Nuffnang

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR HIMPUNAN GULING KERAJAAN #3112


Dataran Merdeka pada jam 10 malam tadi. Dianggarkan sekitar 2000 orang. Namun sukar dipastikan apakah berapa ramai peserta demontrasi dan berapa ramai rakyat biasa yang datang untuk menyambut tahun baru dan menonton demontrasi ini.



10.24 mlm


Rondaaan oleh pihak keselamatan Dayabumi menjumpai 4 parang panjang dan 3 pisau rambo di laluan jalan kaki belakang Dayabumi.



10.20 mlm












read more...

APA NAK JADI? Persatuan Mahasiswa Pula Ajak TURUN BERDEMO!!!!



Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menggesa seluruh rakyat tanpa mengira agama dan bangsa agar turun menyertai Himpunan Bantah Kos Sara Hidup pada malam tahun baru malam ini, samnil menegaskan ia bukan untuk mengguling kerajaan sebagaimana didakwa. 

Presiden PMUM, Muhammad Kamarul Setapa dalam kenyataan medianya berkata, himpunan ini adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap kenaikan barang keperluan rakyat atas alasan ‘memperkukuhkan ekonomi’.

Bagi beliau, respon pihak kerajaan berkenaan isu kenaikan harga barang cukup mengecewakan dan dilihat seperti memperbodoh-bodohkan rakyat yang dalam kesusahan.

"Oleh itu, sekali lagi saya menyeru mahasiswa, anak muda, dan rakyat Malaysia supaya turun bersama-sama rakyat ke Himpunan Bantah Kos Sara Hidup pada hari ini," katanya. 

Ini adalah kenyataan terbuka yang kedua dari persatuan pelajar universiti tempatan, selepas kenyataan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SRC-UIAM).

Sebelum ini, pemimpin pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga Presiden Gabungan Pelajar Islam Malaysia (Gamis), Nor Azan Safar, ditahan polis kerana didakwa mendalangi perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan.

- TMI, 31 Disember, 2013
read more...

APA HAL? Belum Apa-Apa Flashmob Pakatan Hampir-Hampir Meragut Nyawa!!





Bila diberitahu bahawa sebarang demonstrasi atau flashmob hanya menyusahkan dan membahayakan keselamatan awam, maka ramailah penyokong Pakatan Rakyat yang membantah. Diberikan segala macam dalil dan dalih sehinggakan dikatakan juga bahawa 'demonstrasi' di Arafah (ijtihad PAS ler) tidak menggulingkan kerajaan Arab Saudi, malah dituntut dan menjadi rukun pula.

Malangnya, puak-puak tidak bertanggungjawab ini hanya pandai bercakap tetapi apabila natijah daripada perbuatan mereka membabitkan keselamatan awam, mereka tidak sahaja lepas tangan dan enggan bertanggungjawab bahkan lari macam anjing tersepit telur.

Itu yang berlaku pagi tadi di Sungai Besar apabila flashmob yang diadakan oleh 10 pemimpin dan ahli-ahli PAS Sungai Besar di persimpangan lampu isyarat Simpang Tiga Loji, hampir meragut nyawa dan merosakkan sebuah beberapa buah kenderaan.

Flashmob tersebut turut dihadiri oleh Fadzlin Taslimin, YDP PAS Kawasan Sungai Besar, Salleh Hussin, Timbalan YDP PAS Kawasan Sungai Besar, Rojikin Sarbini, Naib YDP PAS Kawasan Sungai Besar dan Zulkifli Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Kawasan Sungai Besar.






Selepas memasang dua kain rentang dan berkumpul sambil terjerit-jerit, ketika itulah berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di persimpangan lampu isyarat tersebut. Sebaik-baik sahaja kemalangan berlaku, para peserta flashmob itu segera melarikan diri bahkan langsung tidak memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan.

Kemalangan berlaku apabila pemandu lori leka melihat para peserta flashmob berkumpul, menyebabkan lori yang dipandu perlahan melanggar belakang sudah kereta yang berhenti di lampu isyarat tersebut.

Kerana enggan bertanggungjawab dan dipersalahkan sebagai punca kemalangan, para pemimpin dan ahli-ahli PAS Sungai Besar yang sebelumnya begitu bersemangat, terus melarikan diri tanpa menoleh lagi. Ramai pula yang berkumpul di sebuah kedai kopi tidak jauh dari tempat kemalangan sambil berbual-bual tanpa rasa bersalah sedikit pun!!!






read more...

BIAR BETUL!! Pesta Muta'ah Di Dataran Malam Ini?



Bior betul beb!!! Adakah ini benar2 atau gurauan semata-mata? Hanya Ali Hanifah Al Qadahi yang mengetahuinya.

Sebenarnya gambar ini dah banyak sangat digunakan di media sosial dan internet. Memang comel la AWEK ni.. Cuma apa sebenarnya MOTIF Ali Hanifah? Adakah akan wujud keadaan sebenar seperti yang cuba disampaikan beliau pada postingnya ini?

Apa pun motif beliau, admin berharap sangat perkara ini tidak akan berlaku. Na'uzubillah.

Wallahu Alam

Jangan buat begini okey!!!



read more...

Himpunan 31 Dis 2013 : BOM Buatan Sendiri Dirampas!!!





Polis Selangor telah menahan seorang pembantu kedai peralatan sembahyang berusia 46 tahun malam tadi di Taman Halaman, Ampang selepas dikejar.

Suspek memiliki objek yang dipercayai bom buatan sendiri untuk kegunaan Himpunan malam ini.

Unit bom polis mengesahkan paip pvc milik lelaki itu mengandungi belerang, serpihan kaca dan paku.

Suspek mempunyai 9 rekod jenayah lampau termasuk dadah.


Ni ape citer ni? Mana Rafizi? 

Benarlah apa yang dihebohkan di media sosial 2-3 hari ni?

SYABAS PDRM!!!

Bernama juga melaporkan Polis Selangor mendedahkan penemuan satu bom buatan sendiri dari seorang lelaki di Tasik Permai, dekat Ampang, kira-kira jam 10.30 pagi, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, bom itu ditemui ketika anggotanya memeriksa lelaki terbabit yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.





"Sebelum ditahan, suspek lelaki berusia 46 tahun itu dilihat mencurigakan dan tidak berhenti ketika diminta berbuat demikian oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu.

"Polis merampas satu objek jenis paip PVC dan mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan buatan sendiri serta dua telefon bimbit milik suspek," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam satu kes berasingan, polis Selangor turut merampas 56 helai baju T yang mempunyai unsur hasutan dalam satu serbuan di Seri Kembangan, awal pagi semalam.

Sehubungan dengan rampasan itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun, sebelum melepaskan lelaki yang bekerja sendiri itu selepas keterangannya dirakamkan.



Bagi kes pertama, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 manakala bagi kes kedua, kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan. - Bernama

read more...

ORANG SARAWAK SUKA DEMO? Biar betul!!!




Semalam, Chegu Bard atau yang nama sebenarnya Badrul Hisyam Shahrin, aktivis Malaysia dan ahli Parti Keadilan Rakyat membuat posting pada akaun FB mendakwa seorang rakan SAMM Sarawak ditahan polis ketika menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Chegu Bard, yang nyata gagal mengkotakan janji setelah bercakap besar akan mengadakan demonstrasi dihadapan rumah Ketua Menteri Sarawak semalam bagaikan anjing yang menyepit ekor dicelah bontotnya (padanlah dengan namanya Chegu Butt) dijadualkan balik ke Semenanjung selepas lawatan hambarnya di negeri Sarawak.




Walaupun berita mengenai tangkapan ini masih belum ada kesahihannya, namun terdapat juga sumber menyatakan seorang lelaki yang didakwa telah mengeluarkan ugutan terhadap Ketua Menteri Sarawak beberapa hari yang lalu.

Jika benarnya kata sumber ini, akulah yang pertama sekali ingin mengucap syabas dan tahniah kepada PDRM kerana menjalankan tugas yang pantas dan cekap. Aku juga lah pertama bertepuk tangan dan ketawa tergoleng-goleng! Kekeke!!!

read more...

THE STAR BUAT LAWAK? LANGKAH PENJIMATAN KERAJAAN

Apa motif The Star? Tak sengaja atau memang disengajakan. Sebagai akhbar perdana, tidak sepatutnya "kesilapan" seperti ini dilakukan. Siapa pengarang atau ketua editor?

Jangan pula jadi seperti akhbar pembangkang yang suka SPIN setiap masa.

Jaga la hati dan perasaan orang khususnya penjawat awam ni. Sudah la "berkorban" demi negara, dipersenda-sendakan pula.

Dan ini bukan kali pertama...dah banyak kali. Dah macam akhbar pembangkang pula. Tu gua tak cerita lagi agenda-agenda "tersembunyi" bangsa tertentu dalam penulisannya.

read more...

ADA LAGI!!! Remaja Hina Dan Kutuk Profesion Polis @PDRM



Apa masalah diorang ni ye? Ingat profesion yang lain selain polis tu suci murni dan tidak terjebak kepada sebarang penyalahgunaan kuasa ker? Janganlah kerana nyamuk seekor, habis kelambu dibakar!!!

Bangga Dengan Diri Sendiri Tak Salah, Tapi Menghina Dan Mengutuk Profesion Orang Lain Satu Tindakan Yang Melampau!!!

Apa Kata Polis Buat Senarai Individu2 Yang Tidak Perlu Dibantu Apabila Pertolongan Diminta Mereka. Amacam?

Kalau belum berkahwin, didoakan semoga bertemu jodoh dengan abang polis. Biar tahu hitam putih dan cabaran sebagai anggota keselamatan. Baru kau tahu perasaan bila suami ko dihina dan dicaci bukan disebabkan kesalahan beliau. 

Allah Maha Adil

- SUMBER

PERHATIAN!!!

PENCERAHAN TELAH DIBUAT!!!

Untuk pengetahuan tuan&puan..laki tu bukan pemilik amaun fb bernama Bie winkycerra...lelaki berbaju hitam tu adalah kawan kepada perempuan yg ada gambarnya di paparkan dimuka depan fb itu...yg buat akaun fb palsu ini adalah bekas kawan kepada perempuan itu.lelaki tersebut bernama ZULHAIMI BIN IBRAHIM.

Tinggal di kepong..kerja kat restoran klasik caterer di bandar manjalara. Kepong kl...no hp lelaki ni ( Zulhaimi) ialah 01119...... ..akaun fb dia...sama dengan namanya...perempuan yg ada gambar tu sudah membuat lapuran polis di kelantan..dia student di ITHO. Pt Raja Batu Pahat....




read more...

HATI-HATI SELEPAS KELUARKAN WANG DARI ATM!!




KULAIJAYA - Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati selepas mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran automatik (ATM) menjelang perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata, tiga kes dicatat pada bulan ini melibatkan kes samun di luar premis bank sekitar bandar raya ini dengan kerugian RM80,000.

Menurutnya, hasil laporan polis, suspek dikatakan mengetahui di mana wang terbabit diletakkan di dalam kenderaan sebelum disamun.

“Baru-baru ini, kes melibatkan warga Tionghoa yang mengeluarkan wang dari bank kemudiannya tingkap kenderaan dipecahkan sementara wang dilarikan penjenayah.

“Masyarakat perlu berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa serta jangan keluarkan wang ketika berseorangan,” katanya pada sidang media selepas majlis serah dan terima tugas Ketua Polis Daerah Kulaijaya, semalam.

Hasnan berkata, polis juga akan memastikan masyarakat selamat ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada hujung Januari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak 172 laporan dibuat pelbagai pihak yang membantah perhimpunan menggulingkan kerajaan dijangka berlangsung di ibu negara, hari ini.

“Polis akan bertindak di atas setiap aduan yang diterima dan diserahkan kepada polis Bukit Aman. Setakat ini, kita tidak terima maklumat perhimpunan diadakan di Johor.

“Polis sentiasa bersedia untuk bertindak mengikut lunas perundangan negara kerana perhimpunan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat,” katanya.

- SINAR ONLINE
read more...

11 Langkah Penjimatan Belanja Kerajaan : SETUJU TETAPI KENAPA PENJAWAT AWAM?






PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.

Selain elaun keraian menteri dan timbalan menteri, elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) juga dipotong antara 5 hingga 10 peratus.

Menurut Najib, langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun depan.

"Langkah-langkah penjimatan yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini.

Jelas Perdana Menteri, keputusan itu dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.





Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:

1. Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan;

2. Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan

3. Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.

Najib juga mengumumkan langkah mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study.

Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh KSN untuk kelulusan.

Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Satu lagi langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan yang diumumkan ialah meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.

Najib juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.





Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:

1. Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;

2. Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat; dan

3. Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.




read more...

BANGSAT!!! Polis Kita Digelar ANJING!!! Ayuh Sebarkan Dan Bantu @PDRM






Apa lagi yang sesuai selain BANGSAT? Cukup-cukuplah korang kalau nak berpolitik sekalipun. Sudahlah demo yang bakal korang buat bakal menyusahkan orang lain yang tak bersalah. Ini tergamak pula korang panggil anggota polis kita sebagai ANJING!!! Mereka bekerja dan menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Bayangkan kalau mak bapak atau saudara mara korang pula yang dipanggil ANJING, macam mana rasanya?

Si bacul yang menutup wajah ini bernama Azrai Aziz dalam akaun FB nya cuba menjejaki langkah Ismaels yang telah direman 5 hari sekarang meringkuk di dalam lokap.

Aku yakin mamat bangsat yang juga menghina nama polis ni barua pakatan haram.

Perkara ugutan dan bom ini bukan benda yang boleh dibuat main-main.

Aku telah memanjangkan artikel ini terhadap Pihak Polis untuk diambil tindakan susulan.

Aku memohon kepada Allah agar tiada insiden yang buruk berlaku malam tahun baru ini demi kesejahteraan dan keamanan Malaysia tanahnair tercinta ini.

Diharapkan pihak KDN bertindak tegas terhadap puak puak yang cuba membuat kacau dan cuba menggulingkan kerajaan ini.

read more...

APE KES? Artis Serbu Balai Polis Ramai-Ramai!!!




PETALING JAYA – Pelakon Julia Ziegler berkata tidak akan menghalalkan wang sebanyak RM 8,333 yang diambil oleh seorang bekas pengurus artis Intan Ladyana bagi urusan membuka sebuah syarikat hartanah.

Julia, 29, berkata, individu yang dikenali sebagai Nor Ain itu bukan sahaja memperdayanya untuk membuka sebuah perniagaan, malah membuat pinjaman secara peribadi bagi melunaskan hutang kepada pihak tertentu.

“Saya tidak akan halalkan duit yang dia ambil dan dia atau keluarga dia perlu selesaikan hutang ini biarpun dia ditangkap atau menerima hukuman.

“Saya banyak menghabiskan masa dan duit semata-mata perkara tidak berguna seperti ini, bukan sahaja menipu, malah dia buat saya macam pemgemis pula,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Julia memberitahu, wanita itu mula menghubunginya pada awal Oktober lalu dan membuat pelbagai tawaran berhubung perniagaan.

Katanya, dia (Ain) turut menggunakan nama beberapa orang kenamaan dan rakan-rakan artis bagi menguatkan lagi kata-katanya.

“Dia menghubungi saya kononnya untuk berbincang tentang projek perniagaan hartanah dan membawa saya berjumpa dengan beberapa orang kuat dalam bidang tersebut.

“Kemudian beberapa bulan selepas itu tiada sebarang perkembangan dan saya dapat tahu tiada sebarang syarikat yang ditubuhkan atas nama saya, malah dia cuba melarikan diri dengan memberi pelbagai alasan tidak masuk akal,” katanya.

Julia berkata, selepas menghubungi beberapa nama artis yang sering pernah bekerjasama dengan wanita ini, barulah dia sedar tentang penipuan tersebut.

Julia Ziegler, Rita Rudaini dan seorang mangsa Zita membuat laporan polis kira-kira pukul 10 malam Ahad terhadap penipuan yang dilakukan oleh seorang bekas pengurus artis.
Dalam masa yang sama, pelakon Rita Rudaini, Intan Ladyana dan empat orang peminat artis turut menerima nasib yang sama.

Sementara itu, Julia berkata, dia, Rita Rudaini dan seorang mangsa Zita telah membuat laporan di ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada malam Ahad berhubung perkara tersebut.

Jelasnya, tempoh masa yang diberikan kepada wanita tersebut untuk membayar wang yang diperdaya telah tamat dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

“Saya sudah malas untuk hubungi dan beri masa, dia sudah banyak kali tipu dan membiarkan saya menunggu di suatu tempat kononnya ingin membuat bayaran. Kali ini biar pihak Polis yang selesaikan.
read more...

Anak CINA Perlu "DIAJAR" Hormati MELAYU - MCA Tunggu Apa Lagi!!



Sebelum kenyataan tak kenang jasa dikeluarkan oleh bekas Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong, saya memang takda sedikit pun rasa sentimen kepartian dan perkauman dengan orang-orang Cina.

Namun apabila Wee Ka Siong mengeluarkan peringatan kepada UMNO melalui ucapan pada Kongres Pemuda MCA beberapa minggu lalu, saya merasakan sudah tiba masanya saya kikiskan sikit respect saya pada orang-orang Cina MCA. Apabila MCA memperingatkan kaum lain terutama bangsa Melayu untuk menghormati kaum mereka kerna sikap takut sensitif dan Barisan Nasional (BN) bakal kehilangan sokongan orang Cina pada PRU 14 akan datang, ini suatu perkara yang saya sendiri tidak boleh menerimanya.

Apa hal Cina kaum pendatang ini cuba 'mengugut' orang Melayu? Padahal tanggungjawab untuk memberi khidmat dan penerangan di peringkat rakyat kaum Cina adalah kerja MCA dan GERAKAN bukannya UMNO.

Lihat gambar di atas, di mana pula rasa tanggungjawab MCA untuk membantah kenyataan berbaur perkauman oleh anak kaum mereka. Apakah MCA sebenarnya mempunyai agenda yang sama atau sebenarnya juga MCA takut untuk menegur kebiadapan kaum mereka sendiri.

Bagi saya mudah saja. Jika MCA nak menegur bangsa lain, adalah lebih baik ditegurkan terlebih dahulu anak-anak Cina yang tidak diajar menghormati bangsa lain semasa kecil. 

Sikap jengkel MCA ini bukan saja baru kelihatan hari ini tetapi sudah banyak kali ianya terjadi dan bagi parti seangkatan di dalam BN, mungkin sudah malas mahu menegur sikap keras kepala MCA yang kononnya merasakan sumbangan kaum Cina begitu banyak memenangkan BN pada PRU 13 yang lepas.

Come on lah MCA, janganlah jadi umpama nyamuk di seberang diteropong tapi gajah berak di depan mata dibiarkan saja. Berhentilah daripada menjadi bossy dengan menyibuk urusan orang lain. Fokuskan kepada cara bagaimana MCA meyakinkan kaum Cina untuk terus menyokong mereka.

Kali ini saya hanya ingin perhatikan adakah pemimpin MCA berani keluarkan kenyataan membantah kenyataan pelakon perempuan porno Cina Malaysia ini.

P/s : Rombakan kabinet akan dilakukan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat, harap Perdana Menteri fikir semasak-masaknya cadangan mahu memasukkan wakil MCA yang gagal menyumbang kerusi kepada BN ke dalam barisan Kabinet kerajaan Persekutuan yang baru. Jangan lukai hati pengundi Melayu !

read more...

JIHAD TAHUN BARU?? Pelajar Kolej Dedah Perancangan!!!





Hujung bulan yang lalu diperuntukkan untuk bersama Sekolah Politik anjuran Institut Kajian Dasar dan Konrad Adenauer Stiftung di Hotel Quality, Shah Alam, Selangor. Satu kelas yang aku kira, memberi gambaran praktikal kepada kejadian-kejadian yang berlaku dalam senario politik negara. Bagi yang meminati kisah politik negara yang nampaknya semacam berkecamuk, Sekolah ini sesuai untuk dijadikan pentas permulaan memahami asas-asas politik. Yang menariknya, kisah keberantakan dan kebobrokan dalam politik negara, dilakonkan semula oleh peserta dalam bentuk permainan-permainan santai sehingga ke Sesi Parlimen.

Pertamanya, aku berterima kasih kepada Sekolah Politik, Institut Kajian Dasar (IKD) dan pemudahcara yang berjaya menyeronokkan suasana. Santai, bersahaja dan aktiviti berlalu tanpa sedar. Aku secara peribadi, seronok melihat ada segerombolan juak-juak yang punya kesedaran politik yang tinggi dalam jumlah yang agak ramai.

Di usia aku, kebanyakkan masih bercerita tentang kehebatan sesebuah kereta, pasukan bola kegemaran mereka, tetapi jarang sekali mereka berbicara tentang politik dengan tegar. Jarang sekali orang berasakan kepentingan politik dalam kehidupan seharian. Jarang sekali orang positif untuk dengar tentang isu-isu kenegaraan.

Mereka tidak ambil peduli soal politik. Sedangkan, kekuatan politik itu cukup mengkagumkan. Kehebatannya menggunung, sehinggakan naik jatuh sesebuah kerajaan, pasti berkait rapat soal kuasa politik. Tetapi sebahagian besarnya masih angau, mereka masih sibuk memburu keseronokan dan hiburan di luar, lebih mengujakan, mereka sudah pandai cerita tentang aktiviti di rumah urut, mereka jadi tidak bimbang tentang negara.

Sebahagian ini biasanya bising apabila harga barang naik, tetapi tiada tindakan, hanya pandai buat bising dan mengkritik. Usah kita beralasan lagi, ayuh daftarkan diri sebagai pemilih. Itu paling pokok, kesiap-siagaan untuk menghadapi PRU 14 lebih penting!

Aktiviti Sekolah Politik disusun dengan cantik. Semangatnya itu dipupuk jinak seawal kelas oleh saudara Mustaqim diikuti oleh saudara Hasmi hashim a.k.a Buddhi Hikayat. Kami mendengar dan berdiskusi soal apa itu politik, kemudian mula masuk ke isu-isu yang lebih penting bagi mempersiap peserta dengan Sesi Utama di sebelah malam.

Kemuncak aktiviti ialah pada Sabtu malam Ahad, Sesi Dewan Rakyat Olok-Olok bagi membahaskan usul. Usul yang dibawa ialah mendesak KPN meletakkan jawatan kesan daripada peningkatan kadar jenayah yang meruncing dan kritikal. Barisan Kerajaan dihuni bukan calang-calang pendebat yang cukup digeruni, disokong pula dengan serikandi yang manis dengan panglima-panglima lalat-nya.

Aku yang pada mulanya berada di pihak pembangkang, menerima arahan dari Tangan Ghaib untuk berada di pihak Kerajaan dan seterusnya dilantik sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi. Aku kira barisan Pembangkang cukup hebat dan kental, diketuai Ketua Pembangkang Fikri, Ketua Whip Aya, dan bala tentera seluruhnya. Kita terima, dan kita bahas. Isu terbentang, fakta dan statistik sudah tersedia panas-panas, ayuh bakar semangat lawan!

Sesi Parlimen menjadi kenangan tak terlupa buat semua. Dengan kepincangan hujah, diselang-seli dengan bunyi bising suara-suara sumbang, memang mengganggu proses perbahasan. Kekacauan semakin memuncak sehingga Tuan Speaker menghalau Ahli Parlimen keluar dari Dewan (rasa macam nak baling je pen ke Tuan Speaker).

Berlaku juga lompatan Ahli Parlimen dari Kerajaan ke Pembangkang dengan spontan. Ini memang mengejutkan kawan dan lawan. Belum pernah terjadi dalam Sidang Parlimen, lompatan sebegitu kudus berlaku. Kupasan tentang Sesi Parlimen ini masih terngiang-ngiang. Provokasi dan simulasi yang dimainkan Tuan Speaker memang cemerlang dan UNIK! Manis sungguh. Keriuhan Dewan Rakyat turut dihangatkan oleh ustaz Wan Ji yang tak habis-habis asyik tangkap gambar. kah kah kah.

Di Sekolah Politik, kita terbuka dan berlapang dada. Biar apa pun fahaman kita atau kecenderungan pemikiran kita, ia bukan masalah. Tidak kira fahaman apa sekalipun, walau kapitalis, walau sosialis, walau fundamentalis, walau sekularis, walau Islamis, walaupun libertarian, walaupun diktatorism, walau juga katak atau lalang, semuanya berhimpun dan berkumpul atas nilai-nilai bersama.

Kepatuhan pada undang-undang dan nilai akhlak serta moral. Semua berbeza pendapat, tetapi bila sampai soal perlaksanaan, kita semua berbalik kepada prinsip yang sama yakni Urustadbir Yang Betul, Kebertanggungjawaban dan Keadilan. Ini yang menjadikan kita lebih matang menghadapi apa juga perbezaan antara kita. Berpadu pada persamaan dan bangga dengan kepelbagaian.

Semuanya bermula dengan seronok, namun pengenalan dengan Chegubard buat aku pusing. Setelah tamat program, dia mengajak aku ke satu pertemuan dengan bekas jaguh mahasiswa di UKM, saudara Azan Safar. Kami berbincang tentang protes rakyat pada malam ambang tahun baru. Difahamkan, saudara Azan akan mengetuai protes.

Antara yang hadir pada pertemuan itu adalah pengarah propaganda SAMM, Edy Noor Reduan yang banyak berhujah dan mencari jalan mempromosi protes rakyat ini. Namun timbul rasa tidak senang, aku lihat ada yang tidak kena.

Mereka mula berbincang tentang perkara dan helah-helah yang tidak masuk akal. Mereka merancang sesuatu yang tidak baik pada protes itu. Aku tidak berkata apa-apa, hanya senyap dan memerhati gelagat mereka.

Aku ada prinsip, dan Sekolah politik banyak mengajar aku tentang asas kebertanggungjawaban. Kalau itu agenda propaganda, aku kata tidak! Tidak! Tidak! Propaganda ada tanggungjawab. Aku hanya setuju kalau propaganda itu untuk kebaikan.

Mungkin kalian hebat dalam propaganda, namun protes rakyat perlu berjalan dengan harmoni. Itu pendapat aku! Kerana malam itu ramai akan datang untuk sambut tahun baru. Kalau berlaku huru-hara, siapa yang bertanggungjawab? Keseronokan mereka jangan digarap begitu sahaja.

Aku mula bosan dengan idea mereka, kalau benar mahu gulingkan kerajaan. Urus dan gerakan kumpulan mobilisasi seperti di Thailand. Kepung dan tawan pejabat-pejabat kerajaan. Kalau hanya provok pihak polis dan berharap dipukul oleh mereka. Aku rasa itu kerja kebudak-budakkan.

Komrad, semoga tulisan aku ini buat kalian berfikir sama-ada mahu terlibat secara langsung dalam protes ataupun tidak. Bertempur dengan pihak keselamatan hanya buang masa. Jadi sengaja aku imbas tentang keseronokkan di Sekolah politik supaya kita rindu nostalgia itu.

Imej pelajar sekolah politik harus kita jaga. Biar mereka dengan propaganda mereka. Aku doakan selamat maju jaya kepada mereka. Selamat berprotes!

Ahmad S*****
Penulis merupakan Pelajar Sekolah Politik, Institut Kajian Dasar (IKD)

read more...

TANGISAN SEORANG "JAGUH" DI KOTA MAKKAH!!!




“ANGKAT kotak tu!” jerkah sekumpulan remaja lelaki.

Kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun akur mengikut arahan. Setiap anak tangga dipijak dengan berat hati. Tiba di atas bumbung bangunan kosong itu, baru dia sedar terdapat burung merpati di dalam kotak itu. Timbul rasa kagum terhadap haiwan berbulu putih dan terus menyukainya.

Tapi seorang daripada mereka mengambil merpati itu dan mematahkan lehernya sehingga ia terkulai mati. Bukan itu sahaja, dia juga menerima tumbukan bersama merpati itu pada mukanya.

Bagaikan harimau yang sedang tidur dikejutkan, kanak-kanak itu Mike Tyson atau nama sebenarnya Michael Gerard sudah tidak tahan dibuli anak jiran yang nakal itu, lalu memukul pembulinya berkali-kali. Sejak itu, sikap Tyson yang pendiam dan pemalu, berubah menjadi berani dan liar untuk sesuaikan diri kehidupan sosial di Brooklyn, kawasan yang baru dia sekeluarga berpindah.

Kenakalan Mike Tyson ketika zaman kanak-kanaknya yang juga dipengaruhi faktor keluarga kurang stabil menyebabkan dia keluar masuk penjara juvana. Pelatih tinju terkenal, Cus D’Amato tertarik dengan bakat Mike Tyson untuk dilatih menjadi peninju profesional. Pada 6 Mac 1985, beliau bertanding secara profesional di Albany, New York dan menang pada setiap pusingan pertama bagi 16 perlawanan.

Tanggal 22 November 1986, Tyson berusia 20 tahun meraih gelaran juara kelas berat apabila dapat menjatuhkan pihak lawannya, Trevor Berbick. Ini menjadikan beliau sebagai juara dunia berat termuda di dunia.

Kerjaya Tyson terjejas apabila dibabitkan dengan kes jenayah seksual terhadap peserta Miss Black America 1991, Desiree Washington pada 10 Februari. Beliau dijatuhkan hukuman dipenjarakan selama tiga tahun.

Belajar Islam di penjara

Berita Tyson dimasukkan penjara di Indiana menjadi tumpuan umum. Tatkala itu terdetik di hati sukarelawan, Muhammed Sadiq berkata, ‘mungkin ALLAH dah rancang untuk Tyson belajar dengannya tentang Islam’.

Muhammed pernah memberi nasihat yang berbekas di hati Tyson: “Walaupun anda di dalam penjara, tetapi dunia di luar sana adalah penjara yang sebenar. Ia adalah mudah mengamalkan Islam di dalam penjara berbanding di dunia yang penuh dugaan dan godaan, mampu membelenggu kita yakni perlu mencari perlindungan melalui Islam.”

Bagi Tyson, masuk penjara tidaklah seburuk disangka. Malah beliau dapat mengenali Islam, belajar al-Quran. berpuasa ketika Ramadan, mempelajari agama itu lebih mendalam serta mengamalkannya di sana.

Selepas keluar penjara pada 1995, Tyson mengumumkan keislamannya yang dipelajari selama di penjara dan nama barunya, Malik Abdul Aziz. Selepas menjadi Muslim, Tayson dilihat lebih lebih tenang, bersederhana dan menghormati.

Pada November 1996, beliau kembali beraksi di gelanggang tetapi dikalahkan Evander Holyfield. Insiden Tyson menggigit telinga Holyfield pada pertarungan Jun 1997 menyebabkan beliau didenda sebanyak RM9.9 juta. Kehidupan Tyson diuji lagi apabila mengalami bankrap dan kariernya semakin malap sehingga memaksanya untuk bersara pada 2005.

Pada 2 Julai 2010, menjadi detik bersejarah buat Tyson apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah yang diatur CDA, dengan ditemani presidennya, Shazad Mohammad. Pada masa sama kehadiran beliau turut menjadi tarikan pengunjung di sana. Beliau berharap peminat membiarkannya bersendirian untuk menjalani ibadah dengan penuh penghayatan.

Doa setiap hari

Bertubuh gagah, berwajah serius dan tangkas di gelanggang, tetapi bila Tyson dengan hanya berpakaian ihram di berada di Taman Raudah, Masjid Nabawi Madinah, hatinya mula meruntun. Selepas 10 tahun memeluk Islam, barulah beliau menjadi tetamu ALLAH.

“Saya tidak dapat menahan air mata apabila mendapat tahu saya berada di dalam satu daripada taman syurga.

“Insya-ALLAH, ALLAH akan merahmati saya untuk berada di jalan yang benar,” katanya yang berada di Taman Raudhah beberapa jam untuk bersolat, mengaji al-Quran dan berzikir.

Beliau akui sangat takutkan ALLAH kerana banyak kesalahan dalam hidup dan mengenangkan neraka kerana dosanya. Oleh itu beliau berdoa memohon ampunan ALLAH setiap hari.

Menurut Shahzad, Tyson menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Rasullah SAW untuk mengucapkan salam sambil mengangkat tangan.

Di Tanah Suci, Tyson turut terpesona dengan kawanan merpati dan sempat memberi makan kepada haiwan kesukaannya itu. Ini mengimbas kenangan ketika usianya 10 tahun, sanggup mencuri wang untuk membeli merpati menjadi peliharaannya.

Tyson mempunyai lapan anak melalui tiga perkahwinan. Anak perempuannya, Exodus, 4, meninggal dunia pada 2009. Kini Tyson menjalani kehidupan berkeluarga bersama isterinya, Lakiha Spicer, dan anak-anaknya di Las Vegas.

“Saya kini gembira bersama keluarga. Tidak perlu keluar ke mana-mana lagi. Setiap hari saya menunggu anak pulang dari sekolah,” katanya. – sh
read more...

GAMBAR : Lagi Bunuh Diri Di Berjaya Times Square




KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 21 tahun maut selepas terjun daripada tingkat sembilan sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi, di sini, kira-kira 7 petang ini.
Dalam kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan disahkan maut ditempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Kejadian yang sama pernah berlaku melibatkan seorang wanita pada 14 Februari lalu.




read more...

PERLU TAHU!!! Bahayanya Budaya Yang Diceduk Oleh Remaja ISLAM Masa Kini!!


Semangat pemuda ini tanpa mengetahui apa yang dipakainya..


Firman Allah S.W.T:

Ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas daripada orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat seksa. Pada hari itu, segala hubungan terputus antara mereka. Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti, 'Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan melepaskan diri daripada mereka, sebagaimana mereka melepaskan diri daripada kami.'

"Demikianlah Allah SWT memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka menjadi sesalan bagi mereka. Dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api Neraka." (Surah al-Baqarah 2: 166-167)



Amalan bertindik merupakan satu amalan yang mula menjadi trend remaja masakini. Kebiasaan masyarakat Melayu di Malaysia sejak dahulu mengenali amalan bertindik ini hanya terbatas di bahagian telinga. Namun, masa merubah segala dengan perkembangan teknologi dan pengaruh budaya luar membuatkan semakin ramai yang bertindik di bahagian selain dari telinga, seperti di pusat, lidah, bibir dan kening. Malah ianya sudah mula melarat kepada golongan lelaki. Cuba lihat gambar diatas..Apa bezanya di antara lelaki muslim ini dengan pemuda dari negara barat? lelaki tersebut menggayakan suatu bentuk fesyen yang tidak luput ditelan zaman yakni mencucuk anggota badan dengan niat untuk mencantikkan wajah dan menggamit perhatiaan ramai walhal terang terangan islam menyatakan bahawa hukum bertindik bagi lelaki adalah HARAM.

Berdasarkan kepada hadis Nabi SAW riwayat al-Bukhari dari Ibnu Abbas mengatakan:“Nabi SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. “Pendapat ini juga disokong oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitab karangan beliau Tuhfatul Muhtaj yang mana beliau mengharuskan tindik itu bagi perempuan dan haram bagi lelaki . Kononnya atas alasan fesyen..cuba la buat macam gambar di bawah ni..baru la fesyen habis..berani atau tidak wahai lelaki yang bertindik?



alang-alang berfesyen..ambik...


Tidak sah andai tidak menyebut mengenai gaya bertudung yang menjadi suatu fenomena pada hari ini. Tudung Bawal, Tudung Mawi, Tudung Fareeda, Tundung Waheeda, Tudung Noorjuma antara jenama yang mencuri perhatiaan khususnya di Malaysia. Bagus bila ada gaya tudung macam ni. Disamping cantik, boleh menarik wanita-wanita diluar sana untuk menutu aurat. Namun begitu, bertudung biarlah berpada. tidak mahu digayakan seperti ini..


Jenama tudung Bonggol Unta


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 

"Dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitu kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lemmbu memukul manusia dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah. Kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka (dua golongan) ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya, sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian."

[HR Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat]

dan

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid, Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (berpakaian nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita), terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat."
[HR Ahmad, jil. 2, ms 223]

serta


"Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti ekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti telanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada sesuatu seperti bonggol do kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini."

[HR Muslim. Hadith no. 212]

Jelas dan nyata hadis diatas..sebenarnya gaya tudung seumpama ini mempunyai masa depan yang cerah untuk diangkat ke industri perfileman yang boleh melangkaui sempadan filem Hollywood dalam kategori filem sains fiksyen.umpamanya seperti ini....



Gaya hidup atau kaedah bersosial juga perlu diberi perhatiaan dikalangan muda mudi khususnya muslim pada hari ini. Budaya ikut-ikutan dalam merencana aktiviti sosial turut melanda umat islam masa kini tanpa ada usaha untuk mencari fakta sebenar di sebalik apa yang dilaksanakannya..Sebagai contoh..semangat berpersatuan dan memperjuangkan ideologi politik yang menjadi kegemaran golongan muda mudi hari ini.

Topeng ’Guy Fawkes’ 



Guy Fawkes (13 April 1570 – 31 January 1606), also known as Guido Fawkes, the name he adopted while fighting for the Spanish in the Low Countries, was a member of a group of provincial English Catholics who planned the failed Gunpowder Plot of 1605.Fawkes was born and educated in York. His father died when Fawkes was eight years old, after which his mother married a recusant Catholic. Fawkes later converted to Catholicism and left for the continent, where he fought in the Eighty Years' War on the side of Catholic Spain against Protestant Dutch reformers.

Topeng ’Guy Fawkes’ yang sering dipakai di Malaysia ketika ini bermaksud seperti membawa /menyebarkan ideolagi kristianisasi barat. ‘Guy Fawkes’ merupakan seorang revolusioner Kristian yang menentang Raja James 1 untuk memastikan pemerintahan Monarki Kristian dan penguasaan gereja semula dalam masyarakat Eropah. ‘Guy Fawkes’ juga merupakan seorang misionari Kristian yang membantu penyebaran agama itu (2013, Jejarikami) 

*Umat ISLAM perlu berhati-hati dalam pemakaian topeng ini. Dikhuatiri secara halus umat Islam sendiri menyanjung penyebar-penyebar Agama Lain selain Agama ISLAM . Lebih baik kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 
( myhomesoil 2013)

read more...

JANGAN MUDAH MENGKAFIR DAN MENERAKAKAN ORANG!!

Antara ciri wasatiyyah (tidak melampau dan tidak cuai) Ahlus Sunnah wal Jamaah ialah sikap berhati-hati dalam menghukum pihak lain dengan tuduhan kufur, laknat ataupun nereka. Mereka sedaya upaya mencari keuzuran bagi pihak yang hendak dikenakan tuduhan sedemikian. Ini kerana perkara yang nampak pada zahir, mungkin tidak sama pada hakikat yang sebenar.







Menilai Hakikat

Nabi s.a.w mengajar kita berhati-hati dalam menuduh orang lain sebagai kafir ataupun musuh Allah sewenang-wenangnya. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Bahkan dalam hadis, Nabi s.a.w melarang melaknat seorang sahabat yang meminum arak kerana walaupun pada zahirnya dia berdosa dan minum arak adalah perbuatan yang dilaknat. Namun setiap orang mempunyai keadaan yang berbeza. Kejahatan dosa peribadi seseorang tidak semestinya dia sama sekali tidak mempunyai nilai baik yang lain. Mungkin dia lemah pada satu nilai, tapi ada kebaikan lain yang tidak melayakkan dia dilaknat.

Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini: 

“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”.


Kekufuran

Kemudian, bagi mereka yang membuat kesalahan yang membawa kepada kekufuran ataupun dosa yang besar mungkin tidak sampai kepada mereka ajaran yang sebenar dengan penghujahan yang cukup. Jangan kita sibuk menerakakan orang sedang Allah menyebut: (maksudnya)

“Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” (Surah al-Israk: 15)

Hujjatul Islam Al-Imam al-Ghazali (w. 505H) dalam Faisal al-Tafriqah bain al-Islam wa al-Zandaqah menyebut tentang mereka yang diselamatkan dengan rahmat Allah dari hukuman azab neraka, antaranya beliau menyebut:

“Aku katakan bahawa kebanyakan Kristian Rom dan Turki pada zaman ini termasuk dalam rahmat ini –dengan izin Allah- iaitu mereka yang berada di penghujung Rome dan Turki yang tidak sampai dakwah. Mereka itu tiga golongan; (golongan pertama) mereka yang tidak sampai kepada mereka nama Muhammad sama sekali. Mereka itu dimaafkan. (golongan kedua) mereka yang sampai kepada mereka nama Muhammad, sifat-sifatnya dan segala mukjizat (bukti) yang telah nyata. Mereka ini berjiran dengan Negara Islam dan bergaul dengan kaum muslimin. Mereka ini kuffar yang nyata. (golongan ketiga) mereka ini antara dua keadaan. Sampai kepada mereka nama Muhammad s.a.w tetapi tidak sampai ciri dan sifatnya. Mereka sejak awal mendengar bahawa seorang pendusta yang mengelirukan bernama Muhammad telah mendakwa menjadi nabi… mereka ini pada pendapatku sama seperti golongan yang pertama. Mereka ini sekalipun mendengar nama Muhammad tetapi mereka juga mendengar apa yang bercanggahan dengan sifat-sifatnya. Ini tidak menggerakkan mereka untuk mencari kebenaran..”

Kenyataan al-Imam Ghazali ini sekalipun beliau bercakap pada zaman beliau tetapi juga memberi gambaran bahawa sesiapa sahaja yang tidak sampai hujah yang nyata tentang Islam sekali mengetahui nama Islam, tidak termasuk dalam golongan kafir yang layak dihukum neraka. Apatah lagi di zaman kita ini, di mana wajah Islam yang sebenar sering dikelirukan dan orang muslim juga sering bertindak mengelirukan orang lain tentang Islam yang sebenar. Tuhan Maha Rahmat kepada sekelian hamba-hambaNYA.


Hujah

Mungkin penjelasan mengenai Islam dengan satu pendekatan yang pada zaman dahulu memadai, pada zaman ini sudah tidak memadai lagi. Mungkin memadai untuk segolongan manusia tetapi tidak bagi golongan yang lain. Maka, Allah Maha Mengetahui keadaan hamba-hambaNYA.

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karyanya Tariq al-Hijratain menyebut:

“Sesungguhnya azab itu layak diterima kerana dua sebab; pertama, tidak mahu mendengar hujah serta enggan menerima dan beramal dengan tuntutannya. Kedua, berkeras setelah ditegakkan hujah dan meninggalkan tanggungjawab berkaitan. Maka jenis yang pertama; kufur berpaling (enggan mendengar) dan yang kedua; kufur keras kepala. Adapun kufur kerana jahil tanpa ditegakkan hujah dan tanpa kemampuan untuk mengenali hujah, jenis inilah yang Allah tidak akan azab sehingga tertegaknya hujah rasul”.

Seterus Ibn Qayyim menyebut lagi:

“Sesungguhnya penegakan hujah itu berbeza dengan berbezanya zaman, tempat dan individu. Mungkin dikira tertegaknya hujah ke atas orang-orang kafir pada suatu zaman, tidak pula pada zaman yang lain. Juga dikira tertegak pada satu tempat atau kawasan, tidak pada tempat atau kawasan yang lain. Demikian untuk seseorang, namun tidak pada individu lain” (m/s 438. Kaherah: Maktabah al-Mutanabi)


Ilmuwan

Sementara bagi golongan ilmuwan pula kadang-kala berlaku perbezaan pendapat antara mereka sehingga dalam masalah akidah sekalipun. Kita tidak boleh sewenang-wenang menghukum murtad dan kufur atas ijtihad mereka yang berasaskan hujah-hujah mereka yang bertujuan mencari kebenaran yang diredhai Allah.

Demikian Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) dalam karyanya Daru Ta’arud al-‘Aql wa al-Naqlketika menjawab golongan ulama yang berbeza pendapat dan aliran fikir dengannya, namun beliau tetap memberikan keuzuran untuk mereka dengan penuh kesantunan, katanya:

“Kemudian, bahawa tiada seorang pun dalam kalangan mereka kecuali mempunyai sumbangan yang berharga, kebaikan yang dipuji juga usaha menjawab ramai golongan mulhid dan bid’ah serta membela ramai Ahlus Sunnah. Ini sesuatu yang jelas untuk sesiapa yang tahu hal keadaan mereka, berbicara mengenai mereka dengan imu, benar, adil dan insaf. Ini (penilaian sebegitu) bukan khusus untuk mereka sahaja bahkan hal seperti ini berlaku kepada beberapa golongan dalam kalangan ahli ilmuwan dan agamawan. Allah S.W.T itu menerima kebaikan dari semua hambaNYA yang beriman, DIA memaafkan kesalahan-kesalahan. Ini seperti doa dalam firmanNYA: “Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam jantung hati kami perasaan hasad dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha melimpah belas kasihan dan Maha Penyayang”. (Surah al-Hasyr, 10).

Sambung beliau lagi:

“Tiada syak lagi sesiapa yang mencari kebenaran dan agama dari jalan al-Rasul s.a.w. kemudian tersilap dalam beberapa perkara maka Allah mengampuni kesalahannya sebagai penunaian kepada doa yang Allah sahut untuk NabiNYA dan mereka yang beriman tatkala mereka menyebut: (maksudnya) “Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersilap (khata`) ”. (Surah al-Baqarah: 286)


Ahbash

Demikian kesantunan ilmu yang berlapang dalam perbezaan pendapat. Hal ini perlu ditegaskan di Malaysia terutama sejak kemunculan golongan Ahbash dan pengikut Hasan Saqqaf yang sering mengkafirkan sesiapa yang berbeza pendapat dengan mereka. Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:

“Semenjak beberapa tahun yang lalu aku ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lebanon, ia menimbulkan masalah kepada umat Islam di sana dengan pandapat-pendapat yang pelik, menyeleweng dan pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fekah dan akhlak… dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dalam kalangan umat Islam hari ini atau yang terdahulu. Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti tokoh tajdid tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab.

Demikian juga mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-’Allamah al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya… Golongan Ahbash yang pelampau dan menyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abu al-Hasan al-’Asy’ariy segi aqidah, mazhab al-Imam al-Syafi’i segi Fekah, dan mengikut Tarikat al-Rifa’iyyah dalam berakhlak.

Akan tetapi hakikatnya mereka amat jauh dari manhaj kesemua para imam itu samada dalam pemikiran, adab dan akhlak.. Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lebanon, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah (Ethopia) berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belahkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Dr Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Muasarah 3/685-686, Dar al-Qalam).

Umat Islam di Malaysia hendaklah kekal dengan mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah yang mengamalkan pendekatan yang sederhana dan penuh kesantunan serta insaf dalam menilai pihak yang lain.

________________________________________

* Tulisan ini dipetik daripada blog Minda Tajdid.
 - SUMBER
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top