Nuffnang

KANTOI!!! Titah Sebenar Raja Nazrin Versi Sebenar VS Versi Cai

Heboh semalam cai-cai PR khususnya dari PAS memainkan ringkasan titah Raja Nazrin, Raja Muda Perak berkaitan peranan PAS dan Peranan UMNO dalam mengangkat martabat Islam dan Melayu. Ramai yang terkejut, tak kan Raja Nazrin yang cukup berwibawa dan intelek mengeluarkan titah baginda sedemikian rupa. Jom kita lihat pa sebenarnya yang dititahkan oleh Baginda.





Amacam!!! Cai-cai sekalian????


Haaa... Sikalang lu orang mai baca ni plak , Titah Baginda :


Dewan Bahasa dan Pustaka merintis usaha menganjurkan Wacana Perpaduan Ummah.
Wacana ini berlangsung ketika persaingan politik di kalangan ummah sedang memuncak.
Ia berlangsung pada waktu yang sangat mencabar memandangkan Pilihan Raya Umum Kali Ke-13 diramal akan diadakan dalam masa terdekat.
Langkah menganjurkannya pada waktu yang sensitif ini adalah satu langkah berani.
Dewan Bahasa dan Pustaka berkemungkinan berhadapan risiko untuk disalahertikan, apatah lagi jika nada diskusi dan esolusi yang dirumuskan, bakal menghiris perasaan mana-mana kabilah politik.
Penganjur wacana memilih istilah ummah.
Perkataan ummah disebut lima puluh satu (51) kali dalam al-Quran, manakala dalam bentuk jamak, umum disebut tiga belas (13) kali.
Berdasarkan tafsiran kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah ummah bermaksud umat Islam yang luas lagi menyeluruh merentasi sempadan negara – sempadan wilayah.
Dalam konteks wacana ini, Beta memilih untuk memberikan fokus kepada isuperpaduan ummah di Malaysia; menjurus kepada isu perpaduan Melayusupaya wacana ini tidak dilarikan penglihatan melihat tungau di seberang lautan, melupakan gajah di hadapan mata.
Wacana ini perlu bersedia membicarakan isu perpecahan ummah secara terang lagi bersuluh, meskipun air yang ditepuk bakal mercik ke muka sendiri.
Dua parti politik Melayu-Islam, iaitu UMNO dan PAS berperanan paling dominan di negara ini, khususnya pengaruh mereka dalam kalangan umat Melayu.
UMNO dan PAS semakin bersaing untuk berada di atas, kedua-dua kabilah sedang rancak berusaha baik untuk mempertahan, begitu juga untuk mendapatkan kuasa.
Secara zahir, perpecahan ummah diandaikan terbelah dalam dua kabilah politik; tetapi perlu diselami lebih dalam daripada itu, kerana dua kabilah politik itu dianggotai oleh pelbagai individu, tiap seorang memiliki pelbagai kerenah, pelbagai agenda, pelbagai hasrat, pelbagai niat.
Terdapat jurang antara yang tersurat dan yang tersirat, antara akal dan nafsu, antara kata dan kota.
Malah persaingan politik telah menghalalkan cara hingga merentasi etika yang dianjurkan oleh Islam, melanggar tata kesopanan budaya Melayu.
Fitnah, pemalsuan dan penghinaan yang keterlaluan terhadap lawan berlaku secara berleluasa.
Perbalahan berbentuk verbal, diperluaskan dalam bentuk penulisan dan dilebarkan melalui alam siber. TEKS PENUH DAN VIDEO TITAH BAGINDA BACA DI SINI 

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top