Nuffnang

MENGGURIS HATI? TMJ Jawab Sinis Mentaliti Akhbar Malaysia


Satu jam lebih punya dialog saya bercakap mengenai bola sepak dan isu-isu semasa, tetapi ayat gurauan yang terakhir saya selama 20 saat itulah yang menjadi tumpuan sekarang. Inilah salah satu sebab mengapa saya dah tak baca surat khabar dalam negara ini kerana sikap terdesak ingin menjual surat khabar dan menulis berita seperti di majalah gosip.

Kepada sahabat-sahabat saya di luar negara ini, inilah slogan “Malaysia Boleh”. Inilah mentaliti bangsa Melayu saya di sesetengah tempat di Malaysia. Berjuta-juta duit setiap bulan diberikan kepada Kosmo yang terletak di bawah Utusan tetapi kerja hanya ingin melaga-lagakan orang sahaja dan tulis berita macam gosip murahan. Nasihat saya kepada kerajaan, lebih baik anda tutup sahajalah syarikat surat khabar tersebut daripada membazir duit rakyat.

Semua benda nak percuma, tidak berusaha tetapi tidak boleh melihat kesenangan orang lain. Apabila menulis panjang, malas membaca. Ada pulak yang tak faham. Apabila dah keluar video “live” pun masih tak faham?

Saya pernah dimaklumkan berkenaan dengan agenda hendak meningkatkan sistem pelajaran di dalam negara ini. Dengan apa yang kami lihat, saya rasa mereka yang berkuasa harus bertindak cepat untuk meningkatkan sistem pelajaran kerana ada 3 perkara harus diberi perhatian dalam negara ini iaitu kurang pendidikan, rasuah dan “extremism”.


Jikalau ia berlarutan, gelap masa depan anak cucu cicit kita.

Berkenaan saya ingin berjumpa dengan budak “topi merah”, kami pernah berjumpa dahulu ketika beliau ingin memberi idea untuk menekan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terdahulu. Jadi kali ini saya ingin bertanya kepada beliau, apa yang menyebabkan beliau tidak gembira sekarang ini? Apa yang boleh saya buat untuk beliau atau mereka yang lain?

Saya teringin sangat nak bertanya sendiri kepada mereka semua tentang apa yang mereka mahu dengan FAM ketika ini. Jikalau betul ada apa apa, FAM sekarang ini kan sudah ada hubungan rapat dengan penyokong, tidak seperti FAM yang dahulu. Jadi luahkanlah kepada saya apabila kita berjumpa. Ini baru saya cakap nak jumpa dah macam nak roboh satu negara.

Isu-isu penting semua tidak ambil peduli tetapi hanya gurauan atau ketika cakap kosong sahaja yang di besar-besarkan. Malaysia…

Artikel ini dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers. Tunku Ismail Sultan Ibrahim ialah Tunku Mahkota Johor dan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Share this article

1 Komen:

  1. Nak komen byk tak berani Tuan admin. Bagaimana dgn tweet ini.
    Check out @RimauXIs Tweet: https://twitter.com/RimauXI/status/918161232632340480?s=08

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top