Nuffnang

TERKINI : Ahmad Bashah 2 - 0 Mukhriz Mahathir


Terima kasih Mukhriz, selamat "berjuang' Mat Bashah. Inilah asam garam dunia politik yang perlu dihadapi dan diterima oleh semua yang terlibat di dalamnya. Tepuk dada, tanyalah selera...

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad‎ Bashah Md Hanipah hari ini dilantik sebagai Pengerusi Umno Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Pelantikan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataan pagi ini.

Dalam kenyataan itu, Tengku Adnan turut mengumumkan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, juga berkuat kuasa hari ini.


Muhkriz pada 3 Feb lepas meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah tetapi menyerahkan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan jawatannya sebagai Pengerusi Umno Kedah. 

Ahmad Bashah yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengerusi Umno Kedah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 4 Feb di Istana Anak Bukit. 

Dalam kenyataan itu, Tengku Adnan telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mukhriz yang sebelum ini menyandang jawatan Pengerusi Umno Kedah. - Bernama

Kali terakhir Kedah menyaksikan pertukaran jawatan Menteri Besar ialah pada tahun 2013, apabila Allahyarham Tan Sri Azizan Ahmad yang mengemudi Pas merampas negeri itu dalam pilihan raya umum 2008 terpaksa berundur selepas parti tersebut tumbang dalam pilihan raya umum 2013. 

Sebelum Azizan, lima lagi Menteri Besar Kedah turut dicatatkan terpaksa turun dalam keadaan kontroversi iaitu Datuk Seri Syed Nahar Tun Syed Sheh Shahabudin, Tan Sri Osman Aroff, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain Barakhbah dan Datuk Seri Mahdzir Khalid. 

Dan sekarang ini giliran kepada Ahmad Bashah untuk membuktikan kepada kepimpinan dan ahli-ahli parti yang beliau boleh membawa parti ke satu aras yang lebih baik. Kepada rakyat pula, inilah masanya untuk Ahmad Bashah bekerja dan "memperhambakan" diri demi kelangsungan politik beliau. 

Andainya beliau gagal, natijahnya bukan sahaja kepada dirinya sendiri tetapi juga kepada parti. Cari dan gunalah penasihat-penasihat yang benar-benar ikhlas membantu pentadbiran dan bukan mereka-mereka yang sekadar bermuka-muka demi "temolok" masing-masing sahaja.

Selalulah berdamping dan turun untuk 'bersama" rakyat, memahami dan merasai denyut nadi rakyat dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Buat Mukhriz, jatuh sekali tidak bererti jatuh selama-lamanya. Tidak perlu merenung jauh, sebaliknya lihatlah kepada orang paling dekat dengan dirimu iaitu Tun Mahathir sendiri yang pernah dipecat dari UMNO. Perjuangan dan pengorbanan yang ikhlas pasti mendapat ganjaran yang setimpal akhirnya. Bersabarlah dan terus istiqamah dengan perjuanganmu andai ia benar. Muhasabah dan perbetulkan segala kekurangan demi "kebangkitan" di kemudian hari.
Share this article

22 Komen:

  1. Bashah Boboi yang kena lunyai 0-2, sebab baru saja jadi MB dengan rampas jawatan dari DS Mukhriz, terus dua penaja Persatuan Bola Sepak Kedah tarik diri, kita tengoklah macam mana Bashah Boboi uruskan hal ini.

    Itu baru penaja untuk Persatuan Bola Sepak Kedah yang Presidennya MB Kedah, lepas ni pelaburan oleh beberapa pelabur di luar negara pula terutama dari OSRAM yang sebelum ini merancang nak labur Euro 1 bilion a.k.a RM 4.7 bilion pun entah-entah akan tarik diri juga, sebab pemimpin politik di Malaysia dah jadi kuku besi, agensi kerajaan pun diperkuda seperti harta peribadi pemimpin keparat tersebut.

    Blogger belaan Najib lantaklah nak menipu diri sendiri, manusia tak bermaruah macam korang ni otak CASH IS KING saja, halal atau haram sudah korang tak peduli lagi, sebab ketua korang pun dah jenis tak peduli halal haram, harta negara dirembat sesuka hati sahajalah.

    Ayuh bangkitlah rakyat Malaysia sekalian, apakah kita rela hak kita sebagai rakyat dirampas sebegini rupa? Ayuh bangunlah, pertahankan hak kita, pertahankan negara ini sebagai tanda kesetiaan kita kepada negara.

    Sedarlah semua.


    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. ABUngok penjilat dedak kerala madey kembali meroyan ..
      tgh tido pun bangun melompat bila sedar nama tuan cainya di sebut2 dlm blog..

      hello abungok.. mukeris skrg xde jawatan apa2 dh di Kedah k.. boleh istihar jd ADUN BEBAS kalau berani..

      si pembongong ABUngok terkenang saat2 'manis' menjamah dedak lendir expired ketika tuannya masih menjadi 'tuan' di bumi kedah..

      skrg Alhamdulillah.. ketrunan kerala madey takkan dpt lagi Kedah.. jika Ahmad Bashah tak jd MB pun.. jgn haraplah anak2 mamak penyangak ini akan boleh sentuh Kedah. Kita takmau MB part time penyangak!

      Padam
    2. bukan ke langkawi tu depa dan keluarga depa punya?

      Padam
    3. Marah benar pemakan dedak najib ni...

      Padam
    4. dah lama makan dedak. macam tu la ghupernya

      Padam
  2. Lah...ingat ke apa yang direpek kan abu bakar yang hatinya terbakar sbb najib masih PM....rupanya bola....wei pasukan kedah ada berapa je pemain...itu yang kamu runsingkan....dah tak ada modal ke nak tibai MB Kedah yng baru...ingatlah pasukan bola dengan rakyat di kedah mana yang lebih penting....tulah...suka sangat fitnah orang tengok Allah dah cabut sedikit demi sedikit akal fikiran kamu...tak lama lah tu jadi orang sasau...mana tak sasau...asyik mengutuk menfitnah tak sudah2. Tu sikit hari lagi Rafizi raja fitnah pun sasau...mana tak sasau disumpah serang dek orang yang otaknya kat lutut....akhirnya...duit TH ke mana niat nak pergi haji ke mana....ikut lg munafik2 ni...lagi....kesian kau abu bakar yang terbakar hatinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila nyatakan di mana yang saya fitnah dalam komen saya itu.

      Pasal tuduhan saya bahawa pemerintahan negara ini dah jadi kuku besi dan pemimpin khianat menjadikan harta negara sebagai harta peribadi, memang ada kebenarannya, tengoklah wang hutang 1MDB dipelingkup hingga jadi bankrap hany tak ishtihar bankrap, para bologger belaan Najib terus nak membohong orang ramai dengan artikel bangang mereka itu.

      Rejim kuku besi Najib menindas Datuk Seri Mukhriz apabila Datuk Seri Mukhriz dipaksa secara zalim supaya letak jawatan, apa salah Datuk Seri Mukhriz? Beliau tiada skandal jenayah, kerana yang banyak skandal jenayah adalah Najib, tapi Najib pula yang menyibuk nak ainaya Datuk Seri Mukriz pula, yang patut letak jawatan adalah Najib, sebab Najib banyak skandal jenayah, bukannya pemimpin yang tak ada apa-apa skandal seprti Datuk Seri Mukhriz pula.

      Korang tu yang tak ada modal nak bantai Datuk Seri Mukhriz, komen merapu tak tentu hala sana sini.

      Kalau jenis manusia hat busuk, rendam dengan satu kolam minyak wangi pun tak dapat wangikan hati yang busuk itu, minyak wangi pula yang jadi busuk sebab hati yang busuk itu membusukkan minya itu pula.

      Teruskan membohong diri sendiri, saya tam rugi apa-apa pun sebab saya berpihak kepada kebenaran.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Si CAI PEMBOHONG SURUH JANGAN BOHONG..? SIAPA YANG BOHONG ABUngok oii?

      tudia cyber-cai belaan madey kutty.. dia tukang fitanah lepas tu dia paksa kita debat fitnah dia..sorry lah buang masa..

      sweep sapu jilat habis lantai demi mamak kutty.. pantang ada entry pasal anak mamak atau najib.. meroyan menggeletar jari typing.. demia lendir dedak expired yg dijamahnya hari2..


      yg pnting skrg ketrunan kerala dha berambus dr Kedah..

      lega kami.. biaq pi la sikit2 saki baki cai yg ada tu..lama2 depa sedaq.

      Padam
    3. Saudara 2.20ptg

      Saya suka cara saudara berkomen...tepat dan bernas.
      Terimakasih.

      Padam
    4. Pemakan-pemakan dedak najib dah mula menyalak...

      Padam
    5. kur kur....dedak dah habis ni mana nak ambik lagi ni....apa susah...RM2.6 billion kan ada

      Padam
  3. Abukabar fitnah ni mmg kerjanya ialah meroyan krn dedak harian yg ditaburnya. 'Perjuangan'iblis yg dia tgh lancarkan.. dek kgagalan puak2 nya kekal berkuasa.

    Cerita bab bola lg pnting bgnya dr bab rakyat tak makan, rumah tercabut bumbung.. ye la ex mb dulu umah mcm istana.. mn rasa susah atab zink dipukul ribut tgh bendang.

    Bola Kedah dlu tnpa mukeriss lbh cemerlng.. tkperlupun dia taja wang byk2 utuk tukar identiti keramat Kenari kpd Helang merah dek krn wang..

    Zaman mb osman arrof yg dipecat bapanya Kedah gergasi bolasepak.. xnk ungkit ke napa Madeyy pecat osman arrof dlunya abukabar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu dia cybertrooper belaan Najib sibuk fitnah saya, mangkuk hayun ni tuduh saya buat fitnah, sedangkan mangkuk hayun tu yang fitnah saya.

      Isu pasal bola tu menunjukkan para pihak swasta pun tak percaya dengan Bashah Boboi ni, sebab itulah mereka tarik semula penajaan, Bashah Boboi pun dapat jawatan Menteri Besar secara kotor, Menteri Besar akan turut jawat jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, para penaja skuad bola pun tak sanggup bekerjasama dengan malaun macam Bashah Boboi ni,

      Tapi cybertrooper belaan Najib ni jenis tak reti bahasa, maklumlah, jenis mentaliti CASH IS KING, mana tau apa, hanya sibuk menunggu Najib tabur habuan sahajalah.

      Hello balaci Najib, macai Najib seperti Rahman Dahlan kata Najib tak ada kena dengan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz, sedangkan sebenarnya Najib yang rancang ini semua, Najib dan kuncu serta balaci yang jadi cybertrooper ni yang sebenarnya manusia keparat jenis penipu yang bukan sahaja bodoh, malahan tak tahu malu.

      Teruskan bohong diri sendiri, saya tak rugi apa-apa, sebab saya berpihak kepada pihak yang benar.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. tudia cyber-cai belaan madey kutty.. dia tukang fitanh lepas tu dia paksa kia debat fitnah dia..sorry lah buang masa..

      sweep sapu jilat habis lantai demi mamak kutty.. pantang ada entry pasal anak mamak atau najib.. meroyan menggeletar jari typing.. demia lendir dedak expired yg dijamahnya hari2..


      yg pnting skrg ketrunan kerala dha berambus dr Kedah..

      lega kami.. biaq pi la sikit2 saki baki cai yg ada tu..lama2 depa sedaq.

      Padam
    3. The real CASH KING Madey = Vincen tan & taikun2 cinapek...

      Padam
    4. tu dia hantu belaan najib menaip

      Padam
  4. Esok lusa keluar mungkin keluar lg di youtube rakan dedak abungok.. si khairudin penyangak terbilang.. utk maki Najib bagi minggu ke 9 ini.. ye lah zaman madey dulu mana ada youtube utk maki dia..so seronok lah dia sekat HARAKAH.. itu senang je sekat!


    abungok akan seronok dgn semua ini..janji najib ditumbngkn... nope di kedah kita berjunag utk parti.. taat presiden. wpun madey cantas osman arrof dulu..tp demi taat presiden bapak kpd mukeris ini tidak dipaksa letak jawatan..itu manisnya UMNO krn taat pemimpin!

    BalasPadam
  5. Pro Najib ke.....pro Tun ke......KITA SEMUA TERAJANG PARTI DAPIGS YANG ANTI MELAYU DAN ANTI ISLAM!

    Amacam Ah Boo Bah Kah? Panas?

    BalasPadam
  6. Gaduh la korang puas2..
    Pttnye bile ddk dlm umno..kne la terima teguran dgn terbuka..
    Korang nmpk x yg rakyat semakin menyampah ngn najib n umno???...
    Bukan sebab mahadir yg racun..
    Tpi sebab x tahan dgn kos sara hidup yg mencanak2 naik..
    Klu korang kaye..ok la.
    Yg x bpe nk kaye ni x tahan...
    Ingat..rkyat ramai yg x berapa nk kaya daripada yg kaya...
    Klu najib degil...tggula pru nnti..
    Klu nasib baik..die menang..
    Klu x baik..tumbang..

    BalasPadam
  7. BANYAK KO DAPAT DEDAK BAKOR OII....T

    BalasPadam
  8. Bersungguh nampak...banyak dapat cash ke Bakar oiii....

    BalasPadam
  9. Mak oiii... Bila bergaduh sesama bangsa asyik nak angkat keturunan pulak. Kalau nak halau Mathir mamak kutty, Mat Bashah pun kena halau sama. Depa mai setongkang.

    Tahniahlah kepada pemakan dedak, hingga lupa adat dan adab.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top