Nuffnang

KBS KERAH SUKARELAWAN BANTU MANGSA BANJIR




Khidmat masyarakat berbentuk gotong-royong perdana yang dijalankan bagi meringankan beban  mangsa banjir di kawasan Lembah Jaya Ampang yang telah berlaku pada 7 Mac lalu anjuran  Kementerian Belia dan  Sukan (KBS) dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mendapat pujian dan penghargaan dari mereka yang terlibat.


Program yang diadakan sejurus selepas banjir itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban penduduk yang terpaksa mencuci kawasan rumah dan persekitaran ekoran bencana alam yang melanda penempatan mereka itu.

KBS yang diketuai Timbalan Menterinya, Dato’ Razali Haji Ibrahim dan ahli-ahli Mycorps bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa untuk meneruskan kehidupan mereka.






“Kita tidak dapat untuk memulangkan semua jumlah kerungian tetapi dengan sedikit bantuan yang diberikan ini ia harap dapat meringankan beban mereka untuk memulakan hidup yang baru”, kata Dato’ Razali yang turut turun padang untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.


“Menerusi bantuan yang diberikan, diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa –mangsa banjir di kawasan Lembah Jaya Ampang ini khususnya apabila mereka menghadapi kesukaran disebabkan ketiadaan bekalan air bersih,“ tambahnya.


Beliau menyeru mana-mana syarikat lori swasta membantu bagi memudahkan proses pemunggahan barang serta pengangkutan barang-barang yang sudah rosak untuk dilupuskan di tempat pembuangan yang disediakan kerajaan tempatan.

“Banjir pada kali ini merupakan yang terburuk yang berlaku di kawasan berkenaan. Jumlah penilaian kerosakan masih dalam penilaian dan akan diumumkan setalah semua penilaian dibuat“  katanya.

Selain itu, kira-kira  400 orang sukerelawan SYABAS turut terlibat dalam gotong-royong perdana itu.






Terdahulu, Pasukan sukarelawan MyCorps (Malaysian Youth Volunteers) dan i-Volunteer yang digerakkan oleh Kelab Rakan Muda Ampang turun padang membantu komuniti di kawasan Lembah Jaya Utara, Selangor dalam satu misi bantuan membantu mangsa-mangsa banjir.

Sebanyak 230 buah rumah telah dilanda banjir kilat pada 7 Mac yang lalu mengakibatkan banyak kerosakan dan kemusnahan harta benda seperti kereta, peralatan elektrik, perabot dan sebagainya. Kawasan terlibat adalah sekitar Hulu Langat menghala ke Bukit Belacan, Ampang dipercayai berpunca daripada limpahan air sungai.

Para sukarelawan MyCorps (Malaysian Youth Volunteers) dan i-Volunteer berganding bahu membantu mangsa banjir bermula pada 8 hingga 10 Mac ini dengan menempatkan khemah bantuan (help desk) dihadapan Flat Lembah Jaya Utara.

Antara tugasan yang dilaksanakan adalah mengumpul pakaian terpakai, memasak makanan dan mengagihkannya kepada penduduk setempat, serta membantu komuniti setempat (mangsa banjir) membersihkan kawasan persekitaran.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top