Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Panas.... Video Tarian Gelek Pelajar Melayu di Restoran Arab

Hari ini My Metro telah mendedahkan senario yang melanda di kalangan gadis-gadis Melayu di kalangan pelajar yang mengambil jalan singkat untuk mengejar kemewahan. Lihat video di bawah :


Hmm.....BB percaya bukan setakat ini sahaja...Banyak lagi kegiatan yang serupa berlaku ketika ini di seluruh negara. Malah yang lebih teruk daripada ini pun ada...
read more...

1M4U - Maklumat Terkini Untuk Anak Muda Yang Cintakan Semangat Kesukarelaan

Putaran jam semakin mencemburui detik bersejarah Pelancaran 1Malaysia 4Youth yang akan mengumpulkan kesemua aktivis-aktivis kesukarelaan di sekitar Kuala Lumpur. Sekiranya anda tergolong dalam kategori mereka yang sukakan aktiviti kesukarelaan atau pun kemasyarakatan, jangan lepaskan peluang ini.




Sebanyak 16 lokasi telah terpilih menggabungkan pelbagai aspek kesukarelaan tanpa mengira latarbelakang bangsa, agama, budaya dan sebagainya. Aktiviti berbentuk Servis Komuniti, Kerja Sosial, Kempen Hijau dan Pameran Kesukarelaan akan diadakan pada 15 Julai 2012 seawal jam 9 pagi antaranya di :

1.    Kompleks Belia dan Sukan Kg. Pandan - Barang-barang Terpakai
2.    Berjaya Times Square - Pencegahan Dadah dan Pemeriksaan Kesihatan
3.    Perkampungan Orang Asli Hulu Kuang - Gotong Royong
4.    KLCC - Derma Darah
5.    Bukit Sg. Puteh - Khidmat Masyarakat
6.    Pasar Tasek Permai Kg Melayu - Gotong Royong Perdana
7.    PPR Batu Muda - Kempen Basmi Denggi
8.    Zoo Negara - Khidmat Kebajikan Haiwan
9.    Flat Sri Johor, Bandar Tun Razak - Go Green Go Clean
10.  PPR Laksamana, Jalan Cheras - Dari Hati Ke Hati (Bersama Anak Yatim/ warga Emas/ OKU)
11.  Tmn Desa Jalan Kelang Lama -  Crime Awareness
12.  Dewan Seri Tanjung, Kolej 9, UM - Smart Educator
13.  Taman Ibu Kota - Pemeriksaan Kesihatan
14.  PPR Ampang - Amalan Gaya Hidup Sihat
15.  Seksyen 10, Setiawangwa - Gotong Royong Perdana
16.  Taman Metropolitan, Kepong - Kitar Semula


Sementara itu, kemuncak kepada aktiviti ini adalah Pelancaran 1M4U yang akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri di Dataran Esplanade, KLCC pada jam 5.00 petang.

Berikut adalah pelan serta butiran lanjut acara di sekitar KLCC untuk makluman semua.











Sebarang Pertanyaan Sila Berhubung dengan Pn Anura - 019-3888512
read more...

Akta Keharmonian Nasional Buat Pembangkang Jilat Ludah Kembali

Pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi membuktikan kerajaan bukan sekadar bercakap kosong tanpa melaksanakan apa-apa apabila melaungkan transformasi politik, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 


 Beliau berkata langkah pemansuhan akta itu adalah bukti kerajaan menepati janji untuk melaksanakan transformasi nasional dan sekaligus menangkis persepsi pihak tertentu bahawa kerajaan menggunakan akta itu terhadap pihak tertentu.


 "Kita bukan sebut atau umumkan sahaja (mengenai transformasi) tetapi kita laksanakan. Sebahagian undang-undang yang kita perkenalkan telah kita kuatkuasakan, ini (pemansuhan Akta Hasutan) satu langkah terbaru yang menunjukkan kerajaan mengikuti perubahan masyarakat," katanya.

 Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar Mini (Mini RTC) Sungai Siputeh di sini pada Khamis, katanya kerajaan prihatin terhadap perkembangan dan perubahan dalam masyarakat yang mahu satu sistem yang lebih telus dan terbuka selari dengan amalan demokrasi serta tuntutan hak asasi manusia.

 Beliau berkata pembangkang juga tidak menjangka mengenai langkah berani yang dibuat kerajaan dalam membawa transformasi nasional terutama dalam aspek politik.

 Timbalan Perdana Menteri berharap rakyat dapat menilai kesungguhan kerajaan dalam usaha melaksanakan transformasi nasional yang turut merangkumi perubahan politik.

Rang undang-undang baru bagi menggantikan Akta Hasutan itu kini berada di peringkat akhir penelitian sebelum dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang, katanya.

 Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

 Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamim kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini. - Malaysia Aktif
read more...

Siapa Nik Aziz Dari Kaca Mata Kak Hasnah???


Kejadian yang menimpa Kak Hasnah ni menunjukkan kita dengan jelas bahawa PAS bukanlah parti yang benar - benar memperjuangkan Islam.


Mana tidak. Walaupun setelah sekian lama mendabik dada mengatakan mereka berjuang mahu menegakkan Islam, Ahli sendiri pun masih sesat.

 
Itu menunjukkan yang PAS tidak menjalankan kerja dakwaah Islamiah bagi mendidik ahli agar faham tentang Islam seperti mana yang menjadi tuntutan agama yang sebenar.

 
Mereka lebih suka tampil diatas pentas membicarakan soal Politik disamping memburuk - burukkan orang lain. Tak ketinggalan juga dengan ceramah di Masjid dan Surau.

 
Jadi, bagaimana mungkin mereka berhak untuk mengatakan yang mereka memperjuangkan Islam sedangkan ahli sendiri tak faham Islam itu sendiri?

 
Bagaimana mereka nak mendidik orang yang bukan Islam agar dapat menerima Islam jika ahli sendiri pun masih lagi belum habis diajar?


Maka, boleh la kita simpulkan bahawa PAS ni hanya sekadar sebuah Parti Politik dan bukannya satu penggerak dalam usaha dakwah di Malaysia ni. Dalam erti kata lain, masuk PAS tak semestinya orang tu Islam sebab PAS bukan memperjuangkan Islam pun!!!

 
PASIR MAS – Seorang guru al-Quran, Che Hasnah Che Ahmad yang dicerai talak satu oleh bekas suaminya, Yahaya Ibrahim kerana perbezaan parti politik kelmarin bertekad tidak mahu rujuk semula dengan lelaki itu.



Menurut Che Hasnah, 61, dia lebih senang duduk sendirian daripada asyik bertengkar mengenai politik dengan Yahaya, 78.

“Saya dah tak nak kalau dia nak rujuk. Selepas bercerai, saya lebih senang untuk buat apa sahaja dan nak pergi ke mana sahaja yang saya suka.

“Ketika berkahwin dengannya dulu pun kami menetap di rumah saya dan saya akan terus tinggal di sini serta melakukan aktiviti yang saya buat dari dulu lagi iaitu mengajar al-Quran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Dalam pada itu, Che Hasnah turut menyatakan bahawa dia masih bingung dengan tuduhan suaminya yang mengatakan dirinya sesat serta tidak mengamalkan ajaran Islam dan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak masuk akal.

“Saya seorang guru al-Quran sejak sekian lama iaitu sebelum berkahwin dengan dia lagi. Saya ada lebih 100 orang murid dan kalau saya sesat, orang tak akan datang belajar dengan saya.

“Saya tahu mengenai al-Quran, saya sembahyang, saya mengikuti segala ajaran Islam, saya buat semua tuntutan agama kecuali menyertai Pas,” ujarnya. Sumber : Semut Hitam


BB : So, Korang fikir la sendiri .....

read more...

Himpunan Sukarelawan TERBESAR Hujung Minggu Ini di KLCC - Jom Kita

KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2012 – Kira-kira 37,000 sukarelawan dari pelbagai kementerian, agensi dan pertubuhan di jangka akan berhimpun di Esplanade Kuala Lumpur City Centre ( KLCC) bagi menyaksikan upacara Pelancaran  “ 1 Malaysia For Youth (1M4U) oleh Perdana Menteri pada 15 Julai ini.








Majlis anjuran bersama Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menjadi satu sejarah negara apabila sukarelawan dari pelbagai sektor berhimpun dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang diaturkan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Kelang.



Pada sebelah paginya, sukarelawan-sukarelawan itu akan dibahagikan kepada 16 kumpulan untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat seperti gotong royong perdana, derma darah, kempen pencegahan dadah, kempen cintai sungai kita, kempen membasmi denggi, khidmat kebajikan haiwan, membina jambatan, program bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) dan anak-anak yatim, pemeriksaan kesihatan, sumbangan barangan terpakai dan beberapa aktiviti lain yang membolehkan penyertaan penduduk setempat dengan anggota-anggota sukarelawan ini.



Penganjur menyediakan enam pentas hiburan di sekitar esplanade dengan pelbagai genre. Pentas yang bakal menjadi tumpuan ialah pentas satu yang menyajikan persembahan dari peserta-peserta Maharaja Lawak seperti kumpulan Jozan, Osbon, Shiro, Ebby Yus dan Kecik. Pentas selebriti menampilkan artis-artis tempatan seperti Stacy, Cystal, Adira, Hafiz. Pentas – pentas lain dengan persembahan tarian tradisonal, boria, street magic dan muzik hip hop.





Perdana Menteri dijangka akan menanam pokok sempena kempen Go Green sewaktu ketibaan sebelum singgah di gerai pameran dan bertemu dengan dua kumpulan sukarelawan. Kehadiran Perdana Menteri juga akan disambut oleh tarian Flashmob oleh lebih 3,000 sukarelawan.



Orang ramai dipelawa untuk bersama-sama menyaksikan majlis bersejarah ini disamping menyemarakkan usaha mewujudkan Gelombang Kesukarelawanan di kalangan rakyat Malaysia - KBS



Maklumat Lanjut, Klik Sini
read more...

Takbir dilaungkan di Pusat SPA Klang

PELABUHAN KLANG: Seorang wanita warga Indonesia menjerit sambil melaungkan ‘Allahuakbar’ selepas ditahan Jabatan Imigresen dalam Ops 6P di sebuah spa dalam hotel di Persiaran Raja Muda Musa, di sini, semalam.


Wanita berusia 24 tahun itu antara 30 warga asing termasuk enam lelaki warga Myanmar ditahan dalam operasi diketuai Penolong Pengarah Imigresen Pelabuhan Klang, Tarmizi Talib Ali, jam 3.30 petang.


Turut ditahan dua lelaki tempatan berusia 55 dan 52 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan. Selain wanita terbabit, seorang lagi wanita warga Indonesia berusia 24 tahun pengsan dalam lori Jabatan Imigresen kerana terlalu takut selepas ditahan. Timbalan Pengarah Imigresen Selangor, Azrul Izham Hamzah berkata, operasi itu menahan 18 warga Indonesia, China (enam) dan enam warga Myanmar berusia 22 hingga 30 tahun.





“Semua wanita terbabit bekerja sebagai tukang urut di spa hotel berkenaan dan disyaki menawarkan khidmat seks manakala enam lelaki itu pula bekerja sebagai penjaga spa berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Azrul berkata, spa terbabit mengenakan caj RM68 sejam untuk satu sesi urutan selain menyediakan khidmat seks pakej berharga RM188, RM480 dan RM600 bergantung kepada usia dan rupa paras wanita itu. Beliau berkata, pihaknya membuat intipan selama seminggu di premis itu selain mendapat maklumat awam.


“Jika dilihat kepada kehidupan mereka, kami percaya mereka mangsa sindiket pemerdagangan orang kerana hidup berkurung dan diawasi setiap masa dan penjaga tidak membenarkan mereka tinggal di luar.


“Mereka hidup dalam keadaan bersesak berikutan ditempatkan beramai-ramai di dua bilik hotel yang dijadikan rumah mereka,” katanya Azrul berkata, dua lelaki tempatan itu disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010).
Semua warga asing itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah - My Metro


BB : Macam-macam la sekarang ni...
read more...

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top