Nuffnang

SEMPOI!! Calon Lepak Di Markas Lawan

Mungkin agak luarbiasa sekiranya ada mana-mana calon yang melawat markas pihak lawan. Tetap perkara ini berlaku di DUN Air Puteh Kemaman. Calon BN Tuan Haji Wan Abdul Hakim Bin Tan Sri Wan Mokhtar merupakan calon DUN Air Putih yang akan melawan calon PAS Abd Razak Ibrahim. Calon BN yang sememangnya amat terkenal di sekitar DUN Air Putih merupakan ADUN di DUN Air Putih sebelum ini.





Tuan Haji Wan Abdul Rahman yang sememangnya disenangi rakyat setempat sentiasa bersama rakyat tidak kira berlainan parti. Beliau juga dikatakan seorang pemimpin yang sering hadir ke majlis perkahwinan dan menziarah kematian penduduk sekitar DUN Air Putih. Itu sudah menjadi rutin beliau sebagai wakil rakyat di situ.





Jika dilihat ke dua-dua gambar di atas, Jelas calon BN, Haji Abd Hakim melawat markas PAS di Lot Sri Jaya Kemaman. Berdasarkan pakaian sahaja anda sudah dapat melihat dengan jelas ketulinan gambar tersebut. Oleh itu, keamanan dan kesejahteraan rakyat ketika kempen PRU 13 amatlah digalakkan.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top