Nuffnang

SALAH SIAPA : BERSEKEDUDUKAN KERANA TIDAK MENDAPAT RESTU, AKHIRNYA DAPAT ANAK LUAR NIKAH


BATU PAHAT – “Tidak mendapat restu,” alasan yang diberikan oleh seorang wanita ketika ditangkap tinggal sekedudukan bersama teman lelakinya dalam serbuan Unit Penguatkuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di sebuah rumah di Pantai Punggor, Rengit, di sini, awal pagi semalam.

Lebih memeranjatkan, serbuan jam 1.30 pagi turut membongkar wanita terbabit sudah melahirkan seorang bayi lelaki berusia setahun hasil daripada hubungan sulitnya dengan teman lelakinya.





Wanita terbabit dikenali sebagai Yati, 22, berkata, dia tinggal sekedudukan bersama teman lelakinya, Hafiz, 29, berikutan hubungan mereka tidak mendapat restu keluarganya yang berada di Kemunting, Perak .

“Saya sudah sedia dan telah berusaha menyediakan beberapa dokumen untuk berkahwin serta memujuk ayah namun ayah tidak merestuinya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Penguat Kuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat, Saiful Arifin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit akan dikenakan tindakan mahkamah dalam tempoh terdekat selepas siasatan lengkap dijalankan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 23 (1)(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor kerana melakukan persetubuhan luar nikah sehingga melahirkan anak.

“Saya menasihatkan supaya ibu bapa lebih peka terhadap sikap dan perlakuan anak-anak mereka. Kes sebegini semakin membimbangkan," katanya.- SH

SEDIKIT PERKONGSIAN

Status anak luar nikah (anak yang tidak sah tarafnya) adalah anak yang lahir dari hubungan ibu bapa tanpa ikatan pernikahan yang sah dari segi syariat Islam. Anak tersebut bukan anak haram, bukan najis dan kotor, sebenarnya anak itu adalah sempurna dan dilahirkan dalam keadaan fitrah dan bersih tanpa dosa. Bagi saya tidak baik dan tidak patut sangat menggelar anak tersebut sebagai anak haram. Yang menjadi masalah ialah hubungan zina kedua ibu bapanya tanpa ikatan perkahwinan. Haram itu adalah pelakuan ibu bapanya dan bukan anak itu haram. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).” (At-Tin : 4)

“Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.” (Al-Isra : 70)

Hadis Nabi yang bermaksud : “Setiap anak yang dilahirkan adalah fitrah”.

Ketiga-tiga dalil yang diberikan di atas ini, sangat jelas dan tidak dapat dipertikaikan bahawa setiap manusia yang dilahirkan adalah dalam keadaan yang sangat baik dan bukan dalam keadaan aib dan hina sepertimana yang digambarkan oleh sesetengah pihak terhadap anak-anak luar nikah ini. Jangan dibinasakan anak tersebut disebabkan anak tersebut luar nikah. Sepatutnya kita sebagai orang Islam wajib memuliakan antara satu sama lain, berbuat baik antara satu sama lain kerana ini yang dikehendaki oleh Islam dan ini juga merupakan sifat Rasulullah saw.

Jangan kita menghina anak tersebut dan meminggirkannya sehingga dirinya merasa hina disebabkan salah ibu bapanya. Dosa besar bagi orang yang menaburkan fitnah dan mengaibkan orang di atas segala dosa yang telah dilakukan oleh ibu dan bapanya. Dosa ibu bapanya yang lalu biarlah mereka dengan Allah, kita sebagai umat Islam berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah mengampunkan segala dosa ketelanjuran mereka dahulu. Sebagai umat Islam tidak sepatutnya menuding jari kepada sesiapa atas kesalahan yang telah dilakukan, tetapi sepatutnya mengajak dan memberikan nasihat yang baik kepada mereka supaya mereka mengerti akan pelakuan mereka itu adalah salah di sisi syariat dan bersegeralah bertaubat. Sesungguhnya Allah menerima ampun bagi sesiapa yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha).

Anak luar nikah tidak dipertanggungjawabkan atas kelakuan ibu bapanya yang terlanjur dan tidak boleh kita menuding jari kepada anak tersebut, dia juga mempunyai perasaan dan mempunyai hati yang perlu dijaga oleh kita. Setiap amalan kejahatan dan kebaikan adalah merupakan tanggungjawab individu tersebut dan tidak dipertanggungjawabkan kepada orang lain. Firman Allah yang bermaksud :

“Patutkah manusia menyangka, Bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?” (Al-Qiyamah : 36)

Setiap anak yang dilahirkan perlu dibimbing dan dididik kearah yang dituntut dalam Islam, menghantar anak mempelajari ilmu-ilmu agama terlebih dahulu kerana ini merupakan fardhu ain dan wajib dituntut oleh setiap individu muslim sebagai panduan hidupnya. Jika anak tersebut menjadi ustaz, menjadi imam, menjadi muazzin dan sebagainya, maka itu lebih positif dan bagus kerana anak tersebut merupakan saham kebaikan kepada ibu bapanya dan sudah pasti anak tersebut akan sentiasa mendoakan kebaikan terhadap ibu bapanya. Jika anak tersebut mengetahui akan status dirinya adalah anak luar nikah, saya rasa mungkin anak tersebut menerima kenyataan dengan redho dan mengetahui ini adalah ketentuan Allah.

Bagaimana jika anak luar nikah jadi imam di masjid atau di surau? Jawapannya solat jemaah itu tetap sah jika anak luar nikah itu menjadi imam atas kelayakkannya, mengikuti krateria-krateria sebagai seorang imam, fasih bacaannya, sebutan jelas dan tajwidnya betul, maka itu tidak menjadi masalah dan solat jemaah tersebut sah.

Adakah boleh anak luar nikah jadi wali kepada adik-adiknya? Jawapannya menurut pendapat ulamak anak luar nikah tidak boleh dibin atau dibintikan kepada bapanya, kerana hubungan ibu dan bapanya diluar ikatan perkahwinan yang sah. Anak luar nikah ini perlu dibin atau dibintikan kepada Abdullah. Jadi jelas di sini, bahawa anak tersebut tidak dikira dari darah daging ayahnya. Anak luar nikah ini tidak boleh jadi wali kepada adik-adiknya.

Adakah bapa yang melakukan zina sehingga dia dilahirkan itu boleh jadi walinya? Jawapannya adalah tidak boleh sebab, menurut pendapat ulamak bapak tersebut tidak sah dan tidak diiktiraf kerana mereka melakukan hubungan diluar ikatan perkahwinan yang sah. Maka anak tersebut boleh diwalikan oleh wali hakim (perkara ini boleh dirujuk kepada bahagian pembangunan keluarga Islam Jabatan Agama Islam mana-mana negeri dalam Malaysia.
read more...

WANITA SELAMBA BERBOGEL MENITI TALI DEMI "KEBEBASAN"

Hayley Ashburn, 24, penggiat aksi lasak wanita ini menunjukkan kemahirannya itu di kawasan pelancongan Mai Leung.





Menurut wanita dari San Francisco, Amerika Syarikat (AS) itu, dia berbogel untuk berasa “bebas” dan menikmati detik penuh ketegangan itu walaupun tahu air di bawahnya cuma sedalam 0.3 meter.


Hayley mencoba aksi berjalan di atas seutas tali sejak 2008 lalu. Beliau melakukannya sebagai latihan rutin untuk mengembangkan kemampuannya memanjat tebing.

“Sangat seronok dapat berbogel di tempat terbuka tanpa sesiapa boleh melihat saya,” katanya. Walaupun begitu, seorang rakan Hayley merakamkan aksi berkenaan untuk tatapan ramai. Hayley mula aktif dalam aktiviti berjalan di atas tali itu sejak 2008. - TS
read more...

KETUA UMNO PANDAN DIPENJARA 8 TAHUN

Kuala Lumpur: Ketua Bahagian UMNO Pandan, Abd Ghani Ismail (gambar), dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM193,512, enam tahun lalu.


Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda berjumlah RM977,560 terhadap Abd Ghani Ismail, 46, bagi semua tuduhan dihadapinya.





Rozilah turut menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi.


Mengikut rekod, pada 8 Feb 2011, ketika dibacakan lapan pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Ketua UMNO Bahagian Pandan tersebut pengsan dalam kandang tertuduh.


Kemudiannya pada 28 Jun pula beliau telah diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007 terhadapnya.

BB :  KEBENARAN DAN PERUNDANGAN NEGARA MASIH DILANDASAN YANG BETUL, PENGHAKIMAN TIDAK MENGENAL SESIAPA

read more...

TAHNIAH APEK : KHAIRUL FAHMI DAN LIEUNIEY SAH BERGELAR SUAMI ISTERI DENGAN SEKALI LAFAZ

Dengan sekali lafaz, penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, sah bergelar suami kepada model dan usahawan, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, pada  majlis akad nikah di kediaman pengantin perempuan di Pasir Pekan, di Tumpat hari ini.




Pasangan itu dinikahkan Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib pada jam 10.25 pagi di kediaman keluarga pengantin perempuan sambil disaksikan anggota keluarga kedua-dua mempelai.  Pada majlis tersebut juga, Khairul Fahmi atau lebih mesra disapa Apek, tampil bergaya memakai baju Melayu berwarna kuning cair menyerahkan wang hantaran sebanyak RM19,000 bersama tujuh dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh Nur Eilunie.    Kira-kira 2,000 tetamu termasuk peminat turut hadir pada majlis akad nikah tersebut.






Khairul Fahmi ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata beliaubersyukur majlis akad nikah tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul."Alhamdulillah majlis perkahwinan saya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Saya pilih Leuniey (Nur Eilunie) kerana beliau faham dengan kerjaya saya yang sentiasa sibuk. Sebagai contoh, saya pulang untuk membuat persedian majlis ini sehari sebelum majlis berlangsung."Saya akui gementar ketika melafazkan akad nikah tetapi perasaan itu tidak sama ketika beraksi di atas padang kerana ramai yang beri sokongan dan mendoakan saya pada hari ini," katanya.






Khairul Fahmi berkata beliau akan terus mengekalkan prestasinya sebagai enjaga gol nombor satu negara walaupun telah berkahwin.   Beliau berkata akan menyerahkan perjalanan hidupnya kepada Allah s.w.t dan berharap untuk menimang sekurang-kurang empat cahaya mata.Sementara itu, bagi Leuniey pula, beliau berharap Apek akan menjadi 'kapten' kepada keluarga mereka dengan baik walaupun sebelum ini sering terpalit dengan pelbagai kontroversi yang melanda."Saya bersedia sepenuhnya sebelum menjadi isteri Khairul Fahmi.





Ketika bercinta, keluar pelbagai cerita dalam akhbar dan blog, namun saya tak cepat melenting dan ambil pendekatan berbincang dengannnya bila sesuatu kontroversi timbul."Ini jodoh yang telah ditentukan dalam perjalanan hidup kami. Saya bersyukur kami telah disatukan," katanya yang turut menyifatkan Khairul Fahmi sebagai seorang yang romantik dan penuh kejutan.





Bagaimanapun, kedua-dua mempelai ini belum merancang untuk berbulan madu berikutan Khairul Fahmi kini sibuk dengan persiapan menjelang Liga Malaysia yang bakal bermula pada Januari depan.Majlis resepsi bagi pihak pengantin perempuan akan diadakan pada Ahad ini di Hotel Renaissance Kota Baharu manakala majlis menyambut menantu akan diadakan di rumah Khairul Fahmi di Cherang pada 5 Jan.  





Selain itu, pasangan itu turut dijadual untuk mengadakan satu lagi majlis resepsi di Hotel Royal Bintang, Kuala Lumpur pada 13 Jan ini dan turut menerima tajaan bernilai kira-kira RM300,000 daripada pelbagai pihak.- Bernama
read more...

PEMBANGUNAN KEPIMPINAN DI KALANGAN BELIA TIDAK DIBERI PERHATIAN?


Acapkali kita mendengar bahawa pihak Kerajaan tidak mengambil berat atau dalam bahasa lain mengenepikan pembangunan elemen kepimpinan di kalangan belia.


Namun, sebenarnya pihak kerajaan khususnya melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS)sentiasa mengadakan program pembangunan kepimpinan secara berterusan di pelbagai peringkat hingga ke akar umbi.
 
 


 
 
 
 
Pendekatan melahirkan pemimpin-pemimpin secara bersepadu melalui pelbagai medium seperti kursus kepimpinan asas, pertengahan dan tinggi, latihan pengucapan awam, pembentangan, dialog, debat dan perkongsian idea serta pandangan.


KBS juga telah memperkenalkan enam (6) Inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia iaitu MyPark, Parlimen Belia, Vyrec, Youth Icon, MyCorps dan The Leader untuk dilaksanakan bersama-sama dengan pertubuhan belia dalam memperkasakan sifat kepimpinan golongan belia di negara ini.

Bagi tahun 2011, KBS telah membelanjakan sebanyak RM3,397,900.00 juta untuk menjayakan 96 program kepimpinan yang melibatkan seramai 11,840 penyertaan belia di semua peringkat di seluruh Negara. 
 
 
 



Antara program yang dijalankan bersama pertubuhan belia dalam memperkasa program kepimpinan belia adalah:



a) Pembangunan Kopetensi Kepimpinan Tertinggi


b) Menjana Pemimpin Muda Bertaraf Global


c) Konvensyen Pemimpin Belia Agen Keselamatan Negara


d) Persidangan Pemimpin Belia Menjana Transformasi Ekonomi Baru


e) Pembangunan Kopetensi Kepimpinan Pertengahan


f) Cabaran Kepimpinan Muda Pertengahan


g) Cabaran Kepimpinan Muda Tinggi


h) Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional



Jadi, di mana silapnya???? Ini sekadar program yang dianjurkan oleh KBS. Bagaimana pula dengan anjuran daripada agensi-agensi mahupun kementerian-kementerian lain yang terlibat dengan belia? Tepuk dada, tanya selera..

read more...

PEMBANGUNAN KUALITI HIDUP BELIA KELAS PERTAMA MERENTASI BUDAYA, KAUM DAN AGAMA






i. Membangun dan mewujudkan persekitaran yang sihat bagi memberi sokongan terhadap pembangunan psikologikal dan emosi belia;


ii. Memastikan dan menggalakkan pembangunan aspek fizikal atau gaya hidup belia melalui tabiat kesihatan yang baik;


iii. Menerapkan nilai-nilai kerohanian dan keperibadian yang utuh;


iv.  Merangsang perkembangan intelek belia yang melibatkan pemikiran analitikal dan kritikal;


v.         untuk mewujudkan persekitaran sosial yang kondusif untuk belia melalui hubungan positif kalangan belia;


vi.         Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat;


vii.         Menyalurkan dan memberikan peluang kepada belia untuk sama-sama terlibat dalam pembangunan ekonomi negara;


viii.         Membangunkan aset dan potensi belia dengan menggilap bakat dan kemahiran yang sedia ada dalam diri mereka;


ix.         Memberikan pendedahan dan menerapkan prinsip-prinsip asas sosial bagi mengelakkan wujudnya golongan belia yang terlibat dalam masalah-masalah delinkuen;


x.         Mewujudkan budaya pengurusan waktu senggang dan membantu dalam menyediakan akses terhadap kemudahan dan aktiviti rekreasi;


xi.         Memberikan hak atau peluang yang sama rata kepada semua belia, dalam mengakses maklumat, mengembangkan potensi diri, bakat, pendidikan dan latihan kemahiran, pekerjaan, hubungan sosial mengikut ciri-ciri peribadi tertentu, pilihan dan keupayaan.


                    xii.         Mewujudkan prasarana yang mesra belia serta berteknologi tinggi;


                                xiii.         Mewujudkan persekitaran yang membantu belia terlibat secara aktif dalam aktiviti kesukanan termasuklah penyediaan fasiliti sukan di semua peringkat;

                                 xiv.         Membangunkan prasara pendidikan dan latihan kemahiran yang berkualiti tinggi, lengkap dan kondusif;

                                  xv.         Menzahirkan pengurusan kualiti hidup kelas pertama menerusi peningkatan tahap kebertanggungjawaban belia terhadap diri, keluarga, komuniti setempat dan negara; 

                                 xvi.         Menerapkan dan memastikan belia menghayati aspek kemahiran hidup (life skills) yang positif seperti kemahiran komunikasi, membuat keputusan, asertif mengurus tekanan serta penentuan matlamat hidup agar mereka berupaya menghindari diri daripada terjebak dengan gejala sosial.


                               xvii.         Mewujudkan program khas bagi melahirkan golongan belia yang lebih berdikari serta kompetitif;


                             xviii.         Mengimplementasikan Konsep Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) di kalangan belia;

read more...

PEMUPUKAN BUDAYA POSITIF DALAM PEMBANGUNAN PERSONALITI BELIA MALAYSIA

 
 



                               i.         Setiap belia Malaysia seharusnya menghargai keamanan dunia dengan berusaha untuk berasimilasi antara satu sama lain;

 

                             ii.         Membangunkan serta mempraktikkan nilai dan etika kemanusiaan sejagat;

 

                            iii.         Memastikan bahawa semua generasi belia di layan secara adil dan saksama serta mempunyai akses yang seimbang dalam membangunkan rangkaian hubungan;

 

                            iv.         Dibangunkan kompetensi belia untuk terlibat secara aktif dalam menyuarakan pandangan bagi isu-isu yang berkaitan dengan kemaslahatan dunia secara keseluruhan;

 

                              v.             Memperkenalkan inisiatif transformasi ICT belia kebangsaan;

 

                            vi.         Belia digalakkan untuk membina hubungan rangkaian sosial bersama-sama dengan generasi belia antarabangsa;

 

                          vii.         Penerapan budaya sejagat di kalangan belia perlu dilaksanakan secara komprehensif dan tidak meminggirkan golongan minoriti yang merupakan subset dari entiti generasi belia;

 

                         viii.            Memperbanyakkan rangkaian pertukaran belia antara negara dan tidak terhad kepada beberapa buah negara tertentu sahaja.

 

                            ix.         Membangunkan semangat kepimpinan dan kesukarelaan di kalangan belia Malaysia di luar negara;

 

                             x.            Memperluaskan rangkaian hubungan menerusi hubungan dua hala yang melibatkan aktiviti perdagangan, pertukaran kebudayaan, perkongsian minat dan pemantapan semangat kesukarelaan.
read more...

STRATEGI BELIA MENDEPANI CABARAN TRANSFORMASI NEGARA



 

i.              Merangka program bagi menggalak, meningkatkan minat dan daya saing belia dalam bidang ekonomi serta perdagangan;

 
ii.            Semua program pembangunan belia yang dianjurkan perlu menjadikan elemen penerapan kemahiran pemikiran kreatif dan inovatif sebagai sebahagian daripada modul program;

 
iii.           Belia perlu diarus perdanakan dalam lonjakan ekonomi negara dengan mengambil kira padangan belia dalam cetusan agenda pembangunan nasional;

 
iv.           Mewujudkan program khusus untuk mencungkil bakat belia dalam pelbagai bidang di seluruh negara;

 

v.             Merangka pelan tindakan komprehensif bagi membangunkan persekitaran mesra belia;
 

vi.          Generasi belia perlu dibangunkan sebagai generasi yang mencetus dan penjana peluang pekerjaan dan bukan lagi generasi pencari kerja;

 
vii.        Mewujudkan Akreditasi Pembangunan Belia Malaysia dan instrumen ukuran piawai yang bersifat standard dalam semua program pembangunan belia;

 
viii.       Menyediakan ruang dan fasiliti untuk membolehkan belia menyerlahkan potensi mereka dalam pelbagai bidang;

 
ix.           Menyediakan program khusus untuk mencungkil minat dan bakat belia dalam bidang keusahawanan;
 

x.            Mengenalpasti pasaran yang bersesuaian sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa bagi membolehkan belia memasarkan produk mereka; dan


xi.           Membangunkan peraturan dan perundangan kepada semua sektor pekerjaan untuk memastikan tenaga belia tempatan sebagai pilihan utama sektor pekerjaan di negara ini.

 
read more...

Gambar Dan Video Seks Tersebar, Guru Gelisah


KUALA LUMPUR – Seorang guru kini dalam ketakutan selepas dipaksa membayar RM50,000 oleh bekas teman lelakinya bagi mengelakkan gambar bogel dan video seks miliknya tersebar di laman sosial Facebook. 




Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 30, berkata, dia telah berpisah dengan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Lai, 34, pada 3 Disember lalu. 


Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu sanggup bertindak demikian disebabkan perasaan tidak puas hati dengan keputusannya yang mahu berpisah. 


“Saya mengenalinya menerusi seorang rakan, bagaimanapun saya tidak sangka dia telah berkahwin, malah mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun tidak lama selepas kami bersama,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam. 


Mengulas lanjut, kata Tan, lelaki yang bekerja sebagai jurujual itu sebelum ini beberapa kali mengugut mahu membunuh diri setiap kali dia meminta untuk berpisah menyebabkan dia membatalkan niatnya itu dalam tempoh tiga tahun bercinta.

read more...

9 STRATEGI MEMPERKUKUH JATI DIRI BELIA MALAYSIA





 
i.              Menyediakan latihan kepimpinan yang bersifat dinamik dan terkini kepada semua generasi belia;

 

ii.            Membangunkan instrumen bagi mengenal pasti personaliti belia yang memenuhi kelayakan minimun untuk dilatih sebagai pemimpin belia;

 

iii.          Mewujudkan mekanisme khusus untuk membangunkan semangat kesukarelaan di kalangan belia;

 

iv.     Merangka strategi dan program khas pembangunan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan belia;

 

v.      Merangka pelan tindakan untuk meningkatkan nilai integriti dan moral di kalangan belia;

 

vi.     Menjadikan pemupukan semangat patriotik dan peningkatan literasi kewarganegaraan sebagai sebahagian daripada modul program yang dianjurkan;

 

vii.    Menjadikan modul kenegaraan dan literasi kewarganegaraan sebagai sebahagian daripada modul pendidikan dan menjadikan ia sebagai subjek wajib lulus;

 

viii.   Meningkatkan semangat perpaduan di kalangan belia pelbagai kaum di Negara ini selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

 

ix.     Mengalakkan penubuhan badan bukan kerajaan belia yang berteraskan penyertaan pelbagai kaum dan menyediakan insentif galakan bagi penubuhanhya.

read more...

PROGRAM BELIA MAHIR 1 MALAYSIA PEMANGKIN BELIA BERKEMAHIRAN

Program Belia Mahir 1 Malaysia??? Program ape ni?  Program Belia Mahir 1 Malaysia  terdiri daripada  3 program  dan 1 program persijilan seperti berikut:
 

i.              Peringkat IKBN (Program Perkasa Rakyat Mahir (STEP)

ii.            Peringkat Kompleks Belia dan Sukan dan Kompleks Rakan Muda (Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF)

iii.          Peringkat majikan/ industri (Program PERANTIS (training at workplace)

iv.          Program Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)

 
 
 
 

                Program Belia Mahir 1 Malaysia – Peringkat IKBN (Program  Perkasa Rakyat Mahir (STEP)

 

Program ini dikenali sebagai Program Perkasa Rakyat Mahir (STEP) dengan menjadikan 15 buah IKBN di seluruh negara sebagai lokasi rakyat mendapat kemahiran dalam bidang yang dikenal pasti.
 
Tenaga pengajar IKBN sedia ada yang berkelayakan dalam mengikut modul akan dikenal pasti untuk melaksanakan kursus ini di hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad (8.00 pagi hingga 5.00 petang). Tempoh pelaksanaan keseluruhan ialah 12 bulan. Bagaimanapun, tempoh pelaksanaan bagi setiap modul adalah berbeza bergantung antara satu kursus dengan kursus yang lain bergantung kepada kurikulum sedia ada.

 
 
 
 
 

                 Program Belia Mahir 1 Malaysia – Peringkat Negeri & Daerah (Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF)

 

Program ini dikenali sebagai Program LKTF dilaksanakan di semua Kompleks Rakan Muda dan Kompleks Belia dan Sukan seluruh negara. Pelaksanaan kursus di hujung minggu ini akan diselaraskan oleh pegawai dari IKBN yang berdekatan bagi memastikan konsep pelaksanaan kursus modular ini sama seperti pelaksanaan di dalam IKBN.
 
Kursus-kursus yang ditawarkan merupakan kursus yang tidak memerlukan penyediaan bengkel dan peralatan yang berat, besar dan mahal untuk disediakan seperti:

-             Penyediaan Makanan

-             Pemprosesan Makanan

-             Membaik pulih Komputer

-             Tekstil Apparel

-             Kecantikan / SPA

-             Rekaan Rambut

-             Landskap

 

            Program Belia Mahir 1 Malaysia – Peringkat Negeri dan Daerah     (PERANTIS)


Program Belia Mahir 1 Malaysia peringkat industri/majikan ini dinamakan Program PERANTIS dan ia merupakan program latihan di tempat kerja sebenar (training at workplace). Berbeza dengan program Perkasa Rakyat Mahir dan Program LKTF, program PERANTIS merupakan program sepenuh masa yang dilaksanakan di industri/majikan.
 
 
Program ini mengambil masa 6 bulan bagi satu sesi. Peserta akan ditempatkan di premis kerja, diberi elaun RM300.00 sebulan/seorang dan majikan diberi insentif RM200.00 bagi seorang peserta yang diambil menjalani latihan.
 
Kemahiran yang dimiliki oleh peserta akan dicatat pada setiap hari di dalam buku log dan disahkan oleh pegawai yang dilantik sebagai bukti terhadap  kemahiran yang telah diperoleh. Sijil kehadiran akan diberikan oleh pihak majikan kepada peserta yang menamatkan latihan. Bidang yang terlibat adalah seperti berikut:

-           Kejuruteraan Automotif (Membaiki kereta, pengetukan panel kenderaan, semburan cat kereta)

-           Kejuruteraan Elektrik

-           Tekstil dan Apparel (Jahitan pakaian, langsir,,sulam menyulam)

-           Penyediaan Makanan

-           Kecantikan/spa dan lain-lain.

 

                  Persijilan Peserta Program Belia Mahir 1 Malaysia


Sijil kehadiran dan sijil kemahiran modular yang diperoleh oleh peserta dalam program Perkasa Rakyat Mahir (STEP), Program LKTF dan PERANTIS akan dijadikan bukti keterampilan bagi melayakkan peserta mendapat persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu.


Peserta yang memiliki kemahiran kerja sekurang-kurang 1 tahun layak memohon Persijilan Kemahiran Malaysia Tahap 1 (SKM 1). Bagi belia-belia yang telah mempunyai SKM 1 mereka boleh memohon untuk mendapatkan SKM 2 dan bagi yang telah mempunyai SKM 2 mereka boleh memohon untuk mendapatkan SKM 3.
 
Pelaksanaan program Perkasa Rakyat Mahir, Program LKTF dan PERANTIS ini merupakan landasan kepada semua masyarakat untuk meningkatkan kemahiran sedia ada sebelum layak memohon PPT.

 

Bilangan peserta yang telah mengikuti Program Belia Mahir 1 Malaysia adalah seperti berikut:

 

 
Bil.
 
Program
Tahun
 
Jumlah Peserta
2009
 
2010
2011
1.
Program Perkasa Rakyat Mahir (STEP)
-
-
4395
4,395
2.
Program LKTF
 
4486
3540
3540
11,566
3.
Program PERANTIS
 
2360
-
1180
3,540
4.
Persijilan SKM (PPT)
 
-
2245
4000
6,245
Jumlah Keseluruhan Peserta
 
25,746

 

Nota : Bertanda ( - )  bagi tahun terlibat menunjukkan tiada program dijalankan untuk tahun tersebut.

Maklumat Lanjut Layari :
 
 
atau
 
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top