Guan Eng TERAMAT BACUL Kalau Tidak Sahut Cabaran Pemuda
Pemuda UMNO mencabar Ketua Menteri Pulau
Pinang Lim Guan Eng menyatakan pendiriannya berhubung isu kalimah Allah
susulan keputusan Majlis Syura Pas bahawa kalimah itu khusus untuk agama
Islam.
Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata
pihaknya hairan kerana sehingga hari ini, Lim yang juga Setiausah Agung
DAP, hanya membisu dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung
isu tersebut.
“Beliau yang mulakan perkara ini (kontroversi isu kalimah Allah),
tetapi selepas mengeluarkan kenyataan itu Lim hanya mendiamkan diri dan
saya difahamkan beliau juga cuba mengelak apabila ditanya media.
“Mengapa perlu takut, kalau berani minta beranilah jawab, sekutu
mereka (Pas) sudah beri jawapan dan sekarang DAP dan PKR pula perlu
tampil dengan pendirian mereka. Saya pasti semua orang sedang tunggu
(pendirian parti),” katanya di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan RM100
kepada 600 pelajar di kawasan Parlimen Kepala Batas yang dirasmikan
bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Anggota Parlimen
Kepala Batas.
Isu itu dibangkit oleh Lim semasa berucap sempena sambutan Krismas
lepas, menggesa kerajaan persekutuan membenarkan penganut Kristian
menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam Bible bahasa Melayu.
Kenyataan itu mendapat bantahan pelbagai pihak, namun pemimpin parti
sekutu DAP termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan
Mursyidul Am Pas, Datuk Abdul Nik Abdul Aziz serta penasihat PKR Datuk
Seri Anwar Ibrahim menyetujuinya.
Bagaimanapun susulan keputusan majlis syura itu, Abdul Aziz mengubah
pandangan yang bukan sahaja tidak bersetuju dengan Lim, tetapi juga
menegaskan kalimah Allah hanya merujuk Tuhan Yang Satu dan perbuatan
menggunakannya untuk agama lain adalah mengarut.- Umno Online
Reezal yang Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas turut menuntut Lim menarik balik kenyataannya itu.
Tun Mahathir Jawab Harun Din Isu Syaitan, Taubat
Harun Din, pemimpin PAS menyuruh saya bertaubat kerana saya telah berkata dalam bahasa Inggeris “Better the devil you know than the angel you don’t”.
Mungkin kerana Harun Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama dengan syaitan. Makna sebenarnya pepatah ini ialah “lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali”.
Kalau Harun Din fikir saya bermaksud lebih baik saya bersama syaitan yang saya kenal daripada malaikat yang saya tidak kenal dan ini salah di sisi agama, maka dia bolehlah suruh saya bertaubat. Tak apalah.
Tetapi pada 24 Januari 1999, Nik Aziz berkata dengan jelas dalam bahasa Melayu yang saya yakin Harun Din tentu faham yang berbunyi seperti berikut, “siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima samada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima”.
Amat jelas dengan ini Nik Aziz sanggup terima pertolongan syaitan pun untuk Kerajaan Islamnya. Demikian pendirian Nik Aziz kerana kononnya begitu kuat perjuangannya untuk mendirikan Kerajaan Islam? Apakah jenis Kerajaan Islam hasil dari pertolongan syaitan sama-samalah kita fikir.
Harun Din nampaknya terima Kerajaan Islam yang didirikan dengan pertolongan syaitan. Sebab itu Harun Din tidak menegur Nik Aziz jauh sekali dari menuntut supaya ia bertaubat.
Saya tidak akan bertaubat kerana salahfaham Harun Din berkenaan dengan apa yang telah saya katakan. Sepatutnya Harun Din meminta maaf dari saya kerana salah fahamnya tentang apa yang saya perkatakan dalam Bahasa Inggeris. Dan saya akan maafkannya kerana manusia memang lemah dan tidak pernah bebas dari membuat kesalahan.
Orang Islam di Malaysia sebenarnya bernasib baik kerana kita semua menganggotai mazhab yang sama, iaitu kita dari mazhab Sunni yang berimam dengan Imam Shafie. Kita tidak sepatutnya berpecah seperti orang Islam di sesetengah negara Islam lain yang berpecah kepada Sunni dan Syiah dan sering bermusuh dan membunuh sesama mereka.
Malangnya persahabatan dan perpaduan orang Melayu Islam di Malaysia ini ditamatkan apabila Parti PAS ditubuh.
Dalam keghairahan PAS untuk mendapat undi orang Melayu di Malaysia mereka sengaja menyalah tafsir agama Islam dan membuat dakwaan bahawa mereka sahaja yang Islam sehingga orang Melayu berpecah dan bermusuh sesama mereka.
Tuduhan yang pertama ialah orang UMNO kafir kerana mereka bekerjasama dengan orang kafir. Saya tidak percaya ada orang Melayu yang terima dakwaan ini. Ia tidak dibuat dengan cara yang mengikuti kehendak agama Islam. Tetapi rupa-rupanya tuduhan ini begitu berkesan sehingga berlaku sembahyang dua imam kerana kononnya imam orang yang tidak sokong PAS kafir, perkahwinan semula orang Melayu yang berkahwin sebelum PAS ditubuh, perkuburan berasingan bagi orang PAS kerana ibu bapa mereka sendiri yang dikebumikan di kubur lama dan orang UMNO tidak Islam, penolakan sembahyang jenazah orang UMNO dan penceraian serta perpecahan dalam keluarga kerana fahaman politik yang berbeza.
Kemudian Hj Hadi menokoktambah kepada perpecahan orang Melayu Islam dengan amanatnya. Hj Hadi mendakwa bahawa PAS menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO tetapi kerana kononnya mengekalkan perlembagaan penjajah, kerana kononnya UMNO mengatakan politik suku agama suku.
Sesungguhnya perlembagaan itulah yang memberi kebebasan bersuara, berparti dan berpolitik kepada PAS. Dikebanyakkan negara yang diakui negara Islam tidak ada kebebasan seperti ini. Sepatutnya PAS menolak semua kebebasan ini. Tetapi sebaliknya PAS menggunakannya untuk memfitnah dan mengkafirkan orang UMNO. Islam menyuruh orang Islam setia kepada Allah, Rasul dan ulil amri, iaitu pemerintah. PAS sebenarnya tidak setia kepada ulil amri.
UMNO tidak pernah berkata politik suku agama suku. UMNO berpegang kepada ajaran bahawa Islam adalah Ad-deen, cara hidup. Cara hidup memang termasuk politik. Sebab itu UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air. Habbul watan minnal iman.
Sebaliknya PAS sekarang menerima pemimpin orang kafir yang secara terbuka menolak negara Islam PAS serta pemimpin Pakatan yang percaya kepada kebebasan tanpa had serta pluralisme dalam agama dan kebebasan keluar dari agama Islam.
Tetapi UMNO tidak akan tuduh orang PAS sudah menjadi kafir. Selagi tidak ada dakwaan oleh tokoh-tokoh Islam yang tidak berkepentingan UMNO akan terima orang PAS sebagai orang Islam. Kita dalam UMNO masih ingin bersaudara dengan orang PAS seperti ditegaskan oleh agama Islam bahawa orang Islam itu adalah bersaudara.
Perbezaan politik antara PAS dengan UMNO tidak bermakna pengasingan politik dari agama, atau agama suku politik suku. Perbezaan politik dikalangan orang Islam berlaku di mana-mana sahaja. Namun mereka semua masih Islam.
Tanpa bertaubat kerana berbagai kesalahannya disisi Islam, Nik Aziz telah memurtadkan tiga juta orang UMNO. Dakwaan ini dibuat olehnya tanpa usul periksa. Tidak ada kajian yang dibuat, samada secara ilmiah atau tidak.
Ketidakadilan Nik Aziz jauh berbeza dari ajaran Islam yang menegas bahawa apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Hakim tidak boleh terdiri dari orang yang teribat dan berpentingan. Memurtadkan orang UMNO adalah satu ketidakadilan disisi agama Islam.
Tetapi, Alhamdulillah, sudah ramai pemimpin dan ahli PAS yang sedar tentang kesalahan PAS dan pemimpinnya dari segi Islam.Mereka telah tidak lagi taksub dengan nama Islam yang diberi kepada Parti PAS. Mereka sedar PAS bukan berjuang untuk Islam. PAS hanya ingin memperalatkan Islam untuk kepentingan politik duniawi pemimpin-pemimpinnya.
Mereka yang keluar dari PAS ini berpeluang untuk benar-benar berjuang untuk agama Islam, berjuang untuk mengembangkan ajaran Islam yang sebenar, terutamanya untuk persaudaraan dalam Islam, tentang berpegang kepada tali Allah dan jangan bercerai-berai.
Saya tidak akan suruh Harun Din bertaubat. Tetapi Harun Din harus tanya hati kecilnya samada dia didorong oleh agama atau politik duniawi apabila menyuruh saya bertaubat dan tidak Nik Aziz.
chedet.cc

Bahang Pemilihan Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) Sesi 2012-2014
Nampaknya masa makin mencemburui calon-calon yang ingin bertanding menerajui kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi Sesi 2012-2014.
Sebanyak 21 Jawatan bagi Jawatankuasa Kerja (Exco) akan menjadi rebutan dari Jawatan Pengerusi Tetap hinggalah ke Ahli Jawatankuasa Kerja.
Perang kempen semakin ketara di aras 5, Summit Hotel, USJ walaupun proses berkempen ini sebenarnya telah bermula awal lagi.
Seperti lazimnya, Jawatan yang sentiasa mendapat perhatian di kalangan NGO belia sudah semestinya kerusi Tertinggi dalam MBM iaitu kerusi Presiden. Adakah Saudara Maliki Mohamed Rapiee dapat mempertahankan jawatan yang disandang beliau dari sesi sebelumnya (2010-2012) atau akan lahirnya pemimpin baru dari NGO Belia?
Apa pun, melihat kepada senario pemilihan pucuk pimpinan badan tertinggi persatuan belia ini, BB merasakan "DEMOKRASI" masih subur di dalam MBM.
Kepada semua perwakilan belia yang mempunyai "KUASA UNDI", gunalah kuasa anda dengan sebaik-baiknya. Buatlah pilihan yang tepat bagi mencorakkan pembangunan belia yang lebih mapan seiring dengan agenda transformasi negara.
Majulah Belia Untuk Negara
Ketepikan 2 Pertuduhan, Mahkamah Tolak Permohonan Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengetepikan dua daripada tiga pertuduhan yang dihadapinya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April tahun lepas.
Permohonan Ketua Pembangkang itu ditolak selepas Hakim Kamardin Hashim memutuskan bahawa Seksyen 4(1)(c) dan 4(2)(c) akta berkenaan tidak melanggar mahupun bercanggah dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, katanya, seksyen-seksyen tersebut bukan batal dan tidak sah seperti yang dihujah oleh pemohon (Anwar).
"Mahkamah ini mengambil pengiktirafan kehakiman bahawa dengan mempunyai atau membenarkan protes jalanan, ia akan melanggar hak-hak dan kebebasan orang lain di bawah Seksyen 3 akta itu, yang termasuk hak kepada kebebasan bergerak dan hak untuk menjalankan urusan perniagaan," katanya.
Kamardin berkata mahkamah melihat larangan yang dikenakan oleh Parlimen adalah munasabah memandangkan ia adalah untuk melindungi kepentingan keselamatan negara dan mengekalkan ketenteraman awam.
Beliau menegaskan Parlimen dalam menggubal peruntukan yang dipersoalkan iaitu mengharamkan protes jalanan adalah dalam lingkungan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Fasal 2(b) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Kamardin berkata larangan protes jalanan sebagai satu bentuk perhimpunan aman tanpa senjata adalah wajar dalam sesebuah masyarakat demokratik bagi perlindungan moral, hak-hak dan kebebasan orang lain.
"Malah pengalaman sivik telah menunjukkan bahawa hak-hak tidak boleh mutlak kerana ia perlu mengimbangi antara satu sama lain. Proses pengimbangan terhadap satu sama lain melibatkan keperluan, meletakkan had kepada sejauh mana hak-hak ini dinikmati," tegas beliau.
Pada 28 Mei tahun lepas, Anwar telah memfailkan permohonan itu bagi merujuk persoalan perundangan berhubung satu daripada tiga perutuduhan berkaitan perhimpunan Bersih 3.0 terhadapnya.
Pada 22 Mei tahun lepas, Anwar, 64, dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, 48, serta Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin, 34, didakwa di Mahkamah Sesyen kerana menyertai protes jalanan yang menimbulkan kekecohan di ibu negara.
Ketiga-tiga pemimpin PKR itu merupakan kumpulan individu pertama didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.
Mereka juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kedua iaitu bersubahat menghasut Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim untuk membuka halangan besi di Jalan Raja di sini pada hari sama.
Pada 2 Julai, tahun lepas, ketiga-tiga mereka didakwa dengan pertuduhan ketiga iaitu bersubahat dengan Tangam, Rajesh dan Farhan dan lima penyokong 'Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengingkari perintah Mahkamah Majistret yang dikeluarkan pada 26 April 2012 yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka antara 28 April dan 1 Mei tahun lepas.
Peguam Anwar, Karpal Singh memberitahu pemberita kemudian bahawa beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu pada Isnin ini dan juga penggantungan permohonan untuk semua prosiding di Mahkamah Seksyen sementara menunggu keputusan rayuan.
Semasa prosiding hari ini, pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamad.
- Bernama
Patutlah PR Beria Sangat Nak Kuasai Sarawak, Rupa-Rupanya...
KUALA LUMPUR - Petronas hari ini mengumumkan penemuan minyak dan gas di telaga Adong Kecil West-1 di Blok SK333, di laut Sarawak, penemuan minyak dan gas, pertama di laut Malaysia selepas 24 tahun.
Syarikat minyak negara itu berkata penemuan kali terakhir di laut ialah di Medan Asam Paya pada 1989, juga di Sarawak.
Petronas berkata telaga Adong Kecil West-1, terletak kira-kira 20km di timur laut pekan Miri, digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd, operator bagi Blok SK333, bersama-sama rakan usaha samanya, Petronas Carigali Sdn Bhd.
Ia berkata, telaga itu digerudi pada kedalaman 3,170 meter dan menemui kira-kira 349 meter ketebalan hidrokarbon bersih.
Dua ujian gerudi merealisasikan kadar aliran kira-kira 440 tong minyak sehari dan 11.5 juta meter padu standard gas sehari, katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Petronas berkata, penilaian teknikal sedang dijalankan oleh operator bagi menentukan jumlah sumber di medan terbabit.
"Berdasarkan keputusan penggerudian, terdapat tanda-tanda bahagian lebih dalam di kawasan laut, yang mungkin berpotensi tinggi mengandungi hidrokarbon.
"Bagaimanapun, menerusi tekanan lubang bor yang tinggi, operasi penggerudian lebih mencabar untuk kolam yang lebih dalam dan dermaga dengan spesifikasi tinggi diperlukan untuk menguji jarak terbabit," kata Petronas.
Setakat ini, tiga penemuan dibuat di laut Sarawak, iaitu Miri, Asam Paya dan medan Adong Kecil West.
Menerusi penemuan ini, Petronas berkata ia sudah membuktikan laut Sarawak mempunyai potensi untuk penemuan lebih banyak minyak dan gas dengan medan Miri, medan minyak pertama Malaysia, ditemui pada 1910.
Aktiviti lanjut di laut itu akan dilakukan oleh syarikat usaha sama terbabit dalam menyokong Petronas mencergaskan semula eksplorasi minyak dan gas di laut Malaysia. - Bernama
Hmm... Bertuahnya Bumi Malaysia. Pelbagai Kurnia diberikan Tuhan Kepada Kita.
Panas.... Ahmad Maslan Melatah Pada Sidang Media Apabila Sokong Tuntutan #HKR112
KULAIJAYA – ‘Saya sokong salah satu tuntutan Himpunan Kebangkitan Rakyat
(KL112) untuk bebaskan Felda..................
Hah! Apa sudah jadi Ketua Penerangan UMNO ni???? Meroyan ke ape???
Inilah kenyataan yang akan dimainkan oleh media PR. Mengambil kenyataan pemimpin UMNO separuh jalan dan diputarbelitkan.
Kenyataan Ahmad Maslan yang sebenarnya adalah :
‘Saya sokong salah satu tuntutan Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112)
untuk bebaskan Felda, terutamanya daripada fitnah pembangkang,” kata
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Katanya, Felda sering menerima fitnah daripada pembangkang dan pihak berkenaan perlu bebaskan Felda seiring tuntutan mereka.
“Terdapat tiga fitnah besar pembangkang terhadap Felda antaranya tuduhan agensi ini sudah bankrap dan dakwaan 12 peratus pegangan saham Felda Global Venture (FGV) dimiliki pihak Genting.
“Selain itu, mereka juga mendakwa Felda menjual minyak kepada syarikat Israel sedangkan kita tidak pernah jual setitik minyak pun kepada Israel, tetapi ada menghantar minyak kepada Palestin.
“Sebab itu, saya sokong tuntutan himpunan untuk bebaskan Felda iaitu selamatkan Felda daripada fitnah mereka (pembangkang),” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Dewan Semai Bakti di Kampung Felda Bukit Batu, semalam.
Sementara itu, mengulas perkembangan saman fitnah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan enam lagi individu lain, Ahmad memberitahu, Felda menunggu tarikh dari mahkamah.
“Mereka diberi tempoh 14 hari untuk meminta maaf, namun tiada respons diberikan, jadi kita terpaksa saman," katanya.

Presiden MBM Ulas Fenomena "Listen, Listen, Listen" Antara KS Bawani dan Sharifah Zohra
SHAH ALAM - Kontroversi hangat di laman sosial yang digelar 'fenomena listen', membabitkan pelajar Jurusan Undang-undang, Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani dan Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin hanya isu komunikasi.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, kontroversi berkenaan adalah masalah komunikasi antara dua individu terbabit.
Beliau berkata, kejadian sedemikian dapat dielakkan sekiranya individu terbabit mengamalkan sikap profesional dan saling menghormati tanpa dipengaruhi emosi semata-mata.
"Dalam forum itu, Bawani sebagai peserta berhak mengemukakan soalan kepada panelis, namun dia perlu menghormati majlis dengan mengemukakan soalan atau pandangan yang wajar.
"Keadaan buruk dapat dielakkan sekiranya sesuatu pandangan itu disalurkan secara tuntas, matang dan beradab tanpa berniat untuk mencabar mana-mana pihak," katanya kepada Sinar Harian.
Mohamed Maliki berkata, sebagai panelis yang dijemput khas, Sharifah Zohra pula perlu bijak, tenang dan profesional serta menunjukkan kematangan dalam menghadapi situasi demikian.
"Dia perlu mengawal perasaan sebaik mungkin dan perlu elak daripada keluarkan pernyataan berbentuk emosi dan berbau sindiran. Ini kerana 'kata-kata adalah pancaran pemikiran' seseorang," katanya.
Sehubungan itu, Mohamed Maliki berkata, pengguna media sosial juga perlu matang dalam mengulas isu berkenaan. Manakala penganjur program perlu memberi penjelasan tentang keadaan sebenar.

"Apa yang kita lihat dalam video yang tersebar di internet itu tidak menggambarkan keseluruhan perjalanan forum berkenaan. Justeru, pihak penganjur perlu beri penjelasan keadaan sebenar," katanya.
Klip video selama 24 minit yang dimuatkan di Youtube itu tersebar luas di laman sosial, memaparkan Sharifah Zohra sebagai panel forum lantang menegur Bawani, yang bangun bercakap di dalam forum berkenaan.
KELAS PERTAMA : 4,000 Masih Belum Memohon Pengecualian PTPTN
Ketika masyarakat kita khususnya segelintir golongan mahasiswa mendesak pihak kerajaan untuk menukar status pinjaman PTPTN kepada biasiswa, masih terdapat golongan yang tidak mengendahkan peluang tersebut walaupun layak menikmatinya.
Seramai 4,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang
mendapat kelas pertama belum memohon bagi pengecualian bayaran balik
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, sehubungan itu
mereka diberi tempoh sehingga 31 Jun ini untuk berbuat demikian.
“Kegagalan berbuat demikian sehingga berakhir tarikh itu akan
menyebabkan mereka perlu membayar balik pinjaman sepertimana yang
termaktub dalam surat perjanjian pinjaman,” katanya kepada pemberita di
sini Khamis.
Beliau berkata, pelajar berkenaan boleh melayari laman web PTPTN atau
datang sendiri ke pejabat PTPTN bagi membuat permohonan pengecualian
pinjaman.
BB pun tak faham juga dengan 4,000 orang ni. Walaupun layak mendapat pengecualian bayaran semula PTPTN ni, namun mereka semacam tidak mengendahkan keistimewaan yang mereka perolehi hasil daripada KEBIJAKSANAAN mereka.
Huh!! Rezeki jangan ditolak beb....
Pemilihan Calon Hampir Selesai Tanda #PRU13 Makin Dekat
KUALA LUMPUR, 18 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata perbincangan soal pembahagian kerusi antara parti komponen
Barisan Nasional (BN) telah hampir selesai dan begitu juga pemilihan
calon-calon di mana sebahagian besarnya telah pun diputuskan di dalam
beberapa siri perbincangan sebelum ini.
Menurut Najib, biarpun begitu namun masih ada beberapa perkara yang
memerlukan penelitian yang lebih mendalam untuk memastikan bahawa
pilihan calon tersebut tepat bukan sahaja dari sudut kebolehan tetapi
juga dari sudut penerimaan rakyat.
“Dalam menghadapi PRU tidak lama lagi, semua parti komponen BN telah
diberikan panduan yang jelas dan kita akan tentukan beberapa perkara
lain seperti manifesto, logistik dan beberapa perkara lain yang
berkaitan dengan persediaan menghadapi PRU ini.
“Manakala tarikh pengumuman calon pula setakat ini kita masih belum
putuskan bila, namun perbincangan serta pandangan tentang perkara
tersebut telah pun ada. Namun kita belum buat keputusan lagi bila masa
yang sesuai untuk membuat pengumuman tersebut,” kata beliau kepada para
pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN di PWTC,
Khamis semalam.
Sementara itu, ketika diminta mengulas tentang sokongan rakyat
terhadap BN, beliau berkata bahawa setakat ini banyak petanda bahawa
sokongan rakyat kini bertambah dan lebih positif kepada BN.
“Namun kita sedar dalam masa pilihanraya ini ada banyak faktor yang
boleh mempengaruhi keputusan akhir pilihanraya nanti. Oleh itu, kita
tak mahu bersikap terlalu selesa dan terlalu yakin seolah-olah tidak ada
apa yang boleh menggugat kedudukkan kita.
“Saya berharap agar BN terus menggandakan usaha untuk memastikan
semua urusan yang perlu dilakukan, akan dilakukan dengan sebaik mungkin
dan kita akan terus memberikan semangat serta keyakinan kepada jentera
BN untuk memenangi PRU akan datang ini,” ujarnya.
SULIT : POST MORTEM #HKR112 #KL112 DI IBU PEJABAT PKR TROPICANA AKUI GAGAL MENCAPAI OBJEKTIF
Ibu Pejabat PKR Di Tropicana, Petaling Jaya
BONGKAR!!!! Edisi Terhad!!!! Dokumen sulit hasil Post Mortem di Ibu Pejabat PKR di Tropicana berkenaan #HKR112 sedang beredar di laman sosial.
Satu perkara yang sangat bagus mengenai PKR adalah mereka sangat pantas dalam melakukan post-mortem tentang perkara yang mereka anjurkan. PKR memang tak tunggu lama. Budak-budak muda PKR memang jenis yang tak sabar.
Mereka nak tahu sejauh mana #HKR112 sudah mampu merubah pola pengundian seperti yang mereka harapkan. Dalam bahasa mudah, pulang modal atau tidak? Terkejut dengan analisa Ketua Ekonomi Bank Islam (ahli PKR), bahawa PR hanya mampu menang 97 kerusi, mereka sedang merancang untuk memanggil Azrul untuk membentangkan analisa beliau kepada PKR.
Persoalan utama semasa sesi Post Mortem ini ialah, apakah HKR mampu menambah jumlah kerusi yang dimenangi PKR? Beberapa analisa awal yang diperolehi di HQ PKR adalah seperti berikut.
A. Sokongan Generasi Muda Statik
B. Kegagalan PAS (500 ribu rakyat)
C. Sikap Tenang Kerajaan Meresahkan

D. Kemenangan Total Propaganda Media Baru
E. Jawatankuasa PR Perlu Peneguhan
F. Anwar Masih Unifying Force
G. Political Traction Percentage
Bagi perincian 7 perkara di atas, BB upload di sini dokumen yang diemailkan kepada BB oleh sumber yang berada semasa Post Mortem tersebut.
muka surat 1
muka surat 2
TU DIA!!!! Akhirnya PKR mengakui kegagalan PR bagi #HKR112. Dan PAS dituduh sebagai pihak utama menyebabkan kegagalan tersebut!!!!
Nampaknya Transformasi yang dibawa oleh DS Najib melalui Akta Perhimpunan Aman (APA) amat-amat memberi kesan dan diterima rakyat.
Ternyata rakyat sudah bijak untuk menilai dan membuat pilihan, mana yang baik dan mana yang buruk.
Usaha PR dengan menghantar golongan Mahasiswa diketuai Adam Adli selama 3 bulan ke Indonesia bagi mempelajari selok-belok demontrasi ternyata hanya SIA-SIA. Bukan setakat itu, PKR juga mengakui bahawa Adam Adli bukanlah IKON Mahasiswa yang mampu menarik rakan-rakan mahasiswa lain untuk bersama dalam perjuangannya. Adam Adli - KO!!!
Seterusnya, PKR mengakui taktik huru-hara yang dipraktikkan semasa Himpunan Bersin sebelum ini juga GAGAL digunakan semasa #HKR112.
Semuanya gara-gara pihak Kerajaan yang mengambil pendekatan mematuhi APA. Begitu juga pihak PDRM yang begitu profesional dan berdisiplin semasa mengawasi #HKR112. TAHNIAH PDRM!!! Unsur kebencian rakyat kepada PDRM seperti di Bersin sebelum ini juga GAGAL diwujudkan.
Tiadanya keihklasan dalam PR apabila DAP didapati terlalu "SELF-CENTRIC" dan bersikap tidak terbuka. Hah!!! Takkan baru nak sedar kot??? Dah lama dah....
Dan kesimpulannya :
#HKR112 GAGAL meningkatkan sokongan sedia ada kepada PR sepertimana yang diharap-harapkan.
BB : Terima Kasih Kepada Sumber Pemberi Maklumat.
RM475 Ribu Insentif Untuk Pelajar Cemerlang PMR 2012
GEORGETOWN 17 Jan. - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan memberi insentif wang tunai berjumlah RM475,200 kepada 2,376 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 di seluruh negeri mulai Sabtu ini.
Pengerusi Program Insentif PMR Pulau Pinang, Koh Wan Leong berkata, pemberian wang tunai itu sebagai insentif kepada pelajar mengekalkan pencapaian baik pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak.
“Majlis penyampaian hadiah insentif akan diadakan pada 19 hingga 31 Januari di lokasi terpilih dan surat jemputan telah diedar kepada pelajar berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata daripada jumlah penerima itu, 2,335 pelajar adalah mereka yang mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil dan selebihnya adalah pelajar kelainan upaya (OKU) dan pelajar sekolah persendirian yang memperoleh 6A dan ke atas.
Wan Leong yang juga Penyelaras Barisan Nasional (BN) Paya Terubong berkata setiap pelajar akan menerima cek RM200 dan sijil penghargaan daripada BN Pulau Pinang.
Menurutnya, BN negeri merancang memperluaskan program insentif itu kepada pelajar cemerlang lepasan SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada masa depan. - BERNAMA
RETAK MENANTI BELAH!!! Kejatuhan Pakatan Rakyat Sudah Semakin Ketara
Nampaknya, apa saja yang dibuat oleh Pakatan Rakyat hari ini akan memakan diri mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat sering diaibkan dengan kata-kata dan tindakan mereka sendiri sejk kebelakangan ini.
Seolah-olah mereka hanya pandai mengelirukan rakyat jelata dengan sentimen-sentimen kononnya rakyat Malaysia hidup dalam sebuah negara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tidak hairanlah kenapa senjata utama mereka hanyalah mengapi-apikan rakyat untuk turun berarak di jalanan.
Dua minggu lalu, DS Anwar Ibrahim cuba mengelirukan rakyat berhubung isu saham Felda Global Ventures Berhad.
Dalam helahnya untuk dilihat sebagai seorang pakar ekonomi, beliau mengesyorkan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam sektor minyak & gas dan kelapa sawit. "Lagipun, kita sebahagian daripada Opec. Saya bukan bermaksud untuk mencadangkan sebuah kartel, tapi hanya sinergi antara kedua-dua negara ini bakal membantu mengurangkan masalah yang timbul," ujar beliau.
Mungkin beliau telah dimakan usia sehingga terlupa, mungkin juga beliau tidak tahu langsung. Malaysia tidak pernah menganggotai Opec, dan kita telah pun berbincang dengan Indonesia untuk membentuk sebuah badan usahasama yang akan berusaha untuk menyokong kestabilan harga melalui pengurangan stok serta mengawal bekalan minyak sawit. Perancangan dan tindakan telah pun dilaksanakan oleh pihak kerajaan, rakyat Malaysia tidak perlukan retorik DS Anwar Ibrahim.
Seminggu kemudian, Pakatan berkhayal lagi. Didorong oleh tuduhan melulu yang dilemparkan oleh bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mula melaung-laungkan tuduhan kononnya kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada Malaysia sebagai pampasan kepada mangsa-mangsa projek landasan keretapi maut sewaktu era Perang Dunia Kedua dahulu.
Tuduhan ini mengingatkan saya kepada tuntutan tidak masuk akal yang dibuat oleh Hindraf.Anwar terus mempersoalkan ke mana hilangnya wang pampasan tersebut di Jakarta minggu lepas. Beliau tidak tahu bahawa pihak kerajaan Jepun sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan ia pernah membuat pembayaran sejumlah itu kepada Malaysia. RM207 bilion yang kononnya telah dibayar dan dilesapkan oleh kerajaan Malaysia adalah "diluar penglibatan dan pengetahuan Kerajaan Jepun." Rupa-rupanya, tiada seorang pun penasihat-penasihat DS Anwar Ibrahim yang mempunyai masa untuk memberitahu beliau bahawa Tokyo telah menafikan tuntutan Pakatan tersebut. Saya rasa mereka terlalu terperangkap dalam pembohongan mereka sendiri.
Perhimpunan KL112 Sabtu lepas telah dilihat sebagai usaha terakhir Pakatan untuk menunjukkan kuasa dan sokongan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN). Walaupun perhimpunan Bersih dan Bersih 2.0 sebelum ini kononnya bersifat "non-partisan" kerana dirancang oleh NGO-NGO dan kumpulan-kumpulan kebebasan sivil, KL112 lebih jelas dari mula lagi. Ia adalah agenda Pakatan Rakyat, dan niat mereka sangat jelas.Hari yang dinantikan tiba, namun sejuta rakyat yang digembar-gemburkan oleh Pakatan tidak tiba. Pemimpin Pakatan hanya mampu berbohong dengan berkata bahawa 500,000 rakyat Malaysia telah berhimpun dalam stadium yang hanya berkapasiti 30,000 orang itu.
DS Anwar Ibrahim menganggap Himpunan Kebangkitan Rakyat itu sebagai sebuah kejayaan besar yang telah mencatat sejarah. Ada juga penyokong-penyokong beliau yang menganggap perhimpuan tersebut sebagai "hari kemerdekaan negara yang kedua."Semua khayalan-khayalan ini lupa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasionallah yang telah berusaha gigih untuk membawa transformasi politik dan ekonomi kepada negara. Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta enakmen Akta Perhimpunan Awam adalah usaha kerajaan untik menegakkan kebebasan awam dan kebebasan sivil. "Kejayaan" perhimpunan 12 Januari tersebut adalah sebenarnya bukti kepada usaha-usaha kerajaan.
Anwar pasti kecewa kerana perhimpunan ini berlangsung tanpa sebarang insiden. Tiada perusuh yang merosakkan kenderaan polis, tiada seorang pun rakyat yang dipukul, dan tiada sesiapa pun yang disembur dengan air atau gas pemedih mata. Rata-rata rakyat Malaysia menarik nafas lega dan melemparkan pujian kepada kerajaan dan pihak polis. Malahan, pemimpin DAP Lim Kit Siang sendiri pun telah memuji Datuk Seri Najib kerana membenarkan perhimpunan tersebut berlangsung.
Perhimpunan KL112 adalah kemenangan untuk rakyat Malaysia, bukan untuk Pakatan Rakyat. Ia telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sangat cintakan keamanan dan perpaduan.
TUNGGUUU......
MALAM NANTI BB AKAN BUAT PENDEDAHAN MAKLUMAT SULIT YANG DITERIMA HASIL POST MORTEM PKR UNTUK #HKR112 #KL112
PASTI TERKANGKANG BEB.... TUNGGUUUUUU...... |
Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) Beri Manfaat Kepada Anak Muda
Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) YB Khairy Jamaluddin telah memperkenalkan Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) yang bakal memberi manfaat buat 500,000 golongan belia untuk memiliki lesen memandu kelas B2.
Dalam sidang media dan Majlis Perlancaran Laman Web www.bl1m.my di PWTC pada 14 Januari yang lalu Khairy Jamaluddin berkata :
"Inisiatif BL1M yang dikemukakan oleh Pemuda. BN ini bertujuan memberi peluang kepada semua penunggang motosikal meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya, dengan meringgankan beban mereka dalam permohonan lesen dan proses pendidikan."
"Pendek kata, anda berhak menikmati kebebasan memiliki kaedah pengangkutan sendiri, dengan syarat anda juga menyedari tanggungjawab anda kepada komuniti."
"Manfaat program BL1M amat luas; ia akan membantu meningkatkan keselamatan jalan raya di taman perumahan, bahkan juga jalan awam."
"Mesej dari Pemuda BN sememangnya jelas: Kami mengutamakan keselamatan anda, dan akan berusaha ke arah pencapaiannya. Inisiatif BL1M ini merupakan salah satu daripada 10 usul yang digariskan di Perhimpunan Agung UMNO; kami sedia memenuhi janji membela rakyat."
Di bawah program BL1M, pemohon lesen kelas B2 tunggal (250cc ke bawah) berwarganegara Malaysia dan berusia 17 hingga 40 tahun hanya dikenakan bayaran yuran sebanyak RM199.
Ia meliputi pemohonan lesen serta tangkapan gambar, kelas latihan amali, ujian teori undang berkomputer dan ujian praktikal di institut memandu (IM) yang diluluskan oleh JPJ.
Pada masa ini, kos purata untuk memohon lesen B2 dan menjalani kelas latihan serta ujian-ujian yang ditetapkan sebanyak RM380. - MyMahasiswa
Terbaek la.... Memahami Denyut Nadi Rakyat khususnya Anak Muda
Cukup-cukuplah DAP Memperbodohkan Melayu
Semakin hampir pilihan raya, pelbagai usaha dilakukan oleh
pembangkang untuk menambat hati rakyat, DAP juga tidak ketinggalan
apabila sanggup mengubah keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif
Pusat (CEC).
Naib Ketua Wanita UMNO Selangor, Datin Paduka Norhayati Onn berkata
apa yang dilakukan oleh DAP itu adalah helah politik untuk memancing
undi Melayu selepas menyedari keputusan pemilihan itu boleh menyebabkan
mereka kehilangan sokongan pengundi Melayu.
“Ia bukan satu kesilapan, tetapi suatu perancangan untuk menutup
kesilapan yang dilakukan selepas menyedari keputusan pemilihan itu boleh
memberi kesan terhadap sokongan pengundi Melayu kepada pembangkang pada
pilihan raya nanti".
“Mengapa selepas tiga minggu keputusan itu diumumkan, baru mereka
menyedari berlakunya kesilapan dan menyalahkan sistem komputer,
keputusan itu memberi tekanan kepada DAP, keputusan itu menunjukkan
parti berkenaan adalah parti perkauman dan ramai di kalangan ahlinya
dari bukan Melayu".
“Rakyat perlu sedar terutama pengundi Melayu bahawa, tindakan mereka
mengubah keputusan itu adalah untuk mengaburi mata orang Melayu dan
sesuatu yang tidak masuk akal apabila undi tempat ke 65 boleh menjadi
tempat ke 20, ini semua silap mata yang dilakukan oleh DAP,” katanya
kepada UMNO-Online hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan pemilihan
Jawatankuasa CEC DAP baru-baru ini yang terpaksa dirombak bagi memberi
laluan kepada calon Melayu untuk berada dalam jawatankuasa berkenaan
sedangkan ketika keputusan diumukan pada hari pemilihan, semua calon
Melayu yang bertanding kalah teruk.
Norhayati berkata, sebelum ini pembangkang sering menuduh Suruhanjaya
Pilihan Raya tidak telus, sedangkan yang sebenarnya DAP sendiri yang
tidak telus, keputusan pemilihan Jawatankuasa CEC boleh dirombak untuk
kepentingan politik.
“Dan bukanlah suatu yang mustahil jika pembangkang boleh merubah apa
sahaja yang dianggap memberi keuntungan tanpa memikirakan hak orang
lain, jika berkuasa sudah berlaku perkara sebegini, bagaimana pula jika
mereka berkuasa nanti,” katanya.
Menurutnya, rakyat jangan terpedaya dengan apa yang berlaku itu
sebaliknya perlu memikirkan apa akan berlkau kepada negara jika mereka
berkuasa, ketika ini pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk merubah
apa yang telah termaktub bagi merealisasikan cita-cita mereka terutanya
DAP. -MediaUMNO
Bawani VS Sharifah : Fakta Yang Disembunyikan!!!
Pendidikan
percuma, itulah topik asas yang dibangkitkan oleh Bawani ketika
perbuatan bertanyakan soalan yang bersifat agak provokasi
kerana tiada adab di dalamnya. Ingat, kelembutan dalam suara, kesopanan
dan nada yang bersahaja adalah salah satu adab dalam berhujah. Kalau
sudah terjerit sana dan sini, itu bukan di namakan adab.
Tetapi, difahamkan bahawa sebenarnya Sharifah itu hanyalah moderator dan program yang ada di UUM bukanlah panelis yang dilantik. Pada saat ikrar dibacakan, itu sudah penghujung majlis dan majlis berkenaan tidak ada menyentuh langsung soal politik.

Sharifah juga harus dipersalahkan. Saya tak tahu kenapa dia bercakap mengenai soal binatang dalam penghujahan. Tapi itu bukan persoalan. Bawani membawakan negara-negara seperti Cuba, Argentina, dan Brazil, negara dunia ketiga yang sedang membangun yang memberikan pendidikan percuma, dan kenapa Malaysia tidak mampu untuk melaksanakan pendidikan percuma? Namun, belum sempat Bawani menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Ini juga merupakan salah Sharifah pada hemat saya.
Adalah difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan
masa program. Bawani pula bertanyakan selepas waktu program. Ini yang
dianggap sebagai sejenis provokasi kerana sepatutnya soalan itu
ditanyakan kepada panelis, bukannya moderator.
Berbalik kembali kepada topik perbincangan, apa yang perlu dijawab oleh Sharifah? Pertama, Sharifah harus menggunakan ayat ini, “Tiada apa yang percuma di dunia.” Memang pendidikan percuma, tetapi ada bayarannya untuk dapatkan sesuatu yang percuma. Analogi yang sesuai umpama beli sesuatu produk, kita dapat free gift melalui pembelian kita. Sama juga dengan isu ini, pendidikan percuma, tetapi rakyat harus membayarnya melalui mekansime yang lain.

Sebagai contoh, CUKAI. Untuk pengetahuan, Cuba dan Argentina merupakan negara yang lebih miskin daripada kita. Bagaimana pula dengan pembangunan di negara-negara berkenaan? Bagaimana dengan keadaan di negara berkenaan.
Misalnya, Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelahar harus membayar kos pengangkutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke universiti.
Satu
daripada sembilan orang pelajar di Negara dunia ketiga seperti Sri
Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?
Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki universiti, selebihnya akan terpingir. Inilah harganya yang perlu dibayar.

Mengenai
soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia
dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara
mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari
minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi,
buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?
Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:
"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."
Kenyataan di atas ialah datang daripada orang Brazil sendiri. (sumber: http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes)
Mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:
" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"
(sumber : http://thebrazilbusiness.com/article/everyday-taxes-in-brazil-ipva-iptu-and-iptr)

Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Nampak kan ada benda yang perlu dibayar?
Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya.
thebrazilbusiness.com
Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established.
We will provide an overview of the most common taxes in Brazil,
dividing them into Federal, State and Municipal taxes.
Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimum. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dengan durian?
Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi? Ini hanya pandangan peribadi saya. Kalau ada apa yang salah, atau anda ada cadangan yang lain, sama-samalah kita kongsikan.
Sumber lain yang BB dapat :
"FYI,
ada sorang ni mengaku bekas guru Bawani masa sekolah menengah di Kampar dulu.. Few months ago baru remove Bawani sebab banyak sangat mengutuk kerajaan dan
banyak puji Ambiga plus pembangkang"
Hmm..
2013 Putrajaya Youth Festival Can Attract 2.5 Million Visitors
Pihak
Sekretariat Pengurusan Acara, KBS sedang mencari operator-operator
berwibawa dan berpengalaman untuk mengendalikan acara-acara bagi
mengisi segemen Festival Belia Putrajaya 2013 yang akan berlangsung
bermula 23 hingga 26 Mei 2013 bertempat di Presint 1 hingga 6,
Putrajaya.
Festival ini akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri dan melibatkan semua Menteri Kabinet, Ahli Parlimen dan Duta-duta Negara Luar untuk mengunjungi festival ini. Disamping itu juga, beberapa acara di peringkat antarabangsa telah pun mengesahkan penyertaan mereka seperti Sasuke dan Freestyle Motocross Extreme dari Jepun.
Kita tengok pula apa kenyataan Menteri terbabit :
The One Million Youth Gathering that was renamed as 2013 Putrajaya Youth Festival will feature 500 events to attract visitors said Youth and Sports Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek today.
He said the festival to be held from May 23 to 26, is expected to attract 2.5 million visitors who will be presented with various entertainment like roller ball which has attracted participation from 40 countries which trishaws will be used to ferry the visitors to the festival.
“Just like last year, the Ministry of Youth and Sports will organise about 500 events, just like during the One Million Youth Gathering. However, there will also be elements of surprise for visitors,” he told reporters at the pre-launch of My Megamind 2013 programme here today. Umno Online
Langgan:
Catatan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK

cool heads must prevail in these difficult times

touch n go and wwf malaysia launch charms for chan...

pasaran as cuba untuk pulih prospek serangan as te...

must present your ic to purchase subsidized local ...

insurance premium hike in line with bnm s interim ...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih