Nuffnang

PANAS!!! VIDEO AFDLIN, JOHAN DAN HARUN SALIM BACHIK ANTARA ARTIS YANG TERLIBAT DEMO

Ape citer ni bro...terbaru, golongan artis juga tidak dapat mengelakkan diri mereka daripada berdemontrasi. Hmmm...nampaknya demontrasi mula menjadi sebati dengan rakyat kita. Takut gua memikirkan kalau setiap hari atau setiap minggu berlaku demonstrasi di negara kita ni.




Adakah pejuang-pejuang perlu berjuang hanya melalui demontrasi? Adakah demontrasi hanya satu-satunya pilihan YANG KITA ADA BAGI MENUNTUT KEBENARAN?

Imbas kembali, dulu-dulu, kita akan mengumpulkan tandatangan seramai yang mungkin bagi menyatakan hasrat atau kehendak kita atau kehendak kumpulan tertentu. Dah dapat tandatangan kita akan buat PC (Sidang media) bagi menyatakan secara terbuka kepada orang ramai apa-apa tuntutan yang kita mahu daripada mana-mana pihak mahupun kerajaan. Itu dulu.


Kini, budaya memo pula meresap di kalangan segelintir masyarakat kita. Kenapa? Awal tahun lagi kita disajikan dengan isu HIMPUN 901, tarikh di mana keputusan kes Anwar Ibrahim akan dibacakan oleh Mahkamah. Kehadiran memang agak ramai walaupun tidak mencapai objektif penganjur. Berlaku pula letupan kecil atau "molotav cocktail" yang mencederakan beberapa orang. Juga menyebabkan sedikit perpecahan di dalam kepimpinan parti pembangkang sehingga pemecatan Dr. Hassan Ali daripada Pas dan Exco kerajaan Negeri Selangor.





Kemudian diikuti dengan BERSIH 3.0. Walaupun pelbagai pihak masing-masing menuding jari menyatakan kesalahan pihak lain, namun kesan daripada BERSIH 3.0 nyata sekali amat-amat tidak menyenangkan majoriti masyarakat kita amnya dan penduduk di sekitar KL khasnya.




Dan terbaru, video demontrasi ini gua nak kongsi pula dengan pembaca-pembaca gua yang semakin hari semakin bertambah. Alhamdulillah.

Jom kita duduk, baring dan layan video demo yang melibatkan artis kita ini.



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top