Nuffnang

IMR : LUAHAN ANAK MUDA YG PERLU DIBACA SEMUA



1.Jiwa kami kosong,jiwa kami lembut, kami jauh tersesat kerana dunia.

2.Kami memerlukan IMR..IMR adalah jalan untuk kami bahagia dunia dan akhirat.

3.Siapa boleh bantu kami??PAS adalah parti check and balance kerajaan UMNO ketika dahulu dari aspek agama dan kerohanian.

4.sekarang macam mana???adakah mereka didalam PAS lebih sesat dari UMNO???

5.Biarlah UMNO memerintah.Kita hidupkan Jati dengan teras IMR dan pilihkan imej dan dasar PAS.Biarlah PAS tidak duduk dalam pakatan, biarlah PAS tidak perintah negara asalkan jangan jiwa kami kosong.asalakan jangan kami jauh dari IMR tanpa ada check and balance seperti ketika zaman kegemilangan pembangkang PAS.

6.Melalui JATi dengan teras IMR pulihkan PAS sebagai parti tonggak Agama Islam,melayu dan Raja.

7.Kuatkan saf dan naikan martabat.apabila kuat kita demand UNDI antara UMNO dengan PAS memerintah negara tak kira siapa harus bertunjangkan IMR..

8.Kami tidak mahu generasi kami terus kosong hingga kiamat kerana kecelaruan politik sehingga agama islam,melayu dan raja di pinggirkan tidak kira UMNO mahupun PAS.

9.PKR dan DAP memang terang boleh menghancurkan negara hanya kerana mengejar tampuk kuasa pemerintahan.ini bahaya bagi kita yang beragama islam dan berbangsa melayu.

10.IMR..IMR..IMR..jangan biarkan seluruh umat jiwa kosong..semakin jauh semakin liberal..

11.Aku rasa inilah yang ramai mencari suntikan emosi bagi kembalikan kita kejalan yang lebih diredai Allah.

12.Sehingga setakat ini dan yang terkini hanya sebahagian UMNO,sebahagian PAS dan mungkin gerakan JATI ini akan dapat memulihkan imej Islam,melayu dan Raja..

13.kembalilah..tidak kira UMNO,PAS dan sebahagian PKR mengerakkan JATI demi IMR..buanglah ketaksuban POLITIK demi IMR untuk generasi akan datang.

14.UMNO juga kini dilihat terpaksa mengikut rentak PKR sehingga boleh membawa kita semakin jauh dan kosong.PAS tidak lagi mampu menjadi check and balance untuk kerajaan dalam aspek kerohanian dan Islam,melayu dan raja..PKR mengheret lagi jauh dan sesat..

15.bantulah kami dan percaya ramai yang memerlukan pengisian kedalam JIWA.kami benar-benar kosong dan kecewa dengan situasi politik kini yang menejaskan keharmonian agama,bangsa dan nagara.

16.kami yang sentiasa menyokong perkara yang baik demi IMR dan membanteras gejala kerosakan.Kami yang berkecuali,diatas pagar, mungkin pejuang-pejuang dasar-dasar Islam didalam PAS, dasar-dasar bangsa didalam UMNO dan keadilan didalam PKR amat memerlukan jalan tengah menyalakan api obor kebangkitan institusi Agama,Bangsa dan Negara demi untuk tidak terus tersesat jauh sehingga kami mati kelak atau kimat tiba.

17.sesungguhnya kami amat takut, sesunguhnya dari riak muka Dr. Hassan Ali adalah ketakutan dibalik keberanian..semuanya demi IMR..mungkin pengorbanan nyawa,maruah,penghinaaan boleh menjadi galang gantinya.

18.Mohon pada Allah semoga ini dijauhkan dan dipermudahkan demi Agamanya, bangsanya dan tampuk pemerintahanya.

19.Doakanlah..

Sumber : Generasi Pejuang Bangsa
read more...

PERINGATAN DAN PESANAN BUAT TEMAN BLOGGER, FACEBOOKER

Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah 4 Jun lalu. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.


Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja. Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.

Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.

Sebab saya menulis surat ini kepada anda semua bahawa saya telah melihat ramai di antara kita menggunakan komputer riba semasa di atas katil. Risiko tersebut adalah benar. Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat juga selimut dan bantal.

 "Sila sebarkan kepada semua orang yang anda tahu, anda mungkin menyelamatkan nyawa seseorang"

BB : Selalu juga dibuat tu. Hish! nau'uzubillah. Nak idup agi....
read more...

SAFEE SALI JUTAWAN PERTAMA BOLASEPAK MALAYSIA

JAKARTA – Kontrak baru bernilai lebih RM2 juta yang ditandatangani Safee Sali dengan kelab Pelita Jaya FC untuk tempoh dua tahun akan datang menyenaraikan pemain itu sebagai pemain bola sepak Malaysia bertaraf jutawan.


Ibu dan ayah Safee, Sali Mian dan Maripah Husin turut hadir
pada majlis menandatangani kontrak bersama Pelita Jaya FC di Jakarta, Indonesia semalam.
Safee akan bermain untuk tempoh dua tahun lagi. via utusan online

Tawaran kontrak bernilai RM2 juta itu juga sekali gus menyaksikan kenaikan sekali ganda nilai tahunan kontrak Safee bagi tempoh dua musim akan datang itu. Sebelum ini, kontrak sulung pemain itu dengan Pelita Jaya FC yang ditandatangani Januari tahun lalu bernilai AS$150,000 (RM456,000) untuk tempoh setahun.

Pakej lumayan yang ditawarkan oleh Pelita Jaya FC kepada pemain kebangsaan Malaysia itu merangkumi gaji, bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi serta faedah-faedah lain. Sebagai pemain import bagi kelab yang berasal dari Jakarta ini juga, Safee diberi penghormatan untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC.

Menurut pengurus Safee, Zakaria Rahim, pengurusan Pelita Jaya FC juga menjanjikan pakej tambahan iaitu mengukuhkan imej pemain tersebut menerusi peluang muncul sebagai jurucakap produk-produk iklan di seluruh Indonesia. “Pelita Jaya FC akan mendapatkan kontrak iklan daripada syarikat-syarikat yang memerlukan imej Safee bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran,” kata Zakaria kepada wartawan ketika ditemui selepas majlis pengumuman Safee kekal bersama Pelita Jaya FC untuk tempoh dua tahun lagi di sini, semalam.

Selain Safee, hadir sama pada majlis pengumuman tersebut ialah pengurus besar pasukan, Iwan Budianto dan pengurus pasukan, Lalu Mara. Pada masa sama, Zakaria berkata, Pelita Jaya FC juga komited untuk mencari ruang dan peluang kepada Safee serta rakan sepasukannya untuk bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus.

Antara kelab-kelab yang dimiliki penuh oleh Pelita Jaya Cronus selain Pelita Jaya di Indonesia ialah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012. Tidak ketinggalan CS Vise di Belgium, kelab Divisyen 2 Liga Belgium dan SAD Uruguay – sebuah kelab pembangunan pemain remaja di Uruguay.

Pelita Jaya FC juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti lima buah kelab di Liga Brazil yang antaranya Flamengo FC. Sementara di Eropah pula, antara kelab yang mempunyai hubungan baik dengan Pelita Jaya FC ialah Ajax Amsterdam FC di Belanda. Pelita Jaya Cronus juga pernah memiliki sebuah kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Leicester City FC tetapi telah menjual pemilikan.

Perkembangan karier pemain berusia 28 tahun itu bersama Pelita Jaya FC turut membuka ruang kepadanya sebagai Duta Sekolah Bola Sepak Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia. Sementara untuk jaminan masa depannya pula, pengurusan sedang berbincang untuk membolehkan Safee diberi sejumlah unit pemilikan saham dalam Akademi Bola Sepak milik Pelita Jaya FC. Akademi tersebut mempunyai sebanyak 600 pelajar di Jakarta sahaja selain memiliki rangkaian cawangan di daerah lain di Indonesia.

Selain Pelita Jaya, Safee juga ada mendapat beberapa tawaran lain antaranya Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand. Khidmat Safee juga diperlukan oleh empat pasukan bola sepak dari Malaysia termasuk Kelantan FA, Negeri Sembilan FA, Johor FC dan Johor FA selain pasukan Selangor FA yang sentiasa bersedia bila-bila masa sahaja untuk Safee kembali kepangkuan mereka.

Sebelum ini, laporan turut menyebut, Safee menerima pelawaan dari pemilik Cardiff City FC untuk bermain di sana tetapi harus melalui proses bermain bersama kelab di Eropah yang mempunyai afiliasi dengan Cardiff City untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun dulu. Menurut Zakaria lagi, keputusan yang dibuat oleh Safee untuk terus kekal dengan Pelita Jaya FC selepas berfikir dengan semasak-masaknya dengan mengambil kira pelbagai aspek dan risiko.

Sumber : Utusan Online untuk Portal Berita Sukan
 
BB : Cukup bangga dan terharu dengan apa yang dicapai oleh Safee Sali. Harap-harap akan ada lagi sinar baru dalam bolasepak Malaysia. Nazmi? Kumahraan? Titus?


read more...

KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN TERBAIK DI SARAWAK

KUCHING, 31 Januari 2012: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah menerima Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang baru dan Pusat Kecemerlangan Akuatik daripada EPC Synergy Sdn. Bhd. iaitu kontraktor yang dilantik dalam projek pembinaan kedua-dua kemudahan tersebut.

Majlis penyerahannya telah disempurnakan pada 30 Januari 2012 bertempat di Pusat Kecemerlangan Akuatik dan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching.
 
 
Kementerian Belia dan Sukan diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, Datuk Jamil Salleh menandatangani dokumen penyerahan antara Pengarah EPC Synergy Sdn. Bhd. Abg. Husaini b. Abg Hussin bagi menerima penyerahan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang baru dan Pusat Kecemerlangan Akuatik disaksikan oleh Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Mohid Mohamed.



Dato’ Mohid dalam ucapannya berkata, kemudahan baru yang disediakan ini hendaklah digunakan dengan sebaiknya oleh anak-anak muda Sarawak kerana kompleks ini dilengkapi dengan kemudahan yang serba moden dan mesra belia.
 
 
Menurut beliau lagi, kompleks ini juga adalah yang terbaik di antara Kompleks Belia dan Sukan yang ada di seluruh negara ditambah lagi dengan adanya pusat akuatik yang bertaraf olimpik yang diharap dapat melahirkan atlit renang dan terjun yang baru untuk negara kelak.
 
 
 

Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak menyediakan kemudahan dewan serbaguna, hostel penginapan, parkir kenderaan, Pusat Kecemerlangan Akuatik, gimnasium, gelanggang futsal, gelanggang badminton, dewan auditorium, kafeteria, surau, dan bangunan pentadbiran bagi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Pejabat Kompleks Belia dan Sukan, serta Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching.

BB : Dah lama berangan-angan nak masuk Gim, tapi sampai sekarang masih tak sempat. Kepada orang Sarawak khususnya golongan Belia, gunakanlah kemudahan yang disediakan ini dengan sebaik mungkin.

Sumber : KBS
read more...

BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) : BERI PADA YANG SUDI

ALOR SETAR - Pengagihan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) juga wajar diberikan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang kemahiran.

Setiausaha Kehormat Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK), Shaharol Niza Omar berkata, pengagihan baucar RM200 yang dihadkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), matrikulasi dan tingkatan enam dilihat tidak menyeluruh.


Menurutnya, kerajaan patut memberi perhatian kepada pelajar kemahiran walaupun tidak cemerlang dalam akademik namun semangat mereka untuk melanjutkan pelajaran dalam kemahiran perlu diberi penghargaan.

“Kami menerima desakan daripada golongan belia supaya perkara ini dikaji secepat mungkin sebelum tarikh sah baucar berakhir pada 31 Mac ini kerana keperluan pelajar kemahiran sama seperti pelajar bidang akademik.

“Bagi pelajar bidang akademik mereka mudah mendapat bahan rujukan tambahan termasuk di perpustakaan awam dan IPT berbanding pelajar bidang kemahiran kerana sumber rujukan lebih terhad,” katanya.

Shaharol berkata, peralatan yang digunakan pelajar kemahiran lebih mahal dan memerlukan perbelanjaan tinggi walaupun kebanyakan mereka mendapat elaun bulanan di institusi kemahiran masing-masing dalam tempoh pengajian.

“Kita tidak mahu nasib pelajar bidang kemahiran seolah-olah dianaktirikan dan terlepas pandang daripada menerima kemudahan yang sama seperti pelajar lain. Sepatutnya tindakan untuk menyeragamkan semula perkara ini perlu dilaksanakan segera.

“Sekiranya tidak diberi dalam bentuk BB1M, mereka boleh dipertimbangkan untuk menerima imbuhan lain yang setaraf bagi meringankan beban pelajar mengeluarkan perbelanjaan pengajian,” katanya.
read more...

15 KALI DIROGOL SEPUPU DURJANA

KEMAMAN – Gara-gara berajakan nafsu binatang, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun tergamak menjadikan sepupunya yang masih bersekolah rendah sebagai hamba seks dengan merogolnya sebanyak 15 kali sejak dua tahun lalu dalam kejadian di sebuah kawasan Felda di Air Putih, dekat sini.
Gambar Hiasan

 Dalam tempoh dua tahun itu juga lantai rumah bahagian dapur bersebelahan meja makan menjadi tempat remaja terbabit melampiaskan nafsunya ketika bapa, nenek dan ahli keluarga lain nyenyak tidur diulit mimpi.

Namun perbuatan terkutuk remaja itu akhirnya terbongkar apabila bapa suspek sendiri melihatnya anaknya itu sedang memperkosa anak saudaranya yang berusia 12 tahun ketika dia mahu ke dapur dan membuka lampu dapur dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Ahad lalu.

Berang dan terkejut dengan perlakuan itu, bapa suspek memukul suspek dan sejurus berita buruk itu diberitahu ibu mangsa berumur 42 tahun menetap di Johor, ibu mangsa segera pulang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Air Putih pada jam 1.06 tengah hari kelmarin dan melakukan pemeriksaan di Hospital Kemaman.

Difahamkan, mangsa dan suspek dijaga nenek kandung mereka berusia 60 tahun dan tinggal di rumah itu bersama bapa suspek dan seorang lagi bapa saudara.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, berdasarkan hasil soal siasat mangsa mengakui dalam kejadian malam Ahad lalu dia yang sedang mengemas buku di dalam bilik secara tiba-tiba didatangi sepupunya yang kemudian mengajaknya ke bahagian dapur lantas lampu dapur ditutup lalu mengajak mangsa melakukan seks sebelum perbuatan terkutuk itu disedari bapa suspek sendiri.

Hasil soal siasat, mangsa mengakui telah dirogol oleh sepupunya sebanyak 15 kali sejak dia berusia 10 tahun hingga menyebabkannya ketagihan seks dan perkara itu tidak diketahui sesiapa.

Menurutnya, bertindak daripada laporan dibuat, polis menyerbu rumah berkenaan tetapi gagal menangkapnya kerana suspek terlebih dahulu melarikan diri bersama pakaian mangsa iaitu seluar dalam, seluar dan baju dipakai ketika mangsa dirogol kali terakhir.

Katanya, sehubungan itu suspek kini sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat,” katanya.

Sumber : Sinar Harian
read more...

BONGKAR : MISTERI SUARA ANEH DI SAMARAHAN TERJAWAB

MISTERI SUARA ANEH DI SAMARAHAN TERJAWAB



Jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit yang ditubuhkan kerajaan (Sky Roar) mempercayai kejadian ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu berpunca daripada aktiviti kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap,Kota Samarahan,Sarawak.Timbalan Menteri Sains,Teknologi Dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, jawatankuasa siasatan yang diwujudkan di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) itu telah melakukan siasatan dan mendapati beberapa andaian penduduk tentang insiden itu sebelum ini tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan peristiwa itu.

“Antara andaian oleh penduduk setempat ialah mengaitkan bunyi ngauman tersebut dengan kejadian gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Namun begitu, siasatan jawatankuasa itu mendapati kedua-dua andaian tersebut tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan bunyi ngauman tersebut,” katanya melalui satu kenyataan media.

MyNewsHub Melaporkan Fadillah berkata,jawatankuasa siasatan menggunakan beberapa metodologi dalam siasatan itu seperti menemu bual saksi-saksi kejadian,mengenal pasti sumber potensi punca bunyi,membuat siasatan berkaitan,mendapatkan khidmat pakar tempatan menganalisis audio bunyi berkenaan dan analisis maklum balas yang diterima dari orang ramai.Menurutnya,penemuan awal siasatan mempercayai bunyi ‘Ngauman Langit’ itu berkemungkinan besar berpunca daripada aktiviti yang dilakukan oleh kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap pada tarikh 11 dan 12 Januari lalu.

Jelasnya, perkara ini disahkan Penolong Pengurus kilang sawit tersebut, Yusmizan Des bahawa pihak kilang menjalankan penentukuran (setting) dan pengujian tekanan dandang secara auto yang mengakibatkan pelepasan wap akibat lebihan tekanan dandang secara berkala yang mana proses tersebut telah menghasilkan bunyi yang didakwa sebagai ‘ngauman langit’ oleh penduduk setempat.Tambahnya, pelepasan tekanan dandang adalah bagi tujuan mengekalkan tekanan dandang pada nilai yang telah ditetapkan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit.

Malah, kata beliau, corong lepasan wap juga didapati berada pada arah kampung di mana saksi telah mendengar bunyi berkenaan.Demonstrasi semula penghasilan bunyi pelepasan wap dandang tersebut oleh pihak kilang telah disaksikan sendiri oleh jawatankuasa dan saksi berkaitan dan kesemua mereka berpuas hati dengan persamaan bunyi proses itu dengan rakaman ngauman seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, katanya lagi.

“Bagaimanapun analisis saintifik dan pencirian frekuensi yang sedang dilakukan oleh pakar tempatan diteruskan bagi tujuan pengesahan secara saintifik,” katanya lagi

Sumber : Badut Rakyat

Belum mendengarnya ? Klik sini Suara Aneh
read more...

BELIA ANTI JENAYAH

KUALA LUMPUR – Penglibatan golongan belia dalam Program Belia Anti Jenayah dapat mendidik golongan berkenaan langkah pencegahan jenayah sekali gus mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah.

Peserta program berkenaan, Muhammad Saufian Abd. Aziz, 21, berkata, pelbagai pengalaman baru diperoleh menerusi program tersebut yang tidak mungkin dapat dirasai belia lain. “Menerusi program ini, kami diajar pelbagai perkara baru. Kami diajar kawat kombat, senaman perang dan pelbagai lagi aktiviti yang tidak dapat dipelajari di luar sana,” katanya kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini.


Program Belia Anti Jenayah merupakan kerjasama kukuh antara Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan jenayah secara bersepadu. Seorang lagi peserta, Mohd. Safwan Sabtu, 21, mengakui gembira sepanjang menjalani program berkenaan. “Selain pelbagai pengalaman baru dan meningkatkan disiplin diri, kami juga diberikan pendedahan mengenai kaedah-kaedah mencegah berlakunya jenayah,” jelasnya.

Nurul Afiqah Noryang, 20, pula menyifatkan program berkenaan sebagai wajar disertai golongan belia. “Tidak rugi sertai program ini. Banyak perkara baru dapat dipelajari selain membantu dalam membina jati diri kita sebagai warga Malaysia,” ujarnya. Sementara itu, Nur Shahirah Mohd. Sharif, 20, berkata, penyertaan dalam program berkenaan memberi peluang kepadanya mempelajari seni mempertahankan diri. “Saya tidak pernah mempelajari seni mempertahankan diri. Saya rasa bertuah kerana menerusi program ini, saya telah diajar bagaimana untuk mempertahankan diri sekiranya terlibat dengan perkara tidak diduga,” katanya.

Sumber-Utusan

read more...

KBS PRIHATIN KEHENDAK BELIA



Kuching, Sarawak - 31 Jan 2012. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengambil langkah proaktif dalam mendekati golongan muda khususnya dalam pelaksanaan programnya. Pendekatan "santai" dan "bersahaja" yang amat sinonim dengan orang muda telah digunakan dengan sebaik-baiknya melalui Program Sembang Mesra Belia ini terutama bagi mendengar keluhan dan kehendak orang muda dari akar umbi. Rata-rata peserta yang ditemui pada program ini menyatakan kepuasan dan syukur di atas keprihatinan kerajaan dalam memahami keperluan dan kehendak belia setempat.


Y.Bhg. Datuk Jamil Salleh yang merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KBS telah meluangkan masa hampir 3 jam bersama belia daripada bahagian Samarahan, Kuching, Betong dan Sri Aman. Beliau yang turut ditemani oleh beberapa orang pegawai dari kementerian telah menjawab isu dan persoalan yang diajukan oleh para belia di situ juga. Antara isu yang diajukan oleh para belia yang hadir ini antaranya keperluan untuk mempunyai kemudahan fasiliti sukan, tempat atau pusat untuk menganjurkan program belia, peruntukan dan banyak lagi.



Para peserta dan tetamu yang hadir yang dianggarkan sekitar 60 orang telah dijamu dengan masakan ala Sunda di Restoran Ruing Kruing, Satok di sini. Program ini dimeriahkan lagi dengan nyanyian "karaoke" oleh tetamu dan peserta yang hadir yang diadakan secara bergilir dengan sesi soal jawab.


BB : Kerajaan perlu sedar tanggungjawab untuk mendekati pihak belia perlu  diteruskan dari semasa ke semasa. Pihak berkenaan perlu memandang serius hal atau isu berkaitan belia supaya gelaja sosial yang  sering dikaitkan dengan mereka dapat dikurangkan seterusnya melahirkan golongan belia yang maju, berdaya saing dan kompetitif bagi mencapai Gagasan 1Belia 1Malaysia.
read more...

PANAS : THE UNSPINNER DEDAH KAITAN ANUAR REFORM DAN AHMAD MASLAN

Tidak keterlaluan kalau dikatakan, Ketua Penerangan UMNO yang terlebih asyik mempromosikan dirinya dan perasan dia glamour, sebenarnya adalah seorang yang masih lemah lagi dalam dunia politik. Dan setara dengannya juga adalah beberapa orang budak-budak hingusan yang menggelarkan dirinya blogger. Kelemahan Ahmad Maslan dan sekumpulan blogger-blogger hingusan akan memberikan natijah yang cukup besar kepada UMNO dan BN.Budak-budak hingusan seperti Panglima Perang Cyber dan Razman Hakimi yang tidak berotak tetapi sentiasa perasan mereka cukup dan terlalu bagus.


Teguran kami tentang kehadiran Anuar Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Anuar Reform yang sentiasa ada dalam perbincangan-perbincangan sulit dan kemudiannya setiap butir perbincangan tersebut diketahui oleh pihak musuh, dianggap sebagai satu fitnah.Setakat mana kamu semua kenal Anuar Mohd Nor ? Kami dah lama kenal dia dan kami boleh tahu berapa banyak bulu dalam seluar dalamnya. Kami tahu taktiknya, kami tahu caranya dan kami tahu siapa dia.Anuar Reform tidak pernah mengalih iktikad politiknya.

Biarpun dari tahun 1998 sehingga sekarang, dia masih menyamar sebagai ahli UMNO, hakikatnya Anuar Reform sebenarnya adalah syaitan yang bukan sahaja berjaya memperbodoh-bodohkan gerombolan budak hingusan yang mudah cair hati mereka dengan sedikit penjelasan lunak syaitan yang bernama Anuar Mohd Nor. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan Anuar Reform mengambil butir-butir dari pihak PKR dan membawanya ke dalam UMNO, sebaliknya yang dilakukan oleh Anuar Reform ialah mengutip setiap maklumat dari dalam UMNO kepada PKR, khususnya Anwar Ibrahim dan chegu bard.

Baca lagi di The Unspinner

BB : Jangan Cepat Melatah
read more...

GEMPAR: PAS BERDIALOG DENGAN PERSATUAN PELACUR

BB amat-amat terkejut dengan blogger RBF berkenaan pertemuan antara persatuan pelacur dengan Parti PAS. BB tak nak komen cuma sekadar ingin berkongsi video pendedahan oleh RBF.
Ini sesuatu yang mengejutkan dan diluar jangkaan. Sampaikan pelacur pun ada persatuan. Ada pengerusi Ada Timbalan Pengerusi  Ada Setiausaha Ada biro kewangan Ada biro penerbitan Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Pelacuran adalah sesuatu yang salah disisi undang-undang Malaysia. 

Bagaimana pula Pendaftar Pertubuhan boleh luluskan persatuan tersebut ? Sampai mereka boleh lengkap organisasi siap dengan biro-bironya sekali. Bagaimana pula Kementerian Hal Ehwal Wanita boleh menyalurkan bantuan tahunan kepada persatuan pelacur ? Apakah polis atau pihak-pihak berkuasa lain tidak menyedari perkara ini ? Apa yang didedahkan oleh kepimpinan Pas dalam ceramah diatas adalah sesuatu yang amat serius.

Polis perlu bertindak segera. Pihak polis mungkin boleh bekerjasama dengan Pas untuk mengesan persatuan tersebut kerana pemimpin Pas telah berdialog dengan persatuan perlacur berkenaan.

Klik sini untuk lihat sendiri video tersebut
read more...

SUBHANALLAH : BAYI DILAHIRKAN TANPA DARAH



MAIDSTONE – Kuasa Allah. Bagaikan satu keajaiban, seorang bayi yang mengejutkan dunia sains perubatan kerana dilahirkan tanpa darah dalam tubuh badannya, didapati sihat seperti bayi normal yang lain. Oliver Morgan ketika dilahirkan, doktor tidak dapat mencari denyutan nadi dan jantungnya selama hampir 25 minit apabila tubuh badannya berada dalam keadaan pucat serta tidak bernyawa.

Bagaimanapun Oliver dapat diselamatkan dari sebarang ancaman apabila doktor memberikan oksigen tambahan serta memasukkan darah ke dalam tubuhnya.Setelah puas berusaha, akhirnya nadi dan degupan jantung Oliver dapat didengar sekali gus memberikan perasaan lega kepada para doktor yang menyambut kelahirannya. Katy, 36, ibu kepada Oliver menyifatkan kejadian itu merupakan perkara yang paling tragis berlaku dalam hidupnya hinggakan dia tidap dapat memberitahu cerita sebenar kepada anaknya itu hingga kini. “Melahirkan Oliver adalah saat yang paling tragis dan membuatkan saya trauma untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Oliver.“Dia lahir tapi ‘mati’, tetapi sekarang dia mampu duduk dan tersenyum kepada saya.

“Para doktor telah berusaha mengembalikan kehidupan Oliver dan pastinya sukar untuk saya mengucapkan terima kasih kepada mereka,” kata Katy. Oliver kini berusia 15 bulan hidup bahagia dan kesihatannya berada dalam keadaan baik. Dia hampir mati akibat kehilangan darah yang banyak di mana penyakit itu di panggil ‘ Vasa Previa’ yang membentuk satu urat tambahan di dalam rahim ibunya. Sewaktu mengandungkan Oliver, Katy telah mengalami tumpah darah pada minggu ke 37 kehamilannya dan dia terus dikejarkan ke Hospital Besar Maidstone. Akibat dari komplikasi itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan Oliver. Bagaimanapun, para doktor terkejut apabila mendapati Oliver tidak bernyawa dan terpaksa dibawa ke unit penjagaan khas bayi di mana doktor memutuskan untuk menurunkan suhu badannya bagi mengelakkan otaknya rosak.Oliver telah diletakkan di dalam ‘inkubator’ kecil yang bersuhu rendah supaya aliran darahnya dari dalam badan ke otak kembali normal.Dalam masa yang sama, susu ibu terus disalurkan ke perut Oliver sebagai makanan sewaktu proses tersebut.Setelah 11 hari bertarung nyawa, Oliver akhirnya dibenarkan oleh doktor untuk pulang ke rumah setelah doktor mengesahkan tahap kesihatannya berada dalam keadaan stabil.-Mynewshub.my-
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top