Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

DOA BUATMU PERWIRA NEGARA #LahadDatu



Bismillahirrahmanirrahim :


Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk dihitungnya, atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.




Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.




Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.


Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih, tidak akan kami biarkan ya Allah, biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, huru hara dan pencerobohan. Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.


Ameen Ya ALLAH


read more...

BONGKAR!!! Wajib Baca : Grand Design Cara DAP Kuasai Melayu

Semakin hari aku semakin menyampah dan membenci orang-orang cina VAVI ni. Bukan aku racist, dan bukan juga aku membenci kaum cina keseluruhannya. Ada juga cina yang menjadi kawan-kawan aku.



DAP kemudiannya menguasai 63% atau 11 kerusi parlimen di konstituensi pemilih bukan Melayu di antara 60-79%% dan menguasai 11% atau 2 kerusi di konstituensi Parlimen yang pemilih bukan Melayunya antara 50-59%.

Realiti – Daripada 51 kerusi parlimen majoriti pemilih bukan Melayu lebih dari 50%, DAP menguasai 26 kerusi, PKR 10, PAS 1 dan BN 14. Daripada jumlah itu, jika dilihat dari segi komposisi kaum, ia menterjemahkan kepada 34 ahli parlimen berketurunan Cina, 12 ahli parlimen berketurunan India dan lain-lain dan 4 ahli parlimen Melayu.
Bagaimana pula prestasi DAP di dalam PRU akan datang. Hakikatnya, DAP mungkin hanya dapat menambah tidak lebih dari 6 buah kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia melainkan mereka dapat memujuk PKR untuk menyerahkan beberapa kerusi majoriti bukan Melayu yang sebelum ini ditandingi oleh PKR.
Di Sarawak DAP berpotensi untuk memenangi 6 buah kerusi Parlimen dan dua lagi di Sabah.
Oleh yang demikian, di dalam PRU ke 13 akan datang, paling banyak DAP akan dapat menguasai 40 kerusi parlimen. Secara kasar, ini tentu sekali tidak mungkin dapat menggugat kedudukan UMNO apalagi mencabar penguasaan Melayu di Malaysia.
DAP amat arif mereka tidak akan dapat menumpaskan UMNO jika mereka meletakkan calon mereka di kerusi-kerusi majoriti pemilih Melayu melebihi 50%. Oleh sebab demikian, DAP memerlukan PAS sebagai proksinya.
Maka PRU 13 akan menyaksikan perang proksi yang hebat. Perang proksi itu dijangka akan tertumpu di kerusi-kerusi parlimen di mana majoriti pemilih Melayu di antara 50-79%. Di dalam PRU ke 12 lalu didalam kategori ini, BN UMNO menang 38, BN MCA 5, BN GERAKAN 2, PAS 8, PKR Melayu 15 dan PKR lain-lain 3. Dari segi komposisi keturunan pemenangnya pula, Melayu memenangi 61, Cina 7 dan India 3.
                                                    
Tumpuan perang proksi DAP ini antaranya ialah di 2 kerusi parlimen di Pulau Pinang, 5 di Perak, 4 di Pahang, 3 di Selangor, 2 di Wilayah Persekutuan, 5 di Negeri Sembilan, 3 di Melaka dan 13 di Johor. Di sini adalah medan untuk DAP melagakan Melayu lawan Melayu dengan harapan perpecahan pengundi Melayu akan memberi ruang kepada pembangkang, terutamanya PAS untuk menang.
Sekiranya perpecahan Melayu pada kadar 55% menyokong BN dan 45% menyokong pembangkang, secara matematiknya PAS akan dapat merampas 9 buah kerusi Parlimen dan PKR Melayu 11 buah kerusi parlimen. Ini bererti 20 kerusi Parlimen milik BN di konstituensi pemilih Melayu akan jatuh kepada pembangkang.
Bagaimana PAS dan PKR Melayu dapat menambah 20 buah kerusi di dalam keadaan hanya memperolehi 45% undi pemilih Melayu? Jawapannya ialah menerusi perang proksi oleh DAP. 20 kerusi Melayu itu pada masa kini 10 daripadanya adalah milik UMNO dan 10 lagi milik parti-parti komponen BN di Semenanjung.
                                                

DAP memerlukan 32 kerusi parlimen daripada 51 kerusi majoriti bukan Melayu di Semenanjung. DAP juga hanya perlu menang 6 kerusi parlimen di Sarawak dan 2 di Sabah.
Seandainya ini berlaku, Pakatan Rakyat akan dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sejumlah diantara 112 ke 116 kerusi di dalam Dewan Rakyat. PAS bagaimanapun akan kekal sebagai parti terkecil di dalam Pakatan Rakyat dengan hanya 30 kerusi atau lebih. UMNO pula akan menjadi pembangkang dengan 59 ke 69 kerusi.

                                         
DAP akan menjadi parti paling berpengaruh di dalam kerajaan baru menerusi proksinya di dalam PAS dan PKR Melayu.

                                          
read more...

WIRAWAN ASP ZULKIFLI MAMAT KEBANGGAAN DAN SIMBOL PATRIOTISME ANAK MUDA

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa golongan belia negara ini supaya mencontohi keberanian dan semangat patriotisme dua anggota polis pasukan gerakan khas 69 Komando yang terkorban dalam pertempuran dengan sekumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah semalam.




Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kedua-dua anggota polis tersebut adalah wira negara yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk nyawa mereka bagi mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Malaysia.


“Semangat patriotisme, berani dan sedia berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir perlu dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan belia negara.


“Pengorbanan mereka seharusnya menjadi contoh dan teladan kepada belia hari ini dan beliau seorang wira belia dan wira negara,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.


Sehubungan itu Ahmad Shabery meminta belia Malaysia tidak terpengaruh dengan anasir dan perbuatan yang sia-sia dan yang hanya akan menghancurkan masa hadapan diri, bangsa negara dan agama.





Dalam pada itu beliau berharap keluarga kedua-dua mangsa bersabar dan redha menerima ujian itu dan berdoa semoga roh mereka dicucuri dan dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama roh para syuhada dan orang-orang beriman.


Media semalam melaporkan dua anggota polis terbabit terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.


Kejadian itu turut menyaksikan 12 penceroboh bersenjata yang merupakan sebahagian daripada 180 penceroboh yang dikepung pasukan keselamatan Malaysia terkorban.

Al-Fatihah....


read more...

BONGKAR!!!!! Bukti Kukuh Penglibatan Anwar Al Juburi Di Sebalik Krisis Di Lahad Datu


Sebenarnya, aku tak berniat pun untuk menulis pada waktu ini, apatah lagi diselubungi kesedihan melihatkan keluarga terdekat WIRA NEGARA menghadapi ketentuan Illahi kesan krisis yang melanda Negara khususnya di Lahad Datu. Bukan aku saja, rasanya seluruh negara tersentuh dengan insiden yang berlaku dan bersimpati kepada keluarga 2 WIRAWAN NEGARA tersebut.

Bukan untuk menuding jari, bukan juga mencari kesilapan orang lain. Tetapi fakta serta bukti yang ada di depan mata, tak akan kubiarkan begitu saja. Ketika sedang melawat saudara (anggota tentera) yang pernah bertugas di lokasi krisis, aku mendapat sms yang meminta aku merujuk kepada link yang diberikan. Kandungannya, seperti yang aku kongsikan di bawah ini.


.....from TuaranTV.com

Before, aku ada buat entri tentang Dalang Disebalik Pencerobohan Di Lahad Datu.. Dalangnya telah pun dikenalpasti, sekarang antara percaya atau tidak itu terpulang dengan pilihan masing-masing.....

Cuma bagi aku, aku tak akan dapat duduk senang selagi tak dapat cari jawapan.. So benda ni memang dah menghantui pikiran aku sejak hari pertama pencerobohan sehinggalah beberapa malam sebelum aku publish previous entry pasal en DALANG ni.. And latest yang aku dapat dari beberapa blog yang mendedahkan bukti atas dakwaan ini.. 

Malaysian security forces have surrounded about 100 armed men believed to be from a breakaway rebel faction in the southern Philippines, Malaysian police and a government official said on Thursday, but a Philippine official said they were unarmed Filipinos who had been promised land. - Reuters, Thu Feb 14, 2013 4:20am EST

Macam yang aku highlight dalam petikan tu, HAD BEEN PROMISED LAND.. So, pencerobohan ni memang sesuatu yang dirancang or what? Konspirasi? My answer is YES.. Tapi siapa pula man behind the scenes yang menjanjikan tanah kepada penceroboh ni?







Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.- Reuters, Thu Feb 14, 2013 4:20am EST

Dengan laporan akhbar Reuters ni, jelas kemasukan penceroboh ni ke Lahad Datu adalah untuk memenuhi undangan " seseorang " atas urusan yang belum selesai antara mereka.. Cuma mungkin lawatan itu terlalu awal dari tarikh yang " dijanjikan ", atau mungkin lawatan pada waktu yang tepat tapi dapat dihidu oleh Pihak Berkuasa..




Berkenaan " memenuhi undangan " atau " atas jemputan ".. Mungkin juga ada benarnya seperti yang dilaporkan dalam akhbar tempatan New Sabah Times bertarikh 18 Februari 2013.



Begitu juga dengan laporan akhbar The Manila Times yang bertarikh 16 Februari 2013, turut mengaitkan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dengan kes pencerobohan ini..


DSAI mungkin boleh menafikan tentang penglibatannya kerana kelihatan agak sibuk dengan kempennya di SABAH.. Jalan terbaik adalah menghantar wakil ke sana untuk urusan " kemasukan  tetamu " ke Lahad Datu.. Dan calon yang paling sesuai untuk " melaksanakan misi " ini adalah Timbalannya dalam Pakatan Rakyat..


read more...

Ketua Menteri Sabah Lawat Anggota Komando Yang Tercedera

LAHAD DATU, 2 Mac - Kerajaan negeri Sabah menghargai sumbangan dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam menangani insiden pencerobohan kumpulan warga Filipina di Kampung Tanduo kira-kira 130 kilometer dari sini.


Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan dihargai dalam mempertahankan kedaulatan negara .


"Kita sampaikan ucapan takziah daripada kerajaan negeri dan rakyat Sabah kepada keluarga anggota yang terkorban semalam," katanya kepada pemberita selepas melawat dua anggota komando yang cedera dan menerima rawatan di Hospital Lahad Datu di sini Sabtu.


Dua anggota komando yang cedera dan menerima rawatan hospital di sini adalah Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Kpl Azman Ampong, 39.


Seorang lagi anggota yang cedera, Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22, menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.


Insiden tembak menembak semalam menyebabkan dua anggota komando terkorban iaitu Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 32, manakala 12 anggota kumpulan penceroboh itu turut terbunuh.


Kumpulan itu menceroboh Kampung Tanduo sebuah perkampungan nelayan pada 12 Februari lepas.


Menurut Musa selain kerajaan pusat, kerajaan negeri akan memberi bantuan yang sewajarnya kepada keluarga anggota komando yang terkorban dan cedera itu.


Katanya beliau akan melawat seorang lagi anggota komando yang cedera itu di Hospital Duchess of Sandakan di Sandakan esok.


Mengenai insiden itu, Musa yakin pasukan keselamatan mampu menangani krisis itu dan tahap kawalan keselamatan telah ditingkatkan.


"Krisis ini akan tamat tidak lama lagi dan yang penting kita tenang dalam hadapi krisis ini," kata Musa.


-- BERNAMA
read more...

LIVE UPDATE - Kepulangan WIRA NEGARA Di Lapangan Terbang Subang - PUS

1350 : Sidang Media oleh YAB PM



Sidang akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



1335 : Tak Dapat Menahan Air Mata












1325 : Pilu















1315 :  YAB PM mengiringi jenazah wira2 negara.
























1305 : Suasana Hiba dan Pilu











1245 Terkini Dari PUS-Tabik Hormat!





1240 : Terkini Dari PUS






1235 : Mendarat Selamat..... Alhamdulillah




1228 : siap sedia




12.20 : Menanti Ketibaan WIRA NEGARA Dari Tawau





1145 : JASAMU DIKENANGI : Waris bersama permaisuri Agong ...suasana sebak dan pilu....





1135 : Terkini Dari PUS-Antara Pemimpin yang Hadir memberikan Semangat kepada Keluarga Allahyarham Insp Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud





1125 : Terkini Dari PUS-Isteri KPN memberikan kata2 Semangat kepada Isteri Allahyarham Insp Zulkifli






1110 : Terkini Dari PUS




1100 : Terkini Dari PUS-Isteri Insp Zulkifli Kelihatan Lemah dan tak bermaya, Yg admin sedih Uniform Allahyarham Sentiasa Dalam Dakapan sambil menanti Jenazah Suami Tercinta yg dalam Perjalanan Kesini.








1050 : Terkini Dari PUS - Suasana Di Luar Balai Ketibaan,Semakin Ramai yg hadir untuk memberi Penghormatan Terakhir kepada 2 Wira Negara-Difahamkan Perdana Menteri Dijangkakan Tiba Sekitar 1120.




1030 : Terkini Dari PUS-Suasana Bertukar Sayu Ketika Ketibaan Isteri Insp Zulkifli Mamat bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar


Perlu Refresh Untuk Update terkini. KLIK SINI

SUMBER 
read more...

LIVE UPDATE : Sambutan Kepulangan WIRA NEGARA Di Lapangan Terbang Subang!!!


1050 : Terkini Dari PUS - Suasana Di Luar Balai Ketibaan,Semakin Ramai yg hadir untuk memberi Penghormatan Terakhir kepada 2 Wira Negara-Difahamkan Perdana Menteri Dijangkakan Tiba Sekitar 1120.




1030 : Terkini Dari PUS-Suasana Bertukar Sayu Ketika Ketibaan Isteri Insp Zulkifli Mamat bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar



read more...

PALSU - Keluarga Kesal Penyebaran Berita Kematian Anggota Semasa Bertugas Di Lahad Datu

LAHAD DATU - Keluarga seorang daripada anggota polis yang cedera dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo di sini hari ini, kesal dengan laporan media yang mengatakan anggota polis berkenaan terbunuh dalam kejadian itu.


Madun Buyung, 57, dari Kampung Tabanak, Lahad Datu, keluarga terdekat kepada Kpl Azman Ampong, meminta media massa supaya lebih berhati-hati sebelum menyiarkan laporan mereka.



Gambar Hiasan



"Semua media mesti pastikan maklumat mereka tepat. Dapatkan pengesahan daripada pihak doktor terlebih dahulu sebelum menyiarkan laporan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Lahad Datu di sini Jumaat.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah media elekronik kononnya Azman terbunuh dalam insiden itu sedangkan anggota berkenaan cuma cedera di tangan dan kaki.


Azman adalah antara tiga anggota polis yang cedera dan menerima rawatan di hospital di sini.


Madun berkata laporan tidak tepat itu telah meresahkan anggota keluarganya.


"Setelah mendengar laporan itu di televisyen, saya bergegas ke hospital (Lahad Datu) dan apabila tiba di sini saya dapati anak saudara saya ini dalam keadaan stabil," katanya.


-- BERNAMA
read more...

BONGKAR!!! Dokumen Sejarah Yang Tak Hingin Di Tengok PR Berkaitan Krisis Di Lahad Datu






Surat PERMANENT LEASED (pajakan/sewa kekal) Sultan Sulu kepada kerajaan British pada 22 January 1878 dijumpai di Washington.


Sejarah merungkai bahawa, beberapa kawasan di Sabah dipegang oleh Sultan Brunei suatu masa dahulu, yang mana Sultan Brunei memberi anugerah kepada Sultan Sulu, kemudian dipajak secara kekal kepada pihak British (automatik di bawah jajahan Bristish) dan kemudiannya British telah memberi kemerdekaan kepada Sabah dan akhirnya Sabah mengambil keputusan untuk bergabung dan bernaung dengan satu panji di bawah sebuah negara berdaulat bernama Malaysia.


P/s: "PERMANENT" bermaksud tidak boleh ditarik balik, di"claim balik", di delete atau dituntut semula".


~formally known as Ash

Jom lihat yang ini plak!!!




read more...

CALON MUDA Keutamaan BN Perlis Pada PRU 13

KANGAR - Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata golongan pemimpin muda adalah antara 54 nama disenaraikan sebagai calon Barisan Nasional (BN) Perlis bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.


Menurutnya 45 nama calon disenaraikan untuk dipilih bagi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sembilan calon bagi tiga kerusi Parlimen.


Md Isa, yang juga Pengerusi BN Perlis, berkata pihaknya menyenaraikan tiga nama bagi setiap kerusi DUN dan Parlimen untuk diputuskan oleh pucuk pimpinan BN Pusat.


Kesemua calon yang disenaraikan adalah tokoh tempatan termasuk golongan muda, katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas senarai calon BN Perlis di sini, hari ini.





BN menyandang tiga kerusi Parlimen dan 13 kerusi DUN manakala dua kerusi DUN iaitu Simpang Empat dan Sanglang disandang oleh PAS.


Mengenai khabar angin bahawa Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, 41, disebut-sebut bakal menjadi calon pembangkang pada PRU ke-13, Md Isa, berkata beliau pernah mendengar mengenainya.


Beliau berkata sebagai seorang mufti, Juanda mungkin mempunyai pengaruh tetapi menurutnya adalah lebih wajar tokoh agama berasal dari Sarawak itu memberi tumpuan kepada bidang agama.


Sebelum ini, Juanda dikatakan telah dipujuk untuk bertanding atas tiket pembangkang tetapi beliau sehingga ini tidak mengumumkan pendiriannya.


-- BERNAMA
read more...

PERJUANGAN BELUM SELESAI... Doa Seluruh Rakyat Malaysia Bersama Pejuang-Pejuang Negara Di Lahad Datu


Awal pagi nanti jenazah wira Negara bakal diterbangkan ke Lapangan Terbang Subang dari Tawau. Kedua-dua jenazah akan disambut sebagai oleh YAB PM sebelum dibawa ke kampung halaman masing-masing bagi majlis pengebumian secara penuh TERHORMAT SEBAGAI WIRA NEGARA. 

Namun, dalam pada itu kita semua harus ingat bahawa BERAKHIRNYA insiden berbalas tembakan pada pagi Jumaat semalam bukan bermakna kes pencerobohan ini sudah selesai.






Perlu diingatkan, kesemua 12 penceroboh yang terbunuh itu hanya DIANTARA 180 pengikut ‘Sultan Sulu’ yang dikepung pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.

Kejadian itu berlaku ketika mereka cuba keluar daripada kepungan pasukan keselamatan.
Untuk makluman, polis kini masih mengepung Kampung Tanduo, yang diduduki SEBAHAGIAN anggota kumpulan itu, dan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan semakin diperketatkan.

Polis telah mengawal segala laluan dan sukar untuk pihak penceroboh untuk keluar atau masuk ke kawasan kampung berkenaan.

Sementara itu Persuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Talib telah menafikan laporan termasuk yang disiar laman sosial dan agensi berita asing bahawa terdapat anggota kumpulan penceroboh itu menyerah diri dan melarikan diri melalui jalan laut.

Dalam erti kata lain, insiden ini belum selesai sepenuhnya!

Moga anggota pasukan keselamatan terus diberi kekuatan dan dilindungi Allah SWT untuk menentang musuh durjana ini, Amin.


read more...

KRONOLOGI PENCEROBOHAN BERSENJATA DI LAHAD DATU 9 FEB - 1 MAC 2013


Bagi yang terlepas mengikuti isu yang mencabar Kedaulatan Negara ketika ini berhubung pencerobohan bersenjata tentera Diraja Sulu di Lahad Datu yang telah mengorbankan 2 anggota VAT Komando kita, bolehlah mengikuti kronologi yang disediakan di bawah ini.













9 Feb - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.


11 Feb - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.


12 Feb - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.


14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.


14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Ismail berkata rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.


14 Feb - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.


16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.


18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.


24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.


26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.


28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.


1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.


BB : Apa pun, krisis ini masih belum selesai..... Harap pejuang-pejuang negara akan dilindungi Allah dalam mempertahankan kedaulatan Negara.
read more...

SEDIH, PILU DAN SAYU MENYELUBUNGI SELURUH NEGARA.... AL-FATIHAH KEPADA WIRA NEGARA!!!

Suasana pilu dan sayu menyelubungi seluruh Negara ketika ini. Berita rasmi daripada PDRM sebentar tadi telah mengesahkan bahawa jenazah WIRA NEGARA yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara akan dibawa pulang awal pagi esok. 




"Tiada perkataan diucapkan, hanya tangisan yang saya dengar daripada menantu saya ketika saya menghubunginya petang tadi," kata Khatijah Ismail, ibu kepada anggota komando polis yang terkorban dalam kejadian tembakan dengan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.






Khatijah, 64, berkata beliau menghubungi menantunya yang tinggal di Ipoh itu apabila diminta berbuat demikian oleh seorang anak saudaranya untuk mendapatkan berita lanjut mengenai kejadian itu.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi ini, Insp Zulkifli Mamat, 30, adalah antara anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam kejadian tembakan yang turut membunuh 12 penceroboh bersenjata rakyat asing itu.

Khatijah, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Ikan dekat Gong Bayor di sini, berkata beliau mendapat perkhabaran sedih itu ketika mengikuti satu program di kampungnya kira-kira pukul 4 petang.

"Ketika itu Mak Cik sedang mengikuti satu program kemasyarakatan apabila saya dipanggil oleh seorang anak saudara yang menyuruh saya menelefon isteri arwah di Perak untuk mengetahui berita lanjut," katanya.

Khatijah berkata beliau terus menghubungi isteri arwah, Noraziah Nor, 29, yang merupakan seorang guru di Ipoh, tetapi tidak mendengar sebarang suara daripadanya kecuali tangisan.

"Bila saya mendesak, dia (Noraziah) memberitahu suaminya telah terkorban dalam insiden serangan di Lahad Datu. Mak cik terkejut dan terus rebah pengsan," katanya.

Khatijah memberitahu bahawa anak ketiga daripada enam beradik itu menyertai perkhidmatan polis kerana amat berminat dengan kerjaya yang memakai uniform sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Zulkifli adalah graduan Universiti Malaya dan berkahwin dengan Noraziah yang berasal dari Perlis. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki berumur lima dan satu tahun dan Noraziah kini mengandung anak ketiga.

"Zulkifli seorang anak yang baik dan bersopan santun serta amat mesra dengan adik-beradik," kata Khatijah.

Khatijah berkata sebelum bertolak ke Lahad Datu Jumaat lepas, arwah menghubunginya dan meminta Khatijah mendoakan keselamatannya dan berharap ibunya tidak bimbang.
Beri
Turut hadir menziarah ibu Zulkifli di rumahnya petang ini ialah Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Mohd Jamil. 



read more...

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top