Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Bila Hukum Di Mulut : Janji Aishah Semanis Janji Abby Abady!!!




YAN - Penyanyi Aishah mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menolak Islam apabila pemimpin parti berkenaan tidak menjadikan ajaran Islam sebagai panduan dalam urusan pentadbiran negara.

Dakwa bekas calon PAS bagi kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan itu lagi, penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran sedia ada membuktikan kepimpinan parti pemerintah mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

"Atas dasar-dasar kemanusiaan pun kau sudah buat salah. Bila kau (kerajaan) menyeleweng duit rakyat, tidak menjalankan amanah, apa-apa agama pun tidak boleh terima.

"Apa sudah jadi kepada Malaysia? Kata (mengaku) orang Islam tapi perlakuan mereka (pemimpin kerajaan) tidak membayangkan keislaman itu," katanya pada forum di Markas Pemuda PAS di Dulang Kecil di sini pada Khamis malam.

Forum penerangan politik sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau itu turut membariskan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali sebagai ahli panel.

Aishah hadir di DUN Sungai Limau buat kali kedua sepanjang tempoh berkempen bagi membantu calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin yang popular dengan lagu Janji Manis Mu dan Melukut Di Tepi Gantang dinamakan sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen Jempol.

Selain itu menerusi forum itu lagi Aishah sempat menyindir penyokong BN berhubung kenyataannya mengenai Islam.

"Nanti kalau saya cerita (lebih) orang kata saya dah jadi ustazah mee segera. (dalam masa) Dua minit sudah boleh cerita pasal agama," katanya sambil disambut gelak tawa penyokong pembangkang.

Sementara itu mengulas mengenai slogan 'jom kalih' yang digunakan penceramah BN agar masyarakat DUN Sungai Limau berubah daripada kempimpinan PAS, Aishah bagaimanapun menyeru supaya pengundi kekal memilih PAS berdasarkan rekod parti itu yang menegakkan Islam.

Katanya pengundi diingatkan supaya tidak termakan dengan janji kosong kerajaan BN yang menurutnya dibuat semata-mata mahu meraih undi.

"Kita nak kalih (tukar) buat apa? Kita mesti merapatkan saf dan berikan majoriti yang lebih tinggi kepada PAS kerana parti ini sudah tunjukkan teladan.

"Sebaliknya kerajaan hanya tunjukkan 'janji manismu'...saya nyanyi lagu ni sudah lebih 20 tahun, inilah sikap mereka," katanya.


read more...

KAH..KAH..Nik Nazmi MEROYAN Di Mahkamah!!




SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad untuk mengetepikan pertuduhan terhadapnya kerana menganjurkan satu perhimpunan di Stadium Kelana Jaya 8 Mei lepas.

Nik Nazmi dituduh menganjurkan perhimpunan itu tanpa memberikan notis 10 hari lebih awal kepada pihak polis seperti diperlukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Hakim Noor Azian Shaari dalam penghakimannya berkata beliau tidak bersetuju dengan hujah pemohon bahawa pertuduhan ke atas beliau adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Nik Nazmi didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal memberikan notis, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang memperuntuk hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Hakim Noor Azian berkata Seksyen 9(1) dan 9(5) Akta berkenaan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan dan bukannya undang-undang yang tidak munasabah kerana di bawah Artikel 10 (2) Perlembagaan Persekutuan, undang-undang boleh dikenakan untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam biarpun di bawah Artikel 10 memberikan hak kepada orang awam berhimpun secara aman.

Noor Azian juga berkata dakwaan bahawa pertuduhan ke atas pemohon adalah “pendakwaan terpilih dan bermotifkan politik” merupakan asam dan garam untuk menyedapkan cerita pemohon.

Isu ini perlu dibangkitkan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di mana pemohon didakwa dan akan dibicarakan, katanya.

Beliau percaya pihak yang menyiasat dan pendakwaan mempunyai alasan yang munasabah untuk mendakwa pemohon di mahkamah.

Nik Nazmi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman semasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 17 Mei lepas dan memfailkan permohonan mengetepikan pertuduhan ke atasnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 21 Ogos lepas.

Pada hari ini pihak pemohon diwakili oleh peguam Eric Paulsen dan Syahredzan Johan manakala pihak responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Nik Nazmi ketika ditemui di luar mahkamah berkata peguam-peguamnya akan memfailkan rayuan terhadap kes itu dalam masa terdekat.

Kes beliau di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya akan disebut semula pada 12 November. – Bernama
read more...

Mak Aii.... 42 Jurulatih Mohon Jawatan K. Rajagopal







Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menerima 42 permohonan daripada jurulatih tempatan dan luar negara untuk mengisi jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Harimau Malaya.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata panel pemilihan FAM sedang menyenarai pendek pemohon untuk mengisi kerusi 'panas' yang disandang oleh Datuk K. Rajagobal.

Kontrak Rajagobal bersama skuad Harimau Malaya akan berakhir Disember ini.

Tengku Abdullah berkata keputusan calon pengganti Rajagobal hanya akan diumumkan selepas kempen skuad Harimau Malaya dalam pusingan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 berakhir Mac tahun depan.

"Pemilihan calon bergantung kepada beberapa kriteria seperti petunjuk prestasi utama, kemampuan (pasukan kebangsaan) dan apa yang terbaik untuk pasukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Antarabangsa serta Teknikal dan Belia FAM di sini, Rabu.

Berikutan itu, beliau meminta semua pihak supaya menghentikan desakan supaya menamakan pengganti Rajagobal.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah berkata badan induk bola sepak kebangsaan itu sedang meneliti sembilan permohonan untuk mengisi jawatan Pengarah Teknikal FAM.

Menurutnya jawatan itu berbeza dengan fungsi Pengarah Pembangunan Bola Sepak Negara yang disandang oleh bekas pemain kebangsaan Lim Teong Kim yang memberikan tumpuan kepada aspek pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

"Calon yang dipilih bertanggungjawab melihat (aspek) kejurulatihan skuad Harimau Muda A sehingga C, skuad Harimau Malaya serta skuad futsal dewan dan pantai kebangsaan.

"Jadi, banyak tanggungjawab yang perlu dipikul (oleh mereka yang terpilih nanti)," jelasnya.

Jawatan Pengarah Teknikal FAM kosong selepas abang Teong Kim, Lim Kim Chon, memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya bersama FAM pada Jun lepas. - BERNAMA
read more...

ORANG PAS "PATUT SANGAT" Baca Apa Kata Isteri Arwah Ustaz Azizan!!!





Balu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah menerima dengan hati terbuka permohonan maaf Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kenyataannya yang mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan penyakit kencing manis bekas Menteri Besar Kedah itu.

Faekah berkata, beliau sedia memaafkan dan percaya kemungkinan kenyataan itu disalah tafsir pihak tertentu serta disebarkan secara tidak betul.

Katanya, beliau mengenali hati budi Muhyiddin yang tidak pernah membuat kenyataan negatif terhadap Azizan dan beberapa kali mengunjungi Allahyarham ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.


"Saya terima penjelasan yang dibuat oleh Muhyiddin menerusi akhbar. Kami sekeluarga tiada masalah untuk memaafkan jika benar berlaku keterlanjuran kata oleh beliau ketika berkempen," katanya ketika dihubungi.

Faekah berkata, Allahyarham Azizan dan Muhyiddin sudah lama menjalin hubungan baik iaitu sebelum kedua-duanya terlibat dalam politik sepenuh masa selepas saling mengenali sejak 60-an.




Katanya, mereka berkenalan ketika Azizan melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar dan kebetulan kakak Muhyiddin turut belajar di universiti sama.

Hubungan mesra itu, katanya, tetap terjalin selepas kedua-duanya aktif dalam politik walaupun daripada parti berbeza.

"Allahyarham selalu ketepikan perbezaan politik apabila berkawan. Sebab itu Allahyarham mempunyai ramai kawan dari pelbagai latar belakang politik berbeza," katanya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA



PERWATAKAN pemimpin berjiwa besar boleh dilihat dari pelbagai sudut termasuk cara tutur, bahasa, senyuman, berbual dengan orang ramai dan menjawab pertanyaan yang diajukan.

Dan sebagai seorang Melayu, ahli politik yang berakhlak tinggi serta bijak, Muhyiddin Yassin tampil sebagai pemimpin yang berjiwa besar.

Tidak mudah melenting atau melatah tetapi sentiasa "cool" demi mengekalkan suasana harmoni termasuk ketika PRK Dun Sungai Limau. Muhurlah juga isteri Allahyarham Tan Sri Azizan Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah tahu dengan sikap dan sifat sebenar Timbalan Perdana Menteri ini.

Cukup sinis, apabila beliau MENYINDIR kenyataan Muhyiddin Yassin itu DISALAH TAFSIR PIHAK TERTENTU sertaDISEBARKAN SECARA TIDAK BETUL. 

Siapa lagi jika bukan MAHFUZ OMAR ...

Seperti yang telah dipaparkan pada rakaman video ucapan sebenar Timbalan Perdana Menteri, AJAL MAUT itu adalah TAKDIR yang telah ditentukan Allah Taala.

read more...

VIDEO : FITNAH!!! Kan Dah Cakap, PAS Pengamal Fitnah!!! MP PAS Minta Maaf Dengan Najib Razak!!


Allah Maha Berkuasa. Sekali lagi MP dari PAS TERBUKTI menabur fitnah kepada pemimpin negara. Jika semalam MP PAS Shah Alam didapati Mahkamah bersalah menabur fitnah kepada Presiden JATI, Dr. Hassan Ali, kali ini giliran seorang lagi MP yang dari parti yang katanya mengamalkan amalan ISLAM.




Ahli PAS, Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin hari ini memohon maaf atas kenyataannya mengaitkan Perdana Menteri sebagai anti kaum Cina, menyebabkan beliau terlepas daripada dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.





read more...

BONGKAR!! Hipokrasi Dan "KETELUSAN" Ambiga Dalam Majlis Peguam Didedahkan!!




Kah..kah..kah....

Jom kita tengok apa yang telah didedahkan oleh Yuktes pasal Minachi ni :


Debat dgn ambiga telah dibatalkan spt yg dijangka...tak memeranjatkan....kan ambiga ini hipokrit kelas pertama...suruh anak muda turun ke j/raya tapi anak lelaki dia pula berjoli dgn perempuan dan juga lelaki di australia...mirip ibu...jalan 2 hala...malah,ramai tak tahu bahawa ambiga dilantik sebagai presiden majlis peguam dlm p/raya yg paling kotor dlm sejarahnya...undi palsu telah dikesan tapi diendahkan,kemenangan ambiga melalui undi pos dan pengakuan ambiga sendiri ttg kewujudan pengundi hantu...

Sebenarnya p/raya di mana ambiga jadi presiden masih di mahkamah...ada peguam baik yg telah fail notis bubarkan keputusan itu...tahu tak 3 org pengendali p/raya majlis peguam telah meigistiyarkan p/raya tersebut tidak sah...tapi apa yg berlaku ialah 3 org pengendali itu diliucutkan jawatan dan keputusan p/raya dikekalkan....kuasa majlis peguam adalah hampir mutlak berkenaan p/raya....sama seperti ec...perlu ada bukti yg sgt kukuh....kaedah yg sama anjing-anjing dari bersih ini meroyan mcm kena sawan bila dipakai mahkamah terhadap mereka...

entah mengapa samad said tak tulis sajak pasalnya....

inilah perangai ambiga sebenarnya...penakut dan hipokrit...nasihat saya satu je...kpd sahabat2 melayu saya...susun 10 jari minta maaf pasal india sial mcm babi ini....tlg bersatu dan tumpaskan gerakan bersih ini....kalau agenda sebenar mereka berjaya,akan ada perlembagaan baru di mana kuasa raja2 dan sultan serta hak istimewa org melayu akan dihapuskan....pernah fikir kenapa bersih pakai kuning? kuning kan warna diraja...kini ia warna simbolik bersih...kalau sayangkan bangsa dan negara,pilihan anda satu je...LAWAN!





read more...

SIASAT SEGERA!! Dakwaan Polis Disogok Kes Pengawal Tembak Pegawai Bank!!



Laman blog yang menyiarkan keratan Facebook rakan suspek yang mendakwa bayar suapan RM100 sebulan kepada polis.


SHAH ALAM - Polis akan menyiasat dakwaan sebuah laman blog yang menyiarkan gambar serta perbualan dipetik dari laman Facebook milik seorang lelaki dikenali sebagai 'Mahesa Birawa' yang dipercayai rakan suspek utama menembak mati seorang pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, 37 di Subang Jaya Sentral 2 pada 23 Oktober lalu. 

Berdasarkan artikel blog tersebut, kandungan perbualan menyentuh bayaran yang dibuat oleh lelaki terbabit kepada anggota polis di Shah Alam untuk tujuan mendapatkan perlindungan.

Difahamkan, wang berjumlah RM100 dibayar setiap bulan oleh lelaki berkenaan kepada polis di Shah Alam bagi 'menjaganya' sepanjang berada di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima maklumat berhubung perkara itu (anggota menerima sogokan).

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu kesahihan maklumat itu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Menurutnya, polis menerima banyak maklumat termasuk berbentuk tohmahan serta tuduhan sepanjang tempoh siasatan dijalankan terhadap kes tembak mati Norazita.

"Jika perkara itu wujud, kita akan panggil mereka yang terlibat untuk membuat laporan polis termasuk diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya selepas Taklimat Kawalan Keselamatan dan Lalu Lintas Piala Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam.


BB : Merasakan seolah-olah ada "GERAKAN" terancang bagi kes melibatkan pengawal keselamatan ini yang kononnya berasal atau menggunakan IC Sabah.
read more...

AMEKKAU!! Mahkamah Buktikan PAS Memang Pengamal Fitnah!!



Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berjaya dalam samannya terhadap Ahli Shah Alam, Khalid Abdul Samad, yang didakwa mengeluarkan kenyataan memfitnah beliau dalam satu sidang media pada Februari 2012. 

Hakim Datuk Yaacob Md Sam membuat keputusan itu selepas berpuas hati Hasan berjaya membuktikan kenyataan Khalid, yang juga timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor, dibuat dengan niat jahat.

Dalam penghakimannya, Yaacob berkata dalam kes itu, mahkamah perlu melihat sama ada sidang media Khalid bertujuan menjawab dakwaan Hasan terhadap beliau berhubung isu 'parasit'.

"Setelah menimbang keterangan yang ada dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati defendan telah melebihi atau melangkaui daripada hanya mengadakan sidang media bagi tujuan mempertahankan diri tetapi telah menjangkau kepada isu yang tiada kaitan dengan perkara yang dituduh oleh plaintif, iaitu tentang isu parasit.

"Kenyataan defendan melebihi komen yang adil dan defendan tidak boleh dilindungi di bawah perlindungan bersyarat," katanya.

Yaacob menetapkan 27 November ini untuk mendengar hujah kedua-dua pihak berhubung jumlah gantirugi dan kos. 

Penyataan tuntutan Hasan, yang difail pada 12 April tahun lepas, mendakwa Khalid telah menuturkan perkataan bersifat fitnah terhadap beliau dalam sidang media bertarikh 24 Februari 2012.

Beliau berkata lanjutan sidang media itu, Khalid menerbitkan atau mengakibatkan penerbitan fitnah berkenaan dalam bentuk artikel bertajuk 'Video: Siapa Taja Hasan Ali' di laman blog defendan di http://www.khalidsamad.com.

Plaintif juga mendakwa wartawan yang hadir melaporkan kenyataan Khalid dalam portal berita atas talian, antaranya, laman sesawang 'mstar' melalui artikel bertajuk 'Khalid Soal Sama Ada Puncak Niaga & SYABAS Taja Jati' dan laman sesawang 'Malaysiakini' dengan artikel 'PAS asks Hasan Ali: Who's funding you?'.

Hasan berkata penerbitan kenyataan itu mengakibatkan kerosakan atau keburukan yang teruk terhadap reputasi, imej dan nama baiknya selain merendahkan martabat beliau di mata anggota masyarakat.

Sehubungan itu, beliau menuntut gantirugi am, teladan dan teruk selain perintah injunksi menghalang Khalid daripada terus menerbit atau menyebabkan penerbitan kenyataan fitnah berkenaan, faedah pada kadar lapan peratus, kos serta relif lain yang difikir wajar oleh mahkamah.

Pembelaan Khalid, antara lain, mendakwa selepas dipecat oleh PAS dan sebelum sidang media berkenaan, Hasan telah mengadakan ceramah jerayawara di seluruh negara, dan dalam ceramah itu, plaintif antara lain menyerang PAS serta beliau dengan pelbagai tuduhan seperti 'parasit' dalam PAS.

Khalid juga mendakwa kenyataan beliau bukan bersifat memfitnah Hasan dan ia mempunyai unsur pernyataan fakta dan/atau pendapat.

Ahli Parlimen itu berkata jika sekalipun kenyataan berkenaan adalah fitnah, yang mana dinafikan, ia merupakan satu komen adil dan berpatutan berasaskan fakta serta perkara benar dan tepat.

Sepanjang perbicaraan, Hasan yang diwakili peguam Hasnal Rezua Merican memanggil dua saksi manakala Khalid, yang diwakili peguam Azhana Mohd Khairudin, mengemukakan tiga saksi.

- Bernama
read more...

VIDEO : KEBAKARAN FLAT DI KERINCI YANG MENCEMASKAN!!





SHAH ALAM - Flat PKNS Kampung Kerinchi dilaporkan terbakar sekitar jam 4.40 petang tadi.

Pihak bomba dikatakan sedang berusaha memadam kebakaran di tingkat paling atas flat 17 tingkat itu.

Berita itu turut disahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di laman Instagram miliknya.

"Flat PKNS 17 tingkat alami kebakaran. Makluman untuk penghuni dan penduduk setempat. Innalillah," tulisnya.

Dalam satu laporan di sebuah laman portal menyebut, kebakaran tersebut memusnahkan kira-kira enam unit rumah.





- Sumber
read more...

VIDEO : TS Muhyiddin Kena Tahan Unit Pemuda PAS Di Sungai Limau!!





Video TPM telah diserbu oleh beberapa aktivis Pemuda PAS kononnya bagi mendesak beliau untuk menarik balik kenyataan yang dikatakan menghina arwah Us Azizan dan memohon maaf. Jom sama-sama kita saksikan video di bawah ini bagaimana TS Muhyiddin dengan tenang menghadapi militan taksub PAS yang MENYERBU beliau secara tiba-tiba.

Dengar-dengarnya berikutan pertemuan spontan dan reaksi balas bersahaja TS Muhyiddin kepada mereka, kumpulan pemuda tersebut telah kembali ke markaz mereka dan membuat kecoh bagi menuntut penjelasan kenapa mereka boleh ditipu sedemikian rupa. Padanlah muka. Akibat tidak sudah-sudah menipu dan menabur fitnah, sekarang sampai kena serang balik dengan militan sendiri, siapa yang susah?






read more...

VIDEO : PAS Terdesak Sampai Ugut Ust Kazim Elias Di Sungai Limau!!


PAS ngaku membawa politik damai arwah Azizan. Tapi lain dicakap, lain yang dibuat.



Macam mana nakikut arwah Azizan? Yang mengendalikan PRK adalah makreb-makreb yang tak setuju dan jatuhkan arwah Azizan....



Lain pula cerita nak berkasar dengan Wanita UMNO.




Buang bendera ... banyak lagi cerita. Pembohong betul!!!


Itu yang jadi kurang ajaq sampai Ustaz kazim ceramah pun kena baling teloq. Depa kata UMNO tutup minda tapi sapa sebenarnya tutup minda hingga takut orang lain terbuka minda.

Jom Tengok Video Ini...



read more...

MELAMPAU DAN KETERLALUAN : Rogol Ibu dan Jadikan Pelacur SekiranyaKelantan Menang Piala Malaysia!!




“Kalau Kelantan Menang, Aku Sanggup Jadikan Mak Aku Pelacur”

Bahang final Piala Malaysia semakin terasa. Masing-masing mempunya predikasi keputusan. Ada yang menjangkakan ianya pertemuan epik pantai timur yang terhebat.

Di kala persiapan dilakukan, ada pula peminat-peminat bola sepak dalam negara yang bertindak diluar jangkaan. Masing-masing mahu meluahkan perasaan. Ada yang hingga langgar batasan agama, adat dan tatasusila masyarakat Malaysia.

Melalui akaun facebook, seorang pengguna yang menggunakan nama Elman Ganu menggunakan kata-kata lucah dan tidak senonoh ke atas pasukan Kelantan. Malah ditulisnya pelbagai perkara-perkara yang hanya layak digelar binatang. Cuba lihat print screen di bawah.

Namun, peminat-peminat di Malaysia semakin matang dan bijak berfikir. Ada yang beranggapan pemilik akaun FB tersebut sekadar mahu mencari populariti dan mahu mencetuskan huru hara. Ianya samalah dengan kelakuan beberapa pemilik wanita yang mahu bertelanjang lah, berbogellah dan sebagaianya.

Jom sokong bola sepak tempatan dengan cara yang paling sihat!

Mana pasukan pilihan anda? Kelantan atau Pahang? - SUMBER

read more...

TERKINI : Pengawal Bersenjata Rompak Kedai Emas!!






PETALING JAYA - Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan.

Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan, menurut sumber mStar.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah.

read more...

TRAGEDI : Video Dan Gambar Treler Terbalik Berdekatan Hospital Serdang!!!



Kejadian berlaku petang semalam di SKVE menghala ke Hospital serdang.. sedang sahabat ini buat rakaman utk dilaporkan kepada SPAD.. Tentang pemandu lori ini yg memandu laju...sekali terbabas ke seberang jalan bertentangan...






Antara kenderaan lain yang turut rosak, dipercayai pemandunya patah tangan


read more...

AP NAK JADI? Dicerai Talak 3 Selepas 3 Jam Nikah!!!


TINGGAL KENANGAN... Cincin perkahwinan yang diberikan oleh pengantin lelaki kepada Sasha.


Georgetown: “Luluh hati saya sebaik mendengar suami menceraikan saya dengan talak tiga, hanya tiga jam selepas kami bernikah. Saya merayu dan meminta penjelasan mengapa dia menceraikan saya, tetapi hingga hari ini (semalam), dia masih terus mendiamkan diri,” kata Sasha, 21, yang hanya sempat bergelar isteri kira-kira tiga jam sebelum diceraikan suaminya, Ahad lalu.

Menurutnya, dia dan suami yang berusia 19 tahun selamat bernikah jam 2 petang Ahad lalu, di sebuah masjid di Teluk Kumbar selepas mereka mengenali hati budi masing-masing sejak dua tahun lalu. 

Katanya, sebelum diijabkabulkan, hubungan mereka sudah mulai dingin, tetapi tetap meneruskan perkahwinan itu selepas keluarga kedua-dua pihak bersetuju. 

“Hubungan kami mula dingin sejak dua bulan lalu, malah dia tidak pernah meluahkan hasrat untuk membatalkan perkahwinan ketika kami berbincang mengenai hal itu, tetapi saya hairan mengapa dia tiba-tiba bertindak begitu,” katanya.
Sasha bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah bagaimanapun berkata, hasrat untuk berkahwin tetap diteruskan terutama selepas abang iparnya memainkan peranan menguruskan majlis berkenaan.
read more...

TEMBAKAN!!! Lagi Kes Pengawal Bank Di P. Pinang




BELUM REDA LAGI KES ROMPAK BANK BUNUH PEGAWAI AMBANK OLEH SEORANG PENGAWAL KESELAMATANNYA SENDIRI, SIANG TADI SEORANG PENGAWAL KESELAMATAN DILAPORKAN MELEPASKAN TEMBAKAN DIDALAM SEBUAH BANK DATUK KERAMAT, PULAU PINANG SECARA TAK SENGAJA DIMANA BELIAU BERTUGAS! SELAIN MUSIM MENGAWAN, MUSIM BUNGA DAN SEBAGAINYA, ADA JUGAK "MUSIM JAGA MENEMBAK" YER? KEKEKE!!!-

Seorang pengawal keselamatan menimbulkan kekecohan di sebuah bank di Datuk Keramat, Georgetown, Pulau Pinang apabila dia secara tidak sengaja melepaskan tembakan dari senapang pamnya, Rabu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata lelaki tempatan berusia 53 tahun itu sedang bertugas di belakang kaunter bank dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi.

Beliau berkata, tembakan telah tersasar ke lantai dan tiada siapa yang cedera.

"Kami sedang menyiasat kes itu daripada semua aspek dan kita juga akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap latar belakang pengawal itu," katanya di tempat kejadian di sini.

Beliau menambah pengawal telah ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api.

Dalam perkara yang berkaitan,Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meolak rayuan Prima Security, majikan pengawal keselamatan yang menembak mati Pegawai Ambank di USJ Sentral di Selangor 24 Oktober lepas agar lesen syarikat tersebut dibatalkan.

Difahamkan, Menteri KDN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakann KDN telah menolak rayuan mereka dan lesen syarikat berkenaan dibatalkan mulai hari ini.

Dalam kejadian itu, pegawai bank berkenaan Norazita Abu Talib ditembak ketika membuka pintu bilik kebal bank berkenaan oleh seorang pengawal keselamatan yang masih diburu itu melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Siasatan awal polis mendapati suspek kes tersebut, yang dipercayai seorang warga Indonesia telah menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja di syarikat tersebut.

Susulan kes tersebut, KDN telah mengumumkan bahawa lesen syarikat itu dibatalkan serta-merta kerana didapati melanggar beberapa peraturan melibatkan pengambilan pengawal keselamatan.

read more...

PRK SG LIMAU : Petugas BN Kena Cam Betul-Betul Muka Apek Ni!!


"Cina di Sungai Limau ini bersatu. Apabila diarah untuk undi parti tertentu, kami undi. Itu caranya di sini," katanya sambil menambah arahan tersebut paling awal akan diketahui pada 2 November ini.

Ditanya siapa yang akan diundi penduduk Cina Sungai Limau, Ho berkata mereka akan mengikut arahan penghulu komuniti mereka yang dijangka akan mengadakan mesyuarat 'rahsia' untuk menentukan pilihan mereka.



Ho


Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung (kiri) sebelum ini berkata terdapat 1,827 pengundi Cina di kawasan majoriti Melayu di Sungai Limau.

Namun katanya, hanya 10 peratus atau kira-kira 180 orang mengundi BN dalam pilihan raya umum lalu walaupun jumlah anggota MCA di Sungai Limau adalah 965 orang.

PAS sebelum ini mempertahankan kerusi Sungai Limau dengan majoriti sebanyak kira-kira 2,774 undi sahaja.

Buat pesawah padi, Tan Siew Boon (kanan), 90, hidup beliau tidak banyak berubah sama ada bawah pentadbiran BN atau PAS.

Menurut ibu kepada 8 orang anak itu, beliau pernah memohon bantuan kerajaan negeri kira-kira setahun lalu untuk memperbaiki rumahnya.

Namun, menurutnya, bantuan yang dipohon daripada kerajaan negeri PAS itu tidak kunjung tiba.

"Hidup kami sudah begini sejak beberapa generasi dan rasanya tak ada apa-apa akan berubah," katanya yang telah mendiami rumahnya di tengah-tengah sawah sejauh kira-kira dua kilometer dari jalan utama, selama tiga generasi.

Menurut Tan lagi, beliau juga akan menunggu arahan penghulu untuk mengundi parti yang mana satu dalam pilihan raya umum pada 4 November ini.

Manakala seorang peniaga perabot dan barangan elektrik yang hanya mahu dikenali sebagai Mr Ang tanpa berselindung memberitahu beliau akan mengundi PAS.



Mr Ang


PERSOALANNYA : SIAPA "PENGHULU" TERSEBUT?
read more...

BONGKAR!!! PAS Dan SUHAKAM Buat Apa Di Gunung Jerai?





Selepas mendapat maklumat, penulis segera menuju ke Regency Hill Resort yang terletak di puncak Gunung Jerai. Menurut sumber, satu mesyuarat sulit di antara pemimpin Pas dan SUHAKAM akan berlangsung di sana.

Ternyata berita itu benar, sebaik tiba di sana, penulis melihat beberapa pemimpin Pas sedang daftar masuk ke bilik penginapan masing-masing. Sebahagian besarnya penulis tidak kenal, namun pasti mereka adalah orang-orang penting di dalam parti itu.

Turut kelihatan adalah seorang penulis novel terkenal, Syed Hussein al-Atass atau lebih dikenali sebagai 'Pak Habib'. Namun penulis tidak pasti sama ada Pak Habib antara individu yang dijemput SUHAKAM menghadiri mesyuarat itu kerana beliau dilihat sendirian. Dengan lokasi yang strategik dan jauh dari orang ramai memungkinkan mesyuarat itu sangat penting dan ada kaitan dengan pilihanraya kecil yang sedang berlangsung. 

Soalnya, apakah peranan SUHAKAM dalam pilihanraya kecil di Sungai Limau? Adakah mereka bertindak sebagai penasihat dan membantu Pas mengatur strategi bagi memastikan kemenangan Pas di kawasan ini? Ataupun, mereka turut menyalurkan dana untuk kempen pilihanraya Pas memandangkan semua unit penginapan di tempah atas nama SUHAKAM? 

Difahamkan terdapat 24 unit penginapan dengan harga sewa RM420 semalaman. Jadi, SUHAKAM telah membelajakan sebanyak RM10,080 hanya untuk menyewa kesemua unit-unit itu.Jika benar, terbukti bahawa SUHAKAM adalah proksi kepada parti pembangkang. 

Dan penulis percaya, SUHAKAM adalah antara entiti yang diwujudkan berpaksi kepada parti pembangkang. SUHAKAM bukan diwujudkan untuk membela hak asasi manusia ataupun rakyat. Sebaliknya diwujudkan untuk merealisasikan agenda-agenda jahat pembangkang. 

read more...

ANALISIS : Pengundi Muda "KUNCI" Tawan Sungai Limau!! @KhairyKJ




Pengundi muda harus menilai kemampuan calon pilihan raya kecil (PRK) Dun Sungai Limau secara mendalam bagi memastikan pembangunan di kawasan itu akan lebih terjamin.

Empat kawasan yang menjadi kubu kuat PAS di DUN Sungai Limau ialah Bukit Choras, Bukit Besar, Permatang Buluh dan Selengkoh.

Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata ia petanda baik dan jika majoriti PAS di empat kubu kuat mereka itu dapat dikurangkan, peluang BN secara keseluruhan bagi pilihan raya kecil DUN itu adalah lebih cerah.

“Saya diberitahu dahulu, nak letak bendera BN pun tak boleh di Bukit Besar, sekarang ini bendera BN berkibar di sana, poster dan bunting calon dapat dinaikkan malah ada juga orang kuat PAS yang sudah bersama kami.

“Sama ada menjadi jentera, menyokong, ada juga yang menjenguk bilik gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) kami, itu petanda baik, maksudnya mereka bersedia untuk buat penghijrahan,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjaun mesra di PDM Bukit Besar dan Permatang Buluh, di sini hari ini.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata secara keseluruhan harapan generasi muda yang ingin melihat kemajuan menjadi antara faktor sokongan kepada BN di DUN itu semakin meningkat.

“Mereka menaruh harapan tinggi bahawa kemajuan dan perubahan ini hanya dapat dikecapi sekiranya wakil rakyat di sini adalah wakil rakyat dari parti sama yang mentadbir kerajaan negeri dan pusat,” katanya.

Bagi Pemuda BN, beliau berkata strategi yang diguna untuk menarik lebih ramai sokongan pengundi akan terus menggunakan tempo sama dengan pendekatan sederhana, antaranya menemui pengundi dari rumah ke rumah dan mengadakan ceramah kecil-kecilan.

Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno kesal imej dan ketokohan bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang merupakan wakil rakyat Sungai Limau sejak 1995 sehingga meninggal dunia pada 26 Sept lepas, dimanipulasi PAS dalam kempen pilihan raya kecil itu.

“Saya rasa amat sedih sebab gambar itu diedarkan semata-mata nak tunjukkan bahawa calon dia (PAS) itu baik dengan arwah Ustaz Azizan, sebab dia tahu Ustaz Azizan disegani dan dihormati dan apa tujuan nak letak gambar dia dengan Ustaz Azizan sebab nak dapat sokongan daripada orang yang sayang arwah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu pemalsuan gambar risalah profil calon PAS Mohd Azam Abd Samat.

Terdahulu, Khairy dalam lawatan membantu kempen pilihan raya kecil itu turut membuat tinjauan menaiki motosikal ke empat rumah di kawasan Bukit Besar, di sini






Penganalisis politik berpendapat, adalah penting bagi 11,000 pengundi muda atau 60 peratus daripada 27,222 pengundi berdaftar Dun Sungai Limau mengambil kira faktor perangkaian dan sistem sokongan calon bagi memastikan pembangunan kawasan itu dapat berjalan lancar.

Dalam PRU yang lepas, Dun Sungai Limau adalah satu-satunya kawasan di bawah Parlimen Jerai yang dikuasai Pas, berbanding dua lagi Dun iaitu Guar Chempedak dan Gurun yang di bawah BN.

Dun Sungai Limau malahan berada di bawah Pas sejak PRU 1995 apabila Tan Sri Azizan Abdul Razak bertanding buat pertama kali kerusi tersebut, dan sebelum itu kerusi itu disandang oleh Ahmad Awang dari BN.

Menurut Pengarah Pusat Kajian Institut Raja Malaysia Universiti Malaysia Perlis (UniMap), Prof Datuk Dr Ramlah Adam, satu-satunya cara untuk memastikan agenda pembangunan berjalan lancar adalah memastikan setiap peringkat, bermula daripada Dun, Parlimen hinggalah ke kerajaan negeri, diwakili oleh suara yang sama.

"Kita tak nafikan Pas juga boleh membawa suara rakyat, tetapi suara yang dibawa adalah dari sudut pembangkang yang mungkin mempunyai objektif berlainan," katanya.

Mengulas lebih lanjut, Ramlah berkata pengundi muda harus menolak kepentingan diri dan memilih calon yang boleh melakukan perubahan signifikan terhadap kawasan itu.




Beliau berkata di sinilah pentingnya golongan muda menilai secara menyeluruh mengenai calon yang bertanding, terutama dalam memilih wakil yang lebih memahami prosedur pentadbiran dalam sesuatu organisasi.

"Kedua-dua calon mempunyai latar belakang sebagai pendidik, namun BN mengenengahkan seorang bekas pensyarah kanan sebuah universiti awam serta mempunyai kelayakan peringkat doktor falsafah, "Disokong pula dengan pengalaman beliau yang begitu lama dalam bidang pendidikan...jiwa pendidik biasanya sentiasa mempunyai kecenderungan untuk berinteraksi lebih dengan masyarakat dan ini pasti memberikan kelebihan untuk beliau memimpin masyarakat setempat," katanya.

Untuk kerusi Dun Sungai Limau, BN kali ini menampilkan bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, manakala Pas memilih bekas Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah Menengah Agama An-Nadzah, Mohd Azam Abd Samat, 37, sebagai calon.

Tambah Ramlah lagi, pengundi berdaftar, khususnya dari golongan muda harus bertanya kepada diri sendiri adakah mereka sudah berpuas hati dengan kemajuan Dun Sungai Limau capai sejak 18 tahun di bawah pimpinan Pas.

"Mereka harus berfikir adakah adil untuk melihat kawasan tersebut, yang didiami sebilangan besar warga emas serta generasi baharu, untuk terus mundur tanpa pembangunan?" katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata, pengundi muda harus melihat corak kempen kedua-dua calon dan menilai siapa yang lebih mementingkan pembangunan kawasan ini.

Beliau berkata Ahmad Sohaimi dilihat lebih fokus, ke arah agenda pembangunan berbanding dengan taktik menyerang keperibadian lawan, yang beliau sifatkan sebagai politik agresif.

"Di samping agenda pembangunan, beliau (Ahmad Sohaimi) masih tidak mengabaikan satu daripada identiti Sungai Limau iaitu sekolah pondok," katanya.

"Malah beliau sendiri menyatakan komitmennya untuk melihat sekolah pondok berteraskan pembelajaran sains untuk dibina di sini sebagai sebahagian daripada manifesto beliau," kata Md Shukri.

Menurut Md Shukri, masyarakat, khususnya pengundi, akan melihat pendekatan yang Ahmad Sohaimi ambil, iaitu memastikan pembangunan disuntik tanpa mengabaikan elemen yang sudah menjadi sebahagian daripada penduduk di sini, sebagai satu kelebihan untuk memungkinkan beliau dipilih.

"Inilah peluang kepada orang muda di Sungai Limau, mahupun mereka yang sudah sekian lama berhijrah ke bandar-bandar, untuk bersama-sama kerajaan negeri supaya dasar baharu Dun Sungai Limau boleh dilaksanakan," katanya. 

- Bernama
read more...

EKSKLUSIF : Pendedahan Amanat Arwah Ustaz Azizan - Hj Shukri

Jika sebelum ini kebanyakan penganut agama PAS begitu taksub dengan amanat sesat Haji Hadi yang mengkafirkan sesama islam, hari ini admin dimaklumkan bahawa salah seorang saudara kepada mantan ADUN Sungai Limau, Allahyarham Ustaz Azizan Razak telah tampil dengan sehelai kertas yang didakwa sebagai amanat terakhir Allahyarham.




Haji Shukri bin Haji Ismail. Itulah penama yang dikatakan menulis amanat yang dituturkan oleh Allahyarham 3 minggu sebelum meninggal dunia.

Mungkin bakal ada yang mengatakan ini adalah propaganda murahan dari Barisan Nasional untuk merampas DUN Sungai Limau yang sememangnya kubu kuat PAS.

Namun bagi admin, setiap apa yang dituliskan di dalam kertas yang diedarkan itu ada asasnya.

Kerana terlalu islamiknya Ustaz Azizan, kita lihat sahaja ketika beliau terlantar di Hospital Besar Pulau Pinang, ramaikah pemimpin Pakatan Rakyat yang datang menjengah? Senang diucap... HARAMM...

Kita lihat pula Mukriz, sekalipun berbeza ideologi partisan, masih mampu meluangkan masa datang menjenguk.




Fikir- fikirkan sebelum membuat pilihan.

read more...

EKSKLUSIF!! Pendedahan Bekas SETPOL Arwah Ust Azizan - PAHIT DAN MEMILUKAN




Berikut catatan Ustaz Sanusi yang mana merupakan Setpol Bekas MB Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Ab Razak tentang perjalanan PAS Kedah.

Ia membuktikan bagaimana situasi yang berlaku dalam PAS semasa Allahyarham masih menjadi pesuruhjaya negeri. Yang berpunca dari penentangan pihak tertentu antaranya Mahfuz Omar dan Ir Pahrolrazi yang kita boleh baca kisahnya sebelum ini.




Tekanan dan kesan penentangan tersebut telah membawa kepada hasrat Ustaz Azizan mahu meletakkan jawatan akibat pergolakan dalaman aantara mereka yang tidak sepatutnya berlaku dalam parti Islam tersebut.

Baca kisahnya lebih lanjut dan nilaikan sendiri adakah PAS akan menang PRK N20 Sg Limau kali ini.

Penyokong Azizan sudah pasti akan memilih untuk memberi undi kepada BN agar perbuatan kejam penentang beliau akan mendapat balasan yang setimpal !

Kenang bagaimana Hj Hadi sendiri tiba hari kedua beliau meninggal dan Anwar serta Lim Kit Siang juga tidak pergi menziarahi beliau seperti mana mereka melakukannya ketika Teoh Beng Hock mati.

Fikir-fikirkan....
read more...

PAS Bakal Tewas Di Sungai Limau - Ini Sebabnya!!!




KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) meramalkan PAS akan tewas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 yang dijadualkan 4 November nanti.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, faktor utama yang menyebabkan PAS akan tewas ialah kerana orang Melayu kini mula menolak parti itu.

Katanya orang Melayu menolak perjuangan PAS kerana parti itu banyak berdolak-dalik dalam banyak isu melibatkan kepentingan orang Islam dan Melayu.

"PAS betul-betul jadi terompah DAP. Politik PAS kejar dunia dan Islam dijadikan perkakas," katanya menerusi sms kepada Astro AWANI.

Ibrahim juga menjangkakan PAS akan tewas di Sungai Limau atas faktor pengundi luar yang dijangka tidak akan pulang mengundi kerana apa saja keputusan tidak akan memberi apa-apa makna.

Katanya jika penyokong PAS balik mengundi dan DUN Sungai Limau kekal di tangan parti itu, kedudukan kerajaan Kedah yang kini diterajui Barisan Nasional (BN) tidak akan tergugat.

"Pengundi luar tidak akan balik kerana buang masa balik untuk undi PAS yang tidak beri apa-apa faedah," katanya lagi.- SUMBER


Sementara itu, Pengerusi BN Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sebagai pemimpin parti mereka perlu mengambil tanggungjawab dalam semua urusan termasuk isu penting ketika pilihan raya. 

Beliau musykil perkara itu boleh berlaku tanpa pengetahuan pemimpin Pas sedangkan ia membabitkan isu penting iaitu risalah mengenai calon mereka untuk menghadapi PRK Dun Sungai Limau. 

"Biasalah nak lepas tangan. Jika terjadi apa-apa, jawapan mudah ialah tidak sedar ia berlaku. 

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia menjejaskan kewibawaan mereka sendiri. Mustahil pemimpinnya tidak tahu gambar itu bukan milik mereka atau diambil dari orang lain," katanya kepada media ketika melawat Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini. 

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah diminta mengulas laporan Sinar Harian hari ini yang memamparkan sekeping gambar dari risalah calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat sudah diubah suai dengan memasukkan gambarnya ketika bersama bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak di pejabatnya di Wisma Darul Aman. 



Mukhriz menunjukkan risalah calon Pas dan akhbar Sinar Harian.


Gambar asal yang dikeluarkan Sinar Harian mamaparkan Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian (ketika itu Editor Sinar Harian Utara), Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali mengunjungi Allahyarham pada 25 Mei 2011 di pejabatnya sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.
Menurutnya, sebagai contoh, pada sidang Dun lalu, apabila diberi penjelasan panjang lebar mengenai isu Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) akhirnya bangun dan mengakui tidak menyedari perkara itu berlaku. 

"Adakah ini alasan yang boleh kita terima. Sudah pasti tidak, kerana rakyat akan mempersoalkan niat sebenar mereka melakukan sesuatu perkara terutama untuk kempen pilihan raya," katanya. 

Beliau berkata perkara itu tidak patut berlaku dan perlu dihentikan segera kerana semua parti wajar bersaing secara sihat dalam pilihan raya. 

"Bertanding secara sihat. Jangan guna taktrik kotor untuk meraih undi rakyat di Sungai Limau. Kadang-kadang benda tak elok akan terbongkar juga," katanya. 

Ditanya sama ada isu itu akan mempengaruhi rakyat dan memberi kelebihan kepada BN, beliau berkata rakyat yang boleh menentukannya pada hari mengundi kelak. 

"Biarlah rakyat menilai keupayaan BN dan Pas dari segi penampilan masing-masing sepanjang tempoh berkempen ini," katanya

read more...

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top