Nuffnang

Apa Kata Mufti : Mereka Mati Syahid Atau Mati Jahiliah

Peristiwa pencerobohan di Sabah oleh kumpulan pengganas dari Selatan Filipina membabitkan beberapa isu yang menyentuh hukum syarak. Ada dua perkara pokok yang menjadi kewajipan Muslim ketika berhadapan dengan setiap perkara yang menyentuh hukum Islam : Beriktikad dan mengamalkannya. 




1. Misalnya solat, pertama, wajib iktikad ianya fardhu dan kedua, wajib menunaikannya. Dalam hukum-hukum yang diijma’kan, tidak beriktikad membawa kepada kufur, dan tidak mengamalkannya menjadi fasik. Berikut ini huraian isu-isu yang menyentuh hukum syarak berkaitan dengan peristiwa pencerobohan ini.


2. Memerangi puak penderhaka adalah wajib seperti yang diperintahkan dalam surah Al-Hujuraat ayat 9 yang bermaksud, “maka perangilah puak penderhaka itu hingga mereka kembali mematuhi perintah Allah”. Memerangi golongan ini termasuk dalam jihad fi sabilillah. Menurut kitab Subulussalam, “memerangi kumpulan ini lebih afdal daripada memerangi orang-orang kafir”, kerana kemudaratan yang ditimbulkan oleh angkara mereka terhadap masyarakat. Keamanan dan keselamatan masyarakat adalah jaminan Allah. Oleh itu mereka yang merosakkannya dianggap sebagai “memerangi Allah dan Rasul Nya” seperti yang ditegaskan dalam ayat 33 surah Al-Maaidah.

3. Oleh kerana peperangan menentang penderhaka adalah jihad maka pasukan keselamatan yang terlibat dalam operasi menentang penceroboh adalah merupakan Mujahidin di jalan Allah. Ganjaran yang menanti mereka adalah sangat besar di sisi Allah Ta’ala, seperti yang diterang dalam hadis-hadis berikut yang bermaksud, “Umpama pahala yang akan diterima oleh seorang mujahid itu ialah seperti pahala seorang yang berpuasa, sembahyang tahajud, membaca ayat-ayat Allah dan terus mengerjakan atau sembahyang dan puasa tanpa jemu dan penat sehinggalah mujahid itu kembali dari medan perjuangan “ (riwayat Bukhari/Muslim); “Sesiapa yang berjihad di jalan Allah, maka Allah haramkan api neraka daripada membakarnya” (riwayat Bukhari) : 


“Waktu pagi ataupun petang bagi seseorang yang berjihad di jalan Allah itu adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya “(riwayat Bukhari/Muslim) : “Dua mata yang tidak akan disentuh sama sekali oleh api neraka, iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah, dan mata yang berkawal dalam perjuangan di jalan Allah “ (riwayat Abu Yasala); “sehari berkawal dalam perjuangan di jalan Allah lebih afdal daripada beribu hari di tempat-tempat lain”.


4. Apabila para pejuang ini gugur dalam pertempuran dengan puak penderhaka mereka dikurniakan martabat syahadah, yakni mati syahid, hadis sahih riwayat Ahmad Tabarani dan Ibnu Majah menyatakan bahawa antara kelebihan orang yang mati syahid ialah diampunkan dosa mereka dari titisan pertama darah yang tumpah, diperlihatkan tempatnya di syurga, dihiasi dengan perhiasan iman, dilepaskan daripada azab kubur, dan diberi keamanan pada hari kiamat. 

Menurut hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi orang mati syahid mendapat kemuliaan untuk memberi syafa’at kepada tujuh puluh orang daripada kaum keluarganya.


5. Golongan penderhaka dalam Islam dikenali dengan istilah bughah dan khawarij. Rasulullah SAW dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad menyifatkan golongan ini sebagai “Syirar ummati” (sejahat-jahat umat ini). Dalam Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Puak penderhaka adalah anjing-anjing neraka”. Abu Umamah r.a. ketika melihat kepala-kepala puak penderhaka yang dibunuh dan diletakkan di perkarangan masjid Damsyik, beliau mengatakan : “Mereka itu adalah anjing-anjing neraka jahanam. Sejahat-jahat orang yang dibunuh di muka bumi, dan orang-orang yang mereka bunuh adalah sebaik-baik orang yang dibunuh di bawah rungkup langit “.

Tindakan penderhakaan dengan mengangkat senjata adalah perbuatan yang sangat terkutuk dalam Islam dan boleh membawa seseorang itu terkeluar dari agama. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad, Rasulullah SAW bersabda, “sesiapa yang mengangkat senjata terhadap kami, ia bukan daripada 
agama kami”. Dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa “ mereka boleh keluar dari agama Islam laksana anak panah menembusi sasarannya “, yakni dengan cepat dan tanpa disedari.

Mengenai tindakan kejam mereka terhadap petugas Kerajaan, ia bukan perkara baru. Ibnu Abi Syaibah menceritakan bahawa segerombolan penderhaka di zaman Saidina Ali r.a menangkap Abdullah bin Khabab, seorang pengikut baginda serta isterinya yang hamil. Abdullah disembelih di tebing sebatang sungai. Isterinya 
pula, bukan sahaja dibunuh, tetapi juga dibelah perutnya. Setelah peristiwa ini, Saidina Ali r.a mengambil keputusan untuk memerangi mereka habis-habisan, walaupun sebelum itu, baginda berlembut dan memberi tempoh agar mereka kembali ke jalan yang benar.

Memandangkan perbuatan mereka yang sangat keji, puak penderhaka ini bukan sahaja dikecam di atas lidah Pembawa Syariat sewaktu hidup, tetapi juga ketika mereka mati. Kematian mereka disifatkan seperti “mati jahiliah” Dalam sebuah Hadis riwayat Bukhari, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “maka sesungguhnya sesiapa yang mengambil langkah penderhakaan terhadap pemerintah walaupun sekadar sejengkal, mati ia seperti mati jahiliah “.




Berasaskan nas-nas syarak dan melalui penelitian terhadap tindak tanduk mereka, Imam Muhammad bin Al-Husin Al-Aajuri menyatakan dalam bukunya “kitab Al-Syariah”, “Puak penderhaka adalah golongan yang meluas kejahatannya, najis lagi keji .....” Tindakan kerajaan memerangi mereka adalah mengikut hukum syarak seperti yang diperintahkan dalam surah Al-Hujuraat ayat 9, dan juga dalam sebuah hadis riwayat Muslim yang bermaksud, “ Sesiapa yang datang kepada kamu sekalian pada hal kamu berada di bawah pemerintahan seseorang daripada kalangan kamu. Ia ingin melakukan penderhakaan, maka hendaklah ia dibunuh, tanpa mengira siapakah orangnya “.


Baca Lagi DI SINI

DATUK HJ WAN ZAHIDI BIN WAN TEH
MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

read more...

AMANITA Diwujudkan Untuk Bantu PDRM






Muar, 16 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mewujudkan satu unit khas dikenali sebagai Amanita dalam usaha mendapatkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah yang tidak dilapor di kalangan masyarakat.


Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Datuk Ayub Yaakob berkata unit itu mengiktiraf golongan suri rumah kadangkala mempunyai maklumat penting yang diperkatakan menerusi 'mesyuarat tingkap' mereka.


"Pendekatan kita kini adalah untuk memperoleh maklumat berkaitan jenayah yang tidak dilaporkan, sebagai suri rumah, mereka mengetahui banyak isu dan maklumat dikongsi sesama mereka melalui 'mesyuarat tingkap'. 


"Kadangkala ada maklumat jenayah yang mereka tahu daripada mulut ke mulut tetapi tidak dilaporkan atas sebab-sebab tertentu," katanya pada sidang akhbar selepas Program Bersama Banteras Jenayah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddn Yassin merangkap Pengerusi MCPF hari ini.


Turut hadir Naib Pengerusi MCPF Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.


Ayub berkata Amanita akan dilancar tidak lama lagi dan untuk tujuan itu, seramai 152 pegawai wanita dikenal pasti untuk penglibatan dalam unit berkenaan.


Secara tidak langsung, beliau berkata langkah terbaharu yang dilakukan itu menunjukkan PDRM mengiktiraf peranan wanita dalam pelbagai sektor di negara ini, termasuk suri rumah yang membentuk modal insan di peringkat awal.


"Selama ini kita lihat wanita memainkan peranan penting dalam rumah tangga termasuk menjadi penasihat kepada suami sebelum mereka membuat keputusan.


"Kita yakin mereka juga dapat memainkan peranan dalam menjaga ketenteraman dan keamanan negara," katanya. - BERNAMA
read more...

Ingatlah!!! Ada Musuh Luar Cuba Gugat Keamanan Kita!!


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini mengingatkan rakyat bahawa keamanan dan keadaan selamat yang dikecapi negara kini bukan jaminan ia akan berterusan, kerana musuh dari luar akan cuba merosakkan negara. 


Katanya pihak terbabit cemburu dan tidak senang dengan kemakmuran yang sedang dikecapi kini, lebih-lebih lagi Malaysia dikategorikan negara paling selamat oleh Indek Keamanan Global (GPI). 






"Malaysia antara negara yang paling selamat dan ini diiktiraf oleh GPI yang membuat penilaian tentang soal itu, malah kita berada di antara 20 negara paling selamat mengatasi Singapura. 


"Hal di Lahad Datu memaksa kita hantar polis dan lima batalion tentera untuk menjaga keamanan di sana," katanya ketika berucap di majlis 'Bersatu Benteras Jenayah' Peringkat Daerah Muar di Dewan Bola Keranjang Bakri di sini hari ini. 


Turut hadir isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Datuk Ayub Yaacob dan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.


Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Lahad Datu ialah untuk memastikan kestabilan keamanan di negara ini sentiasa dipelihara dan tidak menjejaskan kemasukan pelabur. 


"Kita tak nak orang kata Malaysia tidak aman sehingga menjejaskan pelabur yang datang di negara ini. Kita nak pastikan negara aman dan tiada masalah," katanya. Majlis anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCPF itu dihadiri lebih 1,000 penduduk dari kawasan Bakri. 


Beliau turut menyeru supaya rakyat di Lahad Datu memberi sokongan kepada pasukan keselamatan dengan membantu menyalurkan maklumat. "Ketua kampung mesti kerjasama bagi maklumat, jangan kerjasama dengan musuh dengan beri mereka guna masjid atau rumah kita," katanya. - BERNAMA
read more...

Jangan Dipolitikkan Hal-Hal Yang Berkaitan Keselamatan Dan Aset Pertahanan Negara!!!

Hal-hal berkaitan keselamatan dan aset pertahanan negara tidak boleh dipolitikkan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara. kesan daripada elemen-elemen yang dipolitikkan itu secara tidak langsung telah mendedahkan rahsia keselamatan dan kesiapsiagaan negara kepada musuh yang tidak dikenali.





Dulu kita tahu siapa musuh kita, dulu ada musuh tradisional tapi sekarang tidak ada lagi, hanya bukan ancaman tradisional. Oleh itu, dalam hal-hal bersangkut paut dengan keselamatan dan aset pertahanan tiada kompromi untuk dipolitikkan, yang lain boleh dipolitikkan tapi tidak keselamatan negara dan aset pertahanan kita.

Anggota tentera termasuk tentera laut, tentera darat mahupun tentera udara tentu berasa terkilan atau kecil hati sekiranya isu ini dipolitikkan kerana mereka telah mempersiapkan diri untuk menerima teknologi terkini dalam pertahanan negara.

Kerajaan sememangnya mengikut peraturan dan arahan perbendaharaan dalam proses perolehan ketenteraan dan aset pertahanan negara. tidak ada satu pun perolehan yang tidak mengikut arahan perbendaharaan, cumanya dalam sesuatu perolehan aset yang melibatkan perkara-perkara rahsia, akan ada satu pasukan yang akan menilai tiap-tiap satu aset mengikut teknologi yang dinyatakan.

Keperluan teknologi itu perlu dipenuhi mengikut keperluan dan kehendak pengguna berkenaan sesuai dengan kewangan negara. Jadi tidak timbul perkara-perkara yang dibuat tidak mengikut arahan perbendaharaan atau perkara yang diluar peraturan yang telah ditetapkan,

Usaha kementerian dalam meningkatkan sistem pertahanan negara adalah berpandukan kepada pelan pembangunan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau Pelan 4th Dimension Malaysian Armed Forces (4D MAF) yang merupakan landasan untuk tempoh jangka panjang, 2009-2020 dan seterusnya. Strategi pembangunan ini sejajar dengan konsep pertahanan yang termaktub dalam dasar Pertahanan Negara (DPN) serta Strategi Ketenteraan Negara (SKN).

Justeru, proses penambahan kekuatan armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui rancangan jangka pendek dan jangka panjang sejajar dengan perkembangan teknologi semasa melalui perolehan aset pertahanan yang berteknologi terkini bergantung kepada kemampuan kewangan negara.

Sebagai langkah menambah kekuatan jangka pendek, program modenisasi dan pemanjangan jangka hayat atau Ship Life Extension Programme (SLEP) beberapa buah kapal, TLDM sedang dilaksanakan untuk memastikan peralatan kapal-kapal tersebut digantikan dengan yang terkini bagi menangani isu keusangan untuk menjadikan aset-aset ini lebih efektif untuk dioperasikan.

Bagi proses memperkuatkan armada laut untuk jangka panjang pula ialah melalui perolehan enam buah Offshore Patrol Vessels (OPV) yang dilakukan dalam Rancangan Malaysia ke-8 (RMK-8) dan RMK-9, dua buah kapal latihan dalam RMK-10 dan diikuti dengan rancangan perolehan enam buah kapal perang Littoral Combatant Ship (LCS) yang telah diluluskan dalam RMK-10 dan sebahagian dalam RMK-11.

Kekuatan TLDM bukan sahaja terletak kepada aset yang berteknologi tinggi tetapi ia hendaklah berbekalkan modal insan yang berkualiti untuk menghasilkan satu angkatan yang kredibel agar mampu melaksanakan peranan dan fungsi dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara serta kepentingannya.

read more...

Sidang Media Ops Daulat 16 Mac 2013 (10.15 am)




Berhubung operasi pembersihan, Pesuruhjaya Polis Sabah berkata bermula semalam pasukan keselamatan bertumpu di Kampung Tanjung Batu setelah operasi penggeledahan dan pembersihan di kawasan Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo selesai. Beliau berkata bagaimanapun anggota keselamatan tetap akan diletakkan di ketiga-tiga kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga.


"Jika kawasan Tanjung Batu dapat kita bersihkan hari ini, insya-Allah kita akan boleh katakan Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk dan Kampung Tanjung Batu adalah bersih," katanya.


Beliau turut menjelaskan hanya 15 pengganas ditembak mati pihak keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac lepas, bukan 27 seperti yang dilapor akhbar hari ini.

"Pada 1 Mac, seramai 12 musuh mati ditembak dan setelah selesai proses pembersihan kita menemui tiga lagi mayat semalam dan ia membawa kepada 15 musuh yang disahkan terbunuh pada hari pertama itu," katanya.

PDRM
read more...

Hajat Tak Kesampaian, Baru Sampai Penang Tian Chua Dah Kena Serang!!!





Kecoh!!!

Kira-kira 100 anggota badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di luar Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang di Jalan Masjid Kapitan Keling seawal pukul 8 malam untuk membantah kenyataannya sebelum ini bahawa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah adalah sebagai sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat.


Keadaan mula menjadi kecoh semasa Anggota Parlimen Batu itu beredar dari majlis tersebut selepas memberi ceramah kira-kira 30 minit, apabila keretanya dihalang dan ditumbuk oleh anggota-anggota NGO terbabit.

Ternyata kehadiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pada majlis makan malam parti itu di sini malam tadi telah mencetuskan kekecohan.

Bagaimanapun pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan yang berada di situ berjaya mengawal keadaan sementara seorang lelaki turut ditahan berhubung kejadian itu.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng yang turut berada di tempat kejadian mengesahkan penahanan Pengerusi Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.


Antara NGO yang membuat bantahan ialah Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan), Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Persatuan Muka Buku dan Persatuan Kebajikan Insan Mulia.


Timbalan Setiausaha Agung Al-Ehsan, Arshad Kassim berkata tujuan perhimpunan itu ialah untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kebiadapan Tian Chua.


"Kami tak puas hati kerana kebiadapan Tian Chua yang sanggup kata pencerobohan di Lahad Datu itu adalah satu sandiwara hasil permainan politik," katanya yang juga bekas anggota tentera.


Beliau berkata kenyataan itu jelas menunjukkan Tian Chua tidak menghargai pengorbanan pasukan keselamatan dan dia tidak layak menjadi seorang pemimpin politik.- BERNAMA





TERKINI:


Operasi Daulat: Seorang pengganas ditahan pada pukul 6.30 pagi ini di kawasan Felda Sahabat - Pesuruhjaya Polis Sabah
read more...

LEPAS SURAT, TENGOK VIDEO NI... PASTI MENITIS AIR MATA!!!! PAHLAWANKU









Tiada lagi kata-kata

Hanya doa dan air mata

Mengiringimu PAHLAWANKU

Terimalah.........






read more...

SAYU DAN PILU - SURAT TERBUKA ISTERI ANGGOTA KESELAMATAN

Aduh.... Sayu dan tersentuh BB membaca surat terbuka dari seorang wanita yang menjadi isteri kepada anggota polis. Benar apa yang diluahkan oleh wanita ini. Betapa perit mata memandang, perit lagi dirinya yang menanggung.


Sebenarnya, surat ini telah diemailkan isteri seorang anggota keselamatan ini kepada blogger HAZREY. Tetapi BB terpanggil untuk berkongsi bersama pembaca BB luahan wanita yang menyentap perasaan bagi kita yang normal.




Assalamialaikum wbt.


lapan orang perajurit negara telah terkorban demi menjaga keamanan negara. aku? bukanlah sebahagian dari ahli keluarga,

bukanlah sebahagian dari anggota yang bertugas bersama mereka,

bukan juga seorang yang pemimpin, artis atau orang politik. aku cuma seorang manusia dan juga isteri kepada anggota polis.

ya, bukan anggota polis yang berpangkat tinggi....cuma anggota bawahan. seorang isteri anggota keselamatan. yang sering ditinggalkan suami,sebulan,dua bulan dan pernah hampir tiga bulan tak bertemu empat mata.


begitu ramai yang bercerita tentang kejadian di sulu,selepas itu mengajar polis dan tentera cara-cara untuk menjaga keamanan negara. mungkin teori tersebut di ambil dari filem filem perang,jenayah sahaja. ya,selepas melihat filem tersebut anda memang fasih tentang nama senjata,tentang teknik itu teknik ini. 

baju kalis peluru,bom itu bom ini. wah, sungguh layak kalian mengajar anggota tentera dan polis bukan? tapi sayang,kalian hanya hebat setakat di dalam facebook,blog atau kedai kopi. tapi, kenapa kalian tidak melawan pengkhianat bangsa? kenapa kalian tidak menghimpun semua orang sama seperti penghimpunan bersih,demokrasi atau mana-mana majlis politik untuk membantu anggota polis kita? ataupun kalian hanya mampu bercerita di mulut sahaja?


sekadar bercakap,siapa pun mampu,buka mulut luas luas hembus sahaja perkataan yang hendak dikeluarkan. cuba kami jemput anda berada di barisan hadapan untuk menjaga keamanan, berada di tempat kami sebagai isteri anggota yang berjauhan dengan suami yang belum pasti pulang antara hidup dan mati bila keluar bekerja. 
berada di dalam diri anak kecil yang menanti ayahnya pulang di pintu rumah,sambil berlari-lari memeluk...tapi akhirnya...yang dipeluk cumalah sekujur badan yang membisu tanpa kata-kata.


Ini kisah anggota PDRM dan ATM........ 


yang gaji sudahlah tak seberapa, kerja tanpa mengira waktu, 
cuti bukanlah hak mereka, anak isteri cuma suku dari kehidupan,
tapi hidupnya di sumpah seranah setiap hari...tak ada seorang yang sudi berbaik sangka kepada mereka. buat roadblock dikatakan mencari duit kopi. tahan kereta ditepi jalan yang mencurigakan dikatakan tahan nak minta habuan. bila ada demokrasi,mereka mengawal keselamatan dikatakan sengaja hendak menimbulkan huru hara...kalau kes dalam penyiasatan dikatakan tidur tidak buat kerja.


bukankah itu sebahagian dari menjaga keselamatan diri anda? 
diri anak isteri anda? paling menyedihkan....yang celakanya.... kisah ini sebahagian dari modal politik!! apa mungkin kau ingat nyawa manusia ini sama seperti kisah-kisah celaka kau kah? siapa suka,berdiri di tengah hujan dan terik matahari semata-mata untuk memastikan keselamatan negara, tinggal anak isteri dirumah tanpa pemerhatian berbulan-bulan lamanya, sakit anak isteri sendiri tidak mampu diuruskan berbanding sakit anak isteri orang awam.


kau suka? kalau suka mohon kerja polis. 
cubalah rasa bagaimana peritnya. bagilah pula anak isteri,ibumu berada ditempat kami yang mana setiap kali suami,anak,adik lelaki berkerja kami akan sentiasa tidak tenang dan tenteram. jika nampak kereta peronda polis masuk ke halaman rumah,perasaan berdebar bagai mahu gugur jantung bimbang jika dibawa berita cumalah tentang kematian atau kecederaan ahli keluarga.


aku punya anak, sejujurnya...aku sentiasa mengatakan kepada anakku. bila besar nanti jangan jadi polis dan tentera...bonda tidak mahu rasa perit ditinggalkan lagi nanti diwarisi oleh saudara mara kita. 

kalau mati nanti berapa kerat sahajalah yang peduli, sudahla tiada masa untuk anak,isteri dan keluarga gaji pula sangatlah tidak setimpal dengan kerja tapi, jika sudah darah perwira yang mengalir di dalam tubuh tiada apa yang mampu melawan setiap takdirnya dan, aku terfikir sejenak. mungkin suatu hari nanti, anak anggota tentera dan polis hanya mengenali ayahnya cuma melalui gambar dan suara sahaja.


wahai kalian keturunan perajurit kita,kuatlah!! tidak apalah kalau dunia tidak henti mengata dan menghina kita, kita lebih mengetahui dan kenal siapa suami kita, siapa anak kita, siapa adik-adik lelaki kita... 


semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi kita.


read more...

B-O-G-E-L!!! Eii... Macam Ku Kenal Wajah Ini, Tapi Di Mana Ya???


Eiiiii....
Post kali ini BB tak nak ulas banyak-banyak. Biarlah pembaca sendiri yang menilainya... 




Ketibaan Sang Hero..... RAJA GOYANG





Hi!!! Sayang kat ABANG







Pelukan MESRA dua KEKASIH INTIM






errmmmmm..... RAJA GOYANG sedang GONCANG






KUCUPAN INTIM asmaradana dua KEKASIH














read more...

APAAAA!!! Azzimudie Kiram Terlepas????

Ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram dipercayai telah melarikan diri dari Lahad Datu, Sabah dan kembali ke tempat asalnya di Selatan Filipina.





Kenyataan berkenaan dibuat oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin.


Katanya pasukan keselamatan membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisa maklumat yang diterima daripada sumber risikan.


Zulkifeli berkata maklumbalas daripada pasukan komander keselamatan di lapangan, ia menunjukkan bahawa Azzumudie tidak lagi bersama-sama dengan pengikutnya yang terkepung di Lahad Datu.


Terdahulu pihak berkuasa Malaysia melancarkan operasi lebih seminggu lalu bagi menghapuskan ancaman pengganas Sulu yang menceroboh dan membunuh anggota keselamatan negara ini di kawasan berkenaan.


Nasib sebenar Azzimudie menjadi tanda tanya selepas beberapa pegawai kanannya dikatakan terbunuh sebaik operasi bermula.

read more...

TINDAKAN SERTA-MERTA KE ATAS CIKGU HINA PEJUANG - KSN





Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana penjawat awam yang menghina pasukan keselamatan kerana kejadian pencerobohan itu benar dan ada anggota pasukan keselamatan yang terkorban mempertahankan negara.

Beliau berkata tidak semua penjawat awam memberikan komen yang tidak bertanggungjawab, sebaliknya hanya segelintir yang membuat komen negatif terhadap insiden pencerobohan militan itu.

"Jika kami mendapat bukti mana-mana penjawat awam terlibat, tindakan akan diambil serta-merta," katanya kepada pemberita dalam lawatannya ke markas operasi pasukan keselamatan di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Ali berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan segelintir penjawat awam yang menghina pasukan keselamatan yang sedang berjuang menentang pengganas Sulu di Lahad Datu melalui media sosial Facebook, Twitter dan blog.

Beliau berkata tindakan tatatertib akan diambil terhadap seorang guru dari Kelantan yang didakwa menghina pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di laman Facebooknya baru-baru ini. 




Semalam Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata kementerian itu akan mengambil tindakan tegas terhadap guru itu yang menghina dan mengguris hati banyak pihak serta menjejaskan reputasi dan imej warga pendidik di negara ini.

Insiden pencerobohan militan di Lahad Datu sejak 12 Feb lalu telah mengorbankan lapan anggota polis dan dua anggota tentera.

Ali turut menasihatkan penjawat awam supaya lebih bertanggungjawab dalam memberikan maklumat dan komen yang dikeluarkan di laman sosial mereka.

"Ini masanya bukan saja penjawat awam tetapi semua rakyat patut ada semangat patriotik yang kuat. Kita sekarang diserang pengganas, inilah masanya kita bersama-sama menentang mereka," katanya.

BERNAMA
read more...

BANGSAT!!!! Kiram Minta Bantuan Tentera Indonesia Perangi Sabah

CILAK** PUNYA TIRAM!!!!!

Nampaknya, Kiram III nekad untuk mendapatkan Sabah!! Setelah tidak dilayan oleh Kerajaan Filipina, beliau cuba meraih sokongan pula dari negara jiran Malaysia, iaitu Indonesia.

Mengikut laporan terbaru dari media Indonesia iaitu Merdeka.com, Ketua penceroboh di Sabah iaitu Kiram III mengaku telah memohon pertolongan dari Presiden Indonesia di dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.





Kiram menggunakan alasan bahawa Indonesia juga mempunyai hak ke atas Sabah dan Sarawak seperti yang ditulis dalam Perjanjian Mafilindo.

Menurut laporan portal berkenaan lagi, Kiram III juga menawarkan kedaulatan Sulu kepada Indonesia jika pihak republik berkenaan mampu membantu Kesultanan Sulu merampas Sabah dari Malaysia.

Selain itu, Kiram III melabelkan pemerintah Malaysia sebagai munafik dan tak harus diberi kerjasama berdasarkan alasan Malaysia tak pernah menunaikan janji-janji yang pernah ditawarkan kepada Kesultanan Sulu sebelum ini.

"Walaupun Malaysia negara yang mengamalkan Islam.., tapi Islam mereka hanya sekadar kata-kata sedangkan perbuatan mereka tidak Islam.. Malaysia munafik, sedangkan Indonesia lebih berkomitmen terhadap nilai-nilai Islam.." kata Kiram III dalam temuramah berkenaan.

Sebelum ini, Kiram III juga pernah memohon agar Presiden Filipina campurtangan didalam konflik berdarah di Sabah tetapi permintaannya ditolak. ~ MPP News

BB : Siapa Kiram Untuk Melabelkan Malaysia Bukan Negara Islam Sedangkan Seluruh Negara Islam di bawah Naungan OIC Telah Merujuk Malaysia Sebagai Negara Islam!!!!


read more...

Sidang Media Ops Daulat 15 Mac 2013 (5.20 pm) - Perkembangan Hari Ini




Intipati Sidang Media Ops Daulat 15 Mac 2013 (5.20 pm) oleh Pesuruhjaya Polis Sabah

  1. 61 Pengganas Telah Ditembak Mati
  2. 233 Individu Ditahan
  3. 3 Hari Diberikan Kepada Kerajaan Filipina Untuk Menuntut Mayat Pengganas Atau Akan Dikebumikan Di Malaysia
  4. Sekiranya Tidak Dituntut, Ia Akan Dikebumikan Secara Islam Di Malaysia
  5. 3 Kubur Dengan 15 Mayat Penceroboh Ditemui Di Kg. Tanduo
  6. Sebuah Bot Laju Dari Filipina Dipintas dan Ditahan Jam 12.15 malam Tadi dan 8 Orang Lelaki Berumur 17-29 Tahun Ditahan.
  7. 300 Jerry Can dan 350,000 Peso Juga Dirampas



read more...

Tindakan Tatatertib Ke Atas Guru Hina Pejuang Negara - Muhyiddin

Tindakan tatatertib akan di ambil ke atas seorang guru di Kelantan kerana mengeluarkan kenyataan menghina pasukan keselamatan yang terkorban di Lahad Datu, Sabah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan ini perlu kerana ia membabitkan kedaulatan dan keselamatan negara.





"Kita minta (beliau) menyatakan kenapa tindakan-tindakan displin tidak boleh diambil terhadap beliau.

"Jadi proses-proses itu akan dilaksanakan sebelum keputusan tentang apakah tindakan sesuai diambil dan dibuat oleh Lembaga Tatatertib di bawah Kementerian Pelajaran," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.

Muhyiddin pada sidang media di Putrajaya berkata sebagai rakyat Malaysia yang taat kepada negara, kenyataan yang menghina terutamanya terhadap keselamatan adalah tidak wajar.

Malah pengorbanan anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu sepatutnya dihargai.

Sebelum ini seorang guru dari Kelantan didakwa menghina pasukan keselamatan dalam operasi daulat di Lahad Datu, Sabah melalui laman sosial facebooknya.




Kenyataan individu berkenaan dalam facebook sudah disiarkan dalam beberapa blog kerana menggelar polis yang terkorban di Sabah dengan gelaran sama seperti haiwan.


read more...

FILIPINA SUARAKAN KOMITMEN BANTU SELESAI ISU PENCEROBOHAN SABAH

Kerajaan Filipina melahirkan komitmen mereka untuk menyelesaikan isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah termasuk mengenal pasti dalang di sebalik insiden itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata komitmen itu disampaikan rakan sejawatannya Voltaire T. Gazmin pada pertemuan di Putrajaya semalam.

"Mereka akan menggunakan segala jaringan maklumat termasuk perisikan untuk mengetahui siapakah dalang di belakang pencerobohan militan di Sabah, sama ada di pihak Filipina atau dalang di pihak Malaysia atau pihak ketiga yang lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya Setiausaha Pertahanan Filipina itu juga menyatakan komitmen negaranya untuk bersama-sama pasukan keselamatan Malaysia menghapuskan saki-baki penceroboh militan yang berada di Lahad Datu serta kawasan lain di Sabah.

"Kerajaan Filipina juga telah berjanji untuk melakukan siasatan sepenuhnya terhadap mana-mana penceroboh militan yang telah dapat ditangkap dan mereka semua akan dikenakan tindakan mahkamah," katanya.

Menurut Ahmad Zahid, Malaysia percaya Filipina mempunyai bukti pembabitan pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram dalam insiden pencerobohan itu.

"Bukti sedang dikumpulkan termasuk anak perempuannya yang kita dapat tahu bergerak menggunakan pesawat peribadi. Saya diberitahu Setiausaha Pertahanan Filipina ada seorang tokoh pembangkang dari Filipina yang membiayai kos perjalanan itu," katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang ditemui selepas berjumpa warga tentera kawasan Taiping di Kem Rejimen ke-3 Artileri Diraja di Kamunting, turut memakaikan pangkat baharu kepada pegawai dan anggota tentera. 

Sebanyak 203 pegawai dan anggota terlibat dalam kenaikan pangkat itu.

BERNAMA
read more...

BARU 50 Sen, SATU FILIPINA DAH GEMPAR!!!

Lagaknya sedikit melucukan, tetapi penuh erti dan makna tersirat di sebalik peristiwa ini. Apa yang berlaku ini mengingatkan apa yang berlaku semasa Komando kita meletakkan setem Malaysia di Kompleks Pertahanan Udara Singapura Di Bukit Batok.. So, mungkin ini sebagai satu "Simbolik" atau ada pihak lain yang cuba menangguk di air keroh!!!!





Gempar, seluruh filipina hari ni gempar apabila seorang budak menunjukkan wang syiling 50sen yang baru milik Malaysia yang diberikan kepadanya di hadapan rumah Kiram oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam dan mengambil gambar rumah Kiram dari Jarak Dekat

Mau terkencing Kiram bila tengok budak ni pegang Syiling 50 Sen Malaysia..




hahahahahhaha, glemer pulak budak ni yer....



Kredit Kepada KERIS PUTERA
read more...

THE UNTOLD STORY : Pesawat Tanpa Juruterbang Digunakan Di Ops Daulat



RAMAI tidak menyedari bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebenarnya telah giat membangunkan skuadron Unmanned Aerial Vehicle atau UAV untuk tujuan ketenteraan sejak tahun 2002 lagi.




Bermula dengan pesawat dwi fungsi Eagle ARV (Air Reconnaissance Vehicle) buatan syarikat tempatan CTRM Composite, sehinggalah terbaru dari jenis ALUDRA MK1 (Alliance Unmanned Developmental Research Aircraft) yang penulis percaya digunakan secara meluas dalam Ops Daulat sekarang.


Penulis tidak pasti dengan nasib 3 pesawat Eagle ARV yang dioperasikan oleh TUDM sekarang. Tapi khabarnya kesemua pesawat tersebut tidak lagi digunakan setelah platform UAV yang lebih stabil seperti ALUDRA dihasilkan.

ALUDRA dikeluarkan oleh konsortium UST yang ditubuhkan kerajaan Malaysia pada 2007 khusus untuk membangunkan UAV nasional yang pertama dengan menggunakan teknologi tempatan sepenuhnya.

UST menggabungkan kepakaran 3 syarikat tempatan yang giat membangunkan teknologi UAV di negara ini seperti CTRM, SCS dan Ikramatic – untuk sistem panduan dan kawalan.

Sebuah lagi syarikat yang terlibat dalam pembangunan UAV di negara kita ialah Sapura Technologies. Tapi pembangunan UAV oleh syarikat ini khabarnya dikhususkan untuk pasukan Polis Diraja Malaysia sahaja. Ada laporan mengatakan beberapa pesawat UAV keluaran Sapura, digunakan untuk mengawal peserta rusuhan Bersih 3.0 yang lepas.

Walaupun masih banyak yang perlu dilakukan ke atas sistem ALUDRA Mk1 ini terutama enjin yang mampu bertahan dalam persekitaran mudah karat di kawasan perairan, kamera yang lebih baik, sensor serta lain-lain, tapi sekurang-kurangnya ATM sudah mempunyai platform UAV di tahap operasi yang boleh digunakan pada bila-bila masa diperlukan.

Selain ALUDRA Mk1, negara juga mempunyai beberapa jenis pesawat UAV yang lain seperti Nyamuk, Intisar 100 & 300, Aludra SR-08, Agas dan lain-lain lagi. Tahap operasi kesemua UAV ini dan skuadron mana yang mengoperasikannya, masih tidak dapat dipastikan.

Kerjasama dalam pembangunan UAV tempatan ini, dijangka akan membantu negara dalam penghasilan Tactical Unmanned Arial Vehicle (TUAV) pula. Berbeza dengan pesawat UAV, pesawat dalam kategori TUAV, mampu membawa peluru berpandu udara ke permukaan seperti Hellfire, bom pintar dan sebagainya.

Pembangunan TUAV ini penting setelah penulis melihat kejayaan sistem ALUDRA mengenalpasti lokasi musuh di kubu pertahanan mereka sepanjang Ops Daulat berlangsung.

Penulis membayangkan keadaan berbeza kalau lokasi yang telah dikenal pasti tersebut dapat diserang terlebih dahulu menggunakan pesawat TUAV.

BACA LAGI. KLIK SINI
read more...

GEMPAR!!!! Cubaan Bunuh PM Najib Razak

Sebuah pemilik akaun telah mengelarkan kenyataan nak bunuh Perdana Menteri, DS Najib Razak dalam komennya. Dengan pendedahan oleh satu page politik iaitu Isu Politik Semasa (IPS) , 'print screen' yang berjaya dirakam menunjukkan pemilik akaun facebook ini mengeluarkan kenyataan hendak bunuh Najib.






Hasil pemeriksaan akaun facebook terbabit bukanlah akaun sebenar sebaliknya hanya akaun palsu. Malahan ramai yang percaya akaun tersebut milik seorang india kerana nama dan gambar profil yang digunakan oleh akaun ini merujuk kepada kaum india.


Page IPS mendedahkan lagi 'wajah' sebenar pemilik akaun palsu terbabit:-






Sungguh keji apabila pemilik akaun ini yang rata-rata cukup jelas mempromosikan parti pakatan menggunakan banner tertera khalimah Allah namun menggunakan identiti bukan islam. Ini satu penghinaan bagi Islam..







Apa motif beliau mengeluarkan kenyataan nak bunuh najib tapi menggunakan profile sebagai seorang india? adakah pemilik akaun pro pakatan ini cuba mewujudkan pertelingkahan antara kaum tatkala semua kaum di Malaysia sedang bersatu hati dikala insiden Lahad Datu menimpa Malaysia?


LAGI PENDEDAHAN..... KLIK SINI
read more...

35 PENGGANAS DITAHAN, BUKTI KERJASAMA BAIK FILIPINA - MALAYSIA


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penahanan itu dimaklumkan kepadanya oleh rakan sejawatannya dari Filipina selain memberitahu beliau semua pengganas terbabit akan dihadapkan di mahkahmah di sana.


"Siasatan akan dilakukan terhadap kesemua 35 mereka. Kita akan tunggu laporan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bersama rakyat sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di sini malam tadi.


Ahmad Zahid berkata Malaysia juga sedang berusaha untuk mendapat perintah bagi memungkinkan pengganas terbabit didakwa di negara ini. 


Semalam agensi berita luar negara melaporkan 35 pengganas itu termasuk seorang wanita ditahan oleh dua buah kapal tentera laut Filipina berhampiran Pulau Tawi-Tawi, kira-kira 12 kilometer dari perairan Sabah. 



Gambar Hiasan



Ketua Pemerintah Tentera di Mindanao Barat, Lt Jen Rey Ardo dipetik sebagai berkata mereka yang ditangkap itu dipercayai saki-baki pengganas Sulu yang memasuki Lahad Datu. 


Beliau juga dilapor berkata ketika ditahan suspek pengikut pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III itu sedang menuju ke sebuah pulau di Filipina.


Sementara itu, Ahmad Zahid berkata walaupun Malaysia dan Filipina tidak mempunyai perjanjian ekstradisi untuk membolehkan Jamalul Kiram dibicarakan di negara ini, ada peruntukan undang-undang yang boleh diteliti untuk membenarkan perkara tersebut dilakukan.


"Secara konvensional Malaysia pernah serahkan (pemimpin) Moro National Liberation Front (MNLF)) Nur Misuari (yang berada di Sabah) ketika dia jadi pemberontak kepada Manila. Kita harap beberapa perkara kajian perundangan dilakukan supaya Jamalul Kiram dibawa ke Malaysia. 


"Bezanya Nur Misuari adalah rakyat Filipina dan dibawa ke Filipina manakala Jamalul Kiram adalah rakyat Filipina, berada di Filipina dan tertakluk kepada undang-undang Filipina," katanya.


Dalam pada itu, Ahmad Zahid membangkitkan persoalan mengenai kemampuan Jamalul Kiram membiayai pasukan pengganasnya sedangkan dia sendiri yang perlu menjalani rawatan dialisis, terpaksa bergantung kepada bantuan kewangan daripada kerajaan Filipina untuk kelangsungan hidup.


"Ertinya dia tidak berkemampuan, dia bukan raja berdaulat. Bagaimana senjata baru boleh dibeli dan bagaimana pembiayaan dibuat terhadap penceroboh. Kekhuatiran kita ada dalang-dalang yang menjadi pihak ketiga sama ada dari Malaysia atau Filipina yang mendukung pencerobohan militan untuk raih sokongan politik


"Jika bukti ini diperolehi, yang bukan sekadar dipetik dari agensi berita antarabangsa, kita takkan berkompromi kepada penderhaka yang menyebabkan pahlawan-pahlawan kita dari tentera dan polis kehilangan nyawa


"Kita mahu rakyat hukum penderhaka. Dalam soal pencerobohan tak harus beri kompromi walaupun sedikit. Rakyat tak sanggup dan tak reda gadai kedaulatan Malaysia," katanya.

- BERNAMA
read more...

CIKGU LOTFI Akhirnya Dipakaikan Gelang "Silver"




Semalam "Cikgu" Mohd Lotfi Nor, 37 tahun, guru yang diburu oleh pihak Polis kerana menghina pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu Sabah, telah ditahan ketika sedang bersembunyi - Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.


Guru berkenaan sebelum ini membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai ‘anjing’ dan menganggap kematian mereka sebagai ‘mati katak’ dalam laman sosial Facebook miliknya.


Pihak Polis juga telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan 1948.


“Siasatan segera akan dijalankan kerana tindakan lelaki itu yang dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh di sini bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai.


read more...

15 Amalan Harian Rasulullah SAW Sebagai Pedoman




Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah ‘soleh wa musleh’..

1. Senyuman

Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi).

2. Dahulukan Kanan

Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim).

3. Berpakaian

Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh BagindaShalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud).


4. Bercelak

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda:“Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).”(Riwayat Tarmizi dan Abu Daud).

5. Memakai Cincin

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.).
6. Makan


Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.” (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad).

7. Minum

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalamminum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh).

8. Bersilaturrahim

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.” (Riwayat Ibnu Majah).

9. Berjalan

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalamberjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.”(Riwayat Tarmizi dan Hakim).

10. Berkata

Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalammengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim).

11. Tertawa

Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi ).

12. Bergurau

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad).

13. Tidur

Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad).

14. Membaca al-Quran

Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i).

15. Ibadah

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalammelaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” BagindaShalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)



read more...

BUDAYA BERDENDAM MEMUNGKINKAN KRISIS LAHAD DATU BERULANG







Budaya membalas dendam yang terpupuk dalam diri masyarakat di selatan Filipina sejak ratusan tahun dahulu memungkinkan tragedi berdarah di Lahad Datu berulang kembali pada masa hadapan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Justeru, beliau berkata pihak keselamatan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap isu keselamatan negara dan inisiatif Kawasan Keselamatan Khas (ESSCOM) sepanjang kira-kira 1,400km di pantai timur Sabah merupakan antara langkah terbaik mengelakkan tragedi berdarah itu berulang kembali.


"Saya meletakkan keyakinan penuh kepada pasukan tentera dan polis kita dalam memastikan tragedi ini tidak berulang kembali, namun kebimbangan itu tetap ada kerana budaya membalas dendam ada dalam diri mereka (masyarakat itu).


"Budaya ini melibatkan keturunan juga masa ratusan tahun. Umpamanya bapa saya bergaduh dengan bapa seorang individu, kalau saya tak dapat balas dendam, cucu saya akan balas dendam kepada cucu individu itu," katanya kepada Bernama.


Anggota keselamatan Malaysia sehingga kini menembak mati 56 pengganas. Tragedi itu juga mengorbankan 10 anggota keselamatan Malaysia.


Ahmad Zahid berkata budaya membalas dendam itu sehingga kini masih berlaku di selatan Filipina seperti pembakaran rumah berlaku setiap bulan dan tidak mustahil tragedi berdarah di Lahad Datu itu menyebabkan pengganas Sulu bertindak membalas dendam kepada Malaysia pada masa hadapan.


"Kalau itu berlaku di kalangan mereka tidak mustahil berlaku di negara kita. Bagaimana jaminan (tragedi itu tidak berulang) dapat dilakukan sedangkan mereka punyai budaya balas dendam. Kerana itu pentingnya kita wujudkan ESSCOM bagi memastikan ini tidak berlaku," katanya.


Ditanya tentang rasional Malaysia bekerjasama dengan Filipina bagi mengambil tindakan ketenteraan di selatan Filipina bagi menghapuskan ancaman itu secara terus di puncanya, beliau berkata tindakan ketenteraan bukan penyelesaian kepada masalah itu.


"Pertama kalau kita masuk ke Filipina ke kawasan mereka, kita tidak hormati kedaulatan Filipina, begitu juga sebaliknya dengan kita di Malaysia. Jadi kedaulatan kedua-dua negara ini perlu dihormati.


"Kedua kita berbalik kepada budaya membalas dendam itu sendiri. Jika kita minta kerajaan Filipina bersama kita bersihkan kawasan itu, oleh kerana budaya dendam itu sentiasa ada, masalah tidak dapat diselesaikan dengan tindakan ketenteraan," katanya.


Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada Filipina kerana sentiasa bekerjasama erat dengan Malaysia dalam menyelesaikan tragedi itu serta memastikannya tidak berulang kembali seperti usaha menyekat pengganas Sulu daripada memasuki Malaysia.


Terdapat cadangan di kalangan rakyat Malaysia supaya pemimpin pengganas itu Jamalul Kiram diekstradisi ke Malaysia bagi didakwa di mahkamah negara ini, dan mengulas cadangan itu beliau berkata atas nama kebersamaan negara Asean, Malaysia boleh meminta Filipina untuk berbuat demikian.


"Kita pernah hantar Nur Misuari (pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) ke Filipina atas semangat Asean. Oleh demikian kalau Jamalul Kiram boleh ditahan dan diambil tindakan itulah sebaiknya.


"Jamalul Kiram rakyat Filipina tetapi jenayah dilakukan di Malaysia, jadi atas nama kebersamaan sebagai negara Asean kita boleh meminta Filipina bawa beliau bagi didakwa di Malaysia. Namun itu bukan atas kuasa Kementerian Pertahanan, Jabatan Peguam Negara kendalikan," katanya.


Beliau berkata ada kewajaran terdapat cadangan daripada Pergerakan Pemuda Umno bagi mendakwa Jamalul Kiram dan pengikutnya mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.


"Mungkin akta dan seksyen itu sesuai tetapi kita serahkan kepada Peguam Negara akta mana paling sesuai digunakan. Apapun saya tegaskan pengganas yang kita tahan di Malaysia itu akan diambil tindakan perundangan sewajarnya.


"Kesalahan mereka itu dilakukan di negara kita jadi tindakan mahkamah dan perundangan mesti dilakukan di negara kita. Ia akan tertakluk kepada undang-undang di sini, kita menggangap mereka adalah penceroboh," kata Ahmad Zahid.


Sehingga kini 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasi manakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan.


Beliau turut ditanya tentang golongan tegar pembangkang yang hanya mempercayai fitnah dan tohmahan dilempar pemimpin pembangkang dan langsung tidak mempercayai maklumat disalurkan kerajaan tentang insiden itu.


Ahmad Zahid menegaskan masalah yang dihadapi di Lahad Datu sekarang bukan masalah politik sebaliknya masalah keselamatan negara dan seharusnya isu pertahanan negara tidak dipolitikkan demi kepentingan pihak tertentu.


"Ini merupakan hasil proses mentaksubkan pengikut yang hebat dilakukan pembangkang, budaya kebencian disemai di kalangan penyokong tegar mereka. Apa sahaja dibuat oleh kerajaan satu pun tidak positif.


"Saya harap mereka hormati profesionalisme Polis Diraja malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kalau mereka kata ATM atau PDRM tak sekuat mana, silakan ke Lahad Datu lihat sendiri. Saya bawa jika benar mereka ada semangat patriotik. Sehingga sekarang tiada seorang pun (ingin ke Lahad Datu)," katanya.

read more...

WIRA TERKORBAN SYAHID - IMAM BESAR MAKKAH VS NIK AZIZ

"Saya tidak tahu siapa yang melakukannya (pencerobohan) namun kematian 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia mempertahankan negara adalah syahid." - Syeikh Mohammad Sharif Mohammad Imrani, Imam Besar Masjid Aba'ah, Makkah.






Katanya umat Islam wajib mempertahankan negaranya daripada pencerobohan asing dan mati dalam peperangan kerana ia adalah syahid fisabilillah dan Allah SWT akan memberi syafaat kepada mereka. 

Syeikh Muhammad Sharif dibawa khas dari Makkah ditemui selepas memberi tazkirah yang disampaikan dalam bahasa Melayu, Inggeris serta Arab pada program 'Malam Munajat Rakyat: Gema Zikir dan Selawat' dan dihadiri hampir 5,000 umat Islam di Masjid Muadzam Shah Kuala Nerang Rabu malam. 

Beliau sebelum itu mengimamkan solat Maghrib dan solat hajat memohon Allah SWT menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya daripada bencana, diikuti solat Isyak. 

Program itu dianjurkan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim. 

Sheikh Muhammad Sharif berkata pergaduhan atau peperangan sesama umat Islam di akhir zaman adalah tindakan manusia yang memiliki sifat syaitan dan hendaklah dihindari oleh pengikut sebenar Nabi Muhammad SAW. 





Beliau yang turut ditanya penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia, berkata dalam Al-Quran terdapat ayat yang jelas menyatakan haram menggunakan nama Allah sebagai nama tuhan oleh bukan Islam. 

"Dalam Islam tidak boleh bandingkan nama Allah dalam Bible dan Injil. Orang Bible dan Injil bukan Islam. Macam mana hendak guna nama Allah. Perbuatan ini (guna nama Allah oleh bukan Islam) adalah syirik dan berdosa, tidak boleh buat begini," tegasnya. 

Beliau menasihatkan umat Islam Malaysia supaya memohon perlindungan Allah SWT dan mengadakan solat hajat agar umat Islam di negara ini terhindar daripada fitnah yang banyak berlaku di akhir zaman. 

"Bergaduh sesama umat adalah perbuatan yang ditegah oleh Islam. Umat Muhammad SAW adalah adik-beradik dan kita patut bersatu. Ini nasihat saya," katanya. 





Dalam tazkirahnya pula, Sheikh Muhammad Sharif menegaskan tiada parti politik boleh menjanjikan syurga atau neraka kepada umat Islam dan perbuatan mengkafirkan sesama umat juga ditegah keras oleh Islam.

Baca Lagi DI SINI
read more...

TERKINI!!! GEMPUR Terakhir Dalam 48 Jam Di Ops Daulat!!!



Penambahan kekuatan dan aset perang dalam Ops Daulat oleh Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) memberi petunjuk bahawa itu mungkin gempuran terakhir dalam tempoh 48 jam ini bagi menamatkan terus krisis pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah.

Konflik Lahad Datu perlu dihabiskan segera bagi membuka laluan untuk kerajaan menumpukan pula kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-13.




Menurut maklumat (SUMBER) yang diterima, adalah difahamkan pembubaran Parlimen terpaksa dibawa ke bulan hadapan berikutan isu Lahad Datu menuntut kerajaan berkuasa penuh menanganinya dan bukan kerajaan ‘caretaker’.


Seperti yang kita tahu, semalam ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb lepas.


Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan (semalam), berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.





Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.


Adalah difahamkan, helikopter berkenaan yang sedia dimuatkan dengan machine gun sudah pun mula terbang di kawasan Lahad Datu.


Zulkifeli berkata, langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.





Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Radio 24 bahawa Malaysia tidak akan menerima sebarang rundingan buat masa sekarang, termasuk rundingan yang dibuat oleh pihak ketiga seperti kerajaan Filipina.


Ini bererti hanya tindakan ketenteraan sahaja sebagai jalan penyelesaian terhadap krisis pencerobohan di Lahad Datu yang bermula sejak Februari lalu.


Hari ini, Op Daulat memasuki hari kesepuluh. Ketika gempuran pertama dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawk telah digunakan.





Walaupun pengganas Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III ramai yang mati dalam serangan itu, namun sebahagian berjaya melarikan diri.


Kumpulan berkenaan yang sudah berpuluh tahun memiliki kemahiran perang gerila menyebabkan Op Daulat berlanjutan apabila pasukan komando terpaksa digerakkan masuk ke zon merah bagi mengesan saki-baki pengganas.

Pada masa ini, difahamkan hanya tinggal kumpulan yang terlalu kecil pada waktu ini tetapi masih berdegil.

read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top