Nuffnang

HARIMAU MALAYA : Kenyataan Presiden FAM Mengguris Hati Peminat


Tunku Ismail mengguris Hati Peminat. Itulah tajuk di akhbar KOSMO hari ini yang menarik minat penulis. Ia merujuk kepada sesi soal jawab Presiden FAM itu bersama wakil-wakil media di JDT Cafe, Johor Bahru malam kelmarin.

“Pasukan negara anda semua, not my negara (bukan negara saya). I’m from Johor, you know (Saya berasal dari Johor, anda tahu).”

Para peminat bola sepak tanah air terguris dengan kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang secara sinis menganggap skuad bola sepak kebangsaan sebagai ‘bukan pasukan negaranya’.

Menurut mereka, sebagai Presiden FAM yang dipilih oleh ahli-ahli gabungan persatuan bola sepak di Malaysia, Tunku Ismail perlu mempertahankan dan membangunkan mutu bola sepak negara selain tidak menganggap diri baginda tiada kaitan dengan sukan tersebut yang mengalami kemerosotan besar sejak awal tahun ini.

Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali berkata, titah Tunku Ismail itu mengguris hati peminat sukan tempatan kerana baginda dipilih menjadi Presiden FAM ke­rana diyakini mengetahui formula untuk memperkasakan bola sepak tanah air.


Menurutnya, beliau menganggap titah Tunku Ismail itu di luar jangkaan penyokong-penyokong bola sepak negara, ditambah dengan kenyataan baginda bahawa jawatan sebagai Presiden FAM merupakan kerja sambilan sahaja.

Bagaimana kenyataan 'tidak matang' sebegini boleh keluar daripada seorang presiden? Tatkala YAB Perdana Menteri sendiri mengajak semua pihak menggembleng tenaga untuk bersama-sama mengangkat imej bolasepak negara, nada yang tidak seirama pula dinyanyikan oleh individu "paling berkuasa" dalam sukan nombor satu negara itu.

Sinis atau tidak, bolasepak adalah sukan paling popular di Malaysia. Bayangkan ketika mutu bolasepak tidak ke mana walau bertukar tampuk kepimpinan, bagaimana pula andainya pasukan negara kembali gah di persada dunia nanti? Tidak mustahil. Kita telah melakukannya.

Akhir sekali, wajarkah kenyataan sebegini dikeluarkan oleh seorang PRESIDEN?
Share this article

4 Komen:

  1. cerita sebelah pihak... ingat aku nak percaya ker?

    BalasPadam
  2. suruh aja yg banyak komen tu jadi presiden fam..mungkin idea dia lagi bernas àtau bernanas...haha

    BalasPadam
  3. TMJ perli sindir tu, masa tu diorg kutuk TMJ x ingat.. Relax je presiden x layan maki hamun haters yg mcm bgus tu ahak ahax..gores ke

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top