Nuffnang

KARPAL : Tetap Tak Terima Hudud Walau Setuju Guna Logo PAS!!!

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh pada Rabu menegaskan, keputusan awal parti itu untuk menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) tidak sama sekali bermakna yang mereka bersetuju untuk menerima Hukum Hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS di negara ini.

Kebenaran yang diberikan oleh PAS itu, kata Karpal tidak mengambarkan yang DAP telah berganjak daripada pendirian mereka untuk menolak Hudud.





Bercakap dalam satu sidang akhbar di sini, Karpal sekali lagi menegaskan yang Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukannya sebuah negara Islam sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 1988.

“Pengenalan Hukum Hudud di negara ini akan menyebabkan sistem perundangan kita terbahagi kepada dua dan ini kita dapati sangat sukar untuk dilaksanakan dalam sebuah masyarakat majmuk," ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menegaskan bahawa rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat akhirnya akan menerima pelaksanaan Hukum Hudud sebagaimana yang ditunjukkan oleh DAP untuk menerima penggunaan logo PAS sekiranya perlu pada PRU-13 ini.

Sehari sebelum penamaan calon Sabtu lalu, DAP telah mengumumkan yang mereka bersedia menggunakan lambang PAS untuk semua calonnya di semenanjung jika mereka tidak menerima surat hitam putih daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung status parti itu yang kini sedang dalam siasatan ekoran terdapatnya aduan mengenai proses pemilihan jawatankuasa eksekutif pusatnya tahun lalu.

Bagaimanapun akhirnya ROS mengeluarkan surat memberi jaminan yang DAP boleh terus menggunakan logo mereka pada PRU-13 dan mengeluarkan surat watikah untuk bertanding tanpa menjejaskan kedudukan calon-calon mereka.

Menurut Karpal lagi, walaupun PAS telah menjelaskan yang Hukum Hudud hanya akan digunakan ke atas masyarakat Islam sahaja tetapi pelaksanaan dua sistem perundangan khususnya berkaitan jenayah akan mencetuskan konflik dan huru-hara apatah lagi jika ia melibatkan dua orang bukan Islam dan Islam dalam kes yang sama tetapi dibicarakan dalam dua sistem yang berbeza.

Malah Karpal turut mengingatkan PAS yang Perlembagaan Persekutuan juga tidak memperuntukkan undang-undang untuk pelaksanaan sebuah negara Islam.

“Jika sekali pun PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan, DAP atau PKR tidak akan sama sekali membenarkannya," ujarnya lagi.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top