Nuffnang

BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) : BERI PADA YANG SUDI

ALOR SETAR - Pengagihan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) juga wajar diberikan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang kemahiran.

Setiausaha Kehormat Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK), Shaharol Niza Omar berkata, pengagihan baucar RM200 yang dihadkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), matrikulasi dan tingkatan enam dilihat tidak menyeluruh.


Menurutnya, kerajaan patut memberi perhatian kepada pelajar kemahiran walaupun tidak cemerlang dalam akademik namun semangat mereka untuk melanjutkan pelajaran dalam kemahiran perlu diberi penghargaan.

“Kami menerima desakan daripada golongan belia supaya perkara ini dikaji secepat mungkin sebelum tarikh sah baucar berakhir pada 31 Mac ini kerana keperluan pelajar kemahiran sama seperti pelajar bidang akademik.

“Bagi pelajar bidang akademik mereka mudah mendapat bahan rujukan tambahan termasuk di perpustakaan awam dan IPT berbanding pelajar bidang kemahiran kerana sumber rujukan lebih terhad,” katanya.

Shaharol berkata, peralatan yang digunakan pelajar kemahiran lebih mahal dan memerlukan perbelanjaan tinggi walaupun kebanyakan mereka mendapat elaun bulanan di institusi kemahiran masing-masing dalam tempoh pengajian.

“Kita tidak mahu nasib pelajar bidang kemahiran seolah-olah dianaktirikan dan terlepas pandang daripada menerima kemudahan yang sama seperti pelajar lain. Sepatutnya tindakan untuk menyeragamkan semula perkara ini perlu dilaksanakan segera.

“Sekiranya tidak diberi dalam bentuk BB1M, mereka boleh dipertimbangkan untuk menerima imbuhan lain yang setaraf bagi meringankan beban pelajar mengeluarkan perbelanjaan pengajian,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top