Nuffnang

BATAL JEMPUTAN : Muhyiddin "Tiada Telur" Nak Pertahankan Tun M?


Telur mana telur? Dah masuk dalam kerandut ke? Kih .... Kih... Kih... Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan mengulas keputusan menarik balik jemputan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menghadiri majlis lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong yang baharu minggu depan.
“Saya tidak mahu komen mengenai ini,” katanya ringkas ketika ditemui di sebuah program PPBM malam tadi.

Semalam, media sosial giat berkongsi 2 surat ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, masing-masing ditujukan kepada Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah, memaklumkan mereka tidak dapat menghadiri majlis melafaz dan menandatangani surat sumpah Sultan Muhammad V dari Kelantan sebagai Agong baharu dibatalkan.

Antara lain, ia menjelaskan pembatalan itu kerana pihaknya tidak dapat menyediakan tempat duduk.

“Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg. Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun,” kata Syed Danial dalam surat itu.

Sementara itu, mengulas perkara tersebut, ketua sayap pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap tetamu undangan pada majlis itu akan secara sukarela mengosongkan kerusi bagi membolehkan Dr Mahathir hadir.

“Kepada Tun Tun, Tan Sri Tan Sri, Datuk Datuk yang bakal hadir, alangkah eloknya sekira ada 2 kerusi yang dapat dilapangkan dan diberi kepada Tun dan Tun Siti.

“Saya pasti berjuta rakyat Malaysia akan berterima kasih dan amat menyanjung kemuliaan hati dan budi Tuan,” kata Syed Saddiq. (SUMBER)

SURAT PEMBATALAN JEMPUTAN

Ketika dihubungi, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengesahkan surat bertarikh 5 Disember, 2016 itu dihantar kepada bekas perdana menteri dan isterinya.


Surat ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad antara lain menjelaskan pembatalan itu kerana pihaknya tidak dapat menyediakan tempat duduk.

“Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg. Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun,” menurut surat itu.

Surat itu turut dikongsi daam Twitter milik anak sulung Dr Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir.

Istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dari Kelantan, dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazri Shah dari Perak, pada 13 Disember ini.
Share this article

4 Komen:

  1. Org tak nak jemput..biar je la. Tak payah pergi. Tak perlu bising.

    BalasPadam
  2. serupa macam jibby pun tak ada telur kan admin

    BalasPadam
  3. Admin pun tak ada telur gak, komen yang tak favour jibby pun tak nak publish. kata pengikut panglima bugis

    BalasPadam
  4. Eleh.dah malulah tu orang dah tarik balik jemputan..terima jerlah..ni idak..nak paksa orang lain pulak kosongkan kerusi untuk beri laluan..mcm KAJANG MOVE jer..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top