Nuffnang

BERKUBUR? Status Hubungan PAS Dengan PKR Dan PPBM Bakal Terungkai!!!


Status "hubungan" dan "persefahaman" di antara PAS bersama PKR dan PPBM ketika ini bukan sahaja mengelirukan para pemerhati politik tetapi juga para penyokong mereka. Bukan sahaja kini dilihat "lebih mesra" dengan UMNO dan Barisan Nasional malah adakalanya menongkah arus tindakan atau pun keputusan yang dibuat oleh "sekutu" mereka itu.
Segalanya mungkin akan terjawab sedikit masa lagi. Pertemuan rasmi antara Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 13 Disember ini bakal menentukan sama ada PAS akan terus bekerjasama dengan PKR dan PPBM, menurut pemerhati politik.

Ia juga akan menyerlahkan pengaruh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sebelum ini memberikan PAS tarikh akhir untuk mengesahkan jika ia mahu bekerjsama dengan pembangkang lain.

Permerhati berpandangan Dr Mahathir, yang sebelum ini secara terbuka menyokong PPBM menyertai Pakatan Harapan, dijangka akan memutuskan hubungan PPBM dengan PAS.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini beberapa kali meluahkan keyakinan PAS akan turut serta dengan pembangkang lain memastikan pertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) bagi memberikan peluang lebih cerah kemenangan pembangkang.

Pemerhati juga beranggapan PKR akan mengambil langkah sama memutuskan hubungan dengan PAS, sekiranya Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mempunyai pengaruh.

Semalam, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak sebarang kerjasama dengan DAP dan Amanah.

Pemerhati politik Mohd Sayuti Omar berkata, hubungan PAS-PPBM dan PAS-PKR akan terputus dengan rasminya selepas PPBM menyertai Pakatan Harapan (PH) selepas pertemuan mereka 13 Disember ini.

Malah, Sayuti yakin PAS akan bersama Umno selepas itu.

“Selepas itu, saya yakin 100% PAS akan bersama Umno dan memutuskan hubungan dengan PPBM dan PKR,” kata Sayuti kepada FMT.

Menurutnya, PAS akan memutuskan hubungan dengan PPBM dan PKR kerana kedua-dua mengadakan kerjasama rasmi dengan DAP dan Amanah.

“Ekoran itu, saya jangka akan berlaku sedikit perpecahan dalam PAS dan sebahagian pemimpin PAS akan tidak aktif lagi, termasuk Iskandar Samad,” kata Sayuti, merujuk naib presiden dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad yang sebahagian Exco Selangor.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan berkata PAS akan hanya bekerjasama dengan PPBM dan PKR sekiranya mereka tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Zahid Mat Arip pula menaruh harapan besar kepada pertemuan minggu depan itu, supaya keputusan dibuat demi kepentingan rakyat.

“Saya berharap semua pemimpin yang hadir dalam pertemuan bersejarah ini datang dengan kepala dingin dan berjiwa besar serta dengan dada terbuka,” kata Zahid yanh juga cucu bekas timbalan perdana menteri, Tun Ghafar Baba.

Zahid yang mempunyai sejarah tersendiri dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semua pihak dapat mengambil kira kehendak rakyat ketika membuat keputusan.

“Saya harap mereka dapat ambil kira kehendak rakyat yang dahagakan kerajaan yang bersih, kukuh dan stabil seperti zaman Tun Dr Mahathir dahulu,” kata Zahid yang pernah menerajui sebuah kumpulan pendesak menentang Anwar bernama “Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim” atau Tibai.

Zahid antara pemimpin PPBM yang tidak senang dengan sikap PAS sejak kebelakangan ini termasuk Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.

“Saya meminta Hashim jelaskan, apakah PAS boleh memimpin dan dominan ketika bekerjasama dengan Umno dalam sebarang isu?

Sebelum ini, Hashim berkata PAS perlu jadi pemimpin dalam sebarang kerjasama.

Zahid turut kesal dengan sikap Takiyudin yang tidak mahu PPBM bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

“Saya nak minta Takiyudin suluh muka dia dulu. Siapa yang bekerjasama dengan DAP dan Amanah dalam kerajaan negeri Selangor sekarang?” soal beliau.

Beliau mengingatkan Takiyudin, ahli DAP antara pihak yang mengibarkan bendera PAS dalam beberapa pilihan raya yang lalu, dan oleh tidak perlulah keras sangat dengan mereka. - SUMBER
Share this article

2 Komen:

  1. Tolonglah PAS jgn jadi keluarga 69 tak suka parti DAP dan PAN tapi masih berkawan dgn PKR dan cap bunga padahal PKR dan cap bunga tali barut DAP...apa cerita tu...senang cerita berkawan.jer dgn Umno yang memang tolak DAP pkr pan dan cap bunga.. Habis cerita... Keluarga dua dua blah pihak boleh bergembira kan

    BalasPadam
  2. Ph sedar tak akan mampu kuasai majoriti undi tanpa pas. Tpi hari hari kecam pas dan kutuk pas. Nak ajak bergabung plk.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top