KUCHING, 31 Januari 2012: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah menerima Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang baru dan Pusat Kecemerlangan Akuatik daripada EPC Synergy Sdn. Bhd. iaitu kontraktor yang dilantik dalam projek pembinaan kedua-dua kemudahan tersebut.
Majlis penyerahannya telah disempurnakan pada 30 Januari 2012 bertempat di Pusat Kecemerlangan Akuatik dan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching.
Kementerian Belia dan Sukan diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, Datuk Jamil Salleh menandatangani dokumen penyerahan antara Pengarah EPC Synergy Sdn. Bhd. Abg. Husaini b. Abg Hussin bagi menerima penyerahan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang baru dan Pusat Kecemerlangan Akuatik disaksikan oleh Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Mohid Mohamed.
Dato’ Mohid dalam ucapannya berkata, kemudahan baru yang disediakan ini hendaklah digunakan dengan sebaiknya oleh anak-anak muda Sarawak kerana kompleks ini dilengkapi dengan kemudahan yang serba moden dan mesra belia.
Menurut beliau lagi, kompleks ini juga adalah yang terbaik di antara Kompleks Belia dan Sukan yang ada di seluruh negara ditambah lagi dengan adanya pusat akuatik yang bertaraf olimpik yang diharap dapat melahirkan atlit renang dan terjun yang baru untuk negara kelak.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak menyediakan kemudahan dewan serbaguna, hostel penginapan, parkir kenderaan, Pusat Kecemerlangan Akuatik, gimnasium, gelanggang futsal, gelanggang badminton, dewan auditorium, kafeteria, surau, dan bangunan pentadbiran bagi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Pejabat Kompleks Belia dan Sukan, serta Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching.
BB : Dah lama berangan-angan nak masuk Gim, tapi sampai sekarang masih tak sempat. Kepada orang Sarawak khususnya golongan Belia, gunakanlah kemudahan yang disediakan ini dengan sebaik mungkin.
Sumber : KBS
Sumber : KBS
saya mahu tanya ada jawatan kosong kah ?
BalasPadam