Nuffnang

LAHAD DATU : 3 Penculik Ditembak Mati, Seorang Anggota Cedera


Ia merupakan malam penuh drama di pantai timur Sabah di Darvel Bay apabila buat pertama kali pasukan keselamatan Malaysia tampil berdepan dengan lelaki bersenjata Filipina membabitkan penculikan rentas sempadan.

Tiga suspek penculik ditembak mati dan tiga lagi ditahan dalam pertempuran selama 20 minit antara polis Platun Harimau dan lapan lelaki bersenjata di perairan Pulau Bodgaya di Semporna pada pukul 9.40 malam Khamis.


Seorang anggota polis ditembak di bahagian kaki semasa insiden tembak-menembak itu dan dibawa ke hospital Semporna pada pukul 1.50 pagi Jumaat.

Lokasi dua lagi suspek masih belum dikenal pasti dan anggota keselamatan terus melakukan kawalan di kawasan itu.

Sumber berkata, kumpulan lelaki bersenjata itu berpakaian sarat dengan peludu, dikesan menaiki bot laju enjin 80HP menghala ke bot nelayan Yakin 2.

Pasukan Gerakan Am Platun Harimau yang diketuai seorang koperal dengan segera berdepan dengan lelaki bersenjata semasa mereka cuba menaiki bot nelayan.

Tembakan dilepaskan dalam keheningan malam dan hanya terhenti selepas tiga mayat suspek ditemui. 

Tiga lagi suspek menyerah diri.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun dijangka memberi butiran penuh mengenai insiden pada Jumaat.

Kumpulan lelaki bersenjata terbabit dipercayai berpangkalan di kepulauan Tawi Tawi dekat perairan Sabah.
Share this article

2 Komen:

  1. Syukur Alhamdulillah.. Tak sia sia selama ni jerat tunggu pelanduk..selalu asyik terlepas jer..

    BalasPadam
  2. Syabas...teruskan perjuangan.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top