Nuffnang

PEMIMPIN GAGAL PERLU BERUNDUR

KUALA LUMPUR – Pemimpin persatuan sukan yang gagal membawa sebarang perubahan diminta berundur secara sukarela bagi memberi laluan kepada orang lain yang benar-benar layak dan berwibawa.

Tanpa mahu menuding jari kepda mana-mana persatuan sukan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pemimpin berkenaan perlu bermuhasabah diri dan merenung ke dalam dirinya sendiri bagi mencari kesilapan yang telah dilakukan selama ini.

“Saya tiada kuasa untuk bubar persatuan tetapi kalau sesebuah persatuan itu diterajui pemimpin yang terlalu lama memegang jawatan dalam persatuan dan dia gagal memberikan yang terbaik.

“Maka saya berpandangan lebih baik dia bermuhasabah diri dan tanya pada diri sendiri sama dia masih mampu untuk menjadi peneraju persatuan sukan berkenaan atau pun tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat keluarga pegawai Majlis Sukan Negara (MSN), Allahyarham Harun Osman yang meninggal dunia di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II di Palembang akibat serangan jantung pada 9 November lalu. Turut serta pada lawatan itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong mengiringi Ahmad Shabery yang turut menyampaikan sumbangan peribadinya kepada balu Allahyarham, Khadijah Salim, 50, di kediamannya di Bukit Jalil.

Allahyarham Haron atau mudah disapa rakan-rakannya sebagai Cikgu Haron adalah pegawai MSN menghembuskan nafas terakhirnya ketika bertugas menunggu ketibaan atlet negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin Palembang 9 November lalu. Jenazahnya di bawa ke tanah air untuk disemadikan di kampungnya di Alor Setar, Kedah keesokkan harinya.
Dato’ Sri Ahmad Shabery kemudiannya menyampaikan sumbangan peribadi kepada Khadijah dan berharap agar beliau serta keluarganya sentiasa bersabar dengan ujian ini .

Menurut Ahmad Shabery, pengunduran secara sukarela pemimpin terlibat sekurang-kurangnya membuka peluang kepada orang lain untuk menyuntik idea baru yang mungkin mampu menaikkan kembali acara sukan berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai kekalahan 0-2 skuad Harimau Muda kepada Syria, kelmarin dalam kelayakan Sukan Olimpik 2012, beliau meminta kepada para penyokong agar tidak terlalu cepat mencari kesilapan pasukan muda negara itu.

“Selain faktor keletihan, perlu diingat pasukan ini masih muda dan merupakan satu-satunya skuad di Asia Tenggara yang berjaya menempatkan diri dalam 12 pasukan terbaik Asia bagi kelayakan Olimpik,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap, penyokong dapat memberi mereka masa dan ruang bagi membentuk sebuah pasukan masa depan yang mantap.

Sumber-Utusan
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top