Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#MH370 : Enough Is Enough!!! BANGSAT LA KORANG!!!




"WE WANT THE TRUTH"

Itu lah laungan yang dipekik-pekikkan oleh sekumpulan pelajar dan warganegara China di depan kedutaan mereka di London. Kepala bapak korang la....

Apa ingat kami rakyat Malaysia ni sukan ditipu ker? Kami bodoh sangat ker? Tak perlu nak tunjuk pandai. Kalau rasa semua maklumat yang diberikan kerajaan Malaysia semua tak betul, korang pergi la siasat sendiri. Cari sendiri.

Buat pasukan mencari sendiri.

Ada orang kisah? Takde punya.....

Yang kerajaan China pun satu, tak boleh kawal atau sengaja tak nak kawal rakyat-rakyatnya ini?






read more...

#MH370 : Realiti Yang China Perlu Tahu - FAKTA!!!




Sepanjang MAS menjalankan operasinya, setakat ini baru 2 kali termasuk tragedi #MH370 yang mengalami kemalangan. Tetapi masyarakat di China telah melemparkan pelbagai tuduhan dan cacian samada ke atas tragedi ini mahupun usaha kerajaan Malaysia mengendalikan usaha mencari dan mengesan #MH370. 





Mengapa dan kenapakah negara China itu sendiri tidak dipanggil PEMBUNUH walaupun telah mengalami berpuluh-puluh insiden yang mengakibatkan kehilangan nyawa?? Ni semua disebabkan ada BATU API yang hasut rakyat China....







Dan apa yang lebih menyedihkan apabila rakyat kita sendiri yang menjadi BATU API TERSEBUT!!










BB : Kalau bukan kita yang mempertahankan negara, siapa lagi?

read more...

#MH370 : Shila Amzah Teruk Diserang!!!




Kasihan juga dengan nasib yang menimpa penyanyi dan komposer muda, Shila Amzah yang semakin hari semakin menunjukkan taring dalam persembahannya.

Disebabkan kemarahan China ke atas Malaysia berikutan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenyataan yang dibuat pihak kerajaan bahawa pesawat itu telah terhempas di lautan Hindi selepas berhari-hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan, tempiasnya turut terkena pada Shila Amzah yang kini masih berjuang dalam program realiti, I Am A Singer terbitan Hunan TV di China.

Begitu juga dengan beberapa penyanyi Malaysia yang terkenal di sana khususnya Fish Leong dan Gray Chaw. Pelbagai kata nista yang telah dilemparkan terhadap anak seni kelahiran tempatan ini termasuklah gelaran pembunuh.

Prihatin dengan sentimen segelintir masyarakat China yang sedang marah kerana beranggapan Malaysia sengaja menyembunyikan fakta sebenar tentang tragedi yang menimpa #MH370 serta tidak percaya bahawa bahawa pesawat itu telah terhempas di lautan Hindi, Sheila Amzah telah menaikkan posting di laman Isntagram peribadinya yang berbunyi: "“MH370 is not my fault...I'm very sorry, please.”

Kenyataan balas Shila Amzah berhubung isu kecaman segelintir masyarakat China ini nampaknya telah mendapat respon 14 ribu peminatnya yang rata-rata adalah daripada negara China sendiri.

Kebanyakan mereka meminta Shila Amzah supaya bertenang dan jangan risau kerana tidak semua masyarakat China yang mengecamnya. Malah, mereka juga memberitahu bahawa mereka memahami apa yang berlaku itu adalah satu tragedi dan ianya bukan salah Shila sama sekali.


Bukan setakat itu saja, mereka juga memberitahu bahawa mereka akan sentiasa menyokong Shila dan berharap Shila tidak akan patah semangat (bukan patah seribu ya) untuk terus melebarkan bakat dan kerjaya seninya di negara republik tersebut.


Suara Politik
Belantan


BB : Hm...Antara maruah, semangat patriotik dan rezeki, yang mana menjadi KEUTAMAAN Sheila?
read more...

VIDEO : UAI Pertahan Raja Bomoh?




Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus mempertahankan tindakan ‘Raja Bomoh’ Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin d dan menyelar pihak-pihak yang menghukum tindakan itu sebagai syirik dan murtad. 

Menurutnya yang lebih dikenali Ustaz Azhar, bomoh atau lebih dikenali sebagai pengamal perubatan traditional tidak semua tindakan itu boleh di anggap haram kerana ada sebahagian daripadanya merupakan sunah nabi Muhammad saw. 

“Bomoh (ini) bukan makna syirik. Bomoh bermakna pengamal perubatan tradisional, adakala syirik adakala tak. Kalau dia baca ayat al-Quran tiup di air, suruh mandi (itu pun dikategorikan sebagai) tok bomoh juga, orang tak panggil doktor betul tak? 

“Dah haram tak buat macam tu? Sunnah nabi (saw), baca ayat al-Quran baca Al-Fatihah tiup di air, faham?” soal beliau ketika menjawab pertanyaan yang dibangkitkan.

Tindakan Ibrahim yang melakukan ‘ritual’ sebelum ini mendapat kritikan hebat dari masyarakat kerana dianggap telah memalukan negara. Ekoran daripada itu, ramai yang melabelkan tindakan tersebut melanggar hukum yang ditetapkan oleh agama. 

Selain, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mufti Perak, Tan Sri Harussani bin Haji Zakaria turut menyifatkan ‘ritual’ Raja Bomoh itu sebagai syirik dan khurafat dan bertentangan dengan ajaran Islam. 

Ustaz Azhar turut menjelaskan, sekiranya bacaan dan bahasa yang digunakan tidak difahami, barulah ia boleh dianggap syirik dan khurafat. 

“Baca yang pelik-pelik, baru tak boleh! Faham? Jangan gaduh nak tuduh orang syirik” ujar beliau lagi. 

Walau bagaimanapun, beliau turut mengakui ritual yang dilakukan sebelum ini memang agak memalukan, namun masih boleh dimaafkan. 

“Yang tikar terbang tikar terbang lah, tapi jangan kita kata syirik. Kalau benda tu maknanya nakal, memang nakal. Makna bodoh pun boleh tapi jangan tuduh syirik sebab syirik ni dosa yang sangat besar, faham? Biar kita ada ilmu nak kata syirik, takut balik ke kita semula. 

“Jangan gaduh, dengar dia ada puja tak? dia ada sebut nama jembalang tak? ada bangkitan nama yang mengarut-ngarut tak? kalu macam tu, (tidak) syirik, faham? Orang sekarang dia terus kata syirik, dah dia baca apa? kalau dia baca ayat al-Quran, boleh tak? boleh!” bidas beliau lagi.

-Suara.tv


read more...

VIDEO : Aksi Terlampau Krew Air Asia Dalam Pesawat!!!



Apa Dah Jadi? Air Asia Please Jawab!! 

Ini Bukannya Pub, Ini Dalam Pesawat!!! Adakah Termaktub Dalam SOP Penerbangan?


read more...

# MH370 : Lagi Penemuan Terbaru Satelit!!


Satelit Pemerhatian Bumi Thailand (Thaichote) mengesan 300 objek di Lautan Hindi, kira-kira 200 kilometer daripada Barat Daya tempat carian pesawat hilang MH370.

Thailand menjadi negara kelima mendedahkan imej satelit objek terapung di kawasan sama selepas Australia, Perancis, United Kingdom dan China.

Akhbar Thailand The Nation melaporkan, imej itu diserahkan kepada perdana menteri sementaranya sebelum dimajukan kepada pihak Malaysia.

Menurut AFP, objek yang terapung itu dikenalpasti oleh Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo- Informatics Thailand.

Menurutnya, objek tersebut yang berukuran dua hingga 15 meter, bertaburan di kawasan kira-kira 2,700km barat daya Perth.

Imej-imej tersebut diambil pada 24 Mac, laporan The Wall Street Journal.

Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan satelit Perancis mengesan 122 imej dalam kawasan carian, yang berkeluasan lebih besar sedikit daripada Sabah.

Operasi mencari yang membabitkan pelbagai negara yang disambung pagi ini, dibatalkan selepas kira-kira empat jam kerana cuaca buruk di kawasan tersebut. Kapal-kapal, bagaimanapun, kekal berada di lautan itu.

The Nation melaporkan bahawa Thaichote adalah satelit 'remote sensing' untuk pemantauan sumber asli.



read more...

#MH370 : Binatang Bertopengkan Manusia!!!!




Adakah Mereka-Mereka ini tidak mempunyai PERASAAN!!! LANGSUNG tidak layak dipanggil manusia!!!










Sejak 17 hari lalu, remaja Maira Elizabeth Nari kekal tabah, dengan tweet dihantar kepada bapanya betapa dia merinduinya, menantikan keputusan sijil SPM dan kemenangan pasukan bola sepak kegemarannya, Liverpool.

Malam ini, selepas diumumkan pesawat Malaysia Airlines MH370 menamatkan penerbangannya di tengah Lautan Hindi jauh dari daratan, Maira memuat naik tweet: "saya tidak tahu nak kata apa :')"

Remaja itu kelihatan tabah. Tweet yang berikutnya, sekitar tiga minit kemudian: "Tuhan lebih sayangkan ayah... Tuhan lebih sayangkan mereka."








Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul!!

Ketua Pengarah DCA Memeluk CEO MAS Selepas Selesai PC PM Tadi.. Suasana Sedih Dalam PWTC.. Sebak Dan Hiba..
read more...

#MH370 : Kerjasama Antarabangsa Kepada Malaysia Luar Biasa!!!



Timbalan Penasihat Keselamatan Dalam Negeri Presiden Barack Obama, Tony Blinken memuji Malaysia, China dan negara lain kerana bekerjasama dalam misi pencarian pesawat MH370.

"Kita melihat negara-negara bekerjasama dalam cara yang mereka tidak pernah lakukan sebelum ini," kata Blinken kepada CNN. Tetapi Blinken mengatakan selepas dua minggu, masih belum ada "teori kukuh" tentang apa yang terjadi kepada pesawat MH370.

Malaysia mendedahkan semalam Perancis mempunyai imej satelit yang menunjukkan objek terapung, berpotensi sebagai serpihan di kawasan pencarian utama pesawat MH370 di Lautan Hindi bagi Australia.

Pegawai kerajaan Australia berkata semalam, salah sebuah kapal terbang yang digunakan untuk mencari pesawat MH370 dapat mengesan palet kayu kargo bersama-sama tali pinggang atau tali di kawasan terpinggir Lautan Hindi.

Objek itu dilihat oleh salah satu pesawat awam yang membantu mencari Boeing 777-200ER pada Sabtu. Agensi berita AFP melaporkan pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkannya sebagai "visual pertama dilihat dalam carian setakat ini".

Dibantu oleh beberapa negara lain, AMSA sedang melakukan "pencarian berkaedah" di kawasan perairan seluas 59,000 kilometer persegi. Mereka sedang mencari objek besar yang ditemui satelit pada 16 dan 18 Mac.

Kementerian Pengangkutan Malaysia mengatakan Australia, China dan Perancis sudah mengeluarkan imej satelit yang berkemungkinan besar objek boleh dikaitkan dengan MH370. China sudah menghantar kapal mereka untuk mencari pesawat tersebut, menambah kepada kapal tentera laut Britain dan Australia yang sudah mula mencari.

Jika pesawat terhempas di lautan, penyiasat berharap untuk mengenalpasti kawasan terhempas tersebut sebelum kotak hitam pesawat berhenti memberikan isyarat – kebiasaannya selepas 30 hari.

Kotak hitam pesawat amat penting untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kepada Boeing 777 dengan 239 penumpang dan anak kapalnya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu. – tmi

Sementara itu, sekitar jam 10.00 mlm tadi, YAB PM Ds Najib Razak Telah mengumumkan sesuatu yang menyedihkan kepada kita berkaitan MH370 ini.




PM STATEMENT ON MH370 – 24/03/14

This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.

Kepada Yang Beragama Islam.... Kita Sedekahkan Al-Fatihah.

AL-FATIHAH



read more...

#MH370 : VIDEO : Luahan Ibu Penumpang Yang Memilukan!!






KUALA LUMPUR 23 Mac – Warga China Liu Guiqui, ibu kepada Li Le, penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas, menyangkal laporan kononnya beliau dilayan buruk oleh polis semasa sidang akhbar yang diadakan pada 19 Mac di Hotel Sama-Sama Sepang. 

Liu dalam temu bual dengan China Central Television (CCTV) berkata, beliau membuat keputusan pergi ke sidang akhbar itu kerana beliau mahu bertanyakan ahli politik Malaysia mengenai apa yang sebenarnya berlaku terhadap anak lelaki beliau, yang ketika itu telah hilang selama 12 hari, kerana beliau tidak faham kenapa tiada sebarang berita yang diterimanya. 

“Itu tidak benar. Saya dikerumuni oleh pemberita. Ada seorang anggota polis muda yang pada mulanya saya ingatkan mahu menarik saya. 

“Pada mulanya saya tidak faham apa yang berlaku tetapi seseorang memberitahu saya jangan panik. Mereka meyakinkan saya, mereka berada di situ untuk melindungi saya,” kata Liu. 

Liu terbang ke Kuala Lumpur kerana beliau mahu menjadi orang yang pertama menyambut Li bila anaknya itu kembali. Beliau menyifatkan Le yang mempunyai seorang anak perempuan, sebagai orang yang murah hati, baik, setia dan melayani semua orang dengan perasaan hormat. 

Ditanya mengenai cakap-cakap kononnya kerajaan Malaysia tidak mendedahkan semua maklumat, Liu berkata, beliau tidak peduli semua itu kerana apa yang beliau mahukan semata-mata anaknya dan semua penumpang dalam kapal terbang itu kembali dengan selamat. 

Malah beliau berterima kasih dengan kerajaan dan rakyat Malaysia kerana menjaganya setiap hari dan beliau tidak percaya kepada mereka yang mendakwa kerajaan tidak mengambil berat tentang keluarga penumpang pesawat itu. 

“Saya tidak percaya perkara itu berlaku. Saya percaya mereka juga amat tertekan. Saya faham bahawa mereka kini sibuk mencari pesawat yang hilang itu. 

“Oleh itu memang patutlah mereka (kerajaan) tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada keluarga yang terlibat,” kata Liu. 

Bila ditanya apa yang akan dikatakan kepada anak lelakinya jika dia boleh mendengar ibunya, Liu menangis sambil berkata: “Ibu menunggu kamu. 

Pulanglah segera. Ibu percaya kamu akan pulang dengan selamat.” Liu juga menunjukkan tanda penghargaannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua negara yang turut berusaha mencari pesawat itu. 

“Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana berusaha mencari keluarga kami,” katanya penuh perasaan sambil duduk melutut. 

- BERNAMA

read more...

BOMOH 1Malaysia : Baik Bomohkan Air Ke Singapura - Ridhuan Tee


Pensyarah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) hari ini sekali lagi menyelar kegiatan ritual dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu, namun kali ini kritikannya ditujukan kepada Singapura.

Pendakwah bebas itu berkata jika perbuatan bomoh dan ritual begitu mujarab, maka usaha yang perlu dilakukan adalah dengan membomohkan air yang disalur kepada Singapura.

“Jika bomoh kita terlalu mujarab, kita bomohkan air yang disalurkan kepada Singapura. Apabila diminum, mereka pun akan tunduk kepada kita dan menyerah diri untuk bersunat.





“Serta membeli air kita dengan kadar harga semasa, bukan membeli dengan harga 0.03 sen per 1,000 gelen?” katanya.  

Minggu lalu, Ridhuan dalam ruangan sama menyifatkan perlakuan raja bomoh dalam usahanya mencari pesawat hilang, MH370 hanya akan lebih menyesatkan umat Islam jika ada yang terpedaya dengan upacara ritualnya itu.

Katanya, jika upacara sedemikian berlaku ketika zamannya hendak memeluk Islam suatu masa dahulu pasti hajatnya itu tidak kesampaian.

"Kebimbangan saya, jika ditakdirkan bomoh itulah yang menjumpai MH370 itu nanti, semakin ramailah umat Islam yang akan percaya kepada bomoh daripada menumpahkan ketaatan kepada Allah.

"Jika ditakdirkan saya melihat perbuatan umat Islam dalam mencari MH370 sebegini, sudah tentu saya tidak jadi memeluk Islam," katanya.

Ridhuan berkata jika apa yang dilakukan bomoh itu mujarab maka pasti ramai yang akan menyerahkan nasib kepada golongan tersebut dan menjadi kaya raya.

“Jika ditakdirkan berlaku lagi insiden seperti MH370 pada masa depan, jangan memanggil bomoh untuk mencari. Jika Islam itu boleh diubati dengan menggunakan bomoh, sudah tentu umat Islam tidak perlu bersusah payah atau ada yang merempat hari ini,” katanya.

Beliau berkata Nabi Muhammad adalah raja segala bomoh dan mempunyai mukjizat namun tidak menggunakan sewenang-wenangnya untuk mendesak golongan kafir untuk memeluk Islam.

“Mengapa Rasulullah tidak menggunakan mukjizat yang ada untuk membomohkan semua bukan Islam supaya tunduk dan menurut kata-kata Baginda?

“Atau dengan bahasa mudah membomohkan mereka supaya segera memeluk agama Islam dan tidak perlu bersusah diuji dan dicuba?” katanya.

Selain mengulas mengenai isu kehilangan MH370, Ridhuan turut menyeru pemimpin negara agar kembali ke jalan Allah selagi diberikan ruang dan kesempatan.

“Kepada pembuat keputusan dan pembesar negara, gunakan kuasa mencari keredhaan Allah selagi ada kuasa.

“Hak ini dijamin Perlembagaan. Kita bimbang, apabila tidak ada kuasa nanti, baru hendak menyesal. Jangan leka ketika berkuasa, hanya bertaubat setelah pencen. Buruk rasanya,” katanya. 

- SINAR HARIAN
read more...

#MH370 : Harapan Semakin Tinggi - PM Australia




SDYNEY: Perdana Menteri Australia, Tony Abbot telah menyuarakan harapan yang semakin tinggi untuk merungkai misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan 239 penumpang di dalamnya selepas beberapa serpihan yang tidak dikenal pasti dijumpai di kawasan pencarian.

"Ia masih terlalu awal untuk menjadi kepastian, tetapi jelas kita kita kini telah mempunyai beberapa petunjuk yang sahih dan terdapat harapan yang semakin tinggi,” kata Abbot.

Abbot berkata demikian selepas beberapa objek yang belum dikenal pasti ditemui di kawasan pencarian untuk pesawat tersebut, kira-kira 2,500 kilometer ke barat daya Perth.

Apabila ditanya mengenai butiran objek tersebut, Abbot berkata "beberapa objek kecil berada agak rapat di dalam zon pencarian Australia, termasuk, sebuah, palet kayu."

Komen berkenaan diberi tidak sampai beberapa jam pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) membuat pengumuman pada Ahad bahawa "usaha akan terus dibuat untuk menentukan sama ada objek yang ditemui ada kaitan dengan MH370”.

Walaubagaimanapun, Abbot tidak mengkhususkan imej satelit Cina bertarikh 18 Mac, yang dikeluarkan pada Sabtu, menunjukkan sekeping serpihan besar yang terapung berdekatan dengan imej-imej satelit yang dikeluarkan sebelum ini.

Abbot turut berkata keyakinannya bertambah dengan peningkatan asset yang digerakkan untuk tujuan mencari pesawat itu.

"Jelas sekali, lebih banyak pesawat dan kapal laut yang kita ada, kita lebih yakin untuk membawa naik apa-apa objek yang ada di bawah sana.

“Dan jelas sebelum kita boleh mengkhususkan apa-apa kemungkinan, kita perlu membawa naik apa-apa objek-objek ini.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang awal pada pagi 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut dan ia masih belum ditemui lagi.

read more...

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top