Nuffnang

HIMPUN : TANGISAN PEJUANG KERANA HASAN ALI

Hasan Ali buat umat Islam menangis di Penang..

Dahsyat betul penangan Hasan Ali di Program Himpun Kepala Batas ni beb.., sampaikan menangis-nangis para hadirin termasuk puak-puak PAS yang hadir..Bacaan doa munajat yang Hasan Ali alunkan untuk memohon keredhaan Tuhan diatas perjuangan memartabatkan akidah, memang cukup menyentuh perasaan..Sayangnya gua tak sempat nak buat rakaman video sebab bateri kamera gua nak habis.. Tapi gua sempat snap gambar-gambar syahdu di program tu untuk kongsi bersama korang..Gua teringat lagi kata-kata Hasan Ali..., "hanya iman dan aqidah saja yang mampu menyatukan bangsa melayu di negara ni"..

Baca lagi di sini
read more...

ROSMAH NAK SAMAN ISU SHOPPING?

DALAM masa beberapa hari kebelakangan ini, balaci pembangkang terpaksa menelan ‘kemaluan’ sekali lagi apabila tukang punya kedai yang konon Datin Seri Rosmah membeli belah itu tampil memberi kenyataan bahawa bukan Rosmah yang berbelanja beratus ribu, sebaliknya perbelanjaan seluruh anggota rombongannya. Ini dosa besar tau, memfitnah orang baik-baik dan cantik macam isteri Perdana Menteri.

Rakyat Malaysia tidak mahulah fitnah-fitnah macam ini menjadi budaya pula, walaupun pembangkang mengangkat budaya memfitnah ini sebagai ‘method suci’ untuk memburukkan Datin Sri, rakyat tidak akan menerima sama sekali pendekatan tersebut. Yang teruja dan tidak terkawal perasaan dengan fitnah yang macam ini ialah pembangkang dan macai-macai upahannya. Pantang saja ada berita yang boleh diguna untuk menghentam Datin Seri, tak tangguh-tangguh lagi untuk disensasi.Benar, akhbar luar negara itu yang siarkan tapi siapa pula yang sensasikan, siapa minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasat? Kalau bukan pihak pembangkang.

Dan siapa pula yang nak bertanggungjawab dengan komen-komen negatif yang dilemparkan dalam blog-blog dan portal berita belaan pembangkang terhadap Rosmah lanjutan dari ‘pensensasian’ berita tersebut?Sebenarnya, lagi banyak yang buruk macai cakapkan tentang Rosmah, beliau makin steady penulis nampak. Satu calar pun takde pada dirinya akibat dari relentless effort pembangkang untuk discredit Datin Seri.

Dalam soal saman ini begitu jugalah.Buat apa Datin Seri menyaman wartawan Gay dan akhbar yang menyiarkannya bila berita tersebut sudah sah sah palsu oleh pemilik kedai sendiri? Bila saman, berapa banyak pula wang yang perlu dibayar Datin Seri untuk khidmat guaman di Australia, tidak termasuk kos ulang alik ke negara tersebut untuk memberi keterangan di mahkamah? Saksi-saksi lagi, pernahkah semua ini terfikir dalam kepala otak balaci pembangkang? Nanti kalau saman, dipersoalkan pula dari mana datangnya kos, macam mana peroleh duit sebanyak itu dan sebagainya.

Tapi for sure, yang mempersoalkannya itu orang lain, yang mencadangkan orang lain.Taktik semua ini dah ada dalam kepalalah.Penulis dah lama tau pendekatan busuk dan buruk pembangkang. Dia buat tuduhan, kita jawab, dia konar, kita jawab, dia konar lagi, kita jawab lagi dan entah sampai bila kesudahannya pun tak tau. Penyakit ini biasa, cuma belum ada doktor atau jurnal perubatan yang mengesahkan ianya sebahagian daripada sakit mental at

au gila, kalau tidak, dah lama ramai yang disumbat masuk ke hospital bahagia.Lagipun penulis yakin, kalau ambil tindakan saman, Datin Seri terpaksa mengeluar duit sendiri. Maklumlah, pemimpin UMNO dan ahli keluarga mereka bukan ada resmi bayar yuran guaman untuk kes peribadi guna wang rakyat macam mana kerajaan Selangor buat, bayar yuran guaman ke atas ADUN Sri Muda kerana menghina Sultan Selangor.Peguam yang dibayar itupun juak-juak Pakatan harami juga.Lagi baik duit yang ada diguna untuk keperluan yang lebih mendesak, ada juga faedahnya.-mykmu.net-
read more...

DATUK SITI NURHALIZA, RABBANI BERGABUNG




KONSERT percuma, Muhammad Al-Ameen yang bakal diadakan di Dataran Tamadun Islam, Kuala Terengganu, sempena sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah, disifatkan cukup istimewa kerana menggabungkan dua ikon popular industri hiburan tempatan iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Rabbani.

Menurut salah seorang anggota kumpulan Rabbani, Azadan Abd Aziz, berkata, konsert berkenaan amat istimewa kerana merupakan gabungan penganjuran Rabbani Productions Sdn Bhd bersama Siti Nurhaliza Production (SNP) yang telah sekian lama dirancang dan akhirnya terlaksana.

“Sebelum ini kami pernah bergabung dengan Siti Nurhaliza tetapi sebagai artis undangan sahaja. Kali ini, kami berpeluang menganjurkan bersama-sama konsert percuma ini khusus sempena sambutan Maulidur Rasul,” katanya kepada portal murai.com.my

Menyambung perbualan kata Azadan, lebih istimewa lagi, penonton yang hadir berpeluang mendengar lagu duet terbaru antara mereka bersama Siti Nurhaliza berjudul Muhammad Al-Ameen.

“Untuk konsert tersebut nanti, penonton akan disajikan dengan persembahan penceritaan berbentuk gurindam dan syair oleh Siti sendiri. Malah kepada yang hadir mereka berpeluang mendengar lagu duet terbaru kami berjudul Muhammad Al-Ameen.

“Selain itu, beberapa artis popular seperti Amy Search, Najwa Latif dan Sabri Yunus juga bakal tampil mengadakan persembahan,” jelasnya.

Selain acara konsert, turut diadakan karnival selama tiga hari bermula pada 3 hingga 5 Februari ini. Malah turut diadakan secara ekslusif, Malam Gala Eksklusif

Bersama Dato’ Siti Nurhaliza dan Rabbani.Untuk acara ini, para peminat boleh mendapatkan tiket pada harga RM175, RM275 dan RM500.

-Murai.com
read more...

CARLING CUP : LIV 2 - 2 MAN CITY (3-2)

Anfield - Jaringan Craig Bellamy pada minit ke 74 akhirnya membawa The Reds ke perlawanan akhir Piala Carling di Wembley Februari ini.

Perlawanan yang dimulakan dengan desas-desus pemecatan pengurus Kenny Dalglish sekiranya The Reds tewas kali ini menyaksikan penyerang Andy Carrol di bangku simpanan.




Momentum perlawanan berlangsung dalam keadaan yang amat rancak dengan Liverpool lebih banyak melancarkan serangan ke pintu gol City. Namun, jaringan cantik Nigel De Jong dari luar kotak penalti pada minit ke 31 telah membuatkan Anfield terdiam seketika.

Jaringan itu telah membawa ke agregat 1-1 dan ini telah membuka perlawanan yang lebih terbuka dan saling serang menyerang. Kegawatan di depan gawang City pada minit ke 39 telah menyaksikan bola terkena tangan Michah Richard yang menganugerahkan sepakan penalti. Seperti di Stadium Etihad tempoh hari, ketua pasukan Steven Gerrad tidak mensia-siakan peluang untuk menewaskan Joe Hart yang sebelum itu telah menafikan beberapa peluang jaringan Liverpool.

Perlawanan di separuh masa kedua menyaksikan Liverpool terus mengasak bertali arus ke kubu City. Tetapi seperti di separuh masa pertama, City yang akhirnya mendahului dengan jaringan Edin Dzeko pada minit ke 68.
read more...

CARDIFF CITY LONJAK NAMA MALAYSIA




KUALA LUMPUR – Kejayaan Cardiff City mara ke perlawanan akhir Piala Liga semalam turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menganggap ia satu kebanggaan buat negara.

Kelab dari Wales itu yang dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Liga selepas menumpaskan Crystal Palace menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir kedua.Menurutnya, selain dimiliki oleh ahli perniagaan dari Malaysia, kelab yang beraksi di divisyen satu di England itu turut memakai jersi yang tertera nama negara dan ia layak untuk disebutkan sebagai satu sejarah.

“Saya amat gembira dengan kejayaan ini, kita juga masih mempunyai dua kelab di Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers dan Aston Villa di mana pada jersi kedua-dua pasukan tersebut mempunyai kaitan dengan Malaysia,” katanya kepada media selepas melawat Pusat Simulasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam.Jelasnya, kejayaan tersebut bukan sahaja menarik perhatian rakyat Malaysia tetapi turut menjadi bualan di peringkat antarabangsa.

Kelab yang terkenal dengan nama jolokan Bluebirds itu layak ke saingan akhir buat pertama kali dan pernah muncul juara Piala FA pada 1927 serta dua kali meraih gelaran naib juara pada 1925 dan 2008.Sumber-UtusanShort URL: http://www.suaragenerasibaru.com/?p=6325
read more...

PANAS : PEJUANG BANGSA DEDAH PUTAR BELIT MALAYSIAKINI

Malaysiakini malu besar,pereka fesyen dedahkan cerita sebenar !

25 Januari 2012, Pejuang Bangsa - Pereka fesyen Sydney, Carl Kapp mengesahkan bahawa isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat pembelian di kedainya, tetapi menafikan pernah berkata bahawa Rosmah telah membelanjakan A$100,000.Menjawab dalam satu kenyataan hari ini atas pemintaan Malaysiakini untuk mendapatkan komennya, Kapp berkata, Rosmah dan "kumpulan yang agak besar" semasa lawatan tersebut "membuat pelbagai pembelian".

Kapp berkata, beliau tidak didedahkan jumlah yang dibelanjakan, seperti yang telah dinyatakan dalam blog fesyen Frockwriter dan kolum 'Private Sydney' dalam akhbar Sydney Morning Herald."Saya ingin menjelaskan bahawa dalam kenyataan saya mengenai kunjungan pelanggan kehormat tersebut, saya tidak pernah membuat apa-apa rujukan khusus kepada jumlah yang dibelanjakan di kedai Paddington saya," kata Kapp dalam satu kenyataan jelas dibuat dengan berhati-hati."... Semasa lawatan mereka, anggota rombongan (Rosmah), termasuk rakan-rakan serta pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islam telah membuat pelbagai pembelian secara berasingan. Saya percaya Datin Sri Rosmah adalah penaung Festival Fesyen Islam.

"Frockwriter melaporkan pada 17 Januari lalu, berdasarkan temubual dengan Kapp, bahawa "Rosmah telah menempah 61 helai sutera"."Berdasarkan harga purata dalam koleksi beliau - yang bermula pada harga A$400 dan hingga ribuan dolar, Frockwriter menganggarkan ia boleh mencecah A$100,000," tulis blogger Patty Huntington.Penulis kolum Andrew Hornery pula melaporkan bahawa isteri Perdana Menteri membuat "tempahan pakaian kira-kira A$100,000 di butik (Kapp) semasa bercuti di Sydney.

Menurut Kapp, artikel tersebut juga "tidak tepat" apabila mengatakan bahawa beliau "diterbangkan ke Malaysia bulan depan" semata-mata untuk faedah Rosmah.Sebaliknya, kata beliau, lawatan ke pelbagai tempat di rantau Asia, termasuk Malaysia, bagi tujuan saluran pemasaran barangannya dan untuk mendapatkan bahan bagi produk masa depan, adalah perkara biasa dalam urusan kerjanya dan perniagaan. -malaysiakini

read more...

BELIA INDIA TOLAK MEDIA SOSIAL

NEW DELHI: Belia bandar India kini mengalami “kelesuan” media sosial yang mendorong sesetengah mereka memadamkan akaun Facebook dan laman sesawang lain.


Gambar Hiasan

Kajian Dewan Bersekutu Perdagangan dan Industri India (ASSOCHAM) mendapati, golongan belia negara itu mula mendapati media sosial membosankan, mengelirukan, mengecewakan dan membuang masa.

“Justeru, mereka mula mengalami kelesuan media sosial dan semakin kurang memasuki akaun masing-masing seperti di Facebook, Google+, Twitter dan Orkut, “ kata laporan berkenaan.

Kajian itu membabitkan 2,000 belia berusia 12 hingga 25 tahun di 10 bandar raya.

Ekoran “kelesuan” itu, golongan muda India kini lebih gemar menggunakan aplikasi telefon bimbit seperti Blackberry Messenger, WhatsApp, Nimbuzz, atau Google Talk yang membolehkan mereka berborak dengan rakan masing-masing. Kira-kira 55 peratus responden berkata, mereka sengaja mengurangkan masa untuk melayari media sosial berkenaan.

Lebih separuh daripada 55 peratus itu juga mengaku mereka sebenarnya tidak lagi mengaktifkan akaun masing-masing atau memadamkannya secara langsung. - AFP

read more...

PELUANG MENJADI TENAGA MAHIR BELIA


PROGRAM 1BELIA 1KEMAHIRAN (1B1K)

1B1K adalah inisiatif dan kesedaran kepimpinan belia di Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi mewujudkan peluang belajar setara dikalangan para belia tidak kira samada belia itu tercicir dalam akademik mahupun gagal dalam PMR atau SPM. Peluang setara yang diberikan oleh kerajaan ini adalah dalam LATIHAN VOKASIONAL yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia.

Dengan syarat kemasukan yang paling minima ialah Boleh 3M (Membaca, Menulis dan Mengira), MBM yakin peluang ini wajarlah dihebahkan kepada seluruh pelusuk tanahair khususnya kepada para belia yang masih tercari-cari haluan kerjaya masing-masing. Bantuan pembiayaan latihan secara pinjaman latihan kemahiran disediakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) Kementerian Sumber Manusia.

Berikut adalah kursus yang ditawarkan:

1B1K001-AUTOMASI PERINDUSTRIAN & MEKATRONIK

(1)

H-176-2 Juruteknik Automasi
H-176-3 Juruteknik Automasi Senior
Tahap: SKM Tahap 2 & 3
Tempoh: 18 bulan
Penyedia Latihan:

Kolej WIT, Jalan Banting off Jalan Pandamaran, 42000 Port Klang, SELANGOR


1B1K002-KOSMETOLOGI

(2)

MP-060-1 Jurukecantikan
MP-060-2 Juruestetik
Tahap: SKM Tahap 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:

Pusat Latihan Mizumi Beauty Academy, 3.20-3.21, Tingkat 3, Kompleks Pertama, Jalan Tunku Abdul Rahman, 50100 KUALA LUMPUR

(3)

N-030-1 Junior Spa Therapis
N-030-2 Senior Spa Therapis
Tahap: SKM Tahap 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:

Kasih Anana Pro-Skills Institute (KAPS Institute), 13, Mezzanine Floor, Jalan Medan Tuanku, 50300 KUALA LUMPUR


1B1K003-TEKSTIL & PAKAIAN

(4)

K-012-1 Pembuat Pakaian Wanita
K-012-2 Pembuat Pakaian Wanita Kanan
Tahap: SKm 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:


1B1K004-INDUSTRI HOSPITALITI & PELANCONGAN

(5)

HT-023-3 Pemandu Pelancong
Tahap: SKM 3
Tempoh: 5 bulan
Penyedia Latihan:

Travex Institute of Tourism, Lot 1.01, 1st Floor, Plaza First Nationwide, 161 Jalan Tun H.S Lee, 50000 KUALA LUMPUR

(6)

HT-010-1 Pramusaji
HT-010-2 Kaptan Makanan & Minuman
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:

ASEAN Culinary Academy, 11-1-2, Jalan Setia Prima (R) U13/R, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

(7)

L-041-1 Pembantu Penyedia Makanan
L-041-2 Penyedia Makanan
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
ASEAN Culinary Academy, 11-1-2, Jalan Setia Prima (R) U13/R, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

(8)

L-110-1 Pembantu Penyedia Pastri
L-110-2 Penyedia Pastri
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:

ASEAN Culinary Academy, 11-1-2, Jalan Setia Prima (R) U13/R, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

(9)
L-100-1 Pembantu Penyedia Roti
L-100-2 Penyedia Roti
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:

Bakeri Ria Academy, No. 27A, Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Hulu Klang, SELANGOR

1B1K005-AUTOMOTIF-KENDERAAN MOTOR

(10)
P-119-1 Juruteknik Automotif
TP-300-2 Juruteknik Kenderaan Motor
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
A. Auto Terminal Training (TEKAT), No. 2 Jalan Hentian 5, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, SELANGOR
B. Gemilang Motor Academy, No. 22, 24, 26, Jalan Ronggeng 3, Taman Skudai Baru, 81300 Skudai, Johor Bahru, JOHOR

(11)
P-030-1 Mekanik Kenderaan Perdagangan
P-030-2 Juruteknik Kenderaan Perdagangan
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:

A. Bakticon Skill Academy, B 20-22, Bandar Indera Mahkota 5, 25200 Kuantan, PAHANG


1B1K006-PEMESINAN LOGAM (METAL MACHINING)
(12)
MC-050-1 Pemesin Am
MC-031-2 Toolmaker – Metal Stamping Die
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:
Tech Terrain, Lot 777, No. 66, Blok D, Subang Jaya Light Industrial, Pjase 3, 47500 SELANGOR

(13)

MC-050-1 Pemesin Am
MC-030-2 Pembuat Perkakasan – Acuan Suntikan Plastik
Tempoh: 12 bulan
Tahap: SKM 1 & 2
Penyedia Latihan:
Tech Terrain, Lot 777, No. 66, Blok D, Subang Jaya Light Industrial, Pjase 3, 47500 SELANGOR


1B1K007-RANGKAIAN KOMPUTER
(14)

IT-030-2 Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer
IT-030-3 Juruteknik Rangkaian Komputer
Tahap: SKM 2 & 3
Tempoh: 18 bulan
Penyedia Latihan:

1B1K008-ELEKTRONIK INDUSTRI
(15)

E-011-1 Juruteknik Rendah Elektronik Industri – Peralatan
E-011-2 Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:


1B1K009-INDUSTRI PENGHANTARAN (FORWARDING INDUSTRY)

(16)

FB-011-1 Pembantu Dokumentasi Penghantaran
FB-011-2 Penyelaras Operasi Penghantaran
Tahap: SKM 1 & 2
Tempoh: 12 bulan
Penyedia Latihan:

Global Edu Training Centre, Jln Bayu Tinggi 2/LS6, Batu Unjur, 41200 Klang, Selangor

TEMPOH LATIHAN

Tempoh latihan adalah mengikut Tahap yang ditentukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia

Tahap 1: 6 bulan
Tahap 2: 6 bulan
Tahap 3: 12 bulan
PINJAMAN / BIASISWA

Pinjaman latihan kemahiran disediakan dan diuruskan oleh penyedia latihan. Pinjaman menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) Kementerian Sumber Manusia. Pada masa yang sama, JKMRM-MBM akan sentiasa berusaha mendapatkan penajaan/pembiayaan lain menerusi agensi-agensi kerajaan dan kerajaan-kerajaan negeri bagi perlaksanaan 1B1K

PERSIJILAN

Semua kursus yang ditawarkan adalah dibawah pengiktirafan dan persijilan yang dikeluarkan olehJabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia. Sijil yang dikeluarkan ialah SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) mengikut Tahap kelulusan.

PENGINAPAN

Semua penyedia latihan menyediakan penginapan asrama dengan kadar caj yang minima dan bersesuaian degan kemudahan yang tersedia.
PERTANYAAN, sila kirimkan ke alamat email: khidmatbelia@gmail.com atau hubungi +60128916767

Informasi oleh:
RIZAN HASSAN

1BELIA 1KEMAHIRAN

BELIA BERKEMAHIRAN TANGAN EMAS NEGARA
read more...

SENARAI AHLI POLITIK POPULAR MALAYSIA : FACEBOOK


Apa! Tun Mahathir masih berpengaruh. Walaupun dah bersara dari menjadi Perdana Menteri, ternyata pengaruh dan populariti beliau masih besar dalam senario politik tanah air. Walau pelbagai tohmahan dan kutukan sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, namun ternyata Tun M masih merupakan satu nama yang masih melekat dan bertapak di hati nurani rakyat.

Kepada DS Najib, tahniah dan syabas di atas transformasi politik yang dilaksanakan. Banyak perubahan ketara yang dilakukan sepanjang 4 tahun tapuk kepimpinan. Cuma, adakah transformasi ini disambut dan disokong sepenuhnya oleh saf-saf kepimpinan samada dalam BN mahupun dalam Umno itu sendiri. Bukan untuk menidakkan kerja-kerja pemimpin di kawasan masing-masing, namun realitinya lebih ramai YB yang sebenarnya menjaga periuk nasi daripada menjaga kawasan masing-masing.

Masalah yang paling ketara ialah terlalu ramai yang menjaga portfolio Menteri Luar Negeri yang hari ini disandang secara rasminya oleh Dato Anifah Aman. Setiap masa dipenuhi jadual padat "tugasan" luar negeri mahupun luar negara. Itu bagi YB yang tiada portfolio samada dalam exco negeri mahupun kabinet. Macam mana nak jumpa rakyat? Masa bila? Kalau dah pegang portfolio dalam kerajaan pulak, lagi susah. Hantar pegawai khas sahaja untuk "menjaga" kawasan. Nasib baik kalau dapat pegawai khas yang betul-betul memegang amanah. Kalau dapat pegawai khas yang memegang portfolio "timbalan menteri luar negara", lagi la susah.

Maka yang tinggal di kampung dan kawasan-kawasan YB adalah pejuang-pejuang lalang yang hanya menanti ketibaan bayu untuk menggerakkan mereka. Kadang-kadang, bayu yang dinanti tak kunjung tiba, yang datang pula ribut menggila.

Baru sekarang ini kita dapat melihat YB-YB ni di kawasan. Maklumlah, gendang dah sedia untuk dipalu pada bila-bila masa sahaja. Maka kelam kabutlah sekarang ni menampal atau menggantikan gendang-gendang yang rosak. Masa inilah surau-surau, Masjid dan majlis-majlis keramaian di kampung-kampung akan memenuhi jadual YB.

Model politik yang telah ditransformasikan oleh DS Najib perlu difahami dan dijiwai. Bukan untuk menumpang populariti. Selamat tinggal "senioriti", selamat datang "prestasi".
read more...

GEMPAR : ANWAR MINTA EZAM BAWA JUMPA TUN M UNTUK SERTAI UMNO

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kemasukan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor ke dalam Umno mungkin menjadi landasan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali kepangkuan parti itu.
"Dalam politik segalanya mungkin. Apa yang tidak disangka terjadi, boleh terjadi.

"Anwar sedar untuk menjadi perdana menteri ia memerlukan sokongan dari Umno.

"Anwar mahu masuk Umno kerana beliau mahu menjadi perdana menteri," katanya ketika menyampai ucaptama dalam majlis suntikan semangat satria di Petaling Jaya hari ini.

Panelis di majlis tersebut ialah exco Pemuda Umno, Datuk Sazmi Miah dan bekas pengerusi kelab penyokong kerajaan di Parlimen, Datuk Ruhani Ahmad.

Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, Umno perlu berhati-hati dengan kemasukan Ezam, terutama pada waktu sekarang.

Sementara itu, ketika bercakap dalam sidang media kemudiannya, mantan presiden Umno itu dengan sinis berkata, Umno terdesak untuk mendapatkan sokongan dari rakyat.
Rela dipecat

"Ambillah (pengerusi DAP) Karpal Singh, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan menteri besar Perak sebagai ahli. Karpal Singh terutamanya boleh jadi ahli bersekutu," tambahnya.

Dr Mahathir juga berkata, beliau rela dipecat dari jawatan penasihat beberapa agensi kerajaan

"Tetapi kalau dia suruh berhenti saya berhenti tetapi suka jika ditendang," katanya.

Dr Mahathir menjadi penasihat kepada Petronas, Proton dan Lembaga Pembangunan Langkawi dan Tioman.

"Saya tidak bergantung kepada itu. Saya lebih suka mereka tendang," katanya lagi.

Ketika diminta mengulas tindakan kerajaan menasihatkan anaknya, Datuk Mokhzani supaya melepaskan jawatan pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Dr Mahathir berkata, beliau tidak mahu mengulas.

Jika mahu pecat, pecatlah. Jika mahu berhenti, berhentilah," katanya lagi.

Mantan perdana menteri sekali lagi menegaskan, beberapa pemimpin boleh menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri dan presiden Umno.

MT, Kabinet tidak berkesan

Dr Mahathir berkata, mereka ialah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Rais Yatim.

"Kita tidak boleh beri kepada satu orang kerana bila dia seleweng kita tidak boleh tukar," katanya.

"Pemimpin yang terlalu berkuasa dia membelakangkan benda-benda ini sehingga ada tingkat empat," katanya lagi.

Dr Mahathir berkata, sebab itu beliau menyokong cadangan mewujudkan cadangan majlis penasihat kepada perdana menteri.

Katanya, Majlis Tertinggi (MT) Umno dan kabinet sudah tidak berkesan lagi untuk memberi nasihat kepada perdana menteri.




Dr Mahathir juga menegaskan beliau tidak menubuhkan parti lain setelah keluar dari Umno 19 Meli lalu.

"Ini kali kedua saya jadi mantan ahli Umno. Masa dipecat dahulu saya pernah naik ke pentas PAS tetapi saya bercakap mengenai Umno.

"Kalau orang tak mahu dengar ucapan saya tak apalah, cukuplah 22 tahun saya menjadi perdana menteri.

"Kita nak buat pertandingan, siapa yang menjadi perdana menteri paling lama dan perdana menteri yang paling singkat," katanya disambut gelak ketawa orang ramai.

Sumber : malaysiakini
read more...

LAGI PERKAHWINAN 1MALAYSIA DI R&R PAGOH




PAGOH – Enam tahun lalu, Lim Bee Sin yang ketika itu berusia 19 tahun pernah meminta kerja di kedai nombor 8, Pagoh Kopitiam yang terletak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh Selatan Lebuh Raya Utara-Selatan di sini.

Tanpa berfikir panjang, pemilik kedai tersebut, Tai Lik Siang yang ketika itu berusia 22 tahun mengambilnya bekerja.

Semasa bekerja mereka sering bergurau senda dan tanpa disangka hubungan mereka menjadi semakin rapat.

“Selepas empat tahun, dia berhenti kerja dan mulakan kerja baharu di sebuah kedai di Melaka.

“Saya mencari dia kembali dan selepas bercinta selama dua tahun, kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga,” cerita Lik Siang yang kini berusia 28 tahun.

Bagi Lik Siang, R&R Pagoh Selatan menyimpan terlalu banyak kenangan percintaan sehingga mendorong mereka mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan di R&R itu.

Dia berasa amat gembira kerana dapat mengadakan majlis perkahwinan itu yang dihadiri hampir 1,000 orang termasuk ahli keluarga, sahabat handai serta warga R&R tersebut.

Sumber : Blog Fyna
read more...

TU DIA! USTAZ ZIZAN BUKTIKAN UMNO RELEVAN

SMM balaci PKR yang terkenal dengan aksi tidor diatas jalan hari ini meroyan apabila melihat MB Kedah mengguna pakai AUKU dalam mengambil tindakan terhadap pelajar KUIN.Secara tak langsung Ostad Zizan bukan saja memijak kitab suci haprak pakatan,malah buku jinggay turut diludah kerana tidak releven dengan pemerintahan PAS di Kedah.

Rentetan daripada tindakan Ostad Zizan,SMM diseluruh negara telah melancarkan Skim Tidor Atas Jalan,para peserta skim ini akan mendapat peruntukan dan imbuhan daripada PKR sebanyak RM200 sekali tidor.Bagi Mahasewel yang telah menjual baucer buku 1Malaysia,maka inilah peluang mereka untuk tidor diatas jalan sambil menikmati skim RM200 daripada PKR.

Baca lagi di Pisau.net

read more...

IKHTIBAR KISAH BENAR DARI TANAH SUCI

Untuk renungan bersama ......



Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.

Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.

Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.

Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.

Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.

Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.

Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.

Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.

Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.

Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.

Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"

“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.

Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.

Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang puan pergi haji ini?"

"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,

"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.

"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.

"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.

Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.

Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.

Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."

Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.

Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,

"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.

Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.

Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.

Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.

Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.

Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.

Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.

Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.

Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.

Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.

Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.

Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.

Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.

Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.

Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.

Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.

Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."

"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.

Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."

"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.

Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.

Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
read more...

BAIK PUNYA! LU PIKIR LA SENDIRI

Bagi mereka yang amat gemar dan suka makan durian, pasti sukar untuk membuat pilihan lebih-lebih lagi bagi kaum lelaki. Tapi awas, durian yang besar tidak semestinya sedap. Dan yang kecil tidak semestinya enak.


BB : Suka durian yang sedang-sedang saja. "Kucing tidur" kata sesetengah orang
read more...

SEMBANG MESRA MEDIUM TERBAIK FAHAMI ORANG MUDA : RAZALI IBRAHIM



"Jangan kerana seronok sehari, kita gadaikan masa depan Negara". Antara ungkapan Dato Razali Ibrahim, Timbalan Pengerusi Pemuda BN.
read more...

HATI-HATI KELUARKAN DUIT DI ATM



BB : Hati-hati di ATM. Tambahan di musim perayaan ini. Beringat sebelum terkena.
read more...

PR (PAKAT RABA) TERBELIAK TENGOK ROSMAH BERBELANJA




Macam-macam perangai betul orang pembangkang dan portal berita belaannya. Puncanya tak puas hati 2 perkara - kes Anwar dipohon untuk rayuan ke peringkat lebih tinggi dan Karpal Singh diarah membela diri oleh Mahkamah Rayuan kerana menghina Sultan Perak pada 2009 (walaupun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi).

Justeru, nama Datin Sri Rosmah sekali lagi dijadikan bahan oleh MalaysiaKini (portal berita belaan pembangkang) kononnya berbelanja mewah di Australia baru-baru ini. Akalnya, untuk mencuit Datuk Seri Najib, kononnya Najib macam suami lain yang akan melatah bila maruah isterinya dipersendakan.

Ini bukan kali pertama membabitkan modus operandi sama – paper Australia, Rosmah shopping sakan. Ia pernah berlaku dulu semasa mesyuarat Ketua-Ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) berlangsung Australia dimana Datin Sri dituduh berbelanja sekian ratus ribu ringgit bersama anak perempuannya oleh sebuah akhbar Australia.

Akhirnya terbukti pun perkara itu tidak benar bila akhbar itu sendiri meminta maaf kepada Najib dan isteri.

Tapi ada ke sekelumit permohonan maaf oleh puak-puak ini kepada Najib dan isteri? Haram takde, tapi dalam masa yang sama mereka juga orang yang menjaja kesana sini sebagai lebih islamik dari orang lain.

Percayalah, penulis tahu Najib bukan orang begitu. Jangan tanya macam mana penulis tahu tapi percayalah penulis tiada ada sebab untuk berbohong mengenai perwatakan Najib dan isteri. Mereka adalah orang baik-baik yang tidak mudah melatah dengan tohmahan sedemikian.

Malah kalau tak keterlaluan penulis katakan Rosmah sendiri sudah lali dengan segala tohmahan yang dilemparkannya. Najib pula ada tahap kesabaran yang terlalu tinggi sehinggakan peliwat macam Anwar yang punya kulit biawak pun tidak terlawan dengan kesabaran Najib.

Pernah satu ketika Anwar hilang sabar bila diaju soalan bertalu-talu dalam soal skandal video seksnya dengan pelacur China. Najib? Bila yang kita ada lihat beliau hilang sabar bila isterinya difitnah pembangkang?

Macam-macam perkara buruk Anwar pernah labelkan pada Datuk Sri Najib dan Datin Sri Rosmah. Dari pengkhalwat, penzina dan pembunuh, apa sahaja yang Anwar tak pernah label kepada kedua orang yang baik-baik ini.

Pada balaci, Anwar mungkin kelihatan baik kerana pelihara isteri dan anaknya bertudung tapi kalau harap bertudung saja sedangkan mulut lancar mengata dan menipu orang buat apa? Contoh jam Omega. Sehingga kini masih tidak ditunjukkan walaupun dakwanya ada dalam simpanan di rumah dan sidang akhbar yang mengatakan jam tersebut ada dalam simpanan pun diadakan di rumah itu sendiri!!

Rosmah mungkin dapat dosa tak bertudung tapi Anwar, isteri dan anaknya dapat dosa berbohong dan memfitnah orang, itu lagi haru.

Penulis percaya, dakwaan terbaru ini satu lagi fitnah pembangkang yang membayar akhbar Australia untuk menyiarkan berita tersebut. Tak payah tanya bukti, macamlah akhbar Australia itu ada kemukakan bukti pun untuk menuduh Rosmah.

Hanya kerana waktu ini musim cuti perayaan, pembangkang boleh main habis-habisan sementara menunggu penjelasan rasmi dari pejabat Perdana Menteri. Tapi percayalah, selepas jawapan disediakan semua mulut yang rancak mengata ini akan sekali lagi terdiam – sekali lagi.

Sumber : MYKMU

BB : Begitulah, fitnah yang dulu pun tak minta maaf bila paper Australia ni kata berlaku kesilapan berita, ini diterbitkan lagi berita yang entah betul atau tidak. Kalau dikaji-kaji, macam bersiri pulak, lepas satu, satu berita keluar. Pastu, masuk dalam blog fanatik Anwar, pastu kompang kuat-kuat.

Gila betul. Berapa banyak la duit dan akaun bank yang dia ni ada ha??? Nengok muka dan body dia ni boleh tahan...hi...hi...
read more...

GILA : PENERBIT TV KAHWIN KEKASIH YANG DAH MATI




BANGKOK - Tindakan seorang produser televisyen Thailand menikahi kekasihnya yang sudah pun meninggal dunia dan kemudian memuatkan foto dan video majlis perkahwinan menerusi laman sosial Facebook dan YouTube mengundang reaksi berbeza dari seluruh dunia.Chadil Deffy atau yang lebih dikenal sebagai Deff Yingyuen menikahi Sarinya “Anne” Kamsook, yang menjadi kekasihnya selama 10 tahun, di sebuah kuil di Amphur Muang, Surin.

Menurut laporan media Thailand dan asing, kedua-dua mereka sudah lama merancang untuk melangsungkan perkahwinan.Deffy dilaporkan telah meminta kekasihnya bersabar kerana ingin menyelesaikan kuliah terlebih dulu, malah mereka juga cukup sibuk dengan kegiatan masing-masing.

Pasangan itu jatuh cinta ketika sama-sama menuntut di Universiti Eastern Asia sedekad lalu.Malangnya, Kamsook telah meninggal dalam satu kemalangan lalu lintas pada 3 Januari lalu. Dia berusia 29 tahun.Dalam upacara diadakan pada 9 Januari lalu, Deffy, 28, mengenakan pakaian pengantin serba hitam manakala mempelai Kamsook pula berpakaian busana pengantin putih lengkap dengan kaus tangan.
read more...

Ambil Tahu Mengapa AG Kemukakan Rayuan



KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara berkata rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat, difailkan hari ini berdasarkan keterangan dan undang-undang.Jabatan itu menerusi satu kenyataan kepada Bernama berkata rayuan itu juga difailkan tanpa mengikut emosi atau pengaruh mana-mana pihak.

"Keputusan memfailkan notis rayuan ini membolehkan jabatan ini memperolehi penghakiman bertulis Yang Arif Hakim dan rekod prosiding perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi."Ini seterusnya mengetahui dengan jelas alasan-alasan penuh keputusan yang Arif Hakim," kata jabatan itu.Pada 9 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah semasa menyampaikan keputusan itu berkata mahkamah tidak 100 peratus pasti bahawa integriti sampel DNA tidak diusik.Beliau juga berkata mahkamah keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan kenyataan Mohd Saiful yang tidak disokong dengan bukti. - Bernama

BB: Rasanya kes2 profil tinggi tak pernah tak buat rayuan. So, bukan pelik. Ini hak sesiapa saja yang ada di mahkamah. Tak perlulah dok kecoh2 kata ini semua konspirasi. Appara....
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top