Nuffnang

Anak Seberang : Sokongan Orang Muda Kepada BN Dahului Pakatan Menurut Dr Google

Menjelang Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), Barisan Nasional (BN) dikatakan mendahului Pakatan Rakyat (PR) sekurang-kurangnya tiga peratus untuk mendapatkan soko­ngan golongan muda.
beliabangkit
Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Madya Dr Abu Hassan berkata, angka itu boleh berubah menjelang pilihan raya kerana golongan muda peka kepada perubahan dan isu semasa.

”Jumlah kaum muda dalam demografi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sehingga 68 peratus, bermakna kaum muda Cina secara total daripada 88 hingga 92 peratus menyokong Pakatan,” katanya dalam wacana perdana PRU13 di Kota Bharu, malam kelmarin.

Antara panel wacana tersebut, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat dan Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution.

Abu Hassan berkata, sebahagian besar sokongan golongan muda PR diraih dari kalangan anak muda golongan Cina manakala mengikut gender dan umur dianggarkan kaum itu menyokong gabu­ngan berkenaan pada kadar 82 hingga 88 peratus.

Bagi pengundi Melayu pula, beliau berkata ia kekal pada kadar 22 hingga 28 peratus, untuk memberi kelebihan soko­ngan tiga hingga lima peratus kepada BN.

Moderator program berkenaan, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff turut memberikan panda­ngannya bahawa 60 peratus daripada kira-kira tujuh juta pengundi muda hanya akan membentuk sikap terhadap kepada isu tersebut dalam undian mereka pada saat terakhir.

Sementara itu, Saifuddin yang juga ahli Parlimen Machang berkata, PKR terbuka dalam menerima kajian yang dibuat walaupun tidak berpihak kepada parti tersebut.

“Kita tidak amalkan sindrom pena­fian, saya membaca semua kajian lain yang disifatkan baik dan positif untuk membuat persiapan dalam menghadapi pilihan raya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mo­hammad Agus tidak berhasrat untuk bertanding pada PRU13, biarpun ditawarkan untuk menjadi calon oleh sebuah parti.

baca lagi di http://panggungopera.blogspot.com/2011/12/kajian-dr-google-bn-dahului-pakatan.html
read more...

Pindaan AUKU : Pengiktirafan kepada orang muda

SISTEMATIK... mahasiswa perlu menunjuk dan membuktikan kepada masyarakat mereka golongan intelektual yang matang dan berwibawa biarpun ketika bergiat dalam lapangan politik kelak.

SISTEMATIK... mahasiswa perlu menunjuk dan membuktikan kepada masyarakat mereka golongan intelektual yang matang dan berwibawa biarpun ketika bergiat dalam lapangan politik kelak.
AKHIRNYA Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sentiasa hangat dan kontroversi di kalangan mahasiswa dipinda bagi memberi kelonggaran golongan itu berpolitik.

Pindaan itu ibarat satu kemenangan peribadi kepada mahasiswa yang selama ini berjuang mendapat kebebasan berpolitik dan bersuara.
  
Apakah pindaan ini bakal membawa dimensi baru kepada golongan itu bagi memartabatkan peningkatan minda mahasiswa terhadap perjalanan politik negara atau sebaliknya?

Atau apakah pindaan AUKU mampu mengembalikan kegemilangan zaman mahasiswa era 70-an yang gah dengan pelbagai isu dan perjuangan.

INFO:

AUKU yang diwartakan pada 24 Februari 1971 dan diluluskan Parlimen pada 17 Mac 1971 sudah beberapa kali dipinda pada tahun berlainan seperti 1971 (Akta 80) , 1975 (Akta A295), 1983 (Akta A550), 1996 (Akta A496).

Bagaimanapun pindaan yang dibuat pada 1975 paling ketara kerana ia melarang sama sekali mahasiswa terbabit dalam politik.

Kali terakhir AUKU dipinda pada 2009.

Maklumat lanjut:

http://www.hmetro.com.my/articles/Pengiktirafankepadaorangmuda/Article
read more...

ABU : TAKKAN DENGAN UNTA PUN BOLEH


BERSIH dah gagal.....kini muncul pula ABU (Angkatan Berfikiran Unta....korang cari la sendiri nama penuhnya). Satu lagi gerakan untuk membenci UMNO. Sudah-sudahlah tu.....

Strategi kali ini nampaknya mereka cuba mendekati golongan-golongan pertengahan dan bermasalah atau terpinggir seperti  kata mereka "semua kelompok rakyat tersisih dan tertindas (marginalised) seperti kumpulan Mat Rempit, Gelandangan (homeless), penganggur (jobless)". Satu lagi tindakan terdesak yang konon-kononnya cuba membela nasib golongan ini.

Tertindaskah mereka? Apa istimewanya Mat Rempit ini? Bukan setakat membahayakan diri sendiri, malah mengganggu dan membahayakan pengguna jalan raya dan orang ramai. Tetapi golongan ini sebenarnya golongan yang tak takut mati dan pantang dicabar. Sebab itu ABU cuba mendampingi golongan ini supaya "KEBERANIAN" mereka ini dapat DIPERGUNAKAN demi menggapai impian mereka untuk MENGGULINGKAN UMNO.

Kenapa UMNO? Kerana UMNOlah tunjang kekuatan Kerajaan Barisan Nasional. UMNOlah pejuang sejati bangsa Melayu. Dan UMNOlah parti yang mempertahankan ISLAM sebagai agama rasmi MALAYSIA, UMNO jualah yang menyanjung Kedaulatan RAJA-RAJA!!! Bila UMNO dirosakkan, maka jatuh dan rosaklah 4 komponen penting ini. Sebab itulah, gerakan sosialis dan liberal tidak henti-henti menyerang UMNO dari segenap sudut.

Dan gerakan terbaru diorang melalui ABU. Korang bacalah beberapa petikan yang sempat aku kongsi di sini daripada ABU :

"Operator-operator kami di seluruh Negara sudahpun menjalankan kerja-kerja penerangan kepada rakyat, termasuk anggota polis, tentera dan kakitangan awam agar lebih celik kepada pembohongan dan kekejaman yang dilakukan pada mereka oleh UMNO/BN".

 "Dengan ini kami umumkan pada 15 Disember 2011 jam 8.00 malam satu forum besar-besaran akan diadakan di KL-Selangor Chinese Assembly Hall. Forum yang akan dihadiri oleh rakyat dari seluruh Negara ini akan juga membuat satu lagi pengumuman besar yang akan merubah situasi politik di Negara Malaysia".

Korang lihat pula gambar-gambar dibawah dan cuba fahami maksud di sebaliknya :


ABU NEGERI SEMBILAN

 ABU PENANG

ABU PERLIS

ABU PERAK

read more...

Orang Muda Dah Tolak Pakatan DAP, PKR Dan PAS Sampai Ke Pintu Jamban

Kita memang dah lali dengan contengan di pintu-pintu tandas. Macam-macam yang ditulis dan dilukis oleh mereka-mereka yang boleh dikatakan "kreatif" tidak bertempat. Walaupun kita tidak boleh meneka dengan tepat siapakah golongan sebenar yang kreatif ini, namun umum mengetahui bahawa golongan muda lebih cenderung untuk melakukannya.

Berbalik kepada tajuk di atas, penulis ingin berkongsi dengan artikel daripada blogger parpukari berkenaan luahan anak muda yang sudah bosan dengan mainan politik oleh pakatan DAP, PKR dan PAS. Masakan tidak, sudah terlalu lama parti anak-beranak ini membohongi dan menindas rakyat. DAP dengan racismenye, PKR dengan kerosakan moralnya dan PAS dengan ketaksuban melampau kepada pemimpinnya.

Sudah sampai masanya generasi muda untuk berubah. Berubah dan menggunakan kreativiti mereka ini di tempat dan saluran yang betul. Cukup-cukuplah masa dan peluang yang diberikan sekarang ini. Tiada apa yang boleh dibanggakan oleh pakatan DAP,  PKR DAN PAS sepanjang mereka memiliki kuasa di negeri-negeti yang dimenangi dalam PRU 12 yang lalu. Semuanya masih mengharap dan menagih ehsan daripada kerajaan Barisan Nasional.

Justeru, penulis menyeru kepada semua golongan muda, penulis, media, blogger dan sesiapa sahaja supaya tidak lagi menggunakan istilah "PAKATAN RAKYAT, tetapi sebaliknya menggunakan istilah "PAKATAN DAP, PKR DAN PAS.

Kenapa? Kerana Pakatan DAP, PKR DAN PAS, BUKAN, TIDAK PERNAH, dan TIDAK AKAN SAMA SEKALI memperjuangkan nasib dan suara rakyat, sebaliknya mencari jalan untuk mengumpul dan mengaut keuntungan untuk anak beranak dan saudara-mara mereka sahaja.

* artikel blogger parpukari boleh dibaca di http://parpukari.blogspot.com/2011/12/cili-kasi-taruk-anak-muda-sudah-semakin.html
read more...

BELIA, MEDIA DAN POLITIK : ASTRO AWANI


Untuk dikongsi bersama, sekadar renungan
read more...

HIMPUN 2.0 DI PERAK 17 DISEMBER INI

IPOH, 6 Dis – Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) menjangkakan lebih 10,000 orang akan menghadiri perhimpunan kedua yang dijadualkan berlangsung di Stadium Perak pada 17 Disember ini.

Pengerusi bersama Himpun, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sekretariat memilih Perak sebagai negeri kedua dalam siri Jelajah Himpun kerana jawatankuasa dari negeri itu sudah bersedia menggalas cabaran tersebut.

“Pemilihan negeri tidak bermotifkan politik, selepas ini kita akan ke Negeri Sembilan diikuti Johor kerana jawatankuasa negeri ini juga telah bersedia.

“Bagaimanapun di Perak, kita mengurangkan jumlah penceramah kepada lima atau enam orang berbanding 14 penceramah di Shah Alam dan mengekalkan slot lain seperti nasyid dan selawat,” katanya pada sidang media hari ini.

Mohd Azmi berkata bagi menjamin langkah keselamatan pada tahap terbaik pihaknya telah berbincang dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang menyelia stadium berkenaan dan pihak polis.

“Himpun Ipoh mendapat kebenaran pihak polis. Pemilihan stadium ini adalah kerana kita yakin akan lebih memudahkan dalam soal penjagaan dan mengawal keselamatan orang awam serta kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi.

“Selepas Himpun Shah Alam kita telahpun membuat post mortem dan mengenal pasti masalah dan implikasi yang berlaku bagi memastikan perhimpunan secara aman dapat diadakan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya kini sedang giat mengumpul seberapa ramai masyarakat Islam daripada pelbagai latar belakang atas semangat persaudaraan demi mempertahankan akidah yang satu.

“Kita telah menggerakkan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negeri ini untuk menyebarkan maklumat mengenai perhimpunan ini. Kehadiran parti-parti politik termasuk seluruh kepimpinan dan ahlinya adalah amat dialu-alukan,” katanya.

Kira-kira 4,000 orang menyertai perhimpuan pertama yang diadakan di Shah Alam pada Oktober lepas termasuk wakil beberapa badan bukan kerajan (NGO) dan turut dihadiri Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.


read more...

Enam Persoalan Puteri Berkaitan Generasi Muda

KUALA LUMPUR: Siapa kata semangat Puteri Umno suam-suam kuku? Buktinya apabila Wan Salwati Abdullah yang juga Exco sayap bongsu Umno berjaya menyalur semangat mudanya kepada perwakilan di Dewan Merdeka, di sini, semalam.

Beliau yang membahaskan Ucapan Dasar Presiden membangkitkan mengenai pentingnya suara generasi muda diletakkan di tempat sepatutnya seiring pemimpin masa kini yang suatu masa nanti akan mewariskan legasi kepemimpinan mereka.

“Sedarlah ahli parti, pemimpin di semua peringkat, sejarah dunia sudah membuktikan generasi muda antara kuasa sebenar dalam mengubah landskap sosio-politik sesebuah negara, tamadun dan peradaban dunia.

“Janganlah golongan generasi muda ini diperlekehkan dan dinafikan hak suara serta pandangan mereka,” katanya.

Wan Salwati diberi lebih masa ihsan Pengerusi Tetap Umno, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin berikutan tidak tergamak menyekat hasrat beliau yang sudah seperti anaknya, kemudian menyambung perbahasan dengan membangkit tujuh soalan berkaitan.

Katanya, dalam usaha mendampingi generasi muda, semua pihak dalam Umno perlu bertanya adakah mereka mengetahui dengan jelas berapa peratus generasi muda di kawasan yang bakal mengundi.

“Kedua, adakah kita mengenali mereka? (Soalan ketiga) adakah kita mendampingi mereka sehingga mereka merasakan kehadiran kita (Umno) dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup seterusnya membantu mereka dalam memahami dan menangani perkembangan isu semasa.

“Keempat, adakah kita diterima? (Soalan kelima) Apakah pula persepsi generasi muda terhadap sikap dan tingkah laku kita? (Soalan keenam) adakah bentuk pendekatan yang kita pilih untuk mendampingi dan memahami generasi muda ini berkesan? Dan akhir sekali bilakah kali terakhir kita bersalam, mengucapkan selamat hari jadi kepada mereka serta mengucapkan syabas di atas kejayaan mereka,” katanya.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top