Nuffnang

VIDEO : Harap Himpunan Malam Ini Tidak Jadi Seperti Ini!!



Orang ramai yang berhasrat menyertai perhimpunan Suara Rakyat, Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya malam ini hanya mendedahkan diri mereka kepada risiko.

Pengerusi Kelab Setia 1Malaysia Pulau Pinang, Lim Boo Chang berkata, tiada perlu orang ramai ke situ sekiranya mereka sendiri tidak tahu tujuan sebenar penganjuran perhimpunan tersebut.

Menurutnya, para peserta perhimpunan itu sebenarnya hanya diperalatkan oleh pembangkang untuk kepentingan sendiri.

"Tidak perlu pergi ke perhimpunan tersebut kerana mereka hanya dipergunakan oleh pembangkang.

"Buat apa mendedahkan diri kepada bahaya kerana tujuan sebenar perhimpunan itu sendiri pun mereka tidak tahu," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan Suara Rakyat, Suara Keramat bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) malam ini.

Polis sehingga kini tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak berhubung perkara itu.

Boo Chang yang juga bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bukit Gelugor memberitahu, semua pihak seharusnya menerima keputusan PRU-13 dengan baik.

Katanya, jika rakyat tidak berpuas hati mereka boleh membantah keputusan PRU-13 menerusi saluran undang-undang, bukannya mengambil tindakan sendiri.

"Seperti juga bermain bola sepak, kita terpaksa menerima keputusan sama ada kalah atau menang.

"Hanya satu pasukan, iaitu yang terbaik akan menjadi juara," ujarnya. - UTUSAN ONLINE


Jom Lihat Video Ini :





BB: Tak payah ada FRU, kena troll dengan member macam ni memang lari tak cukup tanah!





Share this article

1 Komen:

  1. Polis tak perlu brkawal.....biar mereka lakukan apa saja.Nak tengok apa mreka nak buat....kalau merosakan harta awam n ada ape2 huru hara besok...harap Polis pungut satu...satu...orang yg brtanggungjawab d bawah peraturan perhimpunan haram.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top