Pertuduhan pindaan terhadap Mohd. Sanusi Satar itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Zulhilmi Ibrahim.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadzlan Mohd. Noor dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mohd. Sanusi dituduh melindungi penangkapan Jasanizam Rosni, 33, dan Md. Saifuddin Muji, 28, yang diketahui atau ada sebab untuk mempercayai mereka telah melakukan atau berkemungkinan melakukan perbuatan pengganas di negeri ini.

Dia melakukan kesalahan berkenaan di alamat No. 5, Jalan Manis 1/3, Taman Manis, Parit Raja, di sini, antara 1 Julai sehingga 8 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130K Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan denda atau penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. -UTUSAN ONLINE