Nuffnang

VIDEO : ASTAGHFIRULLAH AL AZIM!!! PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN SEKOLAH AGAMA PULA YANG BERGOMOL!!

YA ALLAH!!! Apa dah jadi dengan pelajar sekarang? Tanpa mengira tempat tanpa mengira jantina. Adakah sekolah telah bertukar menjadi tempat latihan bertomoi sekarang?

Terbaru, video ini menunjukkan pergaduhan di antara pelajar lelaki dan perempuan. Dan kalau mengikut cara berpakaian, jenis sekolah ini adalah sekolah agama.

BB tak mahu menuding jari kepada sesiapa, cukuplah sekadar menjadi peringatan kepada BB sendiri agar sentiasa memantau dan memerhati perkembangan anak-anak BB agar dijauhkan dengan perlakuan dan gejala seperti ini.

NAUZUBILLAH!!!


read more...

MESTI BACA!!! Pencerobohan Sabah Oleh Tentera Di Raja Sulu : Satu Analisis!!




1. Siapakah Yang Menceroboh? 

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.


2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu? 

Tidak.

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.


3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh? 

‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:

“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.2


4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah? 

Ya.

Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.

Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.5


5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran? 

Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.

Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.

Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.


6. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah? 

Tidak.

Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.

‘Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.

2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar


7. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu? 

Royal House of Sulu9, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.

Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.


8. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu? 

Tidak.

Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.

Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.


9. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?

Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.

Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor).

William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.


10. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?

Tipis.

Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Geran yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Ketiga, geran yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.

Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah­ Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

Article 3

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)14

Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).15

Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.


read more...

VAT 69 : Sejarah Dan Penubuhannya. MESTI BACA!!


Sejak krisis pencerobohan pihak Kesultanan Sulu di Lahad Datu, nama Pasukan Komando VAT 69 sering diperkatakan di mana sahaja. Tapi, tahukan anda apa itu Komando VAT 69 dan sejarah penubuhannya? Pasti ramai di antara kita yang fikir bahawaKomando VAT 69 ini dari unit tentera. Sebenarnya komando VAT 69 ini asalnya anggota polis hutan pada zaman komunis dahulu.


Sejarah Penubuhan.

Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan 69 Komando PPH dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment (SAS) telah dihantar ke Fort Kemar, Perak untuk melatih platun percubaan 69 Komando PPH. Di akhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama 69 Komando PPH. Kalau nak tahu, British SAS ni merupakan komando terbaik di dunia. Sesiapa yang minat game Modern Warfare- Call Of Duty mesti tahu pasal SAS nie.


Objektif Penubuhan

Objektif penubuhan pada zaman darurat tu disebabkan keperluan pasukan polis perlu untuk mempunyai sebuah pasukan kecil yang berupaya untuk bekerjasama dengan pihak Cawangan Khas dalam menjalankan operasi di negeri-negeri yang diancam oleh PKM.

Sebagai pasukan elit PPH, VAT 69 memiliki kecekapan dalam selok belok peperangan hutan, gerakan ofensif dan operasi sulit. Apa yang menarik, VAT 69 telah mengekalkan pemakaian beret berwarna coklat keperangan (sand colour) yang dianugerahkan oleh pasukan British Air Service (SAS) yang bertanggung jawab melatih group awal VAT 69 pada 23 Oktober tahun yang sama iaitu 1969 bertempat di Fort Kemar di kawasan pendalaman Hulu Kinta Perak.

Pasukan ini satu-satunya unit pasukan khas di negara ini yang diberikan penghormatan untuk menyarung beret yang sama warnanya dengan beret SAS. Secara asasnya VAT 69 boleh disamakan sebagaimana anggota GGK yang merupakan pasukan elit daripada cabang unit infantry dalam tentera darat.

Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis di hutan. Keputusannya, ramai di antara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron 69 Komando telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih 69 Komando yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri.

Pada peringkat permulaan, unit ini pernah dikenali dengan pelbagai nama diantaranya Charlie Force, Special Project Unit (SPU) dan Very Able Troop 69 (VAT 69) dan 69 Komando PPH. Pada 20 hb Oktober 1997, pasukan 69 Komando dan Unit Tindakan Khas digabungkan dalam satu unit dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas. Unit ini dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri (B) Rahim Noor. Namun, nama Pasukan Gerakan Khas ini dikekalkan dan kedua-dua unit ini dipisahkan semula dan diberikan gelaran baru. Unit Tindakan Khas digelar sebagai Pasukan Gerakan Khas A dan Pasukan Gerakan Khas B merupakan gelaran kepada 69 Komando.

Berpusat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan diletakkan dibawah tanggungjawab Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam yang dipertanggungjawabkan terhadap tugas dan fungsi-fungsi PGK kepada KPN. Ianya dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assisten Commissioner II dan juga merangkap Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam (KDN/KA).

Jadi, dengan sejarah ringkas di atas, kita rakyat Malaysia patut berbangga sebab anggota komando kita merupakan salah satunya komando yang dapat memakai beret yang sama warna dengan beret anggota komando SAS yang mana SAS ni merupakan anggota komando terbaik dunia. Satu lagi, komando VAT 69 nie pernah di dokumentarikan dalam Asia Channel. Bak kata orang, komando ni merupakan satu pasukan elit yang tak takut mati. Seperti mana trade mark anggota SAS kat logo diorang "Who Dares Wins".





read more...

PERINGATAN!! PERHIMPUNAN 505 DI PERAK ESOK HARAM!!




IPOH - Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata polis tidak meluluskan permohonan bagi Perhimpunan Bantah 505 peringkat negeri Perak kerana tidak menepati syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Awam.

Beliau berkata penganjur perhimpunan itu sepatutnya membuat permohonan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.

"Jika Penganjur terus mengadakan perhimpunan maka itu akan jadi satu perhimpunan haram," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Shukri menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut di Medan Istana di sini.

Beliau berkata sehingga petang ini polis menerima 65 laporan daripada pelbagai pihak yang membantah penganjuran perhimpunan itu.

Ini termasuk 12 Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) serta parti politik termasuk Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat dan Ipoh Timur, Prowaris, Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM), Perak Peace, Kesatuan Anak Muda Islam (KAMI), Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB), Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) dan Belia 4B. - Bernama
read more...

TRAGEDI!! Nenek Dipukul Cucu Sampai Mati

TUMPAT - Seorang nenek mati dipercayai akibat dipukul cucunya yang dikatakan kurang siuman ketika mengamuk di rumah mereka di Kampung Pasir, Pekan Hilir, Wakaf Baharu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superitendan Zaharudin Rasip berkata, Che Minah Hassan, 84, meninggal dunia di rumah itu akibat cedera parah di muka setelah ditumbuk cucunya berumur 35 tahun itu dalam kejadian 7 pagi.



Gambar Hiasan


Zaharudin berkata, dalam kejadian itu, suspek turut dipercayai menumbuk ibunya, Rahimah Che Will, 60, di muka dan keadaannya (Rahimah) dilaporkan stabil di Hospital Tumpat.

Suspek ditahan di rumah tersebut dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh, katanya.

Menurutnya suspek sebelum ini pernah menerima rawatan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan dan Hospital Psikiatri, Kota Baharu dua tahun lalu dan kini tinggal di rumah itu. - Bernama
read more...

VIDEO : MELAMPAU!!! SHARIFAH SAKINAH TUNJUK BENDA YANG TAK SEPATUTNYA!!!

Korang kenal Sharifah Sakinah ni?





Sebelum ini kita dikejutkan dengan video SAYA PAKAI LIPSTIK MERAH, SPENDER MERAH DAN BRA MERAH - SHARIFAH SAKINAH yang telah menimbulkan kontroversi dan persoalan kenapa seorang artis sanggup melakukan hal sedemikian.

Sekarang, jom kita tengok pula Sharifah Sakinah mengaku beliau adalah seorang pondan dan menunjukkan bebird palsu beliau.

Sangap populariti? Sila komen dengan berhemah.

TONTON VIDEO SAYA SEBENARNYA PONDAN OLEH SHARIFAH SAKINAH DI BAWAH.







Ini Video Spender Merah, Bra Merah Dan Lipstick Merah Oleh Sharifah Sakinah.

Memang Sakit Mental!!!





Tak kira apa jua alasan belia, tindakan beliau boleh dikata BIADAP, tidak beretika dan tidak bermoral!!


BB : TERPULANG BAGI PEMBACA SEMUA UNTUK MENILAI PERLAKUAN BELIAU. TAPI BAGI BB TINDAKAN SHARIFAH SAKINAH INI TERLALU MELAMPAU ATAU ADA SAKIT MENTAL. T
read more...

VIDEO : MIMPI HABIB MUNZIR BERTEMU RASULULLAH SAW. PASTI MENITIS AIR MATA!!

Ya Allah... Tanpa dipaksa gugur airmata ini....


read more...

TERHARU!! SURAT ISTERI ANGGOTA KESELAMATAN BUAT RENUNGAN BERSAMA

Aku terpanggil untuk berkongsi bersama pembaca dipage ini, luahan wanita yang menyentap perasaan bagi kita yang normal. Baca, fahami & hayati .... itu pun kalau kalian masih punya hati..




...................................................................................


Assalamualaikum wbt.

Sepuluh orang perajurit negara telah terkorban demi menjaga keamanan negara. aku? bukanlah sebahagian dari ahli keluarga,

Bukanlah sebahagian dari anggota yang bertugas bersama mereka,

Bukan juga seorang yang pemimpin, artis atau orang politik. aku cuma seorang manusia dan juga isteri kepada anggota polis.

Ya, bukan anggota polis yang berpangkat tinggi....cuma anggota bawahan. seorang isteri anggota keselamatan. yang sering ditinggalkan suami,sebulan,dua bulan dan pernah hampir tiga bulan tak bertemu empat mata.

Begitu ramai yang bercerita tentang kejadian di sulu,selepas itu mengajar polis dan tentera cara-cara untuk menjaga keamanan negara. mungkin teori tersebut di ambil dari filem filem perang,jenayah sahaja. ya,selepas melihat filem tersebut anda memang fasih tentang nama senjata,tentang teknik itu teknik ini. 

Baju kalis peluru,bom itu bom ini. wah, sungguh layak kalian mengajar anggota tentera dan polis bukan? tapi sayang,kalian hanya hebat setakat di dalam facebook,blog atau kedai kopi. tapi, kenapa kalian tidak melawan pengkhianat bangsa? kenapa kalian tidak menghimpun semua orang sama seperti penghimpunan bersih,demokrasi atau mana-mana majlis politik untuk membantu anggota polis kita? ataupun kalian hanya mampu bercerita di mulut sahaja?

Sekadar bercakap,siapa pun mampu,buka mulut luas luas hembus sahaja perkataan yang hendak dikeluarkan. cuba kami jemput anda berada di barisan hadapan untuk menjaga keamanan, berada di tempat kami sebagai isteri anggota yang berjauhan dengan suami yang belum pasti pulang antara hidup dan mati bila keluar bekerja. 

Berada di dalam diri anak kecil yang menanti ayahnya pulang di pintu rumah,sambil berlari-lari memeluk...tapi akhirnya...yang dipeluk cumalah sekujur badan yang membisu tanpa kata-kata.

Ini kisah anggota PDRM dan ATM........ 

Yang gaji sudahlah tak seberapa, kerja tanpa mengira waktu, 
Cuti bukanlah hak mereka, anak isteri cuma suku dari kehidupan,
Tapi hidupnya di sumpah seranah setiap hari...tak ada seorang yang sudi berbaik sangka kepada Mereka. buat roadblock dikatakan mencari duit kopi. tahan kereta ditepi jalan yang mencurigakan dikatakan tahan nak minta habuan. bila ada demokrasi,mereka mengawal keselamatan dikatakan sengaja hendak menimbulkan huru hara...kalau kes dalam penyiasatan dikatakan tidur tidak buat kerja.

Bukankah itu sebahagian dari menjaga keselamatan diri anda? 
diri anak isteri anda? paling menyedihkan....yang celakanya.... kisah ini sebahagian dari modal politik!! apa mungkin kau ingat nyawa manusia ini sama seperti kisah-kisah celaka kau kah? siapa suka,berdiri di tengah hujan dan terik matahari semata-mata untuk memastikan keselamatan negara, tinggal anak isteri dirumah tanpa pemerhatian berbulan-bulan lamanya, sakit anak isteri sendiri tidak mampu diuruskan berbanding sakit anak isteri orang awam.

kau suka? kalau suka mohon kerja polis. 
cubalah rasa bagaimana peritnya. bagilah pula anak isteri,ibumu berada ditempat kami yang mana setiap kali suami,anak,adik lelaki berkerja kami akan sentiasa tidak tenang dan tenteram. jika nampak kereta peronda polis masuk ke halaman rumah,perasaan berdebar bagai mahu gugur jantung bimbang jika dibawa berita cumalah tentang kematian atau kecederaan ahli keluarga.

aku punya anak, sejujurnya...aku sentiasa mengatakan kepada anakku. bila besar nanti jangan jadi polis dan tentera...bonda tidak mahu rasa perit ditinggalkan lagi nanti diwarisi oleh saudara mara kita. 

kalau mati nanti berapa kerat sahajalah yang peduli, sudahla tiada masa untuk anak,isteri dan keluarga gaji pula sangatlah tidak setimpal dengan kerja tapi, jika sudah darah perwira yang mengalir di dalam tubuh tiada apa yang mampu melawan setiap takdirnya dan, aku terfikir sejenak. mungkin suatu hari nanti, anak anggota tentera dan polis hanya mengenali ayahnya cuma melalui gambar dan suara sahaja.

wahai kalian keturunan perajurit kita,kuatlah!! tidak apalah kalau dunia tidak henti mengata dan menghina kita, kita lebih mengetahui dan kenal siapa suami kita, siapa anak kita, siapa adik-adik lelaki kita... 

semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi negara kita.

read more...

ANWAR MUNGKIN DIPANGGIL - KPN

KUALA TERENGGANU - Polis akan memanggil semua yang berkenaan, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan haram di Stadium MBPJ di Kelana Jaya, Selangor, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan dijalankan kerana perhimpunan itu diadakan tanpa kebenaran selain unsur-unsur lain yang menyalahi undang-undang.



Anwar ketika berucap pada perhimpunan di Stadium MBPJ di Kelana Jaya, Rabu lepas.



“Tidak kira siapa pun individu itu, kami (polis) akan memanggilnya dan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana ucapan berbaur hasutan.

“Kita akan mengambil tindakan sekiranya melanggar peraturan, apatah lagi menghasut supaya bermusuh antara satu sama lain dan menggunakan perkataan bagi menghina seseorang,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi anggotanya, Superintendan Ghazali Daud, di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS), di sini.

Kemalangan pada awal pagi 30 April itu meragut nyawa isteri Ghazali dan dua daripada tujuh anak mereka.

Lima lagi anak mereka cedera.

Hadir sama, Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa.

Perhimpunan di Stadium MBPJ itu bertujuan membantah keputusan PRU13 yang didakwa pembangkang sebagai mempunyai unsur-unsur penipuan.

Ismail meminta semua pihak tidak mengeruhkan keadaan dengan menyemarakkan api perkauman kerana PRU13 telah berjalan mengikut proses amalan demokrasi negara.

“Rakyat telah membuat keputusan dan janganlah mana-mana pihak mengambil kesempatan ini dengan melakukan sesuatu yang mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Tambahnya, perkara itu tidak elok untuk keharmonian masyarakat, apatah lagi kerajaan baru sama ada peringkat pusat mahupun negeri, telah pun dibentuk.

“Saya minta semua lapisan masyarakat jangan bercakap dan menulis sebarang bentuk unsur negatif yang boleh merosakkan perpaduan, ketenteraman awam serta yang menakutkan orang ramai.

“Hormatilah keputusan rakyat dan sistem demokratik yang ada,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, polis masih melakukan siasatan terhadap dua penulis blog, Papa Gomo dan King Jason yang ditahan polis dipercayai berhubung tindakan menyiarkan sentimen berbaur perkauman menerusi blog masing-masing.

read more...

BONGKAR!!! KALAU INI BUKAN RASIS, ABIS NAK PANGGIL APA!!!

Lepas dah puas meroyan dekat Stadium Kelana Jaya, maka taktik longkang seterusnya ialah jual nama Sultan Melayu pulak...





Mangkuk ni cuba fitnah Sultan Mizan, kononnya baginda tuanku tidak terima/iktiraf keputusan PRU-13. Tapi yang kelakarnya, MyMassa percaya tukang buat propaganda murahan ni mungkin tak sedar yang Baginda Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Sultan Terengganu bukan lagi Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Nak buat propa pon terlepas keretapi, acaner ni?

Seperti yang kita maklum, Dato Sri' Najib Razak dah pon selamat angkat sumpah sebagai PM untuk penggal 2013-2018 depan Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah aritu, diikuti dengan ramai lagi yang angkat sumpah jadi MB dan KM negeri masing-masing. Jadi tak timbul isu mana-mana Sultan dalam Malaysia yang tak iktiraf keputusan PRU13 nih! Kalau Sultan Jamalul Kiram tu mungkin la kot haha.

Meh kita tengok muka tukang propa nih, Tan Ban Hwa.







Mungkin mangkuk ni turun jugak ke Stadium Kelana Jaya arituh...






Kalau tak percaya dengan bukti-bukti ni, silalah visit profile FB mangkuk tu kat sini. Katanya orang Pantai Remis, Perak.


BB : TQ TO MYMASSA KERANA BERJAYA MEMBONGKAR PERKARA INI. KEPADA PEJUANG2 DI LUAR SANA, TUNGGU APA LAGI, AYUH KITA RAMAI2 BUAT REPORT POLIS!!!
read more...

BAHAYA KEPAK AYAM PADA WANITA. MESTI BACA!!


Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim dan dia menjalani pembedahan untuk membuang cyst tersebut. Cyst yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya. Tertanya-tanya bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak kerana didapati di tempat-tempat ini kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita. Ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan cyst yang di dalam rahim.


read more...

Menguruskan Jenazah Ketika Darurat

ISLAM menitikberatkan pengurusan jenazah termasuk dalam keadaan darurat. Jika seseorang manusia meninggal dunia dalam keadaan sempurna, sedikit sebanyak ia telah memudahkan pengurusan jenazah.

Bagaimana pula jika jenazah berhadapan dalam keadaan menyukarkannya untuk menguruskannya? Bagaimana dalam keadaan ghaib?




walau ketika darurat sekalipun, Islam mengajak umatnya supaya menguruskan jenazah bagi mengelak penularan wabak penyakit. - Gambar hiasan



Bagi menjawab kekeliruan berkenaan, Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr. Rushdi Ramli mengulas beberapa persoalan khususnya berkaitan pengurusan jenazah dalam keadaan darurat.

Apakah konsep Islam terhadap pengurusan jenazah ketika darurat contohnya dalam peperangan, tsunami dan sebagainya?

Dr. Rushdi Ramli: Hukum asal pengurusan jenazah orang Islam adalah fardu kifayah dengan maksud sekiranya ia tidak dilakukan maka berdosa semua umat Islam.

Pengurusan jenazah merangkumi semua perbuatan memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan terakhir sekali mengkebumikan mayat menurut kaedah yang ditentukan Islam.

Dalam keadaan apa sekalipun sama ada peperangan, tsunami dan lain-lain, jenazah seorang Muslim perlulah disempurnakan sebagai suatu tuntutan fardu kifayah dan tidak boleh diabaikan atau diambil mudah.

Walau bagaimanapun, sekiranya jenazah tidak dapat diuruskan seperti yang sepatutnya, maka jenazah itu wajib diuruskan menurut kadar kemampuan yang ada.

Sebagai contoh dalam waktu peperangan, sekiranya tidak memiliki kain kapan yang dapat menutup keseluruhan anggota si mati, maka cukuplah ditutup sekadar yang termampu dari bahagian jasad. Sekiranya tidak ada air untuk dimandikan, maka boleh digantikan dengan tayamum.

Begitu juga, sekiranya keadaan mayat hampir reput dan hancur sekiranya dimandikan dengan air, maka cukuplah tayamum sahaja. Sesungguhnya, Allah tidak membebankan kita dengan sesuatu yang di luar upaya kita.

Apakah kaedah fiqh digunapakai jika jenazah tidak dijumpai dalam beberapa tempoh tertentu?

Dr. Rushdi Ramli: Sekiranya jenazah tidak dijumpai dalam tempoh tertentu yang diyakini dia telah mati seperti kemalangan kapal terbang atau tenggelam di lautan. Bagi mazhab Syafie, dibolehkan kita melakukan solat jenazah secara ghaib iaitu solat jenazah kepada si mati dalam keadaan jenazah tidak bersama dengan kita kerana tidak ditemui, atau boleh juga solat jenazah secara ghaib sekiranya si mati berada di negara lain sedangkan kita bersolat di Malaysia.

Jika tidak dijumpai, bagaimana Islam mengambil pendekatan untuk pengurusan jenazah itu?

Dr. Rushdi Ramli: Dalam semua keadaan, prinsipnya, Allah tidak memberi tanggungjawab untuk kita melainkan dalam kadar yang kita mampu melakukan. Pengurusan jenazah digugurkan bagi jenazah yang gagal ditemui seperti dimakan harimau.

Sekiranya dijumpai itu hanya sebahagian daripada anggota badan si mati maka menurut Imam Syafie, Imam Ahmad Hanbal dan Imam Ibnu Hazmin, anggota itu hendaklah dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan ke atasnya dengan niat bersembahyang ke atas diri si mati.

Berbeza sedikit dengan Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, sekiranya anggota si mati yang dijumpai itu melebihi separuh jasad seperti dari kepala sehingga pinggang, maka barulah anggota itu dimandikan dan dikapankan dan disembahyangkan. Sekiranya anggota tidak sampai separuh, maka tidak perlu dimandikan.

Bagaimana mengurus mayat penceroboh di negara Islam, contohnya mengambil pendekatan Lahad Datu?

Dr. Rushdi Ramli: Sekiranya diyakini berdasarkan pertunjuk yang jelas mayat itu adalah Muslim, maka segala pengurusan jenazah sebagai seorang Islam hendaklah diikuti, sekalipun kita sedar bahawa mereka telah melakukan dosa besar menceroboh kedaulatan negara Malaysia.

Bagi bukan Islam, ia tidak perlu dimandikan seperti seorang Muslim. Jika seseorang Muslim itu mati dengan sebab hukuman hudud, maka jenazahnya tetap perlu diuruskan sebagai seorang Islam.

read more...

SUBHANALLAH!! Kisah Tentera Korea Memeluk Islam Ketika Di Iraq




Subhanallah... Seramai 38 tentera Korea Selatan secara spontan berikrar masuk Islam. Ke-38 tentera Korea itu, seorang diantaranya merupakan komandan bernama Kapten San Jin Gu sedang 37, sementara lainnya adalah prajurit. Kapten San adalah salah satu Komandan Brigade 11 SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yang ditugaskan di Iraq. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara.


Saat bertugas di wilayah tersebut, Kapten San Jin-Gu sering mengamati orang-orang muslim sholat berjamaah di masjid. Kebetulan markas pasukannya berada dekat sebuah masjid. Ia sangat terpegun dengan gerakan-gerakan di dalam sholat. Kerana sifat kagum dan ingin menjiwai, ia mencuba meniru seluruh gerakan sholat dan dipraktikkan di kamarnya sendirian.


Pada saat mempraktikkan itulah Kapten San Jin-Gu merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya. Itulah sebabnya, gerakan2 sholat tersebut kemudian dijadikan program meditasi kepada pasukan yang dipimpinny (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar prajurit setelah mempraktikkan gerakan2 sholat tersebut turut merasakan hal yang sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai. 

Sejak itu Kapten San mengambil inisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya ia memutuskan untuk memeluk Islam.


Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada prajurit-prajuritnya, ia berkata: “Aku telah menemukan cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam”. Tanpa ia duga, secara spontan 37 prajurit yang ia pimpin mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandannya untuk juga memeluk Islam

Wallahu 'Alam

read more...

PERHIMPUNAN: POLIS AKAN PANGGIL SEMUA YANG BERKENAAN - ISMAIL OMAR


KUALA TERENGGANU, 10 Mei - Polis akan memanggil semua yang berkenaan termasuk pemimpin parti politik bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan haram di Stadium MBPJ di Kelana Jaya, Selangor, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata siasatan dijalankan kerana perhimpunan itu diadakan tanpa kebenaran selain unsur-unsur lain yang menyalahi undang-undang.

"Siasatan sedang dijalankan dan tunggulah, kita akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perhimpunan haram yang disertai pemimpin parti pembangkang itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana ucapan berbaur hasutan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana diadakan tanpa permit. 

Perhimpunan itu bertujuan membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu yang didakwa parti pembangkang sebagai mempunyai unsur-unsur penipuan.

Mengulas lanjut, Ismail berkata proses pilihan raya umum itu berjalan mengikut amalan demokrasi.

"Rakyat telah membuat keputusan jadi janganlah mana-mana pihak nak ambil kesempatan ini untuk lakukan sesuatu yang boleh mengeruhkan keadaan," katanya.

Ismail turut meminta semua lapisan masyarakat agar tidak bercakap, menulis atau mengeluarkan pandangan yang berbentuk negatif yang boleh merosakkan perpaduan.

"Janganlah cetuskan provokasi yang boleh merosakkan ketenteraman awam dan menakutkan orang ramai," katanya. -BERNAMA




read more...

KLON : Salehudin Mahu Penjelasan Dari CELCOM!!


Salahuddin Ayub



KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub kesal apabila nombor telefon bimbit peribadinya disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur hasutan dan perkauman.

Mesej itu yang berbunyi "Cina telah cuba tolak kuasa Melayu tetapi gagal, 'Chinese are not the king maker!' sekarang masa Melayu bersatu untuk ajar Cina", dipercayai telah disebarkan tanpa pengetahuan beliau.

Katanya, beliau hanya mengetahui kewujudan SMS itu setelah beberapa pihak memberitahunya menerima mesej berbaur perkauman itu daripada beliau.

"Dari jam 8 malam tadi hingga 12 tengah malam, ada pihak salah guna nombor telefon mudah alih saya iaitu 013-727 8292 untuk hantar SMS mesej berbaur hasutan dan perkauman.

"Perbuatan tak bertanggungjawab itu telah cemarkan nama baik saya dan cuba bunuh karier, ia juga menanam kebencian orang Cina terhadap saya," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Salahuddin yang tewas di kerusi Parlime Pulai dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Nusajaya, Johor berkata, beliau telah melanggan nombor itu dari talian syarikat telco Celcom sejak 1995 terkejut dan kecewa apabila nombornya telah disalahgunakan oleh pihak tertentu.

Selain Salahuddin, turut menjadi mangsa penyalahgunaan nombor telefon bimbit itu ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu pada awal pagi tadi.

Menurutnya, sebaik sahaja beliau menerima maklum balas penerima SMS itu, beliau segera membuat laporan polis pada jam 12 tengah malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Bharu.

Kira-kira jam 9 pagi tadi, beliau dipanggil untuk diambil keterangan hampir 30 minit oleh pegawai penyiasat, Inspektor Zamzari di pejabat polis yang sama.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan akan mengemukakan saman terhadap syarikat telco terbabit susulan nombor telefon bimbit beliau telah diklon tanpa pengetahuannya.

Bagaimanapun beliau mahu pihak Celcom terlebih dahulu tampil memberikan kenyataan rasmi bagaimana nombor itu boleh digunakan oleh pihak ketiga secara sewenang-wenangnya.

"Saya minta Celcom tampil buat kenyataan rasmi bagaimana nombor saya sebagai pelanggan setia sejak 1995 sampai sekarang boleh diklon dan digunakan untuk kirim SMS berniat jahat," dakwanya.

Tegasnya, sekiranya Celcom gagal berbuat demikian atau kenyataan rasmi syarikat telco itu tidak memuaskan hatinya, beliau tidak teragak-agak untuk mengeluarkan arahan kepada semua ahli Pas supaya menghentikan langganan serta-merta.

"Saya ingin nasihatkan Celcom, ahli Pas ada 1.2 juta orang, saya boleh buat arahan sekiranya Celcom tak buat kenyataan yang boleh yakinkan, saya akan minta ahli Pas hentikan langganan Celcom.

"Suruhanjaya Multimedia maklumkan pada saya, tindakan itu bukan sebarangan orang boleh akses nombor saya atau klon dengan niat jahat.

"Saya bimbang mungkin selepas ini akan ada tersebar pula SMS berunsur lucah dihantar kepada golongan wanita bertujuan burukkan nama baik saya," katanya.

Salahuddin percaya tindakan itu mempunyai kaitan dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Johor di mana hampir semua kawasan mempunyai majoriti yang rendah berbanding 2008.

Ini dikuatkan lagi apabila Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi Dun Johor kepada 18 kerusi pembangkang, 13 kerusi daripada DAP, 1 PKR dan 4 Pas.

read more...

POLIS Surai Perhimpunan Depan SPR



PUTRAJAYA - Polis menyuraikan perhimpunan kira-kira 50 pemuda yang mengaku sebagai anggota beberapa pergerakan belia dan mahasiswa di hadapan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abd. Razak Abd. Majid berkata, polis bertindak menyuraikan perhimpunan itu selepas kira-kira sejam mereka berhimpun sejak pukul 3.30 petang.




"Mereka nak hantar memorandum bantahan sahaja dan ia berlangsung secara aman. Keadaan terkawal," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat SPR di sini.

Ditanya jika tangkapan akan dibuat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 memandangkan penganjur perhimpunan itu tidak menghantar notis terlebih dahulu, Abd Razak berkata: "Kita akan jalankan siasatan dahulu mengenai perkara itu."





Kumpulan itu yang mendakwa daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia, Gerakan Mahasiswa Islam Malaysia dan Gerakan Mahasiswa 13, menghantar memorandum antaranya mendesak pegawai SPR meletak jawatan, penubuhan SPR di bawah satu kepimpinan baru dan pilihan raya umum diadakan semula. - Bernama
read more...

FITNAH!! TINDAKAN KERAS KEPADA PENYEBAR MESEJ KPN LETAK JAWATAN


Facebooker "Kami Benci Najib Tun Razak"



Blogger "Canang Lah Nie"



INI KENYATAAN YANG DIKELUARKAN DI FB RASMI PDRM :


BUKAN LETAK JAWATAN TAPI BERSARA WAJIB:

PDRM memandang serius tentang penyebaran fitnah di media sosial dan blog mengenai perletakan jawatan Ketua Polis Negara yang dikatakan ekoran desakan dari parti politik. Kenyataan tersebut adalah berniat jahat dan merupakan satu fitnah.

Hakikatnya ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar akan menjalani persaraan wajib pada 17 Mei 2013 dan majlis persaraan beliau akan diadakan pada 16 Mei 2013 ini.

Keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman juga berada dalam keadaan aman dan tiada kekecohan atau huru-hara seperti yang digembar-gemburkan melalui media sosial. Ini juga adalah fitnah yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Justeru, orang ramai diingatkan untuk tidak mengambil endah fitnah tersebut apatah lagi menjadi sebahagian daripada individu yang turut sama menyebar dan memanjangkan fitnah berkenaan.

Adalah diingatkan, individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu dan berbaur hasutan ini boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

(Ramli Bin Mohamed Yoosuf) ACP
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)
Polis Diraja Malaysia





Boleh Layari Di Sini : FB PDRM


BB : PERKARA SEPERTI INI JANGAN DIBUAT MAIN-MAIN! PDRM PLEASE AMBIL TINDAKAN YANG PALING KERAS KEPADA PENYEBAR-PENYEBAR FITNAH INI!!!

ITU BARU SETAKAT 2 PAGE YANG SEMPAT BB PRINT SCREEN. BANYAK LAGI TU...
read more...

BONGKAR!! Agenda Kristian Untuk Umat Islam Di Malaysia - Ustaz Muhammad Al-Amin

PERHATIAN ORANG ISLAM DI MALAYSIA!!!!




Dengan Nama ALLAH.... Yang Maha Pemurah & Maha Penyayang


[✔] Ini PERTAMA KALI admin MERAYU untuk rakan2 islam semua!!!
[✔] TOLONG BACA & SHARE!! TOLONG JANGAN SHARE DI WALL ANDA SAHAJA, TETAPI SHARE di SEBERAPA RAMAI WALL RAKAN2 ANDA YANG ANDA MAMPU!!

✿~✿ TERBONGKARNYA AGENDA KRISTIAN UNTUK MALAYSIA DI JERUSALEM ✿~✿

Seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam progam keagamaan di kaca televisyen, sering ke Palestin membawa rombongan pelancong muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya'. Beliau adalah Ustaz Muhammad Al-Amin juga seorang blogger popular yang sering menjadikan usaha dakwahnya di peringkat antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya, http://www.ustazamin.com/.

Kunjungan beliau ke sana baru-baru ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam dan pahit di lubuk hatinya.... Mari kita ikuti apa sebenarnya yang berlaku terhadap beliau di sana......

Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.

Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.

Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.

Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

“Muhammad, mari sini” katanya.

“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.

“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.
“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.

“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.

“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.

“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.

“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.

“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.
“Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.

Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.

Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.

Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.

Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.

Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.

Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.

Mahmood memarahi saya…

“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”

Apa yang mampu saya jawab hanyalah…“berpecah, dan ramai yang berpecah…”

Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”

Ya, kurang rasa sensitiviti….

Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia,“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”
Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-

1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.

2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.

3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.

4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.

5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.

6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.

7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.

Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membantu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.

Patah sayap bertongkat paruh, memperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata…

Al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dan pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin…........
read more...

MANGSA AKAUN PALSU FB!! WANITA DIUGUT BUNUH!!





NOR Amalina menjadi mangsa ‘cybertrooper’ dari negara jiran yang memalsukan akaun laman Facebook (FB)nya untuk mencerca bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.



Kuala Lumpur: Seorang wanita hidup dalam ketakutan selepas menerima ugutan bunuh orang ramai apabila fotonya dipercayai digunakan ‘cybertrooper’ dari negara jiran yang memalsukan akaun laman Facebook (FB) mencerca bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini dirawat di hospital di Pulau Pinang seterusnya membangkitkan kemarahan orang ramai.

Foto Nor Amalina Nawi, 24, bersama temannya dimuat naik pada 13 Ogos 2012 dan dijadikan foto paparan utama FB didaftarkan dengan nama Lynn Rosmizan yang mencerca Azizan dengan kata-kata kesat selain banyak memaparkan bahan tulisan, foto dan video mengutuk pemimpin dan parti pembangkang dipercayai bertujuan mencetuskan kemarahan masyarakat dan melaga-lagakan penyokong kerajaan dan pembangkang.

Terdapat dua laman FB disyaki palsu menggunakan nama Lynn Rosmizan dengan kedua-duanya menggunakan foto Nor Amalina sebagai gambar profil didaftarkan di Singapura iaitu di Pasir Ris dan Woodlands pada Ogos dan Disember lalu.

Bagaimanapun, cubaan mengakses laman FB Lynn Rosmizan yang didaftarkan di Pasir Ris itu malam tadi gagal selepas dipercayai sudah dipadamkan pemiliknya. Sebuah lagi akaun FB Lynn Rosmizan yang tidak membicarakan hal politik dan didaftar di Woodlands pada 13 Disember 2012 masih wujud.

Nor Amalina berkata, dia dimaklumkan rakannya, kelmarin melalui satu pesanan ringkas memberitahu namanya kini sedang hangat diperkatakan di laman FB itu.

“Saya terus membuka Facebook dinyatakan dan terkejut gambar digunakan itu adalah saya bersama kawan lelaki saya, tapi ia menggunakan nama individu lain.

“Facebook itu menerima kecaman hebat daripada lebih 700 pengguna (kini lebih 1,000 komentar) yang rata-ratanya tidak berpuas hati dan mengugut mahu membunuh sekiranya dapat mengesan saya,” katanya.
read more...

LIVE : SIDANG MEDIA AZMIN ALI


The drama surrounding the appointment of the Selangor MB. The popular choice is Khalid Ibrahim. Now, Azmin Ali has his say.

read more...

BONGKAR!! Bertudung Untuk Video, "Bergonjeng" Untuk Kempen!!



"Kalau tidak berbohong, maka itu pasti bukan Pakatan Pembangkang", ini adalah ungkapan yang sentiasa meniti dibibir setiap manusia yang matang dan sedar di negara ini.

Selain siri pembohongan-pembohongan terdahulu umpamanya SKANDAL VIDEO AKSI SEKS “CHINADOLL”, TEOH BENG HOCK, PELAKSANAAN HUDUD, SOKONGAN TERHADAP ZIONIS DAN ISRAEL, APCO, FELDA MUFLIS, GVGH DAN ANAK, PEMBINAAN KILANG LYNAS, JUMLAH PERUNTUKAN UNTUK ISLAM DI PULAU PINANG (PERUNTUKAN UMUM SAHAJA BESAR TETAPI WANG TIDAK DISALURKAN) dan bermacam-macam lagi yang tidak memungkinkan untuk ditulis semuanya di sini.

Terbaharu, pembohongan dalam video kempen DAP yang memaparkan seorang Melayu Islam bertudung labuh seperti seorang ustazah menyatakan sokongan terhadap DAP kerana memperjuangkan Islam dengan memberi peruntukan yang besar untuk Islam di Pulau Pinang.

Untuk makluman, pegawai yang berkerja dengan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang sentiasa merungut dalam diam kerana peruntukan dana yang dijanjikan tidak disalurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pengumuman jumlah dana yang meningkat itu hanya untuk mengaburi mata pengundi Melayu Islam di Pulau Pinang dan seluruh negara. Hakikatnya wang tidak disalurkan.

Berbalik kepada video di bawah, jelas kepada kita, DAP akan melakukan apa sahaja termasuk pembohongan keji demi menipu rakyat Malaysia terutama pengundi Melayu yang mungkin dianggap bodoh oleh mereka.

Namun, usaha mereka ternyata berbaloi apabila orang Melayu Islam mengundi DAP pada PRU13 yang menyebabkan mereka telah memenangi jumlah bilangan kerusi yang tinggi sehinggakan jika Pakatan Pembangkang berjaya mendapat majoriti di peringkat persekutuan, sudah pasti DAP akan berkuasa kerana bilangan kerusi yang dimenangi rakan mereka PAS dan PKR jauh lebih rendah.

Saksikan pembohongan wanita Melayu Islam bertudung litup dalam video di bawah dan bandingkan dengan kehidupan sebenar beliau. Biasanya hanya Melayu Islam yang kurang agama sahaja yang akan menyokong DAP. Hanya wang ringgit menjadi keutamaan mereka.



Bersama Nurul Izzah untuk kempen PRU13 di Bangsar 








Ni Videonya : Kita Lihat Betapa Hipokritnya!!






BB : Jangan Kata Video Ini Propaganda Kerajaan Pulak. Silap-silap si Fawzia Arif ni Melayu YANG telah di "LINAJOY"kan. Na'uzubillah.


read more...

VIDEO : SAYA BUKAN BANGLA!! LU CAKAP PUN TARAK BETUL MA!!!


Video ini terjadi di pusat mengundi SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RIMAU. Di mana seorang rakyat malaysia yang dituduh oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa dia bangla DAN DI TUDUH BAHAWA INI SEMUA AGENDA BN.

Yang peliknya, orang yang mereka tuduh "Bangla" bercakap bahasa melayu dengan lebih baik berbanding pihak yang berlagak lebih berkuasa.









BB : SEKADAR MEMBUKA MINDA : ADAKAH SEMUA YANG BERKULIT KUNING LANGSAT ITU WARGANEGARA MALAYSIA? SEBAB BB SENDIRI PERNAH JUMPA MEREKA YANG LANGSUNG TAK BOLEH BERTUTUR BAHASA IBUNDA KITA. 

DAN ADAKAH PULA MEMPERSOALKAN MEREKA YANG BERKULIT GELAP ITU SEBAGAI PENDATANG SATU PERBUATAN YANG TIDAK RASIS???

ADAKAH JUGA BB AKAN DIGELAR RASIS APABILA MENGAJAK PEMBACA SEMUA BERFIKIR?

FIKIR-FIKIRKAN....
read more...

SAH : DAVID MOYES PENGURUS MU GANTI FERGUSON



David Moyes telah dinamakan sebagai Pengurus Pasukan Manchester United dengan mengikat kontrak selama enam tahun bermula 1 Julai ini.

Pada Rabu, Alex Ferguson telah menyatakan hasratnya untuk bersara daripada jawatannya selepas 27 tahun bersama United di Old Trafford.

Ferguson turut mengumumkan nama Moyes sebagai penggantinya.

“Ketika kami membincangkan mengenai calon pengganti kami fikir bahawa individu paling sesuai dan kami semua setuju sebulat suara ialah David Moyes.

“David seorang yang mempunyai integriti dengan etika kerja yang bagus,” kata Ferguson dalam satu kenyataan.

Ferguson berkata beliau sangat mengagumi cara pengurusan Moyes dan pernah menyapanya pada 1998.

“Saya mengagumi kerjanya sejak dahulu dan pernah menyapa dia pada 1998 untuk membincangkan mengenai jawatan Pembantu Pengurus Pasukan di sini.

“Dia memulakan kerjayanyan pada usia yang sangat muda dan dia telah melaksanakan tugas yang mengagumkan di Everton,” katanya.

Ferguson berkata tidak timbul persoalan berbangkit mengenai kualiti yang diharapkan daripada pengurus pasukan kelab berkenaan.

Terdahulu, Moyes 50, tidak akan menyambung kontraknya dengan Everton yang akan tamat pada penghujung musim ini sekaligus menguatkan spekulasi beliauj akan berhijrah ke Old Trafford.

Bobby Charlton berkata: “Saya sering berkata bahawa kami mahukan pengurs pasukan selepas ini merupakan orang yang betul-betul sayang akan United.”

David, yang telah bersama Everton sejak 2002, merupakan pilihan utama bagi mengisi jawatan Pengurus Pasukan United ekoran pengumuman Ferguson untuk bersara pada akhir musim selepas berjaya memenangi 13 gelaran juara liga, lima kejuaraan Piala FA dan dua kali merangkul kejuaraan dalam Piala Liga Juara-Juara.

“Everton boleh mengesahkan bahawa David Moyes akan meninggalkan kelab ini pada penghujung musim.

“Pengurus pasukan itu telah bertemu dengan Pengerusi Bill Kenwright petang semalam dan mengesahkan hasratnya untuk menyertai Manchester United,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pengerusi kelab, merakamkan penghargaan terhadap pencapaian kelab di bawah pimpinan David serta sumbangannya terhadap Everton sejak dia bersama mereka pada Mac 2002.

“Dia merupakan pengurus pasukan yang hebat. David telah mengetuai pasukan dalam hampir 500 perlawanan termasuk empat kejohanan di Eropah.

“Dua perlawanan terakhir beliau sebagai Pengurus Everton ialah dalam Liga Perdana Inggeris iaitu perlawanan menentang West Ham dan Chelsea.

“Wakil Everton akan mencari pengganti bagi jawatan pengurus pasukan segera,” menurut kenyataan tersebut.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top