Tetapi, difahamkan bahawa sebenarnya Sharifah itu hanyalah moderator dan program yang ada di UUM bukanlah panelis yang dilantik. Pada saat ikrar dibacakan, itu sudah penghujung majlis dan majlis berkenaan tidak ada menyentuh langsung soal politik.
Sharifah juga harus dipersalahkan. Saya tak tahu kenapa dia bercakap mengenai soal binatang dalam penghujahan. Tapi itu bukan persoalan. Bawani membawakan negara-negara seperti Cuba, Argentina, dan Brazil, negara dunia ketiga yang sedang membangun yang memberikan pendidikan percuma, dan kenapa Malaysia tidak mampu untuk melaksanakan pendidikan percuma? Namun, belum sempat Bawani menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Ini juga merupakan salah Sharifah pada hemat saya.
Berbalik kembali kepada topik perbincangan, apa yang perlu dijawab oleh Sharifah? Pertama, Sharifah harus menggunakan ayat ini, “Tiada apa yang percuma di dunia.” Memang pendidikan percuma, tetapi ada bayarannya untuk dapatkan sesuatu yang percuma. Analogi yang sesuai umpama beli sesuatu produk, kita dapat free gift melalui pembelian kita. Sama juga dengan isu ini, pendidikan percuma, tetapi rakyat harus membayarnya melalui mekansime yang lain.
Sebagai contoh, CUKAI. Untuk pengetahuan, Cuba dan Argentina merupakan negara yang lebih miskin daripada kita. Bagaimana pula dengan pembangunan di negara-negara berkenaan? Bagaimana dengan keadaan di negara berkenaan.
Misalnya, Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelahar harus membayar kos pengangkutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke universiti.
Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki universiti, selebihnya akan terpingir. Inilah harganya yang perlu dibayar.
Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:
"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."
Kenyataan di atas ialah datang daripada orang Brazil sendiri. (sumber: http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes)
Mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:
" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"
(sumber : http://thebrazilbusiness.com/article/everyday-taxes-in-brazil-ipva-iptu-and-iptr)
Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Nampak kan ada benda yang perlu dibayar?
Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya.
Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimum. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dengan durian?
Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi? Ini hanya pandangan peribadi saya. Kalau ada apa yang salah, atau anda ada cadangan yang lain, sama-samalah kita kongsikan.
nama pun pembangkang semua akan dibangang
BalasPadamPenulis ckp di sini senang la... cuba waktu tu penulis yg duduk tpt si pah tu... mau 25x kot keluar words litsen tu... tak pon dah dilempangnya bawani tu... bukan nak backing si pah tu, tp realitinya ramai yg pandai komen je...
BalasPadamBerkenaan isu binatang tu... metafora mudah pon tak boleh faham ke? Dia ada explain dlm ayatnya... kalau penulis boleh keluar data2 tu, takkan penulis tak boleh paham ape yg disuarkan oleh si pah tu... senang je, manusia ni banyak sgt komplen, dah bg itu ini pon masih komplen tak cukup. Tapi tak pernah pikir apa yg orang lain akan komplen kita... cthnya kita dgn binatang. Kambing tu kite pergunakan dia je utk makanan kita je, ayam pon sama... nasib baik binatang tu x pandai komplen, kalau tak dah berbakul2 binatang tu komplen. Ikan jaws pon sama kalau boleh komplen. Kawan2 dan sedare marenya semua kene tangkap di jual shark fin. Cuba kalau kita boleh dengar binatang tu komplen. Kita dgn masalah kecil pon suka komplen... Majoriti dlm dewan tu tak komplen pon pasal pinjaman pendidikan... tp yg si bawani tu komplen tak puas hati tu mcm semua org komplen apekehal?
Bawani g belajar Sri Lanka ler..
BalasPadam