Nuffnang

AMEK KAU!!! PENANG "DAPAT" SPEAKER CINA YANG PERTAMA!!

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan mendapat Speaker Cina yang pertama dengan pelantikan Timbalan Pengerusi PKR negeri, Law Choo Kiang (bawah) ke jawatan tersebut.



Law Choo Kiang


Ini disahkan oleh Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, ketika ditemui pemberita selepas upacara angkat sumpah 10 exco negeri di Dewan Sri Pinang hari ini.

"Bukankah itu kedudukan yang baik untuk menjadi Speaker Cina pertama di Pulau Pinang?" kata Mansor.

Beliau berkata speaker lepas juga seorang pemimpin PKR, Datuk Abdul Halim Hussein.

"Apa nak buat? Beliau (Abdul Halim) tak menang sebarang kerusi," katanya, sambil menambah bahawa ADUN Penanti, Norlela Ariffin akan dilantik sebagai timbalan speaker.

Mansor turut dihujani pertanyaan mengenai sama ada senarai parti itu bagi jawatan exco negeri, diterima sepenuhnya oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Ini ekoran spekulasi sebelum bermulanya upacara angkat sumpah bahawa ia akan diboikot pemimpin PKR kerana Law digugurkan daripada jawatan exco negeri.

Menafikan perkara itu, Mansor berkata, barisan exco tersebut adalah baik dan berharap mereka menunjukkan prestasi yang baik bagi Pulau Pinang.

"Pulau Pinang mendahului dalam banyak bidang pada masa lalu. Saya pasti ia akan mendahului dalam banyak bidang lain pada penggal ini," kata Mansor, yang kini menjadi ahli Parlimen Nibong Tebal.

Ketika ditanya, Law berkata, beliau tidak kecewa dengan perubahan jawatan tersebut, sambil menegaskan bahawa ia tidak ada berkaitan dengan prestasinya.

"Semua orang tahu bagaimana prestasi saya sebagai exco penggal lalu. Ini telah diputuskan oleh kepimpinan, sebagaimana mereka memutuskan untuk melantik saya pada 2008," katanya.

Law berkata, beliau hanya dimaklumkan mengenai perkara itu malam tadi, tetapi menegaskan "ia adalah di luar kuasa saya."


Sementara itu, pemimpin Cina PKR menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kerana tidak ada wakil masyarakat itu dari parti itu dalam barisan exco.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin (kanan) berkata beliau tidak boleh menerima pandangan tersebut.

"Exco kerajaan negeri sepatutnya menjaga semua kaum. Ia bukan jawatan berasaskan kaum.

"Kita perlu mempunyai lebih banyak kerusi di kawasan luar bandar dan pemilihan exco akan memastikan itu. Barisan tersebut sangat penting kerana ia mempunyai tugas yang besar pada masa depan," katanya.

Pemilihan ahli exco, kata Sin, harus berdasarkan kebolehan.

"PKR adalah parti pelbagai kaum di mana setiap orang ada tempatnya," katanya. - mALaYSiAKiNI






Wartawan Malaysiakini hari ini melaporkan mengenai perlantikan speaker dari kaum Cina untuk Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang iaitu, Law Choo Kiang.


Tajuk beritanya adalah 'DUN Pulau Pinang dapat speaker Cina pertama'. Kalau sekali imbas, tak ada apa-apa pun masalah dengan tajuk tersebut. Rupa-rupanya di bawah ruangan komen, adalah dua tiga manusia yang buat-buat berlagak hero, malu untuk mengaku bangsa mereka.


Malah ada yang meminta Malaysiakini menukarkan gelaran tersebut kepada Speaker Rakyat, dengan alasan nabi tak ajar agungkan bangsa. Entah kepada siapa si komentor itu cuba halakan. Sekadar memberitahu pun dah kira agungkan ke?







Ada juga yang menulis tak payah letak gelaran 'Speaker Cina', hanya perlu letak 'Speaker' sudah cukup. Lah..tak jadi berita la kalau macam itu. Wartawan tersebut memang mahu highlightkan mengenai speaker itu dari kaum cina yang pertama memegang jawatan tersebut, kalau letak 'Speaker' sahaja, apa beritanya?





Ada juga yang menulis tak payah letak gelaran 'Speaker Cina', hanya perlu letak 'Speaker' sudah cukup. Lah..tak jadi berita la kalau macam itu. Wartawan tersebut memang mahu highlightkan mengenai speaker itu dari kaum cina yang pertama memegang jawatan tersebut, kalau letak 'Speaker' sahaja, apa beritanya?

Bagaimanalah kalau benar-benar tampuk negara ini dipegang oleh puak-puak PR. Habis bangsa dimansuhkan, mungkin juga akan jadi seperti Indonesia.


Kita bangga dengan bangsa kita bukan bererti kita kufur nikmat Allah. Allah jadikan hambanya juga berpuak-puak untuk mengenali antara satu sama lain. Tak ada pula DIA jadikan satu puak sahaja seperti mana yang diperjuangkan sesetangah pihak.


Buat apa nak malu mengaku sebagai bangsa itu dan ini? Pelik la diorang ni..


BB : HAHAHA.... WALAU TIDAK BERKUASA SEPERTI KETUA MENTERI ATAU MENTERI BESAR, TETAPI SIAPA YANG "BERKUASA" DI DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI?.

BILA BERLAKU PERSELISIHAN ATAU SALAH FAHAM, SIAPA YANG "PEGANG" KUASA MEMBUAT KEPUTUSAN?

BAYANGKAN BILA PERDEBATAN DALAM DEWAN BERKISAR PERSOALAN MELAYU DAN ISLAM??

FIKIR-FIKIRKAN........... ADA OTAK PAKAI!!!
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top