Tindakan undang-undang berkaitan akan digunakan untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pasukan keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan itu. Mereka adalah orang luar yang datang ke negara kita dan mencabuli undang-undang dan kedaultan negara. Pasukan keselamatan akan menggunakan pendekatan yang bersesuaian dan tidak akan berkrompomi terhadap isu pencerobohan ke atas negara ini bagi menjamin dan mempertahankan kedaulatan tanah air.
Media melaporkan berlaku perbalahan diantara penceroboh sehingga mengakibatkan dua kematian di kawasan itu namun perkara masih belum dapat dipastikan. PDRM menjelaskan mendengar bunyi tembakan dari kawasan penceroboh namun pengesahan samada tembakan yang dilepaskan ke atas binatang atau amaran dari kumpulan penceroboh masih belum dapat dipastikan.
Media Sabahkini.Net melaporkan maklumat tidak rasmi menyatakan bahawa dua daripada 100 orang penceroboh warga Filipina telah ditembak mati. Kematian mereka bukan disebabkan tembakan pihak berkuasa Malaysia, sebaliknya bergaduh sesama sendiri kerana kehabisan bekalan makanan dan berselisih pendapat. Kematian dua penceroboh itu akan menyebabkan keadaan tegang sebelum ini mungkin akan reda kerana sebahagian besar anggota tentera Sultan Sulu ingin pulang secara aman selagi diberikan ruang dan peluang oleh Kerajaan Malaysia. Dua mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Haji Musa dan Majid. Menurut sumber, beliau dan saksi lain mendengar antara enam hingga 10 bunyi tembakan; namun jumlah sebenar kematian dan kecederaan belum dapat disahkan.
BRP Tagbanua AT 296 |
Media Filipina turut melaporkan Tentera Laut Filipina telah menghantar kapalnya ke perairan Malaysia untuk mengambil penceroboh beredar dari perairan Malaysia. Kapal Tentera Laut Filipina BRP Tagbanua (AT-296), belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perairan Malaysia pada hari ahad yang lalu. Kerajaan Filipina juga menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air. Turut berada di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino, sukarelawan dan petugas perubatan.
Insiden pergaduhan sesama sendiri dan saling berbunuhan dipercayai menyebabkan kumpulan penceroboh ini semakin tertekan. Berkemungkinan mereka juga tertipu dengan dakyah ketua penceroboh tersebut yang mendakwa Sabah adalah milik mereka. Taktik psikologi yang digunakan pasukan keselamatan keatas kumpulan penceroboh kini membuahkan hasil. Admin menjangkakan perkara ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat tanpa pertumpahan darah. Amaran kepada kumpulan penceroboh.. Jangan cuba untuk mencabul kedaulatan negara Malaysia.
cuba lah selesaikan hal kat sabah tu dulu,,hal siapa dalang tu kemudian.sudah satle baru buat hal yang dah tertunda.rakyat faham juga kenapa hal lain ditunda..ini tidak!..sibuk nak berpolitic sini sana.saling tuduh menuduh.pas tu ini betul ini salah.sapa dulu sapa kemudian..nie apa hal nie..tgok!.sampai ada yg dah terkorban..tak faham lah..saya nak luah perasaan sedih apa yang berlaku s'karang nie..lagi satu harap imformasi adalah tepat.dan tidak berat sebelah.thank you
BalasPadam