Nuffnang

PRU13 : FAKTA-FAKTA MENARIK MENGENAI CALON BEBAS KALI INI






Calon BEBAS gagal meraih tempat di Parlimen mahupun kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sekali gus melenyapkan dua kerusi DUN yang pernah dimenangi calon berkenaan di Kedah dan Pahang pada 2008.

Meskipun mencatat jumlah calon BEBAS paling ramai bertanding dalam sejarah PRU, iaitu 270 orang selain membabitkan penyertaan calon 'ternama' dan dikenali, ia belum cukup kukuh bagi meraih keyakinan rakyat untuk memilih mereka.

Seramai 79 calon BEBAS bertanding bagi kerusi Parlimen manakala 191 bagi kerusi DUN pada PRU13 berbanding 108 calon pada 2008.

Di Parlimen Kuala Kangsar, bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim, yang bertanding atas tiket BEBAS, kalah kepada calon BN Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Pertandingan tiga penjuru antara Kamilia, Wan Mohammad Khair-il Anuar dan Khalil Idham Lim Abdullah (PAS), menyaksikan calon BN itu memperoleh 14,218 undi, Khalil Idham Lim (13,136) manakala Kamilia (447), yang mengakibatkan beliau hilang wang pertaruhan.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang mempertahan kerusi Parlimen Pasir Mas tewas kepada Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS) dengan majoriti 8,047 undi.

Di Parlimen Tanjong Karang, penyanyi dangdut era 80-an, Herman Tino yang bertanding sebagai calon BEBAS, turut menerima nasib sama apabila tumpas kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Herman Tino, atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, hilang deposit selepas memperoleh 340 undi berbanding Noh yang mendapat 20,548 undi dan Mohamad Rashdi Deraman (PAS) meraih 16,154 undi.

Di Terengganu, calon BEBAS dan paling tua pada PRU13 Maimun Yusof atau Tok Mun, yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu, sekali lagi hilang wang pertaruhan apabila tewas kepada calon PAS Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Tok Mun hanya memperoleh 182 undi manakala calon BN Mohd Zubir Embong (35,043) dan Raja Kamarul Bahrin (45,828).

Pada 2008, Tok Mun, 94, turut hilang wang deposit selepas memperoleh 685 undi menentang calon BN (Allahyarham) Datuk Razali Ismail dan calon PAS Mohamad Sabu di Parlimen sama.

Keputusan PRU13 menyaksikan seramai 266 calon BEBAS yang bertanding hilang wang deposit selepas gagal memperolehi satu perlapan daripada jumlah undi yang diraih semua calon bertanding dalam sesuatu bahagian pilihan raya.

-- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top