
MENGAPA KAMI TINGGALKAN ANWAR - BUKU DITERBITKAN

Bagaimana kebenaran tetap kebenaran, ia tidak boleh ditutupi dengan kepalsuan apatah lagi kebatilan, wajah sebenar Anwar semakin terdedah sama ada dari segi perjuangan politik mahupun peribadi.
Berikutan itu, dari semasa ke semasa semakin ramai orang-orang kanan beliau meninggalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Mereka meninggalkan Anwar bukan kerana kepentingan politik, jauh sekali kerana kepentingan peribadi, sebaliknya atas dasar kebenaran dan tidak mahu bersekongkol dengan seorang individu yang mereka sifatkan mempunyai masalah dalam segala segi.
Buku Mengapa Kami Tinggalkan Anwar - Pengakuan Bekas Sahabat & Pemimpin PKR boleh dianggap bahan terbaik kepada orang ramai untuk mengetahui kisah di sebalik kenapa Anwar ditinggalkan.
Buku setebal 110 muka surat ini, memaparkan satu demi satu pendedahan dan pengakuan bekas-bekas orang yang pernah rapat dengan Anwar.
Antara bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru yang juga bekas Peguam Anwar, Zulkifli Nordin, Bekas Timbalan Presiden PKR, Dr.Chandra Muzaffar, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd.Noor dan ramai lagi.
Membaca satu persatu pendedahan mereka, pembaca akan dapat menilai dengan fikiran yang waras kenapa Anwar sememangnya patut ditinggalkan.
Contohnya, Dr.Chandra berkata, beliau meninggalkan perjuangan bersama PKR, bukan sahaja kerana masalah moral atau peribadi tetapi juga kerana hubungan Anwar dengan pihak luar yang cukup meresahkan beliau.
Ruslan Kassim pula yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan PKR membuat keputusan untuk 'angkat kaki' selepas melihat parti itu semakin hilang arah.
Ezam pula selain mendedahkan kewujudan surat yang tulis oleh Anwar kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada September 1998, turut menjelaskan kepada beliau terpaksa meninggalkan Anwar.
Jelas Ezam, beliau meninggalkan Anwar dan PKR pada Ogos 2010 bukan kerana mengejar pangkat dan wang ringgit, tetapi kerana mempertahankan prinsip Islam dan sebab masalah moral yang dihidapi Anwar.
Hakikatnya, banyak lagi pendedahan menarik dalam buku tersebut tentang Anwar yang patut diketahui oleh orang ramai.
Oleh itu, ketika rakyat Malaysia berada di ambang untuk keputusan penting bagi masa depan negara melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, adalah wajar jika buku dibaca bagi membolehkan mereka mengetahui siapakah Anwar sebenar.
Langkah itu bagi membolehkan mereka membuat penilaian adalah wajar seorang pemimpin seperti Anwar yang diragui peribadinya oleh bekas orang-orang kanan dan rapat dengan beliau dipilih menerajui negara ini.
Mungkin akan ada pihak menganggap ini satu lagi gerakan untuk memfitnah Anwar, tetapi kebenaran bukanlah satu fakta yang boleh direka, sebaliknya kepalsuan yang tidak mampu bertahan lama, inilah yang memungkinkan buku ini terhasil. -- N.A
Merekalah Juara Propaganda Angka & Nombor
Asal sahaja ada program politik kepartian anjuran pakatan pembangkang, pastinya khalayak ramai akan dihidangkan dengan pelbagai angka bombastik mengenai jangkaan kehadiran di majlis tersebut. Soal logik atau tidak anggaran kehadiran dibandingkan dengan keluasan lokasi program biasanya diabaikan, yang penting angka dan nombor wajib gah di mata umum, sementara gambar dan video yang dirakamkan pula fokus pada tempat yang padat sebagai bukti sokongan.
Dulu dan sekarang, itulah modus operandi parti pembangkang, mereka gemar bermain propaganda dengan angka dan nombor, meskipun jumlah kehadiran cuma 50 orang tetap boleh diperbesarkan angkanya menjadi lima ribu hadirin seperti mana yang berlaku di Melaka baru-baru ini.

Gambar Hiasan
Manakala majlis ceramah sulung yang dihadiri bekas MB Selangor, Mat Taib di dataran Kemerdekaan Shah Alam pula PR terutamanya PAS mendakwa ianya mendapat sambutan kehadiran lebih 10,000 orang. Seperti biasa, foto dan video fokus pada tempat padat dicanangkan sebagai propagandanya. Realitinya, hanya sekitar 1,500 sahaja yang hadir kebanyakannya merupakan ahli PAS Kawasan Shah Alam, Klang dan kota Raja yang dikerah hadir untuk memeriahkan majlis.
Demikian halnya satu lagi contoh klasik sewaktu PR menganjurkan Himpunan kebangkitan rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, tanpa segan silu mereka mengwar-warkan jumlah kehadiran melebihi seratus ribu orang, malah ada yang terlebih hebat lagi gah mengumumkan 700,000 orang membanjiri lokasi himpunan. Hakikatnya yang hadir sekitar 45,000 orang sahaja termasuklah yang berada di luar stadium yang kecil itu, tapi para pemimpin dan penyokong PR tetap juga mendesak umum mempercayai angka dan nombor yang mereka nyatakan.
Dalam politik bombastik sebegini ia seumpama memalu pukulan pada gendang, kuat dan bingit bunyinya namun realiti di dalamnya kosong sebab itu sedari dulu juga acap kali parti pembangkang tewas di medan juang sebenar kerana angka yang dipropagandakan tidak realistik dengan keadaan sebenar.
Itu belum diambil kira segala macam jentera kerahan tenaga yang diarahkan meramaikan sesuatu majlis dengan tujuan untuk menimbulkan kegeruhan, dari aspek perang psikologi mungkin betul ia bermanfaat tapi apa gunanya bila yang datang tetap juga orang yang sama. Lihat saja contoh semasa PRK DUN Tenang dan Kerdau, hampir setiap program PR kelihatan ramai dari dalam gambar dan video, tapi bila tiba hari keputusan pengundian ternyata undi untuk calon pembangkang makin berkurangan.
Mana tak kurangnya bila jumlah hadirin yang sebenar-benarnya ialah 3,000 orang di sesuatu majlis PR namun tak sampai 200 orang pun yang merupakan penduduk tempatan atau pun pengundi. Tapi dalam siaran media gah diumumkan seramai 20,000 atau 30,000 yang hadir. Itu dinamakan propaganda bak memukul gendang kosong hasilnya yileks, zero.
Hari-hari terakhir menjelang PRU-13 ini pastinya propaganda angka dan nombor akan terus dimainkan oleh PR, soal ia realistik atau sebaliknya, dipercayai atau diragui itu suku kira. Yang penting bagi mereka, juara dalam propaganda bombastik ini perlu terus dipertahankan, kerana itu sajalah satu-satunya cara yang dirasakan bukti kukuh akan kewujudan pengaruh mereka dalam dunia politik tanah air.
PENAFIAN!!! PDRM SANGKAL DAKWAAN SUSPEK PEMBUNUH PEGAWAI KASTAM DITEMBAK MATI!!
Polis hari ini menafikan beberapa berita di Internet yang mendakwa seorang lelaki ditembak mati berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya semalam.
Berikutan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang motif pembunuhan itu kerana ia masih dalam siasatan polis.
"Berita yang mengatakan suspek kejadian telah berjaya dikesan dan ditembak mati manakala rakannya berjaya melarikan diri adalah tidak benar sama sekali," katanya dalam kenyataan akhbar yang disiarkan di laman Facebook Polis Kuala Lumpur hari ini.
Shaharuddin mati ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan, kira-kira jam 8.15 pagi.
Mohmad berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi DSP Hamzah Buman (ketua bahagian siasatan jenayah IPD Putrajaya) di talian 012-2342122, ASP Irwan Saimi (pegawai penyiasat kanan IPD Puyrajaya) di 019-6007772.
"Orang ramai juga boleh menghubungi Supt Yahya Abd.Rahman (pegawai turus siasatan khas D9 IPKKL) di talian 019-4708946 dan ASP Ng Man Fatt (ASP D9 IPKKL) di talian 012-2348802," katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah yang dihubungi Bernama berkata siasatan masih dijalankan.
"Setakat ini tiada tangkapan dibuat," katanya sambil menafikan insiden berkenaan ada kaitan dengan satu lagi kes tembak yang berlaku di Taman Billion Cheras, semalam.
Dalam kejadian 11.30 pagi itu, R. Karikaalan, 29, yang dalam perjalanan ke rumahnya di di Taman Puchong Hartamas maut ditembak dua lelaki bermotosikal ketika dia yang menaiki kereta Nissan Livina berwarna hitam berhenti di lampu isyarat di Bulatan Taman Billion.
KENYATAAN MEDIA PDRM : KLIK SINI
PANIK!!! 20 Penumpang Cemas Bas Dinaiki TERBAKAR
JOHOR BAHRU - Tindakan cekap seorang pemandu bas henti-henti yang memberhentikan bas serta merta apabila menyedari enjin bas mengeluarkan asap, berjaya menyelamatkan nyawa 20 orang penumpangnya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang tadi di Batu 10, Jalan Skudai di sini, bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Kulaijaya hangus terbakar.

Gambar Hiasan
Kejadian tersebut yang berlaku berhampiran Majlis Bandaraya Johor Bahru Tengah (MBJBT) telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas teruk di sepanjang jalan terbabit.
Menurut Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Pulai, Taman Universiti Jamil Onn, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.12 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Menurut Jamil, sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira 10 minit kemudian.
"Ketika kami tiba di lokasi terbabit bas tersebut sudah terbakar hampir 90 peratus.
"Selain bas, bumbung perhentian bas yang berdekatan turut terbakar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian sebentar tadi.
Bagaimanapun, kesemua penumpang terselamat dan tidak mengalami kecederaan serius.
Ujar beliau, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan kerugian dianggarkan mencecah RM250,000. - KOSMO!
TERKINI!! Mahasiswa SERANG PWTC!!! Gambar Dan Berita
PWTC !! Mahasewel yang entah dari mana datangnya..tak ubah macam kera yang kena gigit dengan lipan..menjerit terpekik..dah macam bukan MAHASISWA lagi !!
Foto dari sahabat yang kebetulan berada d PWTC..musim PRU ni macam-macam puok kera ni buat!!

Bahang kekalahan makin terasa..tak sampai 10 hari lagi BN bakal dapat mandat baru yang lebih besar dari rakyat Malaysia insyaAllah dan kumpulan mahasewel yang d taja puok kera bakal terkedu..segala janji kosong pakatan haram jadah pada mereka akan terbukti !!
Buat malu mak bapak d kampung dan buat imej MAHASISWA makin ke jamban !!

- SUMBER
MEMALUKAN!! Aksi Pasangan Kekasih Dalam MRT
Klip berdurasi dua minit itu menunjukkan seorang lelaki yang sedang duduk di sebelah pintu, membaca buku sementara teman wanitanya berbaring di ribanya dalam keadaan diselimuti dengan sehelai jaket biru.
Sesekali dilihat lelaki tersebut menghela nafas panjang sambil matanya kelihatan berpusing-pusing seolah-olah buku yang 'dibacanya' sangat menarik.

Seorang lelaki telah dirakam aksinya yang sedang di'blowjob' oleh teman wanitanya dalam MRT yang penuh dengan penumpang di Kaohsiung.
Video klip yang dirakamkan oleh seorang pelancong Hong Kong telah tersebar di facebook menerima 30,000 like pada 10:30 pagi Selasa lepas.
Ketika jaketnya hampir jatuh, cepat-cepat beliau menariknya dan kelihatan gugup melihat sekeliling.
Setelah teman wanitanya 'selesai' dengan tugasnya, lelaki berkenaan kelihatan membetulkan seluar dan tali pinggangnya.
- SUMBER
TRAGEDI!!! Sukarelawan Parti Terperosok Bawah Lori
LUNAS – Hasrat seorang pemuda berusia 21 tahun yang melakukan kerja sukarela menggantung bendera parti politik disokongnya bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), berakhir dengan tragedi apabila mangsa terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 10.45 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Lunas menuju ke Batu 6 dan ketika kemalangan berlaku.

Pemuda Maut Terperosok Bawah Lori
Menurutnya, kali ini merupakan PRU pertama bagi mangsa untuk menunaikan kewajipannya sebagai pengundi.
“Mangsa dipercayai ke Lunas untuk menghantar seorang rakan setelah selesai bermesyuarat tentang penugasan menggantung bendera parti politik disertai mereka. Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa gagal mengelak lori muatan 10 tan yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh belakang sebelah kanan lori terlibat.
“Akibat rempuhan kuat, mangsa terperosok di bawah lori sebelum terhumban ke tepi jalan. Mangsa cedera parah di kepala maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat,” katanya.
Menurut Ghuzlan, lori terlibat ditahan sebelum dihantar ke Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) untuk menjalani pemeriksaan lanjut, selain kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengakibatkan kemalangan maut.
Katanya jika sabit kesalahan, pemandu lori berkenaan boleh dikenakan hukuman denda dan penjara.
Katanya lagi, dari siasatan awal dijalankan, polis mendapati lori itu tidak diletakkan sebarang papan tanda kecemasan atau amaran selain menyalakan lampu kecemasan di belakang lori untuk memastikan pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan memperlahankan kenderaan mereka kerana kawasan itu gelap.
“Sepanjang bulan April, sembilan kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dilaporkan berlaku di Kulim. Saya menasihatkan kepada semua pemandu kenderaan berat supaya lebih bertanggungjawab ketika meletakkan kenderaan mereka.
“Sekiranya berlaku kerosakan, pemandu seharusnya meletakkan papan tanda amaran atau memasang lampu kecemasan untuk memastikan kenderaan lain dapat melihatnya. Kecuaian pemandu berbuat demikian boleh mengakibatkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.
Sementara itu, pemandu lori terlibat ketika ditemui berkata, dia membawa muatan kain dari Kemunting ke Kulim, sebelum kira-kira jam 7 petang, lori yang dipandunya rosak dan diletakkan di tepi jalan berhampiran rumahnya.
Kira-kira jam 10.30 malam dia menerima panggilan telefon daripada adiknya menyatakan mangsa telah merempuh bahagian belakang lori. – Sinar Harian
RENTUNG!!! Mayat Terbakar Dalam Kereta Ditemui
KUALA LANGAT - Sepasang suami isteri terkejut apabila menemui mayat rentung dalam sebuah kereta yang terbakar, dalam sebuah ladang kelapa sawit tidak jauh dari rumah mereka, di Jalan Sri Gambut, Olak Lempit, kelmarin.
Mayat ditemui kira-kira jam 6.15 petang, ketika pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum melihat sebuah kereta jenis Perodua Kancil terbakar di lokasi kejadian.
Seorang penduduk enggan dikenali berkata, dia tidak sangka kepulan asap tebal dari arah sebuah kebun, di sini, rupanya kenderaan yang sedang terbakar dan tambah mengejutkan terdapat rangka manusia di bahagian pemandu.

Rangka manusia yang ditemui dalam sebuah kereta terbakar
di Jalan Gambut, Olak Lempit, petang kelmarin.
Menurutnya, semasa cuba mendekati kenderaan terbabit, dia nyaris terkena serpihan besi akibat letupan yang berlaku sejurus api marak.
“Ketika kejadian tiada aktiviti mencurigakan berlaku termasuk tiada suspek yang dilihat berada di kawasan tersebut.
“Saya segera telefon pihak polis minta mereka datang ke tempat kejadian,” katanya.
Tinjauan forensik mendapati, terdapat empat tin berhampiran kenderaan itu dipercayai bahan mudah terbakar, selain satu botol kaca berwarna coklat.
Siasatan awal juga mendapati tiada sebarang aktiviti jenayah berlaku berikutan tiada senjata ditemui dalam kenderaan terbabit dan di kawasan sekitarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan penemuan mayat rentung dalam sebuah kenderaan di ladang berkenaan.
Katanya, buat masa ini, jantina mayat masih belum diketahui berikutan keadaannya yang terbakar 80 peratus dan pihaknya masih menunggu hasil bedah siasat.
“Polis masih menyiasat kejadian dan meminta Unit Forensik dan Unit Anjing (K9) membantu siasatan.
“Berikutan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. - SINAR
SAMAN : FAKTA!!! RAFIZI-9, ANWAR-47, WAN AZIZAH-10, ROSMAH-2
Bila Rafizi buat pendedahan mengenai saman AES Rosmah Mansor yang tak dibayar , ramai puak2 penyokong LGBT bersorak-sakan dan tak cukup tanah melompat-lompat keriangan seolah-olah satu isu yang sangat besar telah didedahkan . Kita akui , memang pengarah strategik PKR ini rajin buat 'homework' untuk mendajalkan orang . Malangnya 'homework' yang Rafizi buat selalu tak lengkap , contohnya semasa beliau mendedahkan beberapa akaun berkaitan dengan skandal NFC pada satu ketikan dulu . Rafizi yang kononnya seorang akauntan hebat boleh terlepas pandang Akta BAFIA , akhirnya apabila disaman mula lah Rafizi meroyan dan melaung-laungkan supaya hak 'whistle blower' perlu di pertahankan .
Blogger Papagomo dan Seademon telah membuat beberapa analisis mudah berkenaan saman AES ini bagi menjawab tohmahan Rafizi . Gambar di bawah ada 'screen capture' saman AES Rosmah Mansor, kononnya pendedahan ini cukup membuatkan Rafizi bangga dengan peranannya sebagai 'whistle blower' ataupun 'bapak segala pendedahan.
Maklumat yang ditujunkkan oleh Rafizi bukan lah sesuatu yang mengejutkan , adakah hanya dengan berbekalkan 'saman tak berbayar' menjadikan sesorang itu jahat ?? Kereta yang disaman itu pun dari jenis kereta tempatan 'Proton Waja' , tidakkah ia menjadi satu kebanggaan apabila isteri Perdana Menteri Malaysia yang dikatakan 'boros' dan macam tohmahan lagi sudi untuk menggunakan kereta Proton Waja . Selain itu, jelas sekali keadilan yang ditunjukkan oleh kerajaan BN kerana tidak memilih bulu dalam mengeluarkan saman tak kiralah apa pun status penerima saman itu. Sama seperti yang berlaku pada pemimpin PAS Perlis yang turut kantoi dengan saman AES , kezuhudan pemimpin2 PAS seperti yang dicanangkan oleh penyokong2 mereka terserlah apabila kereta jenis Porsche milik beliau turut terkena badi saman AES .

Blogger Seademon pula dalam blognya menulis , Rafizi sibuk mencari kesalahan saman orang lain walhal 'spender sendiri terkoyak dia tak nampak' , kiasan 'spender sendiri terkoyak' maksudnya Rafizi pun ada jugak saman AES malah lebih banyak dari saman yang Rosmah Mansor dapat . Hasil carian yang dibuat oleh blogger Seademon menggunakan khidmat SMS MyEG , ditunjukkan Rafizi masih ada 9 lagi saman yang masih belum berbayar. Menggunakan portal SPR , dan beberapa maklumat lain blogger itu menggunakan IC Rafizi yang tertera dalam portal itu untuk menyemak status saman Rafizi. Selain status saman Rafiizi , beliau juga menyemak status saman Anwar dan Wan Azizah.
Saman Rafizi
Saman Anwar
Saman Wan Azizah
Mantap sekali pendedahan yang dibuat oleh Rafizi itu ,peliknya kenapa tak didedahkan sekali kepada umum yang hang , ketua hang dan bini ketua hang pun ada saman ? Bah kan lagi berderet dari saman yang Rosmah dapat .
Satu lagi tolong tanya kenapa Anwar dan bini dia guna alamat orang lain di Permatang Pauh ? Bukan kah ini salah satu ciri2 pengundi2 hantu yang dilaung-laungkan Ambiga Bersih ?? Alamat rumah yang ditunjuk orang lain yang duduk , satu alamat ada 3 orang yang berdaftar sebagai pengundi ... bahkan orang yang duduk dalam rumah berkenaan katanya takda apa2 hubungan atau tali persaudaraan dengan yang 2 lagi tu ? Kes-kes macam ni lah yang Ambiga Bersih sering persoalkan. Sekarang kena dah batang hidung sendiri ? Tak nak jilat balik ke ludah tu ?
Kisah Sedih "SI TANGGANG" Wanita Di PEKAN, Pahang
Banyak maklumat yang disampaikan oleh penduduk tempatan kepada penulis dalam sembang santai penulis bersama penduduk tempatan yang merupakan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.
Antara maklumat yang diperolehi yang ingin penulis kongsikan disini adalah berkaitan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dari kem pembangkang iaitu Sitarunisah Ab Kadir dari parti PKR.
Menurut penduduk tempatan, Sitarunisah adalah anak jati FELDA Chini dan merupakan anak peneroka FELDA.

Buang Emak Kerana PKR?
Setelah mengecapi segala kesenangan dan kemudahan dari Kerajaan dan FELDA, Sitarunisah memilih untuk “menggigit” pihak-pihak yang pernah membantunya dan keluarga.
Dari sumber yang penulis temui, keluarga Sitarunisah tidak merestui “jalan” politik yang dipilih oleh Sitarunisah.
Ibunya membantah keras bilamana Sitarunisah menyatakan hasrat untuk menentang calon Barisan Nasional di DUN Chini atas tiket komponen parti pembangkang (PKR).
Namun, bantahan ibunya tidak diendahkan langsung oleh Sitarunisah.
Selepas selesai proses penamaan calon pada 20 April lalu, maka telah pasti bahawa Sitarunisah mengekalkan pendiriannya untuk dicalonkan dalam PRU-13 dan bertanding atas tiket parti PKR menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Bakar.
Sitarunisah bakal bertanding di kerusi DUN Chini yang telah dipegang oleh penyandang selama 2 penggal, Datuk Abu Bakar.
Sebaik sahaja ibunya mengetahui bahawa Sitarunisah sah sebagai calon DUN Chini atas tiket parti pembangkang, ibunya kini bergerak sebagai jentera Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional.
Atau didalam maksud lain yang lebih tepat, ibunya kini menjadi jentera Barisan Nasional bagi memastikan “kekalahan” Sitarunisah di kerusi Dewan Undangan Negeri Chini (N22).
Menurut sumber, ibunya amat terkilan dengan keputusan yang dibuat oleh Sitarunisah dan nyata sekali kecewa dengan sikap “tidak mengenang budi” anaknya itu.
Sitarunisah boleh diibaratkan “Tanggang wanita” didalam PKR.
Pemimpin didalam PKR tidak pernah sunyi dari pelbagai spekulasi dan masalah adab serta moral.
Sikap menderhaka kepada ibubapa ini bukanlah kali pertama terjadi didalam PKR.
Malah “si Tanggang” yang cukup popular didalam PKR adalah Azmin Ali.
Kisah penderhakaan Azmin terhadap ibunya, bukan lagi rahsia, malah ibu Azmin sendiri pernah membuat kenyataan media berkaitan hal ini.
Malah, isu penderhakaan Azmin ini mendapat pendedahan meluas di semua medium berita cetak mahupun atas talian dan juga media sosial.
Dan kini, calon PKR DUN Chini, Sitarunisah pula mengikut jejak langkah Azmin yang menderhaka kepada ibu.
Apakah ini bakal menjadi “trend” para anak-anak jika pembangkang mendapat mandat memerintah ?
Adakah budaya menderhaka kepada ibubapa bakal menjadi tradisi generasi baru di Malaysia jika pembangkang diberikan kepercayaan untuk mewarisi tampuk pemerintahan negara ?
- SUMBER
VIDEO : WARGA EMAS DIUGUT, HATI-HATI DENGAN IC ANDA!!
BB sebelum ini telah membuat posting berkenaan seorang warga emas yang tinggal bersendirian didatangi individu tidak dikenali untuk meraih undi dengan ugutan. Sehubungan itu, makcik Badariah telah membuat laporan polis pada pukul 4.40 petang.
Sebagai bukti, jom kita lihat pengakuan mak cik Badariah dalam video di bawah ini.
CALON BELIA DI PRU 13 : N13 Wan Salwati Hj Abdullah
"Wanita UMNO ibu kepada Puteri UMNO"
Begitulah yang diungkapkan oleh Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil ketika beliau mengunjungi Bilik Gerakan Puteri UMNO di Taman Paroi Jaya petang tadi (27 April 2013).
Ketibaan Ketua Wanita UMNO Malaysia
Barisan Wanita Gagah Perkasa
Majilis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan diikuti dengan bacaan Doa. Heroin majlis kita calon N13 juga tidak melepaskan peluang ini untuk mengucakan terima kasih kepada semua wanita yang menyokongnya.
"Saya bagi tabik kepada wanita kerana memberi sokongan penuh berkempen. Seawal pukul 8.00pagi mereka sudah berada di Bilik Gerakan"
Ucapan calon N13 Wan Salwati Hj Abdullah
Datuk Seri Sharizat pula menegaskan bahawa perjuangan parti bukan untuk individu tetapi untuk mempertahankan agama,bangsa dan negara. Beliau juga menyatakan sokongan penuhnya kepada semua calon-calon Puteri UMNO yang bertanding diseluruh Malaysia.
Turut hadir dalam majlis ini isteri kepada Menteri Besar N.Sembilan Yang Mulia Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin. Majlis bersurai sekitar jam 4.00 petang.
Lagi berita dan gambar : KLIK SINI
HAIRAN : CALON PRU 13 PENERIMA BR1M?
DUN N07 Bukit Serampang dilihat agak pelik dan sangat sunyi. Mungkin Calon PKR iaitu Cikgu Saadon yang kini nama popularnya Saadon BR1M dilihat agak senyap dan seperti tidak berkempen dalam PRU13 ini. Apa yang dilihat Saadon hanya meletakkan banner dan sedikit bendera di kawasan DUN Bukit Serampang.
Amat berbeza dengan Calon Barisan Nasional iaitu Haji Ismail Mohamad yang setiap hari ada sahaja program yg dibuatnya. Beliau bukan sahaja menemui pengundi-pengundi melalui acara walkaboutnya, Beliau turut naik ke pentas-pentas ceramah untuk memperkenalkan diri dan beramah mesra dengan penduduk setempat.

Cikgu Saadon Calon PKR DUN N07 Bukit Serampang
layak menerima BR1M????
Mungkin asas Beliau yang kini menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh tampak lebih mudah untuk menemui pengundi dan penduduk yang berada di sekitar DUN Bukit Serampang. Beliau jelas tidak kekok dan mudah berinteraksi. Sikap beliau yang mudah mesra memudahkan pengundi-pengundi mendekati beliau.
Berbanding Saadon yang sebelum ini terlibat dengan beberapa isu yang agak panas antaranya menipu dalam proses isi borang permohonan BR1M dan ada cerita penduduk setempat yang mengatakan Saadon pernah menghalau peniaga kecil yang selama ini berniaga di atas tanah yang baru dibelinya tanpa sebarang notis.
Pada pandangan penulis, jika Calon yang boleh menipu untuk jumlah wang sebesar RM500, bagaimana jika dia diberi peluang untuk mewakili rakyat setempat dan bakal menguruskan jumlah wang yang lebih besar? Mungkin tidak keterlaluan jika penulis ingin mengatakan pengundi sengaja mencari nahas jika memilih calon seperti Saadon dan amatlah rugi jika menolah individu yang jelas mudah didekati, mesra dan bersih dari isu seperti Haji Ismail Mohamad. #VOTE BN pilih #BetterNation
- SUMBER
ISTIHAR PERANG!!! Adakah Ini Jihad? Matinya Sebagai Syuhada?
Sana sini kita dengar kekerasan ke atas bilik gerakan dan penyokong BN hingga kanak-kanak yang sebut sokong BN ikut-ikut ibu bapa pun diserang dan diugut PAS serta PKR.
Kedah dah nak jatuh, Kelantan kedengaran lagu rock Scorpene "Wind of Change" di merata-rata, dan ramai-ramai pemimpin besar atau dikenali PAS tercungap-cungap nak lepas akibat KEBODOHAN pas di tarik hidung oleh Anwar Ibrahim.
Itu pun mereka masih nak ikut-ikut lagi di Anwar dengan Malaysia Spring ala Arab Spring konon. Revolusi memerlukan sokongan ramai rakyat. Kalau BN menang 'fair and square' dengan semua kehendak BERSIH yang merepek-repek dilayani, rakyat TAK akan sokong usaha nak jatuhkan kerajaan secara kekasaran.
Lebai bangang ni semua masih lagi ingat psywar salahkan BN boleh pakai.
Letupan di Nibung Tebal tak mungkin Black Op sesiapa melainkan usaha untuk takutkan pengundi dari keluar.
Itu saja harapan yang tinggal untuk mereka menang. Semua trick dah diketahui dan didedahkan. Kalau buat juga, siapa nak percaya mereka ada alasan nak lakukan???
BUkak serban dan songkok haji, kasi sejukkan kepala bawah air paip dan air con. Dah over heated kerana lebih emosi dari diguna otak tu.
Jawapanya senang, Tinggalkan PAS atau betulkan PAS dengan terajang semua cacai anwar dan balik ajaran Islam yang sebenar yang mencari keamanan dan bukan pertelingkahan.
- SUMBER
KANTOI : HUSAM KELU TAK TERKATA!!!
Aduhai! Semakin lama semakin banyak penipuan yang dibuat oleh Husam Musa, calon orang luar PAS yang bertandig di Putrajaya. Begitu terdesak setelah melihat pengundi Putrajaya tidak mengambil minat terhdap dirinya maka dia timbulkan beberapa penipuan berbentuk fitnah untuk meraih simpati.
Semua in iterjadi selepas di membisu untuk menjawab isu salah baca klik--> Husam Kantoi Salah Baca Ayat Al-Quran
Katanya Kerajaan Barisan Nasional Zalim sebab pecat AJK Surau Abd Rahman Auf di Presint 11 telah berlaku :
Dan sejurus selepas itu pihak JAWI telah memberi maklumbalas :
MAKLUM BALAS JAWI MENGENAI ISU PEMECATAN AJK SURAU ABD RAHMAN AUF, PRESINT 11 MELALUI FACEBOOK , P -125, PUTRAJAYA
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
1. Pertama sekali pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas keprihatinan semua pihak berhubung isu yang tersebut di atas.
2. Justeru,pihak JAWI telah terpanggil untuk menjernihkan keadaan agar ianya tidak menjadi bahan fitnah terhadap kredibiliti dan integriti JAWI dalam pengurusan hal ehwal Islam dan umatnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Berikut Kronologi isu pemecatan AJK Surau Abd Rahman Auf, Presint 11 melalui Facebook , p -125, Putrajaya
1. 23 April 2013(Selasa) - Unit Pengurusan Kariah, JAWI Cawangan Putrajaya telah menghubungi beberapa buah surau bertanyakan isu penyalahgunaan surau untuk berpolitik. Salah sebuah surau yang dihubungi adalah Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11,Putrajaya. Pengerusi surau telah memaklumkan bahawa Dato’ Husam Musa telah hadir ke Surau tersebut pada 20 April 2013(Sabtu) dan beliau menunaikan Solat Isya’ berjemaah di situ. Kehadiran Datuk Husam tidak diketahui oleh AJK, bukan atas jemputan dan pihak surau juga tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada pihak beliau. Setelah selesai Solat Isya’, Datuk Husam telah menyampaikan tazkirah selama 5 -10 minit berkenaan kisah Nabi Yusuf.
2. Pada 24 April 2013(Rabu) - AJK Surau Abdul Rahman Auf telah diminta untuk berjumpa dengan YBhg Datuk Pengarah JAWI di pejabat Aras 11, Pusat Islam, Kuala Lumpur bagi memberikan penjelasan lanjut berkaitan perkara ini. Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Operasi, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, Pegawai Unit Kariah dan Unit Penguatkuasa JAWI Cawangan Putrajaya. Manakala AJK Surau Abd Rahman Auf diwakili oleh Encik Wan Nazeri, Pengerusi Surau dan Encik Zaharman, Bendahari Surau. Sewaktu ditanya berhubung kejadian tersebut, pengerusi memaklumkan bahawa beliau tiada di surau pada waktu itu , walaubagaimanapun beliau tidak dapat mengenalpasti siapa jawatankuasa lain dan imam yang ada bersama pada masa tersebut tetapi beliau mendapat maklumat bahawa selepas menunaikan Solat Isya’ berjemaah. Dato Husam telah menyampaikan tazkirah selama 5-10 minit berkaitan dengan kisah Nabi Yusuf.
3. Isu pemecatan SERTA MERTA AJK Surau semasa perjumpaan tersebut sebagaimana yang didakwa di facebook P-125 Putrajaya pada 25 April 2013 (Khamis) adalah TIDAK BENAR. Surau Abdul Rahman Auf merupakan surau biasa , bukan Surau Jumaat. Pelantikan AJK surau tidak melalui Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Walaubagaiamanpun, semua surau sama ada surau biasa, Surau Jumaat dan Masjid adalah terikat dengan Akta 505 dan surat arahan pekeliling Masjid/Surau Bilangan(1) Tahun 2011 yang menyatakan bahawa Majlis mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kepada semua anak kariah atau sesiapa sahaja yang menggunakan masjid dan surau untuk kepentingan individu dan politik.
Ini merupakan satu penipuan yang melampau daripada Husam. Kita tunggu dia nak jawab apa nanti. Husam suka sangat saman orang kan? Tunggu dia disaman pula kali ni. Ini yang dia tipu di Putrajaya.
Di Kelantan juga dia dah tipu, pengundi Putrajaya jangan jadi mangsa pula!
- SUMBER
Calon DAP Bentong Perogol Alam Sekitar
Selama ini, DAP cuba menggambarkan imej parti mereka sebagai bersih, berintegriti, cekap, bijak dan prihatin bukan sahaja terhadap rakyat, tetapi juga alam sekitar. DAP juga merupakan ‘juara’ dalam menentang kilang Lynas di Kuantan, kerana kononnya ia mencemarkan alam sekitar dan membahayakan binatang dan manusia.
Melalui sebuah organisasi yang diberi nama Himpunan Hijau, DAP telah mengadakan demonstrasi termasuk kempen dengan cara mogok lapar dan berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur kononnya bagi membangkitkan kesedaran rakyat agar menentang Lynas. Tidak cukup dengan itu, DAP juga menggunakan semua media-media berbahasa Cina dan juga media milik pembanngkang untuk menyeru rakyat agar menentang Lynas.
Begitulah hebatnya DAP memperjuangkan alam sekitar – kononnya. Namun, akhir-akhir ini penentangan terhadap Lynas telah tidak kedengaran lagi. Malah dalam beberapa ceramah pembangkang, pemimpin mereka sendiri seolah-olah memberi isyarat yang Lynas akan dibenarkan beroperasi jika PR menang. Bukan itu saja, yang lebih mengejutkan, watak ‘hero alam sekitar’ dalam isu Lynas, iaitu Wong Tack, yang bertanding atas tiket DAP di Bentong, kini terdedah sebagai seorang ‘perogol alam sekitar’.
Wong Tack merupakan seorang usahawan kelapa sawit. Syarikatnya, Marvellous Resources Sdn Bhd telah lama mengusahakan kelapa sawit di atas 1,000 ekar tanah milik keluarganya. Jika mengikut piawaian alam sekitar yang diletakkan oleh Wong Tack, DAP dan PR, maka perladangan kelapa sawit itu sendiri adalah salah. Ini kerana, ladang kelapa sawit yang sebegitu luas merupakan antara sasaran pertubuhan alam sekitar antarabangsa yang menganggapnya sebagai ancaman kepada habitat dan kehidupan Orang Utan yang diancam kepupusan.
Pertubuhan Alam Sekitar menyalahkan kepupusan binatang itu atas aktiviti perladangan kelapa sawit yang memusnahkan hutan, iaitu habitat semulajadi Orang Utan. Adalah dilaporkan bahawa 90% daripada habitat binatang itu di Asia Tenggara, terutama di Malaysia dan Indonesia telah terhapus dalam masa 20 tahun kebelakangan ini. Peralatan canggih dan aktiviti pembakaran untuk memusnahkan hutan dan menyediakan batas tersusun untuk pokok-pokok kelapa sawit turut dikecam sebagai mencemarkan alam sekitar.
Pertubuhan-pertubuhan ini juga menuduh aktiviti perladangan kelapa sawit sebagai kejam kerana memaksa orang asli berpindah, atau bekerja di ladang tersebut dengan gaji yang amat murah. Selain itu, mereka juga menuduh bahawa perladangan kelapa sawit di rantau ini sering menggunakan baja dari bahan kimia yang merbahaya. Syarikat Wong Tack juga dikatakan pernah menerima amaran dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar kerana gagal menepati syarat dari segi perancangan tanam semula dan penebangan kelapa sawit.
Dalam membela diri, Wong Tack menafikan bahawa beliau menggunakan sebarang bahan kimia merbahaya di dalam ladangnya. Namun, penafian lisan beliau tentulah tidak meyakinkan. Lebih-lebih lagi apabila Wong Tack menyatakan yang beliau tidak pernah menyembunyikan hakikat pemilikan ladang tersebut sedangkan pemilik ladang kelapa sawit rata-ratanya langsung tidak tahu mengenainya. Menurut mereka, laporan mengenai pemilikan ladang yang begitu luas oleh Wong Tack sebenarnya adalah berita yang mengejutkan bagi mereka.
Jika benar beliau tiada apa-apa untuk disembunyikan, kenapakah tiada siapa yang tahu mengenainya? Nampaknya, setelah PR sendiri terbukti sebagai hipokrit dalam isu alam sekitar di mana mereka mengambil sikap U-Turn dalam isu Lynas, kini, hero alam sekitar mereka juga turut terbukti sebagai hipokrit tahap pertama kerana beliau sendiri rupanya seorang perogol alam sekitar. Mungkin Wong Tack perlu kembali saja ke Kanada di mana beliau pernah mendapat taraf Penduduk Tetap di sana serta tinggalkan saja kerjaya politik atau pelakon utama sebagai hero alam sekitar, kerana terbukti beliau tidak layak pun bercakap mengenainya.
OPS DAULAT : BUKTI KAITAN 3 DALANG UTAMA TELAH TERKUMPUL
ALOR SETAR - Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
"Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah.
"Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Menteri Pertahanan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas di sini hari ini.
Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut.
- Bernama
Beliau berkata pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu.
"Bila akan diserahkan...tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicopkan sandiwara politik Umno," katanya.
MENARIK !! Menteri Mana Di Panggil "ebot-ebot"?
SEMPORNA - 'Ebot-ebot' antara ungkapan paling popular yang sentiasa meniti di bibir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal setiap kali beliau turun padang menemui penduduk di seluruh pelusuk Semporna.
'Ebot-ebot' yang bermaksud ingat-ingat, berasal daripada bahasa suku kaum Bajau asli di Semporna, kini menjadi ikutan penduduk tempatan sekaligus berjaya menambat hati pengundi mendengar ucapan di setiap majlis dihadiri Mohd Shafie.

Naib Presiden Umno yang suka merendah diri dan kerap membahasakan dirinya sebagai 'menteri kampung' itu, merupakan penyandang kerusi Parlimen Semporna, Sabah sejak pilihan raya umum 1995, berdepan dengan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum kali ini.
Beliau berhadapan dengan calon PKR, seorang doktor perubatan, Dr Zamree @ Mohd Suffian Abdul Habi dan bekas ahli Umno, Datu Badaruddin Tun Datu Mustapha yang bertanding sebagai calon bebas.
Pada pilihan raya umum 2008, Mohd Shafie, 56, menang dengan majoriti 17,462 undi mengalahkan calon PKR Ab Azis Ab Hamid.
Tinjauan Bernama mendapati sifat merendah diri Mohd Shafie membuatkan penduduk yang ditemui melahirkan rasa senang dengan beliau, serta dekat dengan hati mereka, baik bagi penduduk di tanah besar mahupun di kawasan pulau.
Jamdi Kulambal, 58, dari Kampung Belimbang Berjasa, Pulau Bum-Bum, berkata perkataan 'ebot-ebot' itu merupakan peringatan Mohd Shafie kepada rakyat supaya tidak melupakan jasa kerajaan yang telah membawa kemajuan pembangunan serta menabur bakti kepada masyarakat Semporna.
"Ebot-ebot itu juga bererti ingat-ingatlah kamu semua, bahawa jangan sesekali kau lupa orang yang telah berjasa kepada kau setelah beroleh nikmat hasil pemberian kerajaan," katanya kepada Bernama.
Jamdi, seorang nelayan berkata biarlah Mohd Shafie dilabel menteri kampung sekalipun, kerana di sini beliaulah kebanggaan penduduk tempatan malah perwatakan dan cara hidupnya amat dekat dengan masyarakat di sini, dan lambang bahawa anak kampung dari Semporna juga boleh berjaya malah balik ke sini membawa kemajuan.
"Dan kali ini saya yakin apabila beliau menang pilihan raya umum ke-13 ini, lebih banyak kemajuan akan dibawanya ke sini seperti mana kemudahan air, jalan raya, wifi yang beliau telah bawa ke sini pada penggal pemerintahan kerajaan BN yang lepas," katanya yang mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan.
Bagi usahawan rumpai laut, Abdullah Kuara, 45, pula beliau berharap jika BN diberi mandat menubuhkan kerajaan, projek pembangunan seperti pembinaan jambatan dari Pulau Bum-Bum ke pekan Semporna dapat disiapkan segera.
"Tidak jauh pun kalau ada jambatan itu sekitar lima kilometer sahaja, jadi saya harap projek itu dapat dimulakan segera supaya masalah pengangkutan bagi mengeluarkan hasil rumpai laut dapat diselesaikan sekaligus menambah pendapatan penduduk di pulau ini," katanya.
Suri rumah, Fatimah Saedah Ahad, 27, yang menetap di Kampung Hampalan Darat, Pulau Bum-Bum, sebuah perkampungan di atas air, berkata sejak Mohd Shafie menjadi wakil rakyat mereka, banyak kemudahan asas seperti bekalan air bersih, balai polis baharu dan kemudahan kampung tanpa wayar diwujudkan di pulau itu.
"Cuma kalau boleh ditambah klinik desa atau Klinik 1Malaysia di pulau ini bagi memudahkan anak-anak ke sekolah dan ibu yang mempunyai anak kecil mudah ke klinik itu," katanya.
Semporna, yang terletak di timur Sabah mempunyai 49 pulau dan dihuni kira-kira 133,164 penduduk, terdiri dari 75,889 kaum Bajau, 2,521 Melayu, 1,060 Cina, 842 Kadazan, 74 India dan 11,338 Bumiputera lain dengan kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan, pekerja ladang kelapa sawit dan juga di sektor pelancongan.
Parlimen Semporna pula mempunyai tiga DUN iaitu Sulabayan, Senallang dan Bugaya serta mempunyai kira-kira 41,000 pengundi dan hampir 19,000 daripada jumlah itu adalah pengundi muda dan kali pertama mengundi.
-- BERNAMA
TERKINI !! Ibu Parah, Anak Mati Ditembak
Seorang lelaki berusia 29 tahun mati ketika menerima rawatan di hospital manakala ibunya cedera parah, selepas ditembak oleh penunggang motosikal dalam kejadian di Bulatan Billion, Cheras jam 11.30 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa dan ibunya yang menaiki kereta Nissan Livina sedang dalam perjalanan ke Puchong apabila tiba-tiba ditembak oleh suspek.

Gambar Hiasan
"Sebanyak 10 das tembakan dilepaskan suspek.
Dua das terkena mangsa dan dua lagi terkena ibunya," katanya.
Mangsa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 1 petang manakala ibunya yang parah masih menerima rawatan.
- SUMBER
KAMILIA IBRAHIM MOHON MAAF

Kamilia Ibrahim
SHAH ALAM – Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, semalam, tampil memohon maaf atas tindakannya bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.
Menerusi video yang dihantar kepada media, Kamilia turut menjelaskan alasannya bertanding atas tiket Bebas kerana beliau tidak dipilih sebagai calon oleh parti.
“Saya memohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan tindakan saya. Saya jadi calon Bebas kerana tidak dipilih dan diberi watikah pencalonan oleh parti yang saya anggotai.
“Mengikut sistem demokrasi negara ini, saya boleh menawarkan diri sebagai calon asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.
Menurutnya, beliau mengambil keputusan bertanding di kerusi Parlimen agar dapat memperjuangkan hak wanita dan mengukuhkan kedudukan Islam di negara ini.
Dalam pada itu, Kamilia juga yakin akan mendapat sokongan pengundi di Kuala Kangsar.
“Saya faham masalah penduduk Kuala Kangsar kerana sering turun padang sejak tujuh tahun lalu. Fakta ini dapat membantu saya dalam PRU13 ini,” katanya.
Kamilia merupakan antara 58 ahli Umno yang dipecat daripada parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.
Beliau akan menentang calon Pas, Dr Khalil Idham Lim Abdullah dan wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad. - SINAR
OPS DAULAT MUTAKHIR : 1,000 PENGGANAS DIHANTAR KE SABAH SELEPAS PRU13 - MNLF
Kurang Ajar!!! Tak serik-serik dan kenal dek untung!!
Menurut Idjirani, pertempuran akan disambung semula selepas kira-kira 1,000 ahli Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) tiba di Sabah untuk mengukuhkan kuasa kesultanan di Lahad Datu.
“Pada masa ini, rakyat Malaysia sibuk dengan pilihan raya dan mereka tidak mahu mengganggu Sabah di mana terdapat lebih daripada 600,000 bangsa Suluk berdaftar sebagai pengundi,” katanya.
Idjirani berkata, bangsa Suluk di Sabah telah memelihara hubungan baik dan kuat dengan orang-orang Sulu.
“Datuk Seri Najib (Razak) takut menyinggung perasaan mereka kerana ia adalah undi penting buat beliau,” katanya.
Idjirani menambah, Komander Sulu di Lahad Datu, Agbimuddin Kiram mengesahkan, kehadiran pejuang MNLF pada kali ini lengkap membawa senjata seperti anti-kereta kebal dan bergerak secara bersembunyi bagi mengelakkan dikesan pasukan keselamatan Malaysia.
“Mereka mengambil kedudukan dari Kampung Tanduo dan Tanjung Batu,” katanya.
Kumpulan pengganas Sulu mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meredakan pertempuran di Sabah sebagai 'langkah sementara' kerana tidak mahu menyinggung perasaan penduduk bangsa Suluk menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Media Philippines Daily melaporkan sebagai memetik jurucakap kumpulan itu, Abraham Idjirani berkata, bagaimanapun kumpulan itu percayai pertempuran akan bersambung semula selepas PRU13.
- SINAR
BB : APAPUN BB PERCAYA DAN YAKIN DENGAN KEUPAYAAN PASUKAN KESELAMATAN KITA!!! TAK KAN SABAH HILANG DARI MALAYSIA. PRAY FOR SABAH!!!
TERKINI: Pegawai Kanan Kastam Ditembak Mati
PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Presint 8 di sini, pagi ini.
Beliau terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden ini, yang dipercayai berlaku kira-kira 8.40 pagi tadi.

Shaharuddin Ibrahim. - Foto Ihsan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Mengikut laporan awal, beliau ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan, dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya, oleh penunggang bermotosikal.
Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia.
Sebelum itu, beliau seperti rutin harian bergerak dari rumahnya pada jam 7.50 pagi menggunakan kereta Nisan Murano dari Dengkil dan sampai di lampu isyarat Lebuh Wawasan pada jam 8.15 pagi sebelum ditembak 3 kali di leher.
Pemandu beliau telah membawanya ke hospital Putrajaya untuk rawatan kecemasan dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi
PANAS!!! Apa Kaitan Nurul Izzah Dengan Pelakon Lucah Ini?

Nurul Izzah dengan pelakon seks Vivian
Nurul Izzah ada hubungan Vivian, pelajar yang belajar di salah sebuah universiti di Singapura. Dahulu kita dikejutkan dengan aksi berani pasangan Alvin dan Vivian ini dalam blog mereka.
Mereka tanpa segan-silu menyiarkan gambar bogel dan aksi 'corn-cake ' mereka di dalam blog mereka hingga pihak berkuasa terpaksa menutup blog itu. Mereka juga tanpa rasa malu menyiarkan juga sesi temuramah penjelasan akan kenapa mereka beraksi telanjang dan lucah dalam blog itu.
Nak tengok gambar-gambar mereka yang dulu sila KLIK.
Baru-baru si Vivian gampang ini cuba mensabatoj Barisan Nasional dengan bergambar bogel dengan merentang bendera Barisan Nasional pada tubuh bogelnya...memang cibai pompuan gampang ni.
PELUK!! Relek Jer Wan Jijah Ni..
Tak Percaya?? Tengok gambar ni betul-betul.

Anwar ingat dia seorang sahaja yang boleh "romen-romen" dalam video?!! Nah, tengok, Kak Wan pun boleh jugalah! Ingatkan Ikan SEPAT Kering ini tidak laku lagikah? Lihat sendiri betapa caring-nya abangbodyguard kita, siap peluk romantik lagi guna teknik terkaman harimau! Nampaknya Kak Wan mendahului anaknya sendiri dalam menyaingi skandal panas yang diterajui suami tercintanya.
Apa agaknya fatwa PAS untuk perlakuan ini?!! HALAL isteri orang dipeluk oleh bukan muhrim demi keselamatan?!! Kalau macam ini penulis pun nak mohonlah kerja pengawal peribadi untuk wakil rakyat wanita yang hot, tidak kiralah isteri orang atau tidak. Boleh dapat "romen-romen" percuma! Kredit terbaik untuk Minaq Jinggo.
- SUMBER
ALAHAI!! BEZANYA MEREKA!!

Pagi ini, calon Barisan Nasional (BN) Seputeh Nicole Wong yang bakal menewaskan Teresa Kok pada Pilihanraya Umum (PRU13) akan datang ini dalam rangka lawatan di sekitar kawasan Sri Petaling selepas menghadiri program senaman pagi bersama kira² 50 orang penduduk di Salak Selatan.

Semasa dalam perjalanannya ke Salak Jaya, Nicole terserempak dengan sebuah kemalangan yang baru saja berlaku di persimpangan kawasan Sri Petaling. Kemalangan tersebut melibatkan seorang wanita yang menunggang motosikal.

Calon BN Bantu Mangsa Kemalangan Jalanraya, Wakil Calon DAP Cekak Pinggang

Mangsa yang dikenali sebagai Chan Meng Youk, 49 mengalami kecederaan di muka dan anggota tangan serta kaki dalam perjalanan dari rumahnya di Kg Baru Salak Selatan.
Calon BN Seputeh ini terus bertindak membantu wanita ini tadi dan menghubungi Ambulans untuk tindakan selanjutnya.
Inilah contoh terbaik yang harus dilihat dan diteladani oleh rakyat Malaysia. Waima dalam keadaan sibuk sekali dan bergegas ke tempat² yang lain. Keutamaan harus diberikan kepada mereka yang memerlukan bantuan.
Hal ini berbeza sekali dengan sikap 'bekas' Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang bukan saja gagal tetapi amat berkira dan kedekut untuk turun membantu pengundi yang telah memilihnya semasa PRU 12 (2008) yang lepas.
- SUMBER
Langgan:
Catatan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



kerana harta kakak ipar maut kakak cedera parah

norza s new role to ensure road to gold programme ...

cool heads must prevail in these difficult times

surviving the arctic tundra in canada a test of hu...

dokumentasi hidupan laut bagaimana kehidupan kuda ...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih