Nuffnang

CCTV : SEBARKAN!!!!! Penyamun Masjid Hijau (Bangi) Didedahkan!!




Di saat orang sedang sibuk menunaikan solat zuhur, seorang penyamun mengambil kesempatan mencuri di dalam pejabat masjid.

Kejadian yang berlaku jam 1.38 tengah hari semalam di Masjid Al Hasanah atau lebih dikenali sebagai Masjid Hijau, Bangi ini telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam masa seminit lebih sahaja, penyamun dalam rakaman ini dilihat menyapu barang berharga yang terlihat olehnya termasuk komputer riba dan telefon pintar yang ditinggalkan kakitangan pejabat.

Berdasarkan CCTV, pejabat tersebut dipercayai tidak berkunci sekaligus memudahkan kerja penyamun ini.

Mungkin kakitangan bertugas tak sangka ada individu berhati busuk akan memasuki perkarangan masjid agaknya.

Menurut sumber tertentu, penyamun ini menaiki kereta Proton Saga berwarna emas.

Diharapkan dengan tersebarnya rakaman ini, dia akan dapat diberkas segera.

– Rem RamziSiakapKeli.com



read more...

VIDEO : Rafizi Terlondeh Di Khalayak. MALU WEI!!!





Sorry bro , kali ni lu kantoi lagi .. Tu lah siapa suruh tak zip seluar !!!
read more...

SEBAR "KEMATIAN" Wan Azizah - AMK Lapor Polis Penglibatan Orang Dalam!!!





Nampaknya pemilihan PKR kali ini diwarnai politik Kotor dan busuk dari kedua-dua kem.

Namun, yang salah lambat laung pasti akan terbongkar jua termasuklah kes tuduhan kononnya akaun fb menggunakan nama Blue Wave Army adalah milik Umno walhal bukti jelas menunjukkan akaun itu direka puak mereka sendiri dan kita sewajarnya tidak mudah terpengaruh dengan budaya kotor Pakatan yang sangat menjijikkan ini

Admin pun pelik melihat gelagat serta cara busuk pembangkang yang selama ini tak habis habis mengamalkan politik kotor yang sangat mengaib kan seperti sebelum ini risalah azmin aiskrim yang tersebar pun di salahkan umno walhal perang besar sesama mereka jelas mengkaitkan kemungkinan besar kerja mereka tapi tak habis habis cari keuntungan politik dengan memfitnah Umno

Di bawah adalah kenyataan Dr Afif Bahardin yang sekarang ini merupakan salah satu daripada calon yang bertanding untuk AMK pusat bila melibatkan pertandingan merebut jawatan maka berebut rebutlah nak cari nama tetapi kantoi yang nak memalukan umno akhirnya memakan diri sendiri walhal gambar asal tu pun sudah diketahui umum kisah dari kubur bercahaya yang gempar baru baru ini tentang seorang yang meninggal dunia penuh dengan rahmat dari yang maha esa.

DI TEGAS KAN sekali lagi bahawasanya Blue Wave Army yang menghina Wan Azizah kerja Pakatan Pembangkang sendiri untuk memburuk burukkan Umno!

Cer korang nilai sendiri print screen di bawah ini.....




Ada Akai Pakai!!!
read more...

TANGGAL PURDAH!!! Benarkah Dakwaan Pengasas Sendayu Tinggi Ini?



Bukan mudah mendidik hati.. Iman itu ada pasang surutnya, hati ini tak tetap pendiriannya.. Saya tidak mahu hati seronok bila dipuji dan tidak mahu bangga sebagai orang yang dikenali.

Berpurdah bukan budaya di negara ini dan ia lebih dikaitkan dengan Al Arqam, Pas atau anti kerajaan.. Saya memang tidak pernah menyertai Pas, Al Arqam atau mana-mana politik.

Saya tidak arif dan bukan ahli agama, niat hati hanya satu iaitu mendidik hati dan terus menyemai rasa cintakan islam..!!

Apabila berpurdah ketika itu amatlah selesa kerana orang tidak mengenali saya. Rasa selamat bila bergerak keluar dari rumah dan tidak menjadi perhatian orang ramai kemana saja saya pergi. Banyak kecaman hebat saya terima, akibat berpurdah. Antaranya kecaman yang saya terima ialah
  • Muka saya rosak akibat kosmetik yang saya pakai..
  • Kalau nak berubah kenapa nak tutup muka..
  • Kenapa pakai make up lagi kalau dah pakai purdah..

Masalah saya semasa berpurdah,
  • Saya pernah membeli siaran tajaan di stesen radio klasik nasional.. Kontrak 6 bulan, semua sudah diluluskan. Selepas bersiaran 3kali, mereka membatalkan kontrak tanpa alasan.
  • Saya ingin membeli siaran RTM & TV3 untuk mempromosikan produk keluaran ST dan JRM. Mereka tidak membenarkan berpurdah sama sekali.


Alasannya “Negara kita berbilang kaum dan agama.. Bagi menghormati orang yang bukan beragama islam maka purdah tidak dibenarkan”
Saya jawab “Bagaimana pula kalau orang islam atau bukan islam yang berpakaian seksi .. kenapa dibenarkan ?? Bukankah itu lebih teruk akibatnya dari saya menutup muka, kerana boleh menyebabkan gejala sosial yang lebih teruk, seperti merangsang keinginan seks sehingga berlakunya rogol dan zina.. Setahu saya, islam agama rasmi negara kita kan..??

Jawab mereka “ Itu saya tak tahu.. Itu pihak atasan punya arahan”.. Disini saya melihat dan merasakan hak mempertahankan maruah dan agama “Islam” itu sangat kecil jika dibandingkan menjaga hak orang bukan islam lebih bermakna dan dihormati ..

Bukan itu saja memakai Niqab juga menyukarkan urusan perniagaan dalam dan diluar negara. Mereka menganggap orang islam adalah pengganas. Semasa saya di Air Port Guang Zho saya bersolat (tiada tempat solat saya terpaksa solat ditempat terbuka) 3 orang polis merapati saya ketika solat. Mungkin melihat saya dengan purdah dan jubah hitam, manakala suami saya bersongkok putih..

Semasa bersarapan di hotel saya di datangi seorang wanita cina muslim Malaysia (Eksport Biskut) dan boleh berbahasa kantonis“Kalau nak berniaga tak boleh pakai macam ni, saya kat Malaysia pakai tudung.. Kat sini saya buka.. Terpaksa.. Mana-mana negara mereka tak mahu berniaga dengan kita”.. Saya diam tanpa sebarang komen..

Setelah 3 tahun berpurdah, saya terpaksa membuka purdah selepas meminta pandangan dan diberi penjelasan oleh 3 orang yang arif dalam hal agama. Katanya “muka dan tapak tangan bukan aurat wanita”.

Diharuskan bagi saya untuk membuka purdah jika untuk tujuan memudahkan perniagaan dan memakai purdah itu adalah sangat banyak kebaikannya dalam mengelakkan fitnah.-rozitaibrahim.com


BB : Antara Purdah Dan Perniagaan, Akhirnya Perniagaan Yang Menang? Apa pun, BB terpanggil untuk mendapatkan penjelasan dari pihak-pihak yang berkaitan seperti mana dakwaan beliau!!
read more...

Hebat...Hebat Anak Muda, Pelajar UiTM Melaka Ini!!




Perumpamaan itu sangat tepat kalau digambarkan kepada para pelajar universiti yang cukup terpikat dengan gaya rebelious Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim pada zaman pelajarnya dahulu merupakan seorang yang keciciran tetapi mendapat tempat di universiti yang tidak seberapa bilangannya kerana politik bapa dan ibunya, berjaya membentuk dan melahirkan lebih ramai pelajar universiti keciciran yang melindungi ketidakupayaan mereka itu menerusi kegiatan politik.

Sekumpulan pelajar UiTM Melaka yang diketuai oleh seorang pelajar dari Fakulti Pengajian Pengurusan Sains dan Polisi, AHMAD DANISH HAIRUDDIN akan menganjurkan dan melancarkan Majlis Mahasiswa Keadilan Negeri pada 29 April 2014 nanti di Hotel Seri Malaysia. (Maklumat dari BULETIN 247)






Berdasarkan maklumat, Ahmad Danish Hairuddin yang beralamat di No.24, Jalan Seri Banang 14, Taman Seri Andalas, Selangor dan berusia 23 tahun dan pelajar pengambilan semester kedua tahun 2011/2012, merupakan seorang yang sangat aktif dalam kegiatan politik tetapi sangat keciciran dalam bidang akademik. UiTM merupakan pilihannya setelah keputusan SPMnya hanya cukup-cukup makan.

Pada ketika para pemimpin masyarakat Cina menggalakkan anak-anak Cina agar memberikan tumpuan kepada pelajaran bagi mengubah status PTPTN mereka kepada biasiswa, nampaknya para pemimpin masyarakat Melayu, khususnya dari PKR dan PAS, bertungkus lumus berceramah dan membakar emosi agar para pelajar Melayu pula, aktif dalam politik, berdemonstrasi dan mendesak agar PTPTN dihapuskan dan mereka diberikan wang percuma untuk pelajaran yang sebenarnya tidak mereka minati selain daripada berpolitik dan menjadi macai bagi tujuan demonstrasi dan huru-hara.




read more...

HUDUD : Keluar Pakatan Kalau PAS Nak Teruskan!!!




Pimpinan DAP memberi kata dua kepada PAS sama ada meneruskan rancangan melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan atau keluar daripada pakatan pembangkang.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook berkata, PAS perlu berundur daripada pakatan pembangkang jika meneruskan keputusan yang tidak ada konsensus dalam pakatan pembangkang.




“PAS tidak boleh terus bertindak bertentangan dengan dasar bersama pakatan tetapi pada masa yang sama tetap bersandar kepada pakatan.

“Maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur daripada pakatan,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Siew Fook berkata, DAP tidak pernah dan tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud kerana ia tidak pratikal dan tidak sesuai dalam suasana masyarakat majmuk di Malaysia.

Bagaimanapun, dakwanya, pendirian DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan Hudud bukan beerti DAP menentang agama Islam ataupun anti-Islam.




“DAP tidak pernah mempersendakan hukum Islam untuk menimbulkan ketakutan ataupun phobia di kalangan orang bukan Islam terhadap agama Islam. DAP mempertahankan PAS untuk membantu PAS dalam proses mengikis ketakutan dan perasaan phobia di kalangan masyarakat bukan Islam terhadap PAS dan agama Islam supaya PAS boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia,” dakwanya.

Beliau turut mengingatkan PAS bahawa prinsip yang dimeterai dalam kerangka pakatan pembangkang setiap parti boleh mengekalkan matlamat perjuangan asal.

Namun, sebarang keputusan daripada segi pelaksanaan dasar dan undang-undang di peringkat kerajaan perlu mendapat konsensus bersama semua parti dalam pakatan pembangkang.

“Dokumen yang mengikat permuafakatan dan kerjasama ketiga-tiga parti ialah dasar bersama pakatan yang dimeterai oleh pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti dalam konvensyen pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam, Selangor,” katanya.

Justeru, tegas beliau, sebagai parti politik yang berprinsip dan bertanggungjawab, PAS perlu menghormati dan mengikuti asas-asas permuafakatan yang telah dipersetujui.
read more...

Status Terakhir FB Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi



Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi dari Ipoh, Perak dan telah meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am hari Ahad kerana menghidap kanser payudara dan merebak ke tulang sumsum serta hatinya.

Dan berikut ialah status terakhir yang elah dimuat naik di facebook miliknya 4 hari sebelum kematiannya.




Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh beliau dan dimasukkan di kalangan hamba2Nya yang solehah.... Al-fatihah. 
read more...

PEMILIHAN PKR : Kenapa Pemilihan Kali Ini Amat PENTING!!!

PEMILIHAN PKR 2014 IALAH PERSOALAN MEMBENTUK PASUKAN KE PUTRAJAYA BUKAN SIAPA MB SELANGOR SEMATA -MATA



bijak Azmin menggunakan akaun media sosial dia minta anak buahnya tanya dan dia menjawab dengan sindiran


Minggu ini akan bermulalah proses pengundian untuk Pemilihan PKR 2014 bagi negeri Sarawak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Melaka. Jumlah ini membawa kepada lebih 70 Cabang. Namun meneliti realiti walaupun ia mewakili jumlah keanggotaan yang besar namun semua hanya mensasarkan sekitar 5 ke 6 ribu sahaja anggota akan keluar mengundi.

Kempen kali ini agak sedikit berbeza, media digunakan sepenuhnya termasuk media arus perdana ini mungkin kerana jumlah pemilih yang terlibat amat besar dan berterabur menyukarkan capaian dan hanya dengan media terbuka sahaja memungkinkan capaian maksima. Ada pro dan kontra dalam perihal ini. Ada yang melihat menggunakan kempen secara terbuka ini negatif dan mereka menyerang teman - teman yang keluar dalam media perdana. 

Contohnya pasukan (Keadilanraya) Azmin Ali menyerang Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mendapat liputan termasuk TV3 tetapi serangan ini sedikit senyap apabila Azmin Ali sendiri mendapat liputan TV3 dengan kempennya disiarkan dalam Buliten Utama malah pasukan Reformasi Tulen (Khalid) membalas Keadilanraya dengan menyiarkan semula serangan yang memang sejak awal seperti muka depan Utusan dimana pasukan pro Azmin pernah mendapat liputan besar kerana isu menyerang Menteri Besar Selangor. 

Malah Datuk Kamarul Bahrain yang kini selaku Pengerusi Lembaga Rayuan dan Disiplin parti sendiri pernah keluar beberapa media termasuk media elektronik menggesa Menteri Besar letak jawatan kerana gagal walaupun dalam keadaan dia sendiri gagal selaku Pengerusi MPN PKR N.Sembilan.

serangan pasukan keadilanraya terhadap Khalid kerana mendapat tempat di media arus perdana sedikit kendur bila Azmin sendiri mendapat liputan agak selesa dalam Buliten Utama


Namun bagi che'GuBard kempen melibatkan media ini sudah tidak boleh dielakkan dan ia juga ada elemen positif kerana apa pun parti politik itu memerlukan rakyat. PKR khususnya merupakan parti yang punya jumlah keanggotaan agak kecil berbanding tapak sokongan yang besar. PKR ini jentera dan anggota kecil tetapi ia parti yang punya dokongan besar dikalangan rakyat. 

Maka seharusnya apa pun urusan dalam parti ia harus diketahui dan melibatkan rakyat. Kempen Pemilihan PKR 2014 juga harus terbuka dan harus dituju kepada rakyat juga. Biarlah nampak bergaduh sedikit tetapi kita telus bukan seperti ada pihak yang nampak utuh diluar tetapi mereput di dalam, nampak utuh kerana sama saling melindungi jenayah rompakan dana negara.

Cuma kempen seperti menyerang terus Ketua Umum dan keluarga ia amat dikesali. Contohnya serangan mereka yang kini di dalam pasukan keadilanraya lah yang pertama sekali mencipta terma Istana Segambut bagi merujuk Anwar dan Azizah sehingga terma itu menjadi porpular digunakan oleh musuh untuk menyerang parti.



contoh akaun media sosial pendokong kartel Keadilanraya (calon exco wanita pusat) yang secara terang - terang menghina DSAI dan WAWI dengan mengangkat Azmin punya ciri Presiden lebih baik



ini antara banyak contoh lagi pendokong Keadilanraya menyerang DSAI dan WAWI dengan cara musuh dengan menyebut mengenai Istana Segambut


Oleh kerana kempen terbuka maka garis kempen harus lebih luas dan ditujukan juga matlamat akhirnya apa yang rakyat dapat bukan sekadar berlegar dalam isu kecil semata - mata. Namun walau begitu ia juga harus dielak dari retorik semata mata sebaliknya praktikal dengan menyedari realiti keadaan parti dan semasa. 

Bukan sekadar slogan retorik tetapi ia harus menjawab persoalan permasalan dalam parti selama ini seperti isu calon PRU yang sehingga malam sebelum pencalonan bertukar kerana ia bukan kem tertentu. Isu PR satu logo sehinggalah kebajikan anggota bawah.



Ramai tidak lupa ketika rakyat 'all out' untuk kempen melawan penipuan PRU
'Blackput 505' , Azmin sanggup mencurah air ke api kebangkitan rakyat hanya kerana kecewa selepas  PRU kononya Anwar tidak tunai janji mengenai jawatan MB


Hasil dari pandangan orang ramai mereka agak sedikit gusar melihat pertembungan Pemilihan PKR 2014 kini di mana pada persepsi ramai ialah pertembungan merebut kedudukan MB Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim yang sebelum ini agak sedikit ditujah dengan imej kedekut dan berkira tiba - tiba keluar dari imej tersebut menjelajah dari hotel ke hotel mengadakan pertemuan dan jamuan bertemu anggota di bawah bagi mengikis imej sebelum ini. 

Namun ia tidak mudah mengikis imej itu dan pasukan Keadilanraya menggunakan garis kempen yang membuat ramai terfikir bagaimana anggota di negeri lain hendak mendapat manafaat dari jawatan Menteri Besar sedangkan di dalam Selangor sendiri orang PKR sukar dan orang Umno masih selesa kerana arahan MB yang berbunyi tidak ada rekemendasi politik diterjemahkan oleh pegawai kerajaan dengan abaikan semua orang PKR. Begitulah cekapnya Keadilanraya mematahkan kempen turun padang Khalid.

Palinglemah dalam gerakan pertemuan di bawah ini kelihatan Saifuddin tertinggal ke belakang. Ketika dua pasukan lagi menjelajah dari hotel ke hotel, paling tidak restoran ke restoran sebaliknya Saifuddin menggunakan jaringan teman - teman hanya mampu memanafaatkan pejabat dan pusat khidmat parti sebagai medan dialog dan pertemuan. Namun sentuhan terus dalam kumpulan kecil tetapi kerap ini dilihat lebih telus dan berkesan.



adakah Azwan Ali juga digunakan untuk kempen Azmin untuk MB


Persepsi ramai pula melihat Pasukan Keadilanraya hanya berminat untuk penumpuanya merampas kerusi MB Selangor semata - mata. Ia dilihat berkisar dalam politik Selangor. Lihat kartel mereka Azmin Ali calon Timbalan Presiden (Gombak) , Zuraidah Kamaruddin, calon Ketua Wanita (Ampang), Amiruddin Shari, calon Ketua AMK (Gombak), Lee Chin Cheh, Calon Naib Presiden (Adun yang meletak jawatan di Kajang), Haniza Talha, Calon Timbalan Ketua Wanita (PJS) dan begitulah pasukan keadilanraya majoritinya dianggotai dan berkubu di Selangor. 

Ramai melihat ini kerana tumpuannya ialah merampas kerusi MB Selangor semata - mata dan disatu pihak hanya untuk mempertahankan kerusi MB Selangor pula. Jika ini benar maka ia amat tidak sihat. 



Azmin mengamalkan politik matang? Lihat sahaja bagaimana dia berbalas masej di media sosial secara terbuka dengan 'budak - budak' nya. Tanpa susah meneka andartu yang dimaksudkan ialah Faekah dan orang tua yang suka andartu itu ialah Khalid Ibrahim.

Soalnya sekarang sejak 2008 sehingga kini antara punca masalah dalam PKR ialah perebutan kerusi MB Selangor itu. Tanpa menafikan sewajarnya sedikit perubahan perlu segera di buat di Selangor. Ia perlu ditadbir secara berpasukan bukan hanya sekumpulan kecil lembaga pengarah. 

(klik sini Selangor harus ditadbir secara berpasukan) Ayat YB Yeo Bee Hin (ADUN DAP Damansara Utama) dalam sidang DUN yang lepas yang menyatakan rundingan air umpama dalam kotak hitam yang ADUN penyokong kerajaan pun tidak ketahui apa perlu diambil ikhtibar. Khalid juga harus sedar dia duduk disitu kerana PKR dan banyak perkara perlu diselaraskan semua bersama PKR dan PR itu sendiri.

Sampai bila parti yang punya masa depan cerah, tapak sokongan besar dan agenda reformasi yang jelas untuk rakyat harus terperangkap dengan masalah perebutan di Selangor. Anggota parti seluruh negara harus putuskan untuk semua ini dihentikan segera. Parti ini seharusnya berkembang pantas selepas PRU 2008 tetapi percaturan di Selangor yang tidak kesudahan telah mengakibatkan banyak usaha baik teralih tumpuan. Ia bukan hanya persoalan Selangor semata. 

Adakah kita cukup berpuas hati dengan punya Selangor ? Sudah tentu tidak agenda perubahan perlu sampai ke Putrajaya.

Selain itu parti ini bakal berdepan cabaran besar khususnya jika benar Anwar dipenjarakan regim penguasa. Seorang Timbalan garis tengah yang praktikal harus wujud. Pertembungan keras Khalid dan Azmin harus dikendurkan dengan agihan gerak kerja dan peranan selepas pemilihan. Penumpuan gerak kerja harus jelas. Timbalan Presiden juga harus punya rekod kerjasama baik dengan teman - teman pimpinan utama PR.

Untuk itu saya selaku anggota biasa PKR tanpa ragu mengajak semua untuk mengundi Saifuddin Nasution Ismail untuk jawatan Timbalan Presiden. 





BB : ini bukan apa yang BB kata, tapi blogger PR yang kata!!!
read more...

KOTOR DAN BERKULAT!!! 4 Kopitiam Diarah DITUTUP!!


Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengarahkan empat kopitiam di negeri ini ditutup mulai semalam kerana membiarkan lantai dan dinding premis mereka kotor dan berkulat.

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Ku Nafishah Ku Ariffin berkata tiga daripada premis itu terletak di Bukit Mertajam dan sebuah lagi di Butterworth.



Gambar Hiasan


Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengarahkan empat kopitiam di negeri ini ditutup mulai semalam kerana membiarkan lantai dan dinding premis mereka kotor dan berkulat.

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Ku Nafishah Ku Ariffin berkata tiga daripada premis itu terletak di Bukit Mertajam dan sebuah lagi di Butterworth.

"Operasi semalam bertumpu kepada kopitiam, restoran dan gerai yang menyediakan sarapan pagi. Kami dapati peniaga lebih menumpukan kebersihan proses penyediaan makanan manakala aspek kebersihan kawasan premis diabaikan.

"Penggunaan papan pemotong kayu masih menjadi kesalahan popular selain membiarkan tikus dan lipas berkeliaran dalam ruang memasak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, premis berkenaan diarah tutup dalam tempoh 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan pemiliknya harus menjalankan kerja pembersihan sebelum diperiksa sekali lagi. 

- Bernama
read more...

PEMILIHAN PKR : Blogger PR - Akaun Palsu Saling Serang Menyerang Antara Kem!!!




Akaun Twitter palsu yang dibina untuk menyerang lawan masing-masing. Kempen untuk pemilihan kepimpinan PKR mula menampakkan kehodohannya apabila pihak yang berlawanan saling serang menyerang bahkan akaun palsu dibuat untuk memfitnah lawan masing-masing.

Ia berlaku 48 jam menjelang pemilihan PKR bermula Sabtu ini yang bakal berlangsung di beberapa negeri.

Menurut Edy Noor Reduan, pemerhati tidak rasmi pemilihan ini daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), satu akaun Twitter palsu bernama "Masa Depan Bersama" yang menjadi tema kempen tiga pemimpin PKR dibentuk untuk memfitnah mereka.

Bagi beliau, ia tindakan terdesak dan panik kehilangan jawatan.

“Masa Depan Bersama” adalah tema kempen untuk calon timbalan presiden PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail bersama dua calon naib presiden iaitu Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar.

Melalui Twitter palsu itu, ketiga-tiga mereka seolah-olah berkempen memburukkan Azmin dengan mengungkit laporan media massa sebelum ini yang mengatakan kononnya Azmin melakukan tidak bermoral dengan seorang perempuan di dalam sebuah tandas.

"Apakah ahli parti mahu pemimpin yg terpalit dgn skandal seks makan aiskrim dalam jamban? Bukalah mata dan marilah kita buat perubahan!" tulis Twitter daripada akaun “Masa Depan Bersama”.

Pejabat Nurul Izzah dan Rafizi Ramli kemudiannya menghantar satu tweet yang memaklumkan mereka tidak tahu menahu mengenai akaun Twitter itu.

"Harap maklum & mohon sebarkan: Akaun Twitter @MasaDepanBersama tiada kena mengena dengan YBs @n_izzah @saifnasution & @rafiziramli.”
Rafizi juga melalui Twitternya membuat penafian yang sama.

"Modus operandi ini pernah digunakan dalam pemilihan 2010 dan tidak mustahil ia dilaksanakan semula oleh kumpulan yang sama," kata Edy Noor dalam satu kenyataannya.

Sebelum ini, Azmin dalam satu kenyataannya menyerang tindakan Saifudin, Rafizi dan Izzah yang disifatkannya membentul “kartel” dalam pemilihan kali ini.

Namun, Azmin juga dilihat membentuk 'kartel' yang sama apabila membentuk pasukan bersama calon Ketua Wanita, Zuraidah Kamarudin dan calon ketua Pemuda, Amiruddin Shaari.

Walaupun tidak diumumkan terus-terang, namun gambar kempen menunjukkan mereka bersama bergerak ke sana sini.

Namun begitu ramai yakin pemilihan PKR kali ini bukan berdasarkan kumpulan kerana ramai memilih individu bukan kerana kumpulan yang disertainya.

Seorang bloger PKR, Omakkau misalnya memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk presiden (sekarang tinggal Datuk Seri Dr Wan Azizah sahaja selepas Anwar menarik diri) dan Azmin sebagai timbalan.

Namun untuk ketua Wanita, beliau memilih Rodziah Ismail bukannya Zuraidah yang bersama dalam pasukan Azmin.

Untuk ketua Pemuda pula, beliau memilih Amiruddin yang berada dalam kem Azmin namun bagi naib, beliau memilih Fuziah Salleh, Nurul Izzah, Tian Chua, N Surendran dan Rafizi Ramli.

Proses pemilihan PKR akan diadakan mengikut zon. Minggu pertama akan diadakan pada 25 hingga 27 April melibatkan Sarawak, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Minggu berikutnya disusuli dengan Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 2 hingga 4 Mei.

Minggu terakhir akan melibatkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang diadakan pada 9 hingga 11 Mei.

Keputusan dijangka akan diperoleh pada malam 11 Mei.

read more...

HOT!!! GAMBAR Cubaan MANDI Di Rumah MB Selangor!!!

Masih tidak berpuas hati, lelaki cuba mandi di rumah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim menghantar gambar di bawah melalui applikasi WhatsApp.




"MB (Menteri Besar) Tidur!! Mana hak kami. Kembalikan hak kami (Daripada penduduk Flora)




Suara rakyat sudah mula kedengaran. Kain rentang itu dipercayai ditulis oleh penduduk Flora Damansara, Petaling Jaya, SELANGOR. 

Sejak Mac lalu, bekalan air dicatu, kekadang tidak mengikut jadual.




"Saya harus mengajak semua penduduk di Flora Damansara untuk membawa sabun serta tuala untuk mandi di rumah Khalid di Shah Alam. Tatkala rakyat Selangor menanti bekalan air seperti menunggu buah tidak gugur, bekalan air di rumah MB tidak dicatu. Senang sungguh menjadi MB, urusan harian dia dan keluarga tentunya tidak terganggu. Kami rakyat Selangor masih terus merana," catat lelaki itu.

Kalau pemimpin parti sekutu Parti (kononnya) Keadilan Rakyat sudah berpandangan begitu, tidak munasabah jika majoriti pemimpin dan penyokong Barisan Nasional hanya diam seribu bahasa.

BACA LAGI DI SINI
read more...

LOGO HALAL PALSU : 50 Syarikat Dikenalpasti!!!


Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) mendakwa terdapat kira-kira 50 syarikat telah dikenal pasti menggunakan logo halal palsu dalam produk yang dikeluarkan mereka, khususnya produk berkaitan makanan kesihatan. 

Presiden LPKPM Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya mendakwa hasil tinjauan mereka mendapati produk makanan kesihatan yang dijual di pasaran, terutama di sekitar ibu kota dan Kepong, menggunakan logo halal palsu.



Guna Logo Halal Palsu: 50 Syarikat Didakwa



“Tinjauan di beberapa pasar raya terkenal di ibu kota mendapati ada produk ‘bak kut teh’ dikategorikan sebagi halal dengan mempunyai logo halal. 

“Pihak kami menerima enam aduan daripada orang ramai untuk menyemak produk yang ada dalam pasaran bagi memastikan sama ada ia halal atau tidak,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini. 

Beliau juga mendakwa terdapat dua syarikat di Selayang bergiat aktif mengeluarkan logo palsu kepada syarikat yang mengeluarkan segelintir produk termasuk produk makanan kesihatan dan kosmetik.

Sehubungan itu Saharuddin meminta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengambil tindakan sewajar terhadap syarikat yang terlibat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. 

“Menggunakan logo halal palsu yang tidak pernah diiktiraf dalam apa sahaja aspek adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan denda yang tinggi,” katanya. 

Beliau berkata pemantauan Jakim amat penting supaya pengguna tidak tertipu dan logo halal digunakan mengikut undang-undang yang ditetapkan. 

Orang ramai juga perlu lebih berprihatin ketika membeli sesuatu produk dan perlu mendekati bantuan Jakim jika mempunyai sebarang keraguan. 

Sementara itu, jurucakap Jakim ketika dihubungi Bernama berkata, jabatan itu dan Jabatan Agama Islam Negeri adalah pihak yang berautoriti memberi pengesahan halal terhadap pengeluar produk dan premis. 

“Adalah satu kesalahan memperdaya atau mengelirukan pengguna dengan mempamer atau menggunakan apa-apa logo dan ungkapan halal seperti penggunaan ayat suci Al-Quran atau sebarang objek berhubung agama Islam sama ada di premis di mana makanan dijual atau pada bekas makanan yang dijual. 

“Jika betul syarikat tersebut menyalahgunakan logo halal, maka tindakan akan diambil dibawah Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya. 

Katanya sebarang produk berkaitan bak kut teh termasuk rempah sup tidak dikategorikan sebagai makanan halal dan orang ramai perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi tindakan lanjut. – Bernama
read more...

FITNAH!!! Mazidul Akmal Sidik DILAGAKAN Dengan Rakyat Sarawak!!


"Orang serawak masih mengguna cawat dan tinggal di atas pokok di bahagian pembangkang..alhamdulillah di tompok pimpinan bn hidup mereka berubah"

Macam-macam hal!!! Penipuan akaun falsu (fake account) nampaknya dah menjadi perkara biasa. Dan terbaru, wartawan Mazidul Akmal Sidik turut terkena dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan beliau dengan penduduk negeri Sarawak.


Jom kita ikuti penjelasan dari beliau :

Satu akaun palsu telah dibuka menggunakan gambar saya. Terima kasih kepada rakan facebook dari Sarawak, Prinz Azlan kerana memaklumkan saya sebentar tadi.





Nama saya, Mazidul Akmal SIDIK, bukan SIDEK.

Jika diteliti status di atas, SARAWAK dieja SERAWAK. Tiada negeri SERAWAK di Malaysia. Manakala lebih pelik lagi, perkataan TOMPOK tidak sesuai digabungkan dengan PIMPINAN.

TOMPOK PIMPINAN?


Pencipta akaun terbabit, tersilap.

Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu. Kaedah semikian bukan stail penulisan saya. Rakyat Bumi Kenyalang, usah terlalu mudah diperdayakan kelompok sentiasa cuba memecah belahkan hubungan kita.

Akaun sebenar facebook saya, klik Mazidul Akmal.

Page saya, klik Mazidul Akmal Sidik
read more...

VIDEO : Panggilan Hangit Buat Cikgu Izzuddin - Memang KAW PUNYA!!!




"What the fish? What the fish? Oh! My Ghosh!!!"

Itu antara ungkapan yang keluar dari seorang individu yang dikenali sebagai Cikgu Izzuddin atau Encik Izzuddin pagi tadi dalam satu rancangan Panggilan Hangit yang dimainkan di radio HOT FM. 

Rancangan ini memang "HOT" la bagi BB. Macam-macam kerenah dan respon dari peminat yang dihubungi oleh krew panggilan hangit ni. Tapi panggilan hangit kali ini memang "BESTTTT". 

Layannn.....

read more...

VIDEO : Apa Hak Wanita Ini Memaki Hamun Pekerja PLUS!!!!


Korang puas hati dengan perkhidmatan PLUS? For sure majoriti yang akan mengatakan mereka AMAT-AMAT TIDAK BERPUASHATI kan?

Tapi Apa hak kita untuk memaki serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pekerja atau petugas PLUS yang juga seperti kita - cari makan. Bukan diorang yang membuat keputusan dan juga menentukan itu ini dalam PLUS tu?




Sebenarnya BB sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh wanita di dalam rakaman ini? Sekadar menunjukkan KEBODOHAN serta KEBIADABAN diri sendiri je. 

Ker macam mana? Apa Komen?


- BACA LAGI DI SINI
read more...

VIDEO : KANTOI!!! Kopi "SUSU SEGAR" Buat BOS!!!





Seorang Setiausaha pejabat akhirnya dibuang kerja oleh majikannya gara-gara "kantoi" menyediakan kopi menggunakan susu "semulajadi". Perbuatan setiausaha ini berjaya dirakam melalui CCTV yang diletakkan di penjuru ruang pantry pejabat tersebut.

Rakaman CCTV tersebut akhirnya diupload di YOUTUBE bertajuk : 

Secretary Made Cofeemilk for her Boss By Her Breastmilk





Hish!!! macam-macam........
Kalau Korang macam mana?
read more...

KISAH MENYAYAT HATI : Mengapa Anak-Anak Yatim Ini Diperlakukan Begini???



LIHAT LAH AIR MUKA ANAK ANAK INI………..

Agak terkilan membaca sebuah kisah benar tentang hakikat penindasan anak yatim semasa berlangsungnya satu majlis makan malam melibatkan orang kenamaan.
Siapa sangka sampai macam begitu sekali orang kenamaan mengherdik anak yatim ini. Jika tak mampu nak prihatin atau jaga diorang, janganlah menyusahkan diorang. Berdosa. Apa pun bacalah perkongsian yang amat menyedihkan di bawah ini: 

Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Itu kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Namun semuanya berakhir tidak seperti yang dijanjikan. Bermula sekitar 3 minggu sebelum itu, seorang Dato’, wakil dari Yayasan datang ke rumah kami. 

Pada mulanya, agak angkuh bahasanya kerana beliau katakan melalui wakil kami En. Pitry Datuk Bahrim yang beliau sangat sibuk jadualnya dan jika beliau terasa nak datang, beliau akan datang sahaja. Di situ saja kami sudah terpaksa mengurut dada bersabar dan bersangka baik, beliau mungkin ada banyak urusan. Maka, kami kompromi untuk menyesuaikan diri kami mengikut masa Datuk ini. 

Jika diikutkan, kami tidak harap pun untuk terlibat dalam majlis yang bakal dianjurkan tetapi kami melihat sebagai satu jemputan yang mana mereka berkehendakkan anak-anak kami untuk memeriahkan majlis malah menyanyikan 2 buah lagu dalam koir. 

Pertemuan pertama ditangguh banyak kali, begitu juga pertemuan lain yang diaturkan juga ditangguh dan dan dibatalkan tanpa notis atau dengan notis minit akhir sedangkan anak-anak kami telah buat persiapan sepanjang hari untuk kononnya menunjukkan progress latihan lagu-lagu yang diminta untuk dinyanyikan. 

Lebih dari 4 kali berjanji semuanya tidak ditepati. Nak kata ON pun tidak, nak kata CANCEL juga tak pasti. Beberapa kali anak-anak menunggu sepanjang hari sampai ke lewat malam kerana Si Datuk janji nak datang tengahari. Hancur semua program kem cuti sekolah gara-gara acara ini. 

Dalam kesabaran anak-anak diuji begitu sekali, Datuk yang memetik nama Tuanku Sultanah Haminah membawa titah meminta anak-anak memainkan lagu “Minta Sedeqah” yang bertajuk “Tolong Kami” dendangan asal Allayarham Tan Sri P. Ramlee. Anak-anak kami sudah kami didik untuk tidak meminta-minta. Furqan mereka mengatakan, adakah wajar kami nyanyikan lagu ini? Namun kami pujuk mereka mengatakan lagu ini kita nyanyikan UNTUK PIHAK YAYASAN yang mahu mengutip derma, bukan kita. 

Di dalam benak kami, masih kami berbaik sangka sedang pada ketika ini kami sudah lihat seperti ada yang tidak kena. Bukanlah kami ini sombong kerana tidak meminta derma. Tetapi kami lebih suka berbuat sebaiknya, dan jika ada yang simpati dan suka, mereka boleh memberi dengan ikhlas atas dasar kasih suci kerana Allah, bukan kerana kami meminta-minta. 

Begitulah seterusnya, pelbagai janji kunjungan untuk pemeriksaan latihan, latihan bersama combo DBKL, pertemuan bersama composer, mesyuarat protocol, nak bawa anak ke Istana dan entah apa-apa, kesemuanya dibatalkan tanpa notis. 

Kehadiran terakhir Dato’ ini beberapa hari sebelum majlis membawa titah lagi, iaitu minta anak berlatih lagu Yayasan terkini oleh Dato’ Siti Nurhaliza yang bernada tinggi kerana beliau tidak dapat hadir. Hancur suara anak-anak sampai ada yang sakit tonsil, ada yang demam termasuk vokalis utama. Kem Cuti Sekolah yang menjadi rutin tahunan kami kepada anak-anak kami tergendala sepanjang 3 minggu untuk latihan koir dan MENUNGGU janji yang tidak ditepati oleh munafik ini. 

PADA PETANG MAJLIS Program rehearsal protokol adat istiadat dan latihan bersama okestra DBKL yang dijanjikan jam 10 pagi ditunda jam 1 ptg. Itupun tertangguh lagi. Lagu “Ampuni kami” yang diminta telah dibatalkan. Lagu itu mungkin terlalu Islamik, mencacatkan majlis kerana mereka belum bersedia untuk beristighfar lagi agaknya. 

Lagu “Tema Yayasan” yang membuatkan anak-anak demam dan pecah suara turut dibatalkan. Yang diminta ialah lagu “Minta sedekah”. Itu pun di’trimmed’ menjadi 3 ++ minit dengan versi mereka, bukan versi yang kami latih anak-anak. Segalanya harus dirombak semula dalam masa beberapa jam itu juga. Janji untuk latihan secara live bersama Okestra juga mendukacitakan. Kami diberi rakaman minus-one yang entah apa-apa. 

Mereka sibuk melatih Jamal Abdillah, Jaclin Victor dan seorang penyanyi India. Anak-anak kena jadi pak pacak berdiri memerhati penyanyi Diva berlatih. 

Hampir jam 7, mereka kata masa dah tak ada. Anak-anak tak perlu berlatih dengan Okestra. Kami kata apa sudah jadi? Lagu diubah senikata, nada dan kunci. Semua 3 lagu yang dilatih dibatalkan semuanya. Akhirnya dapatlah berlatih HANYA 1 KALI bersama okestra. Nak minta tambah mikrofon pun mereka tak bagi. Datuk menjanjikan 3-4 buah bilik yang akan menjadi tempat berehat dan persiapan anak-anak lelaki dan perempuan sebelum persembahan. 

Makan pagi dan tengahari tak perlu risau katanya kerana ia juga telah disediakan. Datuk juga dengan yakin menjanjikan meja anak yatim di barisan depan, sebaris meja utama Tuanku Sultan. Anak-anak ini akan diraikan sebagai VVIP dalam majlis itu. Nama majlis itu sendiri adalah untuk meraikan anak-anak yatim kononnya. 

Berubah dari janji awal jam 10 am, kami dipanggil jam 12 tengahari untuk mengadakan rehearsal penuh bersama combo DBKL dan mesyuarat protokol pada jam 1 petang. Kami diingatkan untuk tidak lewat agar tidak menjadi masalah kepada Pegawai Protokol Istana sedangkan beberapa kali pegawai protokol dan combo DBKL janji untuk hadir ke RPWP terus senyap begitu saja..! 

Sebelum jam 12 tengahari, kami sudah berada di sana. Pada ketika ini, kami terbiar terkontang kanting sendirian apabila Datuk yang menjadi individu pengatur kami di sana gagal dihubungi. Telefon tidak berangkat, mesej tidak berjawab. Keadaan berterusan sehingga beliau sendiri muncul pada sekitar jam 4 petang. Waktu itu anak-anak sudah kelaparan dan bergelimpangan atas lantai tepi tandas. 

Anak-anak diberikan satu rakaman dan memaksa mereka ikut rentak baru yang diringkaskan itu, nada dan senikata semua kena ubah semula. Kami yang hadir awal akhirnya tiada taklimat protokol dan juga tiada rehearsal selain penyelarasan mikrofon sahaja. Dengan Datuk masih terus gagal dihubungi, 36 orang rombongan yang DIJEMPUT SEBAGAI VVIP ini menjadi gelandangan di tepi tandas lobi bawah berhadapan dengan ballroom yang mewah. 

Anak-anak sudah mengeluh lapar dan makanan di hotel kesemuanya terlampau mahal untuk kami beli. Bilik yang dijanjikan juga tiada, menyebabkan anak lelaki dan perempuan terpaksa menjadi gelandangan di atas karpet hotel sementara menunggu jam 6 petang untuk waktu rehearsal yang BARU. 

Pada mulanya, di luar ballroom itu ada juga beberapa set sofa untuk kami 35 orang menunggu dengan perut yang kelaparan, tetapi sehingga jam 2.30 petang, pihak hotel telah mengalihkan kesemua sofa yang tinggal untuk di bawa ke tempat lain. 

Barangkali itu cara mereka mengusir kita dari bersidaian di lobi itu dan mencemar pandangan ‘orang-orang tertentu’. Tambahan pula lobi itu menjadi persiapan satu parti sosial yang macam “sial” lucahnya. Anak-anak geleng kepala, bagaimana majlis Ketua Agama Negara dibuat di tempat dan masa yang sama dengan majlis maksiat yang bertelanjangan dan mabuk-mabuk semuanya? 

Kami tiada pilihan selain menunggu dengan bersila di atas lantai. Lebih memalukan, di antara 36 orang ini ialah Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin, Dr. Haji Masjuki Mohd Musuri yang dahulu adalah usahawan yang berjaya. Sekadar Shangri-La bukanlah sebuah hotel yang asing pada beliau. 

Beliau sendiri memfakirkan kesemua kekayaan dan segala harta yang ada pada beliau termasuk diri beliau sendiri untuk pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin DISOKONG oleh 19 lagi “co-founder” yang lainnya. Dr. Masjuki masih tenang sambil berbaring di lantai dek kerana kepenatan dalam mempersiapkan anak-anak selama tempoh 3 minggu. 

Salah seorang dari co-founder mencadangkan kepada beliau untuk balik dan tidak beserta dalam program makan malam yayasan itu. Dr. Masjuki menjawab, ikutkan hati begitulah juga. Tetapi kerana hormat akan Tuanku Sultanah dan prinsip mendaulatkan Sistem Beraja, beliau telan sahaja layanan buruk yang sedang berlaku ketika itu.




Seolah-olah kehadiran kami di sana tidak wujud dan tiada siapa yang kisah sekumpulan 36 orang dari Rumah Pengasih Warga Prihatin ini menjadi gelandangan di situ. Tiada yang prihatin untuk tanya sudah makan ataupun belum. Perut anak-anak sudah berkeroncong. Setelah pasti tiada lunch dari Dato’ penganjur yang tidak nampak muka, kami terpaksa menghantar wakil untuk mencari makanan luar. 

Jam 4 petang, wakil kami pun berjalan lebih 2km untuk mencari makanan yang wajar untuk mengalas perut anak-anak. Dalam menunggu makanan itu sampai, Datuk dari Yayasan itu tiba-tiba muncul. Tidak ada bahasa lagi kerana kehadiran beliau terus meluru kepada anak-anak untuk dipalau memalu kompang, bukan nak tanya dah makan ke belum? Dah dapat bilik ke belum?. 

Beliau hanya memeriksa apa yang beliau rasa perlu untuk persembahan malam itu. Tidak pula beliau menemui, jauh sekali meminta maaf terus kepada Dr. Masjuki, seorang OKU yang jelas dilihat terbaring di lantai penjuru dinding itu. Jam 5 petang kami diberikan 2 bilik kecil. Sebaik saja kami anak beranak mula makan makanan yang dibeli setelah berjalan merata bandar itu, 5.30 petang baru kami dijemput ‘makan tengahari’. Rehearsal pula akan bermula jam 6 petang. 

Itu bermakna, tiada rehat langsung. Kami ambil keputusan hanya anak-anak nisak dan ibu-ibu saja turun makan, yang lain cukup alas perut makanan yang telah dibeli. Jelaslah satu pembuktian dari sangkaan kami bahawa insan ini hanya memikirkan tentang ‘perutnya’ sahaja tanpa mengira akan kebajikan dan perasaan orang lain. Minta maaf diberikan lebih kurang sahaja. Mungkin malu YANG AMAT BESAR lalu mereka berdua tidak berani berhaapan dengan co-founder, sampai kami pulang.



 Baca Lagi DI SINI
read more...

PANASS!!! DAP Dah Tunjuk Taring, Khalid Ibrahim Bakal Dipecat!!!




Nampaknya DAP dah mula main peranan dalam pemilihan PKR kali ini.

Terbaru, Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun atau lebih dikenali sebagai YB Jeff Ooi hari ini secara terbuka menemplak Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim berkenaan krisis air di dalam laman sosial Facebook beliau. Beliau turut menggunakan bahasa tidak sopan sebagai Ahli Parlimen yang meminta agar TS Khalid Ibrahim dipecat seraya menggunakan ayat "Sack that bugger".

Perkembangan ini nampak menarik dengan apa yang berlaku semalam apabila Anwar Ibrahim telah menarik diri dari pencalonan Presiden PKR menjadikan isteri beliau, Wan Azizah kekal sekali lagi sebagai Presiden PKR. Mungkin ada perancangan sulit untuk menjatuhkan TS Khalid Ibrahim dari kerusi Menteri Besar Selangor serta menaikkan ADUN Kajang yang baru dipilih ini.

Keduanya, saranan YB Jelutong ini ada juga asasnya. Cumanya, tidak boleh sekadar menghalakan senjata terhadap TS Khalid seorang diri menghadapi krisis air. Sekiranya betul beliau perlu dipecat, barisan EXCOnya termasuk dari parti DAP sendiri wajib dipecat juga. Persoalannya, siapa yang boleh memecat TS Khalid Ibrahim? Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam parti atau isterinya Presiden PKR? Jangan lupa TS Khalid Ibrahim mempunyai kuasa yang amat ampuh iaitu membubarkan DUN Negeri Selangor dengan perkenan Baginda Sultan Selangor.


read more...

Kalau Hujan Tapi Tak Ambil Air Hujan Tu Kira Pemalas - Exco Selangor

MAcam ni punya EXCO pun ada ka? Langsung macam orang yang takde akal.

Kita tahu rakyat Selangor sedang marah pasal isu air. Tapi dorang tengah tahan sabar. Kita pun tahu depa dok perhatikan aje isu air di Selangor. 

Kita pun tahu rakyat Selangor tengah angin satu badan isu catuan air tetapi dorang masih lagi didik diri untuk bersabar dengan meneliti setiap pelan tindakan susulan dari kepimpinan Khalid.




Jika yang bercakap itu adalah Najib, Muhyiddin, menteri2 ataupun pemimpin2 BN mesti kenyataan tersebut dah jadi kontroversi bagai.

"Sebagai didikan juga kepada rakyat, kalau pada diri saya sendiri lah, dalam keadaan tiada air paip tetapi hujan lebat, kita boleh simpan air hujan untuk kegunaan selain makan minum. Ambil peluang masa hujan ini. Jangan bergantung 100 peratus pada air paip. Kalau saya sendiri tidak ambil air hujan ini dalam keadaan air paip saya tak ada, apa yang saya boleh kata pada diri saya selain 'malas'".

Semua orang duduk rumah landed di Selangor.
Semua orang tak pergi kerja dan hanya duduk rumah.
Semua orang mampu angkat air berat dari bawah sampai ke atas.
Semua appartment mempunyai reka bentuk yang sama. Yang mana boleh tadah air hujan walaupun dari atas.
Semua orang boleh letak baldi kat luar rumah dan ia takan hilang atau kacau laluan orang.

Itulah yang aku nampak dengan kenyataan di atas. - SUMBER


read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top