Nuffnang

HUDUD : Keluar Pakatan Kalau PAS Nak Teruskan!!!




Pimpinan DAP memberi kata dua kepada PAS sama ada meneruskan rancangan melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan atau keluar daripada pakatan pembangkang.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook berkata, PAS perlu berundur daripada pakatan pembangkang jika meneruskan keputusan yang tidak ada konsensus dalam pakatan pembangkang.




“PAS tidak boleh terus bertindak bertentangan dengan dasar bersama pakatan tetapi pada masa yang sama tetap bersandar kepada pakatan.

“Maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur daripada pakatan,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Siew Fook berkata, DAP tidak pernah dan tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud kerana ia tidak pratikal dan tidak sesuai dalam suasana masyarakat majmuk di Malaysia.

Bagaimanapun, dakwanya, pendirian DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan Hudud bukan beerti DAP menentang agama Islam ataupun anti-Islam.




“DAP tidak pernah mempersendakan hukum Islam untuk menimbulkan ketakutan ataupun phobia di kalangan orang bukan Islam terhadap agama Islam. DAP mempertahankan PAS untuk membantu PAS dalam proses mengikis ketakutan dan perasaan phobia di kalangan masyarakat bukan Islam terhadap PAS dan agama Islam supaya PAS boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia,” dakwanya.

Beliau turut mengingatkan PAS bahawa prinsip yang dimeterai dalam kerangka pakatan pembangkang setiap parti boleh mengekalkan matlamat perjuangan asal.

Namun, sebarang keputusan daripada segi pelaksanaan dasar dan undang-undang di peringkat kerajaan perlu mendapat konsensus bersama semua parti dalam pakatan pembangkang.

“Dokumen yang mengikat permuafakatan dan kerjasama ketiga-tiga parti ialah dasar bersama pakatan yang dimeterai oleh pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti dalam konvensyen pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam, Selangor,” katanya.

Justeru, tegas beliau, sebagai parti politik yang berprinsip dan bertanggungjawab, PAS perlu menghormati dan mengikuti asas-asas permuafakatan yang telah dipersetujui.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top