Nuffnang

KJ, GAN PING SIEW, SAIFUDDIN DAN P. KAMALANATHAN BERENTAP

KUALA LUMPUR: Seramai empat Yang Berhormat (YB) beraksi lincah berentap bersama belia di Pertandingan Bola Keranjang secara 3 on 3 iaitu YBsCanJump di Berjaya Times Square pada 19 November 2011 yang lalu.

Mereka adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu, Ahli Parlimen Temerloh, Dato’ Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan.
 
Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Tuan Gan Ping Sieu, aktiviti sukan merupakan medium terbaik dalam menyatupadukan rakyat dan membuktikan sukan bola keranjang adalah milik semua, bukannya milik kaum tertentu sahaja.
 
Tambah beliau lagi, idea penganjuran pertandingan tersebut timbul di Twitter dan mendapat maklumbalas daripada Dato’ Saifuddin dan Khairy Jamaluddin yang berminat untuk menyertai begitu juga dengan P. Kalamanathan.
 
Pertandingan yang berlangsung selama sehari itu menarik hampir 32 pasukan di sekitar Lembah Klang dan Selangor yang terdiri daripada golongan belia untuk menyertai bagi merebut trofi kemenangan.
 
Penganjuran pertandingan tersebut diadakan bagi membuktikan kesungguhan kerajaan amnya dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) khususnya dalam membudayakan sukan dalam kehidupan seharian tanpa mengira umur, kaum mahupun agama.
 
P. Kalamanathan berharap aktiviti sebegini dapat diteruskan bagi sukan-sukan lain dan melibatkan lebih ramai YB akan turut serta dan pada masa yang sama meluangkan masa bersama belia melalui aktiviti yang menyihatkan.
read more...

PEMIMPIN GAGAL PERLU BERUNDUR

KUALA LUMPUR – Pemimpin persatuan sukan yang gagal membawa sebarang perubahan diminta berundur secara sukarela bagi memberi laluan kepada orang lain yang benar-benar layak dan berwibawa.

Tanpa mahu menuding jari kepda mana-mana persatuan sukan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pemimpin berkenaan perlu bermuhasabah diri dan merenung ke dalam dirinya sendiri bagi mencari kesilapan yang telah dilakukan selama ini.

“Saya tiada kuasa untuk bubar persatuan tetapi kalau sesebuah persatuan itu diterajui pemimpin yang terlalu lama memegang jawatan dalam persatuan dan dia gagal memberikan yang terbaik.

“Maka saya berpandangan lebih baik dia bermuhasabah diri dan tanya pada diri sendiri sama dia masih mampu untuk menjadi peneraju persatuan sukan berkenaan atau pun tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat keluarga pegawai Majlis Sukan Negara (MSN), Allahyarham Harun Osman yang meninggal dunia di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II di Palembang akibat serangan jantung pada 9 November lalu. Turut serta pada lawatan itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong mengiringi Ahmad Shabery yang turut menyampaikan sumbangan peribadinya kepada balu Allahyarham, Khadijah Salim, 50, di kediamannya di Bukit Jalil.

Allahyarham Haron atau mudah disapa rakan-rakannya sebagai Cikgu Haron adalah pegawai MSN menghembuskan nafas terakhirnya ketika bertugas menunggu ketibaan atlet negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin Palembang 9 November lalu. Jenazahnya di bawa ke tanah air untuk disemadikan di kampungnya di Alor Setar, Kedah keesokkan harinya.
Dato’ Sri Ahmad Shabery kemudiannya menyampaikan sumbangan peribadi kepada Khadijah dan berharap agar beliau serta keluarganya sentiasa bersabar dengan ujian ini .

Menurut Ahmad Shabery, pengunduran secara sukarela pemimpin terlibat sekurang-kurangnya membuka peluang kepada orang lain untuk menyuntik idea baru yang mungkin mampu menaikkan kembali acara sukan berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai kekalahan 0-2 skuad Harimau Muda kepada Syria, kelmarin dalam kelayakan Sukan Olimpik 2012, beliau meminta kepada para penyokong agar tidak terlalu cepat mencari kesilapan pasukan muda negara itu.

“Selain faktor keletihan, perlu diingat pasukan ini masih muda dan merupakan satu-satunya skuad di Asia Tenggara yang berjaya menempatkan diri dalam 12 pasukan terbaik Asia bagi kelayakan Olimpik,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap, penyokong dapat memberi mereka masa dan ruang bagi membentuk sebuah pasukan masa depan yang mantap.

Sumber-Utusan
read more...

TINDAKAN AIM MEMALUKAN YUNA DAN ANUAR ZAIN

 

KUALA LUMPUR: “Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan,” kata penyanyi Anuar Zain yang dinobatkan pemenang baru kategori Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) selepas berlaku kesilapan di pihak penganjur.

Pengumuman dan penyerahan anugerah untuk lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar itu berlangsung pada sidang akhbar khas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur AIM18 di sini, semalam.

Lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim memenangi kategori Lagu Pop Terbaik ketika AIM18 berlangsung 12 November lalu dan pada malam penganugerahan yang sama, Yuna diumumkan pemenang kategori Lagu Terbaik melalui lagu ciptaannya, Penakut.

Bagaimanapun, semalam Harian Metro menyiarkan pengakuan Yuna bahawa anugerah itu ditarik balik oleh pihak penganjur atas alasan kesilapan teknikal dan RIM turut membuat sidang media rasmi mengenainya semalam menyebabkan anugerah itu kini berpindah tangan kepada lagu nyanyian Anuar.
Anuar berkata, dia menerima anugerah yang diberikan kepadanya kerana menghormati keputusan penganjur, namun pada masa sama menegaskan artis yang terbabit dalam isu kesilapan itu ibarat menjadi mangsa.

------------------------------------------------------

Manusia memang tidak lari dari melakukan kesilapan. Persoalannya, bagaimana Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) boleh melakukan kesilapan sebegini? Bukan niat penulis untuk menghentam RIM, tetapi kalau anugerah yang berprestij seperti ini pun boleh diambil mudah, bayangkan kerja-kerja dan tugas yang dilakukan oleh RIM dalam mengangkat industri muzik negara? Mujurlah Yuna seorang yang baik hati dan amat profesional. Bayangkan sekiranya perkara ini berlaku di Hollywood. Pasti tindakan tegas seperti saman malu akan diambil oleh penyanyi ke atas penganjur.

Kepada RIM, tepuk dada tanya selera.



read more...

KELAYAKAN OLIMPIK 2012 : Malaysia U 23 VS Syria U 23


“MAIN di tempat sendiri tetapi kita umpama pasukan lawan. Syria sudah sampai di sini sejak Ahad sedangkan kita baru tiba pagi tadi (semalam).” Demikian luahan jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee (kanan) menjelang aksi kedua Kelayakan Olimpik 2012 menentang Syria di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini – hanya dua hari selepas menewaskan Indonesia pada final Sukan SEA di Jakarta, malam kelmarin.

Walau apa jua rintangan, perjuangan harus diteruskan. Kepada skuad Harimau Muda, seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada, sokongan dan doa mereka berSATU mengiringi setiap langkahan anda. Berjuanglah seperti sang harimau, semakin ganas apabila dilukai..
read more...

ONG KIM SWEE : KAMI DI BELAKANGMU


"MEREKA tidak menghormati kamu, mereka tak hormat bendera kita, mereka tak hormat Raja kita dan mereka tak hormat ibu bapa kita. Kalau kamu benarkan ini terjadi, maka kamu adalah pengecut. Kamu sebagai rakyat Malaysia mesti ajar mereka.

“Kita berjaya tewaskan mereka bukan sekali tapi dua kali di hadapan penyokong fanatik mereka. Kita tunjukkan pada mereka macam mana nak lakukannya.”UTUSAN
read more...

PM TURUT DIFITNAH MEDIA SOSIAL

Perdana Menteri, Datuk Sri Najib berkata, beliau tidak terkecuali daripada menjadi mangsa fitnah serta kepalsuan media-media sosial di negara ini.  Antaranya, beliau dituduh melakukan tawaf secara berseorangan bersama rombongan sambil diiringi oleh pasukan keselamatan Arab Saudi ketika mengerjakan haji baru-baru ini dan disebabkan itu jemaah lain telah dihalang untuk melakukan ibadah berkenaan.  Tegas beliau, dakwaan tersebut bukan sahaja tidak benar dan tidak berasas malah ia merupakan satu fitnah yang amat besar.

 ”Saya pergi buat ibadah haji mendapat taraf tetamu diraja. Bukan kita minta tetapi ditawarkan oleh Raja Arab Saudi. Antara kemudahan diberikan apabila kita melakukan tawaf ada beberapa anggota tentera menjaga keselamatan kita.

”Apabila keluar dalam media sosial mereka padamkan jemaah haji yang lain seolah-olah saya dikepung dan diberikan keistimewaan hingga jemaah lain tidak boleh buat tawaf kerana saya buat tawaf. Ini satu kepalsuan dan fitnah besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Perdana Menteri berkata, mereka yang melakukan fitnah itu langsung tidak takut kepada dosa-dosa besar ekoran daripada perbuatan tersebut. ”Dosa besar mereka tidak takut, dosa kecil lagi mereka tidak takut.”

Begitu juga katanya, fitnah terhadap anak perempuannya yang dikatakan telah berbelanja di Perth ketika beliau menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), baru-baru ini. ”Walhal anak saya berada di negara lain untuk menjalankan pekerjaannya dan tidak ada di Perth,” katanya.


Sungguhpun begitu, beliau mengakui media sosial banyak memberi manfaat terutama dalam usaha merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat. ”Saya ada blog sendiri, Facebook dan Twitter sendiri. Kebanyakannya saya twit sendiri dan ada kala pegawai menjalankan tugas ini bagi pihak saya. Saya mahu berhubung dengan rakyat. Saya mahu meletakkan hati saya dengan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu Perdana Menteri turut menceritakan bagaimana beliau telah menggunakan iPhone 4 untuk merakamkan mesejnya untuk rakyat Malaysia pada sambutan Aidiladha di Padang Arafah, baru-baru ini. ”Disebabkan urusan peribadi, tiada peruntukan jurukamera RTM dan TV3 untuk mengikut saya. Namun saya teringatkan dan rindukan rakyat Malaysia dan berhasrat untuk menyampaikan mesej Aidiladha kepada mereka.

”Akhirnya, saya terfikir untuk mengggunakan iPhone 4. Dengan iPhone 4, video dirakam dan ketika itu saya memakai ihram di Padang Arafah. Selepas selesai rakaman, ia dihantar menerusi e-mel dan kemudian disiarkan di RTM dan TV3. Gambarnya cukup jelas. Inilah manfaatnya kita gunakan teknologi baru,” jelasnya.
read more...

PRU 13 AWAL 2012

Betul ke? Boleh percaya ke?


Kepada tuan empunya jawatan, mohon penjelasan.
read more...

Big Screen Bola Sepak Sukan SEA Akhir : Malaysia VS Indonesia @ Dataran Merdeka

Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Muda Malaysia atas kejayaan mereka untuk layak ke perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 menentang Indonesia. Atas semangat kesukanan dan semangat perpaduan kaum di Malaysia Kementerian Bila Dan Sukan dengan berbesar hati akan menganjurkan tayangan skrin besar atau “BIG SCREEN” Sempena Final Bolasepak Sukan SEA – MALAYSIA vs INDONESIA ini.


Siaran ini akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. oleh itu pihak Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia menjemput semua penyokong skuad bola sepak Malaysia untuk beramai-ramai  memberikan sokoangann terhadap pasukan kita. Program siaran ini akan bermula pada jam 6:00 petang,  Selain itu juga akan diadakan  cabutan bertuah untuk penyokong-penyokong yang hadir.

Anda juga diminta memakai jersi pasukan Malaysia atau memakai pakaian hitam kuning untuk menunjukkan semangat  yang kita berikan kepada skuad harimau muda ini. Diharap pasukan Malaysia akan menjuarai perlawanan ini dengan berbekalkan semangat Harimau Malaya.. Jom support mereka  dan bersama-sama  menyemarakan semangat Patriotik melalui sukan.

Untuk dengar lagu semangat harimau malaya layari http://vyrec.com/big-screen-final-bola-sepak-sukan-sea-malaysia-vs-indonesia-dataran-merdeka/
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top