Nuffnang

ANAK JANTAN : Rafizi Dah Buktikan, Azmin Bila Pula?


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini memfailkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan permintaan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.

Rafizi tiba di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 11.45 pagi tadi dan keluar sejam kemudian.

Turut bersamanya ialah Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen dan Ahli Parlimen Kapar G Manivannan.

Ketika ditemui media, ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau menyerahkan semua dokumen yang ada padanya kepada SPRM dan tidak boleh lagi mendedahkan maklumat lanjut mengenai perkara itu.

Beliau meminta orang ramai berlaku adil kepada kerajaan Selangor dan juga SPRM, serta membiarkan mereka menjalankan siasatan dengan bebas.

“SPRM sering dilihat berkait dengan parti politik. (Tetapi) saya rasa mungkin ini kes yang jarang berlaku di mana saya sebagai setiausaha agung parti di bawah arahan parti sendiri membuat laporan, dan menyerahkan maklumat salah laku membabitkan ahli parti saya.

“Saya tahu ini jarang berlaku tetapi ia sepatutnya jadi satu budaya,” katanya.

Tuduhan itu diketahui umum selepas perbualan Rafizi di aplikasi WhatsApp mendakwa menerima aduan insiden seumpama itu, terbocor.

Rafizi kemudian menunjukkan bukti kepada biro politik PKR di mana beliau diberi “restu” untuk menyerahkannya kepada SPRM.

Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali bagaimanapun menepis tuduhan itu, mendakwa ia hanya sebahagian kempen mencemarkan kerajaan negeri.
Share this article

3 Komen:

  1. Baru tunjuk bukti entah betul entah tak...maklumlah kalau Rafizi beri bukti kena fikir 2 ke 3 kali sebab habis hebat dia kata "gurau je"

    BalasPadam
  2. Berani serah bukti. Betul tak betul biar sprm siasat.

    Jauh beza dengan pemimpin muda umno

    BalasPadam
  3. tak tau la betul ke tak...biar sprm siasat. cuma rafizi ni bnyk politiking...fitnah pun ada.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top