Nuffnang

MEMAHAMI ERTI BELIA : MENURUT AKTA

<iframe width="347" height="240" src="http://www.youtube.com/embed/rR_ug-fM__k" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, “aktiviti belia” ertinya apa-apa aktiviti melibatkan belia yang antara objektifnya termasuklah yang berikut:
(a) untuk membina peribadi belia;
(b) untuk meningkatkan kesetianegaraan di kalangan belia;

(c) untuk menyebarkan prinsip-prinsip Rukun Negara;

(d) untuk mewujudkan kesedaran di kalangan belia terhadap unsur dan nilai negatif;
(e) untuk membolehkan belia mempunyai kesedaran terhadap kebudayaan, alam sekitar, sukan, kesihatan, kerohanian dan kebajikan sosial;
(f) untuk memberikan peluang bagi penyertaan belia dalam program pembangunan komuniti bandar dan luar bandar;

(g) untuk memberikan peluang bagi latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan; dan
(h) untuk membantu belia menyesuaikan diri dan membentuk sikap positif dalam menghadapi cabaran dan desakan hidup melalui penggunaan komponen pendidikan dan kemahiran hidup;

Manakala “badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan” ertinya suatu pertubuhan belia yang didaftarkan di bawah Akta ini dan diiktiraf sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan di bawah seksyen 49;

Sementara itu, “belia” ertinya seseorang yang berumur tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun.

Maklumat Lanjut mengenai AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007, sila layari http://www.kbs.gov.my/dokumen/pekeliling/akta_Belia_bm.pdf
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top