Nuffnang

PANASS!!! Khalid Gagal, Azmin Kecundang. DAP Temui Calon Baru MB Selangor

Selama ini kita sering dipersembahkan dengan "melodrama" PR bahawa jawatan MB di Selangor akan tetap menjadi milik ekslusif orang Melayu. Walaupun, Khalid Ibrahim dilihat GAGAL dalam merencana dan melicinkan gerakan cauvanist DAP, namun mereka mencanangkan pula Azmin Ali sebagai calon pengganti yang juga orang Melayu. Namun akhir-akhir ini, DAP melihat bahawa Azmin Ali juga tidak berwibawa dalam menarik sokongan Melayu untuk mengikut telunjuk mereka.





Memperhalusi kenyataan yang tersirat iaitu DAP akan mencalonkan Zairil Khir Johari @ Christoper Ross Lim sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya Pakatan Rakyat mengekalkan kuasanya jelas menterjemahkan 'grand design' DAP yang mahu menerapkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ iaitu setiap warganegara ini adalah sama rata.

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 19 Februari 2012 yang menegaskan bahawa jawatan Perdana Menteri tidak semestinya orang Melayu dengan disambut kenyataan oleh Pengerusi DAP Johor, Boo Cheng Hau pada 17 April 2012 iaitu jawatan Menteri Besar tidak semestinya orang Islam dilengkapi dengan kenyataan DAP bahawa Zairil akan menjawat jawatan Menteri Besar Selangor mengesahkan ‘grand design’ DAP ke arah Negara Republik.

Siapa Zairil? Seorang anak Cina yang diambil anak angkat oleh keluarga Melayu lalu di Islamkan dengan menukarkan nama dari Christopher Ross Lim kepada Zairil Khir Johari.

Adakah Zairil seorang Melayu?

TIDAK sama sekali. Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan orang Melayu di bawah Perkara 160 (2) iaitu orang Melayu mestilah menganut agama Islam, lazim bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat orang Melayu dan darah keturunan dari salah seorang ibu atau bapanya keturunan Melayu.

Adakah Zairil lengkap syarat berkenaan? TIDAK.

Zairil bukan berketurunan Melayu walaupun dibela oleh keluarga angkatnya orang Melayu. Ini bermakna Zairil adalah berketurunan Cina. Ini tidak akan sama sekali mengubah statusnya sebagai seorang Cina.





...keangkuhan Lim Guan Eng yang begitu percaya bahawa DAP akan memenangi semua kerusi mereka dalam PRU13 yang akan datang. Keyakinan itu bersandarkan kepada PRU12 yang lepas bahawa DAP akan berjaya mengekalkan kerusi mereka yang lalu iaitu 13 kerusi dan tambahan 3 kerusi DUN- N6 Kuala Kubu Bharu, N56 Sungai Pelek and N46 Pelabuhan Klang, oleh itu mereka meramalkan jumlah kerusi DUN milik mereka dalah 16 kerusi. Manakala PKR pula diramal akan kehilangan 5 kerusi DUN. Ini bermakna kerusi PKR akan berkurangan dari 14 ke 9 kerusi sahaja. Guan Eng juga meramalkan PAS juga akan kehilangan 3 kerusi dari 8 yang akan menyebabkan PAS hanya menang 5 kerusi DUN .

Bagi Guan Eng, pakatan haram akan terus meneraju Selangor dengan 30 kerusi (DAP-16, PKR-9 dan PAS-5) vs BN yang hanya akan memenangi 26 kerusi. 

Oleh kerana bagi Guan Eng DAP yang mempunyai kerusi terbanyak maka mereka berhak dilantik sebagai Menteri Besar. Menurut mereka yang begitu angkuh ini, sekiranya PAS dan PKR(14) bergabung pun tidak mampu mengatasi bilangan kerusi DAP iaitu 16 DUN. 

Lim Guan Eng telah belajar dari pengalamannya yang lepas di Perak apabila mereka terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar kepada PAS walaupun mereka telah memenangi kerusi terbanyak kerana syarat untuk menjadi Menteri Besar haruslah Melayu. Kit Siang dan Guann Eng terlalu kecewa apabila Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak.


Lagi Kupasan Menarik Di Sini
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top