      Padam
  6. Kesian.. aku mmg pernah dengar batu kat sg. di situ besar-besar.sebab abg ipar ku pernah kesana sewaktu jadi pegawai kebajikan dulu. Sungai tulah jalan utama mereka. Apa-apa salam takziah...

    BalasPadam
  7. Blog Tuan saya dan linkkan di blog saya.... Salam perjuangan

    BalasPadam
  8. huh ..nasib baik family sy x naik untuk balik ke kapit ....kebanyakan yang naik ada lah penduduk org ulu ,kenyah ,kayan dan bnyak lagi ....sampai jer di jeti belaga iaitu kampung saya didapati bot tersebut sudah penuh ,...bersyukur pada allah kerana selamatkn family sy yg tak naik bot pada masa itu ....dapat panggilan dari mak saya dari sarawak ....

    BalasPadam
  9. utai dah nyadi semina petara jak nemu,kasih meda bangsa iban merinsa pulai bergawai,nti ulih minta perintah kitai sama2 meh berunding ke utai tok,sepatut ya gaga meh jalai agai menua kejauh,nti nda ketegal bangsa iban ke nyukung perintah BN pelaba ku nadai perintah BN di kapit,arap2 nama utai ke dah nyadi tok ulih muka runding sida ke megai menua,kelebih agi perintah kitai..awak ke tuhan merekat ke sida ke udah berbadi puji tuhan.

    BalasPadam
  10. Sebab itulah kita perlu utama keselamatan dulu (safety first". Lebih2 lagi kita bersama keluarga. Jangan ambil mudah nak balik awal. Biar lambat asal selamat. Risiko di tangan anda. Anda boleh mengubah. Apapun, kita doakan lebih ramai lagi yang terselamat dan kepada keluarga yang terkorban, harap bersabar dengan ujian Tuhan. Saranan kepada pihak kerajaan, buat sesuatu demi rakyat dan jangan biarkan rakyat terus hidup dalam berisiko.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak balik awal is not the main reason..masalahnya bot ekspres dari bakun-belaga-kapit-sibu hanya sebuah sahaja utk satu hari..and sbuah lagi sibu-kapit-belaga-bakun..people no choice, tpaksa ambik risiko setiap kali nak balik especially festive season.esok lusa belum tentu bot ekspres tidak penuh..U dun know how it feel..Sudah tiba masa untuk goverment taking more action, not talking and bubbling only..construct ROAD for Kapit area..Our prayer with the victim

      Padam
    2. Jgn time PR je memerlukan kami..time susah susah gini tunjukkanlah dan buktikanlah...Buat je jalanraya untuk kami..Tak perlu tunggu tragedi mcm ni berulang ulang....plis bagi lah bantuan terbaik..Tak kan nak tunggu 2 atau 5 tahun lagi dgn omongan kosong.Tak kan nak tunggu Adun dan Parlimen bubar baru nak tembok batu.

      Padam
    3. Saranan kepada pihak kerajaan...??? Siapa tu..?? Kami dah bercucu cicit tinggal disini...apa pihak tertentu buat yg terbaik untuk kami??? 50 tahun sudah umur saya..nadai pun jalanraya..Time PR bukan main lembut gigi dari lidah..

      Padam
    4. masih tertanya-Tanya apakah bot ekspress sudah diangkat

      Padam
  11. Takziah kpd keluarga mangsa. Kasihan nya nasib org Iban. Susah2 undi kerajaan tapi sampai sekarang pun jalan raya x siap. Empangan Bakun dah siap. Kayu balak melambak...mana pergi nya hasil kekayaan bumi sarawak. Bila berkempen janji nak buat jalan tp...entah lah bila nak siap nya. Sebab tu lah semua anak muda tak sanggup nak tgal kt sarawak lagi. takde kemudahan & keselamatan langsung. Menteri2 semua senang naik helikopter...rakyat naik ape???? fikir lah wahai orang Iban sampai bila org nak hisap darah kita. aku sakit hati betul dengar berita bot karam pg td. org yg kaya-raya ada dia kisah dgn nasib rakyat yg di timpa kemalangan spt ini. buat bajet utk benda lain & tak sepatutnya byk..tp utk buat jln raya kat sarawak hmmm xde ke???/

    BalasPadam
  12. takziah buat keluarga mangsa yg terkorban. apa2 pun. setiap benda berlaku ada hikmah. semoga benda yg blaku mberi kesedaran buat kita semua. orang dulu2 bersusah payah tinggal kawasan perdalaman tak jugak buat bisin merungut sana sini.kaum lain sama jugak bersusah payah. bkn kaum iban sahaja.kt tak tahu mungkin ada kaum lain jugak yg terkorban. fikir2kan lah.

    BalasPadam
  13. Pihak Media Prima@ TV3 harus meminta maaf secara terbuka kepada penduduk hulu rajang, khasnya mangsa tragedi Bot Xpress karam di belaga, kerana kenyataan media nya yang tidak tepat dan menyinggung perasaan.antara lain menyebut " penduduk kawasan Hulu Rajang memilih menggunakan bot Xpress kerana kos tambangnya murah" Perhatian!!!! sekiranya tambang perjalanan Bot Exspress dari Kapit ke Belaga menelan kos sehingga RM300 bagi perjalanan sehala,penduduk tetap memilih menggunakan perkhidmatan Bot Exspress kerana 2 sebab:

    1) Kami Penduduk kawasan Hulu Rajang sememangnya KAYA, dan TIDAK ADA dikalangan komuniti kami yang menjadi PENGEMIS, tidak seperti di SEBERANG laut China selatan tu, jadi DUIT x masalah,

    2)Bot Express lah satu-satunya medium pengangkutan Kami ke Kapit, tidak perlu mengada-adakan cerita ada, "airport" memang ada-SK AIRPORT, " jalan Raya" pun ada tapi jalan kaki lima pasar belaga lah...SEANDAINYA wujud jalan raya dari belaga ke kapit, buat apa kami penduduk hulu rajang yang memang KAYA dan mempunyai banyak kenderaan 4WD nak pakai Bot Xpress, lebih baik pakai jalan raya kan?
    Berdosa,Berat Dosa buat fitnah/cerita palsu. harap En.Editor Faham!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju kepada loredo fernandez. Percepatkan projek jalan darat yg dapat mhubungkan setiap penempatan yg ada dr sibu hingga Belaga. Jalan darat yg ada cuma mhubungkan Belaga ke bandar Bintulu. Sekiranya ingin ke Kapit mgunakan jln darat yg ada akan memakan masa lebih sehari bbanding mgunakan jalan air cuma mgambil masa 2-3 jam. Begitu juga ke bandar sibu hanya mengambil masa 4jam dr Belaga. Jalan darat yg sedia ada pun mengambil masa setengah hari (6 JAM)utk sampai ke bandar Bintulu dr Belaga.

      Padam
    2. tiada rakyat sarawak & sabah, sudah 10 tahun yg lepas BN tutup kedai... ini kali lah peluang anda menunaikan janji setidak tidak nya keperluan asas pun jadilah. Keterangan TV3 memang keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan. Jgn pandang org srwk sebelah mata, kami memang tingal dari segi teknology, tp wang & harta memang sebesar peta borneo, tak lah mcm sane tuu sikit2 makan rasuah, sikit2 kerajaan tolong.

      Padam
  14. Ngarap ka mata ngau runding bala perintah kelebih agi perintah ngau negeri pasal pemansang jalai alun ba Kapit. Asai ke diri mpu ba penusah ngambi nemu nama di asai bala rakyat.

    BalasPadam
  15. mari kita doakan kesemua mereka selamat.....god plz safe them...............
    muniandy

    BalasPadam
  16. ngarap ka bala perintah enggau bala pemesai kitai di sarawak ditu lebih lebih agi bala pemesai ari kapit enggau ulu belaga ulih mutar ke penusah tok enggai ke nyadi baru...miauh udah comment madah ka penusah nyak nyadi laban kelalu maiuh penumpang..kati ko enda lebih muatan ya ga penggangkutan kurang...tambah mega jalai darat pan nadai...enda ibuh manah pan jalai,ngena mata cangkul aj ngaga jalai diatengah urang meh jalai nyak..ngarap ka perintah besai kitai ulih mutar k penusah ke bakanya enggau lengkas...

    BalasPadam
  17. Takziah juak utk keluarga mangsa dari aku. Kadang-kadang aku eran juak kenak negeri kita kaya tapi x juak dapat molah jeraya yang selamat untuk rakyat. Memanglah sigek2 tempat perlu ada hasil semasa untuk menjadikannya kawasan yang maju...tp jgn sampey nyawa dikawasan yg x berapa membangun diketepikan. Aku pun org sarawak..tp diam kuching. Masalahnya biniku org samarahan. Mun nak balit ke kampungnya..mesti makey feri muara tuang. Aku rasa sungei muara tuang ya sik da besar ney. Tp kenak x da jambatan sampey ari tok? Sik hal lah...aku nak nangga apa lagik tindakan sidak utk kes di belaga tok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang x da jambatan di bina di sia.tapi ada jln alternatif kepada feri muara tuang iaitu jambatan d kampung meranek.ktk blh guna jln ya.kalau alasan nya lambat atau perjalanan jauh, ya bukan lasan bagi kmk.kerajaan dah buat jambatan.so kepurtusan atas tangan kita.nak pilih mana satu.biar lambat asal selamat.

      Padam
    2. negeri kita mmg kaya. lewat juak sik paham ka sene duit ya pergi. tangan taik mahmud la. nya ambik tanah, ambik pokok kita, utk polah nya kaya...n nya berak kat muka kita depan depan tapi masih juak kita rakyat sik polah apa apa. kesian aku ngan org kita kat kapit and belaga. our prayers to you and ur family. we must act n demand to the goverment to give us basic necessity and all the things that we SHOULD have received like what the semenanjung ppl have enjoy all this while. we can not blame najib n his crony...the state wealth is control by the state assemblymen. we should be pointing fingers at taib!

      Padam
  18. Dah 50 tahun Merdeka,mengapa kaum bumiputra(majoritinya Kaum Iban) khasnya di pendalaman-pendalaman terutama di kawasan Belaga Kapit Song Batang Igan yang merupakan penyokong kuat BN diabaikan hak sebagai rakyat Malaysia,masih ketinggalan seperti zaman batu yang terpaksa memperjudikan nyawa untuk balik ke Kampung halaman untuk sesuatu perayaan menaiki kenderaan sungai seperti Perahu dan bot-bot tambang yang terpaksa bergelut-gelut dan berpadat-padat menaiki bot demi nak berjumpa dengan Keluarga DiSayang dan DiCintai,Trajedi BoT Ekspress Karam dan kehilangan Nyawa dan suasana kemeriahan menjadi DUKA Nestapa adalah semuanya takdir dari ALLah SWT,tetapi apakah yang telah dibuat oleh Pihak BN/KERAJAAN NEGERI/PUSAT selama 50 thaun yang lepas...Bangunlah Pemimpin BN,hilangnya mereka yang dalam TRajedi Bot Karam,bermakna undi anda semakin berkurangan,saya adalah seorang penyokong kuat BN,tapi bila saya melihat keadaan di pendalaman-pendalaman tertanya saya kepada hati kecil saya,mengapa kaum bumiputra ini ditindas dan para pendidik-pendidik terpaksa mengharungi ranjau dan duri dan onak dan lumpur dan Hutan belantara demi mendidik anak bangsa Malaysia,Di RTM 1/RTM 2 gah mengatakan pembangunan ini dan pembangunan itu tapi indahNYA " KHABAR DARI RUPA",daRI ITU...BANGUNLAH WAHAI PAK MENTERI-MENTERI,YB-YB, TOLONGLAH BANGSA ANDA..PRU 13 TELAH MENCERITAKAN DAN MENTAFSIRKAN SEGALANYA...APA YANG TELAH BERLAKU DI MALAYSIA INI,BUATLAH JALAN PREMIX/TAR YANG MENGHUBUNGI BANDAR KE BANDAR,KEMUDAHAN ELEKTRIK,BEKALAN AIR YANG DIRAWAT..MENAIK DAN MENGGUGUT MENARIK BALIK ELAUN KETUA-KETUA KAUM YANG TIDAK MENGUNDI KERAJAAN ADALAH SEPERTI ALONG YANG MENGGUGUT PEMINJAM YANG TIDAK MEMBAYAR HUTANG..SEDARLAH WAHAI YB-YB TANPA ELAUN-ELAUN ITU RAKYAT LAGI BOLEH HIDUP BOLEH MAKAN..SEDANGKAN ULAT DALAM BATU LAGI DAPAT HIDUP..TOLONGLAH DAN BANTULAH BANGSA MU..HIDUP KAMU BERGANTUNG KEPADA UNDI MEREKA UNTUK MENERUSKAN POKETMU...BANGUNLAH JANGAN TINDAS BANGSAMU...ALLAH...TUHAN KAMU MENGETAHUI APA YANG KAMU LAKUKAN DAN NIAT DIHATIMU..SEDARLAH..GAJI DAH NAIK BUATKANLAH KERJA KAMU UNTUK MEMBANTU DAN MENOLONG BANGSAMU.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Coretan anda adalah benar-sebenar-benarnya,anda adalah seorang yang berjiwa rakyat,saya sangat menyokong kenyataan,pendapat dan luahan anda,syabas dan tahniah.

      Padam
    2. jalan darat pun boleh berlaku kemalangan. ajal maut semua di tangan tuhan. jgn kita menabur kata yg kurang adapnya.... semoga mereka yg terkorban mendapat pembelaan yg sewajarnya. 76 adalah 76. ini bukan kelas matematik....

      Padam
    3. klau jraya takan spai 200 orang skligus kmlgan oiii...lu siap anak
      taik mamut ke???

      Padam
  19. tak lama lagi ada express 1 malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju..setuju..setujuuuuu sangat...masa operasi 10 pagi hingga 10 malam...

      Padam
  20. KERAJAAN HARUS MENGAMBIL INISIATIF SEGERA UNTUK MENGATA SI PERKARA SEBEGINI DARIPADA BERLAKU LAGI.INI BUKAN KEJADIAN YANG PERTAMA MENGORBANKAN BANYAK NYAWA.KEJADIAN PERTAMAPERTAMA LEBIH KURANG 30 TAHUN LALU, KEMUDIAN KEJADIAN HARI INI. LEBIH KURANG SEBULAN LEPAS,HAMPIR BERLAKU KEJADIAN YANG SERUPA DI JERAM PELAGUS,YANG MELIBAT PENGUSAHA EKSPRESS YANG SAMA.PIHAK BERKUASA TERUTAMANYA LSS PERLU LEBIH TEGAS DALAM MENANGANI PERKARA INI.SEPATUTNYA SETIAP HARI KITA ADA 2 BUAH EKSPRESS YANG TURUN DARI BELAGA DAN DUA BUAH YANG NAIK DARI SIBU KE BELAGA(TETAPI HANYA SEBUAH YANG BEROPERASI SETIAP HARI- BELAGA-KAPIT-SIBU).BEGITU JUGA DARI PUNAN BAH-KAPIT SEPATUTNYA ADA 2 BUAH SEKLI GUS BEROPERASI.TETAPI HANYA SEBUAH SETIAP HARI...OLEH ITU PENDUDUK DARI KAWASAN BERKENAAN TIADA PILIHAN..TERPAKSA NAIK 1 EKSPRESS SAHAJA..DI MANA PENGUATKUASAAN?? CEPATKAN PEMBINAAN JALAN RAYA..YB DAN MENTERI PERLU BEKERJA UNTUK RAKYAT..MENGUBAH SUAI SUNGAI YANG SEDIA ADA BUKAN CARA UNTUK MENGATASI...MALAH LEBIH TERUK DAN LEBIH BERBAHAYA DARI BIASA..BANGUNLAH YB DAN MENTERI SARAWAK...

    BalasPadam
  21. Sedih sekali mendengar berita ini semalam. Nasib baik keluargaku tidak ikut bersama walaupun telah berada di dalam xpress tersebut sejak jam 5.30 am di Bakun. Memandangkan ia sarat maka kami terpaksa menangguhkan perjalanan pulang ke kampung. Memanglah, kerani xpress menghalau penumpang keluar tetapi masih ramai yang degil kerana tidak sabar hendak menunggu gilirin balik. Setiap hari sejak cuti ini xpress sentiasa penuh. Kami orang Belaga sering mengharungi keadaan sebegini setiap musim perayaan, namun kami tiada pilihan lain memandangkan tiada jalan darat ke kampung halaman kami. Untuk pengetahuan, memang jeram ini bahaya dan ada-ada saja mangsa setiap tahun. Yang menjadi persoalannya, terdapat 2 orang mangsa sebelum ini masih belum dijumpai. Ke manakah mereka?.... Berkenaan dengan buaye tu, ada juga kelihatan tetapi ia tidak menngganggu jika kita tidak mengganggunya. Takziah bagi keluarga mangsa dan doakan mereka berada di sisi Tuhan Allah kita. Amen.

    BalasPadam
  22. Masih teringat ketika perjalanan saya dari Hulu Balleh dulu aka Jeti Raya Balleh, terpaksa bersesak menaiki ekspress kerana tiada pilihan, naik ekspress yang sesak ataupun tunggu esok pagi untuk balik ke Kapit. mereka memang terpaksa dan sanggup buat apa sahaja terutama Musim Gawai nie yang semakin hampir. Jadi apa salahnya kalau sediakan Ekspress tambahan ataupun lain-lain Kapal Pengangkut disediakan untuk memberi keselesaan dan keselamatan buat semua (untuk waktu tertentu sahaja).
    Harap perkara ini dijadikan iktibar dn teladan buat semua. Salam simpati dan takziah daripada saya.

    BalasPadam
  23. bila jd begini,semua salahkan mangsa.abaikan keselamatan la,mau cepat pulang apa segala.ni perayaan,sendiri mesti mau faham.sudah la kampung halaman jauh.jarang jarang dapat jumpa dengan keluarga.cuba diri sendiri yg rasa apa yg penduduk hulu rasa dan alami sekarang ni?bila jd tragedi begini,sibuk la kumpul derma.tp apa guna derma tu kalau xdapat kembalikan nyawa mereka yg sudah tiada?yg dpt nama tukang kumpul derma la,kononya perihatin sangat.tidak dinafikan rakyat malaysia prihatin,tapi prihatin saja tidak cukup jika apa yg tidak boleh dibeli dengan DUIT sudah hilang.gaji para menteri sudah naik 3x ganda,buat la jalan cepat dan jangan tangguh la projek tu.kesian saudara kita yg tinggal jauh.jangan ingat kesenangan dan keselesaan sendiri saja.apa pun salam takziah dan selamat hari gawai pada semua.

    BalasPadam
  24. Sungguh sedih dengan berita yang menimpa nasib mereka yang terkorban dalam peristiwa Boat karam baru-baru ini. Apa-apa pun perkara sudah berlalu dan PRU 13 pun telah 3 minggu meninggal kita. Apa yang dikesali ialah sepatutnya pihak berwajib telah melihat isu ini semasa mendampingi Rakyat tempatan di sana pada persiapan PRU 13 yang memuncak 3 minggu lepas namun trajidi malang ini berlaku di hadapan mata kita Rakyat Malaysia pada hari ini. Renung-renungkannnn... tak nak komen panjang ... menyakit hati je~

    BalasPadam
  25. Sungguh sedih dengan berita yang menimpa nasib mereka yang terkorban dalam peristiwa Boat karam baru-baru ini. Apa-apa pun perkara sudah berlalu dan PRU 13 pun telah 3 minggu meninggal kita. Apa yang dikesali ialah sepatutnya pihak berwajib telah melihat isu ini semasa mendampingi Rakyat tempatan di sanan pada persiapan PRU 13 yang memuncak 3 minggu lepas namun trajidi malang ini berlaku di hadapan mata kita Rakyat Malaysia pada hari ini. Renung-renungkannnn... tak nak komen panjang ... menyakit hati je~

    BalasPadam
  26. 7:15PM : 2 Mayat dijumpai termasuk seorang wanita mengandung sebentar tadi .


    Gerakkan carian besar-besaran dan operasi menyelamat yang melibatkan Jabatan dan sukarelawan dari Belaga, Kapit dan Bintulu dan Sibu polis, Bomba dan Penyelamat telah dilancarkan.

    "Yang terselamat berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari kawasan hulu Sungai Balui, tidak jauh dari Empangan Bakun, di Kapit. Mereka adalah kira-kira sejam dari bandar Belaga apabila bot mereka karam."Ia tidak jelas berapa ramai orang yang berada di atas kapal.

    Menurut mangsa, terdapat sekurang-kurangnya seratus penumpang di atas kapal dengan ramai daripada mereka duduk di atas bumbung bot.

    Anggota Parlimen Hulu Rajang Wilson Ugak Kumbong dan anggota Dewan Undangan Negeri Belaga Liwan Lagang dalam perjalanan ke tempat kejadian.


    6:10pm

    Pihak polis mengesahkan bahawa 181 penumpang telah terselamat dalam insiden sebuah bot ekspres karam dalam perjalanan dari Belaga menuju ke Kapit pagi tadi.

    Pada pukul 5 petang, ketua polis daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata 23 lagi masih hilang.

    "Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan,"

    Semua mangsa yang diselamatkan ditempatkan di dua rumah panjang berhampiran, Uma Panjang Tanjung dan Uma Panjang Dari.

    Beliau berkata siasatan awal menunjukkan punca kemalangan tersebut adalah akibat terlebih muatan dan terlanggar batu di bahagian belakang.

    Laporan lain menyebut usaha mencari dan menyelamat diteruskan dengan bantuan penduduk dari dua buah rumah panjang berhampiran.

    Pasukan polis bersama-sama anggota paramedik juga dilaporkan mula bergerak ke tempat kejadian dan dijangka akan tiba kira-kira jam tujuh petang nanti.




    4:00pm





    Antara mangsa yang selamat berenang ke tebingan sungai. Kini usaha mencari mangsa yang hilang masih giat diusahakan. Laporan tak rasmi seramai 181 orang terselamat, 21 orang meninggal dan salah seorang daripadanya adalah seorang perempuan yang mengandung.

    BalasPadam
  27. Kalau tak tahu cerita sebenar, jangan buat cerita. Inilah media, pandai pandai buat cerita. Mana kamu orang dapat cerita 2 mayat dijumpai? Satu mayat mangsa jer orang jumpa. Ini memang dengar-dengar cerita orang dan reka reka sendiri n publish. Susah nak percaya..

    BalasPadam
  28. jangan salahkan pengusaha bot xpress dn pnumpng.sprti kta ketahui hnya ini sahaja pengakutan yg ada. klau tk dibwa susah juga smua nk blk. persoalannya mengapa jalan kapit sibu shngga kini tidak dibuat? jln k tmpat lain dgn berpuluh-puluh jmbtn dpt dibuat.mngkn mreka d kapit dn belaga hnya diperlukn bila msa pihraya saja. sedngkn balak dn empngn bakun hsil dr kpit. wlau apapun tkziah buat semua yg trlbat. ini hnya lh luahan kmi yg tiada kuasa utk mgubah. hnya pnduduk kpit yg prlu mngbh nsib mrka.

    BalasPadam

Untuk Melihat Masa Depan Negara, Lihatlah Anak Mudanya Pada Masa Kini. Berilah Komen Yang Membina.

Komen Anda Adalah Tanggungjawab Anda Sendiri!!

Sahabat

Jom Baca Juga Artikel Sebelum Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR DULU, KINI DAN SELAMANYA