Nuffnang

TU DIA!!! VIDEO SHABERY CHEEK BIKIN PARLIMEN BELIA PANASSSS

Sape tak kenal Menteri Belia Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek. Salah seorang menteri kabinet yang pernah mensensasikan tanah air apabila menyahut seruan debat bersama Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Penerangan dahulu.




Hari ini Shabery Cheek telah menghadiri Sidang Parlimen Belia Percubaaan di Palace of the Golden Horses. Dalam ucapan beliau kepada "YB-YB" muda ini, beliau sempat menceritakan senario dan pelaksanaan Parlimen Belia di beberapa buah negara yang mendapat sambutan "hangat" daripada para perwakilan.

Jom kita ushar.....



read more...

PANAS!!! VIDEO AFDLIN, JOHAN DAN HARUN SALIM BACHIK ANTARA ARTIS YANG TERLIBAT DEMO

Ape citer ni bro...terbaru, golongan artis juga tidak dapat mengelakkan diri mereka daripada berdemontrasi. Hmmm...nampaknya demontrasi mula menjadi sebati dengan rakyat kita. Takut gua memikirkan kalau setiap hari atau setiap minggu berlaku demonstrasi di negara kita ni.




Adakah pejuang-pejuang perlu berjuang hanya melalui demontrasi? Adakah demontrasi hanya satu-satunya pilihan YANG KITA ADA BAGI MENUNTUT KEBENARAN?

Imbas kembali, dulu-dulu, kita akan mengumpulkan tandatangan seramai yang mungkin bagi menyatakan hasrat atau kehendak kita atau kehendak kumpulan tertentu. Dah dapat tandatangan kita akan buat PC (Sidang media) bagi menyatakan secara terbuka kepada orang ramai apa-apa tuntutan yang kita mahu daripada mana-mana pihak mahupun kerajaan. Itu dulu.


Kini, budaya memo pula meresap di kalangan segelintir masyarakat kita. Kenapa? Awal tahun lagi kita disajikan dengan isu HIMPUN 901, tarikh di mana keputusan kes Anwar Ibrahim akan dibacakan oleh Mahkamah. Kehadiran memang agak ramai walaupun tidak mencapai objektif penganjur. Berlaku pula letupan kecil atau "molotav cocktail" yang mencederakan beberapa orang. Juga menyebabkan sedikit perpecahan di dalam kepimpinan parti pembangkang sehingga pemecatan Dr. Hassan Ali daripada Pas dan Exco kerajaan Negeri Selangor.





Kemudian diikuti dengan BERSIH 3.0. Walaupun pelbagai pihak masing-masing menuding jari menyatakan kesalahan pihak lain, namun kesan daripada BERSIH 3.0 nyata sekali amat-amat tidak menyenangkan majoriti masyarakat kita amnya dan penduduk di sekitar KL khasnya.




Dan terbaru, video demontrasi ini gua nak kongsi pula dengan pembaca-pembaca gua yang semakin hari semakin bertambah. Alhamdulillah.

Jom kita duduk, baring dan layan video demo yang melibatkan artis kita ini.



read more...

TU DIA!!! KOMEN-KOMEN YB PARLIMEN BELIA OLOK-OLOK



Parlimen Belia? Jom kita dengar komen YB-YB olok-olok ini.



 
Tahniah KBS, namun banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Parlimen Belia pada tahun hadapan.
read more...

JANGAN LEPASKAN PELUANG!!! ARTIS-ARTIS HEBAT DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Perghhhh.... ramai sungguh artis-artis hebat dari dalam mahupun luar negara. Pelbagai genre muzik. Hanya di Himpunan Jutaan Belia - Putrajaya Mei 2012. Jangan lepaskan peluang untuk melihat persembahan artis-artis hebat seperti U-Kiss, Del Shabet, Teen Top, Wings, Search, Black, Meet Uncle Hussain, Azlan & The Typewritter, Kristal dan ramai lagi artis-artis tempatan.




Jom kita gamatkan Putrajaya.
read more...

"VOCAL ACT" PELUANG ANAK MUDA SERLAHKAN BAKAT SENI

SHAH ALAM, 7 Mei – ‘Vocal Acts’, satu program santai hujung minggu bersama golongan muda akan dijadikan sebagai platform untuk menyemai semangat patriotik serta medium penerangan berhubung sebarang isu yang timbul di negara ini.





Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi M. Zin berkata Vocal Acts yang dianjurkan oleh Pemuda Umno bahagian itu akan mengadakan aktiviti seperti persembahan muzik, deklamasi sajak dan diskusi di dataran Bangunan UMNO Shah Alam di Seksyen 11 di sini.

“Melalui program mingguan ini kita menyediakan peluang kepada anak-anak muda supaya berkumpul dan menjalankan aktiviti berfaedah sekaligus dapat membendung mereka dari kegiatan tidak sihat,” katanya selepas mengadakan lawatan penghargaan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Ahmad Nawawi dan wakil 23 badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob bagi menyatakan penghargaan terhadap polis yang berjaya mengawal suasana ketika perhimpunan haram Bersih 3.0 28 April lepas.

“Walaupun banyak pihak yang menuduh dan memburukkan polis dengan tuduhan yang bukan-bukan, kami serta rakyat Malaysia sendiri tahu bahawa polis sentiasa menjaga keselamatan awam walaupun mereka dikasari dan berdepan dengan provokasi melampau,” katanya.

Kumpulan berkenaan menyampaikan dua biji kek serta buah-buahan sebagai simbolik penghargaan itu.

Sumber : Umno Online
read more...

INFO, BIODATA DAN GAMBAR TERKINI "SUPER" FIZO OMAR





Biodata Fizo Omar



Nama Sebenar: Wan Hafizol Wan Omar
Tarikh Lahir: 19 Julai 1985
Umur: 26 tahun
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Sukan : Football
Tinggi : 177 cm
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Pendidikan: Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis




Pengacaraan: 3 Hari 2 Malam (TV9), Pakar Kejelitaan (TV3), Gen X (RTM)

Teater: Siti Di Alam Fantasi

Drama: Jersi 9, Spa Q Musim Ke-2, Awan Dania Musim Ke-2, Suraya & Bila Musang Berjanggut, Siti Kelembai, Mistik Alam Hitam, Bionik, Cahaya Berbisik, Matahari, La Dolce Amira, Cinta Sempurna, Keliwon, Keliru, Kau Laksana Bulan, Suraya, Suatu Hari Di Hari Raya, Bonanza, Rumi Dan Juli, Gadis Merah Jambu, Bisikan Subuh, Tak Serupa Tapi Sama, Elite, Kau Curi Cintaku, Dendam, Puteri Salju.

Filem: Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami, Kongsi, Hello, Halim Munan, 7 Petala Cinta




“Apabila menyambung pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, saya terpilih juga mewakili Perlis bagi skuad Piala Presiden dan Liga Super. Ia juga menjadi kenangan manis buat saya apabila berjaya memenangi Piala Malaysia pada tahun 2005.” Ujar Fizo yang bermain di posisi tengah dan pertahanan. Tamat pengajian, dia beralih angin ke Kuala Lumpur dan mewakili pasukan TNB dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang juga merupakan pasukan terakhirnya.



Kemudian dia tidak lagi bermain bola sepak. Mengapa ya? “Saya tidak lagi bermain bola sepak kerana secara tidak langsung sudah terlibat dalam bidang peragaan dan lakonan. Ini semua adalah kerana seorang rakan yang telah menghantar gambar saya ke agensi modeling dan kemudian mendapat banyak tawaran iklan komersil dan beberapa tawaran lakonan.

read more...

HOT TELEMOVIE : NEW TANGGANG IN THE MAKING BAKAL GEGAR PANGGUNG

Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Sungguh tingginya darjat seorang perempuan yang bernama ibu walaupun mereka ini sebenarnya hanya berasal dari tulang rusuk Adam A.S.




Salah seorang sahabat Rasulullah SAW dilaporkan sangat terseksa di saat menghadapi sakaratulmaut, hanya kerana melebihkan sedikit kepentingan isteri melebihi ibunya dan menyebabkan ibunya itu sedikit berkecil hati.

Setelah ibunya memaafkan sahabat tersebut, barulah roh beliau pergi dengan aman bertemu dengan Allah Azza Wajalla. Dan begitulah besar dan tingginya kedudukan seorang ibu kepada setiap muslim di dunia ini.




Namun , semalam kita dipertontonkan di Buletin Utama  tentang seorang wanita tua berusia 78 tahun yang telah menyatakan luahan, rintihan dan rayuan hatinya terhadap salah seorang anaknya yang kini ibarat Tanggang setelah berjawatan besar dan berpengaruh. Apakah luahan Mak Tom ini mampu mengembalikan semula anaknya itu ke pangkal keluarga khususnya menemui kembali ibunya ini?

Mak Tom memberitahu bahawa kali terakhir anaknya bertemu dengannya ialah pada beberapa hari selepas hari raya pertama tahun lalu, iaitu sudah hampir setahun lamanya sedangkan anaknya pernah menghadiri program yang berdekatan dengan rumah beliau. Ibu mana yang tidak sedih.

Dan beliau mengesahkan kisah derhaka anaknya yang menganggap segala peralatan rumah dan makanan di dalam rumah Mak Tom sebagai najis dan haram, serta perlu disamak. Ceritanya sama saja dengan apa yang saya tuliskan beberapa bulan yang lalu.

Dan setelah berbulan menghancurkan hati dan menyebabkan ibunya mengalirkan air mata, apakah anaknya akan pulang untuk memohon ampun dan bertaubat dari segala kesalahannya itu?

Memang benar Mak Tom sering berdoa agar anaknya berubah kembali ke pangkal jalan dan memohon agar Allah membebaskan anaknya dari pengaruh individu lain. Memang benar doa ibu itu sangat mustajab untuk dimakbulkan Allah SWT.

Namun, Allah juga pernah berfirman yang mafhumnya bahawa Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum atau seseorang itu selagi mereka atau dia tidak mengubah dirinya sendiri. Jadi, apakah kita fikir anaknya mahu berubah dan kembali ke pangkal jalan?

Sekadar renngan bersama. Apalah ertinya hidup apabila kita menderhaka terhadap ibu kita? Apalah ertinya hidup apabila kita tidak diredhai ibu kita? Apalah ertinya segala kemewahan berbanding harga seorang ibu?



Tepuk dada, tanya selera... Oh ibu, engkaulah Ratu hatiku.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top