Nuffnang

DURIAN - FAKTA MENARIK MENGENAI RAJA BUAH





Durian yang dikenali sebagai raja buah mempunyai saiz sehingga 30 sentimeter (sm) dengan berat mencapai tiga kilogram (kg).

Isinya mengeluarkan aroma menusuk walaupun sebelum dibuka. Ada yang menggemarinya, tetapi ada juga yang mendapati baunya kurang menyenangkan.

Sebab itu durian tidak dibenarkan dalam pengangkutan awam dan hotel.

Tetapi disebabkan permintaan terhadap raja buah ini cukup tinggi, maka kajian untuk menghasilkan durian yang terbaik juga tidak pernah terhenti.

Kajian mengenai durian di negara ini bermula sejak zaman penjajahan British dengan Jabatan Pertanian sebagai badan yang bertanggungjawab dalam penyelidikan.

Pegawai Pertanian Kuasa Usaha, Pusat Pembangunan Komoditi, Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Ramli Md. Afandi, berkata semasa zaman penjajahan British kajian melibatkan pengumpulan koleksi durian.

"Malah pendaftaran durian D1 telah mula dilakukan pada tahun 1934 yang berasal dari Ulu Langat, Selangor.

"Manakala D2 atau Datuk Nina yang berasal dari Melaka juga didaftarkan pada tahun yang sama," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Selangor.

Ini bermakna kajian berkaitan dengan durian telah dijalankan seawal 1900 oleh kerajaan British ketika itu.

Semuanya menjurus kepada pengumpulan, tanaman dan pemilihan durian yang terbaik dari segi hasil, rasa, warna dan isi yang tebal.

Ekoran itu Jabatan Pertanian mempunyai ladang komersial atau ladang contoh bagi mengumpulkan semua koleksi durian dari seluruh negara.

Kebanyakan durian dikenali dengan nama biasa serta nombor kod yang bermula dengan huruf D.

"Kini terdapat 73 klon yang ditanam di Serdang termasuk durian hutan bermula dengan D2 sehingga kepada D197.

"Bukan semua klon durian yang dikaji dapat disimpan kerana ada yang telah hilang atau luput," katanya.




Kini pelbagai usaha sedang dilakukan bagi mencari semula klon-klon kerana sebelum ini sebahagian besar yang ditanam di Ulu Paka, Terengganu banyak yang mati dan hilang.

Dalam program pengeluaran benih, Jabatan Pertanian menerusi Jawatankuasa Pengesyoran Kultivar mencadangkan durian yang terkenal dan disyorkan untuk ditanam oleh jabatan tersebut adalah D24, D99, D145, D168, D158, D159, D123 dan D144.

Bagaimanapun bukan semua orang menggemari klon durian yang sama. Misalnya di Kelantan, mereka menggemari Musang King, Johor D168 atau 101, Pahang dengan D145 manakala Perak terkenal dengan D24.

Jabatan Pertanian mempunyai beberapa stesen yang menjalankan penyelidikan berkaitan durian seperti di Stesen Air Hitam, Johor; Sendayan di Negeri Sembilan, Bukit Goh, Pahang, Ajil di Terengganu dan Batang Merbau di Kelantan.

Bagaimanapun durian banyak ditanam di negeri Johor, Perak dan Pahang - Utusan Online
read more...

MERCEDES KELUARKAN KERETA HALIMUNAN





SEBELUM ini kita didedahkan dengan pelbagai kisah halimunan seperti filem The Invisible Man yang ditayangkan seawal tahun 1933. Kemudian filem James Bond: Die Another Day yang ditayangkan pada 2002 menunjukkan kereta James Bond yang terus ‘hilang’ atau halimunan selepas memasuki terowong.

Malah dalam filem Harry Porter juga terdapat selimut yang menjadikan Harry manusia halimunan.

Sememangnya semua orang mahu menjadi manusia halimunan kerana kita boleh melakukan apa saja dan orang lain tidak dapat melihatnya. Tentu hebat kan!

Mungkin inilah sebabnya, sebuah syarikat pengeluar kereta mengambil keputusan membina kereta halimunan sebagai satu cara mempromosikan kenderaan dengan bahan api baru yang tidak membebaskan gas rumah hijau.

Dalam publisitinya, Mercedes menekankan kenderaan dengan bahan bakar F-Cell tidak membebaskan gas rumah hijau menjadikannya halimunan kepada alam sekitar.

Kereta halimunan Mercedes adalah buah tangan pakar teknologi penyamaran optikal untuk mewujudkan ilusi ke atas kereta berkuasa hidrogen.

Teknologi yang asalnya dirintis oleh sekumpulan saintis dari Universiti Tokyo, Jepun telah digunakan oleh syarikat Mercedes.

Mereka menutup bahagian kiri kenderaan tersebut dengan kepingan LED, manakala di bahagian kanannya pula diletakkan kamera Refleks Lensa Tunggal Digital (DSLR).

Kaedah

Kamera itu berperanan untuk merakamkan imej di bahagian sebelah kanan kereta itu dan videonya disiarkan di kepingan LED yang menutupi bahagian kiri kenderaan itu.

Kaedah itu menyebabkan orang ramai yang melihat kenderaan itu dari sebelah kiri akan nampak pemandangan di sebelah kanan kenderaan itu yang dipancarkan pada kepingan LED tersebut.

Sebenarnya teknik berkenaan pernah digunakan pada pakaian beragam semasa perayaan Halloween sebelum ini.

Caranya mudah, hanya letakkan satu iPad di bahagian perut dan bungkus sehingga kelihatan seperti lubang, kemudian letakkan kamera video di belakang dan kemudian sambung ke iPad.

Ketika itu nampak seperti ada lubang di bahagian perut dan tembus hingga ke belakang. Sungguh menakjubkan!

Syarikat Mercedes juga menggunakan teknik yang sama.

Semasa berada di atas jalan, orang ramai kagum dengan kereta halimunan apabila melihat kereta berkenaan melintasinya.

Mercedes dalam satu kenyataan berkata, sistem pemanduan penjanaan hidrogen sudah sedia untuk pengeluaran walaupun ada yang mengatakan kereta berkenaan akan hanya dikomersialkan pada tahun 2014.

Bagaimanapun teknologi sel bahan api F-Cell masih lagi amat mahal kerana hidrogen merupakan bahan api yang sukar untuk disimpan dan diangkut.

Hidrogen yang diperlukan untuk menghasilkan sel bahan api harganya amat tinggi.

Bagaimanapun sekalung tahniah diucapkan kepada pihak Mercedes atas usaha menghasilkan kenderaan yang tidak membebaskan gas rumah hijau sekali gus mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar - Utusan Online
read more...

APA NAK JADI!! MALAYSIA RANKING KE 3 PASANGAN CURANG

Astaghfirullah Al 'Azim......





Gua betul-betul terkejut beb apabila membaca satu kajian yang dikeluarkan berkaitan tingkah laku curang di antara pasangan.

Kajian yang dikendalikan oleh syarikat pengeluar kondom terkemuka "Durex" ini melibatkan 29,000 responden di 36 buah negara di seluruh dunia dan diterbitkan oleh China Press ini antaranya menyebut :


Tinjauan kepada golongan lelaki menunjukkan Malaysia menduduki tangga ke 3 bagi pasangan paling curang di dunia dengan negara Thailand di tempat pertama (54%), Korea Selatan (34%) dan Malaysia (33%). Diikuti Rusia (32%) dan Hong Kong (29%).





Manakala di pihak wanita pula, negara Nigeria adalah  negara yang menyumbang kepada perlakuan curang paling tinggi (62%), diikuti Thailand (59%) dan Malaysia (39%).

Sementara itu, kajian ini turut mendapati bahawa secara purata setiap lelaki di Malaysia mempunyai 3 orang pasangan seks sepanjang hidup mereka di mana jumlah tertinggi di catatkan di Hong Kong dengan 16 orang pasangan.


Pergh......


BB : Kena ambil kira pasangan yang bermadu, agama serta bangsa responden.
read more...

PANAS!!! TUN M CABAR NIK AZIZ JAWAB 50 PERKARA SEBELUM SERTAI PAS

Kredit kepada Gerakan Anti PKR (GAP) di atas posting yang bertajuk BAHAN KEMPEN PRU 13 : TUN M BALUN NIK AJIS MAKSIMA !


Jadi, kepada sahabat-sahabat seperjuangan, gunakanlah 50 perkara ini sebagai salah satu perisai ketika di medan perjuangann. Selamat Maju Jaya.













BB : Gunakanlah ianya Sebaik Mungkin.
read more...

MUTAKHIR : PARLIMEN DIBUBAR SELEPAS 11 APRIL

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah lebih baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah supaya membubarkan Parlimen selepas istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda disempurnakan 11 April nanti.





 Beliau berkata ia penting supaya tidak timbul sebarang persoalan atau dicabar di mahkamah kelak mengenai kesahihan pembubaran itu.

"Banyak intepretasi undang-undang mengenai perkara ini. Seri Paduka bersemayam di takhta sekarang kerana perkhidmatan Agong yang lepas telah tamat.

"Ada yang berpendapat apabila Agong belum ditabalkan, jadi tak boleh bubar Parlimen. Pada saya ini adalah pandangan peribadi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lepas menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat pemerintahan pada 11 November 2011.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata pertabalan Yang di-Pertuan Agong adalah satu formaliti dalam proses peralihan kuasa ketua negara.

Beliau berpendapat apabila Yang di-Pertuan Agong baru sudah dilantik dan menduduki takhta berkenaan, satu penyerahan kuasa telah berlaku.

"Sekiranya tidak, Agong yang baru dilantik tidak boleh berada di situ dan tidak boleh digelar Yang di-Pertuan Agong.

"Berkenaan sama ada Perdana Menteri boleh menasihatkan Agong untuk membubarkan (Parlimen), itu tidak timbul masalah," katanya.

Pembubaran Parlimen sebelum Yang di-Pertuan Agong ditabalkan tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Shamrahayu. - Bernama



BB : PAK BELALANG dah cakap hari tu bahawa tanaman akan segar dan tumbuh melata pada pertengahan bulan April

read more...

AZIZ DESA GUNA NIK AZIZ SEBAGAI DUTA PELANCONGAN KELANTAN

KOTA BHARU, 15 Mac: Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) Aziz Desa menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz  Nik Mat adalah produk istimewa di negeri itu.






Katanya, kerana keistimewaan yang ada pada Tuan Guru, masyarakat di negara ini termasuk luar negara datang khusus ke negeri Tadahan Wahyu itu semata-mata untuk bertemu dengan Tuan Guru dari dekat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ceramah keibubapaan ‘Zuriat Kita Tanggungjawab Kita’ anjuran Kelantan Trade Cantre (KTC) dan Buraqoil, di sini malam tadi.

Aziz Desa, personaliti TV adalah bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid ketika Kedah diperintah oleh BN sebelum ini.

Pada masa yang sama beliau berkata, hasrat kerajaan Kelantan untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) seramai 6 juta orang akan berjaya.


Jelasnya, ini kerana pelbagai keunikan yang tersendiri dapat dinikmati oleh pelancong termasuk mengikuti kuliah seorang Menteri Besar di Dataran Ilmu, Kota Bharu.

“KTC akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat itu dan insyaallah, esok seramai 40 orang rombongan para guru dari Kedah akan menginap di sini dalam rangka lawatan mereka selama dua hari,”ujarnya.





BB : Nak Glamer punye pasal, sanggup jual Tok Guru. Tindakan Terdesak?
read more...

MAHASISWA MELAYU LEBIH CENDERUNG BERPOLITIK??

Bukan prejudis atau sinikal, namun kebangkitan ketara mahasiswa Melayu dalam gelanggang politik sejak kebelakangan ini sukar menepis andaian itu.







Pelbagai pihak pening melayan kerenah dan mencari jawapan paling konkrit mengapa golongan terbabit bertindak demikian meskipun banyak tolak ansur diberikan.Sukar mencari jawapan mengapa hanya mahasiswa Melayu lantang bersuara dan mahu menegakkan pendirian?  Mengapa bukan mahasiswa bangsa lain?

Ketua Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Ahmad Sohaimi Lazim berkata, walaupun kurang menyenangkan, mahasiswa Melayu masih mendominasi tempat di institusi pengajian tinggi (IPT). Beliau berkata, pembabitan dalam politik tidak terhad kepada bangsa, namun mahasiswa Melayu lebih menguasai keadaan bertitik tolak sejarah perjuangan terdahulu.

“Justeru, mereka kelihatan lebih ‘garang’ dan terkehadapan dalam hal ini, apatah lagi jumlahnya ramai, mempunyai banyak kelebihan selain senario politik sendiri yang memerlukan sokongan mereka.“Bagaimanapun, tanggapan mereka hanya suka berpolitik hingga mengabaikan pelajaran kurang tepat.

“Keseluruhannya, mereka masih berpijak di bumi nyata dan menjadikan politik pentas meraih pengalaman serta membina karisma diri,” katanya. Penonjolan mahasiswa Melayu dalam politik menimbulkan reaksi berbeza dengan sebahagian besar beranggapan mereka masih mentah hingga dianggap mudah dipergunakan pihak yang mempunyai kepentingan.

Selain itu, pembabitan secara aktif atau keterlaluan dibimbangi mengganggu proses pengajian sedangkan bangsa lain bersikap ‘berdiam diri’ dan lebih menumpukan perhatian pada pelajaran.
Ditanya apakah sejarah lama banyak mempengaruhi jiwa dan perjalanan politik mahasiswa Melayu, beliau mengakuinya kerana budaya serta kekuatan golongan terbabit terbina atas dasar memperjuangkan kebenaran.

“Jika kita menelusuri sejarah dulu, mahasiswa Melayu sinonim dengan perjuangan politik. Mereka ada paksi kukuh untuk menyalurkan perjuangan".

Baca lagi di Suara Generasi Baru
read more...

TERKINI : MENTERI SAHKAN SUSPEK PEMBUNUH DIRANG DITAHAN

Kuala Lumpur : Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata, pihak polis sedang berusaha menyiapkan kertas siasatan kes bunuh dan bakar kanak-kanak malang, Nurul Nadhirah Abdullah, 5, secepat mungkin bagi membolehkan suspek kes itu dihadapkan ke mahkamah dengan segera.

Beliau berkata polis sedang menunggu beberapa lagi laporan daripada Jabatan Kimia untuk menyiapkan kertas siasatan itu sebelum dikemukakan kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan.
“Saya ingin mengesahkan bahawa pihak Polis telah menahan empat suspek bagi membantu siasatan mengenai pembunuhan adik Nurul Nadirah yang mati dibakar tempoh hari.

Keempat-empat suspek telah ditahan di pasir Gudang Johor dan akan dibawa ke muka pengadilan secepat yang mungkin" Ujar beliau ketika ditemui di Parlimen semalam.

Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Beliau juga turut melahirkan rasa terima kasih kepada masyarakat yang prihatin dengan kejadian yang berlaku serta mengharapkan agar lebih banyak usaha dari masyarakat dalam membantu pihak Polis terutamanya mengekang jenayah sebegini dari terus berulang - KL POS
read more...

BELIA PILIH PENJARA KERANA TAKUT

KANGAR: Seorang lelaki yang dituduh memiliki mercun dan bunga api di Mahkamah Majistret di sini, semalam, memilih hukuman penjara dipercayai bagi mengelak risiko bakal mengancam keselamatannya jika dibebaskan kerana berhutang dengan beberapa orang sebagai ‘rakan kongsinya’ bagi menjalankan kegiatan menyeludup mercun serta bunga api.






Malah, kekecohan berlaku apabila beberapa orang dipercayai rakan kongsinya itu mengerumuni tertuduh ketika dia dibawa dari lokap mahkamah untuk dibicarakan tetapi keadaan dapat dikawal anggota polis dan peguamnya.


Difahamkan mereka mengugut memukul tertuduh malah ada sanggup mengeluarkan wang menjaminnya agar dia dibebas sementara.

Tertuduh, Zaid Idrus, 40, yang tiada pekerjaan tetap membuat pengakuan bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 di hadapan Majistret Zuhair Rosli.


Zuhair menjatuhkan hukuman penjara dua minggu dan denda RM3,000 terhadap tertuduh kerana memiliki mercun dan bunga api di Pusat Kuarantin Lama, Padang Besar pada 14 Ogos tahun lalu.


Zaid diwakili peguam, Zuhair Ahmad Zakuan manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohd Sobrey.

Pada perbicaraan tahun lalu, tertuduh tidak mengaku bersalah dan meminta dibicarakan, tetapi menukar pengakuan kepada bersalah semalam, dipercayai selepas memikirkan keselamatannya berhadapan dengan pemiutang yang menunggu di luar mahkamah.


Ketika prosiding, Zuhair memohon mahkamah meringankan hukuman terhadap anak guamnya bagi membolehkan dia segera dibebaskan dan bekerja semula bagi menjelaskan hutangnya.

“Anak guam saya berhutang lebih RM90,000 daripada beberapa orang dan mohon mahkamah meringankan hukuman,” katanya.


Katanya, tertuduh sedar hukuman bakal dihadapi apabila membuat pengakuan bersalah selepas memikirkan keselamatannya jika berada di luar terutama melihat beberapa individu hadir untuk menuntut hutang - My Metro
read more...

PADAH DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL





SUNGAI PETANI - Sebuah kafe di Taman Tunku Haminah di sini kecoh semalam apabila seorang lelaki yang dipercayai mabuk bertindak memegang dan meraba punggung seorang wanita yang sedang mengambil makanan di kafe itu.

Semasa kejadian pada pukul 1 pagi, seorang wanita Cina berusia 30-an pergi ke kafe itu bersama teman lelakinya untuk makan tengah malam.

Namun, semasa leka memilih makanan, mangsa terkejut dan berasa amat malu apabila punggungnya didakwa dipegang dan diraba oleh seorang lelaki bertubuh besar.

Sebelum mencabul mangsa, lelaki itu didakwa asyik memerhatikan wanita itu yang berdiri ketika memilih makanan.

Wanita berkenaan yang terkejut dengan kejadian itu membatalkan hajatnya mengambil makanan dan pergi ke meja sebelum mengadu kepada kekasihnya mengenai insiden tersebut.

Kekasih mangsa yang geram dengan tindakan lelaki Cina itu terus membelasahnya sebelum pelanggan lain di restoran tersebut turut memukul lelaki yang didakwa mencabul itu.

Ada antara pelanggan membelasah lelaki itu menggunakan topi keledar.

Selepas kira-kira lima minit menjadi mangsa belasahan, lelaki yang berusia 30-an itu cedera teruk di kepala, muka bengkak dan berdarah beberapa anggota badan. Dia diselamatkan oleh beberapa orang awam lain yang melihat kejadian itu.

Dia yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini dengan ambulans.

Difahamkan, wanita itu mengenali lelaki berkenaan. Semasa kejadian wanita itu dan lelaki tersebut yang dipercayai tinggal di kawasan sama datang secara berasingan - Kosmo



BB : Sebab itu arak diharamkan kepada umat Islam. Lebih banyak mudharat daripada manfaat.
read more...

PANAS!!! DR MiM DEDAHKAN PENIPUAN BLOGGER PR

Syabas!!!! Itulah ungkapan pertama BB kepada blogger Dr. MiM yang mendedahkan penipuan dan mainan blogger pembangkang yang dibawah kawalan DaP.

Apa punya jenis orang la? Bencikan PM DS Najib dan Rosmah sampai sanggup libatkan DYMM Yang Di Pertuan Agung sekali. Yang paling sedih, mereka ini dari bangsa melayu pula.




Memang, sekali imbas, gambar ini mampu menanam rasa benci rakyat Malaysia kepada PM dan Rosmah. Hebat mereka ini. Tapi, sehebat mana pun tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.


Ikuti pendedahan PANAS daripada Dr. MiM di KANTOI! Foto @NajibRazak & Rosmah Mansor Sah PALSU!!



BB : Daulat Tuanku
read more...

KAJIAN : PENEMUAN MENARIK BERKAITAN PENGUNDI MUDA BERDAFTAR



Kajian terkini yang dijalankan oleh sebuah badan bebas ke atas 454 anak muda yang telah berdaftar sebagai pengundi telah mendapati :

  • 63.9% pengundi muda berkeyakinan bahawa negara telah diuruskan dengan sebaiknya;  

  • 68.7% pengundi muda bersetuju bahawa Malaysia telah mencapai kemajuan yang sepatutnya selepas 54 tahun Merdeka;

  •  61.4% pengundi muda bersetuju bahawa negara akan bertambah maju di bawah kepimpinan sedia ada;

  •  65.2% pengundi muda mengatakan bahawa YAB Perdana Menteri telah menunjukkan prestasi yang memuaskan rakyat.
  •  Hanya 52.4% pengundi muda bersetuju bahawa program transformasi kerajaan difahami oleh rakyat;

  • Sementara itu, hanya 55.5% pengundi belia bersetuju bahawa kerajaan mengambil tindakan yang tepat dalam memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

  • Walau bagaimanapun 66.1% pengundi belia melahirkan keyakinan terhadap Gagasan 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri.


Daftar Pemilih Induk yang dikeluarkan oleh SPR sehingga Suku Ke-4 Tahun 2011 menunjukkan jumlah pengundi keseluruhan adalah seramai 11,825,053 orang di mana jumlah pengundi muda adalah seramai 4,519,509 orang atau bersamaan dengan 38.21%.

Pengundi Muda Melayu muncul sebagai kelompok pengundi muda terbesar iaitu seramai 2,781,192 orang diikuti dengan Kaum Cina (992,601 orang) dan India (270,535 orang). Bakinya seramai 475,181 orang adalah terdiri daripada pengundi muda daripada lain-lain bangsa dan etnik.

Pengundi muda Selangor adalah yang terbesar (688,207) , diikuti Johor (534,978) dan Perak (459,232). Manakala bilangan pengundi muda paling kecil adalah seramai 42,616 bagi negeri Perlis.




BB : Adakah ini "signal" yang baik untuk BN???
read more...

JPJ : CAKAP TAK SERUPA BIKIN



JPJ Oh JPJ

Ada mata lihat. Ada otak Fikir. Ada saman, Naik Pangkat???

Ibarat ketam mengajar anak berjalan.

Inilah bahana apabila berkerja semata-mata kerana SYMP (Saya Yang Menurut Perintah)

Bukan kerana tanggungjawab yang ikhlas.

Semata-mata untuk mencapai KPI

Cukup samankah bulan ini????


read more...

VIDEO : PENDEDAHAN BEKAS KETUA DEWAN PEMUDA PAS

Pendedahan Ustaz Mohd Hafiz Mohd Noordin, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengenai liberalisme di Malaysia menimbulkan satu persoalan, siapakah sebenarnya tokoh liberal di negara kita yang sedang menaungi program merosakkan Islam kini.




Nah!! Ada akal fikirlah.
read more...

ANDA BERANI, DISIPLIN, PANTAS : RKM-KBS DRAG RACING KEMBALI

ARE YOU REEAAAAAAAADYYYYYYY??????




 
Menerusi program ini para pelumba akan diperkenalkan dengan format perlumbaan yang professional, terkawal dan diiktiraf. Ianya juga merupakan platform terbaik yang telah disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi semua pasukan dalam mempamerkan kreativiti serta tahap keupayaan jentera yang dimiliki.
 





Walaupun program ini memerlukan kos yang tinggi, namun ianya berbaloi kerana dapat menjana belia yang berdisiplin, berani, kreatif dan berbakat di tempat yang sewajarnya.
 
Di samping itu, perlumbaan ini juga bertindak mencungkil serta mengenalpasti pasukan-pasukan perlumbaan yang berpontensi sebagai persediaan awal dalam Kejohanan Perlumbaan Drag Racing Peringkat Asean yang bakal diadakan pada tahun hadapan.
 




Program perlumbaan drag racing yang mendapat kerjasama dari pelbagai pihak antaranya pihak Polis Di-Raja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya, dan  Agensi Dadah Kebangsaan ini bakal bergerak secara “Road –Tour” menerusi 8 sirkit perlumbaan di lapan buah negeri pada bulan Mac hingga Oktober 2012 bermula di negeri Kedah, Johor, Perak, Putrajaya, Terengganu, Melaka, Pahang, dan berakhir di Cyberjaya.



BB : ADA BERANI KA? CE CUBA TRY TEST!!!!!
read more...

KBS KERAH SUKARELAWAN BANTU MANGSA BANJIR




Khidmat masyarakat berbentuk gotong-royong perdana yang dijalankan bagi meringankan beban  mangsa banjir di kawasan Lembah Jaya Ampang yang telah berlaku pada 7 Mac lalu anjuran  Kementerian Belia dan  Sukan (KBS) dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mendapat pujian dan penghargaan dari mereka yang terlibat.


Program yang diadakan sejurus selepas banjir itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban penduduk yang terpaksa mencuci kawasan rumah dan persekitaran ekoran bencana alam yang melanda penempatan mereka itu.

KBS yang diketuai Timbalan Menterinya, Dato’ Razali Haji Ibrahim dan ahli-ahli Mycorps bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa untuk meneruskan kehidupan mereka.






“Kita tidak dapat untuk memulangkan semua jumlah kerungian tetapi dengan sedikit bantuan yang diberikan ini ia harap dapat meringankan beban mereka untuk memulakan hidup yang baru”, kata Dato’ Razali yang turut turun padang untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.


“Menerusi bantuan yang diberikan, diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa –mangsa banjir di kawasan Lembah Jaya Ampang ini khususnya apabila mereka menghadapi kesukaran disebabkan ketiadaan bekalan air bersih,“ tambahnya.


Beliau menyeru mana-mana syarikat lori swasta membantu bagi memudahkan proses pemunggahan barang serta pengangkutan barang-barang yang sudah rosak untuk dilupuskan di tempat pembuangan yang disediakan kerajaan tempatan.

“Banjir pada kali ini merupakan yang terburuk yang berlaku di kawasan berkenaan. Jumlah penilaian kerosakan masih dalam penilaian dan akan diumumkan setalah semua penilaian dibuat“  katanya.

Selain itu, kira-kira  400 orang sukerelawan SYABAS turut terlibat dalam gotong-royong perdana itu.






Terdahulu, Pasukan sukarelawan MyCorps (Malaysian Youth Volunteers) dan i-Volunteer yang digerakkan oleh Kelab Rakan Muda Ampang turun padang membantu komuniti di kawasan Lembah Jaya Utara, Selangor dalam satu misi bantuan membantu mangsa-mangsa banjir.

Sebanyak 230 buah rumah telah dilanda banjir kilat pada 7 Mac yang lalu mengakibatkan banyak kerosakan dan kemusnahan harta benda seperti kereta, peralatan elektrik, perabot dan sebagainya. Kawasan terlibat adalah sekitar Hulu Langat menghala ke Bukit Belacan, Ampang dipercayai berpunca daripada limpahan air sungai.

Para sukarelawan MyCorps (Malaysian Youth Volunteers) dan i-Volunteer berganding bahu membantu mangsa banjir bermula pada 8 hingga 10 Mac ini dengan menempatkan khemah bantuan (help desk) dihadapan Flat Lembah Jaya Utara.

Antara tugasan yang dilaksanakan adalah mengumpul pakaian terpakai, memasak makanan dan mengagihkannya kepada penduduk setempat, serta membantu komuniti setempat (mangsa banjir) membersihkan kawasan persekitaran.
read more...

BANJIR : MAJLIS BELIA BANTU RINGANKAN BEBAN MANGSA

Lebih 150 buah rumah di Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Pinggir Tiga terjejas teruk akibat dilanda banjir empat hari yang lalu. Kebanyakan mangsa banjir tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana limpahan air dari sungai berlaku terlalu pantas.

Walaupun kini air tersebut sudah pun surut tetapi kesan daripada banjir tersebut menyebabkan banyak harta benda musnah dan kediaman mereka rosak teruk.





Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Majlis Belia Selangor dan Belia 4B Malaysia Selangor terpanggil untuk menghulurkan bantuan segera dengan menyalurkan bantuan makanan, minuman, peralatan harian serta pakaian kepada mangsa-mangsa bencana.


Rata-rata mangsa bencana amat memerlukan buantuan tersebut disebabkan bekalan air yang masih lagi terputus dan peralatan keperluan harian yang telah rosak ditenggelami air. Belia 4B Malaysia juga turut menghantar skuad sukarelawannya untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan kampung yang terlibat terutamanya di rumah-rumah yang terjejas teruk.


MBM juga akan menggerakkan pasukan sukarelawannya bagi membantu skuad sukarelawan Belia 4B Malaysia Selangor dalam usaha membantu penduduk membersihkan kediamannya.


Kenali MAJLIS BELIA MALAYSIA
read more...

‎10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN REPUT DI DALAM KUBUR.

UNTUK RENUNGAN





Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.



BB : Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara
read more...

GAMBAR BOGEL MELIA : ROTIKAYA ADA BUKTI




KUALA LUMPUR: “Kami tidak pernah melakukan ‘superimpose’ atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih,” kata Nor Hamzie Hambali, 27, juga pemilik blog hiburan popular, RotiKaya.com menjawab dakwaan pelakon, Melia Aimelia mengenai penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.

Pelakon yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-Karipap Cinta itu semalam menafikan di sebuah akhbar kononnya gambar bogel yang disiarkan blog hiburan itu tidak benar dan satu fitnah yang bertujuan mengaibkan.  Melia telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mendakwa dirinya difitnah blog hiburan berkenaan.




 
Hamzie yang ditemui semalam menyifatkan tindakan Melia sebagai mengikut rasa marah semata-mata tanpa memikirkan kesannya kemudian hari. “Kami ada video gambar bogel milik Melia yang diberikan seorang aktor terkenal sebelum ini.

Sementara itu, Melia berkata : “Saya sanggup bersumpah yang semua gambar dan video itu bukan saya. Apa yang dibuat RotiKaya.com adalah fitnah yang meninggalkan kesan negatif kepada nama saya,” kata Melia Aimelia mengulas mengenai isu video lucah miliknya yang dimuat naik oleh blog hiburan itu. Pelakon muda itu ketika dihubungi semalam menegaskan dirinya dianiaya hingga membuatkannya tertekan. Klip video lucah berdurasi 10 saat itu dikatakan miliknya dan diserahkan kepada RotiKaya.com oleh seorang pelakon.

 



Menurut Melia, tindakan pihak RotiKaya.com menyiarkan gambar tersebut dan terus menuduh dirinya adalah tidak profesional. “Mengapa terus menjatuh hukum sedangkan mereka kawan saya yang boleh menghubungi saya terlebih dulu. Saya sangat kecewa dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera,” katanya.


Melia sudahpun membuat laporan di Balai Polis Sentul kerana menyifatkan dirinya difitnah. Melia yang berada di Terengganu hanya optimis ketika mengulas dan menganggap perkara ini sebagai asam garam menjadi anak seni.
read more...

ALL ENGLAND 2012 : LIN DAN MENANG, LEE CHONG WEI PASRAH


Drama yang selalunya dilakonkan oleh Lin Dan dengan menarik diri apabila percaturan tidak menguntungkan beliau tidak berulang. Namun, kali ini, Dato' Lee Chong Wei yang terpaksa menarik diri akibat kecederaan bahu yang dialaminya ketika di separuh akhir.

Saingan di set pertama berlangsung seperti yang dijangkakan di mana masing-masing menampilkan skil bermutu tinggi. Dan aksi kejar mengejar mata akhirnya dimenangi oleh Lin Dan dengan 21-19.

Kebangkitan Dato Lee Chong Wei pada set kedua yang diharap-harapkan oleh peminat yang memenuhi stadium ternyata tidak kesampaian. Setelah beberapa kali menerima "pain killer", akhirnya Chong Wei terpaksa menyerah dan menarik diri ketika kedudukan Lin Dan mendahului dengan 6-2.

Lin Dan yang terkenal dengan sikap baran dan suka memprotes ternyata tidak selesa dengan penarikan diri Chong Wei. Namun, beliau akhirnya menerima kemenangan itu dengan bersalam dan bertukar baju dengan Chong Wei, aksi sporting yang tidak mungkin kita saksikan lagi selepas ini.

Diharap kecederaan yang dialami Chong Wei tidak terlalu serius dan dapat beraksi di Sukan Olimpik nanti...sama-sama kita doakan.
read more...

KOMEN PM, DS NAJIB BERHUBUNG PENGUNDURAN SHAHRIZAT

TERKEJUT! TIDAK PERCAYA!

Tetapi itulah keputusan bermaruah demi kepentingan parti dan kerajaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir 8 April ini.

"Pada 8 April, apabila tamat penggal sebagai ahli Dewan Negara, saya akan undur diri," kata beliau kira-kira 4 petang tadi.

Khidmat anggota Dewan Negara adalah selama tiga tahun dan boleh disambung satu penggal lagi.

Beliau dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 9 April 2009 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri dan seterusnya anggota Kabinet. Beliau gagal mempertahankan kerusi Lembah Pantai dalam pilihan raya umum 2008.

Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno yang dimenangi tiga tahun lalu. Beliau juga merupakan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).


Katanya, beliau akan menghantar surat makluman keputusannya kepada Najib dalam waktu terdekat.

Beliau juga menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Saya ingin ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada Najib dan timbalan beliau dan rakan-rakan jemaah menteri, kerana telah mendapat kerjasama begitu baik.

"Selama 10 tahun menjalankan tugas sebagai menteri, saya sempat membawa beberapa perubahan," kata beliau pada Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih 2012 di Desa Water Park.


Sementara itu, di Pekan, Pahang, Pekan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundurkan diri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, adalah satu keputusan yang tepat dan betul.

Perdana Menteri berkata pengunduran diri itu dilihat sebagai satu pengorbanan demi kepentingan kerajaan dan parti.

“Walaupun setakat ini tiada bukti beliau buat kesalahan dari segi undang-undang, namun sebab isu NFC mengundang pertikaian dan kontroversi, beliau sanggup berundur daripada kerajaan,” katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, di sini, hari ini.

Ditanya kedudukan Shahrizat dalam parti, Perdana Menteri berkata jawatan dalam parti adalah sesuatu yang terpisah daripada jawatan dalam kerajaan.

“Ini kerana kes NFC (Perbadanan Fidlot Nasional) mencetuskan pertikaian jawatan beliau sebagai menteri dalam kerajaan,” katanya.

Perdana Menteri juga menyarankan supaya anggota-anggota parti terutamanya Wanita UMNO terus memberi sokongan dan kerjasama kepada Shahrizat selaku ketua pergerakan itu.

“Beliau telah memberi komitmen untuk memimpin Wanita dan menjadikan pergerakan Wanita sebagai jentera yang penting dalam pilihan raya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pengganti Shahrizat dalam jawatan Kabinet itu, Perdana Menteri berkata perkara itu akan ditentukan kemudian kerana tempoh Shahrizat sebagai menteri Kabinet masih berbaki beberapa minggu lagi.
read more...

PANAS!! PERJUMPAAN ANWAR DENGAN ANAK MUDA DI SABOTAJ BN?

BB dalam posting sebelum ini telah menceritakan satu pertemuan di antara Anwar Ibrahim dengan anak muda bertempat di Ampang. Dan pertemuan itu yang melibatkan hampir 150 orang anak muda telah pun diupload videonya oleh beberapa blog dan portal.

Rupa-rupanya sesi dialog yang diharap dapat mengubah persepsi anak muda terhadap kerajaan khususnya Barisan Nasional bertukar sebaliknya. Kredibiliti Anwar sedikit sebanyak tercabar dan tercalar gara-gara gagal menjawab persoalan anak-anak muda ini.

Lain yang ditanya, tetapi lain pula yang dijawab. Lebih menjengkelkan, kesemua persoalan yang diaju, dijawab dengan cerita sedihnya yang seolah-olah menjadi mangsa mainan politik bekas-bekas bosnya dulu.

Kupasan menarik terhadap sesi dialog ini boleh dibaca di blog Badut Rakyat.



BB : Mungkin peserta yang menghadiri sesi dialog ini telah di"beli" BN? Ia ke?
read more...

PERANAN VETERAN KEPADA GENERASI MUDA

MELAKA 11 Mac — Golongan veteran UMNO masih mempunyai peranan besar dalam menyumbang kepada parti, terutama meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap perjuangan UMNO selama ini. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, golongan itu, yang melalui perit getir mencapai kemerdekaan sehingga negara mengecapi kejayaan pada masa ini, boleh memberi tunjuk ajar kepada anak muda yang menikmati hasil perjuangan mereka.

Beliau berkata, jika generasi muda tidak diingatkan tentang perjuangan golongan terdahulu, mereka tidak akan memahami sejarah atau mengenali UMNO."Generasi muda masa ini lahir selepas UMNO ditubuhkan, selepas kemerdekaan, (jadi) mereka tidak dapat memahami erti perjuangan yang sebenar.

"Di sinilah kita sebagai orang lama, ramai daripada kita yang telah melalui beberapa fasa zaman, dapat menceritakan bagaimana susah payah ketika zaman penjajah, nak capai kemerdekaan dan mengurus negara,” katanya ketika berucap pada majlis amal perdana bersama pemimpin anjuran Majlis Veteran UMNO Melaka di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh malam tadi. Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata, golongan veteran boleh menganjurkan program bersama generasi muda bagi menceritakan sejarah lampau negara sehingga berada di landasan ke arah menjadi negara maju. Muhyiddin berkata, golongan muda mudah terdedah dengan pelbagai anasir negatif pembangkang dalam kecanggihan dunia sains dan teknologi pada masa ini.

"Parti pembangkang ini bersimpang-siur, mereka inginkan undang-undang lebih liberal, memberi perlindungan kepada Israel, parti Pas pula mengeluarkan fatwa tunggang terbalik."Kita bimbang dan takut kalau kita tidak memainkan peranan, kalau rakyat terpengaruh, ini akan menembusi benteng yang bina sebelum ini,” katanya. — BERNAMA
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top